You are on page 1of 188

FUNGSI MAKNA IMBUHAN AWALAN peN- : SATU ANALISIS TEORI

RELEVANS

AHMAD HARITH SYAH BIN MD. YUSUF


P 39215

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA


SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SAINS SOSIAL

PROGRAM LINGUISTIK
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2008
i
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

1 NOVEMBER 2008 AHMAD HARITH SYAH BIN MD. YUSUF


P 39215

ii
PENGHARGAAN
Pertamanya saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya saya
berjaya menyiapkan tesis sarjana ini seperti yang direncanakan bagi memperoleh Ijazah
Sarjana Sains Sosial (Linguistik) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekalung budi dan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada penyelia saya
iaitu Profesor Dr. Nor Hashimah Jalaluddin atas galakan, bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya selama ini walaupun ada ketikanya beliau berada dalam keadaan yang sibuk.
Ketekunan dan ketabahan beliau sebagai tenaga akademik banyak memberi peransang
kepada saya dalam memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya
semasa proses menyiapkan tesis ini sekaligus membolehkan penulisan tesis ini berjalan
dengan baik dan lancar. Kepada Profesor Dr. Zaharani Ahmad, ribuan terima kasih saya
ucapkan kerana mencetuskan idea di peringkat permulaan penyelidikan ini dengan
memberi input yang sangat berguna. Kepada kedua-duanya, serta seluruh tenaga kerja
akademik iaitu pensyarah-pensyarah Program Linguistik, sumbangan tak ternilai yang
ditimba sepanjang tempoh saya belajar di UKM amat saya hargai dan semoga Allah
S.W.T akan memberkati dunia dan akhirat.

Kepada ibu saya, Wan Nazli Bt. Wan Mohd Sa’aid, saya rakamkan jutaan terima
kasih kerana telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang tempoh saya belajar di sini.
Dorongan dan sokongan yang tak berbelah bahagi amat saya sanjungi.

Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya kalungkan kepada ibu dan bapa
saudara saya iaitu Wan Nor Sa’adiah Bt. Wan Mohd Sa’aid dan Profesor Madya Dr.
Merza Bin Abbas kerana telah banyak membantu saya dan keluarga. Bantuan yang
diberikan mereka tidak akan dapat saya balas dan semoga Allah S.W.T akan
membalasnya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya juga kepada Didie, Kak Fizah, Kak Marina
dan semua rakan-rakan seperjuangan dalam bidang Linguistik yang telah banyak
memberi pandangan dan pendapat sepanjang tempoh menyiapkan tesis ini.
Sekian terima kasih.

Ahmad Harith Syah B. Md. Yusuf (P 39215)


Program Linguistik
Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik
Fakulti Sains Sosial & Kemanusian
Universiti Kebangsaan Malaysia Dec 2008

iii
ABSTRAK

Imbuhan awalan kata nama peN- sememangnya mendokong fungsi makna atau penanda
semantik tertentu. Antara penahu yang menghuraikan fungsi makna ini adalah seperti
Za’ba (1965, 2001), Abdullah (1974, 1993), Asmah (1993), Nik Safiah et. al. (1993) dan
Abdullah & Liaw (1994). Pemerian yang dilakukan sarjana sebelum ini berkenaan
dengan fungsi makna peN- merupakan satu pemerian berdasarkan intuisi, struktur dan
binaan serta bebas konteks. Jadi, sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi imbuhan peN- yang
ditemui di dalam data korpus tidak mampu dijelaskan dengan pemerian sebegini. Dari itu,
kajian ini cuba membuat satu pemerian yang bersifat peka konteks. Dengan
menggunakan data korpus, kajian ini bukan sahaja merungkai keluar sifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi imbuhan awalan ini malah turut menemukan kita kepada fungsi makna
baru iaitu peN- sebagai haiwan dan tumbuhan. Pengaplikasian Teori Relevans (Sperber
& Wilson, 1986, 1995) dan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986) mampu menawarkan
satu bentuk penghuraian yang menepati tahap kepadaan (level of adequacy) dalam kajian
linguistik. Hasil atau dapatan kajian ini membolehkan satu bentuk pengkategorian
semula fungsi makna imbuhan peN- dihasilkan menjadi lebih mudah, padat dan ekonomi.

iv
ABSTRACT

The noun prefix peN- carries the function of a certain semantic marker. Among the
grammarians who have described the semantic markers are Za’ba (1965, 2001), Abdullah
(1974, 1993), Asmah (1993), Nik Safiah et. al. (1993) and Abdullah & Liaw (1994).
Previous descriptions done by scholars on the subject of the semantic marker peN- are
based on intuition, structural and morphological, and context-free. Therefore, the dual-
functionality and multi-functionality of the semantic marker peN- found in the corpus are
not able to be described in such description. This research attempts to determine a
context-dependent description. With DBP-UKM corpus as the data main source, this
research does not only reveal the dual and multi-functionality of the prefix but also
discloses new meanings, namely prefix peN- as animal and plants. Apparently
Relevance Theory (Sperber & Wilson, 1986, 1995) and Bridging Cross-Reference
(Kempson, 1986) framework are able to bring forward a description that fits the level of
adequacy in linguistics studies. The results from the research enables the recategorisation
of the semantic marker peN- in a simpler, more concise and economical manner.

v
JUDUL HALAMAN
PENGAKUAN ii
PERGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI ILUSTRASI x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.2.1 Nahu Tradisional 4
1.2.2 Nahu Pasca-Tradisional 6
1.2.3 Nahu Kontemporari 7
1.2.4 Rumusan 9
1.3 Objektif Kajian 10
1.4 Kepentingan Kajian 10
1.5 Ruang Lingkup Kajian 11
1.6 Pentakrifan Istilah 12
1.6.1 Teori Relevans 13
1.6.2 Rangka Rujuk Silang 20
1.7 Kesimpulan 22
BAB II KOSA ILMU 23
2.1 Pendahuluan 23
2.2 Huraian Kosa Ilmu 23
2.2.1 Nahu Tradisional 23
2.2.2 Nahu Pasca-Tradisional 29
2.2.2.1 Nahu Struktural 29
2.2.2.2 Nahu Generatif 38
vi
2.2.3 Nahu Kontemporari 46
2.3 Analisis Kritis 50
2.4 Kesimpulan 58
BAB III METODOLOGI KAJIAN 59
3.1 Pendahuluan 59
3.2 Kaedah Kajian 59
3.3 Tatacara Pemerolehan Data 61
3.3.1 Wordsmith 61
3.3.2 Langkah-langkah Pemerolehan Data 61
3.4 Statistik Umum Data 65
3.5 Data Korpus 69
3.6 Rasional Penggunaan Data Korpus 71
3.7 Contoh Analisis 73
3.7.1 Contoh Analisis Tahap 1 : Deskriptif 73
3.7.2 Contoh Analisis Tahap 2 : Penerapan Teori
Relevans 75
3.7.2.1 Pola 1 : peN- + Kata Dasar
Dengan Fitur [+nyawa],[-atribut],
[+/-keterangan] 76
3.7.2.2 Pola 2 : peN- + Kata Dasar
Dengan Fitur [-nyawa],[+/-atribut],
[+/-keterangan] 79
3.8 Kesimpulan 82
BAB IV ANALISIS DATA 83
4.1 Pendahuluan 83
4.2 Analisis Tahap 1 : Deskriptif 84
4.2.1 Alomorf pe- 84
4.2.2 Alomorf pen- 86
4.2.3 Alomorf pem- 87
4.2.4 Alomorf peng- 87
vii
4.2.5 Alomorf peny- 88
4.2.6 Penilaian Analisis 89
4.2.7 Rumusan Analisis Tahap 1 93
4.3 Analisis Tahap 2 : Explanatory – Penerapan Teori
Relevans 93
4.3.1 Pola 1 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur
[– atribut], [+ nyawa], [+/- keterangan] 95
4.3.1.1 Alomorf pe- 96
4.3.1.2 Alomorf pen- 100
4.3.1.3 Alomorf pem- 103
4.3.1.4 Alomorf peng- 106
4.3.1.5 Alomorf peny- 109
4.3.1.6 Rumusan Pola 1 113
4.3.2 Pola 2 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur
[+/- atribut], [ - nyawa], [+/- keterangan] 114
4.3.2.1 Alomorf pe- 115
4.3.2.2 Alomorf pen- 118
4.3.2.3 Alomorf pem- 121
4.3.2.4 Alomorf peng- 124
4.3.2.5 Alomorf peny- 127
4.3.2.6 Rumusan Pola 2 130
4.3.3 Pola 3 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur
[- atribut], [- nyawa], [+/- keterangan] 131
4.3.3.1 Alomorf pe- 131
4.3.3.2 Alomorf pen- 133
4.3.3.3 Alomorf pem- 135
4.3.3.4 Alomorf peng- 138
4.3.3.5 Alomorf peny- 140
4.3.3.6 Rumusan Pola 3 142

viii
4.3.4 Pola 4 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur
[+/- atribut], [+ nyawa], [+/- keterangan] 143
4.3.4.1 Alomorf pe- 144
4.3.4.2 Alomorf pen- 147
4.3.4.3 Alomorf pem- 148
4.3.4.5 Alomorf peng- 150
4.3.4.6 Rumusan Pola 4 152
4.3.5 Rumusan Analisis Tahap 2 152
4.4 Pengkategorian Semula Fungsi Makna Imbuhan
Awalan peN- 154
4.5 Kesimpulan 158
BAB V KESIMPULAN 160
5.1 Pendahuluan 160
5.2 Dapatan Kajian 160
5.3 Dapatan Baru 163
5.4 Objektif dan Kepentingan Kajian 167
5.5 Cadangan Masa Muka 168
5.6 Kesimpulan 169
RUJUKAN 170
LAMPIRAN 175

ix
SENARAI ILUSTRASI

No. Gambar Rajah Halaman


3.1 Paparan Utama Oxford Wordsmith Tools 62
3.2 Paparan Untuk Memilih/Memasukkan Teks 63
3.3 Carian 63
3.4 Konkordans 64
3.5 Peratusan Mengikut Jumlah Konkordans Bagi
Setiap Alomorf 68

x
SENARAI RAJAH
No Rajah Halaman
4.1 Pengkategorian Semula Fungsi Makna Imbuhan
Awalan peN- 156
4.2 Fungsi Fitur [+Atribut] 157
4.3 Fungsi Fitur [+Keterangan] 158

xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
2.1 Rumusan Pemerian Fungsi Makna Awalan peN- Oleh Penahu 51
3.1 Statistik Data Bagi Alomorf pe- 66
3.2 Statistik Data Bagi Alomorf pen- 66
3.3 Statistik Data Bagi Alomorf pem- 67
3.4 Statistik Data Bagi Alomorf peny- 67
3.5 Statistik Data Bagi Alomorf peng- 68
3.6 Contoh Data Yang Menunjukkan Kepelbagaian
Fungsi Makna Bagi Alomorf pen- 74
3.7 Contoh Data Yang Menunjukkan Kepelbagaian
Fungsi Makna Bagi Alomorf peny- 74
4.1 Menunjukkan Kepelbagaian Fungsi Makna Bagi Alomorf pe- 85
4.2 Menunjukkan Kepelbagaian Fungsi Makna Bagi Alomorf pen- 86
4.3 Menunjukkan Kepelbagaian Fungsi Makna Bagi Alomorf pem- 87
4.4 Menunjukkan Kepelbagaian Fungsi Makna Bagi Alomorf peng- 88
4.5 Menunjukkan Kepelbagaian Fungsi Makna Bagi Alomorf peny- 89

xii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam kehidupan seharian. Bahasa


digunakan untuk menyampaikan mesej, maklumat, idea, pemikiran dan sebagainya sama
ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Untuk menyampaikan maksud dan matlamat ini,
komponen-komponen bahasa dan kosa kata mesti digunakan dengan betul mengikut
situasi dan persekitaran sosial serta konteks penggunaannya. Oleh yang demikian, tanpa
komponen-komponen bahasa seperti sintaksis, morfologi, fonologi, dan semantik, mesej
tidak akan dapat disampaikan dengan baik dan sejelas mungkin.

Penyelidikan, pemerian dan penghuraian tentang bahasa sememangnya telah


banyak dilakukan di seluruh dunia bagi menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku
dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu juga tidak terlepas dari menjadi bahan
penyelidikan linguistik yang sememangnya rancak dilakukan di seluruh tanah air. Ini
dengan jelas dapat kita lihat bahawa kajian linguistik yang menghuraikan tentang sistem
nahu bahasa Melayu telah dilakukan sejak abad ke-19 oleh para sarjana barat. Antara
buku yang terkenal pada zaman itu ialah Grammar of the Malayan Language (Marsden,
1812), A Grammar and Dictionary of the Malay Language (Crawfurd, 1852), A Manual
of the Malay Language (Maxwell, 1881) dan Malay Grammar (Winstedt, 1927) serta
nahu Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu dihasilkan oleh Za’ba yang
bertajuk Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (dalam Zaharani Ahmad, 2007). Jadi, dapat
disimpulkan bahawa pengkajian dan penyelidikan tentang bahasa Melayu sememangnya
1
telah lama dilakukan dan pengkajian tersebut tidak berhenti setakat itu. Pengkajian dan
penyelidikan linguistik ini terus rancak dilakukan oleh sarjana-sarjana tempatan dengan
membuat penghuraian yang lebih bersifat teoritis dengan menggabungkan pelbagai
bidang seperti sintaksis dan semantik, morfologi dan sintaksis, morfologi dan fonologi
serta beberapa bidang linguistik aplikasi antaranya psikolinguistik, sosiolinguistik dan
sebagainya.

Dalam penyelidikan ini, dua bidang utama dalam kajian linguistik telah dipilih
dalam menghuraikan fenomena bahasa yang berlaku. Bidang tersebut ialah morfologi
dan semantik. Morfologi merupakan bidang yang mengkaji struktur dan binaan dalam
perkataan manakala semantik pula merupakan kajian makna. Selalunya morfologi
sebagai satu cabang nahu sering dikaji bersama-sama bidang sintaksis kerana kedua-
duanya membentuk satu sistem nahu bagi sesuatu bahasa yang dikaji. Jadi, seperti yang
telah dinyatakan, dengan menggabungkan dua bidang utama dalam ilmu linguistik,
diharapkan ia akan dapat menghasilkan satu dapatan baru yang akan menyumbang
kepada kedua-dua bidang tersebut sama ada dari segi rujukan mahupun kosa ilmu.

Antara aspek penting dalam kajian morfologi ialah penghuraian tentang proses
morfologi iaitu satu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem, biasanya bentuk
dasar dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem
tersebut (Jensen, 1995 : 67). Tambahan tersebut merangkumi makna nahu dan makna
leksikal. Dalam bahasa Melayu, proses morfologi dibahagikan kepada tiga iaitu (i)
pengimbuhan, (ii) penggandaan dan (iii) pemajmukan. Jadi, dalam kajian yang
dijalankan ini, proses morfologi yang terlibat untuk dihurai dan dianalisis ialah
pengimbuhan. Dalam bahasa Melayu, menurut Asmah (1993), imbuhan berlaku pada
tempat-tempat tertentu iaitu sebelum kata dasar (awalan/prefiks), selepas kata dasar
(akhiran/sufiks) dan di dalam kata dasar (sisipan/infiks) atau serentak sebelum dan
sesudah kata dasar yang merupakan imbuhan terbahagi (apitan/konfiks). Secara
khususnya, imbuhan awalan (prefiks) kata nama peN- dijadikan asas penyelidikan ini.
Penyelidikan ini akan menghuraikan aspek makna imbuhan tersebut dengan
2
menggunakan pendekatan semantik dan pragmatik khususnya menggunakan Teori
Relevans (Sperber & Wilson, 1985, 1995) dan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986)
sebagai landasan sepanjang kajian ini. Dengan menggunakan teori pilihan, kajian ini
cuba menghuraikan aspek makna dengan lebih sistematik. Ini kerana daripada
pemerhatian awal, huraian makna yang diberikan oleh para penahu terdahulu saling
bertindih antara satu sama lain sekaligus gagal menjelaskan tentang kepelbagaian fungsi
makna peN- dengan lebih terperinci. Misalnya Nik Safiah Karim et. al (1993) dalam
buku Tatabahasa Dewan menghuraikan bahawa imbuhan peN- mempunyai fungsi makna
seperti orang yang melakukan sesuatu ( cth : pengguna, penyuruh), orang yang menjawat
tugas ( cth : penghulu, pengurus), dan orang yang suka atau gemar akan sesuatu ( cth :
pemadat, peminum). Berdasarkan fungsi makna yang diberi, dilihat bahawa ketiga-tiga
fungsi makna tersebut dibezakan antara satu sama lain, sedangkan ketiga-tiga fungsi
makna itu masih merujuk kepada manusia. Pertindihan sebegini akan menyebabkan
sesuatu input itu sukar diinterpretasi dan ditafsir, sekaligus menyukarkan proses
pembelajaran bahasa. Dengan menggunakan data kontemporari dan analisis yang lebih
bersifat teoritis serta mengambil kira faktor-faktor bukan linguistik seperti konteks,
diharapkan ia akan dapat menghasilkan satu dapatan baru yang boleh
dipertanggungjawabkan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pemerian tentang aspek nahu bahasa Melayu telah lama dilakukan oleh para sarjana.
Pemerian aspek nahu khususnya yang melibatkan fungsi makna awalan peN- yang
dilakukan oleh para sarjana sememangnya pemerian yang berbentuk bebas konteks dan
hanya sekadar menyenaraikan makna imbuhan peN- tanpa penjelasan yang selanjutnya.
Kajian mereka juga dikatakan sebagai kajian yang bersifat deskriptif. Daripada
pemerian-pemerian tersebut, pengkaji telah mengelompokkan kepada tiga kriteria iaitu
nahu tradisional, nahu pasca-tradisional dan nahu kontemporari.

3
1.2.1 Nahu Tradisional

Wujudnya nahu atau tatabahasa tradisional dalam bahasa Melayu sudah menjadi satu
kemestian. Antara buku nahu yang dianggap sebagai nahu huraian tradisional ialah Pelita
Bahasa Melayu (1-3) yang ditulis oleh Za’ba (1965) dan Bahasa Melayu Hari Ini (1-3)
yang ditulis oleh Karim Shariff, Li Chuan Siu dan Daud Baharudin (1962). Pengaruh
tatabahasa atau nahu tradisional ini berkait rapat dengan sistem bahasa dan tatabahasa
Eropah1. Lingkungan pengaruh kuasa-kuasa Barat hasil daripada penjajahan mereka ke
Nusantara (dalam hubungan ini Malaysia dan Indonesia) telah menjadi dasar kepada
penyusunan tatabahasa Melayu. Oleh kerana sistem bahasa dan tatabahasa Barat banyak
menyerap daripada falsafah Yunani-Romawi dalam penghuraian bahasa, dapat dilihat
bahawa adanya kemasukan unsur-unsur seperti subjek, predikat, objek, aktif, pasif, kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif (contoh ini diberikan oleh Slametmuljana (1969)
dalam buku Kaidah Bahasa Indonesia), dan unsur-unsur ini mendasari dalam huraian
nahu bahasa Melayu pada masa itu. Ini turut dijelaskan oleh Za’ba bahawa beliau sendiri
mendasari usaha penyusunan nahu bahasa Melayu pada tatabahasa Inggeris.

Menurut Asmah (1975) dalam artikelnya yang bertajuk ”Trends In Bahasa


Malaysia Grammar 1960-1971 : A Critical Survey”, antara objektif penulisan buku nahu
yang menggunakan pendekatan tradisional ini adalah untuk kegunaan kumpulan-
kumpulan tertentu terutamanya pelajar-pelajar sekolah di semua peringkat sama ada di
peringkat rendah mahupun menengah. Menurut beliau terdapat satu buku tatabahasa
yang ditulis oleh R.M. Dain iaitu Bahasa Malaysia Lisan yang mempunyai sasaran yang
berbeza dari buku tatabahasa lain iaitu penulisannya lebih kepada rujukan oleh pegawai-
pegawai kerajaan khususnya pegawai bukan Melayu yang mempunyai pengetahuan
tentang bahasa Melayu. Asmah telah menyenaraikan sebanyak 20 jenis buku nahu2 yang
dianggap sebagai tatabahasa tradisional. Antaranya ialah Asas Bahasa Melayu (1-5)

1
Lihat Lyons, J. 1968. Introduction to Theoretical Linguistics. Hlm 17-18. Cambridge : Cambridge
University Press.
2
Sila rujuk Asmah (1975) bahagian lampiran untuk melihat senarai buku tatabahasa yang dianggap sebagai
buku tatabahasa tradisional.
4
(1964) yang ditulis Abdul Rahman bin Hj. Yusop, Rampaian Susuk Ayat Melayu (1963,
1965) penulisan Abu Hassan dan Abdul Rahman Darus, Bahasa Melayu Hari Ini (buku 1-
3) (1962) yang ditulis oleh Karim Shariff, Li Chuan Siu dan Daud Baharum, Bahasa
Kebangsaan untuk Tingkatan 1-3 yang mempunyai 6 jilid hasil penulisan Mokhtar bin
Muhammad Dom (1964, 1965, 1966, 1967, 1968, 1969) dan lain-lain lagi.

Namun begitu, Asmah (1975) ada menyenaraikan empat ciri yang


memperlihatkan kelemahan nahu atau tatabahasa tradisonal ini iaitu :
a) Konsep-konsep yang dikemukakan lebih bersifat nosional daripada
bersifat formal/struktur.
b) Kategori tatabahasanya bercampur aduk dengan semantik.
c) Tidak ada kumpulan pola (set patterns) baik yang berbentuk sintaksis
mahupun yang berbentuk morfologi yang dapat digunakan sebagai dasar
untuk menerbitkan beberapa struktur yang lain
d) Tidak ada pemeringkatan (gradation) dan pemilihan (selection) butir-butir
gramatis atau leksikal yang didasarkan pada peringkat mudah dan ringkas
ke peringkat rumit (simplicity vs complexity), kekerapan (frequencies) dan
kenyataan adakah butir-butir yang dapat diajarkan atau tidak (teachability).

Secara khususnya, dalam menjelaskan nahu Melayu terutamanya fungsi makna


imbuhan awalan kata nama peN-, penjelasan yang dilakukan oleh penahu terdahulu
dalam pemeriannya adalah bersifat huraian dan selapis. Dalam Pelita Bahasa Melayu
Penggal 1 yang ditulis Za’ba (1965), penghuraiannya lebih kepada pemerian yang
berdasarkan intuisi dan contoh-contoh yang diberikan adalah hasil daripada data bikinan
(lihat bab 2). Fungsi-fungsi makna imbuhan peN- yang diberikan olehnya hanya sekadar
menghuraikan makna imbuhan yang bersifat permukaan tanpa menjelaskan fungsi makna
yang dikatakan mempunyai pelbagai fungsi. Dengan huraian yang dikatakan hanya
bersifat selapis atau permukaan, ini sememangnya bertepatan dengan huraian yang
dibenarkan dalam tatabahasa, dan hasilnya, pemerian itu tidak menyelami fungsi makna
yang lebih mendalam khususnya dengan mengaitkannya dengan konteks.
5
1.2.2 Nahu Pasca-Tradisional

Huraian nahu pasca-tradisional merupakan huraian-huraian bahasa berdasarkan struktur


dan sistem. Huraian yang dilakukan oleh para penahu pada zaman ini kebanyakan adalah
menggunakan pendekatan eklektik dan bersifat deskriptif. Apa yang dimaksudkan ialah
para penahu tidak terikat kepada satu-satu aliran atau satu teori sahaja. Pendekatan yang
dianggap sesuai akan diterapkan bagi menjelaskan nahu bahasa Melayu. Pendekatan
yang digunakan turut dipengaruhi oleh penahu sebelumnya iaitu Za’ba, serta aliran-aliran
lain seperti aliran struktural dan aliran transformasi generatif.

Antara penahu yang menghuraikan nahu bahasa Melayu pada zaman ini
khususnya tentang imbuhan awalan kata nama peN- ialah seperti Asmah (1993),
Abdullah Hassan (1987), Hashim Musa (1993) dan Nik Safiah Karim et. al. (1993).
Asmah (1993) menyatakan bahawa pemaparan nahu Melayu terbabit tidak terikat kepada
satu-satu aliran tertentu. Meskipun, pada asasnya pemaparan ini berdasarkan nahu sistem
(Systemic Grammar), tetapi penghuraiannya memperhitungkan juga pendekatan struktural,
analisis nahu terdekat, analisis makna komponen (Componential Analysis) dan analisis
wacana (Discourse Analysis). Hal ini kerana pelenturan bahasa Melayu dengan hanya
satu-satu aliran tertentu tidak dapat menerangkan sebanyak mungkin gejala yang ada
dalam bahasa. Begitu juga dengan Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang (1994) dalam
buku Nahu Melayu Moden. Mereka turut menyatakan bahawa dalam menjelaskan nahu
bahasa Melayu, satu-satu aliran sahaja tidak dapat menjelaskan fenomena bahasa dengan
luas. Oleh itu, pendekatan yang digunakan lebih kepada pendekatan struktural, nahu
transformasi dan juga pengaruh nahu tradisional seperti dalam buku nahu yang ditulis
oleh Za’ba. Namun pun begitu, penulisan Hashim Musa (1993) tentang nahu hanya
melibatkan kerangka teori nahu generatif dalam menerangkan binaan dan fungsi
perkataan dalam bahasa Melayu. Menurutnya, dengan menggunakan pendekatan
hipotesis leksikalis 3 iaitu rumus binaan perkataan, ia dapat mengatasi masalah huraian

3
Untuk penjelasan lanjut tentang pendekatan ini, sila rujuk Hashim Musa (1993) dalam buku yang bertajuk
Binaan dan Fungsi Perkataan dalam bahasa Melayu.
6
semantik bagi perkataan yang tidak dapat dijelaskan oleh teori transformasi.
Sungguhpun begitu, huraiannya masih pada tahap permukaan yang tidak dapat
menyelami nahu bahasa Melayu khususnya melibatkan kepelbagaian fungsi makna
awalan peN-.

Dengan melihat kepada buku-buku nahu terbabit, terutamanya dalam menjelaskan


fungsi makna awalan peN-, penahu-penahu tersebut telah menjelaskan fungsi makna
awalan tersebut dengan baik. Namun begitu, pemeriannya juga turut bersifat selapis atau
permukaan dan tidak menjelaskan dengan lebih mendalam tentang fungsi makna awalan
peN- yang pelbagai, sekaligus berlakunya ketidakselarasan dan pertindihan pemerian
makna terbabit antara seorang penahu dengan penahu yang lain. Batasan sesuatu analisis
telah menyebabkan huraian makna nahu tersebut terhenti setakat itu sahaja. Walaupun
begitu, pengkaji telah merasakan bahawa dalam memeri atau menjelaskan fungsi makna
imbuhan peN-, ia tidak seharusnya terhenti di setakat huraian selapis sahaja, tetapi harus
memperluaskan skop atau batasan analisis supaya fungsi makna yang pelbagai dapat
dicungkil.

1.2.3 Nahu Kontemporari

Hasil daripada kemajuan teknologi serta perkembangan ilmu linguistik yang begitu pesat,
analisis linguistik yang dikatakan sebagai ilmu yang bersifat saintifik tidak lagi
mempunyai kesukaran dalam melakukan penyelidikan tidak kira sama ada dari segi
pemerolehan data, sumber rujukan dan sebagainya. Analisis linguistik teoritis harus
memenuhi tiga kriteria saintifik. Antara kriteria saintifik yang harus dipenuhi oleh ilmu
linguistik adalah seperti pengamatan (observatory), penghuraian (descriptive) dan
penjelasan (explanatory). Huraian-huraian nahu terdahulu terutamanya yang melibatkan
imbuhan awalan peN- hanya pada kriteria penghuraian (descriptive) dan tidak
menjelaskan dengan lebih lanjut mengapa sesuatu fenomena bahasa yang berlaku. Jadi,
dalam kajian ini ketiga-tiga kriteria tersebut akan dipenuhi dalam menghuraikan serta

7
menjelaskan fungsi makna imbuhan awalan peN- yang dikatakan daripada pengamatan
pengkaji imbuhan ini mempunyai kepelbagaian fungsi makna.

Kajian ini dipilih adalah disebabkan kerana daripada pengamatan awal, dilihat
bahawa imbuhan ini bermasalah. Dapat diperhatikan, fungsi makna yang diberikan oleh
para penahu dilihat tidak ekonomi dan terlalu banyak huraian. Kesan daripada huraian
yang banyak itu telah menyebabkan berlakunya pertindihan antara suatu makna dengan
yang lain. Selain itu, pengamatan awal ini menemukan kepada fungsi makna imbuhan
yang dikatakan dwifungsi dan pelbagai fungsi. Yang dimaksudkan di sini ialah kata dasar
yang diimbuhkan dengan imbuhan terbabit akan mempunyai sekurang-kurangnya dua
fungsi makna yang berbeza dan perbezaannya dapat dijelaskan dengan menonjolkan
peranan pragmatik. Kedwifungsian dan kepelbagaian rujukan akan menghasilkan makna
yang berbeza-beza dan ini akan menimbulkan kekaburan makna. Misalnya perkataan
pembesar yang mempunyai dwirujuk makna yang berbeza yang tidak dijelaskan secara
terperinci oleh para penahu sebelum ini. Perbezaan fungsi makna ini digunakan mengikut
situasi yang berbeza. Contoh di bawah dapat menunjukkan perbezaan rujukan maknanya :

a. “…Tengku Idris Shah manakala ***pembesar*** negeri yang hadir…” (fungsi


makna manusia)
b. “…memasang ***pembesar*** suara dan kerja lain…” (fungsi makna alat/benda)

Huraian dan penganalisian rujukan makna imbuhan peN- yang dikaji adalah
berlandaskan data korpus. Penggunaan data korpus dalam analisis mampu memenuhi
ketiga-tiga kriteria saintifik tersebut. Pada masa yang sama ia memerlukan satu
pendekatan dalam menjelaskan kepelbagaian fungsi makna imbuhan awalam peN-.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan semantik dan pragmatik
serta Rangka Rujuk Silang (Bridging Cross Reference) yang diutarakan oleh Kempson
(1986). Data analisis tidak lagi kepada data-data bikinan dan juga penghuraiannya juga
tidak lagi berdasarkan intuisi seperti yang dilakukan oleh penahu-penahu terdahulu. Ini
kerana pemerian sebegini tidak digalakkan kerana intuisi kita mungkin tidak selengkap
8
malah tidak sama dengan penutur natif yang lain. Malah kajian sebegini tidak menepati
konsep sains dalam ilmu linguistik itu sendiri. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat
Hudson, 1987 (dalam Nor Hashimah, 2007) yang sangat tidak menggalakkan penggunaan
data dari intuisi sendiri. Jelas Hudson :

We may be seriously wrong in the way in which we interpret our experience, since
most of us are not consciously aware of the vast range of variation in speech
which we hear, and react to, in our everyday lives. Personal experience is a very
limited base from which to generalize about language in society, since it does not
take into account of all the other societies, where things are arranged very
differently.

Dengan menggabungkan dua bidang utama dalam linguistik iaitu morfologi dan semantik
atau morfosemantik, diharapkan ia dapat menghasilkan satu analisis bukan lagi pada
tahap permukaan tetapi analisis yang lebih mendalam terutamanya bagi memenuhi
kriteria explanatory sekaligus dapat memberi satu cara atau kaedah baru dalam
mengkategorikan fungsi makna imbuhan awalan kata nama peN-.

1.2.4 Rumusan

Daripada pernyataan bagi ketiga-tiga kriteria tersebut iaitu nahu tradisional, nahu pasca-
tradisional dan nahu kontemporari, huraian-huraian yang bersifat deskriptif hanya
menghuraikan “apa yang berlaku” seperti dalam nahu tradisional dan nahu pasca-
tradisional. Huraian sebegini tidak memungkinkan kita menjelaskan kepelbagaian fungsi
makna imbuhan awalan peN-. Ini kerana penyelidikan “apa” hanya sekadar
memaparkan dapatan kajian tanpa penjelasan terperinci mengenai satu-satu fenomena
yang berlaku. Jadi, dalam kajian ini satu pendekatan dengan menggabungkan bidang
morfologi dan semantik atau morfosemantik akan mengambil tempat bagi menghuraikan
dengan lebih terperinci mengenai kepelbagaian fungsi makna imbuhan ini. Oleh yang
demikian, diharapkan dapatan yang diperolehi akan membantu dalam menghasilkan satu
interpretasi makna baru bagi awalan peN- yang mudah diproses dalam penginterpretasian
seperti yang digariskan dalam teori relevans.
9
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian mempunyai objektif yang tersendiri. Antara objektif kajian ini ialah :
1. Melihat fenomena imbuhan awalan kata nama peN- berdasarkan pertimbangan
pragmatik.
2. Menjelaskan makna yang didokong oleh imbuhan ini yang bersifat dwifungsi
atau pelbagai fungsi.
3. Menganalisis makna yang diimplikasikan oleh imbuhan ini dengan mengambil
kira konteks penggunaan.
4. Memberi maklumat tambahan tentang imbuhan yang dikaji berdasarkan data
korpus dengan tujuan untuk membuktikan bahawa analisis tentang imbuhan
harus lebih empiris dan peka konteks.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam satu-satu kajian, dapatan yang telah ditemui itu seharusnya boleh
dipertanggungjawabkan kerana setiap kajian itu mesti mempunyai kepentingannya
tersendiri sama ada kepada ilmu linguistik umumnya ataupun kepada pengkaji atau
peminat bahasa khususnya.

Salah satu kepentingan kajian ini adalah kita dapat melihat semula cara imbuhan
dihuraikan. Dahulunya penahu sekadar menyenaraikan makna-makna imbuhan
berdasarkan intuisi serta memberi contoh dengan data-data bikinan, tetapi kajian ini akan
menghuraikan fungsi makna imbuhan ini dengan lebih mendalam dan bersifat teoritis.
Data-data korpus yang dianalisis dengan menggunakan Teori Relevans akan
menghasilkan satu dapatan penggunaan imbuhan yang sebenar dan sahih. Seterusnya,
penggabungan dua bidang utama iaitu morfologi dan semantik sememangnya dapat
memberi satu petanda yang baik dalam ilmu linguistik itu sendiri. Penggabungannya
dapat memanfaatkan kedua-dua bidang tersebut bukan sahaja dalam menghasilkan satu
dapatan baru malah mengukuhkan lagi teori yang sedia ada.
10
Selan itu, kajian ini penting juga kerana setiap analisis yang dilakukan
sememangnya menghasilkan satu dapatan baru yang menyumbang kepada perkembangan,
kemajuan dan pengukuhan ilmu linguistik sama ada dari segi teori, metodologi, dan
sebagainya. Hasil penyelidikan dan penelitian yang mendalam yang bersifat teoritis dan
empiris dapat memberi ruang serta input kepada pengkaji-pangkaji lain untuk terus
menjalankan penyelidikan dan penghuraian terutama dalam ruang lingkup ilmu linguistik
khususnya. Penambahan kosa ilmu dan bahan-bahan rujukan hasil daripada penyelidikan
dan pengkajian akan dapat membantu dalam proses rujukan oleh para pengkaji lain dalam
melakukan satu-satu penyelidikan supaya ia dapat memberi satu sumbangan yang besar
kepada ilmu linguistik umumnya dan ilmu semantik dan pragmatik khususnya. Jadi,
dengan terhasilnya dapatan baru, diharapkan ia dapat membantu dalam menambahkan
bilangan kosa ilmu dalam ilmu linguistik.

1.5 RUANG LINGKUP KAJIAN

Bagi menjalankan penyelidikan yang baik dan mantap serta dapatan yang boleh
dipertanggungjawabkan, ruang lingkup satu-satu kajian harus ditentukan supaya kajian itu
berada pada landasan yang betul. Dalam kajian ini, teori relevans dijadikan landasan
dalam menganalisis imbuhan awalan peN-. Analisis ini akan dilakukan terhadap lima
alomorf awalan peN- iaitu pe-, pen-, pem- peng-, dan peny-. Namun begitu, alomorf
penge- iaitu alomorf yang keenam tidak dijadikan bahan analisis kerana alomorf ini
mematuhi apa yang telah dinyatakan oleh penahu tentang maknanya iaitu orang/pelaku
dan dengan itu ia dianggap sebagai tidak bermasalah dari segi makna.

Dari segi skop atau batasan kajian, di sini pengkaji berpendapat bahawa dengan
mengambil dan menganalisis data-data dengan jumlah tertentu yang memperlihatkan
kepelbagaian fungsi makna mampu untuk menunjukkan kepelbagaian dan kerencaman
penggunaannya. Pengkaji telah membataskan bahawa setiap alomorf diambil sebanyak
lima contoh perkataan yang menerima imbuhan yang memperlihatkan kepelbagaian
fungsi makna digunakan sebagai data analisis. Jadi, dengan membataskan jumlah data
11
yang diambil untuk dianalisis, ia sudah mencukupi dan berpada bagi memperlihatkan
penggunaannya dan ini sejajar dengan pendapat yang diberikan oleh Samarin (1993 : 85)
iaitu, faktor yang menghadkan saiz korpus hanyalah faktor praktik, iaitu pengumpulan
dan pemprosesan, saiz tidak seharusnya diberikan keutamaan yang lebih daripada mutu
dan bahan yang cukup.

Selain itu, hal ini juga turut disokong oleh McEnery & Wilson (2001 : 29) yang
menjelaskan kenapa kita harus membataskan sampel dalam kajian yang kita lakukan iaitu :

“we could analyze every single utterance in the variety – however, this option is
impracticable except in a few cases, for examples with a dead language which
only have a few texts. Usually, however analyzing every utterance would be
unending and impossible task”.

Untuk menganalisis kelima-lima bentuk ini, data korpus DBP-UKM yang


berjumlah sebanyak 5 juta patah perkataan diakses dengan menggunakan perisian
Wordsmith. Data atau perkataan yang berimbuhan awalan peN- diteliti dan disisihkan
bagi mendapatkan data bermasalah yang perlu dianalisis.

Setelah data dikenal pasti, penganalisian dilakukan dengan menggunakan


pendekatan semantik dan pragmatik khususnya teori relevans. Rangka rujuk silang
seperti yang diutarakan oleh Kempson (1986) turut diguna pakai semasa proses
penganalisian. Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat memberi satu bentuk
penganalisian yang lebih teoritis dan empiris dengan adanya skop serta ruang lingkup
tertentu sebagai asas kepada kajian ini.

1.6 PENTAKRIFAN ISTILAH

Bahagian ini akan membincangkan secara sepintas lalu tentang beberapa konsep dan
gagasan-gagasan penting dalam kajian ini yang patut diketahui. Antaranya adalah seperti
teori relevans, prinsip-prinsip relevans serta rangka rujuk silang.

12
1.6.1 Teori Relevans

Dalam kajian ini, seperti yang telah dimaklumkan, teori yang digunakan ialah Teori
Relevans yang dipelopori oleh Sperber & Wilson pada tahun 1986 dan diperkemaskan
pada tahun 1995. Menurut Blakemore (1995), teori ini merupakan pendekatan terhadap
komunikasi dan pemahaman ujaran yang didasari oleh huraian asas bahawa komunikasi
manusia terletak pada notasi relevan, notasi yang didasari oleh pandangan umum tentang
kognisi manusia. Blakemore tambah lagi, matlamat teori ini bukanlah untuk
menghuraikan makna relevan, sebaliknya untuk menjelaskan ciri proses mental yang
terlibat dalam penginterpretasian ujaran atau maklumat. Bagi teori Relevans, dalam
proses penginterpretasian ujaran atau maklumat, kognisi manusia sentiasa terarah untuk
mencapai kesan kognitif yang sebanyak mungkin dengan usaha memproses yang
seminimum mungkin. (Sperber & Wilson, 1995).

Dengan kata lain, dalam usaha memproses ujaran, pendengar berusaha untuk
mencapai interpretasi yang relevan secara optimum dan setiap interpretasi yang optimum
mestilah mencapai kesan kognitif yang mencukupi bagi menarik perhatian pendengar dan
tidak memerlukan pendengar berusaha lebih (dianggap sebagai kos memproses) untuk
mendapai kesan yang dimaksudkan. Relevan yang optimum ini diandaikan dapat dicapai
oleh pendengar kerana Sperber & Wilson berpendapat bahawa :

“To say that a proposition carries the presumption is to say that it yields the
contextual effects which are necessary for the utterance which expresses it to
achieve the level of optimal relevance” (Carston & Blakemore 1999 : 7).

Tambah Sperber & Wilson, setiap ujaran membangkitkan andaian relevan bukan
kerana penutur diharapkan untuk mematuhi prinsip kerjasama maksim 4 atau apa jua
amalan komunikatif khusus etapi kerana matlamat untuk mencapai relevan merupakan
ciri asas kognisi manusia yang boleh diexploitasi oleh penutur. Berbalik kepada relevan
yang optimum, Sperber & Wilson (1995) menjelaskan bahawa pendengar akan
4
Kritikan Sperber & Wilson terhadap maksim kerjasama Grice.
13
memproses sebarang rangsangan luar atau representasi dalaman yang menjadi input
kepada proses kognitif yang mungkin relevan pada seseorang individu pada suatu masa
tertentu. Semua input yang relevan secara maksimum akan dikaitkan dengan maklumat
latar belakang seseorang individu dengan berdasarkan syarat Teori Relevans, suatu input
adalah relevan pada seseorang individu hanya apabila pemprosesan input ini dalam
konteks andaian yang ada menghasilkan kesan kognitif yang positif. Menurut mereka
lagi, kesan kognitif yang positif berbeza mengikut representasi seseorang individu
terhadap dunia, kesimpulan yang benar misalnya merupakan kesan kognitif yang positif,
kesimpulan yang palsu pula walaupun dianggap kesan kognitif tetapi bukan kesan
kognitif yang positif.

Kesan kognitif yang paling penting yang dicapai melalui pemprosesan input dalam
konteks ialah kesan konteks, iaitu satu kesimpulan yang dibuat berdasarkan gabungan
antara input dan konteks, dan bukannya daripada input atau konteks sahaja. Terdapat tiga
cara bagaimana maklumat baru yang menjadi input dapat dikaitkan dengan andaian
konteks sedia ada untuk mencapai kesan kognitif, iaitu melalui penggabungan,
pengukuhan andaian sedia ada, dan pertentangan dan pengguguran andaian sedia ada.
Berdasarkan huraian Sperber & Wilson, tiga cara sesuatu maklumat itu atau andaian itu
diproses untuk mencapai kesan kongnitif adalah seperti berikut :

1. Penggabungan – andaian baru yang boleh digunakan bersama-sama


dengan maklumat yang sedia ada dalam konteks untuk menghasilkan
kesan konteks;
2. Pengukuhan andaian sedia ada – andaian baru yang boleh mengukuhkan
sesetengah andaian konteks yang sedia ada.
3. Pertentangan dan pengguguran andaian sedia ada – pengguguran andaian
sedia ada akibat berlakunya pertentangan antara andaian baru dan
andaian lama.

14
Menurut mereka lagi, kesan kognitif positif ini berubah-ubah akibat maklumat
baru yang diterima oleh pendengar. Maklumat baru yang diterima ini akan disesuaikan
dengan andaian sedia ada pendengar melalui tiga cara seperti yang telah dinyatakan di
atas bagi mencapai kesan kognitif positif. Kerelevanan sesuatu input secara intuisinya
pada seseorang individu adalah seperti berikut :

1. Dalam keadaan seimbang , semakin banyak kesan kognitif positif dicapai


dengan memproses input, semakin relevan sesuatu ujaran itu
2. Dalam keadaan seimbang, semakin banyak usaha memproses diperlukan,
semakin kurang relevan sesuatu input itu.

Dengan itu, untuk mencapai ke tahap relevan yang optimum, seseorang pendengar itu
hendaklah mencuba memperoleh kesan konteks yang memadai (yang maksimum) dan
kesan-kesan tersebut mestilah diperoleh dan dinilai dengan mudah. Ini bertujuan untuk
mengelakkan pemprosesan maklumat yang berlebihan dan yang tidak tepat serta yang
tidak diperlukan. Jadi, apabila sesuatu ujaran itu dikomunikasikan, tanggungjawab
penutur adalah untuk menjamin maklumat yang disampaikan diproses secara kontekstual
agar timbul kerelevanan dan kesetimpalan (kesejajaran) dengan usaha yang diambil untuk
pemprosesan maklumat tersebut.

Teori relevans menekankan tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan konteks dan
kos atau usaha memproses. Teori ini juga dikaitkan dengan kognisi kerana pencipta teori
berpendapat bahawa peranan otak terlibat dalam merancang komunikasi bagi penutur dan
menganalisis mesej bagi pihak pendengar. Tiga gagasan di atas kadang kala dibantu oleh
subgagasan seperti pengayaan, pemilihan rujukan dan penyahtaksaan maklumat.

Konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh
pendengar. Konteks tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang
paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir. Konteks juga melibatkan masa
depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan agama, kenangan lucu, andaian am tentang
15
budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran si penutur. Semua ini memainkan peranan
dalam penginterpretasian ujaran (Sperber & Wilson, 1986). Konteks pemula boleh
dikembangkan dengan tiga cara iaitu melihat ke arah ujaran terdahulu, melihat ke arah
alam persekitaran dan merujuk kepada catatan ensiklopedia bagi perkataan-perkataan
yang telah digunakan dalam ujaran dan konteks5.

