Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Agung Rumah Sukan
Minit Mesyuarat Agung Rumah Sukan
3.Perancangan Aktiviti
3.1 En. Muzammil mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan sukan untuk makluman
ahli Rumah Keir seperti dalam jadual di bawah:
HARI TARIKH AKTIVITI
Rabu 10/1/2018 Latihan Rumah Sukan 1
Selasa 16/1/2018 Latihan Rumah Sukan 2
Jumaat 19/1/2018 Larian Yussufian
Rabu 24/1/2018 Latihan Rumah Sukan 3
Isnin 22/1/2018-26/1/2018 Sukantara
Khamis 1/2/2018 Latihan Rumah Sukan 4
Isnin 5/2/2018-13/2/2018 Acara Saringan & Akhir
Sabtu 24/2/2018 Kejohanan Balapan Dan Padang SMK
Sultan Yussuf
3.2 Pertandingan bola sepak, bola jaring dan hoki telah dirancang untuk diadakan
semasa Hari Sukan Negara pada bulan Oktober
Tindakan : Semua ahli Rumah Keir
4.Penetapan Yuran
4.1 Yuran sebanyak RM2 telah ditetapkan bagi setiap seorang ahli.
4.2 Sumbangan Guru ditetapkan sebanyak RM 10.00.
Tindakan : Bendahari, Semua ahli Rumah Keir
5. Hal-hal lain
5.1 Pn. Nazifa meminta ahli rumah Keir untuk merujuk papan kenyataan rumah Keir bagi
mendapatkan sebarang maklumat berkaitan Rumah Keir.
5.2 Beliau meminta setiap ahli sentiasa komited dan turut sama menyumbang tenaga
demi mempertahankan kemenangan rumah Keir untuk tahun ketiga berturut-turut.
Tindakan: Semua ahli Rumah Keir
Disahkan oleh,
(EN MUZAMMIL)
Ketua Guru Penasihat Rumah Sukan Keir 2018.