You are on page 1of 31

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

PENGENALAN Model ASSURE adalah satu model reka bentuk pengajaran (RP) yang berfokuskan inisiatif instruktor (guru) menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Model ASSURE ini telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Model ASSURE ini menyediakan rangkakerja perancangan yang sesuai dan sistematik kepada guru dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Mengikut model ASSURE ini penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) akan sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas tersebut. Model ASSURE adalah model reka bentuk instruksi yang berteraskan kelas menurut Heinrich & Molenda (2000). Menurut Robert Gagnes pula model ini boleh di gandingkan dengan sembilan peringkat pembelajaran untuk menjamin keberkesanan dalam penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Penyataan tersebut dipetik daripada Richney (1986). Model ASSURE juga merupakan ISD (Instructional System Design) iaitu suatu proses yang telah diubahsuai daripada model assure yang asal (Heinich dan rakan-rakannya 1982) dan telah diperbaharui pada tahun 2002 yang dituju khas kepada setiap tenaga pengajar untuk memberi panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dengan bantuan media. Ia juga berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk rancangan pengajaran yang luas. Instructional Media and Technologies For Learning oleh Heinich, Molenda Russell dan Smaldino (1999) dalam penulisannya menyatakan bahawa model ASSURE mengandungi enam langkah bagi membantu para pendidik atau pengajar membuat perancangan dan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mencapai

matlamatnya. Enam langkah yang dinyatakan di atas adalah di ambil daripada perkataan A.S.S.U.R.E.

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Antara langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah seperti di bawah : A Analyze pelajar) Learners (analisa Kaji umur,tahap/tingkatan, latar belakang, sosio ekonomi dan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. S State objektif) S Objective (nyatakan Menyatakan objektif dengan khusus dan disentuh secara ringkas

Select method, media, and Terdapat 3 langkah iaitu: menentukan kaedah yang materials (pilih kaedah,media sesuai, memilih media yang sesuai dan memilih, dan bahan) mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

Utilise media and materials Pengunaan media dan bahan tidak semestinya (gunakan media dan bahan) cantik atau canggih. Lima langkah bagi penggunaan media yang baik iaitu melihat,sediakan bahan, sediakan persekitaran, sediakan pelajar dan

sediakan pengalaman pembelajaran. R Require learner participation Proses (dorong penglibatan pelajar) pembelajaran berlaku apabila murid

melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Aktiviti pengukuhan akan diberi selepas pelajar member tindak balas yang betul.

Evaluate and revise (nilai dan Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu semak) sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Menyemak semula bahan yang telah digunakan seperti kualiti media dan keberkesanan dariapada bahan media yang di gunakan.

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

A ANALYSE LEARNER (ANALISA PELAJAR)

Sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai jika perancangan yang buat oleh guru mengikut piawaian yang ditetapkan. Guru-guru hendaklah memastikan perancangan pengajaran harian yang mereka hasilkan mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada semua murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas, dan taraf sosio-ekonomi. Di samping itu guru-guru juga perlu mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran, dan sikap murid. Hal ini begitu penting kerana sesuatu objektif pengajaran bergantung kepada perancangan guru itu sendiri. Berdasarkan model ASSURE, saya sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, telah memperaktikkan rancangan pengajaran harian saya mengunakan model tersebut. Sekolah ini terletak di KM 6.5 Hang Tuah Jaya, Melaka yang merupakan sekolah kawasan bandar. Saya telah memperaktikkan pengajaran model ini keatas murid tahap 1, kelas 1 Gemilang 1. Murid kelas ini seramai 45 orang, mempunyai tahap pencapaian pembelajaran yang baik berdasarkan keputusan ujian bulanan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 15 murid lelaki dan 11 murid perempuan dan semuanya berbangsa melayu. Mereka datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi. Hasil dapatan guru, 80% ibu atau ayah murid di kelas tersebut bekerja di sektor perkhidmatan awam (kerajaan) dan selebihnya bekerja di syarikat swasta atau bekerja sendiri. Murid-murid ini tinggal di beberapa kawasan perumahan di sekitar sekolah dan kampung yang berdekatan. Terdapat banyak kawasan perumahan di kawasan ini dan juga terdapat 2 sekolah rendah di kawasan ini bagi menampung murid yang ramai. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri sama ada motorsikal atau kereta. Purata jarak murid dari rumah sekolah pula hanya 80 meter 5km sahaja. Berdasarkan hasil soal jawab saya bersama murid-murid 1 Gemilang 1, saya mendapati murid-murid tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh berkaitan mengenali bahagian tubuh . Hal ini kerana murid telah mempelajarinya sejak kecil lagi. Bahagian tubuh badan ini murid-murid telah mempelajarinya dari sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan juga ahli keluarga mereka. Pada pendapat saya 100% murid di dalam kelas tersebut mengenali bahagian
3