Kesan konteks ialah andaian awal yang ada pada pendengar tentang maklumat
yang relevan dengan diri pendengar itu. Kesemuanya tersimpan dalam catatan
ensiklopedia. Dalam perbualan, pendengar akan menggabungkan, atau memperkuatkan,
atau menggugurkan konteks yang dikemukakan oleh penutur dengan andaian awal yang
sedia ada untuk menghasilkan kesan konteks. Kesan konteks penting bagi memastikan
maklumat yang diterima dapat diproses dengan mudah.

Semasa menginterpretasikan ujaran, kos atau usaha memproses maklumat juga


penting. Usaha memproses maklumat ialah usaha yang terlibat dalam
menginterpretasikan makna ujaran dan ia merujuk kepada usaha memproses maklumat
oleh pendengar. Bagi penutur, usaha memproses juga penting untuk memastikan
ujarannya boleh difahami dengan mudah oleh pendengar. Mengikut definisi relevans,
semakin rendah usaha memproses maklumat, maka semakin relevanlah sesuatu ujaran itu.

Selain daripada ketiga-tiga gagasan di atas, iaitu konteks, kesan konteks dan kos
memproses yang dinyatakan oleh Sperber & Wilson, terdapat satu lagi gagasan yang
diutarakan oleh Barsalou (1987) iaitu gagasan konsep ad hoc. Konsep ad hoc mula
diperkenalkan oleh Barsalou (1987) dalam domain sains kognitif dalam kertasnya yang
bertajuk “The Instability of Graded Structure : Implications for the Nature of Concepts”.
Konsep ad hoc merupakan komponen pemikiran penutur yang dapat diinterpretasikan
oleh pendengar pada satu-satu masa yang sifatnya agak spesifik dan sementara (Carston
dalam Junaini 2007). Jadi, dapat dikatakan bahawa konsep leksikal yang tersimpan di

5
Lihat Nor Hashimah Jalaluddin (2007) dalam Bahasa dalam Perniagaan : Satu Analisis Semantik dan
Pragmatik
16
dalam memori pendengar bukanlah konsep yang sebenar yang diharapkan penutur.
Selain itu, Cartson (2002) menyatakan bahawa konsep ini merujuk kepada konsep yang
telah dibina secara pragmatik oleh pendengar semasa proses pemahaman ujaran.
Menurutnya lagi :

“the idea is that speakers can use a lexically encoded concept to communicate a
distinct non-lexicalized (atomic) 6 concept, which resembles the encoded one in
that it shares elements of its logical and encyclopaedic entries, and that hearers
can pragmatically infer the intended concept on the basis of the encoded one”

Jelas Sperber & Wilson (1986, 1995) kemampuan manusia untuk membuat inferensi
membolehkan manusia membina konsep ad hoc berdasarkan konsep leksikal yang dikod
semasa proses penginterpretasian ujaran berlaku. Bagi Barsalou (1987), konsep ad hoc
berusaha untuk menjelaskan proses bagi dua binaan konsep pragmatik yang kelihatan
berbeza iaitu proses peluasan (broadening) dan penyempitan (narrowing) konsep. Dalam
hal ini binaan konsep pragmatik yang pada awalnya dikomunikasikan oleh penutur
sebagai mendukung makna atau konteks yang spesifik, setelah melalui proses
penyempitan dan peluasan, berubah menjadi makna atau konsep yang bersifat ad hoc.
Konsep tersebut kemudiannya diproses bagi mencapai kesan kognitif seperti yang dihajati
penutur. Hal ini dijelaskan oleh Barsalou (1987) sebagai :

“instead of viewing concepts as invariant structures that are retrieved intact from
long-term memory when needed, it may make more sense to view concepts as
temporary construct in working memory that are tailored to current situations.
Each time we use a word, we actually construct an ad hoc concept”

Huraian ringkas bagi kedua-dua proses ini adalah seperti berikut :

a. Pembinaan konsep ad hoc penyempitan : membolehkan masalah ketaksaan ujaran


ditangani, dengan menyasarkan item leksikal yang tertentu dan mengukuhkan

6
Menurut pandangan teori relevans, konsep (atomic) terdiri daripada petunjuk atau nodus (node) di dalam
memori yang digunakan, iaitu terdiri daripada tiga jenis maklumat seperti kandungan logik, pengetahuan
am atau eksiklopedia dan ciri-ciri leksikal. (Untuk keterangan lanjut lihat Cartson, 2002 )
17
konsep yang dikod oleh item leksikal tersebut. Hubungan antara bentuk proposisi
dengan set andaian konteks akan membolehkan kesan kognitif dicapai dan
sesetengah andaian konteks ini akan diperoleh daripada entri ensiklopedik konsep
yang disempitkan.

b. Pembinaan konsep ad hoc peluasan : lebih tertumpu kepada bentuk metafora,


bentuk-bentuk kiasan dan perlambangan ataupun ujaran yang tidak literal.
Pendengar akan mendekod konsep yang dikod oleh leksikal, dan cuba mencari
dan mendapatkan ciri-ciri logik dan ensiklopedik yang tertentu. Pendengar
menganggap ujaran ini sebagai panduan secara kasar bagi mencapai hajat yang
ingin disampaikan penutur, dan sebagai kesannya pendengar akan membuat
pilihan berdasarkan ciri-ciri yang diperoleh, menggugurkan mana-mana input
yang tidak relevan dalam konteks tersebut dan menerima input yang relevan
sebagai gambaran pendapat penutur.

Selain itu, berdasarkan pandangan umum teori kognitif terhadap kognisi manusia
yang sentiasa bermatlamat yang paling relevan dengan kos memproses yang minimum
semasa memproses ujaran, Sperber & Wilson (1995) telah menggagaskan dua prinsip
relevan iaitu :

a. Prinsip Relevans (Kognitif)


Kognisi manusia cenderung untuk mencapai relevan yang maksimum.

Prinsip ini merupakan idea asas yang mendasari teori relevans. Menurut Sperber &
Wilson (2002) kecenderungan kognitif yang sejagat untuk memaksimumkan relevan
menjadikan prinsip relevans ini berkemungkinan, dan sekurang-kurangnya untuk
menjangkakan dan memanipulasi keadaan pemikiran penutur. Oleh sebab setiap
pendengar sentiasa berkecenderungan untuk memilih hanya rangsangan (input) yang
paling relevan dalam persekitarannya dan memproses input-input ini bagi mencapai
relevan yang paling maksimum, maka penutur pula akan bertindak menghasilkan
18
rangsangan yang dapat menarik perhatian, membantu menemukan andaian konteks yang
tertentu dan mengarahkan pendengar untuk membuat kesimpulan yang dihajatkan.

b. Prinsip Relevans (Komunikatif)


Setiap tingkah laku komunikasi ostensif menyampaikan satu andaian relevan yang
optimum.

Prinsip relevans komunikatif dan relevan optimum merupakan kunci pada Teori Relevans
Pragmatik. Menurut Sperber & Wilson, rangsangan ostensiflah yang mewujudkan
andaian relevan yang optimum melalui usaha memproses dan kesan konteks. Oleh itu
mereka telah mengemukakan formulasi baru iaitu :

Andaian bagi relevan yang optimum.

i. Rangsangan ostensif cukup relevan bagi pendengar berusaha memprosesnya


ii. Rangsangan ostensif adalah yang paling relevan dan bersesuaian dengan
kebolehan dan pilihan penutur.

Jadi, teori relevans menganggap interpretasi ujaran sebagai proses mental, iaitu
kognisi manusia cenderung terarah untuk memaksimumkan relevan. Manakala prinsip
relevans komunikatif pula (yang menegaskan bahawa ransangan ostensif menyampaikan
suatu andaian yang cukup optimum) merupakan suatu peraturan umum yang mematuhi
prinsip relevans kognitif dan juga pandangan umum tentang komunikasi sebagai proses
inferens. Atas dasar inilah Sperber & Wilson (2002) berpendapat bahawa :

“Every utterances comes with a guarantee of its own particular relevance. Thus
to understand an utterance is to prove its relevance”.

Ertinya setiap ujaran itu secara automatiknya mewujudkan jangkaan yang dapat memandu
pendengar memahami makna penutur. Jangkaan ini datang dengan pelbagai ransangan

19
luaran dan dalaman sebagai input kepada proses kognitif (proses penginterpretasian).
Input ini akan disesuaikan dengan maklumat latar belakang pendengar yang sedia ada
untuk mencapai relevan yang optimum. Sekiranya input ini relevan kepada pendengar
semasa diproses dalam konteks andaian sedia ada, maka kesan kognitif positif akan
dicapai. Bagaimanapun kesan kognitif ini tidak datang percuma sebaliknya melibatkan
usaha memproses yang dianggap sebagai kos terhadap pemprosesan ini.

Secara keseluruhannya, dengan adanya teori relevans serta beberapa gagasan dan
prinsip-prinsip utama yang penting dalam proses penginterpretasian, sesuatu ujaran yang
dikomunikasikan dapat dijelaskan. Sesuatu ujaran yang automatik akan mewujudkan
andaian yang dapat memandu pendengar memahami makna penutur. Bagi memahami
makna penutur, sesuatu input itu yang diterima haruslah disesuaikan dengan andaian serta
maklumat latar belakang pendengar supaya usaha memproses maklumat dapat
diminimumkan dan sekaligus dapat menghasilkan kesan kognitif yang tinggi. Kesan
kognitif yang tinggi akan menghasilkan relevan yang optimum. Selain itu, dengan
mengemukakan gagasan konsep ad hoc, diharapkan ia mampu untuk menjelaskan
konsep-konsep yang bersifat sementara khususnya dalam menginterpretasikan fungsi
makna imbuhan peN- yang pelbagai.

1.6.2 Rangka Rujuk Silang

Agak kurang berpada jika konsep rangka rujuk silang (bridging cross reference) tidak
dibincangkan. Pendekatan rangka rujuk silang yang berteraskan konsep teori relevans
dapat membantu pengkaji melihat fenomena imbuhan awalan peN- yang kadang-kadang
mempunyai makna dwifungsi atau pelbagai fungsi. Menurut Kempson (1986), rangka
rujuk silang adalah sesuatu ujaran yang tidak mempunyai anteseden yang dapat
mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama dalam satu wacana bagi membantu
pendengar mentafsir ujaran tersebut. Anteseden yang diperlukan tidak wujud langsung
sama ada daripada kandungan eksplisitnya mahupun gambaran visualnya. Oleh yang
demikian rangka rujuk silang mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua ayat selapis.
20
Yang dapat dilakukan oleh penutur bagi membantu pendengar memahami ujarannya
adalah dengan memberikan premis tambahan yang dapat menjadikan sebahagian daripada
konteks. Pendengar pula akan menggunakan premis tambahan itu bagi mengesan
anteseden yang diperlukan bagi memahami makna sebenar yang dihajati oleh penutur
(Kempson, 1986). Berlandaskan konsep yang sama, rangka rujuk silang akan digunakan
untuk menyelesaikan masalah kekaburan hasil daripada dwifungsi dan pelbagai fungsi
makna imbuhan tersebut. Nyatanya penganalisian rangka rujuk silang akan bergantung
kepada proses pengenalan anteseden dan ini akan melibatkan konteks. Secara tidak
langsung juga, penganalisian rangka rujuk silang bertepatan dengan teori relevans yang
menjadi teras dalam kajian ini.

Baru-baru ini, konsep rangka rujuk silang ini telah diterapkan penggunaannya
dalam kajian ganti nama ia dan ianya dalam bahasa Melayu oleh Nor Hashimah (2007).
Penerapannya amat sesuai dalam kajian semantik dan pragmatik bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu memang kaya dengan konteks terutamanya dalam bidang kajian kata ganti
nama. Berikut merupakan contoh penggunaan konsep rangka rujuk silang oleh Nor
Hashimah :

a) Sebagai doktor banyak yang dapat dilaksanakan sebagai pendakwah seperti juga
***ia*** guru atau intelektual (yang cergas berdakwah) dalam bidang keilmuan.

b) Sekiranya individu yang dikatakan lemah semangat itu melihat jenazah apabila
***ia*** pulang ke rumahnya dan mengalami gangguan perasaan, emosi dan
perilaku kemunkinan besar ***ia*** akan dikatakan telah terkena badi.

Penerapan konsep rangka rujuk silang digunakan untuk mentafsir contoh data di atas
membuktikan ‘ia’ boleh merujuk kepada manusia. Ungkapan intelektual, melihat jenazah
dan pulang merupakan aktiviti yang hanya mampu dilakukan oleh manusia. Secara tidak
langsung, ungkapan itu bertindak sebagai permis tambahan dan khususnya menjadi
sebahagian daripada konteks bagi contoh di atas. Rangka rujuk silang mampu
21
mengaitkan ungkapan di dalam ujaran itu dan seterusnya memberi ruang kepada pembaca
atau pendengar menginterpretasikan dengan sempurna. Jelas menunjukkan bahawa kesan
konteks yang tinggi dan usaha memproses maklumat yang rendah telah menjadikan
ujaran itu sebagai relevan dan mudah untuk difahami. Oleh yang demikian, daripada
analisis yang dilakukan beliau, dengan menerapkan teori relevans dan rangka rujuk silang,
ia mampu untuk memberi satu interpretasi makna yang boleh dipertanggungjawabkan.

1.7 KESIMPULAN

Proses morfologi, pengimbuhan terutamanya merupakan salah satu aspek nahu atau
tatabahasa yang dikaji oleh ahli bahasa. Biasanya kajian tentang imbuhan terkongkong di
bawah satu ruang lingkup iaitu ilmu morfologi. Percanggahan pendapat dari segi
pencirian makna imbuhan oleh para penahu membuka ruang bagi kajian ini untuk
melangkah setapak lagi dalam melihat lompang yang ada akibat percanggahan yang
timbul. Oleh itu, dengan menggabungkan ilmu morfologi dengan ilmu semantik dan
pragmatik, diharapkan kajian ini akan dapat menghasilkan satu dapatan yang lebih teoritis
dan berpada.

Selain itu, kajian yang berteraskan korpus mampu membantu ahli linguistik dalam
mengkaji aspek nahu dengan lebih berkesan lagi. Data-data yang dikumpul serta di
analisis mampu menggambarkan penggunaan bahasa sebenar bagi penutur itu. Dengan
membekalkan data yang asli, data korpus dilihat sebagai satu kepentingan dalam kajian
bahasa berbanding dengan data bikinan. Penganalisisan dengan menggunakan data
empirikal mampu menentusahkan kesahihan dan kebenaran penggunaan bahasa
berbanding dengan data intuisi yang sememangnya pengetahuan seseorang itu tidak sama
dengan pengetahuan orang lain. Jadi, dengan menggunakan teori pilihan yang dijadikan
sebagai landasan dalam analisis, diharapkan kajian ini dapat menghasilkan dapatan yang
lebih baik serta boleh dipertanggungjawabkan.

22
BAB 2

KOSA ILMU

2.1 PENDAHULUAN

Kosa ilmu penting dalam sesuatu penyelidikan akademik. Kepentingannya dapat


memperlihatkan kecekapan penyelidik dalam memperincikan serta membuat pernilaian
yang kritis tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Bagi tujuan
penyelidikan ini, kajian-kajian sebelumnya serta bahan-bahan yang berkaitan akan
digunakan dan ia merangkumi buku, majalah, laman web dan sebagainya. Kesemua
perincian maklumat ini akan dikupas melalui tiga kriteria iaitu nahu tradisional, nahu
pasca-tradisional dan nahu kontemporari.

2.2 HURAIAN KOSA ILMU

Dalam bahagian ini, ketiga-tiga kriteria akan dijelaskan secara terperinci bagi memberi
gambaran yang jelas mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan
ini.

2.2.1 Nahu Tradisional

Dalam perkembangan penulisan dan penghuraian tentang nahu bahasa Melayu, tatabahasa
tradisional banyak mempengaruhi dalam penghuraian aspek nahu terutamanya yang
berkaitan dengan pembentukan kata hingga ke hari ini. Dalam kertas yang ditulis oleh
Asmah (1975) yang bertajuk “Trends In Bahasa Malaysia Grammar 1960-1971 : A
23
Critical Survey”, ada menjelaskan tentang sejarah perkembangan tatabahasa atau nahu
tradisional di Malaysia sekitar tahun 1960 hingga 1971 dan perkembangan nahu struktur
serta beberapa kelemahan yang terdapat dalam nahu tradisional. Walaupun begitu,
Asmah tidak menjelaskan dengan terperinci tentang 4 jenis kelemahan7 yang disenaraikan
yang terdapat dalam nahu tradisional tersebut. Selain itu, dalam kertas yang sama, beliau
turut mengemukakan objektif yang melibatkan penghuraian nahu yang bersifat tradisional
ini. Antara yang paling utama adalah buku nahu tradisional ini hanya mensasarkan
kepada kumpulan-kumpulan tertentu terutamanya pelajar sekolah dari peringkat rendah
hingga ke peringkat menengah.

Dalam pada itu juga, bentuk penghuraiannya tidak terlepas daripada pengaruh
tatabahasa Inggeris. Ini dinyatakan sendiri oleh Za’ba (1965, 2000) dalam buku Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1 bahawa kaedah penghuraian nahu bahasa Melayu banyak
dicedok dari acuan tatabahasa atau nahu bahasa Inggeris yakni tatabahasa yang banyak
dipengaruhi oleh falsafah Yunani-Romawi pada masa itu. Secara khususnya, dalam
menghuraikan aspek nahu terutamanya yang melibatkan imbuhan awalan kata nama peN-
(Za’ba menggunakan penambah di pangkal pe-) tentang fungsi maknanya, beliau hanya
sekadar membuat huraian mudah dan tidak memperlihatkan kepelbagaian fungsi makna
seperti yang ditemui dalam data korpus. Menurut Za’ba, imbuhan awalan ini mempunyai
empat fungsi makna yang berbeza. Antaranya :

a) Menunjukkan orang atau benda yang melakukan sesuatu perbuatan atau kerja,
iaitu sebagai “pembuat” atau “tukang”. Misalnya penulis (orang yang membuat
kerja tulis), pencuri (orang yang membuat kerja curi). Antara contoh lain adalah
seperti pembaca, pengarang, pelihat, penunggang, penunggu, pemikat, pemburu,
penjala, penjaga, pemerintah, pemerhati dan sebagainya.

b) Menunjukkan alat membuat atau perkakas bagi tukang yang membuat. Misalnya
penggali (sejenis perkakas bagi menggali (lubang) tanah), ‘pemukul taboh’ (alat
7
4 kelemahan nahu tradisional yang dinyatakan Asmah (1975) dapat dilihat dalam bab 1 (muka surat 5).
24
buat pemukul taboh), pengayuh (alat berkayuh). Antara contoh lain adalah seperti
penyodok, pelantak, pengudut (tabung candu), pejabat (tempat seolah-olah alat
bagi orang-orang yang berjawatan membuat kerja) dan sebagainya.

c) Menunjukkan pembuat yang bersangatan atau ahli pada perbuatannya hingga


menjadi suatu tabiat atau keadaan yang melekat padanya. Misalnya penakut,
pemarah, pemalu, pendiam, pemakai, pesolek, penghisap, pembengis, pembohong,
pemalas, perajin, pemurah dan sebagainya.

d) Menunjukkan makna ‘sukatan’ pada lapang atau masa. Misalnya sepemeluk8, dua
pemeluk, tiga pemeluk, sepelaung, seperunjung, sepemanggil yang menunjukkan
makna sukatan lapang. Bagi makna sukatan masa, antara contoh yang diberikan
adalah dua penanak nasi, sepeninggal ayahdanya itu, dan sebagainya.

Selain itu, dalam buku Tatabahasa Bahasa Malaysia yang dikarang oleh Arbak
(1981), buku ini merupakan buku nahu yang ditulis berdasarkan pendekatan tradisional.
Ini dinyatakan oleh beliau sendiri bahawa buku yang dikarangnya itu memperlihatkan
persamaan-persamaan dengan apa yang dikarang oleh pendita Za’ba. Misalnya seperti
istilah yang digunakan, beberapa konsep tatabahasa yang dipakai dan sebagainya.
Menurutnya lagi, persamaan ini sengaja dikekalkan kerana penggunaannya telah diterima
secara meluas pada masa itu di samping pengaruhnya dalam sistem pendidikan melalui
amalan-amalan yang telah dibuat dalam buku-buku teks bahasa Malaysia di sekolah-
sekolah. Di samping itu juga, beberapa persamaan dibuat dengan tujuan untuk
mengelakkan daripada penggunaan istilah yang berbeza-beza untuk konsep dan aspek
yang sama. Dengan penggunaan istilah yang terlalu banyak untuk aspek yang sama, ia
boleh mengelirukan pemakai-pemakai bahasa Melayu sendiri dari segi ketentuan yang
harus dipilih. Unsur-unsur persamaan yang dilakukan di dalam penghuraian buku ini

8
Ejaan diselaraskan mengikut ejaan kini. Sa-pemelok kepada sepemeluk dan ‘sa’ menunjukkan bilangan
iaitu satu.
25
juga disebabkan oleh pendirian pengarang sendiri yang sama dengan ketetapan yang telah
dibuat oleh Za’ba dalam tradisi penulisan tatabahasa bahasa Melayu selama ini.

Dalam menjelaskan aspek makna imbuhan peN-(Arbak menggunakan awalan pe-),


terdapat sedikit perbezaan dengan Za’ba dari segi fungsi makna yang diutarakan
walaupun pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua penahu ini adalah sama. Za’ba
hanya menyenaraikan empat fungsi makna manakala Arbak menyenaraikan sebanyak
tujuh fungsi makna bagi imbuhan awalan ini. Dengan berdasarkan makna perkataan yang
diterbitkannya, awalan peN- yang diimbuhkan kepada bentuk dasar dari semua kelas
kata boleh mempunyai salah satu daripada makna tatabahasa yang berikut :

a) Pelaku
Awalan peN- berlaku dengan semua golongan kata dasar untuk menghasilkan
nama pelaku (agentif) kepada sesuatu perbuatan atau kerja. Misalnya pembawa,
pemukul, pembelot, pengurus, pemburu, pengadil, penipu, penyanyi, pengasuh
dan sebagainya.

b) Nama pekerjaan
Awalan peN- boleh diimbuhkan kepada dasar nama dan kata kerja bagi
menerbitkan nama yang menyatakan bidang sesuatu pekerjaan yang tertentu.
Misalnya pegawai pentadbir, pensyarah, pesawah, penoreh, pekedai, peladang,
pengetua, penghulu dan lain-lain lagi.

c) Tujuan
Awalan peN- boleh diimbuhkan kepada kata dasar dari semua golongan boleh
menerbitkan nama yang menyatakan makna yang dekat sekali dengan pelaku
tetapi tugasnya berpokok kepada tujuan yang tertentu. Misalnya pengeras,
penyebab, pelajar, pengajar (yang bermaksud tutor), peserta, pesuruh (rasul),
petunjuk, pesakit, penduduk, pendatang, perusuh dan sebagainya.

26
d) Alat
Awalan peN- juga boleh berlaku dengan dasar kata kerja bagi menerbitkan nama
alat. Misalnya penggali, pelempar, penukul, penyapu, penapis, penumbuk,
pengasah, pengikat (tali) dan sebagainya.

e) Tabiat
Awalan peN- jika diimbuhkan kepada dasar nama, kata kerja dan kata sifat boleh
menerbitkan nama pelaku yang menyatakan sesuatu tabiat atau yang mempunyai
sifat atau yang gemar melakukan kerja yang dinyatakan oleh kata dasar yang
diimbuhkan dengannya itu. Misalnya peminum (orang yang suka minum
minuman keras), pengomel (orang yang suka mengomel), pemalu (orang yang
mempunyai sifat malu), perokok (orang yang suka menghisap rokok). Antara
contoh lain adalah seperti pengasih, pembengis, pemanis, pendiam, pemalas,
pendendam, pengecut, pemarah, pemanas dan lain-lain lagi.

f) Hasil
Awalan peN- juga boleh menerbitkan nama yang menyatakan hasil atau kesan
daripada sesuatu yang dinyatakan oleh kata dasar yang diimbuhkannya. Misalnya
pendapat, penyata, pekeliling, penyakit, pengikut dan sebagainya.

g) Milik sifat
Awalan peN- dalam beberapa hal boleh juga menerbitkan nama yang dekat
dengan pelaku tetapi yang dicirikan oleh milik sifat yang dinyatakan oleh kata
dasarnya. Contoh-contoh perkataan ini terhad sekali dan beberapa di antaranya
adalah seperti pemuda (orang yang muda) dan pembesar (orang besar tarafnya).

h) Bidang ukuran
Perkataan-perkataan nama terbitan awalan peN- boleh mempunyai makna yang
menyatakan bidang ukuran, sama ada dari segi waktu mahupun tempat. Misalnya :
(se) pemeluk (seluas dapat dipeluk)
27
(se) penanak (selama bertanak nasi)
(se) pemanah (sejauh dapat dilangkau oleh panah)

Selain daripada tujuh makna yang diberikan oleh Arbak, beliau juga ada
menyatakan secara ringkas tentang pertindihan makna antara satu makna dengan makna
yang lain. Bererti bahawa awalan peN- dengan makna pelaku boleh juga sekaligus
mempunyai makna alat seperti dalam contoh penggali yang bermaksud ‘orang yang
menggali’ ataupun ‘alat yang digunakan untuk menggali’. Malahan orang yang berfungsi
sebagai pelaku boleh juga dianggap sebagai alat seperti dalam contoh penulis yang boleh
mempunyai makna ‘orang yang menulis’ ataupun ‘alat (melalui sumbangan tangan) untuk
menulis’. Begitu juga dengan fungsi makna bidang pekerjaan boleh juga membawa
makna pelaku seperti dalam contoh pensyarah, pentadbir, pengetua dan sebagainya.
Tidak kurang juga bagi fungsi makna pekerjaan yang boleh membawa erti tujuan seperti
pelajar dan pengajar. Jelas bahawa pertindihan makna yang berlaku telah dijelaskan oleh
Arbak (1981) tetapi penerangannya sekadar menyatakan apa yang berlaku berdasarkan
data tunggal dan huraian berlandaskan intuisi sendiri tanpa memberi sebab serta
penjelasan yang lebih terperinci tentang mengapa ia berlaku. Ia sekaligus tidak
memperlihatkan peranan pragmatik dalam menginterpretasikan fungsi makna yang
sememangnya penting dalam mentafsir makna dalam bahasa Melayu. Ini dikukuhkan lagi
dengan pendapat Azhar M. Simin (1988) bahawa penggunaaan data secara tunggal atau
serpihan (intuisi penulis sendiri) gagal untuk menggambarkan pemikiran penutur bahasa
dengan tepat.

Walaupun begitu, Azhar M. Simin (1993) menyatakan bahawa buku yang


dikarang Za’ba bukannya sebuah penulisan yang memuatkan struktur bahasa Melayu
tetapi lebih kepada sumber maklumat tentang penggunaan bahasa Melayu iaitu seperti
menekankan bahawa bagi manusia biasa mengetahui struktur sahaja belum boleh
menjamin bahawa dia boleh menggunakan bahasa dengan betul. Maklumat penggunaan
diperlukan. Oleh kerana Arbak juga menggunakan pendekatan yang seiras sebagaimana
Za’ba, jadi apa yang dikritis oleh Azhar M. Simin itu boleh dikaitkan dengan huraian
28
yang dibuat oleh Arbak iaitu huraian yang lebih kepada maklumat tentang penggunaan
bahasa Melayu. Sekalipun maklumat penggunaan bahasa diperlukan, tetapi dalam
memeri nahu bahasa Melayu terutamanya yang berkhususkan kepada imbuhan awalan
peN- , huraian dan penjelasan yang dilakukan Za’ba dan Arbak tidak memperlihatkan
penggunaan bahasa secara total kerana makna imbuhan diberi hanya berdasarkan makna
leksikal semata-mata dan tidak menonjolkan peranan konteks yang lebih luas dalam
sesuatu ujaran.

2.2.2 Nahu Pasca-Tradisional

Dalam perkembangan ilmu linguistik di Malaysia, nahu tidak lagi dihuraikan dengan
menggunakan pendekatan tradisional. Perkembangannya telah memperlihatkan
penghuraian dan pemerian tentang nahu bahasa Melayu semakin berkembang iaitu
dengan menghuraikan nahu berdasarkan struktur dan juga sistem bahasa. Di sini,
kebanyakan pengkaji atau penahu akan menggunakan kerangka teori yang mantap bagi
menjelaskan fenomena bahasa. Jadi, dalam menjelaskan pemerian yang dilakukan
penahu, pengkaji telah mengemukakan sub-bahagian dalam nahu pasca-tradisional ini.
Sub-bahagian tersebut dibahagikan kepada dua iaitu nahu struktural dan nahu generatif.

2.2.2.1 Nahu Struktural

Asmah (1993), Abdullah (1974, 1993) serta Abdullah & Liaw (1994) antara penahu yang
membincangkan imbuhan peN- berdasarkan pendekatan struktural. Pendekatan
struktural9 bermaksud menganalisis bahasa secara strukturalisme iaitu memberi perhatian
yang eksplisit kepada pelbagai bahasa sebagai struktur dan sistem (Harimurti
Kridalaksana 1982 : 158 dlm Nurul Huda, 2008).

9
Pendekatan Struktural merupakan pendekatan yang digunakan oleh kumpulan ahli linguistik Eropah,
seperti aliran Praha yang berpendirian bahawa unsur-unsur sesuatu bahasa tidak boleh dianalisis secara
terpisah (Kamus Linguistik (1997).
29
Asmah (1993) dalam bukunya iaitu Nahu Melayu Muktahir telah menyatakan
bahawa bentuk huraian atau pemerian tentang nahu bahasa Melayu akan melibatkan
beberapa aliran serta kerangka teori. Maksudnya beliau telah menggunakan pendekatan
eklektik iaitu satu pendekatan yang tidak hanya terikat kepada satu-satu aliran atau teori
sahaja dalam memeri nahu bahasa Melayu. Seperti yang telah dinyatakan dalam bab 1,
Asmah (1993) dalam memeri nahu bahasa Melayu menyatakan bahawa pada asasnya
pemaparan dalam bukunya berdasarkan nahu sistem (Systemic Grammar), tetapi
penghuraiannya memperhitungkan juga pendekatan struktural, analisis nahu terdekat,
analisis makna komponen (Componential Analysis) dan analisis wacana (Discourse
Analysis). Ini kerana menurut beliau pemerian nahu bahasa Melayu dengan hanya
menggunakan satu kerangka teori sahaja tidak mampu untuk menerangkan sebanyak
mungkin gejala atau fenomena yang berlaku dalam bahasa. Pendapat ini turut disokong
oleh Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang (1994) dalam buku Nahu Melayu Moden.

Secara khususnya, Asmah (1993) menyatakan bahawa imbuhan peN- boleh


diletakkan sebelum kata dasar atau kata akar yang memasuki golongan nama, kerja dan
sifat. Dalam hal ini dikatakan bahawa peN- adalah penetap dan juga penggubah
golongan. Awalan ini mempunyai berbagai-bagai makna menurut penyebaran dalam kata
dan beliau telah memberikan sebanyak enam fungsi makna yang berbeza. Antaranya
adalah :

a) peN- + Kata Nama


PeN- yang diikuti oleh kata nama lazimnya menunjuk kepada orang , baik orang
yang melakukan sesuatu atau orang yang mempunyai sesuatu dan “sesuatu” yang
dikatakan itu ialah rujukan kata nama yang merupakan kata dasarnya.
peN- + Kata Nama
↑ ↑
Pemilik/pelaku objek
Contoh :
pekedai – orang yang mempunyai kedai
30
pesawah – orang yang memiliki/mengerjakan sawah
pekebun – orang yang memiliki/mengerjakan kebun
pengerusi – orang yang menempati (memiliki) kerusi pimpinan dalam
jawatankuasa.

Menurut Asmah lagi, dalam perkembangan bahasa Melayu akhir-akhir ini didapati
bahawa peN- + kata nama juga mempunyai rujukan yang bukan semestinya manusia,
misalnya pekali yang dalam ilmu Matematik bermakna “koefisien”

b) peN- + Kata Kerja


Awalan peN- sebelum kata kerja boleh merujuk kepada orang, alat atau benda
penyebab.

i) Makna pelaku/penderita
Jika peN- merujuk kepada orang, maka rujukan itu boleh merupakan orang
yang melakukan atau menderitai sesuatu. Dilihat dari konteks yang lebih luas,
maka peN- seperti ini boleh bertindak sebagai pelaku atau subjek, atau juga
objek kepada kata kerja atau perbuatan yang dirujuk oleh kata dasarnya.

peN- + Kata Nama


↑ ↑
Manusia (Pelaku/penderita) Perbuatan

Contoh :
- Dengan peN- sebagai pelaku (yakni dalam fungsi agentif)
pelari - orang yang lari (dalam sukan)
penulis - orang yang menulis
pembaca – orang yang membaca
- Dengan peN- sebagai penderita (yakni berfungsi sebagai objek)
pesuruh – orang yang disuruh
31
pelatih – orang yang dilatih
pesakit – orang yang sakit

ii) Makna alat


peN- yang merujuk kepada alat terdapat dalam kata-kata seperti berikut :
pengayak, pengorek, pemetik (api)

iii) Gabungan makna pelaku dan alat


Dalam penggunaan bahasa sehari-hari didapati bahawa pelaku dan alat pada
struktur peN- + kata kerja boleh menimbulkan kekeliruan. Tegasnya sesuatu
bentuk boleh mempunyai makna pelaku atau alat. Misalnya :

penapis : (a) alat untuk menapis


(b) orang yang menapis (filem dan sebagainya)
penggali : (a) alat untuk menggali
(b) orang yang menggali (kubur dan sebagainya)

Dalam hal yang demikian, maka untuk menghindarkan kekeliruan, Asmah menyarankan
bahawa sebaiknya digunakan perkataan alat pada kata yang berkenaan jika perkataan itu
memang bermaksud alat, misalnya alat penapis, alat penggali, alat pembuka dan
sebagainya.

iv) Makna penyebab


PeN- dengan makna ini merujuk kepada benda atau hal, misalnya penyakit,
penghibur. Di sini peN- merujuk kepada benda atau hal yang menyebabkan.

v) Makna hasil perbuatan


Makna ini terbatas penggunaannya, dan terhad kepada kata seperti penjahit
yang merupakan hasil jahitan pada tempat yang dijahit.

32
c) peN- + Kata Bilangan
Awalan peN- yang diikuti oleh kata bilangan boleh merujuk kepada alat misalnya
penyatu, pendua. Biasanya kata-kata bilangan yang lain tidak dikenakan awalan
ini.

d) peN- + Kata Sifat


PeN- yang diimbuhkan kepada kata sifat merujuk kepada manusia yang
mempunyai sifat atau keadaan seperti yang dirujuk oleh kata dasarnya. Di sini
peN- mendukung makna subjek misalnya :
pembesar – orang yang memiliki kedudukan yang tinggi atau jawatan besar.
pemurah – orang yang murah hatinya
pembengis – orang yang bengis sifatnya

Ditafsirkan dalam konteks frasa, peN- di sini selaras dengan inti frasa, dan kata
dasarnya selaras dengan keterangan.

peN- + Kata Sifat


↑ ↑
Subjek inti Predikat keterangan

Dalam pemerian yang dilakukan oleh Asmah (1993) tentang penanda semantik
bagi imbuhan awalan peN- seperti di atas, secara ringkas dapat dinyatakan bahawa
Asmah telah memberikan 6 fungsi makna yang berbeza iaitu (1) orang yang
melakukan/mempunyai sesuatu, (2) pelaku/penderita, (3) alat, (4) penyebab, (5) hasil
perbuatan dan (6) orang yang mempunyai sifat atau keadaan seperti yang dirujuk oleh
kata dasarnya.

Di dalam buku The Morphology of Malay yang dikarang oleh Abdullah Hassan
(1974), beliau ada membincangkan mengenai fungsi makna imbuhan ini. Dalam
menjelaskan proses morfologi yang berlaku, beliau telah menggunakan kerangka teori
33
nahu transformasi generatif dengan mengkhususkan kepada beberapa model dalam
membuat satu deskripsi yang dapat menghuraikan tatabahasa Melayu dari segi struktur
dan sistem bahasa. Antara model yang diguna pakai ialah Item & Arrangement, Item &
Process dan Word Paradigm10. Dari segi fungsi makna yang diberikan, Abdullah telah
menyenaraikan sebanyak lima fungsi makna yang berbeza. Lima fungsi makna berikut
adalah :

a. Agentif (Agentive)
Untuk menerangkan nama agentif atau ’melakukan sesuatu’. Sesetengah boleh juga
membawa maksud nama alat. Contohnya seperti perotan, pengapak, pemukul, pelari,
pengadil, penghebah, pendekat, penyudah dan penganaktiri.

b. Kualitatif (Qualitative)
Untuk menerangkan maksud manusia yang mempunyai sifat atau keadaan seperti yang
dirujuk oleh kata dasarnya. Misalnya seperti pembengis, pengasih, pemalu dan pemanis.

c. Alat (Instrumental)
Untuk menerangkan kata nama yang merujuk kepada nama alat. Contohnya penukul,
penyapu, penyandar, penidur, pembesar dan penjinak.

d. Abstrak
Untuk menerangkan kata nama abstrak. Contohnya pendapat dan penyakit.

e. Unit ukuran
Berlaku dalam kelas kata nama dan kata kerja bagi menyatakan maksud ukuran.
Misalnya seperti penggalah, pemanah, pemeluk dan penanak.

Daripada apa yang disenaraikan oleh Abdullah (1974), dilihat bahawa fungsi
makna yang diberikan hanya sekadar membuat satu penyenaraian mudah. Penyenaraian
10
Lihat Abdullah (1974)
34
kelima-lima fungsi makna ini hanya sekadar melihat kepada data secara tunggal serta
bersifat permukaan. Jadi, sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi sememangnya sukar untuk
diterjemahkan.

Selain itu, Abdullah (1993) ada menerbitkan satu lagi buku yang bertajuk
Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Buku ini turut memuatkan penyenaraian fungsi
makna imbuhan peN-. Apa yang berbeza dengan buku The Morphology of Malay yang
pernah ditulisnya adalah dari segi jumlah fungsi makna yang disenaraikan serta
penjelasan ringkas tentang kepelbagai makna oleh Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu.
The Morphology of Malay menyenaraikan sebanyak lima fungsi makna manakala
Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu pula memuatkan sebanyak tujuh fungsi makna.
Antaranya adalah :

a. Awalan peN- menerbitkan kata nama yang bermakna orang yang melakukan.
Misalnya pengajar, penyuruh, penjual, pensyarah, penuai dan pendatang. Kata
terbitan ini juga boleh menjadi nama jawatan seperti jawatan pensyarah dan
pengajar. Tetapi, penuai hanyalah membawa makna orang uang melakukan
sesuatu perbuatan.

b. Awalan peN- menerbitkan kata nama yang memiliki sifat yang terkandung dalam
kata dasar. Contohnya seperti penghalus, pemanis, penyabar, pembengis,
pelawak, pemalas, dan pemurah.

c. Awalan peN- menerbitkan kata nama yang menunjukkan orang yang menyukai
perkara yang ternyata dalam kata dasar. Misalnya pemadat, peminum, penjudi,
pengopi, dan pencandu.

d. Awalan peN- menerbitkan kata nama alat. Contohnya penukul, pengayuh,


penumbuk, penyapu dan pemotong. Semua kata nama terbitan alat ini boleh juga

35
bermakna orang yang melakukan perbuatan dalam kata dasarnya seperti contoh
dalam (a) di atas.

e. Awalan peN- menerbitkan kata yang boleh dijadikan ukuran. Misalnya seperti
penanak, pemeluk, pengayuh, pemanah, pelontar, pelaung dan pelempap.

f. Awalan peN- menerbitkan kata nama abstrak seperti pendapat, peluang


(kemungkinan), penunjuk (tanda), pemutus (keputusan).

g. Awalan peN- menerbitkan kata nama jawatan atau profesion. Perbuatan yang
melakukannya mungkin tidak wujud. Misalnya pembesar, penghulu, pengetua,
pengurus, pengajar dan pensyarah.

Selain daripada penyenaraian fungsi makna di atas, Abdullah (1993) ada


menyebut tentang kepelbagaian makna bagi sesuatu kata yang menerima imbuhan ini.
Kepelbagaian makna yang dijelaskan ini hanya berdasarkan intuisi dan data-data yang
dibikin sendiri. Menurutnya, dalam kebanyakan hal setiap kata nama yang diterbitkan
oleh awalan peN- ini mengandungi satu makna-makna di atas. Tetapi ada juga yang
mempunyai lebih daripada satu makna. Lihat contoh berikut :

a. Penumbuk
Ada tiga makna penumbuk. Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat berikut :
- Lesung kaki lebih baik dikerjakan oleh dua orang penumbuk supaya tidak
meletihkan. (orang yang menumbuk).
- Penumbuk sulung Mohammad Ali menumpaskan Sony Liston. (tumbukan)
- Pakai penumbuk cili untuk melumatkan bahan masakannya. (alat)

b. Penyapu
Ada dua makna penyapu, iaitu :
- Beli penyapu lidi untuk menyapu longkang. (alat)
36
- Penyapu jalan pun ada maruah. (orang yang menyapu)

Walaupun beliau ada menyebut tentang kepelbagaian makna, tetapi penjelasannya tidak
terperinci. Beliau hanya sekadar menjelaskan secara deskriptif tanpa membuat satu
huraian yang lebih bersifat teoritis.

Dalam buku Nahu Melayu Moden (Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang, 1994)
pula, fungsi makna imbuhan awalan kata nama yang disenaraikan adalah sebanyak tiga
fungsi makna sahaja. Daripada pemerian yang dibuat oleh kedua-dua sarjana ini, mereka
memberikan makna imbuhan peN- (Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang menggunakan
awalan pe-) sebagai :

(i) Menyatakan orang yang membuat sesuatu atau bekerja ( cth : penulis, pencuri,
pelaut, peladang)
Contoh ayat :
a. Cikgu kita seorang penulis yang terkenal
b. Pencuri itu sudah ditangkap oleh polis semalam
c. Ayahnya tidak suka lagi menjadi pelaut
d. Peladang itu mempunyai sebuah ladang getah yang luasnya 800 ekar.

(ii) Alat yang digunakan untuk sesuatu (cth : pemukul penyangkut)


Contoh ayat :
a. Tolong pinjamkan saya pemukul paku itu.
b. Penyangkut kain itu dibuat daripada rotan

(iii) Orang yang mempunyai tabiat atau sifat tertentu (cth : pendiam, peramah).
Contoh ayat :
a. Amin seorang pendiam
b. Ahmad itu seorang peramah

37
Walaupun begitu, kedua-dua sarjana ini ada menyatakan bahawa makna yang
telah diberikan itu bukanlah satu pemerian yang lengkap kerana misalnya pemukul dan
pengayuh, selain daripada makna alat, yang digunakan untuk memukul dan mengayuh,
kedua-duanya juga boleh membawa maksud orang yang memukul atau orang yang
mengayuh. Jadi, apa yang diutarakan itu hanya sekadar menyenaraikan dan berlandaskan
intuisi dan tiada pemerian selanjutnya yang dilakukan.

Daripada huraian fungsi makna yang dinyatakan oleh para penahu di atas, apa
yang cuba dinyatakan di sini adalah berlakunya pertindihan dari segi fungsi makna yang
cuba disampaikan. Jumlah fungsi makna yang disenaraikan turut berbeza antara mereka.
Ini dapat dilihat bahawa Asmah (1993) menyenaraikan sebanyak enam fungsi makna
manakala Abdullah (1974) pula menyenaraikan lima fungsi makna. Bukan itu sahaja,
Abdullah sendiri memperlihatkan perbezaan fungsi makna yang diberikan di dalam tiga
versi buku yang berbeza. Misalnya The Morphology of Malay (1974) menyenaraikan
lima fungsi makna, Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu (1993) menyenaraikan tujuh
fungsi makna manakala Nahu Melayu Moden (1994) yang dikarang bersama-sama Liaw
Yock Fang sekadar menyenaraikan tiga fungsi makna. Perbezaan pendapat antara penahu
bahkan oleh penahu sendiri telah menyebabkan fungsi makna yang diberikan itu
menyukarkan sesuatu maklumat itu diproses oleh pengguna bahasa.

2.2.2.2 Nahu Generatif

Kajian nahu generatif merujuk kepada satu set rumus yang jelas yang menentukan
pemerian struktur pada bahagian bahasa atau pertuturan dan menentukan bahagian
tersebut sebagai ayat yang sempurna (Kamus Linguistik 1997). Dalam buku “Binaan dan
Fungsi Perkataan Bahasa Melayu” yang ditulis oleh Hashim (1993), kajian yang
dilakukan sememangnya merupakan kajian nahu generatif. Menurutnya, dari segi
semantik imbuhan kata nama boleh dianggap sebagai penanda makna tertentu. Penulisan
Hashim (1993) tentang nahu khususnya yang melibatkan imbuhan awalan peN- hanya
melibatkan kerangka teori nahu generatif dalam menerangkan binaan dan fungsi
38
perkataan dalam bahasa Melayu. Ini dapat dilihat perbezaan dari segi penggunaan
pendekatan dan kerangka teori dengan penahu lain dalam menghuraikan nahu bahasa
Melayu. Hashim juga tidak menggunakan pendekatan eklektik dalam memeri nahu.
Menurutnya, dengan menggunakan pendekatan hipotesis leksikalis iaitu rumus binaan
perkataan 11 , ia dapat mengatasi masalah huraian semantik bagi perkataan yang tidak
dapat dijelaskan oleh teori transformasi.

