You are on page 1of 36

FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA

FASUS 2023
Pertandingan Tarian Sekolah Rendah dan Menengah
Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah
Pertandingan Kombo Sekolah Menengah

KELOLAAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
ANJURAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

1. MATLAMAT

Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi


semua aspek dalam seni persembahan dan pelbagai cabang bidang kesenian
seperti tari, penghasilan filem pendek dan pertandingan kombo. Penglibatan murid-
murid dalam festival dan pertandingan-pertandingan yang diselaraskan ini memberi
pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai bidang
kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan, peragaan bakat dan memupuk penghargaan
terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat
berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang
berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni dalam
memartabatkan kesenian yang dilaksanakan di pelbagai peringkat pendidikan;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni
adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada
negara yang boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada
nilai seni tersendiri...”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk
memperbanyakkan program wajib di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
seperti berikut:
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian wajib Majlis Anugerah
Kesenian Sekolah (MAKES) di pelbagai peringkat;

2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat
dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut;
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaraan
seni dengan;
1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan
sekolah berpandukan modul kesenian dan
kekuatan serta minat murid dalam program
kesenian;
2
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan
Beruniform yang berasaskan seni persembahan;
dan
1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam
program khas seperti pertandingan kesenian.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat


kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah
dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;
3.2 Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran
pandemikCovid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam
seni persembahan dalam kalangan murid Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM);
3.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
menyediakan seni persembahan secara dalam talian; dan
3.4 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love,
Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

3
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PERTANDINGAN TARIAN: RAMPAIAN TRADISIONAL
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1. MOD PROGRAM
1.1 Pertandingan adalah secara berkumpulan di peringkat kebangsaan.
1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat negeri ke
peringkat kebangsaan.
1.3 Pertandingan ini adalah secara hibrid di mana semua penghantaran daripada
JPN adalah secara dalam talian (video rakaman tidak boleh disunting).
Sebarang gambar pendahuluan (berkumpulan), kesan khas dan animasi
adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam video rakaman.
1.4 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 High
Pixel dan maksima 1080 High Pixel secara rakaman pegun (kamera statik)
dan landskap.
1.5 Walau bagaimanapun, lima (5) pasukan terbaik kebangsaan dari setiap
kategori akan bersemuka bagi menentukan kedudukan Johan, Naib Johan,
Ketiga, Keempat dan Kelima Kebangsaan.
1.6 Pada peringkat akhir Kebangsaan secara bersemuka, pasukan yang layak
DIBENARKAN untuk membuat penambahbaikan tarian yang dibawa dalam
talian untuk dipersembahkan tanpa mengubah lagu/muzik iringan asal.
1.7 Penggunaan BUSANA yang BERBEZA pada peringkat akhir Kebangsaan
secara bersemuka digalakkan.
1.8 Penghantaran penyertaan video di peringkat kebangsaan adalah melalui
pautan yang disediakan oleh pihak pengelola.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1
hingga Tahun 6) dan semua murid sekolah menengah (Tingkatan Peralihan
hingga Tingkatan 5) sekolah kerajaan/bantuan kerajaan bagi sekolah aliran
perdana yang bernaung di bawah KPM.
2.2 Penyertaan setiap negeri adalah secara BERKUMPULAN.
2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak
sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
2.4 Jumlah penyertaan ke peringkat kebangsaan dan penyertaan sekolah-
sekolah bagi penyertaan peringkat negeri adalah seperti berikut:
PERINGKAT NEGERI
Penyertaan sekolah untuk pemilihan di peringkat negeri adalah tiada had.
Setiap sekolah boleh menghantar lebih sari satu penyertaan untuk pemilihan
di peringkat negeri tetapi hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan dihantar ke
peringkat kebangsaan.

4
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PERINGKAT KEBANGSAAN
Hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan mewakili negeri/SSeM/SSM
untuk dihantar ke penyertaan peringkat kebangsaan. Pegawai Penyelaras
di JPN perlu memuat naik link video YouTube secara unlisted kepada
pihak pengelola/BSKK.

