You are on page 1of 173

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN KAWASAN PEMELIHARAAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2006/2007


Saya ZALISSA BINTI ZAINI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap:


LOT 1407, JALAN ORKID, BATU 7 IJOK, 45600 BATANG BERJUNTAI SELANGOR DARUL EHSAN PROF. DR. AHRIS BIN YAAKUP

______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

Nama Penyelia

Tarikh: 27 November 2006

Tarikh: 27 November 2006

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN

Saya/Kami* akui bahawa saya/kami* telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* projek sarjana ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah Sains Perancangan (Teknologi Maklumat)

Tandatangan Nama Penyelia I Tarikh

: : :

................. Prof. Dr. Ahris bin Yaakup 27 November 2006

Tandatangan Nama Penyelia II Tarikh

: : :

........ En. Mohamed Don bin Awang 27 November 2006

Panel Penilai: Dr. Foziah binti Johar Dr. Mohamad Rafee bin Majid Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri bin Muhammad Ludin

*Potong yang tidak berkenaan

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENENTUAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN KAJIAN KES: BANDAR TAIPING, PERAK

ZALISSA BINTI ZAINI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan (Teknologi Maklumat)

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2006

PENGAKUAN

Saya akui karya ini merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .............................................................. : Zalissa Binti Zaini : 27 November 2006

PENGHARGAAN

Sejuta penghargaan ikhlas dirakamkan kepada Prof. Dr Ahris Yaakup selaku penyelia dan penyelaras projek sarjana ini. Tidak lupa juga kepada En. Mohammad Don Awang selaku pembaca. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan.

Kepada Emak dan Abah; Sri Hartini Jonoh dan Zaini Korman serta keluarga tercinta yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Juga buat insan istimewa yang selalu di sisi membakar semangat bagi meneruskan perjuangan ini, Eddy.

Ingatan kepada teman seperjuangan Nafisa, Haiza, Noordini, Mohd Hidayat, Ediwan, Wan Yusrizal dan semua yang sentiasa memberi sokongan berterusan. Teruskan perjuangan hingga ke akhir waktu. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan sarjana ini.

ABSTRAK

Perancangan dan pengurusan pemeliharaan warisan di sesebuah bandar bukan hanya berdasarkan pemeliharaan bangunan sahaja tetapi merangkumi kawasan persekitaran yang mempengaruhi bangunan tersebut juga perlu dipelihara. Ini adalah supaya perubahan pada sesuatu bahagian bandar itu tidak mengubah fabrik bandar yang menjadi identiti bandar tersebut. Maklumat perancangan yang lebih luas skopnya dan maklumat bangunan dapat dihubungkan dalam menghasilkan satu pelan pemeliharaan yang bersepadu. Selaras dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keupayaan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mengintegrasikan maklumat-maklumat tersebut untuk menghasilkan satu alternatif pemeliharaan yang berkesan. GIS digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam memanipulasi data dan kebolehannya dalam menjana pelbagai senario yang dikehendaki di samping faktor kemudahcapaian data yang tinggi dan efisien. Pembangunan pangkalan data pemeliharaan warisan dalam kajian ini adalah mengambil kira semua keperluan pemeliharaan berpandukan data dan maklumat perancangan dan bangunan yang dikemas kini. Terdapat dua model analisis direka bentuk untuk memenuhi keperluan pemeliharaan kawasan warisan. Model analisis pertama adalah model penentuan kawasan pemeliharaan warisan. Model ini mengambil kira faktor guna tanah, visual dan peletakan dalam menghasilkan pelan pemeliharaan kawasan warisan Taiping. Model analisis kedua adalah model tindakan pemeliharaan bangunan warisan di mana ia mengambil kira pertimbangan kepentingan sejarah, gaya seni bina, keadaan dan struktur bangunan serta pertimbangan peletakan dalam menghasilkan pelan tindakan pemeliharaan bangunan. Melalui model-model yang dilaksanakan ini taburan peletakan sumber jaya warisan yang memerlukan pemeliharaan dapat dikenal pasti dan tindakan yang spesifik kepada bangunan dapat ditentukan. Hasil akhir kajian adalah merupakan pelan pemeliharaan kawasan warisan secara pengezonan yang memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan menentukan pengurusan dan perancangan pemeliharaan yang sesuai.

ABSTACT

Urban conservation is not just seen as a heritage building only, but also the factors that influence the building that should also be considered so that any changes in any part of the urban will not change the urban fabrics. Therefore, the relationship between heritage buildings with other planning information can be seen in creating integrated area conservation plan. The aim of this research is to analyze the Geography Information Systems application in upgrading the existing information together with the urban heritage information in developing an integrated area conservation plan. Geography Information System was chosen as tools because of its significant data manipulation, higher efficiency in generate many alternative scenario and accessible to the data. The data of heritage building and planning information will be the basic in the stage of designing the heritage databases for Taiping. The design of the databases will be consider all needs in area conservation. There are two type of analysis model designed based on the integrated conservation actions. The first model is about to determination the threat area and need for conservation. The factors that be considered for this analysis consist land use, visual and location factors. While the second model analysis is about the action control for building conservation that consists of the history, architectural style and building condition to ensure the appropriate history action through the conservation heritage building. The final output for this research is the area conservation management plan with the proposal of conservation guidelines for the specific area conservation in Bandar Taiping. This output where is area and building conservation plan could help the local authority to determine the suitable conservation for their administrative area.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI FOTO

ii iii iv v vi xi xii xv

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 PENGENALAN KEPENTINGAN PEMELIHARAN KAWASAN WARISAN PERNYATAAN MASALAH MATLAMAT KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN SKOP KAJIAN KAWASAN KAJIAN PENDEKATAN KAJIAN 1.7.1 1.7.2 Kajian Awalan Kajian Literatur 1 4 7 10 10 10 11 12 13 13

1.7.3 1.7.4 1.7.5 1.8 1.9 1.10

Rekabentuk Dan Pembangunan Pangkalan Data Analisis Cadangan Dan Rumusan

14 15 15 17 17 18

KEPENTINGAN KAJIAN BATASAN KAJIAN RUMUSAN

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENGURUSAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN 2.0 2.1 PENGENALAN KONSEP PEMELIHARAAN 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.7 2.1.8 2.1.9 Definisi Pemeliharaan Definisi Kawasan Pemeliharaan Konsep Pemeliharaan Konsep Kawasan Pemeliharaan Matlamat Pemeliharaan Prinsip Am Pemeliharaan Skala Tindakan Pemeliharaan Kriteria Bagi Pemeliharaan Kaedah Pengawalan Pemeliharaan 19 21 21 21 24 26 27 28 29 30 31 33 34 35 36 37

2.1.10 Kaedah Perlaksanaan Pendekatan Pemeliharaan 2.2 PENGURUSAN SUMBER JAYA WARISAN 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.3 Aplikasi Inventori Sumber Jaya Warisan Perancangan Perlindungan Kawalan Pembangunan

PEMAKAIAN APLIKASI GIS DALAM PENGURUSAN SUMBER JAYA WARISAN 2.3.1 Pemeliharaan Sumber Jaya Warisan Di Peringkat Luar Negara 2.3.1.1 Angkor World Heritage Site, Kemboja 2.3.1.2 Taman Bersejarah Sukhothai, Thailand 2.3.2 Pemeliharaan Di Peringkat Tempatan 38 38 41 45 38

2.3.2.1 Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing, Pahang 2.3.2.2 Bandar Maharani, Muar Johor 2.4 RUMUSAN 45 49 52

PROFIL BANDAR TAIPING DALAM KONTEKS PEMELIHARAAN BANDAR WARISAN 3.0 3.1 PENGENALAN LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 3.1.1 3.1.2 3.2 Latar Belakang Sejarah Taiping Ciri Keistimewaan Rupa Bandar Taiping 55 55 56 57