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

tubuh badan mereka.Murid juga terdedah dengan papan-papan iklan di persekitaran mereka dan iklan gaya hidup sihat tanpa rokok di televisyen. Pengetahuan murid-murid 3 Amanah berkaitan punca dan kesan merokok juga telah didedahkan dengan pameran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sudut pameran dan minggu PPDa peringkat sekolah yang telah dijalankan baru-baru ini. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar oleh saya. Selain itu , murid-murid ini dilihat mempunyai sikap yang positif iaitu ingin mencuba dan sikap ingin tahu yang memerlukan mereka bersoaljawab bersama guru semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas. Dalam pengajaran saya kelak sudah pasti murid-murid akan merasa seronok kerana saya selitkan aktiviti menyanyi di awal pengajaran saya dan lagu yang dipilih adalah melodi yang sinonim dengan mereka iaitu melodi lagu Tanya Sama Pokok. Selesai menyanyi saya akan bersoaljawab dengan murid maksud lirik lagu yang ingin disampaikan. Proses pengajaran saya di dalam kelas akan menjadi lebih mudah dengan pengalaman sedia ada murid di samping menggunakan stail pengajaran yang lebih menarik dengan menyanyi bersama-sama sebelum penyampaian isi-isi pengajaran sekaligus dapat menarik minat murid untuk bersama-sama menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Menurut Dunn dan Dunn (1992),telah membina satu instrument piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Berdasarkan analisis daripada instrument ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap, dan disiplin pelajar. Sekiranya isi pelajaran yang diajar hambar atau mendatar ataupun sehala dan bahan serta alat bantu mengajar yang biasa dilihat diguna oleh guru-guru lain seperti manila kad, kertas sebar dan papan hitam, sudah tentu ini mengurangkan minat murid untuk belajar. Justeru itu, saya perlu mencari idea dan inisiatif lain untuk menarik minat murid terhadap isi pelajaran yang dirancang dan seterunya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kesimpulannya, analisis terhadap murid yang telah dijalankan akan dapat membantu saya membuat perancangan yang rapi dan baik dalam menyatakan objektif untuk memastikan rancangan pengajaran yang dirancang berkesan untuk murid-murid Tahun 3 Amanah kelak. Menurut Dick dan Reiser (1989), dengan adanya proses pengajaran yang berkesan, maka pelajar yang terbabit akan memperolehi kemahiran, pengetahuan, dan menunjukkan sikap atau tingkah laku yang diingini.

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

S STATE OBJECTIVES (NYATAKAN OBJEKTIF)

State Objectives adalah satu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pembelajaran. Umumnya objektif ditulis untuk menyatakan pencapaian akhir hasil daripada suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dapat membantu guru dalam mengenalpasti kaedah untuk mengajar, merancang aktiviti, dan tugasan yang sesuai untuk murid dan dapat menentukan tahap penguasaan murid sama ada mereka telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran yeng telah diajar.Selain daripada itu juga dapat member panduan kepada guru untuk membina soalansoalan ujian dan akhirnya soalan-soalan peperiksaan di peringkat sekolah. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang baik perlu mengandungi tiga elemen berkaitan tingkah laku seperti berikut: Tingkah laku murid perlu ada di akhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku hendaklah dalam bentuk perbuatan seperti menulis, melabel, menggaris, melukis dan sebagainya. Situasi di mana sesuatu tingkah laku akan dijalankan. Bahagian ini menerangkan tentang bahan yang diberi kepada murid, persekitaran dan masa di mana tingkah laku di tunjukkan. Kriteria tingkah laku seterusnya menerangkan sejauh mana tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid untuk menunjukkan pencapaian objektif pengajaran tersebut . Objektif pengajaran dan pembelajaran secara khusus pula mungkin diambil dari sukatan

pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif juga adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dirancang. Objektif yang dinyatakan adalah jelas dan dinyatakan secara eksplisit seperti menyatakan, memperihalkan, menceritakan dan meramalkan. Dalam rancangan pengajaran harian yang di buat, di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
5

