You are on page 1of 4

BAB 2: PENGURUSAN PROJEK

BAHAGIAN A

1 Apakah aktiviti utama dalam pengurusan projek reka bentuk. (Buku Teks ms 32)
I Skop kerja
II Kos projek
III Jarak projek
IV Kos overhed
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Antara berikut, penjanaan idea manakah adalah sesuai? (Buku Teks ms 33)

3 Apakah elemen yang perlu ada pada carta gantt. (Buku Teks ms 37)
I Aktiviti
II Kos penghasilan
III Ahli yang terlibat
IV Minggu atau bulan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

AsiahJuli_RBT 1
4 Rajah berikut merupakan tujuan penjadualan projek. (Buku Teks ms 36)

Mengelakkan
X pembaziran

Tujuan
penjadualan
projek
Mengawal
sumber tenaga Mengurus
pekerja bahan mentah

Apakah X?
A Menetapkan harga pada kadar yang menguntungkan
B Memastikan projek tiada penambahbaikan
C Memastikan bahan untuk membuat projek adalah murah
D Mengelakkan kerugian masa dan kos

5 Pernyataan berikut adalah mengenai konsep SMART. (Buku Teks ms 40)

Kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalisis


sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek

Antara berikut, yang manakah mewakili huruf SMART?


A S
B M
C R
D T

BAHAGIAN B

1 Maklumat berikut adalah mengenai tugas pengurus projek. (Buku Teks ms 36)

A Pengelolaan aktiviti C Matris organisasi


B Penentuan utama D Penentuan subutama

Padankan tugas pengurus projek dengan pernyataan yang betul dengan menulis A, B, C
atau D pada petak yang disediakan.

(a) Ahli pasukan berbincang mengenai tujuan dan objektif yang ingin
diperoleh daripada projek yang dilakukan

(b) Pasukan yang dibentuk akan menjalankan tugas mengikut kepakaran


masing-masing

(c) Memainkan peranan penting kerana perancangannya lebih teliti


seperti risiko kepada projek
[3 markah]

AsiahJuli_RBT 2
2 Susun mengikut urutan yang betul langkah pengurusan pelaksanaan projek dengan
menulis 1, 2 dan 3 pada petak yang disediakan. (Buku Teks ms 34)

(a) Perancangan

(b) Pengawalan

(c) Penjadualan

[3 markah]

3 Namakan penjanaan idea berikut pada ruangan jawapan yang disediakan berdasarkan
pilihan jawapan yang diberi. (Buku Teks ms 33)

Menterbalik Menukar Menterbalik Meniru dari


kedudukan saiz objek fungsi persekitaran

(a)

(b)

[2 markah]

4 Pernyataan berikut berkenaan dengan kelebihan kumpulan kerja. (Buku Teks ms 42)

Murid tingkatan 1 Bestari perlu menghasilkan sebuah produk


secara berkumpulan. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan

Tandakan (/) bagi kelebihan kumpulan kerja yang betul dan (X) bagi yang salah pada
petak yang disediakan.

(a) Peningkatan motivasi ahli kumpulan

(b) Keupayaan mempengaruhi orang lain

(c) Mempamerkan kepakaran khusus

[3 markah]

AsiahJuli_RBT 3
BAHAGIAN C

1 Ahli Kelab Pengguna perlu menghasilkan bingkai gambar sebanyak 100 unit untuk dijual
pada Hari Kantin sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai penghasilan bingkai
gambar tersebut.

Bahan Kuantiti Kos seunit (RM)


Kadbod 20 keping 1.00
Manik 6 bungkus 3.00
Kertas warna 20 keping 0.80
Glu 2 botol 2.00

(a) Hitungkan kos bahan yang terlibat. (Buku Teks ms 41)

[4 markah]

(b) Kira kos modal untuk menghasilkan bingkai gambar tersebut jika kos upah ialah
RM400.00 dan kos overhed ialah RM26.00. (Buku Teks ms 41)

[4 markah]

(c) Jika mereka inginkan keuntungan sebanyak 50%, berapakah harga jualan bingkai
gambar tersebut? (Buku Teks ms 41)

[2 markah]

AsiahJuli_RBT 4

You might also like