Apabila imbuhan ini diteliti dari segi penandaan makna demikian, maka imbuhan
yang mendukung penandaan makna yang sama atau serupa, bolehlah dikelompokkan ke
dalam kelompok yang sama. Keadaan sedemikian samalah seperti yang ada dalam
bahasa Inggeris, misalnya “plural marker” mencakupi –s, -es, -en, dan lain-lain lagi. Ada
pula bentuk yang serupa tetapi berbeza dari segi maknanya iaitu bentuk homofonem yang
harus diasingkan kelompoknya, misalnya dalam bahasa Inggeris –S1 untuk “plural
marker” dan –S2 untuk “possessive marker” dan bentuk –able yang berganding dengan
kata nama fashionable dan kata kerja acceptable ; kesemuanya berlainan kelompoknya.

Menurutnya lagi, satu hakikat tentang aspek semantik bagi perkataan ialah
“ketidakmuktamadan” atau ”unobsoluteness” dalam penafsirannya. Satu kaedah yang
digunakan misalnya oleh Jackendoff (1975) dan Aronoff (1976) (dalam Hashim, 1993),
untuk mengurangkan sedikit sifat “ketidakmuktamadan” penafsiran semantik terutama
sekali ke atas imbuhan, ialah dengan menghuraikan maknanya dalam bentuk parafrasa.
Misalnya makna akhiran kata nama #er dalam bahasa Inggeris apabila digandingkan
dengan kata kerja boleh diberi parafrasa seperti yang berikut (Aronoff, 1976) :

/ V # er /N ‘one who Vs habitually, professionally,…’


Contoh perkataan : writer, labourer dan lain-lain.

Dalam Bahasa Melayu, imbuhan kata nama boleh dianggap sebagai penanda
semantik tertentu bagi perkataan yang digandingi imbuhan tertentu, misalnya ciri
11
Untuk keterangan lanjut tentang pendekatan yang digunakan, lihat Hashim (1993)
39
semantik bagi imbuhan awalan kata nama peN- (Hashim menggunakan peng- atau /p -/)

yang boleh diterangkan seperti yang berikut :


[peN- + kata dasar]KN - ‘pelaku kerja meng+ perkara yang bersumberkan kata dasar’
Contohnya seperti :

[peN- + cat]KN ‘pelaku kerja mengecat’


[peN- + ganas]KN ‘pelaku kerja mengganas’
[peN- + bimbing]KN ‘pelaku kerja membimbing’

Tetapi bentuk awalan peN- selain daripada menjadi penanda pelaku kerja boleh juga
menjadi “penanda alat” seperti dalam perkataan peraut, atau sebagai “penanda penjawat
tugas” seperti dalam perkataan panglima, atau sebagai “penanda sifatan” seperti dalam
perkataan pemurah atau sebagai “penanda hasil kerja abstrak” seperti dalam perkataan
pendapat. Bentuk peN- dalam contoh perkataan demikian bolehlah dianggap sebagai
bentuk homofonem yang mempunyai ciri semantik yang berbeza.

Di sini, Hashim (1993) menyenaraikan ciri semantik yang ditandai oleh imbuhan
awalan kata nama ini. Angka kecil selepas imbuhan menandakan perbezaan penanda
semantik.
a. [ peN-1 ] “penanda pelaku kerja” iaitu orang yang meng-… (-kan)

Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Bantu
peN- + Kata Nafi Kata Nama
Kata Pembenar
Kata Sendi Nama
Frasa Sendi

40
Contoh penghasilan dalam perkataan :

[ peN-1 ] + [cat]KN [pengecat]KN


[ peN-1 ] + [seludup]KK [penyeludup]KN
[ peN-1 ] + [damai] KA [pendamai]KN
[ peN-1 ] + [sudah]KB [penyudah]KN
[ peN-1 ] + [tidak]Knafi [penidak]KN
[ peN-1 ] + [ya]Kpembenar [pengeya]KN
[ peN-1 ] + [antara]KSN [pengantara]KN
[ peN-1 ] + [ke muka] FS [pengemuka]KN

b. [ peN- 2 ] “penanda penjawat tugas” iaitu orang yang menjawat tugas ...”

Kata Nama
[ peN- 2 ] + Kata Adjektif Kata Nama

Contoh penghasilan dalam perkataan :

[ peN- 2 ] + [kerusi]KN [pengerusi]KN


[ peN- 2 ] + [besar]KA [pembesar]KN

c. [ peN- 3 ] “penanda alat” atau alat untuk meng- ... (-kan)

Kata Nama
Kata Kerja
[ peN- 3 ] + Kata Adjektif Kata Nama
Kata Bilangan

41
Contoh penghasilan dalam perkataan :

[ peN- 3 ] + [bungkus]KN [pembungkus]KN


[ peN- 3 ] + [potong]KK [pemotong]KN
[ peN- 3 ] + [dingin]KA [pendingin]KN
[ peN- 3 ] + [satu] Kbil. [penyatu]KN

d. [ peN- 4 ] “penanda sifatan” atau orang yang bersifat atau cenderung


kepada ...”
Kata Nama
[ peN- 4 ] + Kata Kerja Kata Nama
Kata Adjektif

Contoh penghasilan dalam perkataan :

[ peN- 4 ] + [kopi]KN [pengopi]KN


[ peN- 4 ] + [tidur]KK [penidur]KN
[ peN- 4 ] + [sabar]KA [penyabar]KN

e. [ peN- 5 ] “penanda hasil kerja abstrak” atau fikiran hasil daripada meng-... (-
kan).

Kata Kerja
[ peN- 5 ] + Kata Adjektif Kata Nama

Menurut Hashim (1993), contoh penghasilan dalam perkataan hanya terhad kepada dua
sahaja iaitu :

[ peN- 4 ] + [dapat]KK [pendapat]KN


[ peN- 4 ] + [nyata]KA [penyata]KN
42
Daripada analisis yang dilakukan oleh Hashim dalam menentukan penanda
semantik, dapat disimpulkan bahawa analisisnya masih di tahap permukaan kerana
analisis yang dilakukan hanya melihat kepada data-data secara tunggal yang dianalisis
melalui parafrasa tanpa memasukkan unsur-unsur pragmatik.

Nik Safiah Karim et. al. (1993) telah menghuraikan dengan baik mengenai
penanda semantik bagi imbuhan awalan peN- ini. Penghuraian yang kebanyakannya
menggunakan analisis transformasi generatif ini hanya sekadar membuat pemerian yang
bersifat permukaan dan tidak memperlihatkan peranan pragmatik, yang merupakan aspek
penting dalam menjelaskan makna dalam bahasa Melayu. Walaupun begitu,
penulisannya juga selaras dengan objektif buku terbabit diterbitkan bahawa ia bertujuan
untuk menyediakan satu huraian terhadap bahasa Melayu yang dapat digunakan sebagai
sumber rujukan oleh semua penutur bahasa Melayu terutamanya oleh guru dan pelajar
sekolah. Penghuraian mengenai imbuhan ini, Tatabahasa Dewan memperlihatkan
perbezaan dari dua aspek iaitu yang pertama ialah aspek bentuk imbuhan terbabit dan
yang kedua ialah dari aspek semantiknya. Dari segi bentuk, tidak seperti Asmah (1993),
Hashim Musa (1993), Abdullah Hassan (1974) dan Liaw Yock Fang (1994) , Nik Safiah
dan rakan-rakan hanya menyatakan bahawa bentuk imbuhan peN- 12 hanya terdiri
daripada 4 bentuk iaitu pe-, pem-, pen, dan peng- dan bentuk seperti peny- dan penge-
tidak dimasukkan sebagai alomorf bagi imbuhan ini. Berkenaan dengan perbezaan dari
segi penanda semantiknya pula, Tatabahasa Dewan telah menyenaraikan sebanyak enam
fungsi makna bagi imbuhan terbabit.

Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1993), imbuhan ini sama seperti imbuhan-
imbuhan lain yakni bentuk yang digandingkan pada kata dasar bagi menghasilkan kata
nama terbitan dengan mendukung makna tertentu yang ditambahkan pada makna asal
kata dasar. Oleh sebab imbuhan secara tersendiri tidak mempunyai makna dan

12
Penghuraian tentang perbezaan bentuk imbuhan peN- oleh para penahu tidak akan dijelaskan dalam
kajian ini. Oleh kerana kajian ini hanya berfokuskan kepada fungsi makna, maka perbezaan bentuk dilihat
sebagai tidak relevan.
43
sebaliknya maknanya terjelma apabila digabungkan pada kata dasar, maka imbuhan boleh
dianggap sebagai penanda makna/semantik pada kata terbitannya. Dengan berdasarkan
pada ciri makna berkenaan maka awalan peN- boleh dianggap sebagai penanda pelbagai
makna bagi kata nama terbitan yang dihasilkannya. Berikut merupakan fungsi makna
yang awalan peN- yang terjelma apabila diimbuhkan pada sesuatu kata dasar.

a) Awalan peN- penanda makna orang yang melakukan sesuatu, contohnya :


pengguna, penyuruh, penuai, pengarah, peladang

b) Awalan peN- penanda makna orang yang menjawat tugas, contohnya :


penghulu, pengerusi, pensyarah, pengurus, pembesar, penyanyi

c) Awalan peN- penanda makna orang yang suka akan atau gemar atau cenderung
akan sesuatu, contohnya :
pemadat, penidur, peminum, perokok

d) Awalan peN- penanda makna orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar,
contohnya :
pengeras, penguat, pemabuk, pendinding, penghalus, penawar, penyabar

e) Awalan peN- penanda makna alat untuk melakukan sesuatu, contohnya :


penggali, penumbuk, penyapu, pelali, penuai, pembajak

f) Awalan peN- penanda makna ukuran hasil daripada melakukan sesuatu,


contohnya :
pengayuh, pemeluk, penggalah, penanak, pelaung, pemanah

Ringkasnya, Hashim (1993) dan Nik Safiah et.al (1993) masing-masing


mengutarakan sebanyak enam fungsi makna. Perbezaan yang dapat dilihat bagi kedua-
dua sarjana ini adalah Hashim ada menyatakan fungsi makna penderita manakala Nik
44
Safiah sebaliknya. Bagi fungsi makna ukuran pula, Nik Safiah ada menyebut tentangnya
manakala Hashim pula sebaliknya. Walaupun kedua-dua sarjana ini menyenaraikan
fungsi makna imbuhan ini dengan baik, tetapi huraian mereka masih tidak
memperlihatkan adanya sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi. Ini disebabkan oleh huraian
mereka yang hanya berkisar kepada data-data tunggal yang tidak menonjolkan faktor-
faktor bukan linguistik seperti konteks.

Pendekatan eklektik yang dinyatakan di awal tadi (seperti digunakan oleh Asmah)
yang digunakan oleh beberapa sarjana sebelum ini telah menjadi pendekatan yang
banyak pengikutnya. Nik Safiah Karim et. al. (1993) ada menyebut tentang pendekatan
eklektik yang digunakan dalam memeri nahu bahasa Melayu. Hal ini berlaku mungkin
oleh kerana kegagalan nahu transformasi generatif untuk menggambarkan nahu manusia
biasa13. Ini dinyatakan dalam bahagian pengantar buku terbabit bahawa :

Ilmu linguistik yang senantiasa berkembang : Masalah kedua yang dihadapi


datangnya daripada disiplin ilmu linguistik itu sendiri, yang senantiasa
berkembang dan berubah-ubah penekanannya. Keadaan demikian menjadi rumit
dari segi hendak mencari satu tahap dalam perkembangan disiplin itu untuk
digunakan sebagai asas analisis. Masalah ini diatasi dengan memilih
pendekatan eklektik iaitu mengambil ciri-ciri huraian tatabahasa berasaskan
prinsip yang telah mantap dari berbagai-bagai aliran dengan tidak merujuk
secara khusus kepada mana-mana tahap perkembangan aliran linguistik tertentu
(Pengantar : Tatabahasa Dewan : xxv).

Melalui petikan ini, Azhar M. Simin (1993) ada membuat ulasan kritis tentang
pendekatan eklektik yang digunakan dalam pemerian nahu bahasa Melayu oleh
Tatabahasa Dewan (1993). Menurutnya nahu yang ditulis oleh Tatabahasa Dewan

13
Nahu manusia biasa adalah label yang digunakan untuk merujuk bahawa dalam pemerian nahu Melayu,
maklumat struktur bahasa Melayu dan maklumat penggunaan bahasa Melayu kedua-duanya sama-sama
dipentingkan. Bagi setiap cebisan struktur bahasa Melayu yang terperi secara baik diberikan setiap cara
menggunakannya mengikut setiap keadaannnya dan caranya yang lazim bagi bahasa Melayu (Azhar M.
Simin, 1993).
45
adalah semacam nahu ehsan-teori 14 . Nahu seperti ini boleh mula ditulis jika sudah
didapatkan terlebih dahulu sesuatu teori termantap dan dengan adanya teori yang
sedemikian rupa barulah diacuankan ayat-ayat bahasa Melayu untuk dihasilkan benda
yang dinamakan nahu Melayu. Dalam kertasnya yang bertajuk Pengilap dan Peneroka
Ilmu Nahu Melayu (Azhar M. Simin, 1993), beliau membuat kritikan yang begitu jelas
sekali tentang bagaimana pendekatan eklektik yang diutarakan dalam Tatabahasa Dewan
tidak sejajar dengan apa yang dilakukan oleh puak penulis Tatabahasa Dewan apabila
mereka menggambarkan nahu bahasa Melayu. Pada pandangan Azhar M. Simin, konsep
eklektik yang dimaksudkan adalah konsep eklektik satu-satu 15 . Misalnya Tatabahasa
Dewan ada menyebut tentang tiga cara membuat nahu iaitu yang pertama ialah cara
tradisional (pendekatan yang digunakan oleh Za’ba), kedua ialah cara nahu struktural dan
yang ketiga ialah cara nahu transformasi generatif. Bagi Azhar M. Simin, penulisan nahu
oleh Tatabahasa Dewan tidak menepati takrif eklektik kerana gambaran yang diberikan
semasa memeri struktur nahu Melayu tidak digambarkan melalui tiga cara membuat nahu
seperti yang dinyatakan atau sekurang-kurangnya dua daripada tiga cara terbabit.
Baginya lagi, cara nahu Melayu diperi oleh Tatabahasa Dewan merupakan bukan cara
eklektik tulen tetapi cara eklektik satu-satu.

Walaupun Azhar M. Simin mengkritik hebat mengenai bentuk pendekatan yang


digunakan oleh Nik Safiah dan rakan-rakan dalam menulis buku tatabahasanya, namun
kita tidak dapat nafikan bahawa penulisan mereka banyak memberi sumbangan terhadap
perkembangan dalam penulisan nahu bahasa Melayu.

2.2.3 Nahu Kontemporari

Analisis dan huraian tentang nahu khususnya yang melibatkan imbuhan awalan kata
nama peN- yang telah diberikan oleh para sarjana bahasa di atas, nyata sekali bahawa

14
Nahu ehsan-teori menurut Azhar M. Simin (1993) adalah cara manusia ahli bahasa memperalatkan ilmu
linguistiknya semasa memeri cebisan nahu bahasa Melayu. Oleh kerana terdorong kepada kehendak teori
nahu yang dianutinya, maka dia akan memilih cara pemerian yang sesuai dengan teori yang dianutinya itu.
15
Lihat Azhar M. Simin (1993)
46
pemerian makna yang diberikan telah menyebabkan berlakunya pertindihan makna antara
penahu sendiri. Pertindihan ini menggambarkan bahawa berlakunya percangggahan
pendapat dalam memberi penanda semantik bagi imbuhan tersebut. Percanggahan
pendapat ini juga turut disebabkan oleh pendekatan-pendekatan yang berbeza yang
digunakan dalam memeri fungsi makna imbuhan terbabit. Pertindihan fungsi makna ini
akan menyebabkan sesuatu maklumat itu sukar untuk diproses sekaligus akan
membantutkan proses pembelajaran bahasa di sekolah oleh pelajar-pelajar Melayu
mahupun pelajar-pelajar bukan Melayu. Walaupun begitu, pertindihan makna yang
berlaku juga mungkin disebabkan oleh tujuan penulisan buku-buku tatabahasa tersebut
iaitu untuk menyediakan satu huraian tentang bahasa Melayu yang dapat digunakan
sebagai sumber rujukan oleh semua penutur bahasa Melayu, terutamanya oleh guru dan
murid sekolah16. Sebagai sumber rujukan, pemerian yang dilakukan mestilah berdasarkan
hukum ataupun peraturan nahu yang bersifat jelas, mudah difahami dan tidak rencam.

Kemajuan teknologi telah memperlihatkan perkembangan dalam bidang


penyelidikan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah ia turut
mempengaruhi dalam bidang penyelidikan bahasa. Di sini, analisis linguistik akan
terarah kepada satu kajian yang lebih bersifat saintifik dalam menghurai dan memeri
sesuatu fenomena bahasa khususnya yang melibatkan imbuhan peN-. Teknologi
perkomputeran telah memungkinkan jutaan data diakses bagi melihat sesuatu fenomena
bahasa yang berlaku. Penggunaan data korpus dibantu dengan teknologi yang ada
sekarang telah memberi satu lonjakan dalam mengisi keperluan kajian yang
memfokuskan kepada salah satu aspek nahu dengan lebih mendalam terutamanya dalam
mengisi tiga kriteria kajian linguistik iaitu pengamatan (observatory), penghuraian
(descriptive) dan penjelasan (explanatory). Secara khususnya, dalam menjelaskan aspek
semantik bagi imbuhan awalan ini, maka satu pendekatan yang bersifat empiris serta
menekankan konteks dan penggunaan perlu diketengahkan. Jadi, kajian yang empiris ini
haruslah berdasarkan data korpus dan mestilah boleh dengan cara-cara yang tertentu bagi

16
Lihat tujuan penulisan buku Tatabahasa Dewan (1993).
47
menguji dan menentusahkan pernyataan-pernyataan yang dibuat dalam kajian tersebut
(Palmer, 1989 : 7).

Oleh kerana penyelidikan ini adalah melibatkan imbuhan awalan bahasa Melayu,
Azhar M. Simin (1988) menyatakan bahawa untuk mengkaji bahasa Melayu dengan cara
yang berbeza daripada kajian yang pernah dilakukan sebelum ini adalah dengan
menggunakan pendekatan bahasa dahulu. Yang dimaksudkan dengan pendekatan bahasa
dahulu ialah mendapatkan data dahulu dan kemudiannya baru dianalisis dengan teori
yang sesuai. Data yang yang perlu diambil dan dianggap sahih adalah data yang diambil
secara kesatuan dan terpelihara wacananya dan dari situlah baru diterangkan masalah
bahasa yang dikaji. Dalam konteks ini adalah data korpus. Jika ayat yang digunakan itu
terpisah daripada konteks wacananya, maka penjelasan data bahasa itu akan menjadi
cacat dan kaku. Penggunaan data berkonteks juga dapat menjelaskan penggunaan bahasa
dengan lebih berkesan. Sebaliknya penggunaaan data secara tunggal atau serpihan
(intuisi penulis sendiri) gagal menggambarkan pemikiran penutur bahasa dengan tepat.
Dalam konteks penyelidikan ini, data korpus digunakan dan diteliti sebagai mana yang
dinyatakan oleh Azhar M. Simin sebagai pendekatan bahasa dahulu dan selepas itu
barulah dianalisis dengan menggunakan teori relevans.

Seperti yang pernah dinyatakan di bab awal, Sinclair (dalam Wichmann et. al.
1997 : 35-36) juga turut menyatakan bahawa kajian makna berasaskan korpus
membolehkan perbezaan bentuk dan makna dihuraikan dengan lebih terperinci. Makna
mempunyai kesan yang sangat besar terhadap struktur. Jika sesuatu perkataan
mempunyai dua makna, maka bolehlah dijangkakan bahawa kata itu juga sekurang-
kurangnya mempunyai dua struktur. Hal ini hanya dapat dijelaskan dengan mengkaji
contoh penggunaan bahasa. Jelas bahawa daripada pandangan-pandangan tadi, data
korpus yang terpelihara wacananya akan dimanfaatkan, dan analisis yang menekankan
konteks dan penggunaan secara keseluruhannya akan dapat memeri serta menjelaskan
fungsi makna bagi imbuhan ini dengan lebih baik dan sempurna seterusnya dapat
menepati ketiga-tiga kriteria penyelidikan dalam ilmu linguistik.
48
Selain daripada itu, dalam penyelidikan ini, dengan berteraskan ilmu semantik dan
pragmatik dibantu oleh Teori Relevans serta pengaplikasian Rangka Rujuk Silang
(Bridging Cross References) dalam penganalisian, sesuatu kekeliruan tentang rujukan
penanda semantik yang timbul semasa pengamatan awal penulis terhadap imbuhan
awalan peN- akan dijelaskan dengan ilmu-ilmu terbabit. Pendekatan yang digunakan
adalah bertunjangkan kepada ketidakjawaban persoalan yang timbul daripada kajian
terawal dan sekaligus menjelaskan kekeliruan yang muncul hasil daripada pertindihan
penanda semantik atau fungsi makna yang diberikan penahu sebelum ini. Penggunaan
data-data autentik lagi sahih yakni data korpus akan mengukuhkan lagi dapatan kajian.
Oleh kerana penulisan para penahu sebelum ini banyak menggunakan data-data secara
tunggal dan bikinan ditambah dengan analisis berdasarkan intuisi, pemeriannya tidak
dapat menyelami fungsi makna yang dilihat sebagai bersifat dwifungsi dan pelbagai
fungsi.

Melalui data korpus, pengamatan awal penulis telah membentuk persoalan


bahawa sesuatu imbuhan itu tidak seharusnya dihuraikan berdasarkan bentuk dan struktur
sahaja tetapi harus melihat lebih jauh ke dalam untuk menyelami fungsi makna yang
didokong olehnya. Ini kerana dalam penulisan sebelumnya yakni di dalam buku-buku
nahu, analisis yang dibuat tidak menyentuh dengan terperinci mengenai dwifungsi dan
pelbagai fungsi makna bagi imbuhan ini. Jika disentuh pun hanya sekadar menyatakan
sebagai gabungan makna yang dianalisis melalui intuisi penulis sendiri, serta berbentuk
pernyataan yang tidak melibatkan sebarang analisis yang bersifat teoritis.

Dalam hal ini, bagi mendapatkan data-data yang terpelihara wacananya (data
korpus DBP-UKM), satu perisian yang mampu untuk mengakses data dengan mudah dan
cepat digunakan. Perisian tersebut adalah Wordsmith. Selepas data yang hendak
dianalisis dikenal pasti, data-data tersebut akan dianalisis dengan menggunakan Teori
Relevans dan dibantu oleh Rangka Rujuk Silang dalam membuat satu huraian yang lebih
bersifat teoritis dan berpada. Setiap proses kognitif yang terbabit dalam penentuan

49
rujukan makna imbuhan peN- yang mengakibatkan sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi
dikenal pasti akan dijelaskan dengan terperinci.

2.3 ANALISIS KRITIS

Dalam bahagian ini, perbincangan akan menjurus kepada kritikan terhadap fungsi-fungsi
makna yang telah diberikan oleh para penahu. Kritikan juga melibatkan pertindihan
fungsi makna yang dinyatakan mereka akibat dari percanggahan pendapat antara seorang
penahu dengan penahu yang lain. Daripada huraian-huraian fungsi makna yang diberikan
oleh para penahu, dapat disimpulkan seperti dalam jadual berikut :

50
Jadual 2.1 : Rumusan Pemerian Fungsi Makna Awalan peN- Oleh Penahu

Makna Pelaku/ Pelaku / Penjawat Orang/benda Pen-derita Penyebab Hasil Per- Ukuran Alat Penanda
Orang yang Orang tugas yang memiliki buatan Abstrak
melakukan yang sifat kata
sesuatu gemar dasar
akan
Penahu sesuatu

Za’ba, 2000 √ √ √ √

Arbak, 1981 √ √ √ √ √ √ √

Abdullah, 1974 √ √ √ √ √

Abdullah, 1993 √ √ √ √ √ √ √

Asmah, 1993 √ √ √ √ √ √

Hashim, 1993 √ √ √ √ √ √

Nik Safiah Karim √ √ √ √ √ √


et al., 1993

Abdullah & √ √ √
Liaw, 1994

51
Daripada jadual tersebut, apa yang cuba diutarakan di sini ialah kesemua fungsi
makna yang disenaraikan sebanyak sepuluh itu merupakan satu pemerian, penyenaraian
dan penghuraian tanpa melibatkan unsur-unsur bukan linguistik (misalnya konteks). Ini
bermaksud bahawa fungsi makna yang diberikan itu adalah berdasarkan data-data tunggal.
Data-data tunggal seperti ‘‘peN- + tutup’’, ‘‘peN- + pandu dan sebagainya akan
diberikan maknanya berdasarkan intuisi penahu sendiri. Misalnya penutup bermaksud
alat yang digunakan untuk menutup dan pemandu bermaksud orang yang memandu
(kereta). Pemberian makna berdasarkan intuisi dan data secara serpihan, sukar bagi kita
untuk melihat fungsi makna yang luar dari skop yang boleh dijelmakan melalui intuisi.
Ini kerana pengetahuan intuisi sangat terbatas. Kita lihat kedua-dua contoh ini di dalam
ujaran di bawah :

a. Penutup
Harga anak pokok palma adalah yang tertinggi (RM57.55-RM206.69/polibeg)
berbanding dengan pokok hiasan kumpulan lain [pokok naungan dan pinggiran
jalan (RM8.60-RM172.67/polibeg), pokok renek berdaun (RM3.44-RM 10.74/
polibeg), pokok renek berbunga (RM3.00-RM6.41/polibeg), dan pokok
***penutup*** bumi, tumbuhan jalar dan pemanjat (RM0.93 - RM6.23/polibeg)].

b. Pemandu
Pada zaman moden ini, anjing digunakan sebagai ***pemandu*** bagi orang
yang cacat penglihatan.

Daripada kedua-dua ujaran tersebut, makna yang dijelmakan melaluinya adalah


berbeza dengan makna tafsiran intuisi. Di sini, penutup telah menzahirkan makna
tumbuhan manakala pemandu pula menghasilkan makna haiwan. Persoalannya di sini,
mampukan analisis berteraskan intuisi dan data secara tunggal semata-mata dapat
menzahir serta mencungkil keluar makna-makna seperti dalam contoh tersebut?
Jawapannya tentu sekali tidak. Jadi, kajian yang berteraskan data korpus yakni data-data
yang terpelihara wacananya haruslah digunakan supaya fungsi makna imbuhan peN-
52
dapat dijelaskan dengan lebih sempurna sekaligus dapat menghasilkan satu fungsi makna
yang tidak bergantung kepada analisis berteraskan binaan, struktur, sistem bahasa dan
juga intuisi.

Pemerian fungsi makna imbuhan peN- oleh tujuh orang penahu di atas telah
menghasilkan sepuluh fungsi makna yang berbeza. Setiap penahu mempunyai pendirian
dan pendekatan yang berbeza dalam memeri fungsi makna imbuhan ini. Pendekatan yang
berbeza telah menyebabkan fungsi makna yang diberikan itu menunjukkan pertindihan
antara seorang penahu dengan penahu yang lain. Pertindihan yang terlalu banyak ini akan
menyebabkan suatu fungsi makna itu sukar diproses bagi mencari rujukan yang sesuai.
Apa yang dapat dikatakan di sini ialah hanya dua fungsi makna sahaja yang dipersetujui
atau memperlihatkan persamaan bagi kesemua penahu di atas iaitu fungsi makna
pelaku/orang yang melakukan sesuatu dan fungsi makna alat. Persamaan ini
disebabkan oleh kejelasan makna yang boleh diperi melalui intuisi penahu sendiri
berdasarkan data-data tunggal.

Selain itu, jika dibuat perbandingan penulisan nahu yang berteraskan pendekatan
nahu tradisional (Pelita Bahasa Melayu) dan pendekatan nahu yang diguna pakai oleh
Tatabahasa Dewan (buku tatabahasa pegangan), Azhar M. Simin (1993) ada membuat
perbandingan kritis bagi kedua-dua buku tatabahasa ini dari segi cara penulisan nahu.
Beliau memberi contoh bagaimana leksikal yang diperi. Menurutnya, dalam memeri
yang melalui cara ia digunakan dalam bahasa Melayu, ia dianggap sebagai nahu yang
lebih berdaya berbanding membuat pemerian dari segi struktur. Ini kerana manusia biasa
tidak berujaran melalui struktur tapi melalui penggunaan ujaran. Menurutnya lagi,
pemerian nahu yang bertunjangkan kepada teori nahu yang bergelar nahu transformasi
generatif adalah ilmu nahu awang-awangan. Bermaksud bahawa ilmu nahu awang-
awangan ini merupakan ilmu yang sukar difahami oleh manusia biasa (hanya difahami
oleh ahli bahasa). Apa yang cuba dijelaskan di sini adalah beliau mengandaikan bahawa
buku nahu Pelita Bahasa Melayu adalah nahu Melayu yang lebih baik daripada
Tatabahasa Dewan serta buku-buku nahu lain yang lebih mementingkan penjelasan
53
struktur dan binaan sahaja. Ini kerana Pelita Bahasa Melayu lebih mengutamakan
maklumat penggunaan berbanding struktur manakala buku-buku nahu lain seperti
Tatabahasa Dewan pula lebih mementingkan struktur berbanding maklumat penggunaan.

Berdasarkan pandangan tadi, jelas menunjukkan bahawa maklumat penggunaan


bahasa (seperti konteks) sangat penting dalam memeri nahu bahasa Melayu. Begitu juga
dalam memeri fungsi makna imbuhan peN-. Peranan konteks sangat diperlukan
berbanding maklumat struktur dan binaan bagi imbuhan terbabit. Dengan hanya
maklumat struktur dan binaan sahaja serta data-data tunggal (seperti huraian yang
menggunakan pendekatan nahu struktural dan nahu generatif), imbuhan peN- yang dilihat
mempunyai fungsi yang lebih luas dan mendalam sukar untuk dijelaskan.

Walaupun Azhar M. Simin (1993) menyatakan bahawa Pelita Bahasa Melayu


memuatkan maklumat penggunaan bahasa, tetapi dari segi pemerian fungsi makna
imbuhan peN-, dilihat bahawa apa yang diutarakan itu masih dianggap bersifat
permukaan. Ini kerana Za’ba (1965, 2000) tidak menyentuh langsung apa yang dikatakan
sebagai sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi makna bagi imbuhan ini.

Keadaan yang sama seperti buku-buku nahu yang dikarang oleh Asmah (1993),
Abdullah (1974, 1993) dan beberapa penahu lain. Mereka hanya memuatkan maklumat-
maklumat yang berkaitan dengan struktur dan binaan nahu sahaja. Maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan penggunaan bahasa tidak dimasukkan. Dengan hanya
memasukkan maklumat struktur dan binaan sahaja, ditambah dengan data-data yang
dianalisis itu pula bersifat serpihan, sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi makna sukar
untuk dijelmakan.

Sehubungan dengan itu, pemerian fungsi makna imbuhan peN- dengan


berteraskan (1) struktur dan binaan, (2) intuisi dan (3) data-data tunggal, maka akan
terhasillah fungsi makna yang pelbagai (seperti dalam jadual di atas). Bukan itu sahaja,
pertindihan fungsi makna turut berlaku. Jika diteliti dengan lebih mendalam, kebanyakan
54
kajian yang dilakukan itu hanya sekadar membuat huraian yang ringkas. Penahu juga
lebih mengutamakan struktur dan binaan17 daripada melihat makna imbuhan itu dengan
lebih meluas.

Pada hemat saya, fungsi makna yang diberikan itu sememangnya dapat
digabungkan. Misalnya fungsi makna seperti pelaku/orang yang melakukan sesuatu,
pelaku/orang yang gemar akan sesuatu, penjawat tugas dan penderita boleh
disatukan menjadi fungsi makna manusia. Ini kerana keempat-empat fungsi makna ini
masih merujuk kepada orang atau manusia. Dalam pada itu juga, fungsi makna abstrak
dan orang/benda yang memiliki sifat kata dasar turut boleh digabungkan di bawah satu
fungsi makna iaitu abstrak. Misalnya pemalu. Walaupun pemalu merujuk kepada
manusia, tetapi rujukannya bukan kepada manusia yang bersifat konkrit tetapi lebih
kepada sifat yang dimiliki oleh seseorang itu yang boleh ditafsir sebagai satu entiti yang
abstrak. Jadi, apabila fungsi makna ini dapat digabungkan, ia telah mengurangkan
rujukan fungsi makna imbuhan terbabit. Makin sedikit rujukannya, maklumat yang
diproses semasa sesuatu ujaran itu diujarkan akan meminimumkan tahap kekaburan
semasa proses penginterpretasian berlaku.

Justeru, kajian ini akan melangkah setapak lagi dalam menyelesaikan masalah
pertindihan makna serta sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi makna yang kurang
mendapat perhatian para penahu sebelum ini dalam kajian mereka. Kajian ini juga cuba
memperkemas dan mempermudahkan fungsi makna imbuhan peN- supaya menjadi lebih
ringkas dan padat. Dengan memperkemaskan semula fungsi makna imbuhan peN-
menjadi lebih ekonomi, para pelajar tidak mempunyai masalah bagi mencari rujukan yang
sesuai dalam memilih fungsi makna yang betul. Dengan adanya data-data autentik,
dianalisis dengan menggunakan teori yang mantap, kajian ini menawarkan satu bentuk
huraian dan dapatan yang boleh dipertanggungjawabkan.

17
Lihat Asmah (1993), Hashim (1993), Nik Safiah (1993) dan beberapa penahu lain. Kebanyakannya lebih
kepada huraian yang bersifat struktur dan binaan dalam menjelaskan fungsi makna imbuhan peN- ini.
Fungsi makna yang diberikan juga dipengaruhi oleh analisis berdasarkan struktur dan binaan dan bukan
berdasarkan konteks penggunaan.
55
Dengan menggunakan data korpus, banyak kajian-kajian terkini terutamanya yang
berkisar kepada aspek makna berjaya dijelaskan dengan baik. Misalnya Nor Hashimah
(2007) ada membincangkan kata ganti nama ia dan ianya dengan menggunakan data
korpus melalui analisis rangka rujuk silang. Kajian ini menunjukkan bahawa kata ganti
nama ia bukan sahaja merujuk kepada manusia malah boleh merujuk kepada bukan
manusia. Hal yang sama bagi kata ganti nama ketiga ianya. Hasil kajian mendapati
bahawa ianya bukan sahaja merujuk kepada benda-benda abstrak tetapi juga boleh
merujuk kepada bukan manusia yang lebih luas misalnya benda-benda bukan abstrak.
Selain itu, kata ganda bilangan juga turut diteliti oleh Nor Hashimah (2007) yang dapat
dilihat dalam buku Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Pendekatan rangka rujuk silang
yang berteraskan Teori Relevans telah membantu dalam mencanai kata ganda bilangan
ini dengan lebih mendalam. Fokus perbincangan dalam kajian ini menjurus kepada kata
bilangan tak tentu seperti semua, kebanyakan, sebilangan, sebahagian dan segala. Hasil
kajian dengan menggunakan data korpus mendapati bahawa kesemua kata bilangan tak
tentu tersebut boleh membawa maksud khusus dan tak khusus18. Di sini pembahagian
boleh dibuat dengan mengkategorikan mana-mana kata bilangan tak tentu khusus
mengambil kata nama tunggal sementara kata bilangan tak tentu yang tidak khusus
mengambil kata nama jamak. Begitu juga dengan Hasmidar (2006) yang melihat kata
hubung dari perspektif yang berbeza yakni dengan menggunakan pendekatan semantik
dan pragmatik. Walaupun kata hubung ini dilihat dari perspektif yang berbeza, tetapi
kajiannya masih menggunakan data korpus sebagai sumber data yang utama selain
analisisnya menawarkan satu dapatan yang boleh dibuktikan kesahihannya.

Selain itu juga, kajian morfosemantik yang dilakukan oleh Norsimah dan
Harishon (2008) yang bertajuk “Bahasa Melayu meN-...-kan Affix : A Morphosemantic
Analysis” juga antara kajian yang menggunakan data korpus sebagai sumber data di
samping menawarkan satu dapatan yang boleh dipertanggungjawabkan. Kajian awal
yang dilakukan oleh Nor Hashimah dan Ahmad Harith Syah (2008) yang bertajuk “The

18
Lihat analisis lanjut yang dilakukan oleh Nor Hashimah (2007) dalam buku Aspek Nahu Praktis Bahasa
Melayu.
56
Semantic of Prefix peN- in Malay : A Bridging Cross Reference Analysis” menunjukkan
bahawa peranan data korpus sebagai sumber data yang asli dalam memeri aspek makna
telah menawarkan satu dapatan yang memberangsangkan. Justeru, kajian terhadap
imbuhan peN- ini dilanjutkan dalam penyelidikan ini.

Bukan itu sahaja, analisis berdasarkan data korpus ini juga turut dibuktikan
dapatan yang baik bukan sahaja pada analisis semantik dan pragmatik malah analisis
dengan menggunakan pendekatan semantik kognitif. Antaranya Norsimah (2007) dalam
kajiannya yang bertajuk “Peluasan Makna Kata ’Aman’ dan ’Manis’ Bersandarkan Data
Korpus” dan Nor Hashimah & Hawiyah (2007) melalui kajian mereka yang bertajuk
“Masalah Polisemi dalam Perkamusan : Satu penyelesaian Semantik Kognitif”.
Walaupun sarjana-sarjana ini menganalisis makna dengan menggunakan pendekatan
semantik kognitif, tetapi ia menggambarkan bahawa dengan menggunakan data korpus,
data sebegini boleh ditakrifkan sebagai satu sumber data yang penting dalam memeri
nahu bahasa Melayu. Dalam pada itu juga, Imran Ho (2008) dalam kajiannya yang
melihat kepada struktur polisemi imbuhan beR- dengan menggunakan rangka kerja
Tatabahasa Kognitif (Langacker 1981, 1987) turut menggunakan data korpus sebagai
sumber data.

Oleh yang demikian, jelas bahawa kajian yang berteraskan data korpus mampu
menawarkan satu kajian makna yang dapat memberikan dapatan yang baik. Hal ini
diperkukuhkan dengan pendapat Sinclair (dalam Wichmann et. al. 1997 : 35-36) bahawa
kajian makna berasaskan korpus membolehkan perbezaan bentuk dan makna dihuraikan
dengan lebih terperinci. Makna mempunyai kesan yang sangat besar terhadap struktur.
Jika sesuatu perkataan mempunyai dua makna, maka bolehlah dijangkakan bahawa kata
itu juga sekurang-kurangnya mempunyai dua struktur. Hal ini hanya dapat dijelaskan
dengan mengkaji contoh penggunaan bahasa.

57
2.4 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa penyenaraian fungsi-fungsi makna yang


diutarakan tadi memperlihatkan satu analisis yang lebih berteraskan struktur dan binaan
sahaja. Daripada analisis itu akan diberikan maknanya berdasarkan intuisi penahu
melalui data-data tunggal. Hasilnya memperlihatkan berlakunya percanggahan pendapat
di antara penahu melalui pertindihan fungsi makna yang diberikan. Setakat yang
dibicarakan dalam bahagian ini, apa yang diutarakan penahu itu masih ada lompangnya.
Lompangnya harus diperbaiki melalui kajian morfosemantik yang dilakukan bagi
menambahbaikkan nahu bahasa Melayu bagi tujuan rujukan dan sebagainya. Justeru,
melalui analisis yang lebih bersifat saintifik dan teoritis dengan pemanfaatan teori
relevans dan rangka rujuk silang, ia dikatakan cuba menyelami nahu bahasa Melayu
hingga ke peringkat yang belum diteroka secara mendalam, khususnya yang berkaitan
dengan imbuhan peN-.

58
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, perbincangan berkisar kepada tatacara atau metodologi yang akan
digunakan dalam kajian ini. Sesuatu kajian yang baik semestinya mempunyai
metodologinya tersendiri. Metodologi yang diguna pakai seharusnya dapat memandu
sesuatu kajian supaya lebih tersusun dan terarah kepada objektif atau tujuan kajian. Oleh
itu, kaedah atau metodologi yang sempurna akan dapat menghasilkan suatu dapatan yang
akan dapat memberi sumbangan kepada sesuatu bidang khususnya bidang linguistik, serta
hasil dapatannya juga boleh dipertanggujawabkan.

3.2 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini melibatkan kaedah pustaka dan menganalisis data korpus. Kajian pustaka
melibatkan pencarian bahan-bahan atau sumber bacaan yang berkaitan dengan aspek-
aspek yang pernah dikaji tentang imbuhan awalan peN- serta bahan-bahan bacaan
mengenai bidang semantik dan pragmatik dan juga teori pilihan. Apa yang perlu
dilakukan ialah pengkaji harus mengenal pasti persoalan yang wujud dalam imbuhan
khususnya imbuhan awalan peN-. Penguasaan kosa ilmu dalam bidang semantik dan
pragmatik haruslah baik serta pengumpulan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai
imbuhan haruslah dicari. Kajian pustaka ini sememangnya berlaku secara berterusan
59
tanpa henti sehinggalah kajian ini siap dijalankan. Sehubungan dengan itu, setelah
pencarian sumber-sumber rujukan dan bahan bacaan dikenal pasti, proses pembacaan
pula mengambil tempat. Proses pembacaan ini juga sentiasa berterusan bagi memahami
bidang serta teori yang dianuti dalam menghasilkan kajian yang baik. Kajian lapangan
tidak digunakan dalam penyelidikan ini kerana matlamat penyelidik adalah untuk meneliti
aspek makna bagi imbuhan kata nama terbabit yang dikatakan mempunyai dwifungsi dan
pelbagai fungsi makna dan seterusnya mengkategorikan fungsi makna tersebut menjadi
lebih mudah diproses selaras dengan kehendak teori relevans.

Selain itu, data korpus DBP-UKM yang dipilih dalam kajian ini dikumpulkan dan
dijana dengan menggunakan perisian Wordsmith. Pengumpulan data tersebut dibuat
berdasarkan persoalan dan tujuan kajian di samping keluasan data korpus itu sendiri dan
pertimbangan-pertimbangan lain. Selepas penjanaan data melalui perisian tersebut,
penyisihan data-data yang tidak berkaitan dilakukan. Penyisihan bertujuan untuk
menjadikan data yang akan dianalisis lebih terpusat dan tidak bersifat terlalu rencam.
Penyisihan data dilakukan secara manual dan data-data seperti melibatkan imbuhan apitan
akan dibuang. Misalnya imbuhan apitan peN-...-an. Setelah penyisihan data dibuat,
data-data yang memperlihatkan lompang diambil dan dianalisis dengan menggunakan
teori pilihan.

Seterusnya, penyelidikan ini akan menggunakan kerangka teori semantik dan


pragmatik khususnya teori relevans (Sperber & Wilson, 1985, 1995) serta menerapkan
analisis berdasarkan rangka rujuk silang (Kempson, 1986). Teori relevans ini digunakan
sebagai satu kerangka dalam membuat penganalisisan dan penghuraian. Teori ini
menekankan kerelevanan sesuatu ujaran (Nor Hashimah 1991; 476). Jadi, penganalisisan
berlandaskan teori ini akan dapat memberi satu interpretasi yang baik tentang fungsi
makna imbuhan tersebut supaya kepelbagaian fungsi makna dapat dijelaskan sekaligus
dapat memberi satu cara baru dalam mengkategorikan fungsi makna imbuhan awalan
peN- ini.

60
3.3 TATACARA PEMEROLEHAN DATA

Dalam kajian ini, data diambil daripada data korpus DBP-UKM (Dewan Bahasa &
Pustaka – Universiti Kebangsaan Malaysia). Jumlah perkataan bagi data korpus ini
adalah sebanyak 5 juta patah perkataan yang terdiri daripada beberapa sub korpus. Sub-
sub korpus tersebut adalah daripada sub korpus Majalah, Berita Harian, Utusan, Harakah
dan Buku. Jadi, dalam bahagian ini perbincangan akan berkisar kepada penjanaan data
terbabit melalui penggunaan perisian Wordsmith.

3.3.1 Wordsmith

Wordsmith atau Oxford Wordsmith Tools merupakan satu perisian atau program
yang digunakan bagi melihat bagaimana perkataan-perkataan digunakan dan beroperasi
dalam teks. Perisian ini menyediakan tiga alat (tools) utama bagi tujuan tersebut. Alat
tersebut adalah Concord, Wordlist dan KeyWords. Concord merupakan alat penjanaan
data yang digunakan untuk melihat kata atau frasa dalam konteks tertentu. Wordlist pula
adalah alat yang digunakan untuk melihat senarai kata dalam teks yang boleh diset
mengikut frekuensi dan mengikut senarai aksara. Manakala KeyWords pula merupakan
alat yang digunakan untuk melihat kata kunci dalam teks. Alat-alat ini digunakan oleh
Oxford University Press bagi tujuan kerja-kerja leksikografi untuk menyediakan kamus,
oleh guru bahasa dan pelajar serta penyelidik bahasa yang berminat untuk menjalankan
kajian tentang pola bahasa untuk kebanyakan bahasa di seluruh dunia. Jadi, alat yang
digunakan untuk tujuan kajian ini bagi menjana data korpus terbabit adalah Concord.