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Menyatakan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 punca pelajar terjebak dalam aktiviti merokok Menyatakan sekurang-kurannya 2 hingga 3 kesan merokok ke atas tubuh badan manusia Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan berdasarkan tajuk pengajaran Murid dapat mengisi 7 tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah mengikuti sesi pembelajaran Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kesan merokok terhadap tubuh badan manusia Murid-murid juga diharapkan dapat melengkapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan dan melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru dengan baik. Pemilihan penggunaan computer dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali dengan LCD sebagai bahan bantu mengajar diharapkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Rancangan pengajaran yang dibuat ini juga memenuhi Domain Objektif pengajaran seperti Domain Kognitif, Domain Psikomotor dan Domain Afektif. Domain Kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti prinsip, fakta, teori, dan konsep. Mengikut hierarki Bloom 1956, terdapat enam peringkat domain kognitif pembelajaran iaitu terdiri daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Pengetahuan adalah peringkat tahap pengetahuan yang telah dipelajari. Contoh tingkah laku ini ialah mendefinisi, menamakan, menyenaraikan, dan mengenalpasti. Peringkat kedua ialah kefahaman iaitu tahap menunjukkan kebolehan interprestasi, menterjemah, dan menerangkan dengan perkataan sendiri. Peringkat ketiga ialah aplikasi iaitu kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi konkrit dan khusus. Manakala peringkat keempat pula ialah analisis iaitu kebolehan memecahkan perkara yang dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu untuk menjelaskan hubungan antara bahagian dan mengenal keseluruhan organisasinya. Seterusnya peringkat kelima ialah peringkat sintesis iaitu peringkat menunjukkan kebolehan mengintegrasi bahagian-bahagian kecil kepada bahagian-bahagian

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

yang baru dan lebih besar. Peringkat terakhir keenam bahagian penilaian iaitu peringkat tahap hasil pembelajaran dengan kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan rasional dan kriteria tertentu. Kesemua peringkat tersebut terdapat dalam persediaan pengajaran dan pembelajaran ini. Contohnya dalam peringkat pengetahuan, murid-murid diminta menyatakan perkara-perkara berkaitan tabiat merokok di kalangan ahli keluarga, punca atau sebab-sebab mereka merokok. Selepas guru mengajar , murid-murid diminta untuk berbincang dalam kumpulan apa yang mereka faham dan aplikasikan dengan mengaitkan dalam pembentangan hasil kumpulan masing-masing. Di sini guru dapat menilai sejauh manakah penerimaan dan pemahaman murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Domain Psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran. Dalam rancangan ini sebelum pengajaran murid-murid dikehendaki melihat, mendengar, memerhati, menunjukkan, dan mempraktikkan nyanyian lagu yang dipaparkan dan diperdengarkan oleh guru di samping itu aktiviti kumpulan dalam perancangan pengajaran saya juga dapat membantu dalam perkembangan domain ini. Domain Afektif ialah domain yang berkaitan perasaan, emosi, minat, sikap, kepercayaan, atau nilai dan lain-lain yang berkaitan.Menurut Krathwohl, Bloom & Masia, 1964, domain peringkat ini berbentuk hierarki seperti menerima, merespons, menghargai, mengorganisasi dan mewatak. Dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran saya terdapat unsur-unsur domain ini, seperti murid-murid menyanyi dan menjawab berdasarkan senikata lagu dan semasa pembentangan wakil kumpulan, guru dan murid akan memberi tindak balas dan guru akan memberi penghargaan kepada kumpulan yang membuat perbentangan di hadapan kelas dengan baik. Tindak balas yang diberi akan menambahkan minat murid untuk belajar dan menumpukan kepada pengajaran yang dijalankan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai ketiga-tiga domain objektif pengajaran.

