You are on page 1of 1

S SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR AKAR

JALAN TENGKU MUHAMMAD,


25050 KUANTAN, PAHANG

Rujukan Kami :BilikBoss/08/2022


Tarikh : 9 FEBRUARI 2022

Kepada semua ibu bapa atau penjaga


……………………………………

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mula
mengumpulkan semula buku teks dan penerimaan buku teks SPBT tahun semasa seperti
ketetapan yang berikut :-

BIL TINGKATAN TARIKH MASA PEMULANGAN TEMPAT


.
1. 5 25/2/2022 BILIK BUKU
TEKS

2. Sehubungan dengan itu, murid diminta memberikan kerjasama bagi melicinkan lagi
proses pemulangan buku tersebut seperti jadual yang tertera di atas dan mematuhi Prosedur
Operasi Standard atau Standard Operation Procedure (SOP). Murid diminta membawa
sebatang pen untuk proses mengisi borang agar sama-sama kita menjaga keselamatan diri
masing-masing sepanjang aktiviti pemulangan berlangsung.

3. Buku teks yang hilang atau rosak hendaklah diganti dengan buku judul
yang sama atau dalam bentuk wang yang sama nilai dengan harga buku tersebut.

4. Murid yang ingin meminjam kembali buku boleh di buat pada masa yang sama dan
mengisi maklumat pada borang yang disediakan.

5. Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………...
( EN. HASBULLAH BIN ABDUL LATIF )
PENGETUA
SMK ALOR AKAR

You might also like