You are on page 1of 8

KERTAS KERJA KARNIVAL STEAM (Science, Technology, Engineering, Art, Mathematic)

& HIP (HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM)


STAR PROJECT SHOWCASE
SK JALAN BINTANG
2023

Nama Program : STEAM and HIP STAR Project Showcase SK Jalan Bintang 2023

Anjuran Bersama : Biro Akademik PIBG SK Jalan Bintang & Unit Kokurikulum
( Panitia Sains, Matematik, Rekabentuk & Teknologi. Pendidikan Seni Visual,
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu )

Dengan Kerjasama : Radio Televisyen Malaysia Miri (RTM), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS),
PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI

1.0 Pendahuluan :

Karnival STEAM dan Karnival Inovasi Teknologi merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk
meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.
Selama tiga (3 ) hari, peserta kem akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti hands-on berkaitan STEM.
Selain itu, murid juga akan didedahkan dengan kemahiran persembahan sains (School Lab) dan
pengucapan awam (public speaking) tentang hasil kerja amali atau projek berserta persembahan
media kreatif atau e-poster yang dihasilkan semasa pembentangan.

Pengucapan awam akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris amat
penting dalam kalangan masyarakat lebih - lebih lagi murid - murid dan warga sekolah. Selaras dengan
dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Oleh itu, untuk membudayakan dan
meningkatkan kemahiran warga sekolah terutamanya murid - murid dalam Bahasa Inggeris, panitia
Bahasa Inggeris akan melaksanakan program Mini Project Showcase (Year 6 students). Program ini
adalah salah satu usaha yang dilaksanakan untuk membantu mendedahkan murid - murid terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah. Disamping itu juga projek ini merupakan
sebahagian daripada topik dalam unit 6 : How it Made? Bahasa Inggeris Tahun 6. Hasil projek murid
adalah berdasarkan pembelajaran daripada topik ini.

2.0 Objektif & Matlamat


1. Menanam dan memupuk minat dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah terhadap
Bahasa Inggeris dan ilmu bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik sebagai
elemen penting dalam kehidupan masyarakat.
2. Peserta-peserta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan kemahiran
proses sains, kemahiran manipulatif, serta membuat persembahan multimedia melalui
pelbagai seni kreatif kearah masyarakat saintifik dan inovatif.
3. Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal dan
membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.
4. Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan STEAM di peringkat sekolah,
meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya di kalangan pelajar
disamping mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan PPPM.
5. Program ini juga dijadikan sebagai teras untuk membangunkan murid-murid dari segi
penampilan sahsiah, pencapaian akademik yang cemerlang dan membudayakan STEAM
dalam kehidupan seharian mereka melalui PBL (Project Based Learning).
6. Mencari dana untuk membeli atau menambah kit pembelajaran robotic di sekolah.
7. Menaiktaraf bilik sains di sekolah untuk pembelajaran dan inovasi pendidikan sains.
3.0 Sasaran :
1. Murid - murid Tahun 6 kelas Perdana dan PPKI.
2. Jemputan Pelajar Tahun 6 dan sekolah menengah dari sekolah sekitar Kawasan Miri yang menyertai
PBL STEAM (Uma Bawang, SK Sungai Bakas) di daerah Miri.
3. Pihak Radio Televisyen Malaysia Miri (RTM), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), PUSTAKA
NEGERI SARAWAK, MIRI √.
4. Agensi kerajaan, agensi luar dan IPTA/S yang berkaitan dengan STEAM seperti Jabatan Meteorologi
Sarawak (MET Malaysia), Pusat Al Falak √, Trail Blazer Curtin University Sarawak, Muzium Petroleum
Sarawak (Petrosains), Jabatan Pertanian Miri Sarawak, Borneo Heritage Handicraft Centre Miri,
Jabatan Perikanan Sarawak√, Forest Department Sarawak dan Kementerian Pendidikan Inovasi &
Pembangunan Bakat (MEITD).
5. Woodpecker Artworks Miri √.
6. Dibuka kepada anggota tertinggi dan exco PIBG serta para ibubapa murid tahun enam yang terbabit
dalam sesi libat urus dan pihak penaja.

