You are on page 1of 6

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan ................................................................................................................ 1

2.0 Konsep Pendidikan Inklusif......................................................................................... 1

3.0 Dasar Pendidikan Inklusif ........................................................................................... 2

4.0 Matlamat Pendidikan Inklusif ...................................................................................... 2

5.0 Pelaksanaan serta Peranan dan Tanggungjawab dalam Pelaksanaan Pendidikan


Inklusif .................................................................................................................................. 2

5.1 Peranan Sekolah .................................................................................................... 2

5.2 Peranan Guru ......................................................................................................... 3

5.3 Peranan Rakan Sebaya .......................................................................................... 3

5.4 Peranan Ibu Bapa ................................................................................................... 4

6.0 Rumusan .................................................................................................................... 4

7.0 Senarai Rujukan ......................................................................................................... 5


1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan hak dasar semua individu tanpa mengira jantina, keturunan
etnik, bahasa, agama, kewarganegaraan, keupayaan dan lain-lain. Oleh itu, pendidikan bagi
murid berkeperluan khas juga tidak boleh dipinggirkan. Menurut Bahagian Pendidikan Khas
(2013), setiap murid termasuk murid berkeperluan khas (MBK) adalah istimewa, mempunyai
kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak yang sama rata bagi mendapatkan akses
pendidikan yang berkualiti di semua sekolah. Selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk
Semua” yang diperkenalkan oleh KPM, satu sistem pendidikan telah diberikan kepada MBK
supaya mereka boleh mendapat hak pendidikan sama ada dalam persekitaran khas atau
dalam persekitaran bersepadu yang dikenali sebagai pendidikan inklusif.

2.0 Konsep Pendidikan Inklusif


Pendidikan Inklusif merupakan satu sistem pendidikan yang merangkumi bukan
sahaja penyertaan murid tipikal tetapi juga MBK dalam sesuatu kominiti sekolah. Terdapat
beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas dalam pendidikan inklusif, iaitu kategori
masalah fizikal (cacat anggota), msalah emosi dan tingkah laku (Autisme dan ADHD),
masalah pembelajaran khusus Dyslexia dan masalah penguasaan kemahiran 4M iaitu
membaca, menulis, mengira dan manaakul.

Terdapat dua pendekatan pendidikan Inklusif yang boleh dilaksanakan iaitu inklusif
penuh dan inklusif separa yang melibatkan MBK bersama-sama murid arus perdana di semua
sekolah harian. Berdasarkan Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan
Khas yang diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2013), inklusif penuh ialah MBK
belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana dan mengikuti
pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau
kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan
sokongan.

Inklusif separa pula bermaksud MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi
mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja
mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran
akademik adalah berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang
diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi
aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan
mereka.

1
3.0 Dasar Pendidikan Inklusif
Dasar pendidikan Inklusif di Malaysia boleh dilihat melalui dasar yang berikut:

Akta Orang Kurang Upaya Peraturan-peraturan Pelan Pembangunan


2008 Pendidikan (Pendidikan Pendidikan Malaysia 2013-
Khas) 2013 2025
“Orang kurang upaya tidak “Pendidikan Khas” ertinya “Kementerian beriltizam
boleh dikecualikan daripada pendidikan bagi murid menggalakkan lebih ramai
sistem pendidikan umum berkeperluan khas di MBK ke dalam program
atas asas ketidakupayaan, sekolah khas atau di sekolah pendidikan inklusif dan
dan kanak-kanak kurang yang menjalankan Program meningkatkan kualiti
upaya tidak boleh Pendidikan Khas Integrasi penyediaannya secara
dikecualikan daripada atau Program Pendidikan keseluruhan”
pendidikan prasekolah, Inklusif pada peringkat –
rendah, menengah dan (a) pendidikan prasekolah;
tinggi, atas asas kesetaraan (b) pendidikan rendah;
dengan orang atau kanak- (c) pendidikan menengah;
kanak upaya, termasuk (d) pendidikan lepas
latihan vokasional dan menengah
pembelajaran sepanjang
hayat.”

4.0 Matlamat Pendidikan Inklusif


Matlamat Pendidikan Inklusif ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi
peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid di arus perdana. Pendidikan Inklusif juga memberi kesedaran kepada masyarakat
supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh
diminimakan jika diberi peluang yang sama.