3. FORMAT PERSEMBAHAN
3.1 KATEGORI A: Sekolah Rendah
RAMPAIAN TRADISIONAL (INANG DAN JOGET)

3.1.1 Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah WAJIB lapan (8)
orang sahaja;
3.1.2 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau
sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki
sahaja;
3.1.3 Setiap pasukan WAJIB mempersembahkan gabungan DUA (2) buah
tarian tradisional berentak Inang dan Joget.
3.1.4 Setiap JPN/peserta perlu menghantar satu (1) rakaman video yang
mempersembahkan gabungan DUA (2) buah tarian tradisional
berentak Inang dan Joget.
3.1.5 Setiap rakaman video hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan tidak
melebihi 6 minit;
3.1.6 Dalam rakaman video WAJIB diletakkan slogan #SeniUntukSemua
(mengikut kreativiti masing-masing) bagi menyemarakkan kesenian
dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.1.7 Rakaman video hendaklah dimuat naik melalui pautan yang akan
diberikan oleh pihak pengelola;
3.1.8 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah
dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama;
3.1.9 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama dan logo sekolah
dalam rakaman video yang dihantar; dan
3.1.10 Pihak JPN perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan
Google Form yang diberi:
Video Rakaman : (Nama JPN)
Nama Tarian : ...................
Sinopsis Tarian : (50 – 70 perkataan)

3.2 KATEGORI B: Sekolah Menengah


RAMPAIAN TRADISIONAL (ASLI DAN ZAPIN)

3.2.1 Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah WAJIB lapan (8) orang
sahaja;
3.2.2 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau
5
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki
sahaja;
3.2.3 Setiap pasukan WAJIB mempersembahkan DUA (2) buah tarian
tradisional berentak Asli dan Zapin;
3.2.4 Setiap JPN/peserta perlu menghantar satu (1) rakaman video yang
mempersembahkan satu Tarian Tradisional berentak Asli dan Zapin;
3.2.5 Setiap rakaman video itu hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan
tidak melebihi 6 minit;
3.2.6 Dalam rakaman video WAJIB diletakkan slogan #SeniUntukSemua
(mengikut kreativiti masing-masing) bagi menyemarakkan kesenian
dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.2.7 Rakaman video hendaklah dimuatnaik melalui pautan yang akan
diberikan oleh pihak pengelola;
3.2.8 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah
dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama;
3.2.9 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama sekolah dalam
rakaman video yang dihantar; dan
3.2.10 Pihak JPN perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan
Google Form yang diberi:
Video Rakaman : (Nama JPN)
Nama Tarian : ...................
Sinopsis Tarian : (50 – 70 perkataan)

4. LAGU/MUZIK IRINGAN
4.1 Lagu atau muzik iringan yang digunakan terdiri daripada lagu tradisional di
Malaysia SAHAJA (sekolah rendah).
4.2 Lagu atau muzik iringan yang digunakan terdiri daripada mana-mana lagu
tradisional di Malaysia SAHAJA (sekolah menengah).
4.3 Lagu atau muzik iringan boleh berbentuk instrumental atau muzik yang
mengandungi suara.
4.4 Lagu/muzik iringan boleh “ditampal” dalam video rakaman.

5. MASA PERSEMBAHAN
5.1 Masa persembahan bagi semua kategori adalah 3 hingga 6 minit sahaja.

6. PAKAIAN/ AKSESSORI/PROPS
6.1 Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuaian dan sopan.
6.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

6
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
7. PEMARKAHAN
7.1 KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)
7.1.1 Penilaian dalam Talian:
Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan - 25 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 10 markah
Keseragaman dan keselarian - 10 markah
Kualiti audio dan visual - 10 markah
Busana dan tatarias - 10 markah
MARKAH PENUH - 100 markah

7.1.2 Penilaian Bersemuka:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan - 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 15 markah
Keseragaman dan keselarian - 15 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
MARKAH PENUH - 100 markah

7.2 KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)


7.2.1 Penilaian dalam Talian:
Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan - 25 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 10 markah
Keseragaman dan keselarian - 10 markah
Kualiti audio dan visual - 10 markah
Busana dan tatarias - 10 markah
MARKAH PENUH - 100 markah

7.2.2 Penilaian dalam Talian:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan - 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 15 markah
Keseragaman dan keselarian - 15 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
MARKAH PENUH - 100 markah

8. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT KEBANGSAAN


8.1 Pelarasan penjurian peringkat kebangsaan akan dilaksanakan secara DUA
peringkat seperti berikut:

8.1.1 Pusingan SEPARUH AKHIR (Secara dalam talian/Hibrid)


melibatkan penilaian atau penjurian video secara dalam talian bagi 17
kumpulan persembahan, 16 penyertaan mewakili JPN seluruh
Malaysia dan SATU (1) penyertaan mengikut kategori mewakili
SSeM/SSM.
7
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
8.1.2 Pusingan AKHIR (Bersemuka)
Melibatkan 5 pencapaian terbaik setiap kategori yang terpilih dari
penjurian/pemilihan pusingan separuh akhir yang telah dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada S.O.P. terkini, Garis
Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang dikeluarkan oleh KPM.

