You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN

1. Nama persatuan

1.1 Nama persatuan ini ialah ...........................................................

2. Objektif persatuan

2.1 Objektif persatuan ini ialah untuk:


2.1.1 Menyatupadukan dan menjalinkan kemesraan antara ahli-ahli persatuan.
2.1.2 Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara demi
melahirkan warganegara yang sihat.
2.1.3 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama mengembangkan
bakat dan potensi mereka.
2.1.4 Memperkembangkan perkembangan mental dengan perkembangan sosial,
jasmani dan rohani pelajar.
2.1.5 Memperkukuh interaksi sosial di kalangan pelajar.
2.1.6 Mempertingkat minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja yang
diceburi.
2.1.7 Memperkukuh dan memperkaya perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik
darjah serta perluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
2.1.8 Memenuhi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, memberi
kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.1.9 Mempertingkat disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan
sikap positif, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan.
2.1.10 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih kondusif.
2.1.11 Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
ibu bapa dan masyarakat setempat.
2.1.12 ………………………………………………………………………………………….
2.1.13 ………………………………………………………………………………………….

3. Keahlian persatuan

3.1 Terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini dalam tahun semasa


3.2 Pelajar yang telah diterima dan didaftarkan menjadi ahli persatuan.
3.3 ………………………………………………………………………………………………
3.4 ………………………………………………………………………………………………

4. Yuran ahli

4.1 Setiap ahli akan dikenakan bayaran yuran sebanyak ………….. tiap-tiap
……………….
5. Pentadbiran

5.1 Persatuan ini akan dikelolakan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada
ahli-ahli seperti berikut: Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib
Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa.
5.2 Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan mewakili
persatuan secara rasmi dengan dibantu oleh Naib Pengerusi.
5.3 Setiausaha dan penolongnya bertanggungjawab untuk menyimpan semua rekod
keahlian ,kegiatan, minit mesyuarat, laporan tahunan/penggal serta semua jenis
surat menyurat persatuan ,kedatangan dan kecergasan setiap ahli secara
kemaskinikan selalu.
5.4 Bendahari akan menyimpan rekod pungutan yuran serta mengemaskinikan
penyata kewangan.
5.5 Ahli-ahli Jawatankuasa akan membantu pengerusi mengatur kegiatan-kegiatan
persatuan ini secara bersungguh-sungguh.
5.6 Guru penasihat hendaklah dihubungi oleh semua AJK berkenaan untuk
mentadbir persatuan ini.

6. Perjumpaan/latihan dan tanggungjawab ahli

6.1 Ahli-ahli persatuan ini akan bertemu pada setiap hari rabu persekolahan
sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Kehadiran adalah diwajibkan.
6.2 AJK akan bermesyuarat apabila diperlukan.
6.3 Masa pertemuan/ latihan adalah pada setiap hari rabu pada pukul 7:25 pagi
hingga 9:25 pagi di Dewan Kejora.
6.4 Masa, hari serta tempat perjumpaan boleh dipinda dengan kebenaran Guru
Besar sekolah. Pembatalan perjumpaan/latihan juga boleh dilakukan setelah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar.
6.5 Kekerapan perjumpaan/latihan akan diperbanyakkan apabila ada keperluan
/projek/pertandingan dan sebagainya.

7. Mesyuarat agung

7.1 Mesyuarat Agung persatuan ini mesti diadakan pada hujung tahun persekolahan
untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK baru yang akan
bertugas pada awal sesi persekolahan pada tahun berikutnya.
7.2 Mesyuarat Agung boleh diadakan tidak lewat daripada bulan Oktober setiap
tahun.
7.3 Kehadiran dalam Mesyuarat Agung mestilah melebihi 1/3 daripada jumlah ahli.
8. Guru penasihat

8.1 Guru Penasihat Kelab/ Persatuan/UPS akan ditentukan oleh Guru Besar dan
segala kegiatan Persatuan/Kelab/UPS hendaklah dijalankan mengikut
nasihatnya. Guru Penasihat adalah wakil Guru Besar dan tanggungjawab
kepada Guru Besar tentang perkembangan persatuannya.

9. Larangan

9.1 Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif atau yang tidak diluluskan oleh
Guru Besar sekolah tidak boleh dijalankan.
9.2 Persatuan tidak boleh menjalankan aktiviti di luar sekolah kecuali telah mendapat
kelulusan pihak sekolah terlebih dahulu.
9.3 Persatuan ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak di luar
sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar.
9.4 Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-
undang Negara tidak boleh dijalankan.
9.5 Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada guru penasihat yang dilantik oleh pihak
sekolah.
9.6 Penceramah/pembantu dari luar boleh dijemput dengan persetujuan daripada
Guru Besar.
9.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah
mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar/ibu bapa/penjaga.

10. Rancangan kegiatan

10.1 AJK yang dipilih akan merancang kegiatan tahunan/penggal/mingguan dalam


masa dua minggu dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak
sekolah untuk mendapat kelulusan.

11. Pakaian dan ketertiban.

11.1 Semua pelajar tertakluk kepada peraturan sekolah semasa mengikuti kegiatan
persatuan/kelab/permainan/UPS.
11.2 Semua ahli diwajibkan memakai pakaian seragam yang ditetapkan.

12. Tanggungjawab ahli

12.1 Setiap ahli wajib menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.


12.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan persatuan ini dan yang tidak hadir kegiatan
tiga kali berturut-turut tanpa sebab akan digugurkan keahliannya.
13. Penilaian keahlian

13.1 AJK serta guru penasihat mesti menyediakan suatu laporan lengkap mengenai
segala aktiviti persatuan sepanjang tahun, penyata kewangan serta prestasi
persatuan sepanjang tahun.
13.2 Guru penasihat perlu menyediakan satu senarai nama pelajar yang telah
mencapai kecemerlangan dengan kegiatan kelab/persatuan/UPS pada akhir
bulan Ogos setiap tahun kepada GPK KOKU.Penilaian ini akan diselaraskan
oleh pihak sekolah untuk dicatatkan dalam Sijil Berhenti Sekolah/ Surat Akuan
ahli berkenaan.

14. Pendaftaran persatuan

14.1 Persatuan ini didaftarkan oleh Guru Besar Sekolah.


14.2 Syarat pendaftaran ini boleh meminda,menambah atau memansuhkan mana-
mana peraturan dalam perlembagaan.

15. Hal-hal lain

15.1 Jika ada sebarang butiran lain bagi kelab/persatuan/UPS ini hendaklah
dikepilkan bersama perlembagaan induk ini.
15.2 Semasa pendaftaran, senarai nama AJK Kelab/ Persatuan/UPS hendaklah
dilampirkan bersama.
15.3 Guru penasihat hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran persatuan
dalam dua salinan selepas Mesyuarat Agong dengan kadar segera.

You might also like