4.0 Tarikh Program : 14 Disember 2023, Khamis


5.0 Masa : 08.00 pagi – 12.00 pagi
Tema Pameran : Bebas tetapi berkaitan HIP STEAM

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL STEAM (Science, Technology, Art, Mathematic) &
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM (HIP)

Penaung
Encik Mohd Yusuf Bin Abu Bakar (Guru Besar, SK Jalan Bintang)
Pengerusi
Encik Mohamad Zulfaizee bin Mohamad (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi I
Encik Abdi Elisa Nazar Bin Bujang (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II
Puan Nurmila Abdullah (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi III
Puan Nur Adlina Igol binti Abdullah ( Penolong Kanan PPKI)
Penyelaras Program
Puan Suminah Binti Mohamad Yusof
Penolong Penyelaras Program
Puan Jessica Garan
Setiausaha
Puan Emily Uding Gau (BIRO AKADEMIK PIBG & PENYELARAS STEAM)
Naib Setiausaha
Cik Syuriani Binti Osman Surkano
AJK PENGELOLA
AHLI PANITIA BAHASA INGGERIS
AHLI PANITIA BAHASA MELAYU
AHLI PANITIA SAINS
AHLI PANITIA MATEMATIK
AHLI PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
AHLI PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIRO AKADEMIK, PIBG, SK JALAN BINTANG

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL STEAM (Science, Technology, Art, Mathematic) &
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM (HIP)

BIL JAWATANKUASA KETUA AJK PELAJAR

1 Sambutan dan Protokol Encik Mohd Yusuf Bin Abu Bakar ( 4


- Menyambut ketibaan tetamu dan Guru Besar)
menunjukkan tempat duduk Encik Aaron Abel Donald Lingan
semasa majlis perasmian ( YDP PIBG)
Encik Iqbal Bin Abdollah
( Pemangku YDP PIBG)
Encik Abdi Elisa Nazar Bin Bujang
Puan Nurmila Abdullah
Encik Mohamad Zulfaizee bin
Mohamad
Puan Nur Adlina Igol binti
Abdullah

2 Surat Menyurat / Kad Jemputan Puan Emily Uding Gau ( Ketua) √


- Menyediakan surat jemputan dan Puan Suminah Binti Mohamad
berhubung tetamu jemputan. Yusof
- Menyediakan surat jemputan dan Syuriani Binti Osman Surkano
berhubung dengan sekolah dan ( Setiausaha PIBG)
agensi yang terlibat.
- Menyediakan laporan karnival dan
menghantar kepada pihak sekolah.

3 Siaraya / Teknikal Pui Siong Peng( Ketua) 3


- Menyedia dan menyelia susun Triswandi Bin Basri
atur alat siaraya untuk majlis
perasmian
- Memastikan alat siaraya berfungsi
dengan baik dan selamat digunakan.

4 Pentas Lu Hui Ping ( Ketua) 4


- Menghias pentas dan memastikan Lam Kam Hsia
kelengkapan majlis perasmian Jessica Anak Garan
Rosemary Utan Limbang Laing
disediakan.
Nur Munirah Binti Mohd. Junid
Dijah Anak Belanda

5 Jamuan Peserta Helen Anak Simon Jalin( Ketua) 4


- Mengurus dan menyediakan jamuan Nooralam Binti Awang Biak
makan dan minum bagi 25 peserta Ung Peck Hah
luar Teo Hui Hua

6 Jamuan VVIP Nur Aina Abdullah @ Roselina Binti 6


- Mengurus dan menyediakan jamuan Paie ( Ketua)
makan dan minum VIP (10 orang) Siti Fatimah Binti Johnidi
Emily Uding Gau
Nor Baiti Azera Binti Ahmad
7 Peralatan dan Tempat Pameran Morhaimie Bin Morshidi( Ketua) 5
- Membuat persiapan peralatan Ash'ari Bin Unji
diperlukan dan tempat pameran. Paul Anak Simon
- Mengemas dan mengembalikan Peter Jau Ngau
semula segala peralatan yang
telah digunakan.