PROFIL MAKLUMAT PERANCANGAN DAN HASIL PENEMUAN UTAMA KAWASAN KAJIAN 3.2.1 Rumusan Isu Dan Strategi Pembangunan Menyeluruh 3.2.1.1 Isu Pembangunan Bandar Taiping 3.2.2 Strategi Pembangunan Bandar Taiping: Bandar Warisan 3.2.2.1 Strategi Pembangunan Guna Tanah 3.2.3 3.2.4 3.2.5 Guna Tanah Dalam Pembangunan Infrastruktur Dalam Pembangunan Konsep Pemeliharaan Bandar Taiping 3.2.5.1 Komposisi Rekabentuk Bandar 62 63 64 71 73 74 59 59 58

3.3

PROFIL DAN CIRI-CIRI BANGUNAN DI BANDAR TAIPING 3.3.1 Taburan Dan Gaya Seni Bina Bangunan Di Bandar Taiping 3.3.2 3.3.3 3.3.4 Jenis Guna Bangunan Ketinggian Bangunan Umur Bangunan 81 82 84 86 88 80

3.4

RUMUSAN

REKABENTUK PANGKALAN DATA WARISAN DAN METODOLOGI PELAKSANAAN ANALISIS 4.0 4.1 PENGENALAN KONSEP PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.2 Sumber Data Justifikasi Reka Bentuk Keperluan Data dan Maklumat Berdasarkan Analisis 89 90 91 92 92

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA PEMELIHARAAN WARISAN 4.2.1 4.2.2 Kandungan Pangkalan Data Kajian Struktur Pangkalan Data Pemeliharaan Warisan 94 95 96 98 98 99 100

4.3

METODOLOGI PELAKSANAAN ANALISI 4.3.1 4.3.2 Reka Bentuk Model Metodologi Pelaksanaan Analisis

4.4

RUMUSAN

PELAKSANAAN MODEL ANALISIS BAGI PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN 5.0 5.1 PENGENALAN ANALISIS PEMBANGUNAN SEMASA 5.1.1 5.1.2 5.2 Permodelan Analisis Penemuan Analisis 101 102 103 103

ANALISIS PENENTUAN KAWASAN PEMELIHARAAN WARISAN 5.2.1 Permodelan Penentuan Kawasan Pemeliharaan Warisan 5.2.2 Penemuan Analisis 109 129 104

5.3

ANALISIS TINDAKAN PEMELIHARAAN BANGUNAN WARISAN 129 142

5.4

RUMUSAN

CADANGAN DAN RUMUSAN 6.0 6.1 PENGENALAN CADANGAN KONSEP PEMELIHARAAN DI KAWASAN KAJIAN 6.1.1 6.1.2 Zon Pemeliharaan Bandar Zon Pemeliharaan Luar 144 145 145 143

6.1.3 6.2 6.3 6.4

Zon Penampan (Buffer Zone)

146 146 148 149 149 150 150 151

CADANGAN TINDAKAN PEMELIHARAAN WARISAN RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN ISU DAN MASALAH KAJIAN 6.4.1 6.4.2 6.4.3 Peringkat Mereka Bentuk Pangkalan Data Penentuan Model Analisis Peringkat Pelaksanaan Model

6.6

RUMUSAN

RUJUKAN

152

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT 42 50

2.1 2.2

Struktur Pangkalan Data Sumber Budaya Tahap Perkaitan Bangunan Warisan Dengan Maklumat Perancangan

3.1 3.2

Guna Tanah Taiping, 2004 Guna Bangunan Dan Penjanaan Trafik (termasuk bangunan sesebuah)

67 83

5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8

Justifikasi Zon-zon Pemeliharaan Kawasan Warisan Justifikasi Pemilihan Aspek Pemeliharaan Kawasan Warisan Penetapan Kriteria Yang Digunakan Justifikasi Komponen Analisis Penetapan Kriteria Yang Digunakan Kategori Dan Skor Keadaan Bangunan Warisan Kategori Dan Skor Struktur Bangunan Warisan Hasil Gabungan Analisis Pertimbangan Keadaan Dan Struktur Bangunan

105 106 107 131 132 133 134 135

5.9 5.10 5.11 6.1

Jumlah Skor Akhir Bagi Setiap Kategori Tindakan Bangunan Pecahan Kategori Bangunan Tindakan Spesifik Terhadap Bangunan Mengikut Kategori Cadangan Tindakan Pemeliharaan Mengikut Zon

135 137 137 147

SENARAI RAJAH

RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT 12 16 35 43

1.1 1.2 2.1 2.2

Kawasan Kajian Bandar Taiping, Perak Carta Alir Metodologi Kajian Rangka Kerja Pengurusan Sumber Jaya Warisan Model Analisis Kajian Penilaian Risiko, Bandar Bersejarah Sukhothai

2.3 2.4

Peringkat Pelaksanaan Reka Bentuk Pangkalan Data Pangkalan Data Pemeliharaan Warisan Seni Bina Bandar Maharani, Muar

47 51

3.1 3.2 3.3

Guna Tanah Bandar Taiping Solid Dan Void Perkembangan Fizikal Bandar Taiping Gaya Rupa Dan Jenis (Tipologi) Bangunan Rumah Kedai Yang Terdapat Di Kawasan Bandar Taiping

66 76 81

3.4 3.5 3.6 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Peratusan Guna Bangunan Mengikut Jenis Di Bandar Taiping Ketinggian Bangunan Umur Bangunan Sistem Maklumat Secara Ringkas Komponen Subsistem Maklumat Geografi Pangkalan Data Warisan Taiping Struktur Pangkalan Data Geodatabase Yang Digunakan Model Konseptual Keseluruhan Proses Penyediaan Sistem Sokongan Spatial Bagi Tujuan Membuat Keputusan

82 85 87 90 91 95 97 98

4.6 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

Metodologi Pelaksanaan Analisis Model Analisis Kawasan Guna Tanah Perniagaan Kawasan Guna Tanah Perniagaan Yang Memerlukan Pemeliharaan Model Bagi Analisis Kawasan Guna Tanah Institusi Kawasan Guna Tanah Institusi Yang Memerlukan Pemeliharaan Model Bagi Analisis Guna Tanah Kawasan Rekreasi/ Hijau

99 110 110 111 111 112

5.6

Kawasan Guna Tanah Rekreasi/ Hijau Yang Memerlukan Pemeliharaan

113

5.7

Model Bagi Analisis Kawasan Guna Tanah Kediaman Kawasan Guna Tanah Kediaman Yang Memerlukan Pemeliharaan Model Bagi Analisis Kawasan Guna Tanah Badan Air Kawasan Guna Tanah Badan Air Yang Memerlukan Pemeliharaan Model Analisis Kawasan Guna Tanah Yang Memerlukan Pemeliharaan

113 114 115 115 116

5.8
5.9 5.10 5.11

5.12 5.13 5.14 5.15 5.16 5.17 5.18 5.19 5.20 5.21 5.22

Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Guna Tanah Model Analisis Pemeliharaan Dari Segi Visual Bangunan Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Visual Bangunan Model Analisis Pemeliharaan Dari Segi Visual Kawasan Rekreasi Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Visual Kawasan Rekreasi Model Analisis Pemeliharaan Dari Segi Visual Kawasan Badan Air Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Visual Kawasan Badan Air Model Analisis Kawasan Pemeliharaan Visual Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Visual Rupa Bandar Model Analisis Kawasan Pemeliharaan Peletakan Di Jalan Utama Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Peletakan Berhampiran Jalan Utama

117 118 118 119 119 120 120 121 122 123 123

5.23

Model Analisis Kawasan Pemeliharaan Peletakan Terminal Pengangkutan

124

5.24

Pemeliharaan Dari Segi Peletakan Berdekatan Terminal Pengangkutan

124

5.25

Model Analisis Kawasan Pemeliharaan Peletakan Sumber Jaya Warisan

125

5.26 5.27 5.28 5.29 5.30 5.31 5.32 5.33 5.34 5.35

Kawasan Pemeliharaan Dari Segi Peletakan Penggabungan Keseluruhan Komponen Kawasan Pemeliharaan Warisan Bandar Taiping Pembangunan Model Analisis Tindakan Pemeliharaan Bangunan Kaedah Analisis Model Tindakan Pemeliharaan Bangunan Keadaan Bangunan Bandar Taiping Struktur Bangunan Bandar Taiping Model Analisis Faktor Kategori Bangunan Taburan Bangunan Warisan Mengikut Kategori Tindakan Model Analisis Tindakan Pemeliharaan Bangunan Warisan

126 127 128 130 130 133 134 136 138 140

5.36 6.1

Tindakan Pemeliharaan Kawasan Zon Pemeliharaan Bandar Taiping

141 144

SENARAI FOTO

Foto 3.1 Foto 3.2 Foto 3.3 Foto 3.4

Bukit Larut Taman Tasek Taiping Bandar Taiping Perkembangan bentuk bandar Taiping sebagai bandar perlombongan bijih timah. Corak Grid-Iron dalam penyusunan bandar menghasilkan blok-blok kecil pelbagai saiz dan meningkatkan sirkulasi dalaman

Foto 3.5

Perarakan keagamaan dan kebudayaan kaum Cina dan India antara aktiviti formal yang wujud di Taiping

Foto 3.6

Aktiviti-aktiviti informal yang wujud di Taman Tasek seperti ini, perlu dipelihara kerana ianya merupakan satu keharmonian dan semangat tempat yang jarang terjadi di tempat-tempat lain.