3.3.2 Langkah-langkah Pemerolehan Data

Dalam memperoleh data yang sesuai untuk analisis, terdapat tiga langkah utama.
Iaitu :

61
a. Langkah 1
Peringkat permulaan, untuk menjana data tersebut, pada paparan utama Oxford
Wordsmith Tools pilih salah satu alat yang ingin digunakan misalnya untuk kajian
ini alat Concord akan digunakan. Jadi klik pada Concord. Paparan seperti di
bawah :

Gambar Rajah 3.1 : Paparan utama Oxford Wordsmith Tools

62
Gambar Rajah 3.2 : Paparan untuk memilih/memasukkan teks

Gambar Rajah 3.3 : Carian


63
Ketiga-tiga paparan di atas menunjukkan langkah-langkah asas bagi menjana data
korpus tersebut. Setelah teks dipilih seperti dalam paparan 2 (klik pada butang choose
text now dan pilih teks yang telah disimpan), langkah seterusnya adalah menetapkan
carian seperti dalam paparan 3. Di dalam kotak yang disediakan itu harus ditaip seperti
yang ditunjukkan dengan bulatan merah (contoh pen*) bagi menjana konkordan.
Seterusnya klik pada butang OK. Janaan akan dilakukan secara automatik. Hasil janaan
tersebut akan dilihat dalam bentuk konkordans seperti di bawah :

Rajah 3.4 : Konkordans

b. Langkah 2
Oleh kerana data ini merupakan data mentah yang belum ditagging, jadi pada
peringkat ini, data-data yang tidak berkaitan dengan kajian ini akan dibuang bagi
memudahkan penyisihan data nanti. Ini kerana apabilan carian pen* dilakukan,
kesemua data yang bermula dengan pen akan dijana bagi menghasilkan
konkordan. Leksikal-leksikal yang merupakan bukan imbuhan misalnya seperti
pendek, penuh, penting dan sebagainya akan dibuang dan juga leksikal-leksikal

64
yang menerima imbuhan apitan seperti peN-...-...-an dan sebagainya turut akan
dibuang kerana tidak berkaitan.
c. Langkah 3
Setelah data yang tidak diperlukan dibuang, pada peringkat ini pengkaji harus
melakukan secara manual. Data-data yang telah menerima imbuhan awalan peN-
akan dikenal pasti fungsi maknanya yang bersifat dwifungsi dan pelbagai fungsi.
Setelah diteliti, maka pengkaji telah memutuskan bahawa sebanyak 25 contoh
leksikal yang menerima imbuhan yang bersifat dwifungsi dan pelbagai fungsi
(data-data lengkap boleh dilihat dalam bab 4) mewakili setiap satunya sebanyak
lima contoh bagi lima alomorf tersebut. Perlu dinyatakan bahawa analisis akan
berkisar kepada lima alomorf sahaja iaitu pe-, pen-, pem, peny-, dan peng. Bagi
alomorf penge-, setelah diteliti di dalam data korpus, data-data yang melibatkan
alomorf ini tidak menunjukkan sebarang sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi.
Makna yang dijumpai menyamai makna penahu iaitu orang/pelaku. Jadi ia tidak
dilihat sebagai mempunyai masalah dari segi makna. Bagi perkataan-perkataan
atau kata dasar yang menerima imbuhan peN- tetapi tidak memperlihatkan
kepelbagaian fungsi makna serta masih mengekalkan maknanya seperti yang
dijelaskan dalam buku nahu, data tersebut tidak akan diambil untuk dianalisis. Ini
kerana, data yang tidak memperlihatkan kepelbagaian fungsi makna tidak
memerlukan peranan konteks dalam menentukan fungsi makna imbuhan tersebut.
Dengan itu, setelah data dikenal pasti, analisis akan dilakukan dengan
menggunakan Teori Relevans yang dapat dilihat di dalam bab seterusnya.

3.4 STATISTIK UMUM DATA

Dalam bahagian ini, pemaparan statistik akan melibatkan jumlah konkordan bagi setiap
perkataan yang telah dikenal pasti kepelbagaian fungsinya. Berikut merupakan senarai
lima perkataan bagi setiap alomorf untuk dianalisis dan juga jumlah konkordan atau ayat
bagi setiap perkataan tersebut yang mempunyai kepelbagaian fungsi makna :

65
Jadual 3.1 : Statistik data bagi alomorf pe-

Alomorf pe- Manusia Alat/ Haiwan/ Abstrak Ukuran Konkordans


benda tumbuhan
pemakan 8 - 3 - - 11
pelindung 23 34 14 7 - 78
perosak 10 27 30 - - 67
perancang 78 56 - - - 134
pemusnah 14 7 - - - 21
JUMLAH KONKORDANS 389

Jadual 3.2 : Statistik data bagi alomorf pen-

Alomorf Manusia Alat/ Haiwan/ Abstrak Ukuran Konkordans


pen- benda tumbuhan
penerima 153 14 - - - 167
pencuci 7 67 - - - 74
penutup - 34 7 193 2 236
penawar 16 65 - 18 - 99
pencetak 6 17 - - - 23
JUMLAH KONKORDANS 599

66
Jadual 3.3 : Statistik data bagi alomorf pem-

Alomorf Manusia Alat/ Haiwan/ Abstrak Ukuran Konkordans


pem- benda tumbuhan
pembuka 12 6 - 24 - 42
pembesar 21 145 - - 166
pembunuh 57 1 7 3 - 68
pemandu 463 91 13 1 568
pemotong 4 14 - - - 18
JUMLAH KONKORDANS 862

Jadual 3.4 : Statistik data bagi alomorf peny-

Alomorf Manusia Alat/ Haiwan/ Abstrak Ukuran Konkordans


peny- benda tumbuhan
penyambung 6 14 - - - 28
penyerang 119 6 - - - 125
penyunting 15 16 - - - 31
penyebab 25 33 - 55 - 113
penyebar 10 2 - 6 - 18
JUMLAH KONKORDANS 315

67
Jadual 3.5 : Statistik data bagi alomorf peng-

Alomorf Manusia Alat Haiwan/ Abstrak Ukuran Konkordans


peng- tumbuhan
penggerak 66 38 - 61 - 165
pengesan 2 28 4 - - 34
penghalang 51 23 - 49 - 133
penghubung 21 16 - 35 - 72
pengganti 86 28 - 6 - 120
JUMLAH KONKORDANS 504

Diperturunkan peratusan mengikut jumlah konkordan bagi setiap alomorf seperti di


berikut :

Peratusan Mengikut Jumlah Konkordan Bagi


Setiap Alomorf

peng- pe-
20% 11%
pen-
23%
peny-
13%

pem-
33%

Gambar Rajah 3.5 : Peratusan Mengikut Jumlah Konkordans Bagi Setiap Alomorf

Daripada carta pai di atas, ia menunjukkan peratusan mengikut jumlah konkordan bagi
setiap alomorf. Dapat diperhatikan bahawa alomorf pe- sebanyak 11 peratus, alomorf
pen- sebanyak 23 peratus, alomorf pem- sebanyak 33 peratus, alomorf peny- sebanyak
13 peratus dan alomorf peng- adalah sebanyak 20 peratus.
68
3.5 DATA KORPUS

Linguistik adalah kajian bahasa secara saintifik. Kelebihan utama kaedah saintifik bagi
menghuraikan fenomena bahasa adalah sifat tak prejudisnya. Contohnya kita hendak tahu
lebih tentang bahasa sebagai fenomena dan sebagai kapasiti manusia universal yang
menggunakannya, kita mesti cuba mendasari displin ilmu ini pada pengamatan fakta
sepada mungkin dan tidak pada set prejudis (Milroy & Milroy, 1999 dalam Idris Aman,
2007). Kemajuan teknologi sekarang sebenarnya telah menyingkirkan ’prejudisme’
dalam kajian linguistik iaitu dengan adanya himpunan-himpunan dan penjanaan jutaan
data berkomputer yang juga dikenali sebagai data korpus bahasa. Data korpus berkenaan
bermanfaat sebagai bukti empirik dalam proses penghuraian dan penjelasan linguistik.

Selain itu, menurut Rundell (1996 : 1), kajian korpus kini telah bergerak dari
margin pinggiran untuk mengisi posisi utama sebagai sumber kajian bahasa. Hal ini
menunjukkan perubahan dalam dua aspek iaitu ideologi (perubahan besar ke arah kajian
bahasa secara empiris dan statistik) dan juga dalam teknologi, yang kini mampu mencapai
kuasa memproses yang begitu hebat dan mengagumkan dan kuasa penyimpanan data
yang banyak pada kos yang rendah.

Apa yang dimaksudkan dengan data korpus? Dalam Kamus Linguistik (1997),
korpus bermaksud data mentah linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks
bertulis, dan dianalisis untuk membuat penyataan saintifik tentang ciri fonologi,
tatabahasa, atau leksikal sesuatu bahasa. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) pula
mendefinisikan korpus sebagai himpunan makalah (tulisan dan sebagainya) mengenai
sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (seperti kumpulan contoh
penggunaan kata). Renouf (Sinclair, 1987 : 1) pula berpendapat istilah korpus digunakan
untuk ”to refer to a collection of texts, of the written or spoken word , which is stored and
processed on computer for the purposes of linguistics research”. Dalam konteks di
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah membina sebuah pengkalan data
korpus dalam rangka program perkomputeran bahasa Melayu untuk tujuan penyelidikan,
69
perkamusan dan peristilahan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Walaupun
dalam kajian ini hanya menggunakan data korpus DBP-UKM yang berjumlah 5 juta patah
perkataan, namun ia memadai bagi menggambarkan penggunaan sebenar sesuatu bentuk
kata. Sesuatu bentuk kata boleh dikeluarkan dengan menggunakan perisian Wordsmith
melalui barisan konkordans. Konkordans akan membentuk indeks pengabjadan untuk
semua perkataan dalam teks korpus yang menunjukkan setiap konteks perwujudan
sesuatu kata. Konkordans menyediakan maklumat yang penting tentang makna dan
konteks penggunaannya. Pelbagai maklumat seperti maklumat semantik, sintaksis,
pragmatik, gaya, huraian makna dan ayat contoh boleh diperoleh apabila menganalisis
konkordans. Kekerapan kewujudan sesuatu kata dalam keseluruhan teks korpus atau
sebahagiannya juga dapat ditunjukkan. Sistem korpus kerap dikaitkan dengan pengkalan
data leksikal yang menjadi wahana dalam proses penyusunan sesebuah kamus (Ibrahim,
1994 : 93)

Selain itu, Crystal (1991) menyatakan bahawa data korpus merupakan koleksi
data linguistik, sama ada teks bertulis atau transkripsi ucapan yang dirakamkan yang
boleh digunakan sebagai titik permulaan pemerian linguistik atau sebagai cara
mengesahkan hipotesis tentang bahasa. Sinclair (1991) dengan ringkas menyatakan
bahawa korpus adalah koleksi teks bahasa yang terhasil secara semula jadi, dipilih untuk
menandakan kepelbagaian bahasa.

Dalam buku An Introduction to Corpus Linguistics yang ditulis oleh Kennedy


(1998), beliau menyatakan bahawa data korpus sebagai :

“a collection of text in an electronic database can beg many questions for there
are many different kinds of corpora.”

Daripada definisi-definisi yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa korpus merupakan


himpunan teks bertulis atau perbualan yang digunakan untuk kajian linguistik. Walaupun
begitu, pembinaan atau himpunan korpus sebenarnya mempunyai tujuan yang berbeza-
70
beza dan tujuan ini turut mempengaruhi dari segi reka bentuk dan juga saiz korpus. Data
korpus yang ada sekarang lebih cenderung kepada penyelidikan dan pemerian linguistik.
Pembinaannya adalah untuk tujuan penjelasan deskriptif bahasa dan ini selaras dengan
bidang linguistik iaitu sebagai satu ilmu sains, yang mementingkan ciri deskriptif seperti
kata Aichison (1978 dalam Milroy & Milroy 1999) :

“first, and most important, linguistics is descriptive, not prescriptive. A linguist is


interested in what is said, not what he thinks ought to be said. He describes
language in all its aspects, but does not prescribe rules of correctness”. (dalam
Idris Aman, 2007)

Oleh yang demikian, dengan melihat fungsi makna imbuhan melalui analisis
semantik dan pragmatik khususnya teori relevans, yang datanya diambil daripada data
korpus, diharapkan ia dapat memberi satu bentuk analisis yang baik, mencapai tahap
kepadaan serta boleh dipertanggunjawabkan. Faktor-faktor bukan linguistik seperti
konteks yang merupakan elemen penting dalam kajian ini dan juga mengemukakan
gagasan pembinaan konsep ad hoc yang dikatakan bersifat sementara melalui peluasan
dan pemyempitan konsep, diharapkan akan dapat menghasilkan bentuk analisis yang
bukan lagi pada peringkat permukaan tetapi penganalisisan yang dapat menyelami nahu
bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Jadi, dengan huraian nahu berasaskan data
korpus dibantu oleh teori pilihan, ia mampu menunjukkan kepelbagai fungsi makna
imbuhan awalan peN-.

3.6 RASIONAL PENGGUNAAN DATA KORPUS

Dalam kajian linguistik sekarang, pemanfaatan data korpus jelas bagi menghuraikan
fenomena-fenomena bahasa. Ini kerana kemajuan teknologi perkomputeran
memungkinkan kita menjana data-data yang besar jumlahnya dengan cepat dan pantas.
Selain itu juga, data korpus ini dikatakan mampu untuk memeri kelakuan dalam sesuatu
bahasa yang lebih bersifat objektif. Ini dijelaskan oleh Leech (dalam McEnery & Wilson,
1996 : 87) bahawa kepentingan korpus dalam kajian bahasa sejajar dengan kepentingan

71
data yang empiris. Data yang empiris membolehkan pengkaji bahasa membuat kenyataan
yang objektif dan bukannya kenyataan yang bersifat subjektif atau yang berdasarkan
persepsi kognitif dalaman seseorang individu terhadap bahasa.

Selain itu, Rundell (1996 : 4) dalam artikelnya iaitu The Corpus of The Future and
The Future of The Corpus menyatakan bahawa satu fakta penting yang perlu diingat
tentang korpus ialah nilai sebarang korpus sebagai sumber data linguistik berkait rapat
dengan kandungannya. Dengan kata lain, generalisasi yang dibuat tentang bahasa
berasaskan bukti korpus adalah sebaik bukti korpus yang digunakan pengkaji (ertinya
input yang baik akan menghasilkan ouput yang baik juga).

Selaras dengan kajian ini, Sinclair (dalam Wichmann et. al. 1997 : 35-36)
menjelaskan bahawa data korpus menyajikan sumber yang besar terhadap kajian semantik
dan pragmatik. Beliau menambah lagi bahawa kajian makna berasaskan korpus
membolehkan perbezaan bentuk dan makna dihuraikan dengan lebih terperinci. Makna
mempunyai kesan yang sangat besar terhadap struktur. Jika sesuatu perkataan
mempunyai dua makna, maka bolehlah dijangkakan bahawa kata itu juga sekurang-
kurangnya mempunyai dua struktur. Hal ini hanya dapat dijelaskan dengan mengkaji
contoh penggunaan bahasa. Selain itu, Myers (dalam McEnery & Wilson 2001 : 115)
turut menyatakan bahawa korpus merupakan sumber kajian terpenting dalam bidang
pragmatik kerana bidang ini bergantung kepada aspek konteks dan jika sampel yang
digunakan hanya sebahagian kecil daripada korpus, maka ia tidak akan menggambarkan
konteks sosial dan konteks teks yang sebenar.

Dalam pada itu, korpus membolehkan satu pendekatan yang bersifat objektif
dilakukan dalam kajian semantik, dengan mengambil kira ketaktentuan dan
ketaksejajaran. Mindt (1991 dalam Hasmidar, 2006) telah menunjukkan bagaimana
korpus boleh digunakan untuk menyediakan kriteria yang objektif dalam menentukan
makna pada istilah linguistik. Beliau telah mengetengahkan persoalan
tentang ’bagaimana makna istilah kerap kali dihuraikan dengan merujuk intuisi ahli
72
bahasa itu sendiri iaitu, pendekatan yang paling rasional sedangkan perbezaan semantik
yang tergabung dalam teks dengan konteks yang khusus – sintaksis, morfologi dan
prosodi, dan dengan mengambil kira persekitaran entiti linguistik, satu penanda objektif
yang empiris bagi perbezaan semantik yang tertentu boleh diperhatikan dan diperjelas.

Dalam penyelidikan ini khususnya, data korpus merupakan sumber data yang
amat sesuai memandangkan korpus ini dapat menyajikan sumber data yang banyak serta
dapat dijana dengan pantas dan mudah. Ini selaras dengan analisis kajian yang perlu
kepada kekerapan penggunaan imbuhan awalan kata nama peN- yang dapat
menunjukkan kepada kita tentang hal dwifungsi dan pelbagai fungsi makna yang
digunakan dalam konteks yang berbeza-beza. Oleh itu, dengan hujah-hujah yang
diberikan, wajarlah bahawa penggunaan data korpus dalam penyelidikan ini mampu
untuk memberi satu dapatan yang boleh dipertanggungjawabkan.

3.7 CONTOH ANALISIS

Dalam bahagian ini, data yang telah dikenal pasti bersifat dwifungsi atau pelbagai fungsi
akan diperturunkan bagi menilai tahap analisis. Bahagian ini juga akan memaparkan
bagaimana data dwifungsi atau pelbagai fungsi ini akan dianalisis. Ia akan dijelaskan
atau dianalisis secara ringkas sebelum kita melihat kepada analisis yang sebenar dan lebih
terperinci di dalam bab 4. Apa yang cuba diutarakan dalam bahagian ini data yang
hendak dianalisis akan melalui dua peringkat atau dua tahap analisis. Peringkat pertama
adalah analisis deskriptif dan peringkat kedua adalah penerapan Teori Relevans.

3.7.1 Contoh Analisis Tahap 1 : Deskriptif

Pada peringkat ini, data-data yang dikenal pasti bersifat dwifungsi atau pelbagai fungsi
akan dipaparkan dalam bentuk jadual. Ia bertujuan untuk menunjukkan secara kasar
tentang sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi ini yang dilihat dari kaca mata pragmatik.
Pemaparan data akan mengikut alomorf masing-masing. Selain itu juga, ia juga akan
73
melibatkan pemaparan data secara tunggal tetapi perlu dijelaskan bahawa walaupun
pemaparan data secara tunggal, sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi ini dikenal pasti
berdasarkan pertimbangan pragmatik yakni dengan melihat kepada ayat-ayat yang
terpelihara wacananya. Lihat contoh penuai dan penyelam seperti berikut:

Jadual 3.6 : Contoh data yang menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf
pen-

Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran


Alomorf pen-

Penuai / / - - - -

Dalam contoh data di atas, kata dasar tuai yang diimbuhkan dengan awalan peN-
memperlihatkan sifat dwifungsi iaitu dengan merujuk kepada dua fungsi makna yang
berbeza. Fungsi makna tersebut adalah manusia dan alat/benda.

Jadual 3.7 : Contoh data yang menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf
peny-
Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran
Alomorf
peny-
Penyelam / / - - - -

Bagi contoh data penyelam pula, dilihat bahawa apabila kata dasar selam
diimbuhkan dengan awalan peN-, sifat dwifungsi telah ditemui melalui data korpus yang
diteliti. Di sini rujukan bagi penyelam adalah manusia dan alat/benda.

Bagi kedua-dua contoh tersebut yakni penuai dan penyelam, sifat dwifungsi yang
dinyatakan seperti di atas diambil berdasarkan penelitian kepada data korpus yang
terpelihara wacananya. Dengan kata lain, sifat dwifungsi ini dinyatakan dengan
74
mengambil kira peranan pragmatik. Walaupun begitu, data-data yang lengkap akan
dipaparkan dalam contoh analisis tahap 2.

Dalam pada itu juga, data-data yang telah dikenal pasti ini akan dinilai dengan
pemerian yang dilakukan oleh para penahu mengenai fungsi makna yang diberikan.
Dengan kata lain, akan dilakukan perbandingan dari segi pemerian yakni pemerian
berdasarkan intuisi (pemerian penahu) dan pemerian berdasarkan data korpus. Misalnya
bagi contoh penuai. Walaupun di dalam buku nahu tidak menyatakan atau memberikan
contoh penuai ini, tetapi berdasarkan huraian mereka, kebanyakannya tidak menyentuh
aspek dwifungsi ini dengan lebih terperinci. Asmah (1993) hanya sekadar menyatakan
makna gabungan seperti gabungan makna antara pelaku dan alat (contoh yang diberikan
seperti penggali yang bermaksud orang yang menggali dan alat yang digunakan intuk
menggali) tetapi penjelasan yang lebih teoritis tidak dinyatakan. Sehubungan itu, makna
gabungan yang diberikan itu juga adalah pemerian berdasarkan intuisi. Jadi, dengan
pemerian berdasarkan intuisi, sukar bagi mereka untuk melihat fenomena yang sebenar
tentang “kelakuan” awalan peN- ini yang memperlihatkan keadaan yang berbeza dengan
huraian penahu. Oleh itu, dengan berbekalkan teori pilihan yang mantap, “kelakuan”
imbuhan awalan peN- ini akan dijelaskan dengan lebih teoritis supaya dapatannya akan
dapat merungkai segala kekusutan yang timbul sekaligus menghasilkan satu kajian yang
boleh dipertanggungjawabkan.

3.7.2 Contoh Analisis Tahap 2 : Penerapan Teori Relevans

Dalam bahagian analisis tahap 2, teori relevans akan diterapkan bagi menjelaskan
fenomena yang berlaku dengan lebih teoritis. Oleh kerana bahagian ini hanya
membincangkan dua contoh sahaja iaitu yang melibatkan alomorf pen- dan alomorf
peny-, jadi bentuk analisis hanya berkisar kepada dua contoh terbabit.

Melihat kepada dua contoh tersebut, data yang telah dikenal pasti bersifat
dwifungsi seperti di atas akan dianalisis mengikut pola yang telah ditentukan. Terdapat
75
dua pola yang telah pengkaji kenal pasti berdasarkan dua contoh data tersebut iaitu
seperti :

a. Pola 1 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur [+nyawa],[-atribut],[+/-keterangan]


= Manusia
b. Pola 2 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur [-nyawa],[+/-atribut],[+/-keterangan]
= Alat/benda

Kedua-dua pola ini akan dijelaskan berdasarkan contoh data yang diberikan.

3.7.2.1 Pola 1 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur [+nyawa],[-atribut],[+/-keterangan]

Berdasarkan pola ini, proses pengimbuhan yang berlaku dengan kata dasar dengan
mendokong fungsi makna manusia, kata tersebut akan mempunyai fitur seperti [+nyawa]
dan [-atribut]. Fitur [+nyawa] ini diberikan adalah untuk menyatakan yang sesuatu itu
adalah bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuhan dan juga ia bertujuan untuk
membezakannya dengan fungsi makna alat/benda dan abstrak yang merupakan sesuatu
yang tidak bernyawa. Bagi fitur [-atribut] pula, fitur ini diberikan kerana bagi
menginterpretasikan fungsi makna manusia, leksikal yang bersifat atribut ini tidak
diperlukan kerana tanpa leksikal yang bersifat atribut, fungsi makna yang dihajati yakni
manusia dapat ditafsir kerana penginterpretasiannya tidak memerlukan sebarang atribut
yang dinyatakan di posisi sebelum mahupun selepas kata yang menerima imbuhan itu.
Jika terdapat leksikal yang berada di posisi terbabit, leksikal tersebut hanya bersifat
keterangan.

a. Alomorf pe-
Penuai
Setelah bekas padi (yakni sebuah bakul atau raga yang besar, takin) diisi oleh
setiap orang dalam barisan ***penuai*** padi, orang yang terakhir di sebelah
kanan, yakni ibu (istilah untuk ketua barisan ***penuai***’), harus kembali ke
76
tempat penuaian di huma, menghadap ke arah matahari terbenam sambil
membelakangi jerami dan meyimpul setangkai jerami dengan tangan sebelah serta
melafazkan.

Merujuk kepada data di atas, fungsi makna yang didokong oleh penuai adalah
manusia. Dengan itu fitur seperti [+nyawa] dan [-atribut] diberikan dalam membentuk
fungsi makna tersebut. Oleh kerana fungsi makna bagi awalan peN- ini adalah manusia
yang merupakan sesuatu yang bernyawa, maka fitur [+nyawa] diberikan. Bagi fitur [-
atribut] pula, bagi menginterpretasikannya sebagai fungsi makna manusia, sesuatu ciri
tidak perlu dinyatakan kerana tanpa atribut atau ciri, fungsi makna manusia dapat
diinterpretasikan dengan sempurna. Melihat kepada frasa “...***penuai*** padi...”,
leksikal padi yang hadir selepas kata penuai merupakan leksikal yang bukan bersifat
atribut. Ini kerana kehadirannya tidak menghasilkan bentuk proposisi lain. Leksikal padi
ini dilabel sebagai keterangan atau mempunyai fitur [+keterangan]. Leksikal bersifat
keterangan yang hadir ini adalah bersifat opsyenal. Bermaksud bahawa leksikal ini boleh
hadir dan boleh tidak, serta kehadirannya selepas kata penuai hanya menyatakan sifat
khusus atau spesifik tentang apa yang dituai dan tidak mengimplikasikan sebarang bentuk
proposisi lain.

Semasa ujaran ini diproses, yang perlu difahami oleh pendengar ialah konsep
penuai. Berdasarkan maklumat yang tersimpan di dalam ensiklopedia seseorang individu
terutamanya maklumat konsep yakni bentuk logik bagi penuai, iaitu orang atau manusia
yang menjalankan kerja-kerja menuai, penginterpretasian melalui bentuk logik telah
menghasilkan kesan kognitif yang tinggi sekaligus usaha memproses maklumat dapat
dijimatkan. Selain itu, leksikal-leksikal yang menjadi premis tambahan seperti setiap
orang dan ibu serta klausa “…menyimpul setangkai jerami dengan tangan..” telah
mengukuhkan lagi andaian awal bahawa penuai itu adalah manusia. Daripada premis
tambahan tersebut, konteks ujaran itu telah memberi input kepada kita bahawa ujaran itu
sebenarnya melibatkan manusia dan di sini pengukuhan maklumat yang berlaku
membolehkan kesan kognitif terhasil dengan cukup tinggi dengan kos memproses yang
77
rendah sekaligus menjadikan ujaran itu mempunyai relevan yang optimum. Selain itu,
leksikal padi yang bersifat keterangan itu turut bertindak sebagai premis tambahan
semasa ujaran itu diproses kerana pernyataan keterangan ini membantu dalam
mengayakan lagi maklumat dengan menyatakan sifat khusus kepada leksikal yang
menerima awalam peN- yakni penuai. Oleh itu, ketidakhadiran leksikal yang bersifat
keterangan ini sememangnya membolehkan ujaran itu dapat diinterpretasikan dengan
sempurna kerana semasa ujaran ini diproses, pendengar hanya menginterpretasikan
penuai sebagai bentuk logik sahaja dan leksikal-leksikal yang bertindak sebagai premis
tambahan telah membantu dalam mengukuhkan lagi andaian awal manusia. Walaupun
begitu, semasa ujaran atau ayat itu diujarkan, penutur sebenarnya telah bermatlamatkan
relevan yang optimum manakala bagi pihak pendengar pula, seseorang pendengar itu
akan mengandaikan bahawa penutur akan cuba memberi klu yang jelas bagi
membangkitkan kesan kognitif yang mencukupi dalam proses penginterpretasian dengan
kos memproses seminimum mungkin. Dan dengan itu pendengar dapat
menginterpretasikan imbuhan itu mempunyai fungsi makna manusia tanpa sebarang
masalah.

b. Alomorf peny-
Penyelam
Kerajaan Terengganu bercadang mengenakan peraturan terhadap pengusaha
perkhidmatan bot laju dan pengguna jet ski di kawasan pantai, pulau, sungai dan
Tasik Kenyir di negeri ini tidak lama lagi bagi mengelakkan kemalangan terutama
kepada ***penyelam***.

Melihat kepada contoh data penyelam, penutur yang bermatlamatkan relevan yang
optimum sebenarnya telah menghasilkan ujaran itu jelas dan terang. Di sini, pendengar
hanya perlu memahami konsep penyelam. Di sini, sesuatu konsep itu sememangnya
terdiri daripada tiga jenis maklumat yang tersimpan di dalam memori seseorang. Tiga
jenis maklumat tersebut adalah kandungan atau logik, pengetahuan am atau eksiklopedia

78
dan ciri-ciri leksikal19. Semasa ujaran itu diproses, pendengar hanya menginterpretasikan
penyelam sebagai bentuk logik sahaja. Konsep penyelam yang perlu difahami pendengar
melalui kandungan logik adalah orang atau manusia yang melakukan aktiviti menyelam.
Walaupun ujaran itu diproses dalam bentuk logik sahaja, penginterpretasiannya telah
menghasilkan kesan kognitif yang tinggi sekaligus usaha memproses dapat dijimatkan.
Ini sejajar dengan Prinsip Komunikatif Relevans bahawa setiap ujaran yang
dikomunikasikan mestilah “carries with it a presumption of a certain appreciable level of
relevance, that is, of cognitive effects for minimal processing effort” (Cartson, 1998).
Ertinya mestilah seboleh mungkin menjadikan ujarannya jelas dan terang agar ujaran
tersebut berbaloi diproses dengan kos memproses yang rendah dan menjadi relevans yang
optimum pada pendengar. Jadi, dengan berbekalkan konteks yang jelas dan terang,
pendengar tidak mempunyai masalah dalam menginterpretasikan imbuhan awalan peN-
mendokong fungsi makna manusia.

3.7.2.2 Pola 2 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur [-nyawa], [+/-atribut],


[+/-keterangan]

Berdasarkan pola ini, fitur [-nyawa] dan [+/- atrribut] diberikan bagi imbuhan yang
mengimplikasikan fungsi makna alat/benda. Oleh kerana fungsi makna yang
diimplikasikan ini adalah alat/benda, maka fitur [-nyawa] diberikan manakala bagi fitur
[+/-atribut] pula ia bermaksud bahawa bagi mengimplikasikan fungsi makna alat/benda,
sesuatu leksikal yang bersifat atribut perlu hadir di posisi sebelum mahupun selepas kata
yang menerima imbuhan dan jika leksikal atribut tidak hadir pula, kebiasaanya kata yang
menerima imbuhan itu akan merujuk kepada anteseden yang hadir sebelum atau
selepasnya dan anteseden tersebut kebiasaannya adalah sejenis alat/benda. Rujukan
kepada anteseden ini akan melibatkan peranan rangka rujuk silang dalam penganalisian.
Pernyataan leksikal yang bersifat atribut akan menghasilkan konsep yang bersifat
sementara iaitu konsep ad hoc melalui penyempitan makna konsep sekaligus menjadikan
fungsi makna tersebut bersifat khusus.
19
Lihat Cartson (2002).
79
a. Alomorf pe-
Penuai
Ketika dilakukan penuaian, sekali lagi Saerah dan rakan sejenisnya berdiri di
kanan kiri bahagian belakang jentera ***penuai*** untuk memilih dan
mengasingkan gred kentang yang akan dimasukkan terus ke dalam karung yang
sudah sedia menanti di sampingnya.

Daripada data di atas, jelas bahawa fungsi makna yang diimplikasikan oleh
awalan peN- tersebut adalah alat/benda. Kehadiran atribut jentera di posisi sebelum kata
penuai telah membolehkan kesan kognitif dibina cukup tinggi. Di sini, pendengar perlu
mempunyai maklumat tentang konsep kedua-dua leksikal terbabit. Kedua-dua leksikal
itu mempunyai konsep yang berbeza antara satu sama lain terutamanya yang melibatkan
maklumat kandungan logik. Misalnya bentuk logik bagi jentera adalah alat/benda yang
berenjin manakala penuai pula adalah orang atau manusia yang melakukan kerja-kerja
menuai. Jadi, semasa pendengar memproses ujaran itu, pendengar akan menggabungkan
maklumat yang dinyatakan melalui konsep atribut dengan konsep kata yang menerima
imbuhan terbabit bagi menghasilkan kesan kognitif yang tinggi. Oleh kerana leksikal
yang bersifat atribut dan kata yang menerima imbuhan itu mempunyai konsep yang
berbeza antara satu sama lain, maka dengan penggabungan kedua-dua leksikal itu yang
membentuk frasa, maka konsep yang bersifat ad hoc telah dihasilkan bagi
menginterpretasikan ujaran itu seperti yang dihajati oleh penutur. Pembinaan konsep
yang bersifat sementara ini terhasil apabila berlakunya penyempitan makna kedua-dua
konsep terbabit sekaligus menghasilkan kesan kognitif yang tinggi dan usaha memproses
yang rendah. Penyempitan makna konsep telah membolehkan ujaran itu diinterpretasikan
sebagai mempunyai fungsi makna alat/benda seterusnya menjadikan ujaran itu cukup
relevan dan berbaloi untuk diinterpretasikan.

80
b. Alomorf peny-
Penyelam
Turut dirampas ialah 21 botol yang siap diisi dengan baja ammonium nitrat yang
digunakan sebagai bahan utama untuk mengebom ikan, dua setengah kampit baja
ammonium nitrat, empat cermin ***penyelam*** serta dua gulung sumbu.

Berdasarkan data penyelam, fungsi makna yang diimplikasikan oleh awalan peN-
ini ialah alat/benda. Melihat kepada ujaran atau ayat di atas, dapat diperhatikan bahawa
terdapatnya leksikal yang bersifat atribut yang hadir di posisi sebelum kata penyelam.
Leksikal yang bersifat atribut itu adalah cermin. Kehadiran atribut cermin bersama-sama
dengan penyelam yang membentuk frasa adalah perlu kerana jika pernyataan atribut itu
tidak diberi, bentuk prosisi yang dihajati tidak akan dapat diinterpretasikan. Misalnya
penginterpretasikan kedua-dua leksikal itu secara berasingan. Pentafsiran secara
berasingan akan menghasilkan dua interpretasi yang berbeza tetapi jika
penginterpretasian dilakukan bersama sebagai mana dalam bentuk frasa “...cermin
***penyelam***...”, bentuk proposisi yang dihajati akan dapat diinterpretasikan iaitu
“cermin yang digunakan oleh penyelam”. Semasa ujaran ini diproses, pendengar telah
mengandaikan bahawa penutur akan memberi maklumat konteks yang secukupnya dan
berbaloi untuk diproses. Dan ini jelas melalui pernyataan atribut tersebut. Di sini,
pendengar akan menggabungkan dua makna konsep yang berbeza, iaitu konsep cermin
dan konsep penyelam melalui proses penyempitan makna konsep. Penyempitan makna
konsep ini akan menghasilkan satu konsep yang bersifat ad hoc sekaligus membolehkan
kesan kognitif dibina dengan sempurna. Dan bukan itu sahaja, penyempitan makna
konsep ini turut menghasilkan konsep yang lebih khusus dan spesifik sifatnya. Kesan
kognitif yang tinggi akan menjadikan usaha memproses dapat diminimumkan seterusnya
fungsi makna alat/benda dapat diinterpretasikan seperti yang dihajati

81
3.8 KESIMPULAN

Setiap kajian mesti mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang akan digunakan bagi
memastikan kajian tersebut berada di landasan yang betul. Pemilihan metodologi yang
betul akan dapat menghasilkan satu kajian yang lebih sistematik dan teratur. Dengan
mengemukakan teori pilihan yakni Teori Relevans yang akan digunakan sebagai
jambatan untuk menganalisis data serta di sokong oleh data-data yang lebih autentik,
sahih dan empiris, diharapkan kajian ini akan dapat menghasilkan satu kajian yang
berpada dan boleh dipertanggungjawabkan. Kebolehtanggungjawaban ini bukan sahaja
bergantung kepada bentuk atau cara menganalisis tetapi juga kepada bagaimana kajian
tersebut dijalankan melalui metodologi yang diutatakan. Oleh itu, amat penting bagi
seorang pengkaji untuk memilih metodologinya sendiri asalkan kajian yang dilakukan itu
dapat menghasilkan satu kajian yang baik dan sempurna.

82
BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, data-data yang telah dikenal pasti akan dianalisis dengan menggunakan
kerangka teori relevans dan juga rangka rujuk silang. Data-data yang telah dijana dan
dilakukan penyisihan diharapkan dapat menjelaskan fenomena dwifungsi dan
kepelbagaian fungsi makna bagi imbuhan awalan kata nama peN-. Seperti yang telah
dinyatakan di dalam bab sebelumnya, alomorf-alomorf pe-, pen-, pem, peny-, dan peng-
yang dikenal pasti sebagai dwifungsi dan pelbagai fungsi akan dianalisis. Namun begitu,
alomorf penge- iaitu bentuk yang keenam tidak dianalisis dalam kajian ini. Ini kerana
hasil penelitian terhadap data korpus DBP-UKM, alomorf ini tidak memperlihatkan
sebarang lompang, dan ia mematuhi sebagai mana yang dinyatakan oleh penahu tentang
maknanya iaitu orang/pelaku, dan juga tidak menunjukkan kepelbagaian fungsi maknanya.
Oleh itu, ia dianggap sebagai tidak bermasalah dari segi makna. Kesimpulannya, hanya
lima alomorf sahaja yang akan dijadikan bahan analisis dan setiap alomorf akan diwakili
oleh lima contoh perkataan. Lima contoh bagi setiap alomorf sudah mencukupi bagi
menyelesaikan masalah makna dalam imbuhan ini.

Selain itu, dari segi tahap analisis, data-data akan dianalisis secara berperingkat
iaitu analisis tahap pertama (deskriptif) dan analisis tahap kedua (explanatory). Kedua-
dua peringkat analisis ini mempunyai perbezaan-perbezaan tertentu dari segi cara
penelitian. Setelah kedua-dua peringkat analisis ini dilaksanakan barulah pengkategorian
83
fungsi makna baru akan diutarakan di akhir bab ini. Pengkategorian fungsi makna dibuat
berdasarkan analisis yang dilakukan.

4.2 ANALISIS TAHAP 1 : DESKRIPTIF

Dalam bahagian ini, data-data yang telah dikenal pasti yang bersifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi akan diketengahkan bagi menunjukkan perbezaan antara fungsi makna
yang diberikan oleh penahu dengan fungsi makna yang ditemui di dalam data korpus.
Fungsi makna yang bersifat dwifungsi dan pelbagai fungsi ini dikenal pasti berdasarkan
konteks dan situasi penggunaannya atau boleh dikatakan sebagai “fungsi makna
pragmatik”. “Fungsi makna pragmatik” ini merujuk kepada penanda semantik bagi
imbuhan ini yang diinterpretasikan dengan mengambil kira faktor-faktor bukan linguistik
seperti konteks dan situasi penggunaan. Dalam bahagian ini juga, pemaparan data hanya
melibatkan leksikal tunggal yakni kata dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan terbabit.
Walaupun pemaparan datanya hanya secara tunggal tetapi ia telah dikenal pasti bersifat
dwifungsi dan pelbagai fungsi melalui ujaran-ujaran yang terpelihara wacananya atau dari
konteks penggunaan yang sebenar. Data-data lengkap yang terpelihara wacananya akan
dipaparkan dalam analisis peringkat kedua. Berikut merupakan data-data yakni kata
dasar yang menerima imbuhan yang telah dikenal pasti bersifat dwifungsi dan pelbagai
fungsi mengikut alomorf :

4.2.1 Alomorf pe-

Lihat jadual berikut :

84
Jadual 4.1 : Menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf pe-.
Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran20
Alomorf
pe-
Pemakan / /
Pelindung / / / / /
Perosak / / /
Perancang / /
Pemusnah / /

Daripada jadual 4.1 di atas, dapat dilihat bahawa daripada kelima-lima data tersebut,
menunjukkan bahawa sesuatu perkataan atau kata dasar yang diimbuhkan dengan
imbuhan peN- akan menghasilkan lebih daripada satu fungsi makna. Namun begitu,
kepelbagaian fungsi makna ini hanya dapat ditanggapi melalui konteks penggunaannya
yang melibatkan ujaran-ujaran yang terpelihara wacananya. Daripada data tersebut,
leksikal pemakan boleh menghasilkan dua rujukan yang berbeza yakni rujukan manusia
dan haiwan. Pelindung mempunyai lima rujukan yang berbeza iaitu manusia, alat/benda,
abstrak, haiwan dan tumbuhan. Bagi data perosak pula, rujukannya adalah sebanyak tiga
rujukan iaitu manusia, alat/benda dan haiwan manakala bagi data perancang, rujukannya
adalah manusia dan alat/benda sahaja. Bagi data yang terakhir, pemusnah mempunyai
dua rujukan yang berbeza iaitu rujukan bagi manusia dan alat/benda. Daripada jadual itu
juga, dapat dilihat bahawa hanya satu rujukan atau satu fungsi makna sahaja yang dirujuk
oleh kelima-lima contoh data di atas iaitu fungsi makna manusia.

20
Untuk fungsi makna ukuran ini, kebanyakan data yang dinyatakan sebagai contoh di dalam buku nahu
misalnya pemanah dan pemeluk tidak lagi merujuk kepada ukuran. Data-data terkini memperlihatkan
rujukan yang berbeza dari segi fungsi maknanya. Didapati kata seperti pemanah dan pemeluk ini,
rujukannya bukan lagi ukuran tetapi orang atau manusia.
85
4.2.2 Alomorf pen-

Lihat jadual berikut :

Jadual 4.2 : Menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf pen-


Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran
Alomorf pen-
Penerima / /
Pencuci / /
Penutup21 / / / /
Penawar / / /
Pencetak / /

Dalam jadual 4.2, dapat dilihat bahawa setiap data menunjukkan yang sesuatu kata dasar
yang menerima imbuhan peN- atau dengan lebih khusus adalah alomorf pen- telah
memperlihatkan fungsi makna yang didokong olehnya adalah bersifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi. Terdapat tiga perkataan daripada jadual tersebut menunjukkan ia bersifat
dwifungsi iaitu penerima, pencuci dan pencetak. Ketiga-tiganya merujuk kepada fungsi
makna manusia dan alat/benda. Selain itu, bagi data penutup, dengan mengambil kira
konteks penggunaan, kepelbagaian fungsi maknanya ditemui. Sebanyak empat fungsi
makna yang dirujuknya iaitu alat/benda, abstrak, tumbuhan dan ukuran. Dalam pada itu
juga, data penawar menunjukkan bahawa ia turut bersifat kepelbagaian fungsi. Ini
kerana sebanyak tiga fungsi makna yang menjadi rujukannya iaitu manusia, alat/benda
dan abstrak.

21
Bagi data penutup yang merujuk kepada fungsi makna ukuran, fungsi makna ini tidak akan dianalisis.
Ini kerana daripada data korpus yang diteliti, fungsi makna ini tidak produktif dan pengkaji hanya menemui
satu data sahaja iaitu penutup. Namun begitu, jika jumlah atau saiz data korpus yang diteliti itu lebih
besar, ada kemungkinan fungsi makna ukuran ini dapat ditemui dengan lebih banyak sekaligus
penganalisian dapat dilakukan.
86
4.2.3 Alomorf pem-

Lihat jadual berikut :

Jadual 4.3 : Menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf pem-


Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran
Alomorf
pem-
Pembuka / / /
Pembesar / /
Pembunuh / / / /
Pemandu / / / /
Pemotong / /

Merujuk kepada jadual di atas, apa yang dapat diperhatikan ialah daripada kelima-lima
contoh data tersebut terdapat dua contoh data yang yang dikatakan bersifat dwifungsi
yakni pembesar dan pemotong. Kedua-dua data ini masing-masing merujuk kepada
manusia dan alat/benda. Kedua-dua rujukan ini berbeza mengikut konteks
penggunaannya. Selain dari itu, tiga lagi contoh data adalah bersifat kepelbagaian fungsi
makna. Bagi data pembunuh dan pemandu masing-masing mempunyai empat rujukan
yang berbeza iaitu manusia, alat/benda, abstrak dan juga haiwan manakala bagi contoh
data pembuka pula, terdapat tiga rujukan fungsi makna yang berbeza iaitu manusia,
alat/benda dan abstrak.

4.2.4 Alomorf peng-

Lihat jadual berikut :

87
Jadual 4.4 : Menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf peng-
Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran
Alomorf
peng-
Penggerak / / /
Pengesan / / /
Penghalang / / /
Penghubung / / /
Pengganti / / /

Dalam jadual 4.5 di atas, dapat dilihat bahawa daripada contoh data yang diberikan,
kelima-lima data tersebut memperlihatkan kepelbagaian fungsi makna apabila proses
pengimbuhan berlaku. Kepelbagaian fungsi makna ini hanya dapat diinterpretasikan
dengan mengambil kira peranan pragmatik. Jadi, pemaparan data tersebut menunjukkan
bahawa kata dasar yang menerima imbuhan peN- seperti penggerak, penghalang,
penghubung, dan pengganti mempunyai tiga rujukan fungsi makna yang berbeza.
Antara rujukannya adalah seperti manusia, alat/benda dan abstrak. Bagi perkataan
pengesan pula, seperti yang dapat dilihat dalam jadual di atas, ia juga merujuk kepada
tiga fungsi makna yang berbeza iaitu manusia, alat/benda dan haiwan.

4.2.5 Alomorf peny-

Lihat jadual berikut :

88
Jadual 4.5 : Menunjukkan kepelbagaian fungsi makna bagi alomorf peny-
Makna Manusia Alat/benda Abstrak Haiwan Tumbuhan Ukuran
Alomorf
peny-
Penyambung / /
Penyerang / /
Penyunting / /
Penyebab / / /
Penyebar / / /

Melalui pemaparan jadual di atas, proses pengimbuhan yang berlaku antara kata dasar
dan imbuhan awalan peN- menunjukkan bahawa terdapat tiga daripada lima data tersebut
adalah bersifat dwifungsi. Data seperti penyambung, penyerang dan penyunting
masing-masing merujuk kepada fungsi makna manusia dan alat/benda manakala bagi dua
contoh data lagi iaitu penyebab dan penyebar mempunyai tiga rujukan fungsi makna
iaitu manusia, alat/benda dan juga abstrak.