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

S SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS (PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN)

Kaedah pengajaran adalah cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran. Selain dari kaedah, media pengajaran juga penting dalam memberi kesan positif kepada pelajar. Media pengajaran adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat dari penyampai kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, serta minat pelajar dan seterusnya terjadilah proses pembelajaran yang menarik. Menurut R.M.W Travers (1970), istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik. Menurut B.J Enright (1972) pula,media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik. Jadi jelaslah fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Menurut Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan boleh dibahagikan kepada lapan iaitu: Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll) Media tayang gerak (video, filem, cakera dll) Grafik (lukisan, poster, kartun dll) Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll) Media pameran (model,boneka,diorama dll) Media paparan (papan kapur, papan flannel, papan berita dll) Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll) Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Pemilihan dan penggunaan kaedah, media dan bahan seperti di atas mestilah merujuk kepada murid iaitu kesesuaiannya dalam penyampaian isi pelajaran. Terdapat tiga langkah dalam memilih kaedah, media dan bahan. Antaranya adalah seperti berikut: i. ii. iii. Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran Memilih media yang sesuai untuk melaksanankan kaedah yang dipilih Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan

Merujuk kepada perancangan pengajaran guru, saya memilih kaedah media video berlagu untuk set induksi pengajaran. Murid dipaparkan dan diperdengarkan senikata dan melodi lagu Dengarlah Sayang. Seterusnya murid akan bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Saya juga akan mengadakan sesi soaljawab berkaitan senikata lagu tentang pengajaran yang hendak disampaikan dan ini dapat merangsang minda murid serta minat murid untuk mengikuti langkah pengajaran seterusnya. Untuk langkah seterusnya guru menggunakan

kaedah perbincangan kumpulan bagi murid berbincang mendapatkan isi berkaitan pengajaran, iaitu punca atau sebab-sebab seseorang itu merokok. Hasil perbincangan kumpulan hendaklah di tulis di kertas mahjong yang telah diedarkan oleh guru bersama pen marker sebelum wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan di hadapan kelas. Kaedah media tayang kaku (slaid) juga guru praktikkan semasa penyampaian isi-isi pengajaran dan ini dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran guru. Murid juga di paparkan dengan gambar-gambar grafik berkaitan kesan merokok. Dalam pemilihan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya telah memilih komputer riba (NoteBook/Laptop),marker pen, kertas mahjong, gambar grafik dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali dengan L.C.D bagi menarik minat murid dan mencetuskan motivasi murid dengan paparan visual dan audio semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Dalam pemilihan bahan atau sumber yang hendak digunakan perlu dikenalpasti keberkesanannya. Penggunaan bahan itu juga diharapkan dapat membantu murid lebih memahami mesej yang disampaikan oleh guru. Lembaran kerja yang diedarkan untuk setiap murid di akhir pembelajaran dapat menilai sejauh mana kefahaman dan penerimaan murid terhadap pengajaran guru. Kesimpulannya, pemilihan kaedah, media dan bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid penting untuk memastikan proses pengajaran guru lebih berkesan.
9

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

U UTILISE MEDIA AND MATERIALS (GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN) Mengikut pendekatan sistem ini, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran menjadi lebih tersusun. Ini kerana secanggih mana sekalipun media jika gagal digunakan dengan baik akan memberi kesan negetif kepada pembelajaran (petikan dari buku Modul Teknologi Pengajaran,oleh Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlan Hamzah dan Dr Rosini Abu). Terdapat 5 langkah penggunaan media yang baik iatu pribiu bahan, persekitaran, murid dan pengalaman pembelajaran. Pembelajaran akan berlaku apabila terdapat sesuatu perubahan tingkahlaku. Dengan menonton video,televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menambahkan rasa seronok kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana perasaan seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran pun berlaku. Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media seperti video untuk memperdengarkan lagu yang bertajuk Dengarlah Sayang kepada murid sebelum mengajar. Selepas aktiviti soaljawab mengenai senikata lagu dan perbincangan dalam kumpulan guru menggunakan laptop dan LCD projector untuk menayangkan slaid menerangkan kepada murid berkaitan isi-isi pengajaran iaitu punca-punca seseorang itu merokok. Penggunaan media tersebut amat penying untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan dapat menarik minat murid dengan isi pelajaran pada hari itu. Dalam pada itu, penggunaan bahan yang digunakan oleh guru dalam proses persediaan pengajaran dan pembelajaran seperti kertas mahjong, marker pen, gambar grafik dan lembaran kerja dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid. Penggunaan bahan-bahan tersebut perlu disusun dengan lebih teratur untuk tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