Foto 3.7

Pokok hujan-hujan yang menghiasi sepanjang Jalan Keamanan dan penambahan elemen landskap menambahkan sudut visual menarik di Taman Tasek.

Foto 3.8 Foto 3.9 Foto 3.10

Tempat letak kereta yang di sediakan oleh MPT. Tempat letak kereta di kawasan tanah terbiar atau kosong. Keadaan laluan pejalan kaki yang tidak memberi keselesaan kepada pengguna.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

PENGENALAN

Pembangunan pesat yang dialami oleh masyarakat bandar telah menerima tekanan dari segi sosial dan ekonomi, dan ini telah menambahkan kesukaran dalam perancangan dan pengurusan bandar. Sering kali pembangunan dijalankan lebih cepat daripada perancangan bandar. Tekanan pembangunan ini secara tidak langsung membawa ancaman kepada kawasan-kawasan yang kaya dengan warisan. Perkembangan bandar yang pesat ini membawa kepada pembinaan bangunanbangunan yang bercirikan reka bentuk moden dan terkini memberi kesan kepada rupa bandar di mana bangunan-bangunan lama yang mempunyai seni bina dan tarikan tersendiri akan digantikan dengan bangunan-bangunan baru. Ini boleh menyebabkan unsur-unsur sejarah dan seni bina yang terdapat pupus sekiranya tiada usaha pemeliharaan dilakukan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Pemusnahan bangunan lama dapat dilihat lebih ketara pada bangunan-bangunan kedai lama yang majoritinya terletak di pusat bandar. Lokasinya yang strategik dengan kesan ekonomi yang menunjukkan peningkatan terhadap nilai harta tanah di kawasan bandar menyebabkan pihak-pihak tertentu dan juga pemilik bangunan itu sendiri lebih suka menggantikan bangunan kedai lama dengan bangunan moden. Tindakan merobohkan bangunan kedai lama ini adalah atas alasan untuk tujuan komersil.

2 Ketidakprihatinan, sikap berkecuali dan kurangnya maklumat atau data mengenai bangunan warisan menyebabkan kepentingannya tidak banyak diketahui oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan sesebuah bandar seterusnya menyebabkan kerja-kerja pemeliharaan sukar dilaksanakan (Ghafar Ahmad, 1994). Pemeliharaan bangunan warisan adalah satu tugas yang penting bagi memastikan khazanah-khazanah yang bernilai ini dapat dipelihara bagi generasi masa hadapan. Bangunan warisan penting kerana nilai seni binanya yang unik dan tidak terdapat pada bangunan moden hari ini menjadi bukti kepada sesuatu era dan peristiwa sejarah. Khazanah bersejarah ini menjadi bukti perkembangan tamadun negara dan menjadi satu aset kebanggaan negara di mana Malaysia telah cuba mendapat pengiktirafan dari United Nations Educational, Sciencetific And Cultural Organisation (UNESCO) bagi memasukkan sumber jaya kebudayaan sejarahnya ke dalam World Heritage List. Selain daripada ini, bangunan-bangunan warisan ini merupakan satu aset pelancongan yang penting di mana historical-tourism adalah satu aset pelancongan yang mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Dengan menyedari kepentingan bangunan warisan sejarah ini kepada masyarakat dan negara di samping selaras dengan arus pembangunan, perancangan dan pengurusan bangunan warisan perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, penekanan dalam bidang perancangan bangunan warisan masih kurang dan tidak diberi perhatian yang khusus. Ini boleh dilihat dari segi beberapa aspek perancangan seperti konteks rancangan pemajuan, dasar dan piawai perancangan serta polisi pembangunan negara di mana kita jelas dengan kekurangan alat-alat pelaksanaan seperti rancangan tempatan dan juga pelan reka bentuk bandar serta garis panduan pembangunan. Tambahan pula, dari segi perundangan, peruntukan akta bagi pemeliharaan dan menjaga kepentingan bangunan warisan ini masih terhad kepada Akta Benda Purba,1976 dan sebahagian kecil Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Secara tidak langsung ini telah menjadi halangan dan permasalahan bagi memudahkan penyediaan rancangan pemajuan. Selain permasalahan di atas, perancangan dan pengurusan bangunan warisan ini merupakan satu proses yang rumit dan mengambil masa. Peringkat pengurusan data dan peringkat analisis melibatkan teknik penilaian yang menyeluruh dan rumit sebelum dasar dan garis panduan pembangunan dapat dihasilkan.

3 Dalam usaha untuk memelihara bangunan warisan, peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) penting dalam mengawas dan merealisasikan konsep pemeliharaan di kawasan pentadbirannya. Keperluan terhadap maklumat atau data bangunan warisan penting dalam menentukan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh PBT dalam kerja-kerja pemeliharaan. Penyimpanan data-data bangunan warisan juga penting untuk memudahkan PBT mencapai data tersebut untuk mereka bentuk garis panduan dan program-program bersesuaian dalam usaha pemeliharaan bangunan warisan. PBT juga harus tahu bahawa perancangan pemeliharaan bangunan warisan yang lebih efisien serta praktikal dapat dicapai melalui maklumat yang lebih baik dan maklumat ini seharusnya datang dari sistem capaian maklumat yang lebih mantap. PBT juga sebenarnya perlu mengubah sistem penyimpanan maklumat dalam bentuk fail kepada sistem penyimpanan maklumat yang lebih baik. Perkembangan dalam era teknologi maklumat telah mencipta pelbagai jenis sistem penyimpanan maklumat yang lebih baik, canggih serta efisien. Antaranya ialah Sistem Maklumat Geografi (GIS), yang mana kemampuan dan keupayaannya dalam menyimpan, memanipulasi serta menganalisis data yang disimpan mampu menjawab pelbagai persoalan perancangan. Bagi memudah dan mengoptimumkan perancangan dan pengurusan bangunan warisan ini, penggunaan GIS boleh diaplikasikan sebagai alat analisis dalam melaksanakan aplikasi inventori bangunan warisan sejarah iaitu untuk kawalan pembangunan dan sebagainya. Dengan kemampuan ini, aplikasi GIS dilihat sesuai digunakan sebagai alat untuk mengurus pemeliharaan kawasan warisan. Dengan keupayaan sistem maklumat geografi dari segi pengurusan data dan penganalisaan maklumat seterusnya dalam perancangan, pengurusan dan pemantauan ke atas bangunan warisan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dengan kebolehan GIS, maklumat dan data perancangan yang dikumpul boleh dikongsi bersama di antara satu bahagian dengan bahagian, jabatan atau agensi yang lain. Ini juga merupakan keistimewaan pemakaian aplikasi GIS melalui sistem rangkaian. Selain itu, fungsi GIS yang lebih penting adalah kebolehannya menghubungkait set-set data. Hubungkait antara set-set data ini dapat memandu kepada penjanaan senario melalui permodelan analisis yang telah mengambilkira kriteria-kriteria berdasarkan keperluan pemeliharaan kawasan warisan. Bagaimanapun, keberkesanan GIS dalam

4 perancangan dan pengurusan kawasan warisan bergantung kepada data rujukan ruang yang terkini dan reka bentuk pangkalan data yang bersesuaian.