9. PENGHAKIMAN

9.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan negeri pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian.
9.2 Bagi penjurian secara dalam talian (video rakaman), markah akan DITOLAK
sebanyak tiga (3) markah sekiranya TIDAK MEMATUHI mana-mana syarat
yang telah dinyatakan oleh pihak pengelola;
9.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

10. TARIKH PELAKSANAAN

TARIKH PERKARA TINDAKAN

April 2023 Hebahan kertas konsep kebangsaan kepada JPN Penganjur

23 Jun 2023 Penghantaran video tarian kepada penganjur JPN/BSKK

26 - 27 Jun
Penjurian video rakaman peringkat kebangsaan Penganjur
2023

Pengumuman keputusan 5 terbaik negeri SR dan


4 Julai 2023 Penganjur
SM ke peringkat kebangsaan
24 - 27 Julai Penjurian Peringkat Kebangsaan (secara
Penganjur
2023 bersemuka)

Pengumuman Keputusan Tarian SR dan SM


26 Julai 2023 Penganjur
Peringkat Kebangsaan (Majlis Penutup)
*Tertakluk kepada perubahan

11. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 24 - 27 Julai 2023
Tempat : Hotel Sri Manja, Kuantan
Tetamu Kehormat : Pengarah BSKK KPM

8
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
12. HADIAH DAN SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Trofi dan sijil
2 Naib Johan Trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Trofi dan sijil
5 Tempat ke-5 Trofi dan sijil
6 Penyertaan (Dalam talian) Sijil

12.1 Anugerah Individu


➢ Penari Lelaki Terbaik Menengah
➢ Penari Wanita Terbaik Menengah
➢ Penari Lelaki Terbaik Rendah
➢ Penari Wanita Terbaik Rendah
12.2 Anugerah Teknikal
➢ Anugerah Koreografi Terbaik Menengah
➢ Anugerah Koreografi Terbaik Rendah
➢ Anugerah Khas Juri Menengah
➢ Anugerah Khas Juri Rendah
➢ Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Menengah
➢ Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Rendah
*Johan, Naib Johan, Tempat ke-3, Tempat ke-4, Tempat ke-5 dan Anugerah ini hanya diberi kepada 5 terbaik
sekolah rendah dan 5 terbaik sekolah menengah yang layak ke peringkat akhir kebangsaan

13. LAIN-LAIN
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

a. EN. SULAIMAN BIN ISMAIL


(PEGAWAI TEKNIKAL TARI (MEN) NEGERI PAHANG)
012-9218006

b. PN NURUL FARHAIN BINTI AHMAD SHAH


(PEGAWAI TEKNIKAL TARI (REN) NEGERI PAHANG)
012-2030234

9
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH

1. MOD PROGRAM
1.1 Pertandingan peringkat kebangsaan ini menawarkan dua kategori penyertaan
seperti di bawah:
1.1.1 Kategori A: Murid Menengah Rendah (Ting. 1 - 3)
1.1.2 Kategori B: Murid Menengah Atas (Ting. 4 - 5)
1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat negeri ke
peringkat kebangsaan.
1.3 Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian.
1.4 Penghantaran penyertaan filem di peringkat kebangsaan adalah melalui
pautan Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola. Pihak penyelaras
di JPN hendaklah melengkapkan Google Form dan melampirkan salinan
pautan Google Drive wakil negeri.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Tingkatan
Peralihan hingga Tingkatan 5) sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dan Kolej
Vokasional.
2.2 Jumlah penyertaan setiap negeri melibatkan 10 orang sahaja termasuk
pelakon dan kru produksi.
2.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran; dan
2.4 Pasukan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1 kaum bagi
memperolehi markah bonus dua (2).
2.5 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada sekolah
atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
2.6 Jumlah penyertaan ke peringkat kebangsaan dan penyertaan sekolah-
sekolah bagi penyertaan peringkat negeri adalah seperti berikut:
PERINGKAT NEGERI
Penyertaan sekolah untuk pemilihan di peringkat negeri adalah tiada had.
Setiap sekolah boleh menghantar lebih sari satu penyertaan untuk pemilihan
di peringkat negeri tetapi hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan dihantar ke
peringkat kebangsaan.
PERINGKAT KEBANGSAAN
Hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan mewakili negeri/SSeM/SSM
untuk dihantar ke penyertaan peringkat kebangsaan. Pegawai Penyelaras
di JPN perlu memuat naik link video youtube secara unlisted kepada
pihak pengelola/BSKK.

