You are on page 1of 3
ay KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E Level 8, Block E8, Complex E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Foor Gavranant admiteratve Cane Taj oaseee co 62604 PUTRAJAYA Laman Web: ww moe. gov my Ruj. Kami: KPM.100-1/3/1 Jid. 8 (42) Tarikh II April 2023 ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. BILANGAN 7 TAHUN 2023 BUKU PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU EDIS! KEDUA UNTUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TUJUAN Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Buku Panduan Rancangan Pendidikan individu Edisi Kedua untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPI). LATAR BELAKANG 2. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 mendefinisikan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebagai satu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan individu bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), 3. Pelaksanaan RPI memenuhi hasrat untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada setiap MBPK bagi memenuhi keperiuan pembelajaran mereka RPI perlu disediakan kepada setiap MBPK yang berada dalam program pendidikan khas bagi memastikan keperluan mereka dalam menerima pendidikan dipenuhi 4, Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 28 Tahun 2022 bertarikh 23 Ogos 2022 telah meluluskan Penambahbaikan Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu Edisi Kedua untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia PELAKSANAAN 5. Buku Panduan Rancangan Pendidikan individu Edisi Kedua yang disertakan bersama-sama SPI ini disediakan sebagai panduan kepada semua pihak di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan institusi Pendidikan bawah KPM, Penambahbaikan buku panduan ini dapat memberi kesan positif dan amat penting bagi mengurangkan cabaran MBPK untuk mencapai potensi yang maksimum dalam pendidikan melalui perkara-perkara berikut 5.1 kefungsian; 5.2 akademik; atau 5.3. transisi ke kerjaya. 6. Format rekod RPI ini boleh disediakan menggunakan apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod RPI dan dokumen yang berkaitan haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. 7. YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan hendaklah memastikan Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu Edisi Kedua dirujuk dan dipatuhi. Buku panduan ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang KPM ‘melalui pautan https:/www.moe.gov. my. TARIKH KUAT KUASA 8. SPI ini berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh SPI ini dikeluarkan, TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan hendaklah mengambil tindakan dengan memaklumkan kandungan SPI ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, JPN, PPD dan institusi pendidikan bawah pentadbiran YBhg, Datuk/Dato/Auan/puan. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” !ARUDDIN BIN HAJI GHAZAL!) Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia sk. 1, YBMenteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4, Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semva Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia 3

You might also like