Sudah tiba masanya PBT mengubah sistem penyimpanan maklumat kepada Sistem Maklumat Geografi bagi membuat keputusan perancangan yang lebih efisien terutama berkaitan dengan pemeliharaan bangunan warisan. PBT perlu sedar sekiranya tiada pengawasan secara menyeluruh terhadap bangunan warisan, lambat laun negara ini akan kehilangan corak rupa bandar yang mencerminkan keunikan sesebuah bandar (Syed Zainol Abidin Idid, 1996).

1.1

KEPENTINGAN PEMELIHARAN KAWASAN WARISAN

Pemeliharaan warisan sejarah membantu membina semangat kemasyarakatan yang menjadi kebanggaan terhadap diri mereka. Pada hakikatnya, pemeliharaan bukan sebagai satu ancaman jika dikendalikan dengan sempurna, malah ia boleh bertindak selaras dengan kehendak pembangunan. Konsep pemeliharaan hendaklah selaras dengan penjagaan keseluruhan aspek kawasan untuk dipulihkan bagi memeriahkan serta mengekalkan kepentingan sesuatu tempat untuk menarik tumpuan orang ramai. Sekiranya tindakan pemeliharaan ke atas bangunan warisan diambil serius oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan dilaksanakan dengan penuh efisien serta efektif, banyak faedah dan kepentingan yang diperolehi oleh semua pihak. Malah ia dapat mempertingkatkan imej dan membentuk identiti pada sesebuah bandar. Jika dikaji secara terperinci, bangunan warisan mempunyai kepentingan sejarah dan nilai seni bina yang tersendiri. Oleh kerana itu, adalah penting untuk memelihara bangunan warisan kerana:

5 i. Ketinggian nilai seni bina

Bangunan yang dibina zaman kolonial mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik dan nilai seni bina yang tinggi. Sesetengah bangunan warisan masih dalam keadaan baik dan berstruktur kukuh. Bangunan warisan zaman kolonial British mempunyai ciri reka bentuk seni bina asing yang telah diubahsuai mengikut keadaan cuaca tempatan. Rekabantuk seni bina yang terdapat pada elemen bangunan lama seperti dinding, tibar layar, pintu, tingkap dan ruang dalaman telah dipinjam dan diubahsuai untuk menjadi elemen dan reka bentuk bangunan. ii. Pelindungan dan penghargaan keunikan warisan sejarah negara

Usaha-usaha pemeliharaan bangunan menghasilkan catatan dan dokumentasi data dan maklumat berkenaan bangunan sejarah secara sistematik termasuklah sejarah berkaitan bangunan, faktor seni bina dan kerja pembaikan. Kepentingan melindungi dan memelihara bangunan warisan adalah disebabkan oleh kepentingannya dalam menjadi bukti kepada suatu era dan peristiwa. Menurut Stipe (1995), pemeliharaan bangunan bersejarah terutama strukturnya adalah kerana hubungannya kepada peristiwa lepas, kawasan, monumen dan orang perseorangan yang penting untuk kebanggaan dan pemahaman. iii. Membina imej dan identiti bandar warisan

Satu atau sekumpulan bangunan bersejarah dalam sesebuah kawasan dapat menunjukkan bukti visual masa lalu. Faktor ini kukuh untuk membina imej yang jelas dan identiti sebuah bandar warisan. Bangunan bersejarah menyediakan ciriciri fizikal sesuatu kepada bandar warisan, membezakannya dengan bandar biasa yang lain. Pemeliharaan warisan pada asalnya adalah berkenaan dengan bangunan (Roberta Hardy, 1997). Sebanyak 500 tapak warisan sejarah dalam Senarai Warisan Dunia 1996 majoritinya adalah bangunan ataupun kelompok bangunan. iv. Pelancongan

Pemeliharaan kawasan warisan ini juga dapat membawa pembangunan ke atas ekonomi setempat dalam penerokaan bidang pelancongan. Pelancongan

6 berteraskan kebudayaan sejarah telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Bangunan bersejarah, kawasan bersejarah dan keunikan budaya masyarakat setempat dibangunkan sebagai produk pelancongan. Bangunan bersejarah dapat ditukarkan kepada muzium, galeri seni, restoran dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford dan Cambrigde di England, Paris di Perancis, Venice, Pisa dan Florence di Italy, dan Amterdam di Belanda telah berjaya memelihara dan melindungi sebahagian besar daripada bangunan dan monumen lama mereka dengan baik (Ghafar Ahmad, 1994). v. Perancangan

Walaupun pemeliharaan bangunan dan monumen bersejarah di Malaysia masih dalam peringkat awal, adalah penting bagi usaha-usaha pemeliharaan diberi keutamaan sebelum warisan dan khazanah negara lenyap dibawa arus pembangunan moden. Pelbagai langkah dan tindakan boleh diambil untuk menyelamatkan bangunan dan monumen daripada masalah pemusnahan dan perobohan. Sistem perundangan sedia ada seperti Akta Benda Purba, 1976, dan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, perlu diperkemaskan lagi supaya bangunan dan monumen lama dapat dilindungi, dipelihara, diperbaharui dan disenggara dengan baik. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan yang serius ke atas sebarang bentuk perobohan dan pemusnahan yang dilakukan pada bangunan warisan tanpa kebenaran daripada pihak PBT. Proses mewarta dan menggazetkan bangunan dan monumen juga perlu ditumpukan kepada bangunan yang dimiliki oleh pihak persendirian. Dalam usaha untuk memudahkan kerja-kerja pengwartaan,

pemeliharaan, penyelenggaraan dan pembaharuan, PBT perlulah menyenaraikan bangunan dan monumen bersejarah yang terdapat dalam kawasan mereka.

7 1.2 PERNYATAAN MASALAH

Perancangan dan pengurusan kawasan warisan sejarah merupakan satu bidang perancangan yang mencabar terutamanya bagi pihak berkuasa perancang tempatan. Beberapa masalah yang menjadi cabaran utama kepada usaha-usaha pemeliharaan adalah seperti berikut: i. Kekurangan maklumat berkaitan perihal bangunan warisan dan tapak bersejarah Kekurangan maklumat dan fakta atau sejarah latar belakang perihal bangunan dan tapak bersejarah merupakan antara masalah yang terpaksa dihadapi dalam proses mewartakan dan memelihara sumber jaya warisan. Ini adalah disebabkan oleh kerana proses perwartaan bangunan lama dan tapak bersejarah hanya dapat dijalankan sekiranya kebenaran daripada pihak pemunya ataupun pemilik persendirian diperolehi (Ng Yen Yen, 2000). ii. Tekanan dan ancaman pembangunan terhadap bangunan warisan Pembangunan ekonomi yang pesat meningkatkan permintaan penggunaan ruang sama ada di bandar mahupun luar bandar. Kebanyakan bangunan-bangunan warisan yang terletak di kawasan pusat bandar mengalami ancaman kemusnahan akibat dari peningkatan nilai tanah dan kuasa pasaran untuk menguasai kawasan tersebut. Ia adalah bagi menempatkan pembangunan baru dengan

menggantikannya dengan bangunan bertingkat yang mana mampu memberikan pulangan yang lumayan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Dengan ini, kawasankawasan bersejarah akan terjejas secara langsung atau tidak langsung dengan pembangunan baru sama ada perumahan, perniagaan dan perindustrian. Sebagai kawasan warisan yang kaya dengan pelbagai sumber jaya pelancongan, tekanan pembangunan ke atas kawasan ini perlu diuruskan secara sistematik bagi mengelakkan penjejasan kepada kualiti dan nilai sumber jaya sejarahnya.

