You are on page 1of 5

Perihal Penyusuan Anak Damit (Bahagian Akhir)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Beberapa Hukum Berkaitan Perempuan Yang Menyusukan Berikut dibawakan penjelasan kepada beberapa masalah hukum yang berkaitan dengan perempuan yang menyusukan anak damitnya. 1. Berpuasa dan menyusukan anak damit Seorang ibu yang menyusukan anak tidak menghalangnya daripada menunaikan ibadah puasa, dengan syarat tidak memudaratkan ibu atau anak damit yang disusukan. Keupayaannya berpuasa juga tertakluk kepada kesihatan dan persediaan yang dibuatnya ketika berpuasa. Namun kadang-kala ibu yang menyusukan menghadapi beberapa masalah semasa berpuasa, sama ada masalah itu ditakuti menjejaskan ibu atau anak damitnya, ataupun kedua-duanya sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, perempuan yang menyusukan tadi diberikan rukshah atau keringanan oleh syara untuk berbuka puasa. Malahan diwajibkan untuk berbuka andaikata jika dia meneruskan juga berpuasa akan mendatangkan mudarat. Memandangkan dia telah berbuka puasa, maka dia juga diwajibkan untuk mengqadha puasa yang ditinggalkannya dan juga membayar fidyah dalam keadaan tertentu seperti berikut:

i. Jika dia berbuka kerana takut mudarat ke atas dirinya sahaja, maka dia diwajibkan mengqadha puasanya yang ditinggalkannya sahaja dan tidak dikenakan fidyah. ii. Jika dia berbuka kerana takut mudarat ke atas dirinya dan juga anaknya, maka dia diwajibkan mengqadha puasanya sahaja dan tidak dikenakan fidyah. iii. Jika dia berbuka kerana takut mudarat ke atas anaknya sahaja, umpamanya jika dia berpuasa, anaknya pasti kehausan kerana air susu akan kering, maka dia diwajibkan kedua-duanya sekali, iaitu qadha dan fidyah. Dalam keadaan ini dia diwajibkan fidyah kerana dia berbuka untuk menyelamatkan nyawa yang tidak berupaya menunaikan puasa. Hukum perempuan yang hamil adalah serupa dengan hukum perempuan yang menyusukan anaknya dari segi rukhshah (keharusan) berbuka. Begitu juga dengan kewajipan mengqadha puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyah. 2. Hamil dan menyusukan anak damit Islam telah mensyariatkan supaya anak damit disusukan dengan susu ibu. Bagi perempuan yang hamil pula, adakah terdapat sebarang tegahan syara daripada menyusukan anak damit? Penjelasan mengenai perkara ini telah diambil daripada riwayat Aisyah Radhiallahu anha bahawa Judamah binti Wahab alAsadiyyah Radhiallahu anha berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:


()
Maksudnya: Sesungguhnya aku sangat bimbang sehingga aku benar-benar berhasrat untuk menegah al-ghilah. Kemudian aku

memerhatikan orang-orang Rom dan Parsi. Sungguhpun mereka itu melakukannya (al-ghilah) pada anak-anak mereka, namun tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka.
(Hadits riwayat Muslim)

Apa yang dapat difahami daripada hadits di atas bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah mengharuskan perbuatan ghilah kerana sebab atau alasan sepertimana yang telah disebutkan dalam hadits di atas. Menurut ulama, al-ghilah dalam hadits di atas mempunyai dua maksud, iaitu: i. Perbuatan suami menyetubuhi isterinya ketika dia sedang menyusukan anak. ii. Perbuatan wanita menyusui anak ketika dia sedang hamil (mengandung). Sebab utama mengapa Nabi Shallallahu alaihi wasallam hampir-hampir menegah perbuatan al-ghilah ialah kerana ditakuti akan memudaratkan anak yang sedang menyusu itu. Selain itu orang-orang Arab pada ketika itu tidak menyukai dan melarang menyetubuhi perempuan yang menyusukan anak dan juga melarang perempuan yang sedang hamil menyusukan anak. Mereka sangat bimbang dan takut akan perbuatan al-ghilah kerana mempercayai bahawa perbuatan sedemikian akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada susu ibu, iaitu merosakkannya dan menjadikannya membawa penyakit. Ini akan memudaratkan anak damit yang sedang menyusu itu dan menyebabkan badannya tidak sihat dan kuat. Oleh kerana bimbang akan kesan tersebut, maka Nabi Shallallahu alaihi wasallam berhasrat melarang al-ghilah. Namun hasil dari penelitian Baginda bahawa al-ghilah merupakan suatu kebiasaan bagi orang-orang Rom dan Parsi dan tiada kesan buruk terjadi kepada anak-anak mereka, maka Baginda pun tidak melarangnya. Di samping itu, jika perbuatan

itu mendatangkan mudarat, pasti tabib-tabib yang banyak di kalangan mereka akan melarang dan menghalang perbuatan alghilah. Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada mereka yang mempunyai kepakaran untuk menentukan sama ada perbuatan al-ghilah boleh memudaratkan anak yang sedang menyusu ataupun tidak. Jika ia boleh memudaratkan, maka ia perlu dijauhi. 3. Muntah anak damit Muntah termasuk dalam benda yang dihukumkan najis menurut syara. Anak damit yang masih kecil sering kali mengalami muntah atau dalam bahasa Brunei disebut muak. Pada kebiasaannya agak sukar untuk mengetahui adanya muntah dan membersihkannya, kerana muntah itu adakalanya masih berada di dalam mulut anak damit. Khusus kepada ibu yang menyusukan anak damitnya secara penyusuan susu ibu, pasti muntah yang masih tersisa dalam mulut anak tadi terkena atau melekat pada bahagian dada ibu tanpa disedari ketika menyusukan anak. Persoalannya adakah muntah anak damit yang terkena dada atau anggota ibu tadi wajib dibersihkan? Perkara ini ditimbulkan kerana kaitannya dengan pelaksanaan ibadah si ibu, seperti sembahyang. Menurut ulama, najis yang terdapat pada mulut anak damit adalah termasuk antara najis yang dimaafkan. Jika sekiranya seorang ibu menyusukan anak damitnya dan terdapat najis, umpamanya muntah, pada zahir atau dalam mulut anak damit, lalu najis tersebut melekat pada dada ibu, maka najis tersebut juga termasuk dalam najis yang dimaafkan. Oleh yang demikian, si ibu boleh bersembahyang tanpa diwajibkan untuk membasuh atau membersihkan najis itu terlebih dahulu. Serupa juga hukumnya apabila seseorang mencium anak damit pada mulutnya, lalu lembapan atau air liur yang mungkin bercampur najis itu melekat atau berpindah pada

seseorang itu, maka tidak dimestikan untuknya membersihkan najis tersebut. Sebagai kesimpulan, memandangkan kepentingan pemberian kolostrum (al-liba) kepada pertumbuhan dan pembesaran anak damit, maka adalah tidak wajar perkara itu diabaikan oleh ibu-ibu. Apalagi menurut ulama Syafieyyah, ibu berkewajipan menyusukan anak yang baru lahir dengan kolostrum semasa tempoh keluarnya kolostrum. Dalam sesetengah keadaan, sebagai meringankan beban para ibu yang sedang menyusukan anak, dikurniakan kepada mereka beberapa kelonggaran atau rukhshah dalam mengerjakan ibadat, umpamanya diberikan keringanan untuk berbuka puasa, jika ditakuti akan menjejaskan diri mereka atau anak yang mereka susui.

You might also like