10
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
3. FORMAT RAKAMAN
3.1 Setiap JPN wajib menghantar dua (2) filem pendek bagi setiap kategori
untuk bertanding di peringkat kebangsaan
3.2 Wakil kepada Bahagian (Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Malaysia)
wajib menghantar dua (2) rakaman filem pendek bagi setiap kategori untuk
bertanding di peringkat kebangsaan.
3.3 Setiap rakaman filem pendek boleh disunting dalam bentuk kolaj dan
dimurnikan secara kreatif. (Bergantung kepada arahan SOP semasa)
3.4 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 (HP)
dan maksima 1080 (HP) dan view landscape.
3.5 Alat rakaman filem pendek adalah bebas mengikut dan tiada had.
3.6 Di akhir filem pendek wajib dipaparkan slogan #SeniUntukSemua bagi
menyemarakkan kesenian dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.7 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama atau logo sekolah dalam
rakaman filem yang dihantar untuk tujuan pengenalan dan kredit;
3.8 Peserta wajib menggunakan Bahasa Melayu sahaja (dialek negeri dan
bahasa-bahasa lain dibenarkan dengan penggunaan yang minima dan
bukan sebagai bahasa utama untuk watak-watak utama).
3.9 Peserta mestilah menggunakan bahasa dan Istilah yang sopan
3.10 TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dan
menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik
dan pemimpin.
3.11 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan.

4. FORMAT PENGHANTARAN
4.1 Peserta boleh memuat turun maklumat dan borang pertandingan
menggunakan pautan yang disediakan oleh pihak pengelola.
4.1.1 Borang Penyertaan
4.1.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa
4.1.3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu
4.1.4 Borang Sinopsis Filem Pendek
4.2 Peserta perlu memuat naik semua bahan berkaitan penyertaan yang berikut
ke Google Drive dan kongsi pautan dengan pihak pengelola mengikut cara
yang ditetapkan oleh pengelola.
4.3 Bahan yang perlu dimuat naik ke Folder Google Drive ialah:
4.3.1 Borang – borang dan maklumat asas yang lengkap (7.1.1 hingga 7.1.4)
4.3.2 Rakaman Filem Pendek
4.3.3 Skrip dalam bentuk PDF
4.3.4 Trailer (tidak melebihi 1 minit)
4.3.5 Poster (PDF)

11
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
4.4 Tarikh akhir penghantaran filem pendek dari peserta ke pihak pengelola
adalah pada 23 Jun 2023.

5. TEMA DAN KONSEP


5.1 Tema dan tajuk konsep bagi Pertandingan Filem Pendek Peringkat
Kebangsaan bagi 2023 adalah seperti berikut :

5.1.1 Kategori A (Menengah Rendah):


Anak Baik Lagi Cerdik (ABC): Harapan Keluarga Sanjungan Negara
5.1.2 Kategori B (Menengah Atas):
Anak Baik Lagi Cerdik (ABC): Budaya Disanjung Adat Dijunjung
5.2 Genre yang ditetapkan adalah genre drama.
5.3 Isi kandungan Filem Pendek mestilah:
5.3.1 Menepati tema yang telah ditetapkan;
5.3.2 Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
5.3.3 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat
patriotik yang boleh dicontohi;
5.3.4 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa mengandungi
unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur
lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.

6. TERMA DAN SYARAT


6.1 Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli;
6.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/ diciplak;
6.3 Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan
penghasilan filem pendek;
6.4 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan
dibatalkan;
6.5 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta;
6.6 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk tujuan
promosi;
6.7 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu mendapat
persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang Persetujuan
Menggunakan Gambar/Imej Individu (Lampiran B);
6.8 Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan (jika ada) adalah tidak
dibenarkan untuk dipaparkan di dalam filem pendek;

12
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
6.9 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis tidak lebih daripada 100 patah
perkataan dalam borang yang disediakan. Format sinopsis menggunakan
Font Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing (Lampiran B);
6.10 Skrip dalam bentuk PDF hendaklah dihantar bersama-sama dengan filem
pendek;
6.11 Semua penyertaan hendaklah dihantar ke JPN untuk peringkat saringan
Negeri; dan
6.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

7. MASA PERSEMBAHAN
7.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 4 ke 5 minit sahaja.
Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.