8 iii. Tiada pelan perancangan dan pengurusan yang menyeluruh bagi tujuan pemeliharaan kawasan warisan Pemeliharaan bangunan warisan memerlukan perancangan yang rapi dan menyeluruh dan memerlukan dokumen perancangan yang berkanun seperti Rancangan Tempatan, Rancangan Struktur dan Pelan Tindakan Khas untuk menyokong. Keperluan rancangan pemajuan adalah bagi memastikan satu kawasan yang sensitif dari segi sumber jaya sejarah boleh dikategorikan sebagai zon pemeliharaan yang dapat melindungi dan memelihara sumber jaya warisan ini daripada ancaman pembangunan. iv. Penglibatan orang awam yang rendah dalam memelihara sumber jaya warisan Mengikut Paul Box (1999), adalah sulit untuk menggalakkan penyertaan orang awam atau komuniti dalam pemeliharaan sumber jaya warisan ini kerana ia tidak menampakkan akan mendatangkan keuntungan pada masa akan datang. Kesedaran komuniti dan masyarakat adalah amat rendah terhadap kepentingan sumber jaya warisan yang ada. Ini menimbulkan kerisauan kepada pihak pengurusan yang merangka pelan-pelan perlindungan. Oleh itu, usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan sumber jaya warisan melalui bantuan masyarakat adalah mesti dilakukan untuk menyokong usaha yang dibuat dalam pelan perlindungan tadi. Dalam persekitaran masyarakat Malaysia sendiri misalnya, dapat dilihat bahawa kesedaran terhadap kepentingan menjaga dan memelihara monumen-monumen sejarah dan bangunan warisan adalah masih di tahap yang rendah. Orang awam khususnya tidak menitikberatkan aspek-aspek kesenian yang ada pada sesebuah bangunan warisan sehingga akhirnya ia musnah begitu sahaja. Banyak usaha yang melibatkan pemeliharaan artifak warisan sejarah di negara kita dimonopoli oleh bangsa asing yang mana kesedaran mereka tentang menghargai tinggalan sejarah adalah lebih tinggi berbanding masyarakat tempatan.

9 v. Pengurusan manual yang kurang cekap dalam menguruskan data pemeliharaan Kedapatan data merupakan faktor utama dalam memastikan analisis perancangan dan keputusan perancangan yang dihasilkan adalah berasas dan tepat terutama dalam bidang pemeliharaan kawasan warisan. Inventori data yang dihasilkan dapat membentuk satu pemahaman yang jelas terhadap konteks kawasan pemeliharaan warisan. Ini memerlukan data-data yang banyak seperti maklumat guna tanah, ciri-ciri bangunan bersejarah, infrastruktur, landskap dan sebagainya. Pengurusan data-data ini memerlukan masa dan kerja yang rumit di mana ia mengambil masa yang panjang terutamanya kaedah manual. Pada masa ini, pengumpulan dan penyimpanan data bagi bangunan warisan masih dilakukan secara manual. Melalui kajian yang membandingkan teknik manual dengan

teknik berkomputer bagi merekod data struktur monumen menunjukkan penggunaan teknik berkomputer memberi kelebihan dari segi ketepatan data, masa dan ketelitian (Quartermaine, 1995). Melihat kepada pernyataan di atas, kebanyakan permasalahan yang timbul ini boleh diatasi dengan satu sistem pengurusan yang efektif untuk membantu membuat keputusan pemeliharaan warisan dan menguruskan data. Salah satu sistem yang biasa digunapakai dalam pengaplikasian bidang perancangan dan pengurusan ialah Sistem Maklumat Geografi (Georgraphic Information System) ataupun ringkasnya GIS. GIS membolehkan proses pencarian data dilakukan secara bersistematik dan automatik. Paparan data juga dapat dilakukan dengan mudah dengan sokongan peta yang dapat menerangkan tempat yang berpotensi untuk pembangunan contohnya. Aplikasi dalam GIS juga mampu menjawab persoalan-persoalan yang rumit dan boleh dikongsi oleh pelbagai pihak.

10 1.3 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti kawasan yang memerlukan tindakan pemeliharaan di Bandar Taiping melalui penggunaan pangkalan data warisan GIS.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif telah digariskan bagi mencapai matlamat tersebut. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut:-

i.

Mengenalpasti kriteria-kriteria tertentu dalam menentukan pemilihan kawasan yang sesuai untuk tindakan pemeliharaan warisan berdasarkan maklumat guna tanah

ii.

Mereka bentuk dan membangunkan pangkalan data GIS yang dapat digunakan dalam menjalankan analisis penentuan kawasan tindakan pemeliharaan warisan

iii.

Memaparkan hasil analisis dalam bentuk spatial dan tematik untuk mengenalpasti kawasan tindakan pemeliharaan bagi Bandar Taiping

1.5

SKOP KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan hanya akan merangkumi skop kajian seperti berikut: i. Kajian penggunaan GIS dalam perancangan pemeliharaan warisan ii. Mengkaji perkaitan antara maklumat perancangan dan bangunan warisan yang mana ia akan menjadi asas dalam pembentukan model analisis

11 iii. Mereka bentuk pangkalan data pemeliharaan warisan yang mengambilkira semua keperluan dalam pemeliharaan kawasan warisan iv. Mereka bentuk model analisis bagi tindakan pemeliharaan yang sesuai v. Mencadangkan pelan pemeliharaan yang bersesuaian bagi kawasan kajian

1.6

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dipilih adalah Bandar Taiping, Perak. Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran pihak berkuasa perancang tempatan Majlis Perbandaran Taiping. Taiping merupakan bekas ibu negeri Perak dan merupakan bandar tertua di Negeri Melayu Bersekutu. Taiping dibangunkan untuk memberi perkhidmatan kepada pembangunan aktiviti perlombongan bijih timah dan juga dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Inggeris sebelum Ipoh dan Kuala Lumpur dibangunkan. Terdapat banyak bangunan sebelum perang sama ada bangunan rumah kedai ataupun bangunan sesebuah di sekitar Bandar Taiping yang pada suatu ketika dahulu berfungsi sebagai unit perdagangan, pentadbiran dan sebagai institusi keagamaan. Pemilihan Bandar Taiping sebagai kawasan kajian adalah kerana kawasan ini mempunyai lebih kurang 1076 buah bangunan sebelum perang dunia kedua. Kebanyakan bangunan ini mempunyai keistimewaan seni bina dan memerlukan tindakan pengurusan perancangan yang sesuai.

12

Kawasan Kajian

Rajah 1.1: Kawasan kajian Bandar Taiping, Perak


Sumber: Rancangan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian (1990-2010)

1.7

PENDEKATAN KAJIAN

Kajian ini akan dibahagikan kepada empat peringkat utama iaitu bermula dengan peringkat kajian awalan dan berakhir dengan peringkat cadangan dan rumusan kajian. Pembentukan dan penjelasan lanjutan bagi setiap peringkat di dalam metodologi ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan.

13 1.7.1 Kajian Awalan

Kajian pada peringkat awal ini adalah dengan membuat pelbagai rujukan dan pembacaan tentang penggunaan aplikasi GIS untuk tujuan pemeliharaan bangunan warisan. Ia adalah bagi mendapatkan idea bagi menjadi asas kajian. Oleh itu kajian awalan ini umumnya melibatkan pemahaman tentang tajuk yang telah dicadangkan selain meliputi aspek: i. ii. iii. iv. Penentuan isu dan masalah kajian Pembentukan matlamat dan objektif kajian Penentuan skop dan metodologi kajian Mengenalpasti bentuk dan aspek kajian literatur yang akan dijalankan untuk digunapakai di peringkat seterusnya.

1.7.2

Kajian Literatur

Bagi kajian literatur pula, ia adalah berkenaan tentang pemahaman asas konsep pemeliharaan dan aplikasi GIS terutamanya dalam bidang pemeliharaan warisan. Ia berkisar tentang bidang pemeliharaan dan perancangan kawasan warisan bagi mengenalpasti kaedah dan pendekatan dalam menentukan kawasan

pemeliharaan. Dalam aspek pemeliharaan sumber jaya warisan, penelitian akan dibuat ke atas definisi, konsep, kaedah, skala dan kepentingan pemeliharaan sumber jaya warisan serta aspek-aspek penilaian. Setelah memahami konsep pemeliharaan secara terperinci, pemahaman yang lebih jelas juga perlu mengenai penggunaan aplikasi GIS dalam bidang pemeliharaan warisan supaya pengintegrasian antara keduanya dapat dilakukan. Peringkat ini juga akan mengambil contoh pemakaian GIS dalam pengurusan dan pemeliharaan sumber jaya warisan sejarah yang telah dilaksanakan di beberapa tempat sebagai rujukan kajian kes.