4.2.6 Penilaian Analisis

Daripada jadual-jadual di atas, penelitian terhadap data korpus telah menunjukkan


bahawa sesuatu kata dasar yang diimbuhkan dengan awalan kata nama peN- telah
menghasilkan berbagai-bagai rujukan fungsi makna. Walaupun pada tahap ini pemaparan
data lengkap tidak dilakukan, tetapi kata terbitan hasil daripada proses morfologi yang
berlaku yang bersifat dwifungsi dan kepelbagaian fungsi seperti ditunjukkan di atas
adalah berdasarkan pertimbangan pragmatik. Pada tahap analisis ini, gambaran yang
cuba diberikan adalah untuk menunjukkan bahawa sesuatu perkataan yang menerima
imbuhan peN- sememangnya mempunyai interpretasi yang lebih luas daripada apa yang
telah diberikan oleh para penahu tentang penanda semantiknya. Oleh kerana interpretasi
dan analisis yang dilakukan oleh para penahu adalah berdasarkan data secara tunggal

89
yang ditafsir berdasarkan intuisi, “fungsi makna pragmatik” tidak dapat dicungkil dan
penginterpretasiannya tidak begitu mendalam seperti yang tergambar dalam jadual-jadual
di atas. Ini boleh dikaitkan dengan apa yang dinyatakan oleh Azhar M. Simin bahawa
penggunaaan data secara tunggal atau serpihan (intuisi penulis sendiri) gagal
menggambarkan pemikiran penutur bahasa dengan tepat (dlm Nor Hashimah, 2003 : 6).

Di dalam buku nahu seperti yang ditulis oleh Asmah (1993), Abdullah Hassan &
Liaw Yock Fang (1994) dan sebagainya, mereka ada menyebut tentang gabungan makna
yang boleh didokong oleh sesuatu kata dasar yang menerima imbuhan ini. Contohnya
Asmah Hj Omar (1993) memberi contoh penapis yang bermaksud alat untuk menapis
dan orang yang menapis. Asmah (1993) sekadar menyatakan secara ringkas tentang
penggabungan fungsi makna tanpa penjelasan yang lebih terperinci, serta tafsiran yang
dilakukannya juga adalah berdasarkan intuisi sendiri dengan menggunakan ayat tunggal
tanpa konteks. Oleh kerana itu, fungsi makna imbuhan yang bersifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi sukar untuk diterjemahkan dengan hanya tafsiran berdasarkan intuisi.
Selain itu, contoh-contoh yang diberikan juga merupakan contoh-contoh yang mudah
untuk diberikan fungsi maknanya seperti pelari, penulis, pembaca iaitu orang yang
melakukan sesuatu (kajian ini penulis menggunakan manusia). Namun, para penahu
tidak pula memberikan contoh seperti penyebab, pelindung, penghubung dan
sebagainya dalam memeri fungsi makna imbuhan tersebut. Ini kerana leksikal-leksikal
ini sukar untuk diinterpretasikan melainkan penginterpretasiannya melibatkan peranan
pragmatik serta data-data yang terpelihara wacananya. Misalnya penyebab yang
bermaksud sesuatu yang menyebabkan. Apa itu sesuatu yang menyebabkan? Adakah
yang menyebabkan itu adalah manusia, alat atau haiwan? Jika contoh data yang bersifat
tunggal ini diberikan dalam buku nahu tanpa sebarang ujaran berkonteks, kesukaran
untuk mentafsir kata ini dapat dilihat kerana ia kabur melainkan ia diinterpretasikan
dengan mengutarakan contoh-contoh ayat yang wacananya terpelihara seperti :

i. “…kepada pihak luar dengan mendakwa mereka sebagai ***penyebab***


berlakunya krisis…” – Fungsi makna manusia
90
ii. “... penyakit darah tinggi merupakan ***penyebab*** utama…” – Fungsi
makna abstrak

Daripada dua contoh data di atas, contoh pertama merujuk kepada manusia kerana
melalui rangka rujuk silang, yang dirujuk oleh penyebab adalah mereka yakni kata ganti
nama ketiga yang biasanya digunakan untuk manusia manakala bagi contoh dua pula
fungsi maknanya adalah abstrak kerana yang dirujuknya ialah penyakit darah tinggi yang
bersifat abstrak atau tidak dapat ditanggapi dengan pancaindera. Tanpa ilmu pragmatik
dan data-data yang terpelihara wacananya, bagaimana kita hendak menginterpretasikan
leksikal penyebab sebagai mendokong sesuatu fungsi makna? Adakah dengan hanya
memaparkan data secara tunggal dan analisis berdasarkan intuisi sahaja, seperti dalam
buku-buku nahu? Dengan timbulnya persoalan ini, ia menunjukkan bahawa apa yang
ditulis penahu tentang fungsi makna imbuhan awalan peN- ini masih banyak ruang yang
perlu diperbaiki. Jadi, kajian ini cuba untuk memulihkan kembali ruang yang masih
boleh diperbaiki.

Selain itu, daripada 25 senarai leksikal yang dinyatakan di dalam jadual-jadual di


atas, hanya terdapat dua sahaja data yang dijadikan contoh di dalam buku nahu yang
ditulis oleh para penahu iaitu penawar dan pembesar dan yang selebihnya tidak ada
dijadikan contoh dalam pemerian mereka.

Dalam pada itu juga, Nik Safiah Karim et. al. (1993) dan Abdullah Hassan (1974)
telah memberikan beberapa contoh yang merujuk kepada fungsi makna abstrak.
Antaranya ialah seperti penyakit, pendapat dan penunjuk. Begitu juga dengan Asmah
Hj. Omar (1993) turut memberi contoh yang sama. Di sini, contoh bagi fungsi makna
abstrak yang diberikan oleh mereka hanyalah tiga contoh. Jadi, timbul persoalan bahawa
adakah fungsi makna abstrak ini hanya melibatkan tiga contoh terbabit sahaja sedangkan
bahasa Melayu sememangnya kaya dengan kosa kata. Oleh kerana pemerian yang
dilakukan oleh mereka adalah berdasarkan intuisi dan bebas konteks, keterbatasan dalam
memberi contoh-contoh yang berkaitan dapat dilihat dengan jelas. Namun begitu, dengan
91
memperluaskan lagi batasan pemerian, fungsi makna abstrak dapat dicungkil keluar dari
keterbatasan dalam memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan fungsi makna terbabit.
Ini dapat dilihat dalam jadual-jadual di atas bahawa daripada 25 contoh leksikal terbabit,
12 contoh leksikal merujuk kepada fungsi makna abstrak. Ini jelas bahawa dengan
menggunakan data korpus serta mengambil kira pertimbangan pragmatik, ia mampu
untuk memecahkan keterbatasan kajian yang selama ini menjadi persoalan bagi pengkaji.

Melalui analisis ini juga, dapat dilihat bahawa pengkaji telah menemui satu fungsi
makna baru iaitu haiwan dan tumbuhan. Pada dasarnya, penulisan tentang fungsi makna
haiwan dan tumbuhan tidak langsung disebut dalam huraian dan analisis yang dilakukan
oleh penahu sebelum ini. Penelitian yang dilakukan terhadap data korpus telah
menemukan kita kepada fungsi makna haiwan dan tumbuhan ini. Sebagai contohnya
lihat dalam jadual 4.1 iaitu rujukan makna yang melibatkan alomorf pe-. Contoh data di
bawah dapat memberi gambaran yang lebih jelas :

i. “...mungkin mengenai burung ***pemakan*** bangkai...” – Fungsi makna


haiwan
ii. “…pokok renek berbunga (RM3.00-RM6.41/polibeg), dan pokok ***penutup***
bumi, tumbuhan jalar…” – Fungsi makna tumbuhan.

Daripada dua contoh data di atas, kata dasar makan dan tutup yang diimbuhkan dengan
imbuhan awalan ini telah menunjukkan bahawa fungsi makna yang dirujuknya bukan
manusia, alat/benda mahupun abstrak tetapi haiwan (dalam (i)) dan tumbuhan (dalam (ii)).
Fungsi makna yang dibawa atau didokong oleh kata yang menerima imbuhan ini dapat
diinterpretasikan dengan memperhitungkan peranan pragmatik dalam penganalisisan
(analisis yang lebih mendalam dapat dilihat dalam analisis tahap 2). Pernyataan atribut
pada kedudukan sebelum kata yang menerima imbuhan yakni burung (contoh i) dan
pokok (contoh ii) telah membolehkan proses penyempitan makna dilakukan semasa
pembinaan konsep ad hoc yang bersifat sementara yang dilakukan oleh pendengar
sekaligus ia telah memberi sifat khusus kepada ujaran terbabit. Dengan hanya
92
menginterpretasikan data secara tunggal serta penganalisisan bebas konteks, fungsi
makna haiwan dan tumbuhan mempunyai kesukaran untuk ditafsirkan maknanya. Ini
kerana dengan melihat data secara bebas konteks, keterbatasan dalam penginterpretasian
dengan ruang yang lebih luas menyebabkan fungsi makna ini sukar dicungkil keluar.
Oleh itu, dengan membuka ruang terhadap skop kajian dengan lebih luas, ia
memungkinkan kita untuk memperoleh dapatan yang lebih berwibawa dan boleh
dipertanggungjawabkan.

4.2.7 Rumusan Analisis Tahap 1

Daripada analisis di atas, menunjukkan kepada kita secara kasar bahawa sesuatu kata
dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan awalan peN- sememangnya bersifat dwifungsi
dan pelbagai fungsi. Walaupun penahu dahulu tidak menjelaskan tentang sifat dwifungsi
dan pelbagai fungsi ini dalam buku mereka tetapi melalui penilaian dan analisis deskriptif
terhadap data korpus telah membuktikan bahawa penelitian ini berupaya untuk
menyingkap apa yang tersirat di sebalik penggunaan bahasa sebenar yang tidak tersurat di
sebalik data tunggal. Oleh itu, untuk analisis yang lebih terperinci iaitu dalam analisis
tahap 2, penggunaan kerangka teori seperti yang dinyatakan akan diaplikasikan supaya
analisis yang lebih teoritis dapat diutarakan bagi menjelaskan fenomena yang berlaku.

4.3 ANALISIS TAHAP 2 : EXPLANATORY – PENERAPAN TEORI


RELEVANS

Dalam bahagian kedua analisis, penggunaan pendekatan semantik dan pragmatik


khususnya Teori Relevans (Sperber & Wilson 1986, 1995) akan digunakan bagi
menjelaskan fenomena yang berlaku. Penerapan rangka rujuk silang (Kempson 1986)
akan dapat membantu dalam membina interpretasi yang lebih sempurna.

Setelah diteliti terhadap data-data tersebut, penulis cuba mengelompokkan kepada


beberapa bahagian mengikut fitur-fitur tertentu iaitu fitur binari [+] dan [-]. Fitur-fitur ini
93
bermaksud bahawa setiap perkataan yang menerima imbuhan diberikan fitur-fitur tertentu
berdasarkan “kelakuannya” dan dalam hal ini fitur terbabit dapat digunakan untuk
mengesan perkataan yang menerima imbuhan peN- yang hendak dibezakan maknanya.
Untuk membezakan makna imbuhan tersebut, penulis telah mengemukakan tiga fitur
penting dalam analisis ini. Fitur tersebut adalah [+/- nyawa], [+/- atribut] dan [+/-
keterangan].

Bagi perkataan yang menerima imbuhan peN- yang membawa fungsi makna
manusia, maka ia akan diberi fitur [+nyawa] dan [-atribut]. Fitur [+nyawa] bermaksud
bahawa rujukan terhadap sesuatu yang bernyawa atau benda hidup manakala jika fiturnya
adalah [-nyawa], maka ia bukan sesuatu benda yang hidup seperti alat. Fitur [+/-nyawa]
ini bertujuan untuk membezakan antara dua fungsi makna iaitu fungsi makna manusia
dan bukan manusia terutamanya alat/benda.

Fitur [+atribut] pula merupakan ciri spesifik yang hadir pada kedudukan sebelum
atau selepas kata yang menerima imbuhan bagi menghasilkan fungsi makna selain dari
fungsi makna manusia manakala [-atribut] pula adalah bagi kata yang tidak memerlukan
sebarang ciri yang spesifik hadir pada kedudukan sebelum atau selepas kata yang
menerima imbuhan. Dengan kata lain, fitur [+/- atribut] juga akan memberi sifat khusus
dan tak khusus kepada leksikal yang menerima imbuhan melalui pembinaan konsep ad
hoc. Pembinaan konsep ad hoc penyempitan akan menghasilkan sifat khusus kepada
sesuatu kata yang menerima imbuhan peN- melalui fitur [+atribut] dan sebaliknya.

Untuk fitur [+/-keterangan], fitur ini diberikan bagi menjelaskan tentang


kehadiran sesuatu leksikal yang bersifat keterangan terutama dalam mengayakan lagi
maklumat konteks dalam sesuatu ujaran. Kehadiran leksikal yang bersifat keterangan
(atau mempunyai fitur [+keterangan]) ini tidak mengimplikasikan sebarang bentuk
proposisi lain melainkan hanya untuk menyatakan sifat khusus bagi kata yang menerima
imbuhan tersebut serta mengayakan maklumat konteks bagi sesuatu ujaran. Walaupun
kedua-dua fitur [+/- atribut] dan fitur [+/-keterangan] memberi sifat khusus dan tak
94
khusus kepada kata yang menerima imbuhan tetapi terdapat satu perbezaan yang perlu
dijelaskan. Perbezaan tersebut adalah antara kedua-dua fitur terbabit, kehadiran leksikal
yang mempunyai fitur [+ atribut] akan mengubah makna harfiah bagi kata yang menerima
imbuhan dengan membina satu konsep yang bersifat ad hoc sedangkan leksikal yang
mempunyai fitur [+keterangan] tidak akan mengubah makna sesuatu kata yang menerima
imbuhan itu.

Jadi, untuk analisis pada tahap ini, penulis telah mengenalpasti empat pola untuk
nilai fitur yang berbeza bagi menghasilkan fungsi makna tertentu bagi imbuhan awalan
peN-. Berikut merupakan pola-pola terbabit :

i. Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [- atribut], [+ nyawa], [+/- keterangan] =
Manusia
ii. Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/- atribut],[- nyawa], [+/- keterangan] =
Alat/benda
iii. Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [ - atribut], [-nyawa], [+/- keterangan] =
Abstrak
iv. Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/- atribut],[+nyawa], [+/- keterangan] =
Haiwan & Tumbuhan

Dengan itu, analisis akan berkisar kepada empat pola terbabit dan setiap satunya akan
dijelaskan dengan terperinci bersama-sama dengan data-data dan teori pilihan yang dapat
mengukuhkan lagi dapatan kajian ini.

4.3.1 Pola 1 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur [– atribut],[+nyawa],[+/-keterangan]

Melihat dalam data korpus, apabila kata dasar diimbuhkan dengan imbuhan awalan peN-
yang membawa fungsi makna manusia, kata yang menerima imbuhan tadi akan
mempunyai fitur [-atribut] dan [+nyawa] tersebut. Dengan berdasarkan jadual-jadual
seperti dalam analisis tahap 1, data-data yang telah dikenal pasti mendokong fungsi
95
makna manusia akan dipaparkan mengikut alomorf masing-masing. Berikut merupakan
data-data yang dikenal pasti mendokong fungsi makna manusia sebagai mana yang dapat
dilihat dalam jadual 4.1 hingga jadual 4.5 di atas:

a. Alomorf pe- pemakan, pelindung, perosak, perancang, pemusnah


b. Alomorf pen- penerima, pencuci, penawar, pencetak
c. Alomorf pem- pembuka, pembesar, pembunuh, pemandu, pemotong
d. Alomorf peng- penggerak, pengesan, penghalang, penghubung,
pengganti
e. Alomorf peny- penyambung, penyerang, penyunting, penyebab,
penyebar

4.3.1.1 Alomorf pe-

Daripada kelima-lima contoh data tersebut, kesemuanya menunjukkan bahawa ia merujuk


kepada fungsi manusia. Berikut merupakan ayat lengkap bagi kelima-lima data terbabit :

a. Pemakan
Penyelidik mendapati bahawa ***pemakan*** sayur-sayuran kurang mengidap
penyakit jantung, barah, tekanan darah tinggi dan diabetes kerana pemakanan
yang mereka ambil tidak mengandungi kandungan lemak yang banyak.
b. Pelindung
Kurniaan panji-panji itu adalah untuk memperingati jasa keberanian dan
keikhlasan pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan ***pelindung*** orang
ramai semasa darurat selama 12 tahun itu.
c. Perosak
Dalam hal ini ada pula yang menganggap si pengkritik sastera dan penteori sastera
sebagai ***perosak*** sastera kerana mereka merosakkan nilai estetik sesebuah
karya dengan menilainya secara intelektual.

96
d. Perancang
Menurut Megat, empat anggota polis yang ditahan itu telah dikenal pasti bertindak
sebagai ***perancang*** utama kegiatan sindiket berkenaan.

e. Pemusnah
Biarpun pada satu ketika Perak cukup selesa mendahului 2-1 untuk membawa
kemenangan sebagai bekalan namun jaringan penyamaan A. Ganeson di minit-
minit terakhir menjadi ***pemusnah***.

Daripada kelima-lima contoh data tersebut, menunjukkan bahawa perkataan yang


menerima imbuhan tersebut merujuk kepada manusia. Penelitian terhadap data telah
membolehkan pengelompokan dilakukan bagi mengenal pasti “kelakuan” imbuhan
awalan terbabit apabila diimbuhkan dengan kata dasar. Dapat diperhatikan bahawa
sesuatu kata dasar yang menerima imbuhan peN- sekaligus merujuk kepada manusia,
fitur seperti [+nyawa] dan [-atribut] akan membentuk ‘kelas fitur’ tertentu. Perbentukan
kelas fitur bermaksud jika imbuhan ini mendokong fungsi makna manusia, maka ia terdiri
daripada nilai fitur seperti yang dinyatakan.

Disebabkan data di atas merujuk kepada manusia, maka fitur [+nyawa] diberikan
sebagai tanda pembeza antara fungsi makna manusia dan bukan manusia seperti alat.
Bagi fitur [-atribut], untuk menghasilkan fungsi makna manusia sesuatu kata yang
menerima imbuhan, ia tidak memerlukan sebarang ciri bagi menunjukkan apa yang
diinterpretasikan itu adalah manusia. Ini kerana walaupun tanpa atribut yang dinyatakan
sebelum atau selepas kata, fungsi makna manusia dapat diinterpretasikan dengan
sempurna. Sebagai contohnya lihat data (a) di atas iaitu pemakan sayur-sayuran. Di
sini, leksikal yang “berkelakuan” seperti sayur-sayuran dilabel sebagai keterangan atau
mempunyai fitur [+keterangan]. Bermaksud bahawa kehadirannya selepas kata yang
menerima imbuhan akan memberi sifat khusus semasa proses penginterpretasian.
Leksikal sayur-sayuran tidak dilabel sebagai atribut kerana kehadiran leksikal ini adalah
bersifat opsyenal dalam frasa tersebut. Yang dikatakan sebagai bersifat opsyenal ialah ia
97
boleh hadir dan ia juga boleh tidak hadir. Bermaksud bahawa kehadiran dan
ketidakhadiran leksikal ini tidak mengimplikasikan sebarang bentuk proposisi lain seperti
yang dihajati oleh penutur kepada pendengarnya. Misalnya yang dimakan oleh pemakan
itu adalah sayur-sayuran. Jika keterangan itu tidak hadir yakni sayur-sayuran,
pendengar berupaya mentafsir pemakan boleh memakan apa sahaja sama ada buah, nasi,
ayam dan sebagainya. Dengan adanya leksikal sayur-sayuran, ia telah mengayakan lagi
maklumat konteks serta memberi sifat khusus terhadap apa yang dimakan walaupun jenis
sayur yang lebih spesifik tidak dinyatakan. Walaupun begitu, pendengar masih dapat
menginterpretasikan pemakan sebagai fungsi makna manusia walaupun keterangan tidak
hadir diposisi terbabit. Ini bermakna pendengar akan mentafsir pemakan hanya pada
makna harfiah di peringkat logik.

Selain itu juga, kehadiran premis tambahan seperti penyakit jantung, barah,
tekanan darah tinggi dan diabetes membantu dalam pembinaan konteks yang nyata.
Melalui rangka rujuk silang, permis-premis tambahan ini dapat dikaitkan dengan manusia
kerana hanya manusia sahaja yang boleh mengidap penyakit seperti penyakit jantung,
barah, tekanan darah tinggi dan diabetes. Dalam ensiklopedia seseorang penutur
bahasa Melayu telah mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan leksikal
terbabit terutamanya maklumat yang dapat mengaitkannya dengan manusia. Penggunaan
leksikal yang jelas dan nyata (manifestasi) memudahkan pendengar untuk mengaitkannya
dengan persekitaran kognitif sekaligus kesan kognitif terbina dengan mudah. Mengikut
teori relevans, semakin banyak kesan kognitif yang dapat dihasilkan maka makin
relevanlah ujaran itu. Oleh itu, fungsi makna manusia dapat ditafsir tanpa memerlukan
usaha memproses yang lebih.

Keadaan yang sama bagi contoh seperti dalam :

b. “…***pelindung*** orang ramai…”


c. “…***perosak*** sastera…”
d. “…***perancang*** utama…”
98
e. “…menjadi ***pemusnah***…”

Dilihat bahawa leksikal yang berada di posisi sebelum dan selepas kata yang menerima
imbuhan seperti orang ramai, sastera, utama, dan menjadi sememangnya tidak dilabel
sebagai atribut kerana kehadiran leksikal ini tidak mengimplikasikan bentuk proposisi
lain semasa proses penginterpretasian. Di sini, leksikal seperti orang ramai, sastera,dan
utama mempunyai fitur [+keterangan] iaitu dengan menyatakan secara khusus terhadap
kata dasar yang menerima imbuhan peN- terbabit tetapi ia berbeza dengan perkataan
menjadi yang mempunyai fitur [-keterangan] kerana ia tidak menunjukkan sebarang sifat
khusus dalam proses penginterpretasian ujaran tersebut. Leksikal yang mempunyai fitur
[+keterangan] telah mengayakan lagi maklumat konteks bagi ujaran di atas. Oleh itu,
kata yang menerima imbuhan itu masih dapat dicari rujukannya iaitu manusia.

Dalam hal ini juga, dengan menggunakan rangka rujuk silang, kata dasar yang
menerima imbuhan terbabit sememangnya dapat dikaitkan dengan leksikal yang berada
di dalam ujaran yang sama dalam membina persekitaran kognitif seperti pelindung dapat
dikaitkan dengan pasukan polis, perosak dapat dikaitkan dengan pengkritik sastera dan
penteori sastera, perancang dapat dikaitkan dengan anggota polis dan pemusnah dapat
dikaitkan dengan A. Ganeson. Secara umumnya, leksikal yang dirujuk oleh kata yang
menerima imbuhan itu merupakan anteseden kepada kata terbabit. Jadi, berdasarkan latar
belakang andaian manusia, leksikal yang bersifat anteseden seperti pasukan polis,
pengkritik dan penteori sastera, anggota polis dan A. Ganesan sudah tercatat dalam
ensiklopedia seseorang individu bahawa bentuk logik bagi kesemua leksikal terbabit
adalah manusia. Dengan hanya penginterpretasian pada peringkat bentuk logik bagi
anteseden tersebut, usaha memproses dapat dijimatkan bagi menghasilkan kesan kognitif
yang sempurna. Ini kerana rangka rujuk silang membenarkan leksikal yang menerima
imbuhan itu dapat dicari rujukannya yang berada di dalam konteks ujaran tersebut. Di
sini, berlaku proses pengukuhan maklumat apabila andaian awal pendengar dapat
dikaitkan dengan maklumat anteseden yang diinterpretasikan sebagai bentuk logik.
Dengan itu, pengukuhan maklumat ini telah membina kesan kognitif yang tinggi. Ini
99
dijelaskan oleh Sperber & Wilson (1986, 1995) bahawa apabila salah satu proses22 yang
terlibat dalam pembentukan kesan kognitif dimanfaatkan, maka kos memproses sesuatu
ujaran dapat dijimatkan kerana pendengar akan berhenti memproses sesuatu ujaran
apabila maksud yang hendak disampaikan dapat diinterpretasikan seperti yang dihajati.
Dengan rujukan yang sesuai, pendengar berjaya mengaitkan kata yang menerima
imbuhan tersebut dengan bentuk logik yang diinterpretastikannya terhadap leksikal yang
dirujuk sekaligus berjaya mentafsir sebagai fungsi makna manusia.

4.3.1.2 Alomorf pen-

Berikut merupakan ayat-ayat yang lengkap bagi empat contoh data yang mempunyai
fungsi makna manusia.

a. Penerima
Anugerah Sri Wirama yang diperkenalkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM)
sejak empat tahun lalu merupakan satu anugerah khas bagi menghargai jasa
karyawan yang telah lama terlibat dalam industri muzik tanah air. Pada tahun ini,
AIM telah memilih dua tokoh seni hiburan tanah air iaitu penyanyi veteran Zain
Azman dan Julie Sudiro sebagai ***penerima*** anugerah tersebut.
b. Pencuci
Mereka bekerja sama ada dengan Majlis Perbandaran Muar sebagai pungut
sampah, tukang kayu, pemotong rumput, ***pencuci*** pasar ataupun sebagai
tukang kebun sekolah ataupun buruh kontrak.
c. Penawar
“Kerja-kerja pembinaan rangkaian itu yang dijangka siap menjelang pertengahan
tahun depan dan perkhidmatan rangkaian tersebut akan dapat digunakan oleh
kalangan ***penawar*** perkhidmatan Internet, telekomunikasi, agensi kerajaan,
perniagaan dan syarikat penyiaraan,'' katanya.

22
Merujuk kepada tiga cara sesuatu maklumat atau andaian itu diproses untuk mencapai kesan kognitif iaitu
penggabungan, pengukuhan serta pertentangan atau pengguguran.
100
d. Pencetak
Mereka menulis, menyunting, mereka bentuk, dan menguruskan kerja-kerja pra-
percetakan, serta akhirnya mencari ***pencetak*** yang agak liat mahu
mencetak buku-buku politik, yang mana isi kandungannya nampak seperti tidak
sealiran dengan arus perdana.

Daripada contoh-contoh data alomorf pen- di atas, kelima-limanya mempunyai fungsi


makna manusia dan ia mempunyai fitur [+nyawa] dan [-atribut]. Dapat dikatakan bahawa
leksikal yang hadir dalam bentuk frasa selepas kata yang menerima imbuhan terbabit
adalah bersifat keterangan dan ia sekaligus mempunyai fitur [+keterangan] dalam
menyatakan sifat khusus serta mengayakan maklumat konteks. Kehadirannya adalah
bersifat opsyenal dan tidak mengimplikasikan bentuk proposisi lain sebagaimana yang
dihajati oleh penutur kepada pendengar. Di sini, pendengar masih berupaya
menginterpretasikan kata dasar yang menerima imbuhan sebagai manusia kerana
pendengar hanya mentafsir makna harfiah di peringkat logik bagi leksikal tersebut.
Misalnya :

a. “...***penerima*** anugerah...”
b. “…***pencuci*** pasar...”
c. “…***penawar*** perkhidmatan internet...”
d. “…***pencetak*** yang agak liat...”

Bagi contoh data (a) dan (b), dengan menggunakan rangka rujuk silang, leksikal
penerima dan pencuci masing-masing dapat dikaitkan dengan leksikal sebelumnya yang
berada di dalam konteks ujaran tersebut semasa menginterpretasikannya sebagai makna
manusia. Penerima dapat dipautkan kepada penyanyi veteran Zain Azman dan Julie
Sudiro manakala pencuci dapat dipautkan kepada mereka (kata ganti nama diri ketiga
yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada manusia). Dengan kata lain, leksikal
yang dirujuk itu merupakan anteseden kepada kata yang menerima imbuhan tersebut.
101
Dengan maklumat yang ada di dalam ensiklopedia seseorang pendengar, ujaran-ujaran
tersebut sekaligus dapat mengaitkan dengan persekitaran kognitifnya dalam membina
konteks semasa penginterpretasian ujaran terbabit. Melalui pemilihan rujukan, pendengar
berjaya menginterpretasikan anteseden-anteseden tersebut merujuk kepada manusia.
Dengan itu, pendengar dapat membuat satu kesimpulan sekaligus dapat
menginterpretasikan penerima dan pencuci merujuk kepada manusia. Ini kerana
penerima dan pencuci itu merujuk kepada anteseden yang diinterpretasikan sebagai
manusia. Kesan kognitif yang tinggi akan menghasilkan relevan yang optimum sekaligus
satu kesimpulan tentang andaian proposisi yang cuba disampaikan dapat dicapai. Proses
penginterpretasian ini didorong oleh prinsip komunikatif relevans yang membenarkan
pendengar mencari suatu interpretasi yang dapat berinteraksi dengan sistem kognitifnya
sebaik mungkin dan tidak menyebabkan pendengar perlu berusaha lebih bagi memproses
ujaran atau ayat tersebut.

Bagi contoh (c) dan (d) pula, premis-premis tambahan yang melatari dalam ujaran
tersebut telah membolehkan kesan kognitif dihasilkan dengan sempurna sekaligus usaha
memproses dapat dijimatkan. Premis-premis tambahan ini bertindak sebagai pengukuhan
andaian awal manusia tentang bentuk proposisi yang dihasilkan oleh pendengar.
Misalnya premis seperti menulis, menyunting, mereka bentuk, dan menguruskan
kerja-kerja pra-percetakan secara tidak langsung dapat mengaitkannya dengan
pencetak (d). Ini kerana kesemua premis tersebut hanya dilakukan oleh individu yang
digelar manusia. Bagi perkataan penawar (c) pula, leksikal yang hadir sebelumnya yakni
kalangan telah membolehkan pendengar berhenti memproses sesuatu ujaran apabila
maksud yang hendak disampaikan dapat diinterpretasikan seperti yang dihajati apabila
salah satu proses yang terlibat dalam pembentukan kesan kognitif dimanfaatkan. Ini
kerana berdasarkan pengetahuan ensiklopedia pendengar tersebut sudah tercatat bahawa
kalangan merupakan kata yang sering digunakan untuk menggambarkan sesuatu
lingkungan, golongan, atau kumpulan tertentu dan biasanya melibatkan manusia. Apabila
leksikal kalangan digandingkan dengan leksikal penawar yang membentuk frasa,
pendengar tidak perlu berusaha lebih bagi membina kesan kognitif. Di sini, usaha
102
memproses yang sangat sedikit telah membenarkan penginterpretasian dilakukan dengan
mudah terutamanya dalam mencari rujukan bagi leksikal penawar. Dengan itu,
penggabungan maklumat antara leksikal kalangan dan penawar yang tersimpan di dalam
ensiklopedia pendengar telah menjimatkan usaha memproses maklumat. Usaha
memproses yang sedikit telah menghasilkan kesan kognitif yang tinggi. Kesan kognitif
yang tinggi telah menghasilkan relevan yang optimum. Oleh yang demikian, pendengar
dapat menginterpretasikan penawar mendokong makna manusia.

4.3.1.3 Alomorf pem-

Berikut merupakan ayat-ayat yang lengkap bagi lima contoh data yang mempunyai fungsi
makna manusia.

a. Pembuka
Penjaga wiket meningkat naik, AK Nizam Khairudin akan mengiringi
kepemimpinan Firdaus selaku penolong ketua di samping pemukul
berpengalaman dan bekas ***pembuka*** kebangsaan, Mohd. Sham Jalil.
b. Pembesar
Kira-kira 400 orang menunggu ketibaan baginda yang menaiki pesawat khas
Royal Brunei, termasuk kerabat diraja diketuai Pemangku Raja Selangor, Tengku
Idris Shah manakala ***pembesar*** negeri yang hadir ialah Menteri Besar,
Datuk Abu Hassan Omar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
c. Pembunuh
Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang ***pembunuh*** bersiri yang terkenal di
dunia masih lagi berpura-pura sehingga ke akhir hayatnya, enggan mengakui
dirinya sebagai Herman Webster Mudgett.
d. Pemandu
Dalam waktu lebih kurang 3 jam, ***pemandu*** kereta dari Kuala Lumpur
akan tiba di bandar Mersing dan sejam kemudian boleh sampai di Tekek.

103
e. Pemotong
Di lokaliti ini terdapat juga seorang tukang kebun yang membuat kerja luar
sebagai ***pemotong*** rumput.

Kelima-lima contoh data di atas menunjukkan fungsi makna manusia yang


diwakili oleh alomorf pem-. Dengan kata lain, kata dasar yang menerima imbuhan peN-
mempunyai fitur [+nyawa] dan [-atribut]. Namun begitu, walaupun ia tidak mempunyai
fitur [+atribut], fungsi makna manusia masih dapat diinterpretasikan dengan sempurna.
Ini kerana di dalam ensiklopedia manusia terutamanya penutur Melayu sudah mempunyai
maklumat yang mencukupi bagi membina persekitaran kognitifnya sendiri semasa
mentafsir ujaran terbabit. Kehadiran leksikal selepas kata yang menerima imbuhan yang
bersifat keterangan atau mempunyai fitur [+keterangan] telah memberi maklumat yang
lebih spesifik dalam menyatakan bentuk proposisi yang dihajati. Contohnya seperti :

a. “…***pembuka*** kebangsaan…”
b. “…***pembesar*** negeri…”
c. “…***pembunuh*** bersiri…”
d. “…***pemandu*** kereta…”
e. “…***pemotong*** rumput”

Dengan kata lain, leksikal yang bersifat keterangan ini telah memberi sifat khusus bagi
fungsi makna manusia yang didokong oleh imbuhan terbabit tetapi kehadirannya tidak
mengimplikasikan bentuk proposisi yang lain selain daripada apa yang dihajati oleh
penutur kepada pendengarnya.

Bagi contoh (a), (b), (c) dan (e), dengan menggunakan rangka rujuk silang,
masing-masing dapat dikaitkan kepada leksikal yang melatari di dalam ujaran tersebut.
Misalnya (a) pembuka dapat dikaitkan dengan Mohd. Sham Jalil, (b) pembesar dapat
dikaitkan dengan Datuk Abu Hassan Omar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri, (c) pembunuh dapat dikaitkan dengan lelaki dan (e) pemotong dapat dikaitkan
104
dengan seorang tukang kebun. Kesemua leksikal yang dirujuk oleh kata yang
menerima imbuhan itu berada dalam konteks ujaran tersebut dan mudah bagi seseorang
individu membina kesan kognitifnya sekaligus meminimumkan usaha memproses
maklumat. Secara umumnya, leksikal yang dirujuk oleh kata yang menerima imbuhan itu
merupakan anteseden kepadanya. Dengan itu, bagi menghasilkan kesan kognitif yang
baik, pendengar harus berupaya menginterpretasikan anteseden tersebut dengan baik juga.
Ini kerana anteseden yang dianggap sebagai sebahagian daripada konteks akan membina
kesan kognitif yang tinggi dengan usaha memproses yang minimum sekaligus pendengar
yang mencari rujukan yang sesuai bagi kata yang menerima imbuhan tersebut. Semasa
pendengar memproses ujaran-ujaran di atas, pendengar hanya perlu menginterpretasikan
anteseden pada peringkat logik iaitu manusia. Ini kerana, penginterpretasian makna
harfiah pada peringkat logik sudah mampu menghasilkan kesan kognitif yang baik
sekaligus satu kesimpulan dapat dibuat apabila kata yang menerima imbuhan itu merujuk
kepada anteseden tersebut. Rujukan yang sesuai telah membenarkan kata yang menerima
imbuhan itu mempunyai rujukan manusia.

Berkenaan dengan leksikal [+keterangan] untuk data (a), (b), (c) dan (e), sifat
khusus yang dibawa tidak menjejaskan proses penginterpretasian kata dasar yang
menerima imbuhan itu mendokong fungsi makna manusia. Sifat khusus ini bertujuan
untuk mengayakan maklumat konteks dengan menerangkan kata yang menerima imbuhan
terbabit tentang hal yang dilakukan dengan lebih spesifik. Misalnya contoh data (e) iaitu
“…pemotong rumput”. Jika kata rumput tidak hadir, pendengar masih dapat
menginterpretasikan pemotong membawa fungsi makna manusia kerana konsep
pemotong telah tersimpan sebagai bentuk logik di dalam ensiklopedianya telah
membantu pembinaan kesan kognitif yang sempurna serta rujukannya kepada seorang
tukang kebun. Kehadiran rumput adalah bagi menerangkan bahawa apa yang dipotong
oleh seorang pemotong itu adalah memotong rumput. Jika rumput tidak dinyatakan,
seorang pemotong itu boleh bermaksud memotong benda lain seperti kayu, pokok dan
sebagainya. Dengan itu, situasi yang sama berlaku bagi contoh data (a), (b) dan (c). Oleh
itu, jelas bahawa dalam proses penginterpretasian, fungsi [+keterangan] tidak
105
mengimplikasikan bentuk proposisi lain sebagaimana yang dihajati melainkan dengan
memberi sifat khusus kepada ujaran terbabit.

Dalam contoh data (d) pula yakni pemandu, walaupun tiada rujukan di dalam
ujaran yang sama, tetapi dengan maklumat kandungan logik yang tersimpan di dalam
ensklopedia seseorang penutur tentang konsep pemandu yakni manusia, memungkinkan
seseorang itu membina konteks dalam persekitaran kognitifnya sendiri dalam
menginterpretasikan ujaran terbabit. Leksikal yang bersifat keterangan yakni kereta
mengukuhkan lagi andaian awal semasa proses penginterpretasian. Ini kerana maklumat
yang tersimpan tentang konsep kereta dalam ensiklopedianya yang melibatkan maklumat
pengetahuan am tentang kereta iaitu merupakan sejenis kenderaan yang dipandu oleh
manusia. Jadi, apabila salah satu proses pengukuhan maklumat dimanfaatkan dalam
pembentukkan kesan kognitif, usaha memproses maklumat dapat dijimatkan kerana
pendengar telah mencapai maksud yang dihajati ataupun maksud yang hendak
diinterpretasikan. Dengan itu, pendengar dapat mencari rujukan bagi pemandu tersebut
yang merupakan manusia.

4.3.1.4 Alomorf peng-

Berikut merupakan ayat-ayat yang lengkap bagi lima contoh data yang mempunyai fungsi
makna manusia.

a. Penggerak
Dato Onn dilihat sebagai ***penggerak*** dan orang kuat Kongres 1957,
walaupun pemimpin lain seperti Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam terlibat
sama.
b. Pengesan
Selain beberapa pasukan ***pengesan*** dan pemusnah bom, satu pasukan
pengurusan krisis mengandungi pegawai-pegawai kanan terlatih juga akan
ditugaskan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
106
c. Penghalang
Bagi saya, anak bukanlah ***penghalang*** untuk meneruskan kerjaya. Saya
dan suami bercadang untuk meletakkan anak kami di bawah jagaan sepupu yang
tinggal berhampiran.
d. Penghubung
Dari segi kedudukan sosial, wanita menjadi isteri, ibu, anak perempuan,
pemerintah, orang perantara dan orang suruhan manakala dari segi peranan pula
mereka boleh bertindak sebagai pengurus rumah, pekerja, kekasih,
***penghubung*** keluarga, dan penentu kuasa.
e. Pengganti
Persaingan pengaruh dan ideologi yang sengit antara UMNO dan PAS di kubu-
kubu orang Melayu, seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dan
bahkan di Perak, Pahang dan Selangor, diwarisi dan ditanggung oleh Tun Hussein
apabila dia menjadi ***pengganti*** Tun Razak dalam tahun 1976.

Daripada data di atas, kelima-lima contoh tersebut mempunyai fitur [+nyawa] dan [-
atribut]. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah terdapat satu contoh sahaja yang
menunjukkan ada fitur [+keterangan] iaitu contoh data (d) “…penghubung keluarga…”.
Dengan menggunakan rangka rujuk silang, penghubung dapat dikaitkan dengan wanita
dan wanita dianggap sebagai anteseden kepada penghubung. Berdasarkan konsep
wanita yang tersimpan di dalam ensiklopedia seseorang pendengar, bentuk logik bagi
konsep wanita adalah orang atau manusia. Dengan mencari rujukan yang sesuai yakni
wanita, kesan kognitif yang tinggi telah dibina. Jadi, pendengar dapat mencari
menginterpretasikan penghubung dengan mudah iaitu manusia. Dalam pada itu juga,
fungsi leksikal keterangan adalah untuk menyatakan apa yang dihubungkan itu adalah
keluarga yang mempunyai fitur [+keterangan] terutamanya dalam memberi sifat khusus
tentang hubungan yang melibatkan kekeluargaan terutama yang dijalin oleh seseorang
wanita. Jadi, oleh kerana penghubung merujuk kepada wanita, manakala bentuk logik
bagi wanita pula adalah manusia, maka kesan kognitif yang dibina telah meminimumkan
usaha memproses maklumat sekaligus membolehkan ujaran itu diinterpretasikan dengan
107
sempurna. Selain itu, premis-premis tambahan yang melatarinya seperti isteri, ibu, anak
perempuan, pemerintah, orang perantara, orang suruhan, pengurus rumah, pekerja,
dan kekasih mengukuhkan lagi andaian awal dalam menginterpretasikan ujaran tersebut
kerana kesemua premis tersebut adalah secara tidak langsung merujuk kepada manusia.
Hakikatnya di sini, bentuk logik leksikal penghubung yang hadir dalam ayat itu bukan
hanya sebagai objek logik sebaliknya merupakan perwakilan psikologi dan inferensi
ataupun pertimbangan psikologi yang dipersembahkan oleh perwakilan tersebut oleh
penulis atau penutur bagi menghasilkan kesan konteks sekaligus membolehkan pendengar
mencapai relevan yang optimum.

Dalam contoh (a), (c), dan (e) pula, dengan menggunakan rangka rujuk silang,
kata dasar yang menerima imbuhan seperti penggerak, penghalang dan pengganti dapat
dicarikan rujukannya. Rangka rujuk silang membolehkan penggerak dapat dikaitkan
dengan Dato Onn, penghalang dapat dikaitkan dengan anak dan pengganti dapat
dikaitkan dengan Tun Hussein. Bagi kesemua leksikal yang dirujuk seperti Dato Onn,
anak, dan Tun Hussein, leksikal-leksikal ini merupakan anteseden kepada kata yang
menerima imbuhan yang menjadi sebahagian daripada konteks ujaran. Dengan pemilihan
rujukan yang sesuai, pendengar akan mentafsir anteseden tersebut mempunyai rujukan
manusia. Jadi, apabila kata yang menerima imbuhan ini masing-masing merujuk kepada
ketiga-tiga anteseden itu yang ditafsir sebagai makna harfiah iaitu manusia, secara tidak
langsung kesan kognitif telah terbina dengan sempurna semasa proses penginterpretasian.
Di sini, kata yang menerima imbuhan tersebut dikatakan sebagai perwakilan psikologi
atau inferensi yang mewakili objek logik yang dirujuknya melalui pengaplikasian rangka
rujuk silang dalam menghasilkan kesan kognitif. Kesan kognitif yang tinggi telah
meminimumkan usaha memproses maklumat. Oleh itu, ujaran tersebut dapat
diinterpretasikan dengan mudah sekaligus menjadikannya sebagai relevan.

Selain itu, bagi contoh (b) “…pasukan pengesan…’, kehadiran leksikal pasukan
sebenarnya telah menjimatkan usaha memproses maklumat. Di sini, pasukan tidak
bersifat keterangan seperti dalam contoh (d) yakni keluarga dalam memberi sifat khusus
108
sebaliknya kehadiran leksikal pasukan sebenarnya telah membolehkan kesan kognitif
dibina cukup tinggi. Ini kerana berdasarkan pengetahuan latar belakang manusia,
pasukan biasanya akan digunakan bagi merujuk kepada sejumlah atau sebilangan orang
yang bersifat tidak tentu. Bermaksud bahawa rujukannya boleh melibatkan sepuluh, dua
puluh, tiga puluh orang dan seterusnya. Amat janggal sekali apabila kita gunakan
leksikal pasukan untuk menyatakan sejumlah haiwan misalnya *pasukan haiwan atau
*pasukan anjing. Apa yang berlaku ialah kehadiran leksikal pasukan membolehkan
pendengar berhenti dari memproses ujaran tersebut apabila maksud yang hendak
disampaikan dapat diinterpretasikan seperti yang dihajati. Di sini, pendengar telah
memanfaatkan salah satu proses dalam pembentukan kesan kognitif sekaligus usaha
memproses dapat dijimatkan. Jadi kehadiran leksikal pasukan sebelum pengesan telah
membolehkan pengesan ditafsir sebagai fungsi makna manusia melalui penggabungan
kedua-dua maklumat leksikal tersebut. Sehubungan itu, penjimatan usaha memproses
disebabkan pendengar berjaya menggunakan strategi yang betul dalam menghasilkan
kesan kognitif. Setelah ini berlaku, pendengar akan berhenti daripada memproses
maklumat itu kerana usaha memproses tersebut memadai dalam menghasilkan kesan
kognitif yang tinggi sekaligus menjadikan ujaran itu mudah difahami dan relevan. Oleh
itu, ujaran ini dianggap berjaya dan ia didapati selari dengan prinsip relevans yang
mengatakan bahawa kerelevanan sesuatu ujaran itu bergantung kepada kesan kognitif dan
usaha memproses maklumat. Semakin banyak kesan kognitif yang dihasilkan, semakin
rendah usaha memproses, maka semakin relevanlah ujaran itu (Nor Hashimah 2000
dalam Junaini 2006). Dalam pada itu juga, oleh sebab maksud yang dihajati sudah
diperoleh, premis-premis tambahan yang melatari ujaran itu seperti pemusnah bom,
pasukan pengurusan krisis dan pegawai-pegawai kanan akan mengalami pengguguran
maklumat kerana ia tidak lagi dianggap relevan.

