You are on page 1of 7

SK Gembut

Jalan Tanjung Sedili


81900 Kota Tinggi
Johor

Kertas Kerja
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
Peringkat Sekolah
2023
1.0 PENDAHULUAN

Setiap tahun, Sambutan Hari Raya akan mengisi kalendar sekolah sebagai
satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu
daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan meraikan Aidil Fitri
setelah sebulan berpuasa.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada


semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya
kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan
dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

2.0 RASIONAL

Rasional di sebalik penganjuran Sambutan Hari Raya ini ialah :

1. Merayakan Sambutan Hari Raya setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.


2. Meraikan guru- guru, kakitangan, pekerja swasta, komuniti setempat dan
murid murid
3. Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru, kakitangan pekerja
sekolah, komuniti setempat serta murid-murid
4. Bermaaf-mafaan antara guru-guru, kakitangan, pekerja dan murid murid SK
Gembut.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Sambutan Hari Raya adalah untuk bersama sama meraikannya tidak
mengira latar belakang dan taraf seseorang. Ianya juga mengingatkan pada kita
yang kita sesama manusia adalah sama tidak kira siapa pun. Di sini juga kita dapat
memberi kegembiraan kepada yang kurang bernasib baik.
Diharapkan Sambutan Hari Raya ini dapat :-

1. Memupuk semangat kekeluargaan antara guru – guru dengan kakitangan,


kominiti setempat dan murid.
2. Menanamkan rasa bersyukur setelah sebulan menjalani ibadah puasa
3. Memupuk nilai-nilai murni yang perlu diamalkan semasa menyambut Hari
Raya

4.0 KUMPULAN SASARAN

1. Guru-guru SK Gembut
2. Kakitangan SK Gembut
3. Murid-murid SK Gembut

5.0 TARIKH & CADANGAN AKTIVITI

Tarikh : 11 @ 18 Mei 2023 (Khamis)


Masa : 7.45 am - 12.30 pm
Tempat : Dewan Hj Ahmad Hambali.
Tentatif

Masa Aktiviti

7.30 am – 7.45 am Berkumpul di dewan

7.45 am – 8.25 am Bacaan Yasin dan Tahlil ringkas

8.30 am – 9.30 am Bacaan doa


Ucapan Guru Besar
Sejarah Hari Raya Aidil Fitri
Bacaan Marhaban beramai ramai
9.30 – 9.50 am Rehat
9.50 am – 11.15 am Pertandingan Pakaian Raya ( pilih 2 pemenang dari
setiap kelas)
Pertandingan nyanyian lagu raya (terhad 2 peserta
setiap kelas)
Penyampaian hadiah

11.30 am – 12.30 pm Jamuan kelas


Pemberian duit raya
Bersurai

7.0 Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2023 adalah seperti berikut

Pengerusi : En. Mohammed Hajazi bin Abd Hamid


(Guru Besar SK Gembut)
Tim. Pengerusi 1 : En Mohd Zam bin Mohd Samuri
(GPK Ko-Kurikulum)
Tim. Pengerusi 2 : Cik M.I. Maslinni bt Ismail
(GPK Pentadbiran)
Puan Hanifah binti Ahmad@ Ismail
(GPK HEM)
Penyelaras : En. Mohamad Nor bin Mohamed