Peringkat ini juga akan melibatkan pengumpulan data yang mana data-data akan diperolehi daripada sumber sekunder dan sumber primer. Sumber sekunder

14 akan diperolehi melalui jabatan-jabatan kerajaan, agensi swasta dan badan-badan berkanun. Manakala sumber primer diperolehi daripada lawatan ke tapak kajian. Selain itu, pemahaman awal tentang peraturan dan garis panduan pembangunan sedia ada juga dilaksanakan.

1.7.3

Reka bentuk Dan Pembangunan Pangkalan Data

Peringkat ini merupakan peringkat yang penting bagi memastikan kajian dapat diteruskan. Peringkat reka bentuk dan pembangunan pangkalan data ini Bagi tujuan

membolehkan peringkat pemodelan dan analisis dapat dijalankan.

tersebut, data-data yang diperlukan meliputi maklumat guna tanah kawasan kajian dan sekitarnya, maklumat bangunan serta beberapa maklumat yang berkaitan. Datadata ini akan dipetakan mengikut lapisan-lapisan yang tersendiri berdasarkan sifat data tersebut. Beberapa suntingan dan olahan dijalankan bagi melengkapkan

pangkalan data tersebut. Tumpuan tidak hanya pada pengumpulan, penyimpanan dan pengolahan data semata-mata, ia juga melibatkan proses penukaran data kepada maklumat yang berguna.

Data-data akan diklasifikasikan mengikut sifat data seperti polygon, line, dan point dalam lapisan tertentu. Ini bagi membolehkan pengurusan data yang lebih cekap dan efisien dapat dilaksanakan. Keperluan pembangunan pangkalan data akan berdasarkan kepada analisis yang bakal dijalankan. Pembangunan pangkalan data dibangunkan dan disimpan dengan menggunakan perisian ArcGIS 9 sepenuhnya.

Data-data yang digunakan terdiri daripada lapan lapisan data seperti lapisan data pentadbiran, guna tanah, hakmilik, rekod bangunan, bangunan warisan, pengangkutan, hidrologi dan landskap. Lapisan-lapisan data ini adalah berdasarkan kepada kajian terdahulu dan kesesuaian dengan keadaan tapak kajian.

15 1.7.4 Analisis

Peringkat ini merupakan penekanan terhadap model analisis selaras dengan skop dan tujuan kajian. Penjanaan model ini adalah berdasarkan kriteria-kriteria hasil daripada kajian literatur serta input daripada kajian kes terdahulu dan pengalaman luar negara. Keseluruhan analisis yang terlibat dalam aplikasi ini adalah menggunakan model data raster berasaskan grid ARCINFO dengan menggunakan teknik analisis Spatial Multi Criteria Analysis (SMCA). Teknik SMCA yang

digunapakai menggunakan dua peringkat pendekatan iaitu menggunakan kaedah: Penetapan kriteria dan sub-kriteria Penetapan kriteria dan sub-kriteria dibuat berdasarkan objektif kajian berhubung dengan penentuan kawasan pemeliharaan warisan Penetapan jumlah skor Berdasarkan kepada keadaan fizikal geografi kawasan kajian dan merujuk kepada kajian-kajian lain sebagai garis panduan. Jumlah skor yang diberi berdasarkan

kepentingan setiap komponen kepada analisis.

Kaedah

pertindihan

pemberat

(Weighted

Overlay)

digunakan

bagi

mengenalpasti kawasan yang terancam dan sangat memerlukan tindakan pemeliharaan. Setiap lapisan data mempunyai wajaran serta skor tertentu mengikut kepentingannya dalam penentuan kawasan sesuai untuk tindakan pemeliharaan. Penggunaan pendekatan Spatial Multi Criteria Analysis dan kaedah pertindihan pemberat digunakan bagi menganalisis dan membuat penilaian.

1.7.5

Cadangan dan Rumusan

Peringkat ini merupakan rumusan hasil daripada penemuan kajian dan kebolehan GIS sebagai alat dalam membantu membuat keputusan sesuatu perancangan dan pembangunan. Hasil akhir analisis telah menghasilkan satu pelan

16 zon pemeliharaan warisan dan tindakan-tindakan pemeliharaan yang bersesuaian menggunakan pangkalan data yang telah direka bentuk tadi. Rumusan kajian juga akan menyentuh penggunaan model analisis GIS dalam membantu proses perancangan dan pengurusan sumber.

Pemahaman Awal

Isu dan Masalah Kajian

Matlamat & Objektif

Skop Kajian & Metodologi Kajian Peringkat 1 Kajian Literatur

Konsep, Kaedah, Sklala & panduan pemeliharaan

Teknik & aplikasi GIS

Penggunaan GIS dalam pengurusan pemeliharaan bangunan warisan

Peringkat 2 Mereka bentuk & pembangunan pangkalan data pemeliharaan warisan Peringkat 3

1) Penentuan kawasan ancaman

Penjanaan Model Analisis

2) Kawalan tindakan bangunan Peringkat 4

Cadangan & Rumusan Pelan Cadangan Kawasan Pemeliharaan

Peringkat5

Rajah 1.2: Carta Alir Metodologi Kajian


Sumber: Olahan Pengkaji, 2006

17 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting bagi membantu PBT merangka dasar dan strategi yang lebih mantap dalam usaha memelihara sumber jaya warisan sejarah sejajar usaha kerajaan meningkatkan imej Bandar Taiping sebagai Bandar Warisan. Pembangunan pangkalan data warisan yang menyimpan segala maklumat berkaitan sumber jaya warisan dapat meningkatkan kecekapan PBT dalam mencapai maklumat yang berkualiti. Ini turut membantu PBT dalam menggaris dan menyediakan dasar dan garis panduan kawalan pemeliharaan di dalam kawasan pentadbirannya dengan lebih efisien lagi. Pembentukan pelan pemeliharaan ternyata dapat meminimumkan kos pembaikan dan memandu ke arah mewujudkan satu pengurusan pemeliharaan yang lebih bersepadu. Pengurusan dan perancangan pemeliharaan yang bersepadu berupaya membaiki imej serta identiti bandar, menggalakkan kemasukan pelancong dan mengekalkan warisan seni bina sejarah.

1.9

BATASAN KAJIAN

Walaupun terdapat banyak aspek atau kriteria yang diambilkira dalam menentukan sama ada sesuatu kawasan itu memerlukan pemeliharaan atau tidak, tetapi pada kajian ini ia hanya menggunapakai tiga kriteria pengukuran sahaja iaitu pemeliharaan dari segi guna tanah, pemeliharaan dari segi kualiti visual dan pemeliharaan dari segi perletakan sumber jaya warisan itu sendiri. Selain itu, ia hanya melibatkan kawasan di dalam Mukim Taiping dan meliputi skop yang telah digariskan sahaja.

18 1.10 RUMUSAN

Penggunaan

GIS

dalam

bidang

perancangan

banyak

membantu

meningkatkan keupayaan pengguna dalam merancang dan menguruskan projek perbandaran dengan lebih cekap dan teratur. Kewujudan dan penggunaan teknologi GIS dalam perancangan bagi kawasan bersejarah menyokong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat keputusan perancangan yang lebih berkesan dalam usahausaha pemeliharaan dan pengekalan sumber jaya warisan.

Kajian ini diharapkan dapat membantu PBT juga juru rancang khususnya mengenal pasti dan merangka pembangunan di kawasan yang kaya dengan sumber jaya warisan tanpa menjejaskan kualitinya. Bagi menghasilkan satu kajian yang lebih efektif, maka kajian ini menggunapakai Sistem Maklumat Geografi terutamanya dalam melaksanakan model-model analisis yang dibentuk bagi meningkatkan rasionaliti sesuatu tindakan perancangan.