4.3.1.5 Alomorf peny-

Berikut merupakan ayat-ayat yang lengkap bagi lima contoh data yang mempunyai fungsi
makna manusia.
109
a. Penyambung
Nama-nama gemilang seperti Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman, Zaleha Ismail dan
Napsiah Omar adalah ***penyambung*** perjuangan wanita 1950-an.
b. Penyerang
Rusdi Suparman cemerlang biarpun terlambat. ***Penyerang*** pasukan
Selangor ini menjadi sebutan bila ia menjadi penjaring utama pasukan tersebut
dalam beberapa perlawanan musim ini.
c. Penyunting
Program ini harus mencakupi penulis, penterjemah, ***penyunting***, pembaca
pruf dan penilai. Kursus, bengkel, dan pendedahan kepada teknik berbahasa perlu
diadakan dari semasa ke semasa secara berterusan, bukan program ad hoc seperti
yang selalu diadakan.
d. Penyebab
Beliau menambah, kerajaan, sektor perdagangan dan media massa tidak
sepatutnya lalai ataupun menuding jari kepada pihak luar dengan mendakwa
mereka sebagai ***penyebab*** berlakunya krisis tersebut.
e. Penyebar
Genap 29 hari dia menyewa rumah nenek, kami dikejutkan dengan serbuan
pegawai Jabatan Agama Islam Negeri bersama-sama anggota polis kerana
penyewa rumah sewa kami itu dituduh sebagai ***penyebar*** ajaran sesat.

Data-data di atas menunjukkan kelima-lima kata yang menerima imbuhan peN-


membawa fungsi makna manusia. Di sini, selain daripada fitur [+nyawa] dan [-atribut]
yang ada bagi kata dasar yang menerima imbuhan itu, apa yang dapat dilihat ialah
terdapat dua data (contoh data (b) dan (e)) yang memperlihatkan adanya fitur
[+keterangan] iaitu kehadiran leksikal yang menerangkan kata dasar yang menerima
imbuhan terbabit yang bertujuan menyatakan sifat khusus manakala tiga lagi data (contoh
data (a), (c) dan (d)) mempunyai fitur [-keterangan] bermaksud tidak ada unsur yang
menerangkannya bagi melahirkan sifat khusus.

110
Melihat kepada data yang mempunyai fitur [+keterangan] iaitu data (b) dan (e),
unsur keterangan ini hadir tidak menghasilkan sebarang bentuk proposisi lain semasa
ujaran itu diinterpretasikan. Bermaksud bahawa jika unsur keterangan ini tidak hadir,
kata dasar yang menerima imbuhan itu masih dapat diinterpretasikan seperti mana yang
dihajati yakni fungsi makna manusia. Contoh data seperti berikut :

b. “…***penyerang*** pasukan Selangor…”


e. “…***penyebar*** ajaran sesat.”

Dapat diperhatikan bahawa frasa seperti pasukan Selangor dan ajaran sesat
menyatakan sifat khusus bagi penyerang dan penyebar. Jika unsur keterangan ini tidak
hadir, berdasarkan konsep yang ada bagi penyerang dan penyebar iaitu bentuk logik
bagi kata terbabit, maklumat kandungan logik ini sudah memadai untuk menghasilkan
kesan konteks yang tinggi semasa proses penginterpretasian. Oleh kerana bentuk logik
bagi penyerang dan penyebar ini adalah manusia, kehadiran unsur keterangan ini
bertujuan menjelaskan maklumat kandungan logik ini dengan lebih spesifik.
Ketidakhadiran unsur keterangan selepas penyerang dan penyebar akan menyebabkan
pendengar perlu berusaha lebih untuk memproses ujaran itu supaya pendengar dapat
menggabungkan bentuk logik penyerang dan penyebar dengan maklumat pengetahuan
am yang terdapat di dalam ensiklopedianya supaya maksud yang dihajati dapat
diinterpretasikan. Misalnya contoh (b), dengan menggunakan rangka rujuk silang,
penyerang dapat merujuk kepada ujaran terdahulu iaitu kepada Rusdi Suparman dan
makna harfiah di peringkat logik baginya adalah orang atau manusia. Jika pendengar
tidak mempunyai maklumat konteks tentang siapa itu Rusdi Suparman, unsur
keterangan itu memberi maklumat yang secukupnya tentang pasukan yang diwakilinya
selaku penyerang. Walaupun pendengar perlu berusaha lebih jika unsur keterangan itu
tidak hadir, oleh kerana maksud yang hendak disampaikan dapat diinterpretasikan seperti
yang dihajati, unsur keterangan ini dilihat sebagai opsyenal dan kehadirannya tidak
menghasilkan bentuk proposisi lain melainkan sifat khusus atau spesifik untuk fungsi
makna manusia.
111
Dalam pada itu juga, unsur keterangan yang memberi sifat khusus kepada
penyebar iaitu ajaran sesat membantu dalam mengukuhkan lagi andaian awal manusia
tentang maksud yang diinterpretasikan. Maklumat ensiklopedia yang tersimpan
mengenai ajaran sesat iaitu suatu ajaran yang tidak mengikut lunas-lunas yang betul dan
kebiasaannya akan melibatkan manusia telah berjaya meningkatkan kesan kognitif
semasa ujaran itu diproses. Pengukuhan maklumat yang diberikan oleh unsur keterangan
ini bukan sahaja meningkatkan kesan kognitif tetapi turut menyatakan sifat khusus
tentang bentuk penyebaran yang dilakukan oleh penyebar yang dinyatakan di dalam
konteks ujaran tersebut.

Untuk contoh data (a), (c) dan (d), kata yang menerima imbuhan ini tidak
mempunyai fitur [-keterangan]. Data-data seperti penyambung, penyunting dan
penyebab masing-masing dapat dicari rujukannya iaitu manusia. Dengan menggunakan
rangka rujuk silang, data (a) penyambung dan (d) penyebab dapat dikaitkan dengan
leksikal yang berada dalam konteks ujaran tersebut. Misalnya penyambung dapat
dikaitkan dengan Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman, Zaleha Ismail dan Napsiah Omar
manakala penyebab dapat dikaitkan dengan mereka (kata ganti nama ketiga yang
digunakan untuk merujuk kepada manusia dan dalam konteks ujaran tersebut mereka
merujuk kepada pihak luar). Di sini, leksikal yang dirujuk itu merupakan anteseden
kepada kata yang menerima imbuhan tersebut. Rujukan yang sesuai membolehkan
pendengar dapat menginterpretasikan ujaran tersebut dengan mudah dan berkesan.
Berdasarkan konsep Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman, Zaleha Ismail dan Napsiah
Omar serta mereka/pihak luar, bentuk logik bagi kesemua leksikal terbabit adalah
orang atau manusia yang merupakan maklumat konsep tersimpan di dalam ensiklopedia
pendengar dan maklumat ini akan menghasilkan kesan konteks yang tinggi semasa
proses penginterpretasian. Dengan mencari rujukan yang betul, pendengar telah
meminimunkan usaha memprosesnya sekaligus menjadikan ujaran itu sebagai relevan.
Hakikatnya di sini ialah kata dasar yang menerima imbuhan itu yakni penyambung dan
penyebab yang hadir dalam ayat itu bukan sebagai objek logik tetapi merupakan
perwakilan psikologi dan inferensi ataupun pertimbangan psikologi yang dipersembahkan
112
oleh perwakilan tersebut oleh penulis atau penutur bagi menghasilkan kesan konteks
sekaligus membolehkan pendengar mencapai relevan yang optimum. Oleh kerana kata
yang menerima imbuhan tersebut merujuk kepada anteseden, dan anteseden pula
diinterpretasikan sebagai kandungan logik iaitu orang atau manusia, secara tidak langsung
kata yang menerima imbuhan tersebut akan dapat diinterpretasikan atau dapat dicarikan
rujukannya iaitu manusia.

Berbeza dengan data (c) iaitu penyunting, bentuk logik bagi konsep penyunting
iaitu manusia membolehkan kesan kognitif dibina dengan sempurna tanpa memerlukan
usaha memproses maklumat yang tinggi. Di sini, premis-premis tambahan yang melatari
ujaran tersebut semasa pembinaan konteks telah mengukuhkan lagi andaian awal.
Dengan adanya premis-premis seperti penulis, penterjemah, pembaca pruf dan penilai
dalam ujaran yang sama, secara tidak langsung ujaran tersebut telah melibatkan manusia.
Pengukuhan maklumat dengan andaian awal manusia telah menjadikan ujaran itu sebagai
relevan kerana kesan konteks yang dihasilkan adalah tinggi sekaligus membolehkan
usaha memproses dapat dijimatkan. Dengan itu, pendengar tidak mempunyai masalah
dalam menginterpretasikan penyunting mendokong makna manusia.

4.3.1.6 Rumusan Pola 1

Berdasarkan analisis di atas yang melibatkan fungsi makna manusia, dapat dilihat bahawa
kehadiran leksikal yang bersifat keterangan sebenarnya adalah bersifat opsyenal.
Kehadiran di posisi tertentu adalah bertujuan bagi menyatakan sifat khusus atau spesifik
dan ia tidak mengimplikasikan sebarang bentuk proposisi lain. Sementara itu, kata yang
menerima imbuhan yang diinterpretasikan mendokong makna manusia tidak memerlukan
sebarang atribut yang hadir. Ini kerana, bagi menginterpretasikan fungsi makna manusia,
pendengar hanya mentafsir makna harfiah di peringkat logik sahaja bagi kata atau leksikal
tersebut. Penginterpretasian makna harfiah sudah cukup untuk menghasilkan kesan
kognitif yang tinggi dengan kos memproses yang rendah. Oleh itu, jelas bahawa fungsi
makna manusia kebanyakannya diinterpretasikan berdasarkan makna harfiah kata dasar
113
yang menerima imbuhan peN- dan ada juga ia diinterpretasikan sebagai perwakilan
psikologi bagi menghasilkan kesan kognitif semasa ujaran itu ditafsir. Jadi analisis ini
berjaya merungkai keluar fungsi makna manusia yang dilihat dari kaca mata pragmatik.

4.3.2 Pola 2 : peN- + Kata Dasar Dengan Fitur[+/-atribut],[-nyawa],[+/-keterangan]

Melalui data korpus yang diteliti, apa yang dapat dijelaskan di sini ialah sesuatu kata
dasar yang menerima imbuhan awalan peN- yang mendokong fungsi makna alat/benda,
fitur [+atribut] dan [-nyawa] akan membentuk kelas fitur bagi fungsi makna tersebut.
Perlu dijelaskan bahawa fitur [+/- nyawa] ini diberikan bertujuan untuk membezakan
antara fungsi makna yang dikategorikan sebagai sesuatu yang bernyawa dan tidak
bernyawa. Oleh kerana fungsi makna alat/benda ini dikategorikan sebagai sesuatu yang
tidak bernyawa, maka fitur [-nyawa] diberikan.

Untuk fitur [+/- atribut] pula, fitur ini diberikan berdasarkan “kelakuan” kata yang
menerima imbuhan itu yang memerlukan sesuatu ciri bagi menghasilkan fungsi makna
alat/benda ini. Ini bermaksud bahawa ciri atau atribut ini perlu hadir untuk membezakan
rujukan maknanya. Contohnya seperti alat pemotong. Di sini alat dilabel sebagai
atribut kerana kehadirannya akan menghasilkan fungsi makna alat/benda bagi pemotong
sebaliknya jika alat tidak hadir, pemotong akan diinterpretasikan sebagai fungsi makna
manusia. Jadi, kehadiran fitur [+atribut] ini penting dalam kita menginterpretasikan
ujaran yang mempunyai fungsi makna alat/benda. Namun, bagi situasi tertentu yang
menunjukkan sesuatu kata yang diimbuhkan dengan awalan peN- mendokong fungsi
makna alat/benda yang tidak mempunyai atribut di posisi tertentu yakni mempunyai fitur
[-atribut]23, fungsi makna ini masih boleh diinterpretasikan dengan menggunakan rangka
rujuk silang. Ini kerana sesetengah kata dasar yang menerima imbuhan peN- mempunyai
rujukan makna yang agak kabur untuk diinterpretasikan melainkan kata tersebut dapat
dicarikan rujukannya sama ada di dalam ujaran yang sama mahupun di dalam ujaran

23
Lihat analisis terperinci yang dilakukan bagi fungsi makna alat/benda yang mempunyai fitur [-atribut]
seperti data penawar, penggerak, penghalang, penghubung, penyebab dan penyebar.
114
terdahulu. Berikut merupakan data-data yang dikenal pasti daripada korpus yang
mempunyai fungsi makna alat/benda berdasarkan jadual 4.1 hingga jadual 4.5 :

a. Alomorf pe- pelindung, perosak, perancang, pemusnah


b. Alomorf pen- penerima, pencuci, penutup, penawar, pencetak
c. Alomorf pem- pembuka, pembesar, pembunuh, pemandu, pemotong
d. Alomorf peng- penggerak, pengesan, penghalang, penghubung,
pengganti
e. Alomorf peny- penyambung, penyerang, penyunting, penyebab,
penyebar
4.3.2.1 Alomorf pe-

Berikut merupakan data lengkap bagi keempat-empat contoh yang dikenal pasti
mendokong fungsi makna alat/benda.

a. Pelindung
Menurut Khaled, masalah yang dihadapi pengusaha ladang membabitkan
peralatan perladangan seperti jentolak (untuk membajak tanah), plastik
***pelindung***, baja dan benih.
b. Perosak
Di daerah Pontian terdapat hanya lima buah kedai menjual baja dan racun
***perosak*** pada tahun 1975.
c. Perancang
Ada baiknya puan merancang kehamilan. Jika pusingan haid puan tidak menentu,
penggunaan pil ***perancang*** boleh memberi dua kesan iaitu mencegah
kehamilan dan membaiki pusingan haid.
d. Pemusnah
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan AS untuk
menyerang Iraq kerana enggan bekerjasama dengan Suruhanjaya Khas Pertubuhan

115
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCOM) yang menyiasat senjata ***pemusnah*** di
negara itu.

Melihat kepada keempat-empat data di atas, jelas menunjukkan bahawa kata dasar yang
menerima imbuhan peN- telah mengimplikasikan fungsi makna alat/benda. Di sini,
dengan jelas bahawa fitur [-nyawa] diberikan bagi mengkategorikan sesuatu yang tidak
bernyawa. Selain itu, fitur [+atribut] juga turut diberikan untuk menjelaskan bahawa
kehadiran sesuatu ciri yang bersifat khusus telah menghasilkan fungsi makna alat/benda
semasa proses penginterpretasian. Contohnya seperti berikut :

a. “…plastik ***pelindung***…”
b. “…racun ***perosak***…”
c. “…pil ***perancang***…”
d. “…senjata ***pemusnah***…”

Di sini leksikal seperti plastik, racun, pil, dan senjata dilabel sebagai atribut atau
ciri yang akan menghasilkan fungsi makna alat/benda semasa proses penginterpretasian.
Jika kita mentafsir kata dasar yang menerima imbuhan seperti pelindung, perosak,
perancang dan pemusnah tanpa sebarang atribut, bentuk proposisi yang dihajati tidak
dapat diinterpretasikan. Ini kerana kehadiran atribut inilah yang akan membina kesan
kognitif yang tinggi semasa penginterpretasian. Ketidakhadiran atribut akan
menyebabkan ujaran itu tidak mencapai relevan yang optimum. Penginterpretasian tanpa
atribut boleh menyebabkan pendengar mentafsir kata yang menerima imbuhan itu
mendokong fungsi makna manusia kerana bentuk logik bagi keempat-empat kata tersebut
adalah manusia. Jadi di sini, ketidakhadiran atribut bermaksud bahawa penutur tidak
bermatlamatkan relevan yang optimum di dalam ujarannya. Jika ini berlaku, maksud
yang dihajati bagi ujaran itu tidak dapat diinterpretasikan dengan sempurna sekaligus
menjadikan ujaran-ujaran itu tidak relevan kepada pendengar. Dengan itu, bagi mencapai
maksud yang dihajati oleh penutur kepada pendengarnya, atribut ini dinyatakan di posisi
sebelum kata yang menerima imbuhan. Ini selaras dengan apa yang diutarakan oleh
116
Sperber & Wilson (1995) tentang prinsip relevan komunikatif bahawa pendengar yang
mengenal pasti bahawa penutur telah berhajat menyampaikan maklumat dengan jelas dan
terang mestilah juga berandaian bahawa penutur bermatlamatkan relevan yang optimum.
Dengan kata lain penutur yang berhajatkan maklumat yang disampaikannya jelas dan
nyata mestilah sedaya upaya menjadikan ujarannya mencapai tahap relevan yang tinggi
agar berbaloi diproses oleh pendengar dan tahap relevan ini mestilah tahap tertinggi yang
mampu dicapai dalam lingkungan pilihannya.

Selain itu, kehadiran atribut seperti plastik, racun, senjata dan pil di posisi
sebelum kata yang menerima imbuhan membolehkan ia ditafsir sebagai fungsi makna
alat/benda dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan kata dasar yang
menerima imbuhan. Makna harfiah iaitu alat/benda yang ditafsir oleh pendengar bagi
atribut tersebut membolehkan ujaran itu diproses dengan sempurna. Proses
penggabungan maklumat ini akan membantu dalam membina kesan kognitif yang lebih
sempurna. Di sini, bentuk proposisi yang cuba disampaikan oleh penutur kepada
pendengarnya melalui pernyataan atribut membolehkan konsep ad hoc dibina oleh
pendengar semasa ujaran itu diproses melalui penyempitan makna konsep sekaligus
menjadikannya lebih khusus dan spesifik supaya kesan kognitif yang dihajati penutur
kepada pendengarnya dapat dicapai.

Bagi pihak pendengar, setiap ujaran yang disampaikan dapat diinterpretasikan


dengan betul berdasarkan andaian bahawa penutur telah cuba memberi klu yang jelas bagi
membangkitkan kesan kognitif yang mencukupi dalam proses penginterpretasian dengan
kos memproses seminimum mungkin. Hal ini selaras dengan idea yang digagaskan oleh
Sperber & Wilson (1995) dalam Teori Relevans bahawa :

“any act of communication comes with the communicator’s guarantee that the
hearer will be able to derive adequate contextual effects for the mínimum cost in
processing”

117
4.3.2.2 Alomorf pen-

Berikut merupakan lima contoh data yang dikenal pasti mendokong fungsi makna
alat/benda :

a. Penerima
Lim berkata, prototaip 'tree security' terdiri daripada dua komponen utama, iaitu
alat pemancar dan alat ***penerima***.
b. Pencuci
Sebagai contoh, seseorang boleh menyusun beberapa jenama serbuk
***pencuci*** pakaian mengikut kemampuan mencuci bagi tiap-tiap jenis sabun
itu.
c. Penutup
Mata kiri dia yang terbuka kaku membelalak dan beku itu ditangkup kapas
***penutup*** dan dibubuh ubat lalu ditekup dengan lungkum plastik putih,
keras berlubang lubang kecil kemudian diplaster amat erat.
d. Penawar
Beberapa orang ahli sains dari Universiti Pretoria di Afrika Selatan mendakwa
bahawa kajian mereka telah menghasilkan sejenis ubat yang dinamakan Virodene
PO58 yang dikatakan boleh menjadi ***penawar*** untuk AIDS.
e. Pencetak
“HP juga adalah antara syarikat yang menghasilkan sistem pelayan komputer
peribadi berjenama NetServer”, katanya selepas pelancaran promosi mesin
***pencetak*** berdakwat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi kelima-lima contoh data di atas yang melibatkan alomorf pen-, dapat
diperhatikan bahawa fungsi makna yang didokong oleh imbuhan terbabit adalah
alat/benda. Daripada kelima-lima data tersebut, terdapat dua perbezaan dalam
menjelaskan fungsi makna alat/benda. Yang pertama ialah fungsi makna yang
mempunyai fitur [+atribut] dan yang kedua ialah fungsi makna yang mempunyai fitur [-
118
atribut]. Contoh data yang mempunyai fitur [+atribut] adalah seperti contoh (a), (b), (c)
dan (e) manakala data (d) pula merupakan data yang mempunyai fitur [-attibut]. Oleh
kerana kesemua data tersebut mendokong fungsi makna alat/benda, maka fitur [-nyawa]
diberikan.

Kita lihat dahulu fungsi makna alat/benda yang mempunyai fitur [+atribut].
Seperti yang telah dinyatakan, contoh data yang mendokong fungsi makna alat/benda
dengan fitur [+atribut] ialah data (a), (b), (c) dan (e). Contohnya seperti berikut :

a. “…alat ***penerima***…”
b. “…serbuk ***pencuci***…”
c. “…kapas ***penutup***…”
e.“…mesin ***pencetak***…”

Daripada empat contoh data di atas, apa yang dapat dilihat ialah leksikal seperti
alat, serbuk, kapas, dan mesin yang hadir adalah bersifat atribut yakni mempunyai fitur
[+atribut]. Kehadiran di posisi sebelum kata yang menerima imbuhan membolehkan
kesan kognitif dibina semasa memproses ujaran itu. Dengan kata lain penutur telah
bermatlamatkan relevan yang optimum semasa mengujarkan ujaran ini sekaligus
membolehkan usaha memproses maklumat oleh pendengar dapat dijimatkan. Semasa
pendengar memproses ujaran itu, apa yang berlaku ialah pendengar akan menggabungkan
maklumat yang dinyatakan melalui atribut dengan kata yang menerima imbuhan terbabit
bagi menghasilkan kesan kognitif yang tinggi sekaligus konsep ad hoc dapat dibina
dengan menjadikan ujaran itu lebih spesifik dan khusus. Oleh kerana leksikal yang
bersifat atribut dan kata yang menerima imbuhan itu mempunyai konsep yang berbeza
antara satu sama lain, maka dengan penggabungan kedua-dua leksikal itu yang
membentuk frasa, konsep yang bersifat ad hoc telah dihasilkan bagi menginterpretasikan
ujaran itu seperti yang dihajati oleh penutur. Di sini, berlakunya penyempitan makna
konsep dengan menjadikannya lebih spesifik iaitu daripada dua konsep yang berbeza
(yakni konsep atribut dan konsep leksikal yang menerima imbuhan) membentuk satu
119
konsep yang bersifat ad hoc seterusnya menginterpretasikannya sebagai mendokong
makna alat/benda.

Bagi contoh data (d) pula, kata yang menerima imbuhan yakni penawar tidak
mempunyai atribut yang hadir di posisi tertentu bagi membolehkan fungsi makna
alat/benda diinterpretasikan. Sebaliknya ketidakhadiran atribut ini masih berupaya bagi
pendengar untuk menghasilkan kesan kognitif yang tinggi semasa memproses ujaran
tersebut. Ini kerana dengan menggunakan rangka rujuk silang, kata penawar dapat
dipautkan kepada Virodene PO58 iaitu sejenis ubat yang dikatakan boleh mengubati
penyakit AIDS. Di sini, leksikal Virodene PO58 merupakan anteseden kepada
penawar. Pendengar dengan secara automatik dapat menilai ujaran tersebut sekaligus
mencari rujukan yang sesuai bagi kata penawar itu apabila ujaran ini diperdengarkan.
Semasa ujaran ini dihasilkan penutur sebenarnya telah bermatlamatkan relevan yang
optimum dan atas sebab itulah pendengar tidak perlu berusaha lebih bagi menghasilkan
kesan kognitif kerana konteks yang terbina adalah jelas dan sekaligus membolehkan
usaha memproses maklumat dijimatkan. Oleh kerana rujukan bagi penawar adalah
Virodene PO58 yang merupakan sejenis ubat, dan berdasarkan konsep ubat yang
tersimpan di dalam ensiklopedianya yakni alat/benda yang boleh menyembuhkan
penyakit, jadi dengan mudah pendengar dapat mengaitkan dengan persekitaran
kognitifnya seterusnya dapat menginterpretasikan penawar merujuk kepada alat/benda.
Perlu dijelaskan bahawa jika peranan pragmatik tidak ditonjolkan seperti di atas, fungsi
makna alat/benda bagi penawar sukar untuk diterjemahkan kerana jika
penginterpretasian berdasarkan leksikal secara tunggal, pendengar akan
menginterpretasikannya sebagai mendokong fungsi makna manusia kerana berdasarkan
konsep penawar, bentuk logik baginya adalah manusia yakni manusia atau orang yang
menawarkan sesuatu. Oleh itu, penonjolan pragmatik dan peranan yang dimainkan oleh
rangka rujuk silang sekaligus membenarkan ia diinterpretasikan sebagai fungsi makna
alat/benda dengan mencari rujukan yang sesuai di dalam konteks ujaran terbabit.
Rujukan yang tepat telah menghasilkan kesan kognitif yang tinggi dan usaha memproses
yang rendah. Apabila keadaan ini berlaku, maka ujaran tersebut telah menghasilkan
120
relevan yang optimum kepada pendengar. Hal ini sejajar dengan gagasan teori relevans
bahawa “every utterences carries with it a presumption of a certain appreciable level of
relevance, that is, of cognitive effects for minimal processing effort” (Cartson, 1999).

4.3.2.3 Alomorf pem-

Berikut merupakan lima contoh data yang dikenal pasti mendokong fungsi makna
alat/benda :
a. Pembuka
Haji Awang yang merasa tidak selesa dengan suasana sedemikian berusaha
melepaskan diri. Dengan menggunakan ***pembuka*** botol minuman dia
mencungkil dan berjaya membuka garinya.
b. Pembesar
Perhatikan bahagian di sebelah kiri dan kanan badan belalang dengan
menggunakan kanta ***pembesar***.
c. Pembunuh
Sebagai contoh, ada pengguna yang menganggap bahawa ubat ***pembunuh***
serangga Ridsect mempunyai bau yang kuat dan kekuatan itu diamati sebagai
sesuatu yang dapat membunuh serangga dengan lebih cepat.
d. Pemandu
Jika perisian Windows 95 ataupun versi seterusnya sudah terdapat pada komputer
anda, maka eloklah kiranya saudara memastikan perisian ***pemandu*** CD
(driver) sudah dipasangkan terlebih dahulu dan yang pentingnya ialah anda harus
memastikan ianya berfungsi dengan sempurna.
e. Pemotong
Bapa Ramu memotong rumput di sekeliling rumahnya menggunakan mesin
***pemotong*** rumput.

Data di atas menunjukkan bahawa kata yang menerima imbuhan bagi kelima-lima
contoh tersebut mendokong fungsi makna alat/benda. Maka dengan itu fitur [-nyawa]
121
diberikan bagi membezakannya dengan manusia. Dalam pada itu juga, fitur [+atribut]
diberikan bagi menyatakan bahawa kehadiran atribut ini penting semasa ujaran itu
diproses. Kepentingannya dapat dilihat bahawa kehadirannya akan menghasilkan bentuk
proposisi seperti yang dihajati oleh penutur kepada pendengarnya dan dengan itu penutur
sebenarnya telah bermatlamatkan relevan yang optimum semasa menghasilkan ujaran
tersebut. Lihat contoh di bawah :

a. “…***pembuka*** botol…”
b. “…kanta ***pembesar***…”
c. “…ubat ***pembunuh*** serangga…”
d. “…perisian ***pemandu*** CD…”
e. “…mesin ***pemotong*** rumput…”

Melihat kepada contoh di atas, leksikal seperti botol, kanta, ubat, perisian dan
mesin merupakan leksikal-leksikal yang bersifat atribut. Apa yang dapat dilihat ialah
atribut ini boleh hadir di posisi sebelum atau selepas kata yang menerima imbuhan. Bagi
atribut botol, ia hadir di posisi selepas kata yang menerima imbuhan manakala yang
lainnya hadir di posisi sebelum kata yang menerima imbuhan. Jika dirujuk kepada contoh
(c), (d) dan (e), terdapat leksikal yang hadir di posisi selepas kata yang menerima
imbuhan dalam membentuk frasa di dalam ujaran itu yakni serangga, CD dan rumput.
Walaupun begitu, ketiga-kita leksikal ini sebenarnya tidak bersifat atribut sebagaimana
leksikal yang hadir di posisi sebelum kata yang menerima imbuhan bagi ketiga-tiga
contoh terbabit. Kehadirannya di posisi selepas kata yang menerima imbuhan ini adalah
bersifat keterangan yakni bertujuan menerangkan fungsi makna alat/benda yang didokong
oleh kata yang menerima imbuhan itu dengan lebih khusus. Oleh kerana ketiga-tiga
adalah bersifat keterangan atau mempunyai fitur [+keterangan], maka kehadirannya
adalah bersifat opsyenal.

Berbalik kepada kelima-lima contoh data tersebut, semasa pendengar memproses


ujaran-ujaran itu, pendengar telah memanfaatkan proses penggabungan maklumat dalam
122
membina kesan kognitif yang tinggi. Dengan maklumat yang diberikan melalui
pernyataan atribut, membolehkan pendengar menggabungkan maklumat konsep atribut
dengan maklumat konsep bagi kata yang menerima imbuhan itu. Penggabungan
maklumat antara kedua-dua konsep itu telah menjadikannya lebih khusus atau spesifik.
Oleh kerana bentuk logik bagi kelima-lima atribut itu adalah alat/benda yang merupakan
maklumat bagi konsep atribut itu dan bentuk logik bagi kata yang menerima imbuhan
adalah manusia misalnya pembesar, pembunuh, pemandu dan pemotong,
penggabungan dua konsep yang berbeza semasa memproses ujaran itu telah
menghasilkan satu konsep yang bersifat ad hoc melalui penyempitan makna konsep.
Penyempitan makna konsep telah membolehkan ujaran itu diinterpretasikan sebagai
mempunyai rujukan alat/benda melalui pembinaan konsep ad hoc yang bersifat sementara.

Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa pernyataan atribut oleh penutur
sebenarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya tetapi didasari oleh prinsip dan tujuan
tertentu. Dan berasaskan teori relevans, penutur dikatakan menggunakan atribut bagi
menjadikan ujarannya jelas dan terang dalam menyampaikan maksudnya dan sekaligus
telah mematuhi prinsip komunikatif relevans yang digagaskan oleh Sperber & Wilson
(1995) iaitu :

“every ostensive stimulus conveys a presumption of its own optimal relevance.”

Berdasarkan prinsip komunikatif relevans, penutur yang berhajatkan ujarannya


difahami mestilah menyampaikan ujarannya dengan cara yang mudah difahami, jelas dan
dapat membangkitkan jangkaan relevans yang tinggi. Melalui ujaran (rangsangan
ostensif) yang jelas, penuntur telah menggalakan pendengar untuk membuat andaian
bahawa ujaran yang disampaikannya adalah cukup relevan dan berbaloi untuk diproses
(Sperber & Wilson, 1995).

123
4.3.2.4 Alomorf peng-

Berikut merupakan lima contoh data yang dikenal pasti mendokong fungsi makna
alat/benda :

a. Penggerak
Gedung beli-belah Isetan KLCC, dibuka pada 30 Mei lalu, menjadi
***penggerak*** gaya dan fesyen, menampilkan pilihan lebih 15 jenama
tempatan dan luar negara.
b. Pengesan
Menurut jurucakap itu, di antara peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih 20
set mesin X-Ray dan sejumlah alat ***pengesan*** bahan letupan dan logam.
c. Penghalang
Tingkap rumah Melayu, biasanya dipasang kisi-kisi berukir sebagai
***penghalang*** kanak-kanak terjatuh, kisi-kisi berukir yang berlubangan,
disebut Pagar Tinggalung.
d. Penghubung
As pula mengikuti kursus diploma dari institusi di tanah kelahiran kami. Namun
surat menjadi ***penghubung*** antara aku dan Amar.
e. Pengganti
Keadaan menjadi lebih kritikal sekiranya barangan ***pengganti*** mempunyai
kualiti yang hampir sama dan harga yang lebih murah dengan barangan yang
dikeluarkan.

Melihat kepada contoh data yang melibatkan alomorf peng-, dapat diperhatikan
bahawa fungsi makna yang didokong olehnya adalah alat/benda. Oleh kerana fungsi
maknanya adalah alat/benda, maka fitur [-nyawa] diberikan. Berbeza pula dengan fitur
[+/- atribut]. Terdapat dua daripada lima contoh tersebut mempunyai atribut atau
mempunyai fitur [+atribut] iaitu data (b) dan (e). Manakala bagi contoh data (a), (c) dan
(d) pula merupakan data yang tidak mempunyai atribut atau mempunyai fitur [-atribut].
124
Walaupun atribut tidak hadir bagi contoh terbabit, namun fungsi makna alat/benda masih
dapat ditafsir oleh pendengar. Ini kerana semasa ujaran atau ayat itu diujarkan, penutur
sebenarnya telah bermatlamatkan relevan yang optimum manakala bagi pihak pendengar
pula, seseorang pendengar itu akan mengandaikan bahawa penutur akan cuba memberi
klu yang jelas bagi membangkitkan kesan kognitif yang mencukupi dalam proses
penginterpretasian dengan kos memproses seminimum mungkin. Dan dengan itu
pendengar dapat menginterpretasikan imbuhan itu mempunyai fungsi makna alat/benda
tanpa sebarang masalah.

Melihat kepada contoh (b) “…alat ***pengesan*** bahan letupan..” dan (e)
“…barangan ***pengganti***…”, dapat diperhatikan bahawa leksikal alat dan
barangan merupakan leksikal yang bersifat atribut kerana kehadirannya akan
membolehkan pendengar dapat menghasilkan kesan kognitif yang tinggi. Semasa ujaran
itu diproses, pendengar akan menggabungkan maklumat yang dinyatakan melalui konsep
atribut dengan konsep kata yang menerima imbuhan terbabit bagi menghasilkan kesan
kognitif yang tinggi sekaligus konsep ad hoc dapat dibina dengan menjadikan ujaran itu
lebih spesifik dan khusus. Oleh kerana leksikal yang bersifat atribut dan kata yang
menerima imbuhan itu mempunyai konsep yang berbeza antara satu sama lain, maka
dengan penggabungan kedua-dua leksikal itu yang membentuk frasa, konsep yang
bersifat ad hoc telah dihasilkan bagi menginterpretasikan ujaran itu seperti yang dihajati
oleh penutur. Misalnya contoh (b) iaitu bentuk logik bagi atribut yang membentuk
konsep alat adalah sesuatu benda (walaupun bersifat umum) dan bentuk logik bagi
pengesan pula adalah manusia. Di sini, berlakunya penyempitan makna konsep dengan
menjadikannya lebih spesifik iaitu daripada dua konsep yang berbeza (yakni konsep
atribut dan konsep leksikal yang menerima imbuhan) membentuk satu konsep yang
bersifat ad hoc seterusnya menginterpretasikannya sebagai mendokong fungsi makna
alat/benda. Pernyataan atribut yang jelas membolehkan ujaran itu diproses tanpa
sebarang masalah. Dengan itu, penggabungan kedua-dua konsep ini telah
mengimplikasikan fungsi makna alat/benda yang bersifat ad hoc sekaligus ujaran itu telah
mencapai relevan yang optimum.
125
Dalam contoh (b), terdapat leksikal atau frasa bahan letupan yang hadir di posisi
selepas kata pengesan. Frasa bahan letupan ini tidak bersifat atribut sebaliknya ia
bersifat keterangan atau mempunyai fitur [+keterangan]. Ini bermakna bahawa
kehadirannya adalah bersifat opsyenal dan ia bertujuan untuk menyatakan sifat khusus
bagi fungsi makna alat/benda yang didokong oleh imbuhan terbabit. Misalnya “alat
untuk mengesan bahan letupan”. Oleh yang demikian, pernyataan atribut telah
membolehkan pendengar untuk memproses ujaran itu dengan baik kerana konteks yang
diberikan sudah mampu untuk menghasilkan kesan kognitif yang tinggi dengan usaha
memproses yang rendah. Manakala pernyataan leksikal yang bersifat keterangan pula
membenarkan proses pengayaan maklumat dilakukan oleh pendengar sekaligus ia dapat
membawa maksud khusus atau spesifik.

Berbeza dengan contoh data (a), (c) dan (d). Ketiga-tiga contoh data ini tidak
mempunyai atribut dalam mengimplikasikan fungsi makna alat/benda. Walaupun tanpa
pernyataan atribut, fungsi makna ini masih boleh ditafsir. Ini kerana semasa ujaran itu
diujarkan, penutur telah bermatlamatkan relevan yang optimum. Di sini, dengan
menggunakan rangka rujuk silang, fungsi makna alat/benda ini dapat dijelaskan.
Misalnya penggerak dapat dipautkan kepada Gedung beli-belah Isetan KLCC,
penghalang dapat dipautkan kepada kisi-kisi berukir dan penghubung dapat dipautkan
kepada surat. Dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga kata terbabit yakni penggerak,
penghalang, dan penghubung sebenarnya merujuk kepada satu konsep yang sama bagi
item yang dirujuknya iaitu alat/benda. Bermaksud bahawa Gedung beli-belah Isetan
KLCC, kisi-kisi berukir dan surat merupakan konsep yang sama iaitu alat/benda. Jadi,
dengan rujukan yang sesuai, pendengar dapat menginterpretasikan ia sebagai mendokong
fungsi makna alat/benda. Oleh kerana penutur telah membekalkan konteks yang jelas,
semasa ujaran itu diproses, pendengar dapat membina kesan kognitif yang tinggi dengan
usaha memproses maklumat yang rendah sekaligus menjadikan ujaran itu mencapai
relevan yang optimum. Hakikatnya di sini, bentuk logik bagi penggerak, penghalang
dan penghubung yang hadir dalam ayat itu bukan hanya sebagai objek logik sebaliknya
merupakan perwakilan psikologi dan inferensi ataupun pertimbangan psikologi yang
126
dipersembahkan oleh perwakilan tersebut oleh penulis atau penutur bagi menghasilkan
kesan konteks sekaligus membolehkan pendengar mencapai relevan yang optimum
(Blakemore 1990 : 185).

4.3.2.5 Alomorf peny-

Berikut merupakan lima contoh data yang dikenal pasti mendokong fungsi makna
alat/benda :
a. Penyambung
Bahagian dalam pemancar dilengkapi papan verobod untuk bahagian litar
pemancar, perintang IK, dawai kuprum, pemberat, wayar-wayar
***penyambung*** dan suis tekan - yang membentuk litar elektronik.
b. Penyerang
Persenjataan Helikopter - sama ada untuk helikopter ***penyerang*** ataupun
pesawat ringan bagi peranan serangan anti-helikopter dan sokongan operasi di
darat seperti pod senjata 20mm, turet senjata 30mm (untuk helikopter Franco
Jerman 'Tiger'), turet 20mm serta pelurunya.
c. Penyunting
Dengan menggunakan perisian ***penyunting*** bergrafik anda boleh
menghasilkan laman Web yang diingini yang mana konsepnya dikenali juga
sebagai WYSIWYG (What You See Is What You Get).
d. Penyebab
Juga tiada kesahihan dakwaan mengatakan gula merupakan***penyebab***
kanak-kanak menjadi hiperaktif atau merosakkan gigi mereka.
e. Penyebar
Berbagai media digunakan misalnya radio, penggunaan akhbar sebagai
***penyebar*** maklumat, poster-poster dan risalah, cenderamata-cenderamata
dan sebagai.

127
Data-data di atas mewakili alomorf peny-. Kelima-lima data tersebut mendokong
fungsi makna alat/benda dan dengan itu fitur [-nyawa] diberikan. Bagi fitur [+/- atribut]
pula, dapat diperhatikan bahawa daripada lima contoh data di atas, tiga daripada lima
contoh terbabit mempunyai fitur [+atribut] iaitu data (a), (b) dan (c). Manakala dua
contoh data lagi iaitu (d) dan (e) pula mempunyai fitur [-atribut]. Bagi data atau leksikal
yang mempunyai fitur [+atribut], ia akan dapat membina konsep ad hoc yang bersifat
sementara semasa ujaran itu diproses sekaligus ujaran itu dapat diinterpretasikan dengan
sempurna manakala bagi data (d) dan (e), pengaplikasian rangka rujuk silang dapat
menjelaskan proses penginterpretasian ujaran terbabit dalam mentafsir fungsi makna
alat/benda yang didokong oleh imbuhan peN-.

Bagi data yang mempunyai fitur [+atribut], apa yang dapat dijelaskan di sini ialah
pernyataan leksikal yang bersifat atribut ini telah membolehkan ujaran itu diproses
dengan usaha memproses yang paling minimum. Ini kerana selain memberi sifat khusus
atau spesifik, pernyataan atribut ini telah membolehkan konsep ad hoc dibina. Konsep ad
hoc ini dibina melalui penyempitan makna konsep. Penyempitan makna konsep ini
berlaku apabila berlakunya penggabungan dua maklumat konsep yang berbeza menjadi
satu konsep yang bersifat ad hoc. Oleh kerana bentuk logik merupakan salah satu
komponen dalam kandungan konsep, pendengar akan menggabungkan maklumat bentuk
logik bagi atribut tersebut dengan bentuk logik bagi kata yang menerima imbuhan itu
dengan menghasilkan konsep yang bersifat sementara yakni konsep ad hoc. Misalnya
dalam contoh di bawah :

a. “…wayar-wayar ***penyambung***…”
b. “…helikopter ***penyerang*** …”
c. “…perisian ***penyunting*** …”

Bagi leksikal-leksikal seperti wayar-wayar, helikopter, dan perisian, ketiga-tiga


ini merupakan atribut. Bentuk logik bagi leksikal wayar-wayar adalah sejenis alat/benda
yang digunakan untuk tujuan mengalirkan arus elektrik. Helikopter pula merupakan
128
sejenis kenderaan yang boleh dikategorikan sebagai benda dan seterusnya bentuk logik
bagi perisian adalah sejenis alat/benda yang berbentuk digital terutamanya digunakan
dalam teknologi perkomputeran. Ketiga-tiga leksikal yang bersifat atribut ini akan
diinterpretasikan oleh pendengar sebagai bentuk logik dan seterusnya pendengar akan
melalui proses penggabungan maklumat yang melibatkan penggabungan bentuk logik
bagi atribut dengan bentuk logik bagi kata yang menerima imbuhan itu (bentuk logik bagi
kata yang menerima imbuhan itu adalah orang atau manusia). Penggabungan dua konsep
yang berbeza akan melalui proses penyempitan makna dalam menginterpretasikannya
sebagai konsep yang bersifat ad hoc. Dengan terhasilnya konsep yang bersifat sementara,
jelas bahawa kehadiran atribut itu sangat penting kerana tanpanya, kesan kognitif yang
tinggi sukar untuk dicapai sekaligus fungsi makna alat/benda yang didokong oleh
imbuhan itu sukar untuk diinterpretasikan. Oleh itu, nyata sekali bahawa pertimbangan
pragmatik khususnya teori relevans mampu untuk mencungkil fungsi makna alat/benda
dengan lebih meluas. Dalam pada itu juga, premis-premis tambahan yang melatari ujaran
itu seperti papan verobod, litar pemancar, perintang IK, dawai kuprum, pemberat,
suis, litar elektronik (contoh (a)) dan pesawat ringan, senjata, pelurunya (contoh (b))
akan mengalami penguguran maklumat kerana maksud yang dihajati sudah dicapai
melalui konteks yang diberikan melalui pernyataan atribut.

Berbeza pula dengan contoh data (d) dan (e). Kedua-dua data ini mempunyai fitur
[-atribut]. Bermaksud bahawa ketidakhadiran atribut di dalam ujaran itu, imbuhan
tersebut masih boleh diinterpretasikan sebagai fungsi makna alat/benda. Dengan
mengambil kira pertimbangan pragmatik, fungsi makna ini dapat dijelaskan dengan
menggunakan rangka rujuk silang. Pendekatan ini membolehkan kata yang menerima
imbuhan peN- itu dapat dicarikan rujukannya. Di sini, leksikal penyebab dan penyebar
masing-masing dapat dipautkan kepada gula dan akhbar. Gula dan akhbar masing-
masing merupakan anteseden kepada penyebab dan penyebar. Apa yang perlu
pendengar fahami adalah mengenai konsep gula dan konsep akhbar. Sebagai pendengar,
kita sudah mempunyai maklumat konsep di dalam ensiklopedia terutama yang berkaitan
dengan bentuk logik bagi kedua-dua konsep tersebut. Rujukan yang sesuai membolehkan
129
ia dapat diinterpretasikan dengan baik sekaligus dapat mentafsir imbuhan peN-
mendokong fungsi makna alat/benda.

Seperti yang pernah dinyatakan dalam analisis sebelum ini, bahawa leksikal
penyebab dan penyebar yang hadir dalam ayat itu bukan hanya sebagai objek logik
sebaliknya merupakan perwakilan psikologi dan inferensi ataupun pertimbangan
psikologi yang dipersembahkan oleh perwakilan tersebut oleh penulis atau penutur bagi
menghasilkan kesan konteks sekaligus membolehkan pendengar mencapai relevan yang
optimum. Oleh yang demikian, jelas bahawa walaupun atribut tidak dinyatakan dengan
lebih spesifik, fungsi makna alat/benda masih dapat diinterpretasikan oleh pendengar. Ini
kerana semasa ujaran itu dikomunikasikan, penutur sememangnya telah bermatlamatkan
relevan yang optimum.