8. PAKAIAN/ PROPS
8.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan.
8.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

9. TUNTUTAN HAKCIPTA
9.1 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan.

10. PEMARKAHAN

ISI KANDUNGAN
Ketepatan Tema 15 markah
Keaslian Karya 5 markah
Nilai dan Pengajaran 8 markah
KREATIVITI
Pengarahan 20 markah
Lakonan 20 markah
KUALITI
Sinematografi 10 markah
Suntingan 10 markah
Audio 10 markah
PERPADUAN KAUM
Lebih dari satu (1) kaum 2 markah
JUMLAH 100 markah

13
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PEMARKAHAN TRAILER
ISI KANDUNGAN
Konsep 25 markah
Keaslian dan Kreativiti 25 markah
Elemen Muzik 25 markah
Impak Visual 25 markah
JUMLAH 100 markah

PEMARKAHAN POSTER
ISI KANDUNGAN
Isi/Teks poster 25 markah
Gubahan/komposisi/olahan 25 markah
Ilustrasi 25 markah
Kemasan 25 markah
JUMLAH 100 markah

** Pemberatan peratus pemarkahan seperti berikut:

⚫ Pemarkahan Filem Pendek - 90%


⚫ Pemarkahan Trailer - 5%
⚫ Pemarkahan Poster - 5%
JUMLAH = 100%

11. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT KEBANGSAAN


11.1 Pelarasan penjurian peringkat kebangsaan akan dilaksanakan secara DUA
peringkat seperti berikut:
11.1.1 Pusingan SEPARUH AKHIR (Secara dalam talian/Hibrid)
melibatkan penilaian atau penjurian video secara dalam talian bagi 17
kumpulan persembahan, 16 penyertaan mewakili JPN seluruh
Malaysia dan SATU (1) penyertaan mengikut kategori mewakili
SSeM/SSM.
11.1.2 Pusingan AKHIR (Bersemuka)
Melibatkan 5 pencapaian terbaik setiap kategori yang terpilih dari
penjurian/pemilihan pusingan separuh akhir yang telah dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada S.O.P. terkini, Garis
Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang dikeluarkan oleh KPM.

12. PENGHAKIMAN
12.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan pengelola selaku tuan rumah
dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian
12.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

14
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
13. GARIS MASA PELAKSANAAN

TARIKH PERKARA TINDAKAN

April 2023 Hebahan kertas konsep kebangsaan kepada JPN Penganjur

23 Jun 2023 Penghantaran filem pendek kepada penganjur JPN/BSKK


26 - 27 Jun
Penjurian video rakaman peringkat kebangsaan Penganjur
2023
Pengumuman keputusan 5 terbaik negeri MR dan
4 Julai 2023 Penganjur
MA ke peringkat kebangsaan
24 - 27 Julai Penjurian Peringkat Kebangsaan (secara
Penganjur
2023 bersemuka)
26 Julai Pengumuman Keputusan Filem Pendek Peringkat
Penganjur
2023 Kebangsaan (Majlis Penutup)
*Tertakluk kepada perubahan

14. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 24 - 27 Julai 2023
Tempat : Hotel Sri Manja, Kuantan
Tetamu Kehormat : Pengarah BSKK KPM

15. HADIAH DAN SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa Plak dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa Plak dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa Plak dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa Plak dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa Plak dan sijil
6 Penyertaan (Dalam talian) Sijil

15.1 ANUGERAH INDIVIDU


➢ Pelakon Lelaki Terbaik (Menengah atas)
➢ Pelakon Lelaki Terbaik (Menengah rendah)
➢ Pelakon Wanita Terbaik (Menengah atas)
➢ Pelakon Wanita Terbaik (Menengah rendah)

15.2 TEKNIKAL
➢ Anugerah Penata Bunyi Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Penata Bunyi Terbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah Kostum/Busana Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Kostum/Busana Terbaik (Menengah rendah)
15
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
➢ Anugerah Sinematografi Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Sinematografi Terbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah PenyuntinganTerbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah PenyuntinganTerbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah Skrip Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Skrip Terbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah Pengarah Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Pengarah Terbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah Poster Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Poster Terbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah Trailer Terbaik (Menengah atas)
➢ Anugerah Trailer Terbaik (Menengah rendah)
➢ Anugerah Khas Juri (Menengah atas) -Tertakluk kepada Juri
➢ Anugerah Khas Juri (Menengah rendah) - Tertakluk kepada Juri
* Cadangan hadiah tambahan atau anugerah tambahan bergantung kepada budi bicara tuan
rumah yang dilantik.