10

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

R REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (DORONG PENGLIBATAN PELAJAR)

Dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, soalajawab, latih tubi dan sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif murid akan dapat mempertingkatkan pencapaian seseorang murid di samping membuka ruang untuk kejayaan serta kepuasan murid. Menurut Skinner 1954, penglibatan murid yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Beberapa cara atau peringkat bagi memastikan penglibatan murid dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan ialah dengan: Berinteraksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka, seperti dalam set induksi guru dapat menarik minat murid dengan menyanyi bersama-sama , murid akan lebih aktif memberikan pendapat mengenai soalan yang diajukan oleh guru berkaitan dengan senikata lagu tersebut. Meminta penglibatan semua murid dalam kumpulan berbincang berkaitan puncaserta kesan merokok dan memilih wakil kumpulan untuk membuat perbentangan hasil perbincangan di hadapan kelas. Guru juga telah menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas pembelajaran dengan mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid bagi mengukur pemahaman murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Murid juga terlibat semasa membuat rumusan di akhir pengajaran dan pembelajaran dengan melaungkan bersama-sama slogan anti merokok dengan penuh semangat. Dengan penglibatan semua murid, diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru dan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan bersifat kepada interaksi dua hala dan suasana pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.

11

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

E EVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK)

Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi guru untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan murid tidak mencapai matlamat pembelajaran yang sepatutnya. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas. Dua jenis penilaian yang biasa dilakukan ialah penilaian formatif dan penilaian sumatif. Aspek pencapaian murid terhadap objektif dinilai semasa pembentangan setiap kumpulan dan kerjasama murid bagi melengkapkan doman afektif. Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan kelak. Penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat atau bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam penilaian antaranya ialah: a) Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai? b) Adakah kemahiran atau konsep dapat dipersembahkan? c) Apakah sikap murid terhadap persekitaran tersebut? d) Adakah bahan dan sumber yang digunakan berkesan? e) Adakah bahan dan sumber tersebut membantu murid mencapai objektif pembelajaran? f) Adakah murid telah menunjukkan perubahan? g) Adakah penilaian yang dijalankan mengukur apa yang diajar? h) Adakah penilaian yang dijalankan adil? i) Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas? (Yusuf Hashim Teknologi Pengajaran) Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif telah dijalankan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat sejauh mana penerimaan murid terhadap pengajaran guru dan aktiviti pengukuhan dan pemulihan turut dijalankan. Dengan penilaian yang dijalankan ini sedikit sebanyak membantu murid mengatasi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang guru jalankan dan seterusnya menjadikannya lebih berkesan.
12

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

KESIMPULAN Bagi merealisasikan rancangan pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif, penting bagi seseorang guru dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan teratur dan bersistematik. Tanpa persediaan awal rancangan pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar oleh seseorang guru itu sudah pastinya tidak akan dapat mengajar dengan baik dan mudah terpesong dari isi pelajaran yang ingin diajar. Ini kerana rancangan pengajaran merupakan panduan untuk guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan model Assure di mana guru meneliti secara terperinci tentang latar belakang murid, objektif pengajaran, kaedah, media dan bahan yang digunakan, penglibatan murid serta penilaian pada akhir pembelajaran dapat membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini ternyata lebih sesuai digunakan di samping dapat memaksimumkan penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jelas sekali model rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan ini mengikut kehendak model Assure atau secara langsung terdapat hubungkait antara kedua-duanya. Secara keseluruhannya model Assure merupakan sebuah model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan penggunaan media. Dengan mengaplikasikan model Assure dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran diharapkan proses pembelajaran akan menjadi lebih berkualiti seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan.

13

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODEL ASSURE

Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Mata Pelajaran Tajuk Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada

: : : : : : :

3 Mac 2011 1 jam (11.10pg. hingga 12.10 thr.) 3 Amanah 26 orang Pendidikan Kesihatan Punca dan kesan merokok kepada tubuh badan manusia 1. Murid pernah melihat iklan bahaya merokok di iklan televisyen 2. Murid terdedah dengan pameran di sudut pameran Pendidikan Dan Pencegahan Dadah di sekolah 3. Murid pernah terbaca papan iklan di persekitaran mereka berkaitan dengan gaya hidup sihat tanpa rokok

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :

1. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 punca dan kesan pelajar terjebak dalam aktiviti merokok. 2. Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan berdasarkan tajuk pengajaran. 3. Murid dapat mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah mengikuti pengajaran. 4. Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kesan merokok terhadap tubuh badan manusia.