8 Pembelajaran Berasaskan Projek Jacklyne Jelumie Genam ( Ketua) 10


Membuat persiapan projek dan Sannyah Binti Tuah
susunatur murid supaya aktiviti Hajijah Binti Haji Zainuddin
berjalan dengan lancar. Tipah Binti Ramli
- Memastikan pelajar mengemas
dan mengembalikan semula
segala peralatan yang telah
digunakan.

9 Pengacara Majlis Cik Syuriani Binti Osman Surkano √


- Mendraf dan menyediakan teks
juruacara majlis. Chelsea Mujan Meripa
- Mengendalikan majlis perasmian

10 DJ Program DJ RTM, Miri 2


- Memainkan lagu yang sesuai SUFRI CHANNEL
sepanjang karnival berlangsung (KIV)
- Menghebahkan aktiviti yang
sedang berlangsung
sepanjang karnival

11 Bacaan Doa √
- Menyediakan teks bacaan Nuh Syazwi
doa dan membacakan doa (6 Progresif)
semasa majlis perasmian

12 Brosur Chelsea Mujan Meripa ( Ketua) √


- Menyediakan, mencetak dan Abang Faziul Bin Abang Sarbini
mengedarkan brosur semasa
pendaftaran dan majlis perasmian

13 Banner dan Backdrop Reggie Anak Gowbei ( Ketua) √


- Mereka bentuk banner yang Teo Hui Hua
sesuai dan menepati kriteria
yang ditetapkan
- Menyiapkan backdrop yang sesuai
dengan majlis

14 Sijil / Cenderamata RACHEL ANAK PETER UGUS ( Ketua) 2


- Mengurus upacara penyampaian YI SIEW YIENG
cenderamata. BUNGA ANAK BAWEN
- Menyediakan cenderamata kepada SENDRA ANAK ADA
FLORANCE ANAK MATHEW
perasmi - Menyediakan sijil
ROSITA ANAK KAU
penyertaan dan
penghargaan

15 Pertandingan Ketua dan Guru Penasihat Kelab 6


- Menguruskan pertandingan Paper STEM
Rocket dan Magic Bubble dengan Caroline Lenti Anak Gasan
bantuan ahli Kelab STEM Haslina Binti Senin
- Menguruskan bayaran penyertaan
peserta

16 Peralatan dan Tempat Persembahan Khairul Fadhrullah Bin Zaini 21


- Menguruskan pameran PBL di ( Ketua)
tempat yang dikhaskan bagi agensi Yakub Bin Ibrahim
kerajaan, luar dan IPTA/S jemputan. Johnny Anak Intai

17 Jurufoto dan Dokumentasi Encik Reggie Gowbei ( Ketua) 2


- Membuat rakaman video dan Puan Norazah Binti Rosli
gambar sepanjang karnival Norbaiti Azera Bt Ahmad (FB Live)
berlangsung (team MyStar)

18 Persiapan Dewan Terbuka (Floor Puan Enid Anak Sipi (Ketua) √


Manager) Flora Sia An Na
- Membuat persiapan dari segi Cecelia Nantty Anak Enjop
Ash'ari Bin Unji
semua aspek bagi memastikan
Ngian Anak Dol
aktiviti pameran berjalan dengan ELNIE ROHILA ROBIN
lancar.
- Menyediakan pelan lantai
mengikut jumlah peserta

19 Parkir dan Disiplin Petugas Keselamatan Sekolah 6


- Menyediakan tempat parking
untuk VIP, tetamu, pengunjung
dan guru pengiring - Mengawal
tahap kawalan disiplin murid.

20 Pendaftaran CAROLINE LENTI ANAK GASAN 4


- Menerima dan mengesahkan ( Ketua)
penyertaan NORSUIHILA BINTI RAMLI
CECELIA NANTTY ANAK ENJOP
- Mengumpul semua maklumat dan
dokumen berkaitan pertandingan.