4.3.2.6 Rumusan Pola 2

Daripada analisis di atas, jelas bahawa sesuatu ujaran yang hendak dikomunikasikan itu
haruslah mempunyai sifat jelas dan nyata (manifest). Apabila andaian daripada ujaran
yang dihasilkan mudah ditangkap atau dikesan oleh individu, dan banyak bukti yang
melatarinya, maka ujaran itu boleh dianggap sebagai ujaran yang bermenifestasi (Sperber
& Wilson, 1985). Pernyataan leksikal yang bersifat atribut membolehkan pendengar
membina konsep yang bersifat sementara yakni konsep ad hoc sekaligus fungsi makna
alat/benda yang diinterpretasikan menghasilkan sifat khusus atau spesifik.
Ketidakhadiran atribut pula menjadikan kata yang menerima imbuhan itu hadir di dalam
ujaran sebagai perwakilan psikologi yang dinyatakan bagi membina kesan kognitif
walaupun ia bukan sebagai objek logik semata-mata semasa ujaran itu diinterpretasikan.
Konsep rangka rujuk silang yang digunakan membolehkan rujukan yang sesuai dicari
bagi membina kesan kognitif sekaligus imbuhan ini dapat diinterpretasikan dan dicarikan
rujukannya dengan sempurna.

130
4.3.3 Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut], [-nyawa],[+/-keterangan]

Dalam bahagian ini pula, kata dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan awalan peN- yang
mendokong fungsi makna abstrak akan dianalisis dengan lebih terperinci. Apabila data
korpus diteliti, dapat dikatakan di sini bahawa sesuatu ujaran yang mengimplikasikan
fungsi makna abstrak tidak mempunyai atribut yang hadir di posisi sebelum mahupun
selepas kata yang menerima imbuhan. Dengan itu, fitur [-atribut] akan diberikan. Oleh
kerana imbuhan ini mengimplikasikan fungsi makna abstrak, jadi fitur [-nyawa] turut
diberikan bagi menunjukkan bahawa ia tidak bernyawa.

Berdasarkan jadual-jadual dalam bahagian analisis tahap 1, data-data yang dikenal


pasti mendokong fungsi makna abstrak akan dipaparkan. Berikut merupakan data-data
yang dikelompokkan mengikut alomorf masing-masing yang mengimplikasikan fungsi
makna alat/benda :

a. Alomorf pe- pelindung


b. Alomorf pen- penutup, penawar
c. Alomorf pem- pembuka, pembunuh, pemandu,
d. Alomorf peng- penggerak, penghalang, penghubung, pengganti
e. Alomorf peny- penyebab, penyebar

4.3.3.1 Alomorf pe-

Berikut merupakan data lengkap yang dikenal pasti mendokong fungsi makna abstrak :

a. Pelindung
Oleh kerana ramai yang menjadi anak angkat kepada sistem sekular, Islam yang
menjadi payung dan ***pelindung*** tidak dapat tidak dilaksanakan kerana
mereka begitu sayang kepada sistem sekular, ujarnya.

131
Daripada pemaparan data di atas iaitu bagi contoh pelindung, penginterpretasian
tanpa mengambil kira peranan pragmatik tidak memungkinkan kita mentafsirkannya
sebagai mengimplikasikan fungsi makna abstrak. Pemaparan data secara tunggal tidak
berupaya untuk kita menjelaskan “kelakuan” imbuhan peN- ini dengan lebih luas. Oleh
itu, daripada lima contoh data yang diberikan yang melibatkan alomorf pe- (dalam jadual
4.1) seperti yang ditunjukkan dalam analisis tahap 1, hanya satu data sahaja yang
menunjukkan imbuhan ini merujuk kepada fungsi makna abstrak yakni pelindung.

Apabila penutur mengujarkan ujaran ini, penutur sebenarnya telah


bermatlamatkan relevan yang optimum. Jadi menjadi tugas penutur untuk membekalkan
konteks yang jelas kepada pendengarnya supaya ujaran itu dapat diinterpretasi seperti
yang dihajati. Di sini pelindung bermaksud sesuatu yang melindungi. Tetapi apakah
yang dimaksudkan dengan “sesuatu”? Adakah ia bersifat konkrit atau abstrak? Dengan
melihat kepada konteks ujaran tersebut, “sesuatu” itu merujuk kepada leksikal Islam.
Dengan menggunakan rangka rujuk silang, pelindung dapat dipautkan kepada Islam dan
leksikal Islam ini merupakan anteseden kepada pelindung yang menjadi sebahagian
daripada konteks. Apa yang perlu difahami oleh pendengar itu adalah pemahaman
tentang konsep Islam. Berdasarkan pengetahuan latar belakang individu, seseorang itu
terutamanya yang beragama Islam sudah mempunyai maklumat yang secukupnya tentang
konsep Islam itu. Oleh kerana Islam merupakan agama yang melibatkan kepercayaan
kepada konsep ketuhanan atau Allah S.W.T, dan Allah S.W.T tidak dapat ditanggapi
dengan pancaindera atau kita katakan sebagai bersifat abstrak. Jadi pemahaman tentang
konsep yang bersifat abstrak ini membolehkan pendengar menginterpretasikan pelindung
mendokong makna abstrak kerana rujukan bagi pelindung dalam ujaran terbabit adalah
Islam. Dengan pemilihan rujukan yang sesuai, ujaran tersebut berjaya menghasilkan
kesan kognitif yang tinggi kepada pendengar semasa ujaran itu diproses sekaligus
menginterpretasikan kata yang menerima imbuhan itu mengimplikasikan fungsi makna
abstrak. Dan ini sejajar dari prinsip relevans komunikatif yang dijelaskan oleh Sperber &
Wilson (1995) bahawa pendengar yang mengenalpasti bahawa penutur telah berhajat
menyampaikan maklumat dengan jelas dan terang mestilah juga berandaian bahawa
132
penutur bermatlamatkan relevan yang optimum. Dengan kata lain penutur yang
berhajatkan maklumat yang disampaikannya jelas dan nyata mestilah sedaya upaya
menjadikan ujarannya mencapai tahap relevan yang tinggi agar berbaloi diproses oleh
pendengar dan tahap relevan ini mestilah tahap tertinggi yang mempu dicapai dalam
lingkungan pilihannya (Blakemore 2000 : 477).

4.3.3.2 Alomorf pen-

Daripada lima data yang mewakili alomorf pen-, hanya dua data yang mendokong fungsi
makna abstrak iaitu :

a. Penutup
"Boleh aku ambil ideamu sebagai ***penutup*** kertas kerja aku?"
b. Penawar
Bagi mengubat rindu, salam dan ucapan menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah
***penawar*** yang cukup memadai untuk seluruh sanak saudara serta rakan
taulan di tanah air

Melihat kepada data yang melibatkan alomorf pen-, terdapat dua contoh data yang
menunjukkan fungsi makna yang didokongnya adalah makna abstrak iaitu data penutup
dan penawar. Daripada dua data tersebut, fitur [-nyawa] dan [-atribut] diberikan. Fitur
tersebut diberikan adalah berdasarkan sifatnya yakni sesuatu yang tidak bernyawa untuk
fitur [-nyawa] dan leksikal yang tidak memerlukan sebarang ciri yang hadir di posisi
tertentu bagi menghasilkan fungsi makna abstrak untuk fitur [-atribut].

Apabila penutur telah bermatlamatkan relevan yang optimum bagi ujaran di atas,
pendengar tidak mempunyai masalah dalam menginterpretasikan maksud yang sebenar.
Di sini, dapat dikatakan bahawa apa yang penutur jangkakan sudah diketahui oleh
pendengar atau dikatakan sebagai praandaian (presupposition) penutur. Garnham (1985)
menyatakan bahawa praandaian ini merupakan makna-makna yang penutur anggap
133
dengan pasti telah dimaklumi oleh pendengar (dalam Zulkifli Hamid 2006 : 35). Dengan
mengandaikan bahawa pendengar mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai apa
yang akan diujarkan, penutur tidak dapat tidak akan menghasilkan sesuatu ujaran yang
jelas dan terang supaya usaha memproses maklumat dapat diminimumkan semasa ujaran
itu diproses oleh pendengar sekaligus meningkatkan kesan kognitif.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua ujaran atau ayat yang jelas dan terang seperti
dalam contoh di atas berjaya meningkatkan kesan kognitif dengan usaha memproses yang
berbaloi semasa proses penginterpretasian. Dengan menggunakan rangka rujuk silang,
kata dasar tutup dan tawar yang menerima imbuhan peN-, masing-masing dapat
dicarikan rujukannya. Misalnya leksikal penutup dapat dipautkan kepada ideamu
manakala leksikal penawar pula dapat dipautkan kepada salam dan ucapan. Setelah
rujukan yang sesuai dicari, pendengar harus memahami konsep leksikal yang dirujuknya
iaitu konsep ideamu, salam dan ucapan sekaligus dapat menginterpretasikan bentuk
proposisi yang dihajati. Di sini, leksikal ideamu merupakan anteseden kepada penutup
manakala leksikal salam dan ucapan pula merupakan anteseden kepada penawar.

Berdasarkan latar belakang andaian manusia, seseorang itu mempunyai maklumat


yang secukupnya tentang konsep ketiga-tiga leksikal tersebut iaitu idea, salam dan
ucapan terutamanya yang melibatkan penginterpretasian makna harfiah. Maklumat
konsep yang tersimpan di dalam memori seseorang akan dapat menginterpretasikan
leksikal ideamu sebagai sesuatu yang bersifat abstrak kerana ia melibatkan rancangan
ataupun perkara yang dibentuk secara pemikiran. Jadi, sesuatu yang dibentuk secara
pemikiran itu sudah semestinya bersifat abstrak. Sehubungan itu juga, frasa kertas
kerja yang hadir selepas kata yang menerima imbuhan iaitu penutup telah mengayakan
lagi andaian awal manusia. Walaupun kertas kerja itu dilihat sebagai sesuatu objek yang
konkrit, tetapi dengan melihat kepada konteks ujaran, kertas kerja yang dimaksudkan
bukanlah sesuatu yang bersifat konkrit, tetapi yang dilihat adalah isi kandungan yang
melibatkan idea atau cadangan yang ditulis di dalam kertas kerja tersebut. Dengan kata
lain, apabila penutup dipautkan kepada ideamu, maka penginterpretasian akan
134
melibatkan perkara yang dibentuk secara pemikiran yang bertujuan untuk merumus atau
membuat kesimpulan mengenai kertas kerja yang ditulis atau dicadangkan itu dan
biasanya ditulis di bahagian akhir penulisan kertas kerja tersebut. Jadi, apabila
pendengar dapat mencari rujukan bagi penutup itu adalah ideamu yang diinterpretasikan
sebagai sesuatu yang bersifat abstrak, jadi rujukan tersebut telah memungkinkan usaha
memproses dapat dijimatkan seterusnya penginterpretasian kata yang menerima imbuhan
itu dapat ditafsir dengan sempurna.

Melihat kepada anteseden salam dan ucapan pula, leksikal ini sememangnya
bersifat abstrak. Ini kerana berdasarkan andaian latar belakang manusia, maklumat
tentang konsep salam dan ucapan yang tersimpan di dalam memori seseorang individu
mampu bagi seseorang pendengar mentafsir ujaran itu. Biasanya apabila seseorang itu
menyampaikan salam atau ucapan, sudah semestinya salam dan ucapan itu akan
melibatkan bahasa sama ada ia berbentuk lisan atau tulisan. Apabila ia melibatkan bahasa,
maka pendengar akan membuat satu kesimpulan tentang andaian yang dibuat iaitu dengan
menginterpretasikan anteseden itu bersifat abstrak (bahasa merupakan sesuatu yang
bersifat abstrak). Maklumat ensiklopedia yang tersimpan membolehkan pendengar
menghasilkan andaian bahawa bahasa bersifat abstrak. Jadi, apabila penawar dapat
dipautkan kepada leksikal salam dan ucapan, ia sekaligus dapat meningkatkan kesan
kognitif kerana rujukan tersebut dapat meminimumkan usaha memproses maklumat
menjadi lebih sedikit dan berbaloi untuk diproses. Apabila kesan kognitif meningkat,
ujaran itu dikatakan mempunyai darjah kerelevanan yang optimum. Dengan itu,
pendengar dapat membuat satu kesimpulan dengan menginterpretasikan penawar
merujuk kepada makna abstrak.

4.3.3.3 Alomorf pem-

Berdasarkan jadual 4.3, daripada lima data yang dipaparkan, terdapat tiga data yang
mempunyai rujukan abstrak iaitu pembuka, pembunuh dan pemandu. Berikut

135
merupakan data lengkap bagi ketiga-tiga perkataan tersebut yang diambil daripada data
korpus :

a. Pembuka
Bahasa adalah alat keindahan pengucapan yang datang daripada sastera. Sastera
merupakan ***pembuka*** luas bagi bahasa.
b. Pembunuh
Menurutnya, hampir 30 peratus daripada kematian yang disahkan di negara ini
disebabkan penyakit kardiovaskular dengan penyakit jantung koronari sebagai
***pembunuh*** utama.
c. Pemandu
Sikap ini bersesuaian dengan tekanan mereka yang lebih umum yang diberi
kepada alam sebagai ***pemandu*** kehidupan sempurna manusia, dan
penekanan yang kuat terhadap etimologi diberikan kepada "bentuk asal" atau
"bunyi-bunyi pertama" perkataan yang dikatakan beronomatopia tetapi
kemudiannya telah mengalami perubahan yang pelbagai rupa (Robins, 1993: 25).

Berdasarkan data di atas, kata dasar yang menerima imbuhan peN- tersebut tidak
memperlihatkan kehadiran atribut yang dinyatakan di posisi sebelum ataupun selepas kata
tersebut dan dengan itu fitur [-atribut] diberikan. Oleh kerana leksikal pembuka,
pembunuh dan pemandu merujuk kepada makna abstrak, dengan itu fitur [-nyawa] turut
diberikan.

Secara literalnya, jika pendengar menginterpretasikan leksikal pembuka,


pembunuh dan pemandu dengan hanya melihat kepada data secara tunggal, ini tidak
memungkinkan bentuk proposisi yang dihajati akan tercapai. Ini kerana interpretasi
secara tunggal yakni tanpa melihat kepada konteks ujaran maksud yang diimplikasikan
akan menjadikan ujaran itu tidak bermakna. Misalnya leksikal pembuka akan
diinterpretasikan sebagai “sesuatu yang digunakan untuk membuka – biasanya
alat/benda”. Begitu juga dengan pembunuh bermaksud “orang yang membunuh” dan
136
pemandu iaitu “orang yang memandu – misalnya memandu kereta”. Jika
penginterpretasian sebegini dilakukan, maksud yang hendak disampaikan tidak akan
dicapai.

Sebaliknya jika kita melihat kepada konteks ujaran bagi ketiga-tiga data tersebut,
bentuk proposisi yang dihajati oleh penutur kepada pendengar akan dapat diinterpretasi.
Ini kerana semasa ujaran itu dihasilkan, penutur sebenarnya telah bermatlamatkan relevan
yang optimum. Dengan itu, maksud yang cuba disampaikan akan dapat diinterpretasikan
dengan sempurna.

Penafsiran berdasarkan konteks ujaran membenarkan ketiga-tiga leksikal dasar


yang menerima imbuhan tersebut dapat diinterpretasikan. Misalnya pembuka dapat
diinterpretasikan sebagai “sesuatu yang membuka seperti ruang”, pembunuh
diinterpretasikan sebagai “sesuatu yang membunuh” manakala pemandu pula ditafsir
sebagai “sesuatu yang memandu”. Jadi, jika ketiga-tiga data tersebut diinterpretasikan
sebagai “sesuatu”, rujukan “sesuatu” yang diinterpretasikan itu memperlihatkan
kekaburan dari segi rujukan sebenarnya. Justeru, dengan menggunakan rangka rujuk
silang, kata yang menerima imbuhan itu dapat dicarikan rujukannya. Misalnya pembuka
dapat dipautkan kepada sastera. Manakala pembunuh pula dapat dipautkan kepada
penyakit jantung koronari dan akhir sekali pemandu dapat dipautkan kepada sikap.
Di sini, leksikal yang dirujuk oleh kata yang menerima imbuhan peN- seperti sastera,
penyakit jantung koronari dan sikap merupakan anteseden kepada elemen yang
merujuknya.

Setelah rujukan dicari, pendengar perlu menginterpretasi ketiga-tiga anteseden


tersebut. Penginterpretasian anteseden akan membolehkan leksikal pembuka,
pembunuh dan pemandu dapat dicarikan maknanya terutama rujukan makna bagi
imbuhan peN-. Maklumat yang tersimpan di dalam ensiklopedia seseorang itu akan
membantu dalam proses penginterpetasian anteseden tersebut. Dengan maklumat konsep
yang tersimpan di dalam memori pendengar, ketiga-tiga anteseden ini dapat ditafsir
137
sebagai makna abstrak. Ini kerana anteseden tersebut tidak dapat ditanggapi dengan
pancaindera. Apabila kata yang menerima imbuhan itu merujuk kepada sastera,
penyakit jantung koronari dan sikap yang bersifat abstrak, ia sekaligus meningkatkan
kesan kognitif dan meminimumkan usaha memproses pendengar. Dengan itu, pendengar
dapat menginterpetasikan leksikal pembuka, pembunuh dan pemandu dengan
sempurna iaitu mendokong fungsi makna abstrak.

4.3.3.4 Alomorf peng-

Berikut merupakan data-data lengkap bagi alomorf peng- yang mendokong fungsi makna
abstrak :

a. Penggerak
Buku The Asian Renaissance mengandungi koleksi tulisan Anwar berhubung
pelbagai isu yang bergolak di Asia. Antaranya yang menyangkut tentang
perubahan dalam senario sosio-ekonomi di negara-negara Asia dan juga Islam
sebagai kuasa ***penggerak*** dan pencetus perpaduan di negara-negara Asia
khususnya dan dunia sejagat amnya.
b. Penghalang
Sudah tentu bukan agama Islam yang menjadi ***penghalang*** kepada
kemajuan.
c. Penghubung
Imaginasi dianggap sebagai ***penghubung*** antara sedar dengan separuh
sedar. Aktiviti berlaku dalam fikiran atau yang disebut sebagai daya ingatan.
d. Pengganti
Apabila sejenis roh jahat (kele) menculik isterinya, wira tersebut merebutnya
kembali dengan menggunakan pelbagai azimat sebagai ***pengganti*** dirinya
ataupun berubah menjelma semacam musang (ermine), pendeknya melakukan
tindakan yang boleh digolongkan sebagai motif ajaib dan magis.

138
Berdasarkan data-data di atas, terdapat empat data iaitu penggerak, penghalang,
penghubung dan pengganti merujuk kepada makna abstrak. Oleh kerana ia merujuk
kepada makna abstrak, maka fitur [-nyawa] diberikan. Bagi fitur atribut, untuk
menghasilkan fungsi makna abstrak, sebarang ciri tidak diperlukan. Jadi, fitur [-atribut]
diberikan.

Daripada data tersebut, dapat diinterpretasikan bahawa leksikal yang menerima


imbuhan itu akan ditafsir sebagai misalnya penggerak merupakan “sesuatu yang
menggerakkan”, penghalang sebagai “sesuatu yang menghalang”, penghubung sebagai
“sesuatu yang menghubungkan” dan pengganti diinterpretasikan sebagai “sesuatu yang
digunakan untuk menggantikan”. Penginterpretasian tersebut hanya melibatkan
penginterpretasian secara tunggal tanpa melibatkan konteks. Jadi penginterpretasian
tanpa konteks memperlihatkan kekaburan dari segi rujukannya. Ini kerana “sesuatu”
yang diinterpretasikan itu boleh merujuk kepada bermacam-macam hal dan benda sama
ada ia bersifat konkrit atau abstrak.

Dengan menggunakan rangka rujuk silang, leksikal atau kata yang menerima
imbuhan tersebut dapat dipautkan kepada konteks ujaran tersebut. Misalnya penggerak
dan penghalang dapat dipautkan kepada Islam. Penghubung pula dapat dikaitkan
dengan imaginasi dan pengganti dapat dipautkan kepada azimat. Dengan pemilihan
rujukan yang sesuai, kata berimbuhan tersebut dapat diinterpretasikan dengan baik. Ini
kerana rujukan tersebut telah meningkatkan kesan kognitif dan usaha memproses yang
sedikit. Leksikal yang dirujuk oleh kata berimbuhan tersebut merupakan anteseden
kepadanya. Di sini, pendengar perlu memahami konsep ketiga-tiga anteseden tersebut
iaitu Islam, imaginasi dan azimat. Maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam
memori seseorang itu akan membantu dalam memproses ujaran tersebut semasa ia
diinterpretasikan. Semasa ia diproses, pendengar akan menginterpretasikan anteseden
tersebut merupakan sesuatu yang bersifat abstrak. Ini kerana ketiga-tiga anteseden
tersebut merupakan entiti yang tidak dapat ditanggapi dengan pancaindera. Misalnya
imaginasi yang merupakan daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu)
139
dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan (Kamus Dewan Edisi Ketiga).
Jadi, sesuatu yang dicipta secara khayalan merupakan sesuatu yang bersifat abstrak. Oleh
itu, apabila kata berimbuhan merujuk kepada benda yang bersifat abstrak (iaitu Islam,
imaginasi dan azimat), secara tidak langsung ia merujuk kepada fungsi makna abstrak.
Dengan maklumat pengetahuan yang secukupnya yang tersimpan di dalam memori, serta
pemilihan rujukan yang sesuai, ia telah meningkatkan kesan kognitif pendengar dan kos
memproses yang rendah. Kesan kognitif yang tinggi telah menjadikan ujaran tersebut
berbaloi untuk diproses sekaligus menjadikan ujaran tersebut mencapai tahap relevan
yang optimum.

4.3.3.5 Alomorf peny-

Berikut merupakan data lengkap yang dikenal pasti mendokong fungsi makna abstrak :

a. Penyebab
Pakar Perunding Kardiologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
Dr. Abd. Latiff Mohamad memberitahu, penyakit darah tinggi merupakan
***penyebab*** utama berlakunya strok atau angin ahmar.
b. Penyebar
Bahasa Melayu tidak boleh dikatakan tidak mampu menjadi ***penyebar***
teknologi yang dicipta oleh Inggeris kerana walaupun agama Buddha, Hindu, dan
Islam begitu kompleks tetapi agama-agama tersebut dapat disebarkan ke rantau ini
melalui bahasa Melayu.

Data di atas menunjukkan kata berimbuhan merujuk kepada fungsi makna abstrak.
Dengan itu, fitur [-nyawa] diberikan. Oleh kerana untuk menginterpretasikan fungsi
makna abstrak tidak memerlukan sebarang ciri, maka fitur [-atribut] diberikan. Walaupun
terdapat leksikal yang berada selepas kata berimbuhan iaitu utama (bagi data penyebab)
dan teknologi (bagi data penyebar), namun ia tidak bersifat atribut. Ini kerana kehadiran
leksikal tersebut tidak mengubah makna kata yang menerima imbuhan melainkan hanya
140
untuk menyatakan sifat khusus. Jadi, leksikal yang hadir selepas kata berimbuhan adalah
bersifat keterangan iaitu mempunyai fitur [+keterangan].

Jika kita membuat penginterpretasian leksikal penyebab dan penyebar secara


tunggal yakni tanpa melibatkan konteks, makna yang sebenar sukar untuk ditafsir.
Misalnya penyebab akan diinterpretasikan sebagai “sesuatu yang menyebabkan”
manakala penyebar merupakan “orang yang menyebarkan sesuatu” atau “sesuatu yang
digunakan untuk disebarkan (sesuatu)”. Jadi, penginterpretasian sebegini
memperlihatkan adanya kekaburan dari segi rujukan. Bagi menyelesaikan kekaburan ini,
rangka rujuk silang akan diaplikasikan. Dengan menggunakan rangka rujuk silang,
leksikal penyebab dan penyebar dapat dicarikan rujukannya. Misalnya penyebab dapat
dipautkan kepada penyakit darah tinggi manakala penyebar dapat dipautkan kepada
bahasa Melayu. Di sini, penyakit darah tinggi dan bahasa Melayu merupakan
anteseden kepada kata berimbuhan. Bagi menginterpetasikan fungsi makna yang dihajati,
pendengar perlu memahami makna konsep bagi kedua-dua anteseden tersebut. Dengan
maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam memori seseorang itu, anteseden ini
seharusnya dapat diinterpretasikan bagi menghasilkan kesan kognitif yang tinggi dengan
kos memproses yang rendah.

Semasa anteseden itu diproses, pendengar akan menginterpetasikan penyakit


darah tinggi dan bahasa Melayu mempunyai makna abstrak. Ini kerana berdasarkan
maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam memori, kedua-dua anteseden ini
merupakan suatu entiti yang bersifat abstrak kerana ia tidak dapat ditanggapi dengan
pancaindera. Dengan maklumat ini, ujaran yang diproses itu telah meningkatkan kesan
kognitif dan usaha memproses yang rendah bagi menginterpretasikan bentuk proposisi
yang dihajati oleh penutur kepada pendengarnya. Dan ini sekaligus fungsi makna abstrak
dapat diinterpretasikan seperti yang dihajati. Dengan itu, jelas bahawa ujaran yang
dihasilkan bukanlah secara sewenang-wenangnya tetapi ia mesti dapat menjadikan
sesuatu ujaran itu jelas dan nyata. Ini bertepatan dengan prinsip komunikatif relevans
bahawa setiap ujaran yang dikomunikasikan itu mestilah “carries with it a presumption of
141
a certain appreciable level of relevance, that is, of cognitive effects for minimal
processing effort” (Cartson, 1998). Ertinya mestilah seboleh mungkin menjadikan
ujarannya jelas dan terang agar ujaran tersebut berbaloi diproses dengan kos memproses
yang rendah dan menjadi relevans yang optimum pada pendengar.

4.3.3.6 Rumusan Pola 3

Analisis di atas jelas menunjukkan bahawa bagi menginterpretasikan fungsi makna


abstrak, sesuatu ciri atau atribut itu tidak diperlukan. Meskipun ada leksikal yang hadir di
posisi tertentu di dalam ujaran, ia tidak bersifat atribut tetapi ia hanya bersifat keterangan
iaitu dalam memberi sifat khusus kepada kata berimbuhan. Dalam pada itu juga,
penginterpetasian data secara tunggal tidak memungkinkan fungsi makna abstrak dapat
dicungkil dengan lebih luas. Ini kerana penginterpretasian sebegitu akan memperlihatkan
kekaburan dari segi rujukan maknanya. Sebaliknya dengan menggunakan pendekatan
pragmatik khususnya Teori Relevans, makna sebenar dapat diperolehi. Hal ini kerana
makna linguistik yang diperoleh daripada representasi semantik ataupun bentuk logik
(schematic structure strings of concepts) merupakan input bagi proses inferensi pragmatik
(penginterpretasian makna) yang melibatkan kombinasi elemen linguistik dan faktor
konteks penggunaan bagi memeri makna yang lebih sempurna. Bagi mendapatkan makna
ujaran yang sebenar (disebut sebagai bentuk proposisi (language of thought)), Sperber &
Wilson (1995) menjelaskannya seperti berikut :

“The propositional form of an utterance is obtained by selecting a linguistically


encoded logical form, completing it (if necessary), to the point where it represents
a determinate state of affairs, and (if necessary) enriching in it various way”

Ertinya berdasarkan pendekatan Teori Relevans, fungsi dan implikasi lain yang tercetus
oleh penggunaan imbuhan dalam sesuatu ujaran dapat diperikan dan dicungkil dengan
lebih sempurna dengan beberapa cara pengayaan aspek-aspek konteks yang ditinggalkan
oleh semantik.

142
4.3.4 Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur[+/-atribut],[+ nyawa],[+/-keterangan]

Dalam bahagian ini, sesuatu kata yang menerima imbuhan awalan peN- yang mendokong
fungsi makna haiwan dan tumbuhan akan dianalisis. Dengan kata lain, penganalisisan
akan dibahagikan kepada dua iaitu rujukan haiwan dan rujukan tumbuhan. Bagi
menghasilkan fungsi makna haiwan dan tumbuhan ini, kata berimbuhan itu akan
diberikan fitur atribut dan fitur nyawa. Oleh kerana fungsi makna haiwan dan tumbuhan
ini merupakan organisma yang bernyawa, maka fitur [+nyawa] diberikan. Bagi fitur [+/-
atribut], untuk menghasilkan fungsi makna haiwan atau tumbuhan, sesuatu ciri itu
diperlukan terutama dalam proses pembinaan konsep yang bersifat sementara yakni
konsep ad hoc. Namun, dalam situasi-situasi tertentu, sesuatu leksikal atau kata yang
bersifat atribut ini tidak diperlukan semasa proses penginterpretasian kedua-dua rujukan
makna ini. Walaupun atribut tidak hadir di posisi tertentu (sama ada di posisi sebelum
mahupun selepas kata berimbuhan), tetapi ia masih dapat diinterpretasikan terutama
melalui pengaplikasian rangka rujuk silang. Rangka rujuk silang membolehkan
pemilihan rujukan yang sesuai dilakukan semasa ujaran diproses.

Selain itu, penulis juga telah menggabungkan sekali fungsi makna haiwan dan
tumbuhan. Ini adalah disebabkan oleh ‘kelakuan’ imbuhan tersebut yang dilihat
mempunyai pola yang sama bagi kedua-dua fungsi makna terbabit. Bermaksud bahawa
untuk menghasilkan fungsi makna haiwan dan tumbuhan, sesuatu kata yang berimbuhan
itu akan mempunyai fitur [+nyawa]. Bagi fitur [-/+atribut] pula, kedua-dua fungsi makna
ini boleh mempunyai atribut dan juga boleh tidak. Justeru, atas alasan itu, amat sesuai
sekali penulis menggabungkan dua fungsi makna yang berbeza di bawah satu pola yang
sama iaitu pola peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/- atribut], [+ nyawa].

Bagi menjelaskan fenomena ini dengan lebih terperinci, data-data yang telah
dikenal pasti mendokong fungsi makna haiwan dan tumbuhan akan dianalisis. Berikut
merupakan data yang disenaraikan mengikut alomorf yang dibahagikan kepada rujukan
makna haiwan dan rujukan makna tumbuhan :
143
1. Rujukan Makna Haiwan
a. Alomorf pe- pemakan, pelindung, perosak
b. Alomorf pem- pembunuh, pemandu
c. Alomorf peng- pengesan

2. Rujukan Makna Tumbuhan


a. Alomorf pe- pelindung
b. Alomorf pen- penutup

4.3.4.1 Alomorf pe-

Berikut merupakan data lengkap yang menunjukkan fungsi makna haiwan dan tumbuhan
bagi alomorf pe-.

Rujukan Makna Haiwan


a. Pemakan
Keadaan tersebut secara tidak langsung menarik perhatian burung
***pemakan*** bangkai - nasar. Ratusan ribu haiwan itu berhijrah ke Gettysburg
dalam tempoh singkat.

b. Pelindung
Semasa berada di atas pokok ekor tadi akan digunakan sebagai pengimbang ketika
mereka bergerak dari satu dahan ke satu dahan. Ekor tersebut juga digunakan
sebagai ***pelindung*** dari musuh dan juga untuk memanaskan badan mereka.
c. Perosak
Kaedah penanaman hidroponik dibuat dalam kawasan yang tertutup dengan jaring
untuk menghalang serangga ***perosak***.

144
Rujukan Makna Tumbuhan
a. Pelindung
Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge) untuk membentuk
sempadan kepada ruang-ruang tertentu, dijadikan tabir sebagai ***pelindung***
daripada angin dan pantulan cahaya di samping mendapatkan nilai estetik
daripada bentuk pepagar itu sendiri.

Berdasarkan data bagi alomorf pe-, terdapat tiga data yang merujuk kepada fungsi makna
haiwan iaitu pemakan, pelindung dan perosak. Bagi fungsi makna tumbuhan pula,
hanya terdapat satu data yang merujuk kepada fungsi makna tersebut iaitu pelindung.
Bermakna data pelindung boleh merujuk kepada dua fungsi makna iaitu haiwan dan
tumbuhan. Di sini, penulis melabelkan pelindung1 merujuk kepada haiwan manakala
pelindung2 merujuk kepada tumbuhan. Perbezaan rujukan ini hanya dapat ditafsir
melalui analisis berkonteks.

Melihat kepada fungsi makna haiwan dan tumbuhan, kedua-duanya mempunyai


pola fitur yang sama. Bermaksud bahawa kedua-duanya akan diberi fitur [+nyawa].
Fitur [+nyawa] ini diberikan berdasarkan sifatnya iaitu sesuatu organisma hidup atau
bernyawa meskipun ia merujuk kepada bukan manusia. Bagi fitur [+/-atribut] pula, untuk
rujukan makna haiwan, data (b) iaitu pelindung1 diberi fitur [-atribut] manakala bagi data
(a) iaitu pemakan dan data (b) iaitu perosak akan diberi fitur [+atribut]. Fitur [+atribut]
ini penting semasa proses penginterpretasian. Ini kerana sesuatu leksikal yang bersifat
atribut akan menghasilkan bentuk proposisi yang dihajati oleh penutur kepada
pendengarnya. Walaupun begitu, meskipun data (b) tidak menunjukkan adanya leksikal
yang besifat atribut, tetapi dengan bantuan rangka rujuk silang, pemilihan rujukan yang
sesuai akan membolehkan fungsi makna yang dihajati dapat diinterpretasikan.

Bagi rujukan makna tumbuhan pula, data pelindung2 tersebut akan diberikan fitur
[-atribut]. Ini kerana leksikal yang hadir di posisi sebelum dan selepas kata berimbuhan
itu tidak bersifat atribut. Bagi menginterpretasikan fungsi makna yang dihajati, rangka
145
rujuk silang membantu dalam membuat pemilihan rujukan yang sesuai semasa mentafsir
ujaran tersebut.

Secara literalnya, jika data-data di atas diinterpretasikan berdasarkan data secara


tunggal, bentuk proposisi yang dihajati tidak mungkin dapat ditafsir. Ini kerana
penginterpretasian data secara tunggal bagi data di atas akan ditafsir sebagai rujukan
manusia. Namun, dengan mengambil kira peranan konteks, makna yang dihajati akan
dapat diinterpretasikan.

Bagi data yang mempunyai fitur [-atribut] iaitu pelindung1 dan pelindung2,
rangka rujuk silang akan digunakan bagi menginterpretasikan rujukan makna yang
sebenar. Rangka rujuk silang membolehkan pelindung1 dapat dipautkan kepada ekor
dan pelindung2 dapat dipautkan kepada manggis. Di sini, leksikal ekor dan manggis
merupakan anteseden kepada pelindung1&2 tersebut. Dengan maklumat ensiklopedia
yang tersimpan di dalam memori pendengar, anteseden tersebut akan diinterpretasikan
dengan sempurna. Misalnya ekor merujuk kepada haiwan kerana hanya haiwan yang
mempunyai ekor manakala manggis merupakan sejenis buah atau tumbuhan yang
berbuah. Di sini, pendengar dengan secara automatik dapat menilai ujaran tersebut
sekaligus mencari rujukan yang sesuai bagi kata pelindung1&2 apabila ujaran ini
diperdengarkan. Semasa ujaran ini dihasilkan penutur sebenarnya telah bermatlamatkan
relevan yang optimum dan atas sebab itulah pendengar tidak perlu berusaha lebih bagi
menghasilkan kesan kognitif kerana konteks yang terbina adalah jelas dan sekaligus
membolehkan usaha memproses maklumat dijimatkan.

Untuk data pemakan dan perosak, kedua-duanya mempunyai leksikal yang


bersifat atribut di posisi sebelum kata berimbuhan. Misalnya ‘‘…burung
***pemakan***..” dan ‘‘…serangga ***perosak***”. Di sini, leksikal burung dan
serangga merupakan atribut kepada kata berimbuhan. Kehadiran atribut ini di posisi
sebelum kata yang menerima imbuhan membolehkan ia ditafsir sebagai fungsi makna
haiwan dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan kata dasar yang
146
menerima imbuhan. Makna harfiah iaitu haiwan yang ditafsir oleh pendengar bagi atribut
tersebut membolehkan ujaran itu diproses dengan sempurna. Proses penggabungan
maklumat akan membantu dalam membina kesan kognitif yang lebih sempurna dengan
kos memproses yang sedikit. Di sini, bentuk proposisi yang cuba disampaikan oleh
penutur kepada pendengarnya melalui pernyataan atribut membolehkan konsep ad hoc
dibina oleh pendengar semasa ujaran itu diproses melalui penyempitan makna konsep
sekaligus menjadikannya lebih khusus dan spesifik supaya kesan kognitif yang dihajati
penutur kepada pendengarnya dapat dicapai. Dengan terbinanya konsep yang bersifat
sementara, bentuk proposisi yang dihajati dapat ditafsir dengan baik.

4.3.4.2 Alomorf pen-

Berikut merupakan data bagi alomorf pen- yang merujuk kepada fungsi makna tumbuhan.

Rujukan Makna Tumbuhan


a. Penutup
Harga anak pokok palma adalah yang tertinggi (RM57.55-RM206.69/polibeg)
berbanding dengan pokok hiasan kumpulan lain [pokok naungan dan pinggiran
jalan (RM8.60-RM172.67/polibeg), pokok renek berdaun (RM3.44-RM 10.74/
polibeg), pokok renek berbunga (RM3.00-RM6.41/polibeg), dan pokok
***penutup*** bumi, tumbuhan jalar dan pemanjat (RM0.93 - RM6.23/polibeg)].

Berdasarkan data yang melibatkan alomorf pen-, hanya satu data sahaja yang merujuk
kepada fungsi makna tumbuhan iaitu penutup. Oleh kerana tumbuhan merupakan
organisma hidup, maka fitur [+nyawa] diberikan. Bagi fitur atribut pula, data di atas
menunjukkan adanya leksikal yang bersifat atribut yang hadir di posisi sebelum kata
berimbuhan. Jadi fitur [+atribut] diberikan. Leksikal tersebut adalah pokok.

Kehadiran leksikal yang bersifat atribut ini penting kerana ia akan meningkatkan
kesan kognitif semasa ujaran itu diproses. Tanpa leksikal yang bersifat atribut yakni
147
pokok, bentuk proposisi yang dihajati tidak dapat diinterpretasikan dengan sempurna.
Begitu juga apabila kata berimbuhan itu (yakni penutup) diinterpretasikan tanpa
mengambil kira peranan pragmatik. Makna sebenar tidak akan dapat ditafsir. Jadi,
kehadiran atribut di posisi sebelum kata berimbuhan yang membentuk frasa pokok
penutup telah membolehkan konsep ad hoc dibina. Konsep ini dibina melalui
penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kata berimbuhan dengan
menyempitkan kedua-dua makna konsep tersebut menjadi satu konsep yang bersifat
sementara. Penggabungan makna konsep yang berbeza dengan menyempitkan makna
konsep akan meningkatkan kesan kognitif dengan usaha memproses yang minimum
sekaligus fungsi makna tumbuhan akan dapat diinterpretasikan.

Selain itu, terdapat leksikal yang hadir di posisi selepas kata berimbuhan yakni
bumi. Leksikal yang hadir ini tidak bersifat atribut tetapi bersifat keterangan atau
mempunyai fitur [+keterangan]. Kehadirannya tidak menghasilkan bentuk proposisi lain
melainkan untuk menyatakan sifat khusus bagi fungsi makna tumbuhan tersebut.

Dengan adanya pernyataan atribut, penutur sebenarnya telah bermatlamatkan


relevan yang optimum. Dengan itu, maksud yang cuba disampaikan akan dapat
diinterpretasikan dengan sempurna.

4.3.4.3 Alomorf pem-

Berikut merupakan data lengkap bagi alomorf pem- yang merujuk kepada fungsi makna
haiwan.

Rujukan Makna Haiwan


a. Pemandu
Pada zaman moden ini, anjing digunakan sebagai ***pemandu*** bagi orang
yang cacat penglihatan.

148
b. Pembunuh
Prof. Zawawi berkata, sungguhpun Unimas tidak menghebahkan
penemuannya mengenai virus baru itu, namun pihaknya telah berkongsi
maklumat dan data mengenainya dengan semua pihak yang terbabit dalam
usaha mengesan virus ***pembunuh*** itu.

Data di atas menunjukkan kata berimbuhan merujuk kepada fungsi makna haiwan. Data
tersebut adalah pemandu dan pembunuh. Oleh kerana ia merujuk kepada fungsi makna
haiwan, makna fitur [+nyawa] diberikan. Bagi fitur atribut, data (a) iaitu pemandu akan
diberi fitur [-atribut]. Ini kerana leksikal yang hadir sama ada di posisi sebelum mahu
pun selepas kata berimbuhan tersebut tidak bersifat atribut. Manakala bagi data (b) iaitu
pembunuh, fitur [+atribut] akan diberikan. Fitur ini diberikan kerana leksikal yang hadir
di posisi sebelum kata berimbuhan iaitu virus merupakan atribut atau ciri yang akan
membantu dalam menginterpretasikan fungsi makna yang didokong oleh imbuhan awalan
peN-.

Untuk data (a) iaitu pemandu, jika ia diinterpretasikan tanpa melibatkan konteks,
fungsi makna haiwan tidak akan dapat ditafsir. Ini kerana makna harfiah di peringkat
logik bagi pemandu itu ditafsir sebagai manusia. Berbeza jika pemandu seperti dalam
data (a) diinterpretasikan dengan mengambil kira peranan pragmatik. Fungsi makna
haiwan tersebut dapat ditafsir. Walaupun tiada atribut yang hadir, fungsi makna ini masih
mampu untuk ditafsir. Ini kerana penutur telah bermatlamatkan relevan yang optimum
semasa ujaran itu diperdengarkan. Dengan menggunakan rangka rujuk silang, kata
berimbuhan tersebut dapat dipautkan kepada anjing. Di sini, pendengar harus dapat
memahami konsep anjing yang merupakan anteseden kepada kata berimbuhan tersebut.
Berdasarkan maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam memori seseorang, anjing
tersebut dapat diinterpretasikan sebagai haiwan atau binatang. Penginterpretasian ini
hanya pada makna harfiah di peringkat logik. Dengan pemilihan rujukan yang sesuai,
ujaran tersebut berjaya menghasilkan kesan kognitif yang tinggi kepada pendengar
semasa ujaran itu diproses bagi menginterpretasikan kata yang menerima imbuhan itu
149
mengimplikasikan fungsi makna haiwan. Jelas bahawa, walaupun leksikal yang bersifat
atribut tidak hadir di posisi tertentu di dalam ujaran, fungsi makna atau bentuk proposisi
yang dihajati masih dapat diinterpretasikan dengan baik. Dengan pemilihan rujukan yang
sesuai, ia tidak mempunyai masalah dalam mentafsir ujaran tersebut.

Melihat kepada data (b) pula, pembunuh mendokong fungsi makna haiwan.
Pernyataan atribut di posisi sebelum kata berimbuhan dalam membentuk frasa “…virus
***pembunuh***…” telah meningkatkan kesan kognitif dan usaha memproses
maklumat yang rendah semasa memproses ujaran tersebut. Tanpa leksikal yang bersifat
atribut, bentuk proposisi yang dihajati tidak akan dapat ditafsir dengan sempurna.
Semasa pendengar memproses ujaran itu, apa yang berlaku ialah pendengar akan
menggabungkan maklumat yang dinyatakan melalui atribut (yakni virus) dengan kata
yang menerima imbuhan terbabit bagi menghasilkan kesan kognitif yang tinggi sekaligus
konsep ad hoc dapat dibina dengan menjadikan ujaran itu lebih spesifik dan khusus.
Oleh kerana leksikal yang bersifat atribut dan kata yang menerima imbuhan itu
mempunyai konsep yang berbeza antara satu sama lain, maka dengan penggabungan
kedua-dua leksikal itu yang membentuk frasa, konsep yang bersifat ad hoc telah
dihasilkan bagi menginterpretasikan ujaran itu seperti yang dihajati oleh penutur. Di sini,
berlakunya penyempitan makna konsep dengan menjadikannya lebih spesifik iaitu
daripada dua konsep yang berbeza (yakni konsep atribut dan konsep leksikal yang
menerima imbuhan) membentuk satu konsep yang bersifat ad hoc seterusnya
menginterpretasikannya sebagai mendokong makna haiwan.

4.3.4.4 Alomorf peng-

Berikut merupakan data lengkap bagi alomorf peng- yang merujuk kepada fungsi makna
haiwan.

150
Rujukan Makna Haiwan
a. Pengesan
Menurut Hassan, selepas diperiksa dengan bantuan dua ekor anjing
***pengesan*** dadah, kenderaan itu dikesan mengandungi dadah berbahaya
yang disorok.

Data di atas menunjukkan fungsi makna yang didokong oleh imbuhan peN- adalah
haiwan. Dengan itu, fitur [+nyawa] diberikan. Bagi fitur atribut pula, data tersebut
memperlihatkan adanya leksikal yang bersifat atribut iaitu anjing. Jadi, fitur [+atribut]
diberikan.

Melihat kepada contoh data di atas iaitu “…anjing ***pengesan*** dadah…”,


dapat diperhatikan bahawa anjing merupakan leksikal yang bersifat atribut kerana
kehadirannya akan membolehkan pendengar dapat menghasilkan kesan kognitif yang
tinggi. Semasa ujaran itu diproses, pendengar akan menggabungkan maklumat yang
dinyatakan melalui konsep atribut dengan konsep kata yang menerima imbuhan terbabit
bagi menghasilkan kesan kognitif yang tinggi sekaligus konsep ad hoc dapat dibina
dengan menjadikan ujaran itu lebih spesifik dan khusus. Oleh kerana leksikal yang
bersifat atribut dan kata yang menerima imbuhan itu mempunyai konsep yang berbeza
antara satu sama lain, maka dengan penggabungan kedua-dua leksikal itu yang
membentuk frasa, konsep yang bersifat ad hoc telah dihasilkan bagi menginterpretasikan
ujaran itu seperti yang dihajati oleh penutur. Di sini, berlakunya penyempitan makna
konsep dengan menjadikannya lebih spesifik iaitu daripada dua konsep yang berbeza
(yakni konsep atribut dan konsep leksikal yang menerima imbuhan) membentuk satu
konsep yang bersifat ad hoc seterusnya menginterpretasikannya sebagai mendokong
fungsi makna haiwan. Pernyataan atribut yang jelas membolehkan ujaran itu diproses
tanpa sebarang masalah. Dengan itu, penggabungan kedua-dua konsep ini telah
mengimplikasikan fungsi makna haiwan yang bersifat ad hoc sekaligus ujaran itu telah
mencapai relevan yang optimum.