16. LAIN-LAIN
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
a. PN. SITI NURLIDA BINTI ABD. KARIM
(PEGAWAI TEKNIKAL TEATER (MEN) NEGERI PAHANG)
019-4455792

b. PN NORHAFIZA BINTI JAMALUDIN


(PEGAWAI TEKNIKAL TEATER (REN) NEGERI PAHANG)
011-57710677

16
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PERTANDINGAN KOMBO SEKOLAH MENENGAH

1. MOD PROGRAM
1.1 Pertandingan Peringkat Kebangsaan;
1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat kebangsaan melalui
pemilihan di peringkat negeri;
1.3 Secara dalam talian (penghantaran video rakaman);
1.4 Video yang terpilih bagi mewakili JPN masing-masing perlu dimuat naik ke
akaun YouTube oleh penyelaras JPN masing-masing;
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau peserta;
dan
1.6 Penghantaran penyertaan video di peringkat kebangsaan adalah melalui link
yang disediakan oleh JPN Pengelola dengan melampirkan salinan link
YouTube oleh pegawai penyelaras di JPN masing-masing.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Tingkatan
Peralihan hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan/bantuan kerajaan;
2.2 Jumlah penyertaan setiap negeri maksima melibatkan 10 orang sahaja:
2.2.1 8 orang - Peserta Nyanyian & Pemuzik
2.2.2 2 orang - Guru Pengiring/Jurulatih
2.3 Jumlah penyertaan ke peringkat kebangsaan dan penyertaan sekolah-
sekolah bagi penyertaan peringkat negeri adalah seperti berikut:
PERINGKAT NEGERI
Penyertaan sekolah untuk pemilihan di peringkat negeri adalah tiada had.
setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu penyertaan untuk pemilihan
di peringkat negeri tetapi hanya SATU (1) penyertaan terbaik yang akan
dihantar untuk ke Peringkat Kebangsaan;
PERINGKAT KEBANGSAAN
Hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan mewakili negeri/SSeM/SSM untuk
dihantar ke penyertaan peringkat kebangsaan. Pegawai Penyelaras di JPN
perlu memuat naik link video YouTube secara unlisted kepada pihak
pengelola/BSKK;
2.4 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran; dan
2.5 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan.

17
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN DAN SYARAT AM
PERTANDINGAN
3.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran pautan video YouTube (unlisted);
3.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja mengikut
kesesuaian pasukan masing-masing;
3.3 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan
dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan
adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan resolusi
1080HD;
3.4 Dilarang meletakkan nama sekolah, negeri dalam video persembahan.
Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh diletakkan;
3.5 Setiap kumpulan persembahan diwajibkan mempersembahkan DUA (2)
buah Lagu:
3.5.1 Satu lagu dengan vokal tanpa medley dalam Bahasa Melayu
(Malaysia). Pilihan lagu adalah bertema : ‘TRIBUTE ALLEYCATS’;
3.5.2 Lagu Instrumental (pilihan lagu bebas)
3.6 Gubahan (arrangement) muzik dibenarkan
3.7 Kedua-dua buah lagu hendaklah digabungkan dalam satu video mengikut
masa yang ditetapkan;
3.8 Cadangan senarai lagu seperti di lampiran. Jika lagu yang dipilih tiada dalam
senarai, pilihan lagu mestilah mengikut tema yang ditetapkan;
3.9 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana- mana
sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia; dan
3.10 Di akhir rakaman, semua peserta wajib menyatakan dalam bentuk ucapan
atau mempamerkan slogan #SeniUntukSemua bagi menyemarakkan
kesenian di kalangan murid, guru dan masyarakat.

4. MASA PERSEMBAHAN
4.1 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 8 minit
termasuk montaj kumpulan (sekiranya ada).

5. ETIKA PAKAIAN
5.1 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6. PERALATAN
6.1 Peralatan WAJIB bagi setiap kumpulan terdiri daripada:
a. drum set
b. gitar
c. gitar bass
d. kibod
e. violin/viola/cello/wind/brass (sekurang-kurangnya SATU)
6.2 Peralatan tambahan: BEBAS

18
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
7. PEMARKAHAN
7.1. Vokal - 20 markah
Imbangan Bunyi - 20 markah
Keseragaman Muzik - 20 markah
Gubahan - 20 markah
Kreativiti Persembahan - 10 markah
Kualiti Rakaman - 10 markah
MARKAH PENUH - 100 markah

** Imbangan Bunyi - imbangan bunyi untuk semua alat


yang dimainkan.
Keseragaman Muzik - tempo dan rhythmic alat-alat muzik
yang dimainkan.

8. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT KEBANGSAAN


8.1 Penyelarasan penjurian peringkat kebangsaan akan dilaksanakan secara
DUA peringkat seperti berikut:
8.1.1 Pusingan SEPARUH AKHIR (Secara dalam talian/HIBRID)
melibatkan penilaian atau penjurian video secara dalam talian bagi 17
kumpulan persembahan 16 penyertaan mewakili JPN seluruh Malaysia
dan sebuah (1) kumpulan persembahan mewakili SSeM/SSM
8.1.2 Pusingan AKHIR (BERSEMUKA)
Melibatkan 5 kumpulan terbaik yang terpilih dari penjurian/pemilihan
pusingan separuh akhir yang telah dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada S.O.P. terkini Garis
Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang dikeluarkan oleh KPM.)