Media dan bahan :

Slaid power point, lampiran, LCD/Skrip,kertas mahjong,pen marker Kad kata dan gambar grafik

14

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Langkah/ Masa

Aktiviti guru

Aktiviti Murid

Bahan

a) Guru memaparkan cd Set Induksi senikata lagu dan mempendengarkan lagu Dengarlah Sayang (5 minit) b) Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan perkara yang hendak disampaikan dalam senikata lagu yang diperdengarkan.

a) Murid mendengar dan seterusnya menyanyi bersama-sama.

-LCD -laptop

b) Beberapa orang murid memberi jawapan -berkaitan gaya hidup sihat -rayuan agar tidak merokok -rokok memberi kesan yang buruk kepada kesihatan manusia -jauhi rokok

Langkah 1

a) Guru bertanya kepada murid tentang:

a) Beberapa orang murid menjawab soalan guru: Terdapat ahli keluarga yang merokok contohnya ayah Murid tidak pernah merokok tetapi pernah melihat orang merokok b) Sebab-sebab merokok,ikut kawan,suka-suka,ingin mencuba dsb. Kesan merokok membazir wang,

-kertas mahjong -marker pen

(15 minit)

Ahli keluarga murid yang merokok

Murid yang pernah merokok

b) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Guru member kertas mahjong dan marker pen dan meminta ahli kumpulan membincangkan puncapunca dan kesan merokok

15

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

keatas tubuh badan manusia. c) Guru minta seorang wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan. -soaljawab dan perbincangan.

batuk, kanser paru-paru, nafas berbau dsb. c) Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan. -murid menjawab dan memberi sumbangsaran berkaitan pertanyaan guru dan rakan-rakan lain.

Langkah 2

a) Tayangan slaid berkaitan dengan punca-punca

a) Murid melihat slaid dengan penuh minat dan menjawab soalan-soalan yang diajukan.

-slaid

(15 minit)

merokok: Kurang didikan daripada ibubapa Pengaruh rakan sebaya/idola/ibu bapa Pengaruh iklan Ingin mencuba Lemah jati diri Mudah diperolehi Mampu dibeli

b) Guru memberi penerangan dan bersoaljawab dengan murid tentang puncapunca merokok

Langkah 3

a) Tayangan slaid berkaitan dengan kesan

a) Beberapa orang murid menyatakan kesan-kesan merokok keatas tubuh badan manusia.

- kad gambar -slaid

(10 minit)

merokok.(sebelum tayangan slaid guru bersoaljawab dengan

16

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

murid dan meminta murid menampalkan gambar kesan merokok keatas tubuh badan seperti gambar paru-paru yang baik dan paru-paru yang telah diserang kanser) i. Ketagihan: -buang masa -kurang daya konsentrasi (tumpuan) ii. Perubahan pada fizikal -gigi kuning -letih lesu -mengantuk -nafas berbau iii. Penyakit -kanser paru-paru -sakit jantung -asma -batuk kering iv. Ekonomi -pembaziran wang v. Prestasi merosot -disiplin -akademik -kokurikulum

Murid memberi resporn slaid yang ditayangkan oleh guru. Seorang murid menampalkan gambar grafik di papan hitam.

Langkah 4

a) Aktiviti menulis menggunakan lembaran

a) Ketua kumpulan mengedarkan lembaran kerja kepada rakan setiap kumpulan masing-masing.

-lembaran kerja

(10 minit)

kerja yang disediakan. b) Guru mengedarkan lemba

17

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

edarkan kepada ketua kumpulan dan meminta mengagihkan kepada ahli kumpulan.

b) Murid menyiapkan aktiviti seperti yang terdapat dalam lembaran kerja.

Penutup

a) Guru meminta murid membuat rumusan tentang

a) Murid membuat rumusan tentang pelajaran yang telah mereka pelajari hari ini: -kesan merokok mendatangkan keburukan daripada kebaikan ke atas tubuh badan manusia.

