You are on page 1of 3

Kepentingan mempelajari ilmu ketamadunan

Pengajian ketamadunan merupakan satu bidang ilmu dan pengetahuan di mana membicarakan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat ketamadunan secara konseptual, teoretikal dan abstrak, ianya juga merupakan suatu bidang yang sangat hidup, anjal, luas dan bersifat tautmenaut antara disiplin dengan kepelbagaian yang mana merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Banyak kepentingan yang dapat kita pelajari dalam ilmu ketamadunan antaranya ialah dapat menyelongkar tradisi keilmuan dan keintelektual dalam beberapa tamadun di mana memiliki tradisi keilmuan dan pendidikan yang menjadi teras kepada kemunculan tamadun yang tinggi dan cemerlang. Selain itu, kita juga dapat memahami pengertian dan konsep ketamadunan dengan lebih terperinci dan apakah yang di perlukan dalam sesebuah tamadun itu bagi mengukur tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatu tamadun. Di samping itu juga, kita dapat mengenali para ilmuan dan tokoh-tokoh terkenal yang pernah muncul dalam tamadun islam dan asia sehingga mewujudkan sesuatu tamadun yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan dan pembangunan serta meningkatkan taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi. Tambahan lagi, dalam mempelajari imu ketamadunan ini adalah amat penting untuk dijadikan sebagai sebahagian dari strategi bagi memupuk jati diri dan perasaan muhibah serta persefahaman dalam kalangan masyarakat. Hal ini juga dapat menyelesaikan masalah wujudnya jurang antara kaum dan meningkatkan integrasi antara kaum dan mengurangkan perasaan curiga, dengan ini akan mewujudkan negara yang aman dan damai. Selain dari itu, mempelajari ilmu ketamadunan ini juga menjadikan kita lebih berbersyukur dan membakar semangat untuk berjaya bagi melahirkan lebih ramai lagi para ilmuan yang berwibawa dan dapat memasyurkan tamadun masa kini seperti para ilmuan terdahulu. Pembelajaran ini juga dapat menanamkan keyakinan dan kesedaran jati diri dalam diri para generasi masa kini agar dapat menjadi pemangkin kepada membinaan negara bangsa.

Sehubungan itu, pembelajari konsep ketamadunan ini juga mengurangkan peningkatan masalah sosial yang sedang melanda tamadun masa kini. Era ketamadunan pada masa lebih makin mencabar berbanding dengan tamadun terdahulu, peningkatan kemajuan teknologi seiring dengan pembangunan tamadun mewujudkan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral dalam generasi masa kini. Dengan adanya pendidikan ketamadunan ini mungkin akan membuka mata para generasi muda agar menjaga adab ketamadunan bagi mencapai kecemerlangan hidup di masa akan datang. Dengan mempelajari ilmu ketamadunan juga, kita dapat mengambil inisiatif yang lebih mendalam untuk menjaga kecemerlangan tamadun yang akan datang agar tidak runtuh. Tambahan lagi, sebagai rakyat malaysia yang hidup berbilang kaum, agama dan budaya, keperluan persefahaman dan sikap tolak ansur serta saling hormat-menghormatI antara satu sama lain amat kritikal bagi menghalang sebarang ancaman kepada kehormanian yang dinikmati. Sebarang perasaan tidak puas hati, gelisah dan kebencian harus segera dipadamkan kerana ia boleh memercikkan gelombang kemarahan yang menyeluruh untuk dikongsi oleh sesuatu kaum yang merasakan ketidakadilan itu, semua ini dapat dielakkan dari berlaku jika seseorng itu mempelajari betapa pentingnya ketamadunan dalm sesebuah tamadun. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi satu pengajaran berguna dalam hal ini. Lantaran itu realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya perlu difahami oleh generasi muda yang akan meneruskan kesinambungan negara ini. Hasil dari kefahaman ini akan mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan antara kaum yang dapat dicapai menerusi musyawarah. Dengan ini, dapat memperkukuhkan jati diri rakyat yang mengamalkan toleransi tinggi. Disamping itu juga, ilmu ketamadunan ini akan melahirkan para pelajar yang berfikiran luas terhadap pembangunan ketamadunan dahulu, masa kini dan masa hadapan. Selain membina perasan saling hormat-menghormati, saling memahami budaya dan agama di kalangan rakyat masyarakat, memepelajari ilmu ketamadunan ini dapat mempertingkatkan kesedaran pelajar mengenai kedudukan dan identiti mereka dalam satu keadaan di mana proses globalisasi kian mencabar wibawa agama-agama dan budaya selain budaya barat. Budaya dan tamadun barat mulai menguasai seluruh hidup masyarakat dunia dengan sebahagian besar dari idea, nilai dan maklumat dari barat diterima dan diamalkan. Sungguh pun demikian tidak semua nilai-nilai barat ini sesuai bagi penduduk asia khususnya penduduk Malaysia. Justeru itu ilmu

ketamadunan yang dipelajari ini diharap dapat menjadi platform untuk membetulkan kekeliruan yang dicanangkan oleh barat dan menyampaikan mesej yang sebenar. Kesimpulannya, pembelajaran ilmu ketamadunan ini dapat memupuk nilai-nilai universal serta nilai murni di kalangan pelajar. Selain itu, ianya juga mewujudkan kesanggupan memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang luhur dan murni, ilmu ketamdunan juga membantu melahirkan masyarakat madani dan akhir sekali dapat memajukan ilmu ketamadunan demi kemajuan ilmu pengetahuan seluruhannya. Bak kata pepatah belajarlah dari sejarah kerana sejarah xpernah menipu.

You might also like