BAB 2

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PENGURUSAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN

2.0

PENGENALAN

Aplikasi GIS dalam pengurusan warisan seni bina ataupun sumber semula jadi bukanlah satu perkara yang baru. GIS dalam pemeliharaan warisan juga sudah dipraktikkan terutamanya dalam mengenal pasti bangunan-bangunan warisan di sesebuah kawasan kajian. Bab ini akan menerangkan konsep pemeliharaan terutama kriteria pertimbangan yang diguna pakai untuk mengenal pasti bangunan warisan. Konsep pemeliharaan akan menerangkan secara terperinci definisi pemeliharaan, prinsip am dalam pemeliharaan, skala tindakan dan yang paling penting ialah kriteria pemeliharaan. Sistem Maklumat Geografi akan diterangkan secara ringkas berkaitan prinsip, kegunaan, dan potensi pemakaiannya dalam bidang perancangan bandar dengan mengambil contoh beberapa kajian kes.

Seperti mana yang diberitahu sebelum ini, bidang perancangan dan pengurusan pemeliharaan bangunan warisan adalah merupakan satu bidang perancangan yang khusus dan memerlukan bidang pengetahuan yang komprehensif. Dalam konteks Malaysia, bidang kuasa perancangan pemeliharaan terletak di bawah beberapa pihak berkuasa yang tertentu seperti Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kerajaan Negeri dan Pihak

20

Berkuasa Perancangan Tempatan. Terdapat juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Badan Warisan Malaysia dan Badan Warisan Pulau Pinang yang juga menyumbang kepada bidang perancangan pemeliharaan kawasan warisan. Kepentingan pemeliharaan bangunan warisan telah diberi perhatian dalam konteks pembangunan negara setelah menyedari sumber jaya sejarah sebagai satu tarikan pelancong.

Walaupun kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan bangunan warisan sejarah telah meningkat, usaha pemeliharaan masih di peringkat permulaan. Antara usaha yang perlu dinyatakan dalam konteks pemeliharaan warisan sejarah di Malaysia adalah kajian Inventori Bangunan-bangunan Warisan Sejarah Malaysia yang dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1992 yang melibatkan sejumlah lebih daripada 35,000 bangunan sebelum perang bagi 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara. Kajian ini telah menyediakan senarai bangunan-bangunan sebelum perang dalam konteks taburan, bilangan, seni gaya dan kepentingan yang dapat membantu PBT dalam melaksanakan usaha pemeliharaan. Walau bagaimanapun, kajian inventori yang dinyatakan tidak meliputi kawasan warisan sejarah kota lama seperti Lembah Bujang, Johor Lama, Sungai Lembing dan sebagainya yang juga mempunyai nilai warisan yang tinggi dari segi sejarah dan arkeologi.

Bagi melanjutkan usaha pemeliharaan bangunan warisan sejarah sama ada bangunan-bangunan sebelum perang atau kota-kota lama dengan lebih sistematik dan efektif, penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dapat menawarkan satu pendekatan perancangan baru yang bersifat digital. Bersesuaian dengan

perkembangan teknologi maklumat (IT), GIS dapat membantu dalam pengurusan data dan maklumat warisan sejarah secara jangka masa panjang dan memudahkan aplikasi perancangan yang diperlukan pada masa hadapan. Keupayaan GIS dalam menyimpan data, analisis dan membuat paparan maklumat dapat memudahkan sistem perancangan dan menjimatkan kos dan masa perancangan.

21

2.1

KONSEP PEMELIHARAAN

Pemeliharaan bangunan warisan sejarah boleh dilihat dari beberapa konteks kepentingan yang berbeza. Pemeliharaan bangunan bersejarah yang berteraskan kepentingan kemajuan industri pelancongan dalam konteks pembangunan ekonomi adalah berbeza secara tidak langsung dengan fokus pemeliharaan bagi tujuan warisan seni dan budaya. Pemeliharaan membawa pengertian yang lebih mendalam lagi dari menjadi sumber tarikan pelancongan.

2.1.1

Definisi Pemeliharaan

Pemeliharaan bangunan dan monumen bererti memelihara dan memperbaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan. Proses ini bertujuan untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan lama, monumen atau sebarang harta warisan negara. Konteks bangunan di sini adalah sebarang struktur pembangunan yang telah atau sedang diguna atau didiami oleh penghuni. Penjagaan bangunan lama ini boleh dipraktikkan melalui pelbagai kaedah dan teknik pembaikan dan pemeliharaan.

2.1.2

Definisi Kawasan Pemeliharaan

Kawasan pemeliharaan mestilah ditakrifkan dengan seberapa yang hampir kepada pemeliharaan kawasan warisan dalam konteks yang sebenar. Pentakrifan ini mestilah dikaitkan dengan tempat dan karakter bagi mencapai keberkesanan

22

maksud kawasan pemeliharaan. Kebanyakan maksud kawasan pemeliharaan didefinisikan mengikut sudut perundangan. Berdasarkan Zoning Ordinance 1931 di Amerika Syarikat, kawasan pemeliharaan dikaitkan dengan daerah di dalam lingkungan bandar. Ianya mengklasifikasikan kawasan pemeliharaan kepada 2 daerah yang lain: Daerah Lama Bersejarah Kawasan daerah lama bersejarah membawa maksud kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah yang merangkumi elemen-elemen seperti bangunanbangunan, monumen-monumen, mercu tanda, rumah ibadat, kota lama dan pokok-pokok. Kebiasaannya kawasan ini lebih teratur dan terancang. Daerah Bandar Lama Kawasan daerah bandar lama membawa maksud kawasan yang mempunyai elemen-elemen fizikal yang mempunyai kepentingan sejarah. Elemen-elemen fizikal ini tidak semestinya bersejarah tetapi mestilah mempunyai usia 100 tahun atau lebih (Chahlakbur Sigh, 1986). Namun begitu, makna kawasan pemeliharaan berdasarkan akta ini masih tidak jelas dan hanya menumpukan kepada elemen-elemen fizikal yang berkepentingan sejarah sahaja. Municipal Planning Act 1975 di Denmark, mengaitkan kawasan

pemeliharaan dengan sektor bandar. Sektor bandar ini membawa makna kawasan yang mempunyai bangunan-bangunan yang mempunyai kepentingan untuk dipelihara. Ia membahagikan sektor bandar kepada 2 kelas: Sektor bandar Kelas A Kawasan yang terdiri dari bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina atau kepentingan budaya atau berkepentingan sejarah. Ketiga-tiga ciri ini mestilah mempunyai nilai yang terbaik. Kawasan ini dikekalkan keseluruhannya.

23

Sektor bandar Kelas B Kawasan yang terdiri dari bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina, budaya atau sejarah yang tidak tersenarai dari sektor bandar Kelas A. Pemeliharaannya hanyalah ditekankan kepada fabrik bangunan seperti bumbung dan fasad yang menghadap jalan (Rodwell, 1975). Melalui akta ini juga maksud kawasan pemeliharaan tidak dinyatakan dengan mendalam dan hanya terhad kepada bangunan-bangunan sahaja. Namun begitu, terdapat aspek selain daripada seni bina dan sejarah yang diberi penekanan iaitu kepentingan budaya. Di Netherlands, kawasan pemeliharaan dikaitkan dengan villege view dan townscape. Melalui Historic Buildings Act 1961 maksud kawasan pemeliharaan adalah terdiri dari bangunan-bangunan, tali air dan tanaman-tanaman yang boleh bertahan lama yang mempunyai kepentingan sejarah yang tinggi. Elemen-elemen yang tidak mempunyai kepentingan sejarah yang tinggi tetapi menyumbangkan kepada karakter kawasan juga disenaraikan di bawah kawasan pemeliharaan (Whysall, 1982) Definisi ini juga tidak mendefinisikan kawasan pemeliharaan secara khusus yang merangkumi pelbagai kepentingan. Namun begitu, terdapat penekanan kepada kepentingan memelihara karakter pada sesuatu tempat Melalui Civic Amenity Act 1967 di United Kingdom maksud kawasan

pemeliharaan telah didefinisikan dengan khusus. Ia mendefinisikan kawasan pemeliharaan sebagai: kawasan yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan seni bina atau kepentingan sejarah atau keistimewaan karakter atau ciri-ciri yang menonjol untuk dikekalkan dan dipertingkatkan (Suddard, 1982). Saiz dan keadaan kawasan pemeliharaan berkemungkinan dari kumpulan kecil bangunan sehinggalah kepada keseluruhan pusat bandar. Berdasarkan maksud tersebut kawasan pemeliharaan sebaiknya mempunyai:

24

keistimewaan seni bina atau kepentingan sejarah karakter atau ciri-ciri yang menonjol Secara keseluruhannya, kawasan pemeliharaan bermaksud kawasan yang mempunyai karakter dan identiti yang istimewa dan terdapat di dalamnya keistimewaan seni bina, kepentingan sejarah dan kepentingan budaya. Ia secara khusus mempunyai perkaitan dengan tempat. Karakter dan identiti tempat boleh dibentuk oleh elemen-elemen fizikal (bangunan, monumen, landskap, sungai, runtuhan kota, tembok, dan sebarang parsel-parsel tanah yang mempunyai kaitan) dan bukan fizikal (aktiviti, saintifik, sejarah dan sebagainya). Elemen-elemen ini tidak semestinya mempunyai ciri-ciri yang berkepentingan tetapi lebih diutamakan adalah perkaitannya dengan pembentukan karakter tempat tersebut.