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL. BIDANG TUGAS PELAKSANA


1 Penyelaras  Membentuk jawatan kuasa pelaksana  En. Mohamad Nor
 Mempengerusi dan mengendalikan Mohamed
mesyuarat.
 Menyelaras dan menyelia persiapan
dan jawatankuasa program.
BIL. BIDANG TUGAS PELAKSANA
2 Pengacara  Memastikan majlis berjalan dengan  Cik Wan Nur Alya
Majlis lancar Wan Mohd Zain
 Mendapatkan tentatif perjalanan majlis
 Menyediakan teks ucapan yang
disemak oleh Guru Besar dan
Penyelaras.
 Mengawal perjalanan majlis.
3 Bacaan  Menyediakan doa yang sesuai dengan  Us. Mohd Nor
doa, majlis Hashrul b.
Tazkirah &  Bacaan doa Shariffuddin
Marhaban  Menerangkan asal sambutan Eidul Fitri  Us Mohd Zam bin
 Membimbing bacaan marhaban Samuri
4 Jemputan /  Mencetak buku program/pamplet  Pn Sophia Zulzaimi
Pamplet Mengedarkan buku program / pamplet  Pn Supiah Bakri
pada hari tersebut.

5 Peragaan  Menyelaras peserta nyanyian  Cik Nur Syazwani


Pakaian  Menyelaras peserta Ibzan Ibrahim
Raya dan  Memilih peserta pakaian terbaik  Pn Nadzrah Musa
nyanyian  Cik Nurul Hazirah
 En. Mohd Amin
Ideris
 En. Mohd Farhan
Adam Azhar
6 Persiapan  Mengemas dewan sebelum dan selepas  Cik Fatin Nuryasmin
Tempat & majlis Zamzuree
Pentas  Memastikan latar aksara telah  Pn. Rosmawati
disediakan sebelum majlis Ismail
 Menyediakan perhiasan pentas  Pn Khairiyah Masaji
 Mendapatkan senarai peralatan yang  En. Mohd Amin
diperlukan daripada penyelaras Ideris
 Memastikan peralatan yang diperlukan  En. Mohd Nor
mencukupi Mohamed
 Memastikan perjalanan majlis berjalan  En. Mohd Fairuz
lancar Munazah

7 Sistem  Menyediakan sistem siaraya mencukupi  En. Farhan Adam


siaraya/PA  Memastikan sistem siaraya berkeadaan Azhar
Sistem baik semasa majlis berlangsung  En. Mohd Amin
 Sentiasa berada dalam keadaan Ideris
bersedia
8 Dokumenta  Mengambil gambar proses sebelum dan  Pn Cik Rahaayu
si selepas majlis Hanifah
 Menyediakan laporan perjalanan majlis
9 Hadiah  Mencari dan menyediakan hadiah  Pn Siti Khadijah
 Menguruskan majlis penyampaian Hashim
hadiah  Cik Siti Khadijah
Lokman
10 Kawalan  Memastikan guru berada bersama  Guru bertugas &
murid murid semua guru
 Memastikan disiplin murid terkawal
semasa majlis berlangsung
BIL. BIDANG TUGAS PELAKSANA
 Memastikan murid berada di tempat
yang ditetapkan
 Mengawal perjalanan masuk dan keluar
murid sepanjang majlis berlangsung
11 Jamuan  Menyediakan tempat dan peralatan  Guru Kelas
jamuan untuk murid  Pembantu guru
 Menghidang makanan kepada murid kelas
 Memastikan keadaan murid terkawal
 Menyelaras jamuan bersama ibubapa
12 Kebersihan  Memastikan dewan disapu sebelum  Pekerja Swasta,
dan selepas majlis
 Memastikan plastik hitam disediakan
dan mencukupi

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Sumber kewangan : Badan kebajikan, PIBG, Sumbangan luar, JPKK Kampung


Gembut

Bil Item Harga


1. Backdrop RM 100.00
2. Cenderahati / hadiah RM 100 .00
3. Persiapan tempat RM 100.00
4. Duit raya RM2 x 300 ( sumbangan guru dan RM 600.00
kakitangan)
Jumlah RM 900.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar sambutan Hari Raya peringkat sekolah berjalan lancar dan
mencapai objektif program.yang diharapkan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................... ......................................
(Mohamad Nor bin Mohamed) (Mohd Zam bin Mohd Samuri)
Penyelaras Hari Raya Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Disahkan oleh

............................
(Mohammed Hajazi bin Abd Hamid)
Guru Besar
SK Gembut

You might also like