You are on page 1of 3
BAB PERTAMA : 10 MUWASAFAT TARBIAH 1. AQIDAH YANG SEJAHTERA (5494) ppl) Aqidah yang sejahtera bermaksud khalis (suci) daripada segala yang kotor iaitu fahaman- fahaman atau pemikiran ialah perkara yang wajib ada pada seorang muslim. Agidah memainkan peranan penting dalam diri seorang muslim kerana dengannya seseorang itu tahu dengan siapakah dia bekerja (beribadat) di dalam dunia ini. Setiap inci dalam hidupnya kerana Allah dan menjadikan setiap perkara yang dilakukan olehnya bernilai serta dikira di sisi Allah Azza wa Jalla, Seperti dalam Hadis Nabi SAW : ag usd) Pe Maksudnya ; “Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.” 2. IBADAH YANG BENAR (3.44) gaa) Antara ciri orang ditarbiah juga ibadah yang dilakukannya ialah benar, Hal ini supaya apa yang dilakukannya diterima oleh Allah SWT. Antara tangga amalan ingin diterima oleh Allah ialah dengan Dmu dan Ikhlas kerana Allah SWT. Ketika di hari Akhirat ramai yang melihat amalan mereka menjadi seperti debu berterbangan kerana amalan yang dilakukan tanpa didahului dengan ilmu.. Di dalam syair Ibnu Ruslan : SEY Baga ye Delt any ale ty O Sy Maksudnya : “ Setiap amalan yang dilakukan tanpa ilmu, Amalannya ditolak dan tidak diterima.” 3. AKHLAK YANG MANTAP (4) 644) Nabi SAW diutuskan untuk menyempumakan Akhlak. Seharusnya bagi seorang muslim memperbaki akhlak mereka kerana ini menunjukkan kebesaran dan cerminan kepada agama Islam itu sendiri. Kebanyakan musyrikin Makkah mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam kerana melihat bagus dan sempurnanya akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Berdasarkan Firman Allah SWT : "pe GE fd ig” Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti agung,” (Surah al-Qalam, 4) 4. LUAS PENGETAHUAN (Si) cilia) Islam menganjurkan kepada umat Islam supaya meluaskan pengetahuan samada ilmu agama dan dunia, Dalam wahyu pertama yang diterima oleh Nabi SAW iaitu berkaitan dengan ‘\ 8)", Perkara ini membawa mesej yang besar kepada umat Islam supaya banyakkan membaca. Penegtahuan yang dimaksudkan bukan merangkumi aspek thaqafah agama sahaja, bahkan ilmu akademik, isu semasa dan lain-lain. ‘Tambahan pula, Islam juga menjadi gah kerana dasar lmu, Sebagaimana ketika zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-rasyid yang membina Baitul Hikmah yakni perpustakaan terbesar umat Islam, lanya menjadi pusat kajian dan pembacaaan Ulama dan cendikiawan di seluruh dunia. 5. MELAWAN NAFSU (4«adil 58a) Nafsu ialah musuh kepada seorang Muslim yang paling bahaya. Bahkan Ulama’ mengatakan Nafsu lebih berbahaya daripada 70 ekor syaitan, Maka jika tidak dikawal maka memberi kesan yang buruk kepada diri seseorang. Nafsu tidaklah perlu dibuang tetapi perlu dikawal dijaga dan dikawal supaya sampai kepada tahap nasfu yang paling tinggi. Dalam firman Allah SWT : agin ARS ge A AL Kai ath iy oo) a) Ada Ga gd 4 Maksudnya : “Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (Surah Al-Fajr, 27-30) 6. MENJAGA WAKTU (445 © Us) Masa ialah kehidupan. Ulama’ dan orang yang dekat dengan Allah SWT sangat menjaga masa kerana menganggapnya sangat berharga. Oleh demikian itulah, itulah masa mereka sangat berkat padahal mereka diberi 24 Jam seperti kita. Apabila ditanya kepada Imam Ghazali, benda apa yang paling jauh. Maka dijawab beliau yakni masa lalu. Demikian lagi, berharganya masa sehinggakan Allah bersumpah dengan j=! membawa maksud masa itu ialah perkara yang penting dalam hidup . Jika diteliti, Ulama menetapkan kaedah, setiap perkara yang Allah bersumpah dengannya, maka ia mengandungi maksud dan kepentingan sendiri. Sama-sama kita perhatikan Kalam hukama’ : 0 dabah Abi al 6) as cig” Maksudnya : “ Waktu itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia (waktu) akan memotongmu. ” 7. SIHAT TUBUH BADAN (=== 53) Menjaga tubuh badan supaya sentiasa sihat sangat dituntut oleh agama kerana dengannya dapat memudahkan seseorang untuk melakukan perkara taat seperti solat, puasa, berzikir, berdakwah, berperang fisabillah dan lain-lain. Oleh itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim supaya mengelakkan daripada mendapat penyakit yang tidak diingini, Scbagaimana kata hukama": "pe os tg Maksudnya : * Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.” 8. BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN (4 dt) Islam menganjurkan umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri dan selalu memberi kebaikan kepada orang lain. Sebagaimana Nabi SAW yang dikenali oleh penduduk Makkah sebagai orang yang Amanah, jujur dan ringan tulang serta mudah untuk diminta tolong sehingga mereka menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai ‘al-Amin’ yang beerti orang yang sangat dipercayai. Bahkan mereka memberi Amanah kepada Nabi SAW untuk membuat keputusan apabila terjadi perkelahian antara ketua suku kaum Mekah untuk memindahkan Hajarul Aswad. Sabda Nabi SAW dalam sebuah Hadis : Appi Gan ae Maksudnya : “Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” 9. TERSUSUN DALAM URUSAN (43352 J pita) Sifat ini bolch dikaitkan dengan istilah “Figh Aulawiyat” yang diberikan oleh Dr Yusuf Al- Qardhawi iaitu dengan meletakkan segala sesuatu pada peringkatnya yang adil, dari segi hukum dan pelaksanaannya, Pekerjaan yang mula-mula dikerjakan harus didahulukan, berdasarkan penilaian syariah yang sahih, yang diberi petunjuk oleh cahaya wahyu dan diterangi wahyu. Ciri-ciri mukmin yang Berjaya ialah tersusun dalam urusan sehariannya. Hal ini dengan melakukan segala kewajipan, mengelakkan perkara yang boleh menjatuhkannya kepada haram, memperbanyak benda yang sunat dan sebagainya. 10. MAMPU BERDIKARI (©) © 38) Sifat ini sangat dituntut dalam agama kerana ianya sifat yang mulia. Sebagaimana Islam menyuruh umatnya supaya mencari rezeki dengan kudrat yang ada tanpa meminta-minta. Mampu berdikari membawa maksud kita menjauhi kemewahan apalagi pembaziran, tidak mengharapkan kepada orang lain, mempunyai simpanan letika waktu sempit, bersikap ihsan dalam bekerja dan menjauhi riba dalam semua pekerjaan.

You might also like