21 Gimik Perasmian MOHAMAD MERPATI BIN


- Menyediakan bahan dan peralatan AHMAD ( ketua)
untuk Gimik Perasmian. SUMINAH BINTI MOHD. YUSOF
SITI FATIMAH BINTI JOHNIDI
- Mengendalikan perjalanan dan
keselamatan gimik semasa perasmian

22 Kebersihan Petugas Kebersihan Sekolah √


- Memastikan kebersihan untuk
setiap lokasi pertandingan.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Tentatif
7.00 pagi Pendaftaran peserta dan persediaan tapak karnival (showcase) oleh para pelajar
dan jemputan
Taklimat dan hebahan program
8.00 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan
8.15 pagi Ketibaan VVIP dan Tetamu Kehormat

8.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku


Bacaan Doa oleh murid
Ucapan Alu-aluan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
Gimik Pelancaran oleh Tetamu Kehormat
Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat
Persembahan Junior Innovate STEAM
Lawatan Tapak Karnival oleh Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan

10.00 pagi Lawatan Tapak Karnival secara penggiliran bagi murid tahap 2
12.00 pagi Membersih dan mengemas tapak karnival
12.30 pagi Majlis bersurai

Jadual Rujukan Lawatan Tapak Showcase

MASA KELAS
10.00 pagi 4 Progresif 5 Progresif
10.30 pagi 4 Liberal 5 Liberal
11.00 pagi 4 Harmoni 5 Harmoni
11.30 pagi 4 Efisien 5 Efisien
12.00 tghr 4 Dedikasi 5 Dedikasi

9.0 TENTATIF MAJLIS PERASMIAN

8.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan


8.15 pagi : Ketibaan VVIP dan Tetamu Kehormat
8.30 pagi : Nyanyian Lagu “Negaraku”
: Nyanyian Lagu “Ibu Pertiwi”
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Guru Besar
: Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
: Gimik Pelancaran oleh Tetamu Kehormat
: Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat
: Persembahan Coral Speaking
: Persembahan Junior Innovate STEAM
: Lawatan Tapak Karnival oleh Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan

10.0 SIJIL PENYERTAAN & PENGHARGAAN


10.1 SIJIL PENYERTAAN – MURID (bergantung kpd penyertaan dari sekolah- sekolah)
10.2 SIJIL PENGHARGAAN – GURU PENGIRING (*ikut bilangan penyertaan)
12.3 SIJIL PENGHARGAAN - AJK PENGELOLA dan PENGANJURAN

11.0 ANGGARAN TENTATIF PERBELANJAAN


11.1 Perbelanjaan diurus
BIL ITEM HARGA CATATAN

1 Gimik Perasmian RM 200 Burning bubble,


butane gas

2 Cenderamata VIP RM 250 PIBG


(Woodpecker)

3 Banner Perasmian & Bunting RM 300 1 Banner


2 Bunting

4 Streamer / Bunting Stand (2 x 5) RM 200 2 batang

5 Persiapan Tempat Pameran RM 300 Khemah

6 Dokumentasi RM 100

7 Sambutan dan Jamuan VIP RM 200 Makanan


Minuman

8 Hiasan Pentas RM 300

9 Deejay dan Multimedia (Live RM 1750 RTM, Miri


Streaming), Persatuan Belia &
Sukan, Miri

10 Brosur, Sijil Penyertaan dan RM 300 Kertas Sijil


Penghargaan

JUMLAH KESELURUHAN RM 3900

11.2 Perbelanjaan makan dan minum pelajar, JK Kerja dan agensi sukarela pameran yang
diurus oleh pihak sekolah
BIL ITEM HARGA / PER HARGA
UNIT

1 Makan Pagi (Nasi Lemak + air) RM6.00 RM6.00 x 250


= RM1500

2 Kudapan (Sandwich / mi RM4.00 RM4.00 x 250


goreng / burger + air) = RM1000

JUMLAH KESELURUHAN RM 2500

PENUTUP

Diharapkan dengan adanya program Mini Project Showcase ini dapat meningkatkan lagi minat dan
pencapaian murid - murid dalam penguasaan matapelajaran STEAM dalam Bahasa Inggeris di SK Jalan
Bintang.

Semoga majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama daripada semua pihak sangat
diperlukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________________ ___________________________________
SUMINAH BINTI MOHAMAD YUSOF MOHAMAD ZULFAIZEE BIN MOHAMAD
PENYELARAS MINI PROJECT SHOWCASE PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
SK JALAN BINTANG, MIRI. SK JALAN BINTANG, MIRI.

Disahkan oleh :

___________________________
MOHAMAD YUSUF BIN ABU BAKAR
GURUBESAR
SK JALAN BINTANG, MIRI

You might also like