You are on page 1of 8

SOALAN SEJARAH TAHUN 5 SET 1 2021 (DAERAH KOTA TINGGI)

BAHAGIAN A
(60 markah)

Bulatkan SATU jawapan yang betul.

1. Sesebuah negeri yang diperintah oleh Sultan dikenali sebagai

A. pekan C. bandar
B. kerajaan D. kampung

Soalan 2 berdasarkan pernyataan berikut.

‘Hendaklah pada akhir zaman kelak


anak cucu bapa hamba jangan durhaka
pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan
jahat pekerti sekalipun’

2. Apakah kepentingan waadat berdasarkan pernyataan di atas?

A. Rakyat tidak boleh menderhaka kepada Sultan


B. Rakyat dibenarkan menderhaka terhadap Sultan
C. Jika Sultan berlaku zalim, rakyat tidak perlu menghormati Sultan
D. Sultan boleh bertindak sesuka hati terhadap kerajaan yang diperintahnya

3.

Daulat bermaksud

A. Kekuasaan raja C. Bangga


B. Ingkar perintah D. Hormat

4. Mengapakah kita perlu patuh dan taat kepada perintah raja?

A. Memastikan Raja dapat memerintah dengan adil dan saksama


B. Memastikan Raja dapat mengekalkan kuasanya
C. Memastikan Negara kita sentiasa aman
D. Memastikan Negara kita mempunyai Raja.

5. Negara-negara berikut masih mengekalkan institusi raja kecuali

A. Arab Saudi C. Singapura


1
B. Thailand D. Jepun

6. Istana Nurul Iman adalah nama bagi istana negara_______________.


A. Terengganu C. Selangor
B. Singapura D. Brunei

7. Apakah gelaran ketua bagi negeri Pulau Pinang?

A. Yang di-Pertua Negeri C. Yamtuan Besar


B. Sultan D. Raja

8. Di antara negeri-negeri berikut, negeri manakah yang tidak ada sultan?

A. Kelantan C. Melaka
B. Perak D. Kedah

9. Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 2

Berikut merupakan perlakuan yang perlu ditunjukkan terhadap haiwan kecuali

A. Memukul C. Melindungi
B. Menyayangi D. Mengasihani

Soalan 10 berdasarkan pernyataan di bawah.

Agama-agama lain boleh diamalkan


tanpa halangan walaupun agama Islam
adalah agama persekutuan.

10. Nyatakan kepentingan pernyataan di atas bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

A. Rakyat tidak akan menghormati agama Islam


B. Wujud semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
C. Setiap rakyat boleh memiliki pelbagai agama dalam satu-satu masa
D. Upacara keagamaan boleh diadakan di tempat terbuka sesuka hati tanpa kebenaran

2
11. Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh dipertingkatkan di sekolah?

I. Semua murid dan guru bertutur menggunakan Bahasa Melayu


II. Menyertai pertandingan bahasa yang dianjurkan oleh sekolah
III. Menggunakan bahasa ibunda semasa bertutur dengan rakan-rakan
IV. Mengadakan pelbagai program seperti program Bulan Bahasa Melayu

A. I, II dan III C. II, III dan IV


B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

12. Bagaimanakah pihak British melindungi kepentingan perdagangannya di Tanah Melayu


daripada kemarahan kuasa-kuasa asing lain di Asia Tenggara?

A. Mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa luar


B. Melancarkan peperangan ke atas kuasa luar
C. Menguasai negeri-negeri di Tanah Melayu
D. Mendapatkan bantuan dan sokongan daripada para pedagang

13. Dialog berikut mungkin berlaku di sebuah negeri pada pertengahan abad ke-19.
X : Rentap berjaya menewaskan British.
Y : Ya. Beliau seorang yang bijak dalam
merancang strategi pertempuran.

Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Rentap?

A. Membina kubu di Bukit Sadok


B. Menggunakan senjata moden
C. Mendapatkan bantuan Belanda
D. Menggunakan taktik perang gerila

Soalan 14 berdasarkan jadual di bawah.

