You are on page 1of 15

TOPIK 3

PENGENALAN LOGIK

HASIL PEMBELAJARAN
• Membincangkan ilmu falsafah, cara atau kaedah befikir
dikaitkan dengan logik iaitu salah satu cabang falsafah.
SLT: Peruntukan masa untuk topik ini selama 2 jam.

PENGENALAN
Perbincangan Falsafah turut merangkumi tentang berfikir, cara
berfikir ataupun kadar berfikir.
Di dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah befikir dikaitkan
dengan LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.
Apa yang dimaksudkan dengan Logik? Perkaitannya dengan
cara berfikir menurut falsafah.

Maksud logik
Logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan.
Bahasa Inggeris = arguments. Logic is the study of arguments.
Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)?
Argument ialah sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian
ayat iaitu
• Pertama - bahagian yang dipanggil premis.
• Premis-premis ini menyokong kesimpulan.
• Kedua - bahagian yang dipanggil kesimpulan.
• Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis
dan kedua dipanggil kesimpulan.
Logik adalah kajian mengenai kaitan antara premis dan
kesimpulan; sama ada kesimpulan itu ditarik (dibuat) dengan
secara betul ataupun dengan secara sah daripada premis-
premis yang dikemukakan.
Logik adalah pengkajian tentang argument. Argument yang
terdiri daripada premis dan kesimpulan.

Logik deduktif
Terdapat 2 jenis logik iaitu Logik Deduktif dan Logik Induktif.
Dalam logik deduktif, terdapat premis-premis dan kesimpulan
yang terhasil daripada premis tersebut.
Di dalam logik deduktif yang sah (valid), salah satu sifatnya
ialah jika premis-premisnya benar maka kesimpulan yang
terhasil daripada premis tersebut mestilah benar.
Contoh, di dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya
dua atau lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik.
• Premis pertama biasanya wujud satu pernyataan
yang umum ataupun universal argument
• Premis kedua tidak semestinya ada satu universal
argument atau premis yang umum tetapi sebaliknya
satu pernyataan yang khusus.
• Contoh 1
• Premis pertama: mengandungi pernyataan
umum “semua manusia mempunyai jantung”
• Premis kedua: mengatakan bahawa “Ali ialah
seorang manusia”
• Kesimpulan: Jadi dari premis-premis tersebut
boleh dibuat kesimpulan bahawa “Ali juga
mempunyai jantung”.
Jadi disini kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa “semua
manusia mempunyai jantung” dan sekiranya benar seperti
dinyatakan premis kedua bahawa “Ali juga seorang manusia”
maka tidak boleh tidak kita harus menarik kesimpulan bahawa
“Ali semestinya mempunyai jantung”. Ini adalah kerana jika
kenyataan yang menyatakan bahawa “semua manusia itu
mempunyai jantung” adalah benar dan kenyataan “Ali ialah
seorang manusia” adalah benar, maka kita tidak boleh lari
daripada membuat kesimpulan bahawa “Ali juga mempunyai
jantung”.
• Contoh 2
• Premis pertama: “semua manusia akan mati”
• Premis kedua: “Ali seorang manusia”
• Kesimpulan: “Ali akan mati”.
• Terdapat 2 Premis dan 1 Kesimpulan. Premis yang
pertama yang mengatakan bahawa “semua manusia akan
mati” adalah satu ayat ataupun pernyataan yang Umum
darimana kita dapati ianya berbeza daripada premis yang
kedua yang berupa satu pernyataan Khusus yang
mengatakan bahawa Ali ialah seorang manusia dan dari
premis-premis tersebut maka ditarik kesimpulan bahawa
“Ali juga akan mati”.
• Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang
sah kerana terdapat 2 premis dan 1 kesimpulan. Jika
premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar
bahawa “semua manusia akan mati” dan dalam kes ini
memang benar dan “Ali adalah seorang manusia” dan kita
dapati juga benar kerana ada manusia bernama Ali yang
bersifat sebagai seorang manusia maka sudah tentulah
kesimpulan yang boleh ditarik ialah “Ali juga akan mati”.