9. PENGHAKIMAN
9.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan negeri pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian
9.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

10. TUNTUTAN HAKCIPTA


10.1 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan.

11. HADIAH DAN SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil
19
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil
6 Penyertaan (Dalam talian) Sijil
*Cadangan hadiah tambahan atau anugerah tambahan bergantung kepada budi bicara tuan
rumah yang dilantik.

12. GARIS MASA PELAKSANAAN

TARIKH PERKARA TINDAKAN

April 2023 Hebahan kertas konsep kebangsaan kepada JPN Penganjur

Penghantaran video rakaman kombo kepada


23 Jun 2023 JPN/BSKK
penganjur
26 - 27 Jun
Penjurian video rakaman peringkat kebangsaan Penganjur
2023
Pengumuman keputusan 5 terbaik negeri ke
4 Julai 2023 Penganjur
peringkat kebangsaan
24 - 27 Julai Penjurian Peringkat Kebangsaan (secara
Penganjur
2023 bersemuka)
Pengumuman Keputusan Kombo Peringkat
26 Julai 2023 Penganjur
Kebangsaan (Majlis Penutup)
*Tertakluk kepada perubahan

14. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 24 - 27 Julai 2023
Tempat : Hotel Sri Manja, Kuantan
Tetamu Kehormat : Pengarah BSKK KPM

14. KEPUTUSAN PERTANDINGAN


14.1 Setiap penyertaan karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan
kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur
14.2 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan dari bantahan
tidak akan dipertimbangkan.

15. LAIN-LAIN
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
a. PN. NOORUL AZREEN BINTI KAMARUDDIN
(PEGAWAI TEKNIKAL MUZIK (MEN) NEGERI PAHANG)
012-9089806

b. PN. NURUL FARHANA BINTI AHMAD SHAH


(PEGAWAI TEKNIKAL MUZIK (REN) NEGERI PAHANG)
011-12903855
20
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
16. SENARAI LAGU

1. Senandung Semalam
2. Suara Kekasih
3. Hingga Akhir Nanti
4. Jika Kau Bercinta Lagi
5. Sampaikan Salam Cintamu
6. Kerana
7. Nota Terakhir
8. Sekeping Hati Yang Luka
9. Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
10. Gerimis Senja
11. Berita Dari Rantau
12. Puisi Untuk Sang Putera
13. Setahun Sudah Berlalu
14. Khabar Buat Ibu
15. Andainya Aku Pergi Dulu
16. Dapatkah
17. Layang-Layang Terputus Talinya
18. Seribu Bintang
19. Luka Lama Terguris Kembali
20. Senyumlah Kuala Lumpur
21. Tetap Merindu
22. Suara Hati
23. Sekiranya Ku Tahu
24. Suratan
25. Dalam Kerinduan
26. Noktah Bagi Cinta Ini
27. Setahun Sudah Berlalu

21
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM),
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
LAMPIRAN A
FASUS
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
BORANG SEMAKAN

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

BIL PERKARA TANDAKAN (/)

BORANG PENYERTAAN

1 Borang Penyertaan

2 Borang Kebenaran Ibu Bapa

3 Borang Sinopsis Tarian

KARYA MURID

Sekolah Rendah
1 Rakaman Video Tarian
Sekolah Menengah

PENGHANTARAN

1 Surat iringan dari JPN bagi sekolah-sekolah harian

Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
2
Sukan Malaysia
Melengkapkan Google Form beserta semua bahan/dokumen yang
3
berkaitan. (muat naik/upload)
BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

JPN/SSeM/SSM/SEKOLAH : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK


TAJUK TARIAN :
KATEGORI :
PAUTAN YOUTUBE (UNLISTED) :

KETUA KONTINJEN/PENGURUS PASUKAN


BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1
GURU PEMBIMBING/JURULATIH:
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1

TEKNIKAL
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1

MAKLUMAT PENYERTAAN MURID


BIL NAMA NO. K/P JANTINA BANGSA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Disahkan oleh: (Guru Besar/Pengetua/JPN)

CAP
..................................................................... SEKOLAH/
SSeM/SSM)/
JPN
BORANG KEBENARAN IBU BAPA

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN


2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

Saya ______________________________________________________________
(Ibu/bapa/penjaga/waris)
No. Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak/jagaan saya
______________________________________________________________________ No. Kad
Pengenalan ______________________ menyertai Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu/bapa/penjaga)

Tarikh : _______________________________________

*Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian


PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

SINOPSIS TARIAN

TAJUK :

DURASI :

FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12 DAN
SINGLE SPACING.

