You are on page 1of 7
@ Soalan tentang ringkasan dikemukakan dalam Kertas 1 Bahagian C, Dalam bahagian ini, murid perlu menjawab satu soalan sahaja daripada dua soalan yang dikemukakan. § @ Sejumlah 15 markah diperuntukkan untuk soalan ini, @ Sclain ringkasan, murid juga diberi pilihan sama ada untuk menjawab rumusan atau ulasan, Kenal pasti kata kunci dalam soalan atau arahan Kenal pasti isi penting dalam teks Talis ringkasan satu perenggan Pastikan setiap ayat yang ditulis mempunyai subjek dan predikat Gunakan penanda wacana Tulis ringkasan antara 80 ~ 100 patah perkataan sahaja Tulis bilangan perkataan di sebelah kanan bawah ringkasan di dalam kurungan 1 2 3 4 5 6 1 Kaedah C-G (Kaedah Cikgu Ghalib) ialah satu panduan terarah yang dirangka untuk membimbing murid menulis ringkasan mengikut langkah demi langkah dengan bimbingan guru. Kaedah ini sesuai digunakan untuk murid cemerlang, sederhana, dan lemah. Scbelum menggunakan kacdah ini, murid perlu mengetahui format penulisan ringkasan. Kaedah ini terdiri daripada 3 langkah: Langkah 1 Membina Ayat Pertama Ringkasan. ~ Murid perlu membaca soalan kerana semua maklumat untuk membina soalan, iaitu tema dan kata kunci terdapat dalam soalan. ~ Murid melengkapkan jadual di bawah ini: Pengenalan: ee aso | at | an J ~ Murid menyambungkan semua elemen tersebut dalam ayat yang lengkap. Menulis Isi Penting. (Isi yang berkaitan dengan kata kunci soalan) ~ Murid membaca petikan dan mengenal pasti enam (6) idea sokongan atau isi tersurat dengan berdasarkan kata kunci soalan. — Murid mengisikan setiap isi penting tersebut di dalam jadual yang di bawah ini. (Antara + (KK + tema) ialah: Selain itu, ‘Seterusnya,. [Di samping itu, i [Bukan itu sahaja, [Akhir sekali, — Murid menyambungkan semua ayat tersebut dengan menggunakan penanda wacana dalam satu perenggan. (Langkai3)) Murid menyemak ringkasan dari segi ejaan, tanda baca, penanda wacana, dan ‘ sebagainya Soalan contoh: Baca petikan di bawah dengan telitinya. Dengan berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah ‘maksud asal petikan. Rakyat pada masa ini suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di kompleks beli-belah, Perbuatan ini membazirkan masa lapang mereka. Oleh itu, aktiviti membaca merupakan penyelesaian kepada masalah ini kerana membaca merupakan salah satu cara untuk memenuhi masa lapang dengan cara yang berfaedah. Ibu bapa haruslah menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Dengan cara ini, anak-anak dapat memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti membaca, Pada masa yang sama, ibu bapa perlulah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. Selain itu, ibu bapa sendiri harus menanamkan sikap suka membaca dalam diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. Ibu bapa yang tidak suka membaca tetapi menggalakkan anak-anak untuk membaca hanya akan menimbulkan sikap sambalewa terhadap sikap membaca kepada anak-anak. Ibu bapa hendaklah membawa anak-anak untuk membaca di perpustakaan awam. Setiap bandar atau pekan telah disediakan oleh pihak kerajaan perpustakaan awam supaya masyarakat di desa berpeluang untuk mendapatkan bahan bacaan, Dengan adanya bahan bacaan, mereka dapat memupuk minat membaca tethadap diri dan keluarga, Untuk menarik minat anak-anak membaca, ibu bapa hendaklah melibatkan anak-anak dalam kempen membaca yang diadakan, Oleh itu, anak-anak dapat menyertai aktiviti yang diadakan dalam kempen tersebut. Ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk menyertai kelab membaca yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan dan juga pihak swasta, Sesiapa yang menyertai ahli kelab ini akan diberi beberapa keistimewaan seperti mendapat potongan harga bahan baca yang baik, berita terkini tentang buku- buku terbaharu dan berpeluang untuk mengenali ahli yang mempunyai minat yang sama, Sebagai contohnya, dengan menyertai Kelab Rakan Dewan di bawah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, ali kelab menerima pelbagai keistimewaan khususnya potongan harga schingga 70 peratus bagi buku-buku terbitannya. Oleh itu, semua rakyat harus sedar akan kepentingan membaca kerana pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. (Sumber: Fail Pengarang) {10 markah] Jawapan (Pengenalan): Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 Kata kunci + tema Antara peranan ibu bapa untuk menggalakan anak- ialah anak membaca_ Jawapan contoh: Antara + (KK) + tema Antara peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membaca ialah ialah: ibu bapa haruslah menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Selain ina, ibu bapa juga boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Seterusnya, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca dalam diri sendiri. ibu bapa haruslah membawa anak-anak untuk membaca di perpustakaan awam. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah melibatkan anak-anak dalam kempen membaca yang iadake Akhir sekali, yu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak menyertai kelab membaca. Jawapan lengkap: Antara peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca ialah mereka haruslah menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Seterusnya, ibu bapa sendiri juga menanamkan sikap suka membaca dalam diri sendiri. Di samping itu, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak untuk membaca di perpustakaan awam. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah melibatkan anak-anak dalam kempen membaca yang diadakan. Akhir sekali, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak menyertai kelab membaca. iD Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang manfaat perhimpunan sekolah terhadap murid. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. ( Pendidikan mewajibkan perhimpunan rasmi dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan. Semua guru dan murid diwajibkan untuk menghaditi pethimpunan rasmi, Sesungguhnya, perhimpunan rasmi sekolah banyak memberikan kebaikan kepada murid-murid, Antara manfaatnya ialah perhimpunan rasmi dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana, murid harus menepati masa dan berkumpul di tapak perhimpunan sebelum perhimpunan dijalankan. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mempelajari budaya menghormati orang lain. Sebagai tamsilnya, ‘murid bukan Islam akan senyap sebagai tanda hormat semasa murid Islam membaca doa. Tidak dapat dinafikan bahawa perhimpunan rasmi sekolah dapat menanamkan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah. Semangat patriotik dapat disemai kerana para guru dan murid wajib berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku setiap kali perhimpunan sekolah diadakan. Di samping itu, perhimpunan rasmi dapat membudayakan kemahiran mencatat, Sebagai contohnya, para murid dikehendaki mencatat perkara penting yang disampaikan oleh pengetua, Melalui budaya mencatat, para murid akan lebih peka terhadap aktiviti yang telah dijalankan dan sentiasa membaiki kelemahan diri ke arah kecemerlangan. Selain itu, para murid dapat melatih kemahiran mendengar ketika guru menyampaikan amanat semasa perhimpunan. Para murid juga dapat mengetahui perkembangan terkini tentang aktiviti kurikulum dan kokurilculum sekolah. Sebagai kesimpulannya, pihak sekolah haruslah mementingkan perhimpunan rasmi dan memastikan para guru dan murid melibatkan diri dalam aktiviti ini. Para murid juga harus memberikan kerjasama kepada pihak sekolah agar perhimpunan sekolah dapat dijalankan dengan lancarnya pada setiap minggu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Perhimpunan Sekolah Terhadap Murid” oleh Teo Eileen, Dewan Siswa Bil.12 2018.) pesaanuse ay Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang awe memuliakan jiran tetangga. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan, Semangat kejiranan yang kian luntur dalam kalangan masyarakat sering menjadi polemik dalam ‘media massa. Kemelut ini berpunca daripada sikap masyarakat yang saling tidak menghormati antara satu sama lain dan mementingkan diri sendiri. Untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni, adab-adab memuliakan jiran tetangga haruslah dipraktikkan, Antara adab memuliakan jiran ialah kita perlu mewujudkan kemesraan dengan jiran seperti berbual bersama-sama jiran tentang hobi, kerjaya, dan minat masing-masing. Hubungan yang mesra dapat mencegah sikap prejudis sesama manusia. Selain itu, kita haruslah memuliakan jiran tetangga dengan menziarahi jiran semasa sakit. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran yang sakit memerlukan perhatian dan dorongan untuk menjadi lebih kuat ketika berhadapan dengan penyakit. Kita juga seharusnya membantu jiran yang berada dalam kesusahan seperti menghulurkan bantuan kewangan kepada jiran yang dihimpit masalah hutang. Amalan ini dapat memudahkan urusan jiran serta merapatkan ukhuwah sesama jiran. Amalan bertukar-tukar makanan dengan jiran sewajamya dihidupkan semula oleh masyarakat, Secara tidak langsung, perasaan sayang dan prihatin terhadap jiran dapat dipupuk. Bukan itu sahaja, kita sewajamya membantu jiran dengan menjaga keselamatan rumah jiran ketika mereka tiada di rumah. Hal ini memastikan harta benda jiran selamat daripada kecurian. Untuk menjaga keharmonian hidup berjiran, kita dilarang menyebarkan cerita buruk atau fitnah terhadap jiran tetangga. Hal ini demikian kerana, tindakan tersebut akan menjatuhkan maruah jiran. Sebagai kesimpulannya, usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat memerlukan komitmen dan kerjasama oleh semua pihak. Sekiranya adab memuliakan jiran dipraktikkan secara menyeluruh, sudah pasti negara kita dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Adab Memuliakan Jiran Tetangga” oleh Nur Farhani Maisarah Zawawi, Dewan Siswa Bil.10 2018.) Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang faktor pengangkutan awam kurang diminati oleh masyarakat. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan, r Pengangkutan awam merupakan pengangkutan yang amat penting di Malaysia. Namun begitu, sistem pengangkutan awam di Malaysia masih kurang digemari untuk digunakan sebagai pengangkutan harian oleh masyarakat. Kos dan tambang pengangkutan awam yang amat mahal menyebabkan sistem pengangkutan awam kurang digunakan oleh masyarakat. Kadar tambang, terutamanya bagi tambang teksi dianggap mahal bagi golongan yang berpendapatan rendah. Selain itu, Pengurusan masa yang tidak cekap menyebabkan sistem pengangkutan awam tidak digunakan oleh masyarakat. Kelewatan bas awam kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan seperti yang ditetapkan. Di samping itu, Sistem pengangkutan yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh menyebabkan masyarakat kurang gemar menggunakan pengangkutan awam. Sebagai contohnya, Kemudahan stesen LRT hanya terletak di sesetengah kawasan bandar. Kualiti pengangkutan awam turut terjejas akibat findakan segelintir pekerja seperti pemandu teksi dan bas yang tidak sopan ketika memandu, Hal ini turut dibuktikan oleh peningkatan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam. Keadaan pegangkutan awam yang tidak diselenggara dan sudah buruk turut menjadi punca perkhidmatan pengangkutan awam kurang digemari. Sebagai contohnya, banyak teksi dan bas yang dilihat sudah uzur dan tidak sesuai untuk membawa penumpang. Pengguna wanita pula berpendapat bahawa keselamatan diri kurang terjamin apabila mereka: pengangkutan awam, terutamanya pada waktu malam. Hal ini demikian kerana, kes gangguan seksual ketika menggunakan pengangkutan awam sering dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Sebagai kesimpulannya, sistem pengangkutan awam yang tidak lengkap di Malaysia perlulah diambil berat oleh pihak berwajib. Pelbagai pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memperbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia, sekali gus menjadikan sistem pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama masyarakat, (Dipetik dan diubah suai daripada “Kekurangan Pengguna Pengangkutan Awam Di Malaysia” oleh Michelle Toi Tze Ching, Dewan Siswa Bil.10 201: 8.) Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang kebaikan amalan berbasikal. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan, Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pada era globalisasi ini, masyarakat Malaysia kurang memberikan perhatian terhadap kesihatan mereka, Rakyat Malaysia ternyata malas bersenam atau beriadah kerana statistik menunjukkan bahawa hanya 25 peratus rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, berbasikal merupakan aktiviti yang paling mudah untuk fnenghasilkan postur tubuh badan yang menarik seperti yang diidamkan, terutamanya bagi golongan wanita, Amalan berbasikal dapat iengurangkan kronik. Semasa berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Hal ini menyebabkan, seseorang itu mendapat oksigen yang cukup dan dapat membantu jantung berdegup dengan lebih baik. Dari perspektif lain, aktiviti berbasikal dapat memperbaik angin seseorang, ditambah lagi sekiranya mereka berbasikal di tempat yang hijau seperti tepi tasik atau hutan rekreasi. Melalui senaman berbasikal ini, hormon endorfin dikeluarkan oleh tubuh. Hormon ini dapat mengusir perasaan negatif dan stres. Secara tidak langsung, fekanan seseorang dapat dikurangkan dan mereka akan melupakan masalah buat sementara. Dalam konteks ini, tidak ketinggalan juga berbasikal dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh. Hal ini demikian kerana, pembakaran lemak tepu dan tisu kolesterol berlaku semasa seseorang itu berbasikal. Dengan cara ini, orang ramai tidak perlu menghabiskan wang untuk menguruskan badan di pusat pelangsingan badan. Secara kesimpulannya, aktiviti berbasikal bukan sahaja dapat mencergaskan diri dan meningkatkan stamina, malahan dapat dijadikan sebagai aktiviti riadah untuk mengeratkan kasih sayang antara abli keluarga. Oleh itu, marilah kita menikmati keseronokan aktiviti berbasikal sambil ‘mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak ketika pertama kali mengayuh basikal. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kebaikan Berbasikal Kepada Masyarakat” oleh Raidatul Batrisyah Mohd Radzif, Dewan Siswa Bil.2 2017.)

You might also like