5.0 Pelaksanaan serta Peranan dan Tanggungjawab dalam Pelaksanaan Pendidikan


Inklusif
5.1 Peranan Sekolah
Pihak sekolah memegang tanggungjawab yang besar dalam usaha memperluaskan
Program Pendidikan Inklusif kepada warga sekolah. Terdapat beberapa isu dalam
pelaksanaan Pendidikan Inklusif, antaranya ialah tahap pengetahuan dan pemahaman pihak
sekolah tentang Program Pendidikan Inklusif. Oleh itu, pihak pentadbir perlulah memahami
konsep sebenar berkaitan program ini dan membuat perancangan yang baik untuk

2
memastikan objektif PPI dapat dicapai dengan berjaya. Sebagai contoh, pihak pentadbir
haruslah memberi penerangan yang jelas berkaitan program ini kepada murid-murid, ibu bapa
dan guru-guru di sekolah agar mereka lebih memahami keperluan MBK dan sentiasa memberi
bantuan kepada mereka. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga haruslah mengambil kira aspek
kemudahan fizikal yang diperlukan oleh MBK seperti susur tangan dan kedudukan kelas di
aras bawah bagi memberi kemudahan MBK yang berkerusi roda.

5.2 Peranan Guru


Merujuk kepada Buku Data Pendidikan Khas 2022, bilangan enrolmen MBK Program
Pendidikan Inklusif (PPI) berdasarkan Peringkat Persekolahan dan Negeri paling tinggi ialah
di negeri Selangor iaitu 12,502 orang (KPM 2022). Guru di aliran perdana memainkan peranan
yang penting dalam Program Pendidikan Inklusif. Hal ini kerana guru perlu memberi perhatian
kepada MBK serta memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
bersesuaian dengan tahap keupayaan dan potensi murid MBK. Guru perlu memainkan lebih
peranan sebagai pemudah cara kepada murid dalam aktiviti pembelajaran mereka di samping
memberi lebih peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran mereka bersama rakan
dengan pemantauan guru (Nazrah & Kama, 2023). Misalnya, guru boleh merancang aktiviti
PdP dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian mereka
seperti video atau alat permainan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran. Bukan itu sahaja, sebahagian guru di aliran perdana kekurangan ilmu dalam
mengawal dan mengajar MBK dengan cara yang betul sehingga mengabaikan mereka.
Dengan itu, guru perlulah mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Khas supaya dapat lebih
memahami dan mengetahui ciri-ciri MBK serta mencari kaedah pengajaran yang sesuai untuk
MBK.

5.3 Peranan Rakan Sebaya


Semasa sesi PdP, aktiviti pembelajaran secara koperatif boleh dilakukan dalam kelas.
Hal ini kerana apabila berlaku perbezaan tahap penguasaan murid inklusif dan murid arus
perdana, MBK akan mudah dipandang rendah dan sukar untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya dalam kelas. Selain itu, penempatan MBK di dalam kelas inklusif juga memberikan
peluang kepada MBK untuk membina hubungan persahabatan dengan rakan sebaya mereka
yang tipikal. Menurut Nawwar dan Khairul (2022), program ini juga boleh mendatangkan
impak negatif jika tidak ditangani dengan berkesan. MBK yang terpilih untuk menghadiri kelas
inklusif berisiko berdepan dengan masalah buli. Oleh itu, pihak sekolah dan ibu bapa haruslah
menerangkan secara terperinci dan positif kepada murid-murid tipikal berkaitan ciri-ciri MBK
dan cara untuk membantu mereka dalam kelas.

3
5.4 Peranan Ibu Bapa
Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Ibu bapa adalah penentu mutlak dalam membuat
sesuatu keputusan bagi pendidikan anak-anak (Salim & Khairuddin, 2020). Oleh itu, ibu bapa
perlulah sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan anak-anak mereka di sekolah
dengan menjalin hubungan erat bersama guru sekolah. Hal ini kerana ibu bapa boleh sentiasa
berbincang dengan guru berkenaan dengan anak mereka tentang tingkah laku di sekolah,
cara-cara membantu mereka dan melibatkan diri dalam segala aktiviti sekolah. Walau
bagaimanapun, sikap keterbukaan ibu bapa haruslah diamalkan untuk memberi peluang
kepada anak-anak berkeperluan khas dalam mengembangkan potensi mereka ke tahap yang
lebih tinggi.

6.0 Rumusan
Kesimpulannya, Pendidikan Inklusif merupakan satu program yang membolehkan
MBK untuk menerima hak pendidikan yang sama dan adil seperti murid biasa. Selain daripada
itu, masyarakat juga dapat mengenali serta memahami MBK dan PPI di Malaysia. Walau
bagaimanapun, masih terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh MBK sepanjang PPI.
Oleh itu, setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing supaya tiada kanak-
kanak berkeperluan khas yang tercicir daripada pendidikan yang sewajarnya.

4
7.0 Senarai Rujukan
Nazrah & Kama. (2023). Meneroka Cabaran Interaksi Sosial Guru Perdana Dalam
Pengajaran Ke Atas Murid Inklusif Di Aliran Perdana. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI,
16, 45-54. https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.sp.4.2023

Nawwar & Khairul. (2022). Kepentingan Sistem Sokongan Rakan Sebaya Terhadap Aspek
Sosial Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pembelajaran dalam Kelas Inklusif.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(6), 1-14.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1583

Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/pendidikan-
khas/928-bpkhasinsklusifpekeliling/file

You might also like