You are on page 1of 9

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kertas konsep
Pertandingan Kemahiran Futsal
MSSR Peringkat Daerah Kanowit Tahun 2020

ANJURAN

Unit Pembanguan Bakat Murid ( UpbM


Sektor Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit
1. PENGENALAN

Kokurikulum merupakan satu bidang pendidikan yang penting bagi mewujudkan suasana
yang seimbang untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid-murid sekolah
rendah di daerah Kanowit. Jadi pertandingan futsal alam maya ini turut membantu para
peserta untuk menyertai gerak kerja kokurikulum seperti yang dituntut oleh Falsafah
Pendidikan Negara.

Pertandingan Futsal anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit ini juga merupakan
satu cadangan yang mempunyai matlamat dan sasaran yang tertentu bagi mencungkil dan
mendedahkan bakat para pemain sekolah rendah daerah Kanowit .

2. MATLAMAT
Matlamat pertandingan ini adalah seperti berikut ;

I. Memberi peluang kepada setiap sekolah kurang murid ( SKM ) untuk menyertai
pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.

II. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan
pemain dan membentuk sikap serta amalan positif dengan menunjukkan disiplin yang
tinggi ketika bertanding.

III. Penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemain
untuk memahami permainan serta undang-undang futsal

IV. Mendedahkan para pemain supaya lebih cenderung untuk kearah kehidupan yang
positif dengan melakukan aktiviti riadah disamping menimba pengalaman untuk
menyertai pertandingan yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

3. OBJEKTIF

1. Mengeratkan lagi silaturrahim antara semua sekolah yang bertanding di Daerah


Kanowit.
2. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan para peserta atau pemain bagi
menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
3. Memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman melalui sukan dan
sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. TEMPAT PERTANDINGAN

Gelanggang atau pada futsal sekolah sendiri ATAU mana-mana kawasan lapang yang

difikirkan sesuai dan selamat.

5. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Cadangan tarikh ialah pada 9 September 2020 hingga 11 November 2020.Maklumat


lanjut sila rujuk jadual kronologi pertandingan.

6. PENYERTAAN
a. Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah Rendah dan Menengah di Daerah
Kanowit .
Sekolah Had maksimum umur catatan
Sekolah Rendah 8 Orang 10-12 tahun Satu permain satu rakaman video
Sekolah menengah 5 Orang 14-15 ahun

7. SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN


a. Setiap sekolah di kehendaki untuk menghantar semua video mengikut jumlah
penyertaan sekolah masing-masing.
b. Panjang satu video adalah dihadkan kepada 4-5 minit berterusan.
c. Aspek penilaian Pertandingan :
Bahagian Kemahiran dinilai Markah
1 Kemahiran menimbang bola dengan 35
kaki ,pada,dada dan kepala .
Kemahiran mengelecek skiter
2 Ketangkasan 10
Tidak menjatuhkan atau melanggar 5
skiter
Teknik jaringan di luar kotak “D” 15
Sudut jaringan
3 Sudut atas kanan /kiri 6
Sudut bawah kanan/kiri 3
Tengah atas 4
Bahagian tengah bawah 2
Kualiti Video ( tiada terputus-putus) 10
Displin/sikap/ Kelancaran persembahan 10
JUMLAH MARKAH 100
8. MASA PERMAINAN/VIDEO
Tempoh masa bagi video setiap sekolah adalah 4-5 minit.
9. PAKAIAN
Semua pasukan yang bertanding dimestikan memakai jersi lengkap.
10. KELEWATAN
Kelewatan untuk menghantar video pertandingan adalah tanggungjawab sekolah
sendiri dan pihak pengelola berhak untuk tidak menerima penyertaan.

11. PENGHAKIMAN
a. Dilantik oleh pihak pengelola atas nasihat pihak PPD ( UPBM )- 3 orang hakim
b. Bagi penentuan pemenang juara,kedua dan ketiga ,Mata yang paling tinggi akan
menjadi juara dan seterusnya. Jika ada jumlah mata yang sama, hakim akan
menilai kembali video sekolah yang terlibat untuk memutamadkan pemenang.
c. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
d. Pertandingan ini djalankan secara individu ( mata individu) dan bukannya
berdasarkan ʺschool Base”

12. PERUBAHAN TARIKH PERTANDINGAN


Jawatankuasa pengelola berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan
dan pertandingan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan.