-senikata lagu -kad kata

(5 minit)

pengajaran dan pembelajaran pada hari ini b) Guru melantik seorang ketua untuk melaungkan slogan dan diikuti oleh murid lain beramai-ramai; -Kami benci rokok -Kami benci perokok -Kami tak nak merokok

b) Murid melaungkan slogan bersama-sama dengan penuh semangat

c) Menyanyi kembali bersama-sama lagu Dengarlah Sayang

c) Murid bernyanyi dengan penuh semangat dan gembira

18

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

LAMPIRAN

19

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Nama : _________________________________ Darjah: ______________________

Lampiran 1

Suaikan maklumat yang berkaitan di antara petak A dan B.

Kesan fizikal kepada perokok

Kanser paru-paru

Kesan ekonomi

Ingin cuba, pengaruh rakan

Punca murid merokok

Membazir wang

Penyakit akibat merokok

Gigi kekuningan, lesu, mengantuk

20

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Nama : ___________________________________ Darjah: _________________

Lampiran 2

Isi tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang sesuai ;

kuning

kimia

merokok

rakan sebaya

menjejaskan

berkedut

sihat

paru-paru

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Gigi seorang perokok biasanya berwarna ____________ . Pengaruh __________________ merupakan salah satu punca murid cuba merokok. Orang yang tidak merokok lebih ______________ berbanding orang yang merokok. Merokok akan mempercepatkan proses penuaan dan kulit cepat ____________ . Murid yang merokok boleh ___________ prestasi akademik. Dalam sebatang rokok, terdapat bahan ________________ pelbagai penyakit kepada perokok. yang boleh mendatangkan

7.

Kanser ___________________ adalah antara penyakit yang menimpa seorang perokok.

21

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

KAD GAMBAR PARU-PARU YANG BAIK

KANSER PARU-PARU

22

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Lirik lagu Dengarlah Sayang

Tanya sama hati Apa adik rasa Tentu jawab hati Sihat dan ceria

Tanya sama akal Apa adik takut Tentu jawab akal Asaplah rokok

C/o Duhai ayah sayang Dengarlah rayuan Rokok yang dibuang Jangan diulang

Sihat tubuh badan Kanser tak menyerang Jantung pula tenang Hidup pun riang.

23

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

KAD KATA Kami benci rokok

Kami benci perokok

Kami tak nak merokok

24

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

RANCANGAN PENGAJARAN TOPIK 1

TAJUK

Punca dan Kesan Merokok Kepada Tubuh Badan.

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

3 Amanah

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan punca-punca merokok. 2. Menyatakan kesan-kesan merokok terhadap diri dan keluarga.

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru menyalakan lingkaran ubat nyamuk di hadapan kelas. 2. Guru bertanyakan kepada murid tentang: - warna api - bau asap - kesan asap ke atas manusia - aktiviti-aktiviti lain yang mengeluarkan asap Langkah 1 (10 minit) Guru bertanya kepada murid tentang: - ahli keluarga murid yang merokok. - murid yang pernah merokok - sebab-sebab mereka merokok Langkah 2 (15 minit) Tayangan slaid berkaitan dengan punca-punca merokok. pengaruh rakan sebaya/ idola/ ibu bapa. Pengaruh iklan. Ingin mencuba. Lemah jati diri Mudah diperolehi. Mampu dibeli.

25

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Langkah 3 (10 minit) Tayangan slaid berkaitan dengan kesan merokok ;

b. Ketagihan ; - buang masa - kurang daya konsentrasi (tumpuan) c. Fizikal ; gigi kekuningan letih lesu mengantuk nafas berbau

d. -

Penyakit ; kanser paru-paru sakit jantung asma batuk kering

e. Ekonomi ; - Pembaziran wang f. Prestasi merosot; - disiplin - akademik - kokurikulum

Langkah 4 (Aktiviti bertulis 15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Rumusan (5 minit) Guru meminta murid melaungkan slogan berikut secara beramairamai ; Kami benci rokok Kami benci perokok Kami tak nak merokok

26

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

RUJUKAN

Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlan Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2011). Open University Malaysia, HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.Selangor Darul Ehsan : Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Siri Pendidikan Fajar Bakti

Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kit Pengajaran dan Pembelajarab Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).Sekolah Bebas Dadah 2012.Putrajaya: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.html

http://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45

http://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.html

27

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

28

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

29

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

30

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

31

You might also like