Logik induktif
Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif. Logik Induktif tidak
memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan sekurang-
kurangnya 1 premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih
daripada satu premis yang digunakan dan dari premis tersebut
ataupun dari premis-premis tersebut kita membuat kesimpulan.
Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama
seperti logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif
sekiranya premis ataupun premis-premis betul, tidak
semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga semestinya
betul.
Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif. Logik Induktif tidak
memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan sekurang-
kurangnya 1 premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih
daripada satu premis yang digunakan dan dari premis tersebut
ataupun dari premis-premis tersebut kita membuat kesimpulan.
Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang sama
seperti logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik induktif
sekiranya premis ataupun premis-premis betul, tidak
semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga semestinya
betul.
• Contoh 1:
• Premis pertama: “semua burung gagak yang saya
lihat selama ini mempunyai bulu yang berwarna
hitam”.
• Kesimpulan: dibuat secara induktif bahawa “semua
burung gagak, maksudnya semua burung gagak di
dunia ini mempunyai bulu hitam, bulu ataupun bulu
yang berwarna hitam”.
Oleh itu, dari premis yang boleh dikatakan bersifat khusus
(kerana ia merujuk kepada pemerhatian yang telah dibuat
mengenai burung gagak dalam jumlah yang terhad)
kesimpulan dihasilkan mengatakan bahawa semua burung
gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam.
Jadi daripada sebahagian kepada semua ini adalah suatu sifat
logik induktif dan walaupun premis ini benar iaitu walaupun
benar bahawa semua burung gagak yang pernah dilihat
sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna hitam, ini tidak
semestinya bermakna bahawa kesimpulan yang dibuat yang
mengatakan bahawa “semua burung gagak iaitu termasuk
yang belum saya lihat lagi juga berwarna hitam”.
Jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat
didalam premis yang diberi ini tidak menjamin akan kebenaran
kesimpulan tersebut. Jadi adanya elemen ketidakpastian dalam
penggunaan logik induktif itu membezakannya daripada logik
deduktif dimana kepastian terdapat dalam kesimpulan yang
ditarik daripada premis-pemis itu.
• Rumusannya, logik induktif tak semestinya memberi
kesimpulan yang benar pada akhirnya.
• Contoh 2:
• Premis pertama: “Ali seorang datuk yang berkepala
botak”
• Premis kedua: “Ahmad seorang datuk yang
berkepala botak”
• Kesimpulan: “semua datuk berkepala botak”
• Contoh yang diberikan di atas menepati syarat-syarat
penggunaan logik induktif yang betul kerana dalam
contoh yang diberikan terdapat dua premis yang
mana setiap premis itu mengandungi ayat yang
berupa ayat khusus iaitu; Premis pertama
mengatakan bahawa “Ali adalah seorang datuk yang
berkepala botak”, premis kedua mengatakan “Ahmad
adalah seorang datuk yang berkepala botak” dan dari
dua kes itu maka disimpulkan bahawa “semua datuk
mempunyai kepala botak”. Ini merupakan satu
kesimpulan umum berdasarkan kepada premis-
premis yang khusus ditarik satu kesimpulan umum
mengenai datuk-datuk yang dikatakan mempunyai
kepala botak.
Dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat didalam
kesimpuan itu tidak semestinya benar walaupun premis-
premisnya benar. Ini adalah kerana mungkin terdapat datuk-
datuk yang mempunyai cucu yang masih lagi mempunyai
rambut dan tidak berkepala botak. Jadi, jika ada datuk-datuk
yang masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah tentulah
bermakna bahawa kesimpulan yang mengatakan bahawa
semua datuk mempunyai kepala botak itu adalah tidak benar
(palsu). Ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana dari
premis-premis yang benar kita menarik kesimpulan umum yang
tidak semestinya benar tetapi berdasarkan kepada premis-
premis yang telah diberi itu.
Abduksi
Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti
kaedah Abduksi dan kaedah Heuristik.
Kaedah abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi.
Abduction atau di dalam Bahasa Inggeris juga disebut sebagai
inference to the best explanation - berlakunya sesuatu
phenomena dan kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu
fenomena. Dari situ kesimpulan dibuat mengenai apakah yang
berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh
menjelaskan kenapa fenomena tersebut wujud atau berlaku.
Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau
explanation yang terbaik berdasarkan kepada fenomena yang
wujud itu. Dalam hal ini kita berfikir dengan berfikir secara ke
belakang ataupun thinking backwards.
• Contohnya, kita melihat sesuatu fenomena,
contohnya memerhatikan kereta yang bergerak di
jalan raya dan kita bertanya:
• bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?
• Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?
• Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun
keadaan yang mesti ada untuk membolehkan
fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku.

Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti


kaedah Abduksi dan kaedah Heuristik.
Kaedah abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi.
Abduction atau di dalam Bahasa Inggeris juga disebut sebagai
inference to the best explanation - berlakunya sesuatu
phenomena dan kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu
fenomena. Dari situ kesimpulan dibuat mengenai apakah yang
berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh
menjelaskan kenapa fenomena tersebut wujud atau berlaku.

Heuristik
Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir
secara logik dimana terdapat peraturan pemikiran yang boleh
diaplikasikan.
Walau bagaimanapun, bagi kaedah heuristik ianya berbeza
daripada kaedah-kaedahdeduktif, induktif dan abdukdi. Ini
kerana, kaedah heuristik tidak ada peraturan-peraturan yang
sistematik ataupun yang teratur yang boleh diaplikasikan
seperti di dalam logik diduktif dan induktif.
Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai suatu
jenis berfikir yang berlainan daripada permikiran logik yang lain.
Walaupun logic heuristik ini tidak mempunyai peraturan yang
tertentu namun ada garis panduan untuk melaksanakan
pemikiran heuristik.
Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun
exploratory. Ianya bukan bersifat penilaian seperti yang
terdapat dalam logik deduktif dan induktif dimana kaedah logik
digunakan untuk menilai samada sesuatu penghujahan atau
pendalilan ataupun argumen itu boleh diterima sebagai sah
ataupun tidak sah.

Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir


secara logik dimana terdapat peraturan pemikiran yang boleh
diaplikasikan.
• Walau bagaimanapun, bagi kaedah heuristik ianya
berbeza daripada kaedah-kaedahdeduktif, induktif dan
abdukdi. Ini kerana, kaedah heuristik tidak ada peraturan-
peraturan yang sistematik ataupun yang teratur yang
boleh diaplikasikan seperti di dalam logik diduktif dan
induktif.
• Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai
suatu jenis berfikir yang berlainan daripada permikiran
logik yang lain.
• Walaupun logic heuristik ini tidak mempunyai peraturan
yang tertentu namun ada garis panduan untuk
melaksanakan pemikiran heuristik.
• Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun
exploratory. Ianya bukan bersifat penilaian seperti yang
terdapat dalam logik deduktif dan induktif dimana kaedah
logik digunakan untuk menilai samada sesuatu
penghujahan atau pendalilan ataupun argumen itu boleh
diterima sebagai sah ataupun tidak sah.
Sebaliknya dalam heuristik kita cuba:
• meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang
mempunyai permasalahan-permasalahan tertentu.
• mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada
masalah-masalah ataupun persoalan-persoalan
tersebut.
• Sekiranya kita mencari penyelesaian kepada
masalah kita tidak mempunyai kaedah yang khusus
kerana jika kita mempunyai kaedah yang khusus
yang boleh diaplikasikan dengan menjamin akan
pencapaian kesimpulan ataupun jawapan yang
memuaskan dalam erti kata memberi penyelesaian
yang memuaskan maka sudah tentulah tidak ada
masalah lagi yang tidak diselesaikan dalam dunia ini.
• Tetapi adanya masalah-masalah yang masih belum
diselesaikan menunjukkan bahawa kaedah heuristik
itu walaupun mempunyai garis-garis panduan yang
boleh digunakan ianya tidak menjamin akan
tercapainya satu penyelesaian. Namun begitu ianya
berguna kerana boleh meningkatkan kemungkinan
ataupun kebarangkalian tercapainya sesuatu
penyelesaian iaitu ia boleh membantu ke arah
penyelesaian masalah. Antara cara-cara yang boleh
difikirkan dalam kaedah heuristik ialah antaranya
kaedah trial and error ataupun ‘cuba dan lihat’ akan
apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan
tersebut.
Jadi, apabila kita menggunakan cara ini yang bukannya satu
kaedah yang khusus tetapi boleh dikatakan sebagai satu rule of
thumb ataupun garis panduan kasar, maka kita akan lihat
bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati bahawa
masih juga gagal dan kita cuba cara yang lain pula, maka
mungkin dengan mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan ini
didalam penyelesaian masalah ataupun cara-cara
penyelesaian masalah yang berbeza. Jika kita bernasib baik
mencapai satu penyelesaian tetapi tidak ada suatu jaminan.
Namun begitu, ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba
langsung. Oleh itu, trial and error adalah satu kaedah juga yang
bersifat heuristik.
• Contoh lain ialah lateral thinking yang digunakan oleh
Edward De Bono. Lateral thinking dianggap sebagai
sejenis pemikiran heuristik kerana ia boleh membantu
kearah penyelesaian masalah. Contoh lateral thinking
yang diajar oleh Edward De Bono ialah dimana kadang-
kadang kesilapan kita ataupun kebolehan kita ataupun
kegagalan kita untuk menyelesaikan masalah konseptual
itu ialah kerana kita mengambil satu pendekatan yang
salah ataupun membuat andaian ataupun tanggapan yang
silap. Jika kita ubah andaian atau tanggapan itu mungkin
kita akan dapat meyelesaian masalah itu.
• Contohnya, Edward De Bono menceritakan bagaimana
pengalamannya sebagai seorang undergraduate student
di University Oxford. Di mana beliau dan rakan-rakan
telah keluar lewat malam dan apabila kembali ke tempat
penginapan beliau dan rakan-rakan mendapati bahawa
pintu pagar telah tertutup. Oleh kerana beliau ingin
masuk ke dalam kawasan penginapan itu maka beliau
dan kawan-kawan beliau memanjat pagar itu untuk masuk
ke dalam kawasan penginapan. Apabila sudah masuk ke
dalam kawasan penginapan barulah mereka sedar
bahawa pintu pagar itu sebenarnya tidak berkunci cuma
tertutup. Jadi berdasarkan peristiwa tersebut Edward De
Bono mengatakan bahawa apa yang silap di dalam
pemikiran mereka adalah mereka membuat andaian yang
silap iaitu menganggap bahawa pagar yang tertutup
bermaksud bahawa ianya juga berkunci sedangkan jika
dia mengubah andaian itu dan ataupun memeriksa
semula sudah tentulah mudah masuk ke dalam kerana
tidak perlu memanjat pagar tetapi cuma membuka pintu
pagar yang tidak berkunci itu.
Falasi
Dalam kaedah-kaedah berfikir kadangkala kita melakukan
kesilapan, kesilapan ini dipanggil falasi.
Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-
kaedah ataupun teknik-teknik berfikir seperti logik deduktif,
logik induktif dan lain-lain lagi.
Jadi, umumnya falasi merujuk kepada kesilapan di dalam
mengunakan kaedah-kaedah berfikir.
Contohnya, di dalam logik deduktif dan induktif kesimpulan
dibuat dengan secara tidak sah daripada premis-premis
ataupun menarik kesimpulan yang tidak betul daripada premis-
premis tersebut. Semua ini melibatkan kesilapan di dalam