PENGARAH : __________________________________________________

SEKOLAH/SSeM/SSM/JPN : __________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
LAMPIRAN B
FASUS
PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
BORANG SEMAKAN

FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023


FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

BIL PERKARA TANDAKAN (/)

BORANG PENYERTAAN

1 Borang Penyertaan

2 Borang Kebenaran Ibu Bapa

3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu

4 Borang Sinopsis Filem Pendek

KARYA MURID

a. Rakaman Filem Pendek Menengah Rendah


1 b. Teaser
c. Poster Menengah Atas

2 Skrip Dalam Bentuk PDF

PENGHANTARAN

1 Surat iringan dari JPN bagi sekolah-sekolah harian

Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
2
Sukan Malaysia
Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
3
Sukan Malaysia
Melengkapkan Google Form beserta semua bahan/dokumen yang
4
berkaitan. (muat naik/upload)
BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023


FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

JPN/SSeM/SSM/SEKOLAH :
TAJUK FILEMPENDEK :
KATEGORI :
PAUTAN YOUTUBE (UNLISTED) :

KETUA KONTINJEN/PENGURUS PASUKAN


BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1
GURU PEMBIMBING/JURULATIH:
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1

TEKNIKAL
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1

MAKLUMAT PENYERTAAN MURID


BIL NAMA NO. K/P JANTINA BANGSA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Disahkan oleh: (Guru Besar/Pengetua/JPN)

CAP
................................................................... SEKOLAH/
SSeM/SSM)/
JPN
BORANG KEBENARAN IBU BAPA

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN


2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

Saya ______________________________________________________________
(Ibu/bapa/penjaga/waris)
No. Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak/jagaan saya
______________________________________________________________________ No. Kad
Pengenalan ______________________ menyertai Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu/bapa/penjaga)

Tarikh : _______________________________________

*Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian


BORANG KEBENARAN MENGGUNAKAN GAMBAR/IMEJ INDIVIDU

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN


2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

Saya __________________________________________________________________
(Ibu/bapa/penjaga)
No. Kad Pengenalan _____________________________ bersetuju membenarkan penggunaan
gambar/imej anak/jagaan saya,
______________________________________________________________________ No. Kad
Pengenalan ______________________ untuk penerbitan klip video bagi Pertandingan Filem Pendek
Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu/bapa/penjaga/waris)

Tarikh : _______________________________________

*Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian


PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

SINOPSIS TARIAN

TAJUK :

DURASI :

FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12 DAN
SINGLE SPACING

PENGARAH : __________________________________________________

SEKOLAH/SSeM/SSM/JPN : __________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
LAMPIRAN C
PERTANDINGAN KOMBO SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023
BORANG SEMAKAN

KOMBO SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023


FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

BIL PERKARA TANDAKAN (/)

BORANG PENYERTAAN

1 Borang Penyertaan

2 Borang Kebenaran Ibu Bapa

KARYA MURID

1 Rakaman Kombo

PENGHANTARAN

1 Surat iringan dari JPN bagi sekolah-sekolah harian

Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
2
Sukan Malaysia
Surat iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni Malaysia & Sekolah
3
Sukan Malaysia
Melengkapkan Google Form beserta semua bahan/dokumen yang
4
berkaitan. (muat naik/upload)
BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN


2023
FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

JPN/SSeM/SSM/SEKOLAH :
TAJUK LAGU : 1.
2.
PAUTAN YOUTUBE (UNLISTED) :

KETUA KONTINJEN/PENGURUS PASUKAN


BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1
GURU PEMBIMBING/JURULATIH:
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1

TEKNIKAL
BIL NAMA NO. K/P JANTINA NO. H/P
1

MAKLUMAT PENYERTAAN MURID


BIL NAMA NO. K/P JANTINA BANGSA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Disahkan oleh: (Guru Besar/Pengetua/JPN)

CAP
.................................................................. SEKOLAH/
SSeM/SSM)/
JPN
BORANG KEBENARAN IBU BAPA

PERTANDINGAN KOMBO SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023


FESTIVAL APRESIASI SENI UNTUK SEMUA (FASUS) 2023

Saya ______________________________________________________________
(Ibu/bapa/penjaga/waris)
No. Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak/jagaan saya
______________________________________________________________________ No. Kad
Pengenalan ______________________ menyertai Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu/bapa/penjaga)

Tarikh : _______________________________________

*Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian

You might also like