13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Bagi perkara yang tidak dinyatakan diatas, pihak pengelola berhak untuk
membuat keputusan dan keputusan adalah muktamad.

14. KRONOLOGI PERTANDINGAN


Bil Tarikh Perkara Tindakan
1 9/10/2020 Tarikh akhir pendaftaran
2 12/10/2020-12/11/2020 Merakam video Sekolah masing-masing
3 12/11/2020-20/11/2020 Penghantaran Rakaman
4 23-25/11/2020 Proses penghakiman PT Futsal dan hakim yang dilantik
5 27/11/2020 Pengumuman keputusan PT Futsal

a. Cadangan penghantaran video: dalam whatapps atau telegram PT Futsal.


( Boleh rujuk dalam group telegram UPbM.)
15. KESELAMATAN
Semua pengurus pasukan diwajibkan menjaga keselamatan pemain masing-masing
dan borang deklarasi serta borang perakuan ibubapa adalah perlu.

16. HADIAH PERTANDINGAN


JOHAN : Hanging Medal dan sijil -medal
N. JOHAN : Hanging medal dan sijil
KETIGA /5 : Hanging medal dan sijil
: Sijil penyertaan ( utk semua sekolah )

17. PENUTUP

Adalah diharapkan pertandingan futsal ini dapat dijalankan dengan jayanya kelak. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat amat diperlukan. Semoga objektif
pertandingan ini nanti dapat tercapai.
PERINGATAN : PASTIKAN VIDEO TIDAK MENGAMBIL LATAR BELAKANG SEKOLAH TERUTAMA YANG
ADA NAMA SEKOLAH.

Disediakan oleh, Disemak oleh :

_______________________ _____________________
( CIKGU SAUNG ANAK BERANDI ) ( CIKGU WILLY ANAK JOHNSON )
Penasihat Teknikal Futsal SR Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
MSSD Daerah Kanowit. Unit Pembangunan Bakat Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.

Disahkan oleh, Disahkan Oleh


______________________ _____________________
( CIKGU TIUS ANAK SIGI ) ( CIKGU HAJI BUGIN BIN RAGOON )
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit.
PELAN PERTANDINGAN FUSHAL ALAM MAYA

Bahagian I – III hendaklah dilakukan


secara berterusan.Selesai saja habis
dibahagian I hendaklah disambung Skiter
terus ke bahagian iii dan iii. Video
rakanman adalah tidak boleh putus-
putus tanpa edit

2M

TAPAK
KEMAHIRAN KAWALAN BOLA MENGGUNAKAN
KAKI / KEPALA
BORANG PENYERTAAN (SR) FUTSAL ALAM MAYA 2020 ANJURAN UNIT
PEMBANGUNAN BAKAT MURID ( UPBM ) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KANOWIT.

SEKOLAH SR :
MAKLUMAT JURU LATIH
BIL NAMA JANTINA BANGSA NO CATATAN
TELEFON
1
2
MAKLUMAT PESERTA
1 VIDEO 1
2 VIDEO 2

3 VIDEO 3

4 VIDEO 4

5 VIDEO 5

6 VIDEO 6

7 VIDEO 7

8 VIDEO 8

Disediakan oleh Disahkan oleh


........................... ..........................
Nama: Nama:
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :

Cop sekolah:

** sila hantar borang penyertaan kepada PT Futsal melalui peti


surat/whatapps/telegram atau email ( daralelentik@gmail.com)
BORANG PENYERTAAN (SM) FUTSAL ALAM MAYA 2020 ANJURAN UNIT
PEMBANGUNAN BAKAT MURID ( UPBM ) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KANOWIT.

SEKOLAH SR :
MAKLUMAT JURU LATIH
BIL NAMA JANTINA BANGSA NO CATATAN
TELEFON
1
2
MAKLUMAT PESERTA
1 VIDEO 1
2 VIDEO 2

3 VIDEO 3

4 VIDEO 4

5 VIDEO 5

Disediakan oleh Disahkan oleh


........................... ..........................
Nama: Nama:
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :

Cop sekolah:

** sila hantar borang penyertaan kepada PT Futsal melalui peti


surat/whatapps/telegram atau email ( daralelentik@gmail.com)

You might also like