Negeri Tokoh
Perak Dato’ Maharaja Lela
Naning Dol Said
Kelantan X

14. Tokoh X kemungkinan ialah

A. Mat Kilau C. Mat Salleh


B. Tok Janggut D. Rentap

3
Soalan 15 berdasarkan jadual berikut.

Kuasa Luar Tempoh Penjajahan


Jepun 1941 – 1945
X 1641 - 1824
Portugis 1511 - 1641

15. Kuasa luar X ialah

A. Belanda C. British
B. Jerman D. Amerika Syarikat

Soalan 16 dan 17 berdasarkan pernyataan di bawah.

W : Tulisan jawi
X : Tulisan Arab
Y : Bahasa Arab Lama
Z : Bahasa Melayu Lama

16. Apakah tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat di Terengganu?

A. W C. Y
B. X D. Z

17. Apakah bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat tersebut?

A. W C. Y
B. X D. Z

18. Penasihat utama kepada Yang di-Pertuan Agong ialah...

A. Menteri Besar
B. Ketua Hakim Negara
C. Perdana Menteri
D. Yang di-Pertuan Besar

19. Mengapakah majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri wajar
dipertahankan?

A. Mengumpul duit raya


B. Mengeratkan perpaduan
C. Menikmati pelbagai juadah
D. Menjadi ilham penulisan karangan

4
Ancaman Komunis 1948

Penubuhan Parti-parti Politik

Pilihanraya 1955

20. Rajah menunjukkan peristiwa ke arah kemerdekaan. Apakah peristiwa yang berlaku selepas
Pilihanraya 1955 itu?

A. Malayan Union 1948


B. Rundingan London 1956
C. Pendudukan Jepun 1942 - 1945
D. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

21. Mengapakah kita perlukan masyarakat yang bertoleransi?

A. Penentu kemajuan negara


B. Mengelakkan peperangan
C. Kaum peribumi memerintah
D. Menggalakkan campur tangan luar

22. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat oleh...

A. Majlis Raja-raja C. Majlis Peguam Negara


B. Majlis Amanah Rakyat D. Majlis Perpaduan Negara

23. Perlembagaan Malaysia menyebut agama _____________ adalah Agama Persekutuan.

A. Islam C. Hindu
B. Buddha D. Kristian

24. Antara berikut, yang manakah bukan warisan kesenian Islam di Negara kita.

A. C.

5
C. D.

25. Seni khat juga dikenali sebagai

A. Flora C. Kaligrafi
B. Karikatur D. Kartunis

26. Negara berikut merupakan penutur utama bahasa Melayu kecuali

A. China C. Filipina
B. Kemboja D. Afrika Selatan

27. Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara berikut:

I. Siam
II. Belanda
III. Portugis
IV. India

A. I, II dan III C. I, II dan IV


B. I, III dan IV D. II, III dan IV

28. Penentangan terhadap British di Perak disebabkan oleh ________________

A. Kehilangan hak mengutip cukai


B. Pembinaan balai polis oleh british
C. Pembakaran kampung oleh British
D. Menceroboh hutan untuk membina jalan

29. Antara berikut merupakan beberapa peranan Rukun Negara dalam melahirkan masyarakat
yang bersatu padu kecuali

A. Menjamin keutuhan negara


B. Memporak-perandakan negara
C. Membina sebuah masyarakat progresif
D. Menerapkan nilai murni

30. Perdana Menteri Malaysia sekarang merupakan perdana menteri yang ke ?

A. Pertama C. Enam
B. Dua D. Tujuh

(60 MARKAH)

6
BAHAGIAN B

Jawab semua soalan.

A. Lihat gambar di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

1. Identiti negara di atas ialah ___________________________


2. Harimau melambangkan __________________________________
3. Cogan kata ialah __________________________________________
4. Simbol Islam sebagai Agama Persekutuan ialah ________________________
5. Di manakah biasanya kamu melihat gambar di atas?
________________________________________________________
(05 MARKAH)

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Jalur gemilang bersemangat Bunga raya

Agama Islam Bahasa Kebangsaan

1. Bulan sabit dikaitkan dengan ____________________________________.

2. ______________________ adalah nama bendera kebangsaan Malaysia.

3. Kita hendaklah _________________ ketika menyanyikan lagu Negaraku.

4. Bahasa Melayu adalah _________________________________ negara kita.

5. __________________________ adalah bunga kebangsaan negara kita.

(05 MARKAH)

7
---------- SOALAN TAMAT ----------

You might also like