penggunaan logik-logik tersebut.
• Secara umumnya terdapat 2 jenis falasi:
1. Falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy
• Formal falasi berlaku apabila kita tidak
menggunakan peraturan-peraturan yang betul di
dalam logik deduktif dan induktif.
• Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -
peraturan yang betul didalam menarik kesimpulan
daripada premis-premis, maka kita telah melakukan
satu kesilapan ataupun falasi.
2. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy
• Falasi informal pula ianya tidak melibatkan
pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam menarik
kesimpulan daripada premis-premis. Contoh non
ataupun informal fallacy:
• Ad Hominem iaitu serangan peribadi ke atas orang
yang membuat kenyataan ataupun yang
mengeluarkan pandangan itu dan bukannya kepada
pandangan ataupun penghujahan yang dibuat oleh
seseorang itu. Serangan peribadi ini merupakan satu
kesilapan di dalam berhujah ataupun di dalam berfikir
kerana ia tidak ada kena mengena dengan
kandungan ucapan itu ataupun penghujahan yang
dibuat ataupun idea-idea yang diberi tetapi
sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak
boleh diterima kerana sifat peribadi seseorang itu.
1. Contohnya pertama , seseorang itu
mengeluarkan suatu teori, misalnya teori sains
dan dikritik oleh seseorang yang tidak bersetuju
dengan teori itu dengan mengatakan bahawa
orang itu adalah seorang Yahudi. Kritikan
tersebut bukan terhadap idea ataupun teori
saintifik yang dikemukakannya tetapi di atas
dasar bahawa orang yang mengeluarkan teori
itu berbangsa Yahudi. Ini dianggap sebagai satu
falasi kerana tidak menunjukkan apakah
kesilapan didalam pemikiran orang itu tapi
sebaliknya menyerang peribadi orang itu kerana
ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata
ditolak oleh kebanyakan rakyat yang beragama
Islam di negara ini. Jadi ini merupakan satu
jenis retorik dan bukannya merujuk kepada satu
kritikan yang berasaskan kepada pemikiran
yang logikal.
3. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy
• Falasi informal pula ianya tidak melibatkan
pelanggaran apa-apa peraturan logik dalam menarik
kesimpulan daripada premis-premis. Contoh non
ataupun informal fallacy:
• Ad Hominem iaitu serangan peribadi ke atas orang
yang membuat kenyataan ataupun yang
mengeluarkan pandangan itu dan bukannya kepada
pandangan ataupun penghujahan yang dibuat oleh
seseorang itu. Serangan peribadi ini merupakan satu
kesilapan di dalam berhujah ataupun di dalam berfikir
kerana ia tidak ada kena mengena dengan
kandungan ucapan itu ataupun penghujahan yang
dibuat ataupun idea-idea yang diberi tetapi
sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak
boleh diterima kerana sifat peribadi seseorang itu.
1. Contohnya pertama , seseorang itu
mengeluarkan suatu teori, misalnya teori sains
dan dikritik oleh seseorang yang tidak bersetuju
dengan teori itu dengan mengatakan bahawa
orang itu adalah seorang Yahudi. Kritikan
tersebut bukan terhadap idea ataupun teori
saintifik yang dikemukakannya tetapi di atas
dasar bahawa orang yang mengeluarkan teori
itu berbangsa Yahudi. Ini dianggap sebagai satu
falasi kerana tidak menunjukkan apakah
kesilapan didalam pemikiran orang itu tapi
sebaliknya menyerang peribadi orang itu kerana
ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata
ditolak oleh kebanyakan rakyat yang beragama
Islam di negara ini. Jadi ini merupakan satu
jenis retorik dan bukannya merujuk kepada satu
kritikan yang berasaskan kepada pemikiran
yang logikal.
4. Contoh kedua ialah apa yang dikatakan dalam Bahasa
Latin, post hoc ergo propter hoc. maksudnya apa sahaja
yang berlaku maka apa yang berlaku sebelumnya
dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu.
Contohnya, seseorang masuk ke hutan dan terlanggar
tunggul dan keesokannya orang tersebut derma atau jatuh
sakit. Oleh itu, tersepak tunggul di hutan itu ialah
penyebab kepada orang tersebut jatuh sakit. Iaitu
dikaitkan sesuatu itu dengan apa yang berlaku selepas itu
iaitu tersepak tunggul berlaku sebelum seseorang itu jatuh
sakit dan ini dikatakan sebagai penyebab kepada jatuh
sakit. Sedangkan tidak ada kaitan sebab dan akibat
(causal relation) yang sebenar di antara tersepak tunggul
dan jatuh sakit. Oleh kerana sesuatu itu berturutan
dengan sesuatu yang lain, maka dianggap ada hubungan
sebab akibat di situ tetapi tidak semestinya. Jadi apabila
seseorang membuat kesimpulan yang sedemikian, ia
dikatakan telah membuat kesilapan tetapi kesilapan
secara informal kerana tidak membuat pelanggaran
hukum-hukum logik.
KESIMPULAN
Logik adalah bidang falsafah yang menarik kerana kaedah
logic dapat menajamkan fikiran kita dan membantu
menyediakan hujah yang kukuh dan jelas.

AKTIVITI PEMBELAJARAN KENDIRI


1. Lakukan diskusi berkumpulan mengenai perbezaan
antara Abduksi dan Falasi.
PENILAIAN KENDIRI
1. Terdapat 2 jenis logik iaitu _____________
2. Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir lain
seperti kaedah ___________
3. Kaedah heuristik ialah _____________

You might also like