You are on page 1of 2

Jilid 1: Fasal 2 Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam Iman adalah asas amalan Allah s.w.t.

. hanya menerima amalan orang yang beriman. Orang kafir melakukan sesuatu amalan bukan kerana Allah. Oleh itu, amalan orang kafir tidak akan dibalas pahala; sebaliknya, mereka akan menerima azab yang pedih. Orang kafir ini menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya. Dalil al-Furqan 25: 23, Ibrahim 14: 18, an-Nuur 24: 39

Pintu masuk Islam mengucap dua kalimah syahadah Islam meletakkan syahadatain sebagai rukun Islam yang pertama. Maksud Asyhadu an la ilaha illaLlah ialah mengakui dan mempercayai bahawa alam ini ada Tuhan Maha Esa yang mencipta, membuat, mengatur dan memerintahnya. Maksud Asyhadu anna Muhammadar RasuluLlah ialah beriman, percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah yang diutus Tuhan untuk membawa hidayah dan keterangan tentang perintah dan larangan-Nya. Jika ilmu Tauhid tidak diketahui dan difahami, syahadah yang dilafazkan batal dan tidak sempurna. Ilmu Tauhid wajib dipelajari supaya syahadah yang dilafazkan dan agama Islam yang dianuti sah, serta amalan yang dikerjakan diterima. Dalil Muhammad 47: 19, Ali Imraan 3: 18

Jilid 1: Fasal 3 Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia Bahaya jahil ilmu tauhid Tanpa ilmu tauhid manusia hidup seperti orang buta di dunia yang mana tidak ubah seperti haiwan. Manusia mudah terpedaya dengan kehidupan dunia setelah hidup tanpa sebarang panduan. Dosa yang banyak, Allah s.w.t. akan menurunkan azab-Nya. Maksiat dan kejahatan akan berleluasa jika kejahilan tentang ilmu tauhid berleluasa. Dalil Ar-Ruum 30: 41, Muhammad 47: 10

Implikasi ilmu tauhid dalam kehidupan manusia Apabila Tuhan di-Esakan dan Rasul-Nya diimani, dapat menjalani kehidupan di dunia ini atas jalan yang lurus. Mereka tidak akan melakukan kezaliman, mencuri, kejahatan dan perkara mungkar. Tauhid menjadikan hati manusia bersatu di bawah naungan Tuhan yang satu, kitab yang satu, rasul yang satu dan qiblat yang satu. Iman yang berkembang di hati manusia membuahkan amalan yang soleh yang mana menjamin keredhaan Allah s.w.t. Allah akan menganugerahkan keberkatan dan bantuan untuk kemenangan umat Islam dari musuh. Dalil Al-Mulk 67: 22, Al-Hujuraat 49: 10, Ali-Imraan 3: 110, Al-Araf 7: 96, Muhammad 47: 7

You might also like