151
Melihat kepada leksikal dadah, yakni leksikal yang hadir selepas kata
berimbuhan, leksikal ini tidak bersifat atribut seperti anjing. Kehadiran leksikal dadah
ini adalah bersifat keterangan atau mempunyai fitur [+keterangan]. Dengan kata lain,
kehadirannya hanya bagi menyatakan sifat khusus dan tidak menghasilkan bentuk
proposisi lain. Justeru, fungsi makna haiwan masih dapat diinterpretasikan dengan
sempurna.

4.3.4.5 Rumusan Pola 4

Analisis di atas menunjukkan bahawa bagi mengimplikasikan fungsi makna haiwan dan
tumbuhan, leksikal yang bersifat atribut perlu hadir di posisi tertentu (sama ada sebelum
mahu pun selepas kata berimbuhan) supaya bentuk proposisi yang dihajati dapat
diinterpretasikan. Namun begitu, dalam situasi tertentu fungsi makna haiwan dan
tumbuhan ini perlu dijelaskan dengan menggunakan rangka rujuk silang. Ini kerana
leksikal yang bersifat atribut tidak dinyatakan. Walaupun tiada leksikal yang bersifat
atribut, bentuk proposisi yang dihajati oleh penutur kepada pendengarnya masih mampu
diinterpretasikan. Dengan kata lain, sesuatu ujaran yang dikomunikasikan itu mestilah
“carries with it a presumption of a certain appreciable level of relevance, that is, of
cognitive effects for minimal processing effort” (Cartson, 1998). Ertinya mestilah
seboleh mungkin menjadikan ujarannya jelas dan terang agar ujaran tersebut berbaloi
diproses dengan kos memproses yang rendah dan menjadi relevans yang optimum pada
pendengar.

4.3.5 Rumusan Analisis Tahap 2

Daripada keseluruhan analisis di atas, dapat dirumuskan bahawa dengan menggunakan


data-data yang diambil dari korpus, fungsi makna yang diimplikasikan oleh imbuhan
peN- dapat dijelaskan dengan baik terutamanya dengan menggunakan pendekatan
semantik dan pragmatik khususnya teori relevans. Sebelum ini, penjelasan tentang fungsi
makna imbuhan peN- hanya dihuraikan berdasarkan data-data tunggal bersama-sama
152
dengan ayat-ayat yang dibikin oleh penahu sendiri. Cara begini menyebabkan fungsi
makna yang dilihat bersifat dwifungsi dan pelbagai fungsi sukar untuk dicanai kerana
skop atau batasan kajian terlalu sempit sehinggakan ada fungsi makna seperti haiwan dan
tumbuhan tidak pernah disentuh langsung oleh penahu sedangkan rujukannya ada jika
kajian dilakukan dengan menggunakan data-data yang lebih autentik dan terpelihara
wacananya.

Selain itu, konteks dilihat mempunyai peranan yang begitu besar dalam
menjelaskan fungsi makna bagi imbuhan ini. Tanpa konteks, fungsi makna yang
diimplikasikan tidak berupaya bagi pendengar untuk menginterpretasikan bentuk
proposisi yang dihajati. Dalam pada itu juga, pembinaan konsep yang bersifat sementara
yakni konsep ad hoc sememangnya diperlukan semasa memproses ujaran atau ayat yang
diujarkan. Dengan menyempitkan makna konsep, maksud yang dihajati dapat
diinterpretasikan dengan sempurna.

Analisis di atas juga menunjukkan bahawa leksikal yang bersifat atribut (atau
mempunyai fitur [+atribut]) sangat penting dalam proses penginterpretasian terutamanya
bagi fungsi makna selain dari fungsi makna manusia. Tanpa leksikal yang bersifat atribut
ini, sesuatu ujaran itu sukar untuk diinterpretasikan maknanya. Namun, dalam keadaan
tertentu, leksikal yang bersifat atribut ini kadang-kadang tidak dinyatakan tetapi ini tidak
bermakna fungsi makna yang cuba disampaikan oleh penutur tidak dapat ditafsir dan
dicari rujukannya. Oleh kerana penutur telah bermatlamatkan relevan yang optimum,
sesuatu ujaran itu dapat ditafsir dengan sempurna. Rangka rujuk silang membantu
semasa ujaran itu diproses. Pemilihan rujukan yang sesuai membolehkan kesan kognitif
yang tinggi dihasilkan dengan kos memproses maklumat yang rendah. Dengan itu, ujaran
yang dihasilkan itu dapat diinterpretasikan tanpa sebarang masalah.

Bagi leksikal yang bersifat keterangan pula (atau mempunyai fitur [+keterangan]),
ia tidak mengimplikasikan sebarang bentuk proposisi lain melainkan hanya untuk
menyatakan sifat khusus atau spesifik. Jadi, ia dilihat bersifat opsyenal. Bermaksud ia
153
boleh hadir dan boleh tidak. Kehadiran dan ketidakhadirannya tidak akan memberi
sebarang fungsi makna lain semasa sesuatu ujaran itu diinterpretasikan. Dengan itu,
fungsi makna yang dihajati masih dapat ditafsir dengan sempurna.

Analisis yang dilakukan juga membolehkan pengkaji membuat satu rujukan


makna yang berbeza daripada huraian para penahu sebelum ini. Dengan analisis
berdasarkan empat pola di atas, satu bentuk pengkategorian fungsi makna bagi imbuhan
awalan peN- ini dapat dilakukan. Walaupun terdapat fungsi makna yang sama dengan
para penahu misalnya fungsi makna alat/benda dan abstrak, tetapi dari segi analisis dan
penghuraian, pengkaji berjaya mengemukakan bukti-bukti bahawa adanya sifat dwifungsi
dan pelbagai fungsi yang tidak dijelaskan dengan terperinci oleh para penahu. Selain itu,
rujukan fungsi makna baru turut ditemui misalnya fungsi makna haiwan dan tumbuhan.
Dengan penemuan tersebut, kajian ini telah berjaya mengemukakan satu dapatan baru
yang mampu menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu khususnya dari segi
nahu dan tatabahasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa analisis di atas berjaya merungkai keluar
kekusutan yang timbul. Dengan menggunakan data korpus, dibantu oleh teori yang
mantap, ia telah menghasilkan satu kajian yang boleh dipertanggujawabkan.

4.4 PENGKATEGORIAN SEMULA FUNGSI MAKNA AWALAN peN-

Dalam bahagian ini, pengkaji ingin mengemukakan satu bentuk pergkategorian baru yang
berkaitan dengan fungsi makna yang diimplikasikan oleh imbuhan awalan peN- ini.
Hasil daripada analisis berdasarkan empat pola di atas yang berkaitan dengan fungsi
makna manusia, alat/benda, abstrak, haiwan dan tumbuhan, pada hemat pengkaji
pengkategorian baru harus dikemukakan.

Pengkategorian semula ini bertujuan bagi mengelakkan adanya pertindihan fungsi


makna seperti yang pernah diutarakan oleh para penahu sebelum ini. Pertindihan fungsi
154
makna ini akan merencatkan proses pembelajaran bahasa dan para pelajar sukar untuk
menentukan fungsi makna yang betul dan tepat. Rujukan makna yang berbeza-beza dan
bertindih menyebabkan sesuatu interpretasi menjadi kabur. Jadi, dengan adanya
pengkategorian semula ini, ia sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi proses
pembelajaran dan pengajaran bahasa terutamanya dalam menjelaskan rujukan makna
yang sesuai bagi imbuhan peN- dengan mengambil kira konteks penggunaan.

Apa yang penting dalam pengkategorian semula fungsi makna ini, ia dibuat
berdasarkan analisis semantik dan pragmatik. Seperti yang dapat kita lihat dalam analisis
tahap 2, kesemua fungsi makna yang dijelaskan itu adalah berdasarkan pertimbangan
pragmatik khususnya teori relevans. Fungsi makna seperti yang dihuraikan di atas,
penulis melabelkannya sebagai ‘fungsi makna peka konteks/pragmatik’. Penjelasan
yang dilakukan sebelum ini terutamanya dengan menggunakan intuisi dan ayat-ayat
bikinan tidak lagi dipertimbangkan dalam pengkategorian semula ini. Ini kerana jelas
terpampang dalam buku-buku nahu bahawa fungsi makna yang diberikan tidak
menggambarkan penggunaan bahasa sebenar serta tidak memperlihatkan adanya sifat
dwifungsi dan pelbagai fungsi imbuhan peN-. Oleh itu, amat sesuailah pengkategorian
ini harus mengetepikan huraian-huraian yang pernah diutarakan di dalam buku-buku nahu.

Berikut merupakan pengkategorian semula fungsi makna imbuhan peN-


berdasarkan analisis yang telah dilakukan :

155
peN-

MANUSIA BUKAN MANUSIA


+ nyawa
- atribut
+/- keterangan
Organisma Hidup Alat / Benda Abstrak
(Haiwan dan Tumbuhan) - nyawa - nyawa
+ nyawa +/- atribut - atribut
+/- atribut +/- keterangan +/-keterangan
+/- keterangan

Gambar Rajah 4.1 : Pengkategorian Semula Fungsi Makna Imbuhan Awalan peN-

Daripada rajah di atas, perlu dijelaskan bahawa apabila berlakunya proses


morfologi yakni pengimbuhan, sama ada ia berlaku dengan kata nama, kata adjektif atau
kata kerja, fungsi makna yang akan diimplikasikan adalah seperti di dalam rajah di atas
yakni manusia, haiwan dan tumbuhan, alat/benda dan abstrak. Bermaksud bahawa
penentuan fungsi makna ini bergantung kepada konteks penggunaan. Walaupun dalam
situasi tertentu terdapat penginterpretasian fungsi makna tidak memerlukan sebarang
pertimbangan pragmatik terutamanya fungsi makna manusia, tetapi analisis yang
dilakukan menunjukkan bahawa fungsi makna manusia dapat dijelaskan melalui pola
seperti di atas. Misalnya apabila sesuatu kata dasar menerima imbuhan peN- yang
merujuk kepada fungsi makna manusia, fitur-fitur seperti [+nyawa], [-atribut] dan [+/-
keterangan] mesti membentuk kelas fitur untuk rujukan manusia semasa sesuatu ujaran
itu diinterpretasikan. Yang dikatakan sebagai ‘penginterpretasian fungsi makna tidak
156
memerlukan sebarang pertimbangan pragmatik’ ini pula ialah, kebiasaannya fungsi
makna manusia diinterpretasikan sebagai makna harfiah di peringkat logik sahaja dan
tidak memerlukan sebarang faktor-faktor bukan linguistik semasa sesuatu ujaran itu
ditafsir, dan ada juga penginterpretasian fungsi makna ini memerlukan analisis
berdasarkan rangka rujuk silang.

Jika fungsi makna manusia diberi fitur [-atribut], fungsi makna alat/benda, haiwan
dan tumbuhan pula mempunyai fitur [+/-atribut]. Bermaksud bahawa jika ujaran itu
mempunyai fitur [-atribut], penginterpretasian fungsi makna memerlukan pengaplikasian
rangka rujuk silang. Tetapi jika ujaran itu mempunyai leksikal yang mempunyai fitur
[+atribut], leksikal yang bersifat atribut itu dilihat sangat penting bagi menghasilkan
bentuk proposisi seperti yang dihajati. Ini kerana berdasarkan analisis di atas, leksikal
yang bersifat atribut ini mempunyai fungsi tersendiri dalam proses penginterpretasian
fungsi makna yang dihajati. Fungsi atribut dilihat sebagai :

Boleh hadir sebelum dan selepas kata berimbuhan

[+atribut] Membentuk frasa

Mengubah makna (membina konsep ad hoc)

Rajah 4.2 : Fungsi Fitur [+Atribut]

Merujuk kepada pengkategorian fungsi makna di atas, dapat diperhatikan adanya


fitur [+/-keterangan]. Fitur ini diberikan untuk kesemua fungsi makna terbabit iaitu
manusia, alat/benda, haiwan, tumbuhan dan abstrak. Bermaksud bahawa leksikal yang
bersifat keterangan ini boleh hadir dan boleh tidak. Dengan kata lain ia bersifat opsyenal.
Perlu dijelaskan bahawa fungsi keterangan ini berbeza dengan fungsi atribut. Fungsi
keterangan (terutamanya fitur [+keterangan]) dilihat sebagai :

157
Hadir selepas kata berimbuhan.

Membentuk frasa.
[+keterangan]
Tidak mengubah makna.

Hanya menyatakan sifat khusus atau spesifik.

Rajah 4.3 : Fungsi Fitur [+Keterangan]

Pengkategorian semula fungsi makna imbuhan peN- seperti yang diutarakan


sememangnya membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa serta
membentuk pemahaman yang lebih mendalam tentang fungsi makna imbuhan ini.
Dengan pengkategorian sebegini, seseorang individu sama ada pelajar mahupun guru
dapat memahami dengan lebih baik tentang fungsi makna yang akan diimplikasikan oleh
imbuhan peN-. Pemahaman yang baik perlu diselangi bersama-sama fungsi makna dan
faktor konteks dalam menentukan makna yang dihajati. Ditegaskan bahawa apa yang
penting ialah, pengkategorian ini amat menitikberatkan peranan konteks dalam
menentukan fungsi makna yang dimaksudkan. Oleh itu, amat sesuai pengkategorian
semula ini digelar penulis sebagai ‘fungsi makna peka konteks/pragmatik’.

4.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini berjaya membuktikan bahawa


teori relevans mampu untuk menyelesaikan kekaburan yang ada. Dengan menggunakan
pendekatan bahasa dahulu, kajian ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu dapatan baru,
malah ia turut mengukuhkan lagi teori yang digunakan semasa analisis dilakukan.
Penjelasan yang dahulunya hanya menggunakan ayat-ayat bikinan dan intuisi pengkaji
sendiri tidak lagi dipertimbangkan dalam kajian ini. Ini kerana dengan adanya data-data
158
yang lebih segar dan terpelihara wacananya, ia dikatakan mampu untuk memeri serta
menjelaskan fenomena yang berlaku dengan lebih sempurna terutama yang berkaitan
dengan aspek penggunaan bahasa. Dengan menitikberatkan pemerhatian, penjelasan dan
penghuraian, kajian ini telah berjaya mengemukakan satu kajian yang lebih bersifat
empiris serta boleh dipertanggungjawabkan.

159
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, satu rumusan menyeluruh tentang kajian yang dijalankan akan dilakukan
berdasarkan analisis semantik dan pragmatik bagi imbuhan awalan kata nama peN-.
Hasil daripada analisis yang dilakukan, akan dinyatakan beberapa dapatan baharu yang
dapat mencambah kosa ilmu dalam bidang linguistik khususnya semantik dan pragmatik
dan ia sekali gus akan menjawab beberapa perkara dalam kajian ini seperti masalah,
objektif dan kepentingan kajian yang telah dikemukakan di bahagian awal kajian. Di
akhir bab ini juga akan dikemukakan beberapa cadangan masa hadapan yang dirasakan
perlu untuk dilakukan kajian lanjutan terhadap nahu bahasa Melayu terutamanya kajian
yang menjurus kepada analisis semantik dan pragmatik khususnya Teori Relevans

5.2 DAPATAN KAJIAN

Pada dasarnya, apa yang dijelaskan dalam kajian terdahulu mengenai imbuhan peN-
dengan apa yang diutarakan dalam kajian ini sememangnya berbeza. Walaupun terdapat
perbezaan yang agak ketara tetapi ia masih berkisar kepada kajian makna. Pendekatan
berbeza yang digunakan dalam kajian ini telah menghasilkan satu dapatan yang berbeza
dan menarik berbanding dengan kajian penahu terdahulu.

Melalui penyenaraian fungsi makna yang dibuat sebelum ini, apa yang diutarakan
itu tidak dapat dinafikan sumbangannya. Namun, pemerian mereka (penahu) ternyata
tidak memadai jika dilihat dari sudut makna yang diberikan. Ini kerana kebanyakan
160
fungsi makna imbuhan peN- dan analisis yang diutarakan itu lebih kepada analisis
berdasarkan struktur dan binaan. Dengan kata lain, huraiannya tidak menonjolkan
peranan konteks, dan lebih kepada analisis berdasarkan intuisi. Selain itu, data-data yang
digunakan juga merupakan data-data tunggal (misalnya peN- + sapu akan diberikan
makna sebagai alat yang digunakan untuk menyapu) yang sukar untuk diselami fungsi
maknanya dengan lebih mendalam. Berbeza pula skopnya apabila data yang digunakan
itu merupakan data yang terpelihara wacananya dan dianalisis dengan menggunakan
pendekatan semantik dan pragmatik. Dilihat apa yang ditawarkan itu telah menunjukkan
bahawa dengan memperluaskan skop atau batasan analisis, sesuatu kata dasar yang
menerima imbuhan peN- boleh mengimplikasikan pelbagai fungsi makna atau sekurang-
kurangnya dua fungsi makna yang berbeza. Dengan itu, gelagat unsur kenahuan ini dapat
diperi dan dijelaskan dengan lebih mendalam.

Dalam kajian nahu, tidak kira aliran mana sekalipun, ayat merupakan unit yang
paling besar dan analisis dilakukan dalam batas ini sahaja. Keterbatasan skop kajian nahu
ini menyebabkan ada perkara yang tidak dapat diketengahkan dibandingkan dengan
kajian pragmatik (Hasmidar, 2006). Berdasarkan analisis pragmatik yang dilakukan
terhadap data berkonteks, didapati bahawa imbuhan peN- boleh melahirkan sifat
dwifungsi dan pelbagai fungsi makna tertentu mengikut konteks penggunaannya.
Misalnya makna pelindung yang diberikan berdasarkan huraian penahu nyata sekali
berbeza dengan analisis berdasarkan pragmatik. Daripada analisis ini, pelindung24 boleh
merujuk kepada lima fungsi makna yang berbeza mengikut konteks penggunaan. Oleh
itu, dengan memperluaskan skop atau batasan kajian, huraian dan analisis yang dilakukan
berjaya merungkai persoalan yang timbul tentang fungsi makna imbuhan peN-.

Selain itu, data korpus yang digunakan sebagai sumber data utama telah
menawarkan satu dapatan yang tidak dijangkakan sebelum ini. Dengan menggunakan
data yang terpelihara wacananya, jelas menunjukkan bahawa penyelidikan berdasarkan
data seperti ini berjaya menghasilkan satu penyelidikan yang dapat memugar kaedah
24
Lihat analisis 4.3.1.1, 4.3.2.1, 4.3.3.1, dan 4.3.4.1.
161
saintifik dalam linguistik. Di samping menggunakan data sebenar, kajian ini tidak lagi
berteraskan data-data secara tunggal. Sebaliknya analisis data korpus yang dilakukan ini
dapat diperluaskan skopnya melalui analisis aras ayat. Analisis sebegini berjaya
menggambarkan gelagat unsur kenahuan dengan lebih baik dan berpada khususnya
gelagat imbuhan awalan peN-. Ini kerana data yang diperolehi itu dilihat lebih empirik,
objektif dan segar. Dalam pada itu, data korpus juga telah memungkinkan pelbagai
variasi penggunaan imbuhan awalan peN- ditemui dalam pelbagai konteks penggunaan.
Sebaliknya, jika data-data yang dikutip itu dirakam secara terpisah daripada konteks
penggunaan secara menyeluruh, pada masa yang sama ingin memenuhi kehendak teori
yang digunakan, sudah tentu dapatan yang diperoleh menjadi tidak empiris dan praktis.
Hasilnya sudah pasti tidak sama seperti hasil yang ditemui melalui kajian ini. Nyata
sekali bahawa data sebenar memungkinkan beberapa penemuan yang tidak pernah
disentuh dan ditemui sebelum ini.

Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi dapat dicungkil keluar serta dibuktikan
dengan analisis yang lebih teoritis. Dapatan kajian bukan sahaja telah membuktikan
fenomena dwifungsi dan pelbagai fungsi yang diimplikasikan oleh imbuhan awalan peN-,
malahan turut membuktikan bahawa fungsi makna yang diberikan penahu boleh
diringkaskan dan dibuat satu pengkategorian semula melalui penggabungan fungsi-fungsi
makna terbabit. Pengkategorian ini mampu memudahkan lagi proses pembelajaran oleh
pelajar sekolah supaya fungsi makna yang diimplikasikan itu dapat dicarikan rujukannya.

Dapatan baru yang diperoleh daripada kajian ini sememangnya mampu untuk
dijadikan maklumat tambahan dan rujukan kepada pelajar, pengkaji bahasa, pengguna
bahasa dan sebagainya sebagai satu pemerian yang objektif dan teoritis. Dalam pada itu
juga, dapatan ini dapat membuka ruang kepada pengkaji lain untuk melihat tatabahasa
bahasa Melayu dengan lebih luas disamping kajian morfosemantik yang lebih bersifat
saintifik dijalankan terutamanya dalam menerapkan pendekatan semantik dan pragmatik
khususnya Teori Relevans dan Rangka rujuk Silang bagi menghasilkan satu penyelidikan
yang lebih praktis dan empiris.
162
5.3 DAPATAN BARU

Hasil daripada analisis yang dilakukan dengan menggunakan Teori Relevans dan Rangka
Rujuk Silang, dapatan-dapatan baru yang ditemui melalui penyelidikan ini telah berjaya
membuktikan bahawa kajian morfosemantik seperti ini mampu untuk menyumbang
kepada kosa ilmu linguistik. Dapatan baru ini dilihat tidak lagi bersifat kering sebaliknya
apa yang diperolehi itu telah membolehkan satu bentuk penghuraian dan pemerian yang
menepati tahap kepadaan (level of adequacy) dalam kajian linguistik.

Kajian ini telah menemukan kepada apa yang disebut sebagai sifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi imbuhan awalan peN-. Bermaksud bahawa sesuatu kata dasar yang
menerima imbuhan ini akan menzahirkan pelbagai fungsi makna atau sekurang-
kurangnya dua fungsi makna yang berbeza. Misalnya dalam contoh pelindung 25 di
bawah :

a. Kurniaan panji-panji itu adalah untuk memperingati jasa keberanian dan


keikhlasan pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan ***pelindung*** orang
ramai semasa darurat selama 12 tahun itu.
b. Menurut Khaled, masalah yang dihadapi pengusaha ladang membabitkan
peralatan perladangan seperti jentolak (untuk membajak tanah), plastik
***pelindung***, baja dan benih.
c. Oleh kerana ramai yang menjadi anak angkat kepada sistem sekular, Islam yang
menjadi payung dan ***pelindung*** tidak dapat tidak dilaksanakan kerana
mereka begitu sayang kepada sistem sekular, ujarnya.
d. Semasa berada di atas pokok ekor tadi akan digunakan sebagai pengimbang ketika
mereka bergerak dari satu dahan ke satu dahan. Ekor tersebut juga digunakan
sebagai ***pelindung*** dari musuh dan juga untuk memanaskan badan mereka.

25
Analisis bagi kata pelindung boleh dilihat dalam bab 4. Bahagian ini sekadar menyenaraikan contoh
sahaja.
163
e. Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge) untuk membentuk
sempadan kepada ruang-ruang tertentu, dijadikan tabir sebagai ***pelindung***
daripada angin dan pantulan cahaya di samping mendapatkan nilai estetik
daripada bentuk pepagar itu sendiri.

Daripada contoh tersebut, ditegaskan bahawa kata pelindung bukan sekadar


merujuk kepada satu makna sahaja malah dengan melihat kepada konteks ujaran yakni
data yang diambil daripada data korpus, ia menunjukkan bahawa pelindung boleh
mendokong lima fungsi makna yang berbeza iaitu (a) manusia, (b) alat/benda, (c) abstrak,
(d) haiwan dan (e) tumbuhan. Kepelbagaian fungsi makna yang ditemui ini tidak pernah
disebut oleh penahu Melayu sebelum ini di dalam buku-buku nahu mereka. Jika disentuh
hanya sekadar menyatakan sebagai gabungan makna yang diperi berdasarkan data-data
tunggal dan analisis berteraskan intuisi pengkaji sendiri. Antara contoh yang diberi
penahu senagai gabungan makna adalah seperti penggali yang bermaksud orang yang
menggali dan alat yang digunakan untuk menggali. Makna yang diberi oleh penahu
melalui pernyataannya sebagai gabungan makna tidak pernah lebih daripada dua rujukan
makna (seperti dalam contoh penggali) tetapi sebaliknya dapatan dalam kajian ini yang
memperlihatkan wujudnya lebih daripada satu mahupun dua fungsi makna yang berbeza.
Wujudnya sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi hanya dapat ditafsir melalui analisis
berdasarkan data korpus disamping menggunakan teori yang sesuai. Selain itu, kajian ini
juga menemukan kita kepada dua fungsi makna baru yakni fungsi makna haiwan dan
tumbuhan. Sebelum ini, penahu tidak menyebut mengenai wujudnya kedua-dua fungsi
makna ini di dalam buku nahu mereka. Sebaliknya kajian ini telah membuktikan bahawa
dengan memperluaskan skop kajian, fungsi makna yang tidak pernah dibincangkan itu
wujud di dalam bahasa Melayu. Dengan ini, ternyata bahawa dengan menggunakan
pendekatan pragmatik khususnya teori relevans, bukan sahaja sifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi berjaya dirungkai malah fungsi makna baru turut dapat dikopak dari
kepompongnya.

164
Hasil kajian ini juga mendapati bahawa bagi menginterpretasikan sesuatu rujukan
makna, dilihat adanya leksikal yang hadir di posisi sebelum mahupun selepas kata yang
menerima imbuhan bagi membantu sesuatu fungsi makna itu diinterpretasikan dengan
sempurna. Misalnya fungsi makna bagi alat/benda, haiwan dan tumbuhan26. Ketiga-tiga
fungsi makna ini memerlukan leksikal yang bersifat atribut (atau mempunyai fitur [+
atribut]) hadir di posisi terbabit. Jika leksikal yang bersifat atribut ini tidak hadir, bentuk
proposisi yang dihajati tidak akan dapat diinterpretasikan dengan baik. Ini kerana
kehadiran leksikal yang bersifat atribut bersama-sama dengan kata yang menerima
imbuhan akan membentuk frasa bagi membolehkan kesan kognitif yang tinggi dihasilkan
sekaligus konsep ad hoc dapat dibina dengan menjadikan ujaran itu lebih spesifik dan
khusus.

Selain itu. apa yang dapat dinyatakan di sini ialah proses pengimbuhan yang
berlaku dalam sesuatu kata dasar serta wujudnya leksikal yang bersifat atribut ini
bertujuan untuk menonjolkan kejelasan serta meningkatkan kerelevanan sesuatu ayat
kepada pendengar. Dan ini bersesuaian dengan gagasan Sperber & Wilson (1995) dalam
Teori Relevans iaitu :

“human do have an automatic tendency to maximize relevance, not because we


have a choice in the matter, but because of the way our cognitive system have
evolved. As a result of constant selection pressure towards increasing efficiency,
the human cognitive system has developed in such a way that our perceptual
mechanism tend automatically to pick out potentially relevant stimuli, our memory
retrieval mechanisms tend automatically to potentially relevant assumptions, and
our inferential mechanisms tend spontaneously them in the most productive way”

Hakikat bahawa sifat kognitif manusia yang cenderung untuk memilih ransangan
(stimuli) yang paling relevans dengan persekitaran dan maklumat lampaunya
menyebabkan penutur pula mestilah sedaya upaya menghasilkan ransangan (stimuli) yang
dapat menarik perhatian dan membolehkan pendengar memperoleh andaian konteks
dengan segera dan menjurus kepada kesimpulan yang dihajatkan oleh penutur (Hasmidar,

26
Lihat rajah pengkategorian semula fungsi makna imbuhan awalan peN- dalam bab 4.
165
2006). Atas dasar ini jugalah maka penggunaan imbuhan peN- dan leksikal yang bersifat
atribut adalah untuk menjadikan sesuatu ujaran itu bersifat ostensif iaitu jelas dan terang
serta membangkitkan andaian relevans yang tepat dan boleh diramal.

Fungsi makna peka konteks/pragmatik. Itulah label yang penulis utarakan di


dalam bab sebelum ini bagi menyatakan bahawa pengkategorian semula fungsi makna
imbuhan awalan peN- merupakan fungsi makna yang dilakukan dengan mengambil kira
faktor-faktor bukan linguistik. Pengkategorian semula ini dilihat sebagai satu dapatan
yang dianggap mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri. Dahulunya fungsi makna
yang diutarakan penahu Melayu menunjukkan adanya percangggahan pendapat serta
berlakunya pertindihan antara satu fungsi makna dengan makna yang lain. Tetapi
pertindihan dan percanggahan pendapat mengenai fungsi makna ini boleh digilap bagi
menghasilkan satu pengkategorian semula fungsi makna imbuhan awalan peN- supaya
maklumat yang disampaikan itu lebih padat dan ekonomi. Maklumat-maklumat yang
disampaikan dengan ringkas dan padat membantu pengguna bahasa misalnya seperti
pelajar sekolah semasa proses pembelajaran berlangsung terutama dalam mencari rujukan
yang sesuai bagi fungsi makna imbuhan awalan peN-.

Hasil daripada kajian ini, dapatan-dapatan yang diperolehi membuktikan bahawa


dengan menggunakan pendekatan pragmatik khususnya teori relevans serta
pengaplikasian kerangka rujuk silang, pemerian lanjut dan berpada dapat dilakukan bagi
menjelaskan gelagat kenahuan imbuhan awalan peN- ini serta dapat menyingkap maksud
sebenar yang diimplikasikan oleh imbuhan terbabit di dalam sesuatu ayat atau ujaran.
Teori relevans ternyata sekali sesuai bagi menghurai, menjelas serta memeri aspek bahasa
yang dikaji. Kesemua ciri utama dalam kajian linguistik iaitu kepadaan pemerhatian,
pemerian dan penjelasan (level of adequacy) nyata dapat dipenuhi serta dapatan-dapatan
yang diperolehi boleh dipertanggungjawabkan.

166
5.4 OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian ini, ternyata analisis yang dilakukan telah berjaya menjawab objektif
seperti yang telah dikemukakan di awal kajian ini. Melalui pertimbangan pragmatik,
dilihat fenomena kenahuan imbuhan awalan peN- dapat diperi dengan cara yang lebih
berpada, praktis dan objektif. Ini ternyata bahawa data korpus yang dijadikan bahan
analisis yang utama mampu menawarkan satu kajian yang baik serta dapatan yang boleh
dipertanggungjawabkan.

Selain itu, sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi turut mampu untuk dihurai dan
dijelaskan dengan sebaik mungkin. Dengan penjelasan yang padat, sifat dwifungsi dan
pelbagai fungsi makna merupakan salah satu dapatan penting bagi menambahbaikan nahu
Melayu supaya pemerian yang bersifat ala intuisi dan data tunggal dapat diperbaiki
semula. Ini adalah kerana pemerian sebegini tidak dapat menggambarkan sifat imbuhan
awalan peN- dengan lebih luas dan mendalam. Oleh yang demikian, jelas bahawa
dengan menggunakan pendekatan semantik dan pragmatik khususnya teori relevans,
dapatan kajian ini nyata sekali telah memenuhi dan menepati objektif kajian yang
dikemukakan.

Selain dari objektif kajian dipenuhi, penyelidikan ini telah menyumbangkan


kepada bidang ilmu linguistik khususnya semantik dan pragmatik. Penyelidikan ini
secara tidak langsung telah memperbanyak serta memperkayakan lagi kosa ilmu dalam
nahu bahasa Melayu. Memandangkan kajian sebelum ini hanya bersifat huraian dan
penyenaraian fungsi makna imbuhan awalan peN-, maka kajian ini telah memberi satu
kelainan dari segi analisis dan hasil dapatannya iaitu melihat fungsi makna imbuhan
dengan lebih bersifat teoritis.

Hasil dapatan yang diperolehi juga memperlihatkan adanya penambahbaikan nahu


Melayu yang sedia ada. Penambahbaikan ini dilihat sebagi satu sumbangan yang baik
supaya fungsi makna yang pernah diutarakan oleh penahu itu dapat diperkemas dan
167
dimantapkan lagi selaras dengan kehendak teori relevans. Pemantapan nahu yang terhasil
daripada kajian ini dapat menyumbang kepada pengukuhan dan perkembangan ilmu
linguistik sebagai satu disiplin yang dapat memeri fenomena sesuatu bahasa.

Teori relevans merupakan satu teori penginterpretasian ujaran yang didasari oleh
kenyataan umum tentang kognitif, iaitu kognisi manusia secara automatiknya sentiasa
bermatlamat keefisienan pemprosesan maklumat sebanyak mungkin bagi mencapai
relevans yang optimum (Sperber & Wilson, 1986). Jadi, dengan menggunakan teori
relevans sebagai jambatan analisis dalam kajian ini, ia telah memberi satu cara alternatif
dalam menjelaskan fenomena bahasa yang diutarakan. Pada masa yang sama, ia telah
membuktikan bahawa teori relevans berjaya membuat satu deskripsi yang baik bagi nahu
bahasa Melayu selain dapat mengukuhkan lagi teori berkenaan.

Oleh itu, jelas bahawa kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada satu dapatan
yang dapat memperkayakan lagi kosa ilmu linguistik di Malaysia malah turut
membuktikan kemantapan dan kekukuhan teori yang diaplikasikan.

5.5 CADANGAN MASA MUKA

Dalam rangka kerja yang diberikan oleh Sperber & Wilson (1986, 1995), maksud yang
dihajati penutur dapat diinterpretasikan dengan betul oleh pendengar dengan cara
menerima ujaran atau ayat yang selari dengan prinsip-prinsip relevans, kemudian memilih
rujukan yang sesuai dan mudah dan menjelaskan ketaksaan yang timbul. Jelas mereka,
penginterpretasian bahasa semula jadi tidak boleh ditanggapi secara khusus daripada kata-
kata yang membentuk ayat dan cara kombinasinya (seperti yang biasa dalam sisten logik)
sebaliknya bergantung secara sistematik pada persekitaran ataupun konteks ayat tersebut.
Tambah mereka lagi, bentuk logik ataupun representasi semantik biasanya bukanlah
proposisi yang lengkap, ia hanya berfungsi sebagai skema andaian yang perlu
dikembangkan secara inferensi sehingga bentuk proposisi ujaran tersebut diperoleh dan
dapat pula dinilai sebagai kenyataan yang benar atau palsu. Dengan kata lain,
168
representasi semantik berperanan sebagai sumber hipotesis tentang hajat penutur, dan
menyediakan klu-klu komunikatif bagi pendengar. Dengan berlandaskan kenyataan
Sperber & Wilson itu, Hasmidar (2006) ada menyuarakan bahawa kajian makna
khususnya kajian makna aspek tatabahasa atau nahu tidak boleh terhenti pada tahap
semantik sebaliknya harus dilanjutkan dengan menggunakan pendekatan pragmatik. Oleh
itu, amat berguna sekali jika kajian makna yang akan dilakukan nanti seharusnya didasari
oleh pendekatan pragmatik dan bukan sekadar analisis semantik semata-mata.

Pendekatan pragmatik yang digunakan sememangnya tidak terhad kepada kajian


ini sahaja malah ia seharusnya disusuli dengan kajian-kajian lain. Ini kerana pendekatan
semantik dan pragmatik berjaya merungkai keluar permasalahan yang timbul di samping
data yang segar dan empiris digunakan. Jika kajian ini melihat kepada imbuhan awalan
kata nama peN- sahaja, mungkin akan datang ada beberapa lagi kajian yang berkaitan
dengan imbuhan yang boleh diteliti dan diselidiki. Ini kerana kita sedia maklum bahawa
bahasa Melayu amat kaya dengan imbuhan dan dalam pada masa yang sama, imbuhan-
imbuhan mendokong penanda semantik tertentu.

5.6 KESIMPULAN

Dapatan yang diperoleh dari kajian ini mengenai fungsi makna imbuhan awalan peN-
membuktikan bahawa konteks ayat atau ujaran memainkan peranan yang penting dalam
memeri nahu bahasa Melayu. Konteks yang dibekalkan berjaya memugar sifat dwifungsi
dan pelbagai fungsi imbuhan ini.

Kajian yang berorientasikan data korpus yang dianalisis dengan menggunakan


pendekatan semantik dan pragmatik sememangnya tidak dapat dinafikan sumbangannya.
Jadi, ia harus diteruskan. Dalam pada itu, data korpus berkonteks ini juga sememangnya
telah menawarkan pelbagai penemuan baru yang tidak dijangkakan sebelum ini. Jelas,
data sebegini mampu untuk memeri aspek tatabahasa atau nahu dengan lebih praktis,
objektif, empiris dan sempurna.
169
RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1994. Tatabahasa Dinamika. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan & Liaw Yock Fang 1994. Nahu Melayu Moden. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Abdullah Hassan. 1993. Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Arbak Othman. 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Sarjana
Enterprise
Asmah Hj Omar 1988. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Asmah Hj Omar 1993. Nahu Melayu Muktahir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Asmah Hj. Omar. 1975. Trends In Bahasa Malaysia Grammar 1960-1971 : A Critical
Survey. dalam Essays On Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Assimakopoulos, S. 2006. Cognitive Representation and the Relevance of On-line
Constructions (atas talian) www.zas.gwz-berlin.de/papers/zaspil/articles/zp44/
Assimakopoulos.pdf [20 Jun 2008]
Azhar M. Simin. 1988. Discourse Syntax of ”Yang” in Malay. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka
Azhar M. Simin. 1991. Siri Prapenerbitan Akademik Sintaksis-Wacana Yang Dalam
Bahasa Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azhar M. Simin. 1993a. Sintaksis-Wacana Yang Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka
Azhar M. Simin. 1993b. Pengilap dan Peneroka Ilmu Nahu Melayu Dlm. Teori Linguistik
dan Bahasa Melayu. Disunting oleh Ajid Che Kob & Nor Hashimah Jalaluddin.
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Blakemore, D. 1990. Constraints On Interpretation. Proceedings of 16th. Annual Meeting
of the Berkerly Linguistics Society. hlm. 363-370

170
Blakemore, D. 1995. Relevance Theory. Dlm Handbook of Pragmatics. disunting oleh
Verschueren, J.-O, Ostman dan Blomaert, J.J. Amsterdam : John Benjamins.
Blakemore, D. & Cartson, R. 1999. The Pragmatics of and-conjunctions : The Non-
narrative cases. UCL Working Papers in Linguistics. 11 : 1-20
Cartson, R. 1988. Implicature, Explicature, and Truth-Theoritic Semantics. Dlm.
Kempson, R.M (pnyt) Mental Representations : The Interface Between Language
and Reality. hlm. 155-181. Cambridge : Cambridge University Press.
Cartson, R. 1998. The Semantics/Pragmatics Distinction : A View From Relevance
Theory. UCL Working Papers in Linguistics 10 : 53-80
Carston, R. 2002. Thoughts and Utterances: The Pragmatics of Explicit Communication.
Oxford: Blackwell.
Crystal, D. 1991. A Dictionary of Linguistics and Phonetics (atas talian)
http://books.google.com.my/books?id=bSxjt1irqh4C&pg=PP1&dq=A+Dictionary
+of+Linguistics+and+Phonetics&as_brr=0&sig=NywgGiPpyycGdloPERfpXBkFI
FI [20 Jun 2008]
Hashim Musa & Ong Chin Guan, 1998. Pengantar Ilmu Makna. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hashim Musa (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasmidar Hassan 2007. Kata Hubung ’dan’ : Satu Analisis Semantik dan Pragmatik &
Idris Aman (pnyt). Linguistik : Teori dan Aplikasi, hlm. 166-185. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasmidar Hassan, 2006. Kata Hubung dan dan tetapi : Satu Analisis Perbandingan Nahu
dan Pragmatik. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibrahim Ahmad. 1994. Perkamusan Melayu : Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka.
Idris Aman, 2007. Kata Bantu Akan. Dlm Nahu Praktis Bahasa Melayu disunting oleh
Zaharani Ahmad. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Imran Ho Abdullah. 2007. Konstruksi Perbandingan : Pendekatan Linguistik Kognitif.
Dlm. Nor Hashimah, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt). Linguistik : Teori
dan Aplikasi, hlm. 78-93. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Imran Ho Abdullah. 2008. Semantics Motivation For The Malay Prefix beR-. Kertas
Kerja Persidangan Linguistik Asia Tenggara (SEALS XVIII). Bangi, Universiti
Kebangsaan Malaysia. 21-22 May 2008

171
Jensen, J. T, 1995. Morfologi Struktur Kata Dalam Nahu Generatif (terj) Ajid Che Kob
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Junaini Kasdan, 2007. Perbezaan Tahap Ketelusan Morfosemantik Antara Istilah
Teknologi Maklumat Malaysia Dengan Indonesia Dalam MABBIM. Tesis Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan, 1994 (Edisi Ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Linguistik 1997. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kennedy, G. 1998. An Introduction to Corpus Linguistics. London : Longman

Lufti Abbas, 1988. Nahu Penambah Bahasa Malaysia Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Lyons, J. 1968. Introduction to Theoretical Linguistics. Cambridge : Cambridge


Unversity Press.

McEnery & Wilson, D. 1996. Corpus Linguistic. Edinburgh : Edinburgh University Press

McEnery & Wilson, D. 2001. Corpus Linguistic : An Introduction. Ed. Ke-2 Edinburgh :
Edinburgh University Press
Nik Safiah Karim et al. 1993 Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. 2008. The Semantic of Prefix peN- in
Malay : A Bridging Cross Reference Analysis. Kertas Kerja Persidangan
Linguistik Asia Tenggara (SEALS XVIII). Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia. 21-22 May 2008
Nor Hashimah Jalaluddin & Hawiyah Baba. 2007. Masalah Polisemi Dalam Perkamusan :
Satu Penyelesaian Semantik Kognitif. Dlm. Nor Hashimah, Imran Ho Abdullah
& Idris Aman (pnyt). Linguistik : Teori dan Aplikasi, hlm. 78-93. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin, 2007. Bahasa dalam Perniagaan : Satu Analisis Semantik dan
Pragmatik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin, 2007 Kata Ganda Bilangan. Dlm Aspek Nahu Praktis Bahasa
Melayu disunting oleh Zaharani Ahmad. hlm 253-273. Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia

172
Nor Hashimah Jalaluddin, 2007 Kata Ganti Nama ia dan ianya. Dlm Aspek Nahu Praktis
Bahasa Melayu disunting oleh Zaharani Ahmad. hlm. 235-251. Bangi : Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Hashimah Jalaluddin, 2007. Budaya Penyelidikan Bertamadun, Dlm Linguitik Teori
dan Aplikasi. Disunting oleh Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah &
Idris Aman. Bangi : Penerbit Universiti Kebansaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik : Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Norsimah Mat Awal & Harishon Radzi. 2008. Bahasa Melayu meN-...-kan Affix : A
Morphosemantic Analysis. Kertas Kerja Persidangan Linguistik Asia Tenggara
(SEALS XVIII). Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. 21-22 May 2008
Norsimah Mat Awal. 2007. Peluasan Makna kata ‘aman’ dan ‘manis’ bersandarkan data
korpus. Dlm. Nor Hashimah, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt).
Linguistik : Teori dan Aplikasi, hlm. 78-93. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nurul Huda, 2008. Peluasan Makna Imbuhan beR- : Analisis Semantik Kognitif. Tesis
Sarjana. Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Palmer, F.R. 1989. Semantik. Terj. Abdullah Hassan. Kuala Lumpur : USM & Dewan
Bahasa & Pustaka.
Raja Mashitah & Lee Lai Feng. 2005. Petunjuk Bahasa Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rundell, G. 1996 The Corpus of The Future and The Future of The Corpus (atas talian)
http//:www.ruf.rice.edu/~barlow/futcrp.html [20 Jun 2008]
Samarin, J.W. 1993. Linguistik Lapangan. Panduan Kerja Lapangan Linguistik. Terj.
Kamruzaman Mahayiddin & Zahrah Abd. Ghafur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
& Pustaka.
Sinclair , 1997. Corpus Evidence in Language Description. Dlm. Teaching And
Language Corpora (pnty) Wichmann, A et. al. hlm 27-39. Longman : London &
New York
Sinclair, J. 1991. Corpus, Concordance, Collocation. Oxford : Oxford University Press

Sperber, D & Wilson, D. 1986. Relevance : Communication and Cognition. Oxford :


Blackwell.

173
Sperber, D & Wilson, D. 1995. Relevance : Communication and Cognition (edisi kedua).
Oxford : Blackwell.
Sperber, D & Wilson, D. 1999. Relevans : Komunikasi dan Kognisi (terj). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sperber, D & Wilson, D. 2002. Pragmatics, modularity dan mind-reading. Mind and
Language, 17 (1-2) : 3-23
Sperber, D & Wilson, D. 2002. Relevance Theory http://www.relevanstheoryonline [20
mac 2008]
Za’ba 1965 Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Za’ba. 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
& Pustaka.
Zaharani Ahmad, 2007. Penyelidikan Dalam Bidang Morfologi. Kertas Kerja Seminar
Antarabangsa Linguitik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-3. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Zulkifli Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa. Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd

174
LAMPIRAN

175
176

You might also like