2.1.3

Konsep Pemeliharaan

Menurut Charter (1992), pemeliharaan (conservation) adalah satu istilah umum yang membawa maksud segala proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya. tindakannya termasuklah perawatan dan mengikut keadaan tertentu termasuk pengekalan, pemulihan, pembangunan semula, dan penyesuai guna.

Pemeliharaan bersejarah merupakan sebahagian besar daripada perancangan bandar dan wilayah (Wayne, 1979). Pemeliharaan bukan sahaja dilihat dari sudut sesebuah atau sekelompok bangunan warisan, tetapi juga kawasan semula jadi, kampung, bandar dan kawasan kejiranan. Skala tindakan pemeliharaan telah diperluaskan dengan mengambil kira kepelbagaian dan kepentingan elemen bandar yang menjadi karakter rupa bandar.

Pengurusan dan perancangan segala sumber jaya sama ada sumber jaya semula jadi atau binaan manusia secara wajar untuk memenuhi keperluan masa

25

hadapan bagi memastikan pembekalan sumber jaya semula jadi secara berterusan. Tujuan sebenar pemeliharaan adalah untuk mengekal atau mengembalikan semula kepentingan budaya sesuatu tempat dan kawasan yang meliputi penjagaan yang berterusan pada masa hadapan. Proses pemeliharaan sebenarnya melibatkan beberapa kaedah yang diguna pakai di mana setiap kaedah melibatkan tahap perubahan yang berbeza terhadap fabrik sesuatu tempat kerana ia spesifik kepada jenis-jenis tindakan. Proses yang dinyatakan mengikut kepentingannya adalah seperti berikut: i. Pemeliharaan (conservation)

Untuk mengekalkan keadaan dahulu dan untuk memelihara, memperbaiki dan memulihkan fabrik sedia ada kepada situasi dan keadaan biasa ii. Pengekalan (preservation)

Berkaitan dengan pengekalan sumber jaya sejarah bagi memastikan struktur sesuatu tempat itu dalam keadaan asalnya dan dicegah daripada berlaku sebarang keusangan atau pemusnahan. iii. Pemulihan (restoration)

Bermaksud memastikan struktur yang sedia ada kembali kepada keadaan asal seperti yang diketahui dengan membuang tambahan-tambahan atau memasang kembali komponen-komponen struktur yang terdapat tanpa mengguna atau memperkenalkan sebarang bahan baru ke atasnya. Ia juga secara mudahnya adalah merujuk kepada pemulihan fabrik dan konsep membawa struktur sedia ada kepada keadaan asal. iv. Pembangunan semula (reconstruction)

Mengembalikan sesuatu tempat itu sedekat yang mungkin kepada asalnya dan boleh dibezakan dengan menggunakan bahan-bahan lama dan baru.

26

v.

Kegunaan yang sepadan (compatible use)

Sesuatu kegunaan yang tidak melibatkan sebarang penukaran ke atas struktur yang mempunyai kepentingan budaya atau sebarang penukaran yang tidak boleh dikembalikan semula atau penukaran yang mempunyai kesan minimum. vi. Penyesuaigunaan (adaption)

Mengubahsuaikan sesuatu tempat supaya selaras dengan jenis kegunaan seperti yang dicadangkan vii. Penjagaan (maintenance)

Bermaksud memberi penjagaan yang rapi dan berterusan ke atas fabrik, kandungan dan ruang letak sesuatu tempat. Proses-proses yang dinyatakan di atas mengikut kepentingan di mana proses pengekalan, pemulihan dan pembangunan semula merupakan bentuk pemeliharaan yang utama dalam tindakan pemeliharaan yang diambil. Biasanya ketiga-tiga proses ini selalu digunakan dalam tindakan pemeliharaan kerana terdapat tindakan-tindakan yang terperinci dalam ketiga-tiga tindakan ini merangkumi kesemua proses pemeliharaan yang telah dinyatakan.

2.1.4

Konsep Kawasan Pemeliharaan

Konsep kawasan pemeliharaan pada awalnya ditekankan kepada tempat yang berkepentingan sejarah sahaja. Konsep ini menjadi lebih khusus setelah diperkenalkan oleh Duncan Sandys di United Kingdom pada awal tahun 1947 dan kemudian berkembang melalui pembentukan Civic Amenity Act 1967 yang memberi peruntukan khusus kepada penentuan kawasan pemeliharaan. Kawasan pemeliharaan ini diwujudkan bagi mengambil kira nilai kumpulan sebagai lebih utama

27

berbanding nilai individu-individu bangunan. Pada asasnya kawasan pemeliharaan bertujuan untuk memelihara karakter kawasan atau tempat yang mempunyai keistimewaan seni bina atau kepentingan sejarah atau kepentingan budaya dan memastikan karakter ini dikekalkan, dikawal dan ditingkatkan. Pembentukan karakter tempat bukan sahaja dari bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina dan kepentingan sejarah tetapi juga bangunanbangunan yang tidak tersenarai, ruang terbuka, pokok-pokok, bentuk jalan yang unik, kawasan hijau atau tapak arkeologi yang menarik. Kawasan pemeliharaan juga sering dirujuk kepada tempat (place) yang mempunyai kepelbagaian keunikan. Adalah penting bagi mengetahui bagaimana untuk memilih dan menjaga tempat bagi memudahkan pembentukan kawasan pemeliharaan. Secara keseluruhannya, didapati bahawa konsep kawasan pemeliharaan adalah lebih memberi penekanan kepada sumbangan keseluruhan terhadap karakter tempat. Ia adalah merupakan pemeliharaan secara kawasan bagi memastikan keseluruhan perkaitan yang terdapat di dalamnya dipelihara. Jika berlaku perubahan kepada perkaitan ini akan juga menjejaskan karakter tempat tersebut. Karakter setempat yang terjejas sehingga hilang identitinya tidak memberi sebarang makna kepada kawasan pemeliharaan.

2.1.5

Matlamat Pemeliharaan

Matlamat pemeliharaan adalah untuk mengawal atau memperoleh kembali kepentingan budaya sesuatu tempat dan semestinya mengandungi peruntukan bagi menjamin keselamatan, penjagaan keadaannya pada hari ini dan masa hadapan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996).

28

2.1.6

Prinsip Am Pemeliharaan

Terdapat beberapa prinsip am untuk mencapai matlamat pemeliharaan bandar. Di antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

i.

Kepekaan dan penghormatan terhadap komponen fizikal yang membentuk suasana tempat

ii. iii. iv. v. vi.

Menitikberatkan semua aspek kepentingan budaya Menggunakan teknik yang setimpal dengan kepentingan tempat Mengutamakan penglibatan dan penyertaan penduduk setempat Memastikan pemeliharaan sesuatu unsur fizikal kekal pada tempat asalnya Menekankan kepada rupa bandar seperti yang terbentuk daripada lot-lot dan jalan-jalan

vii. viii. ix.

Perkaitan antara bangunan dan kawasan hijau/ lapang Pandangan yang formal pada dalam dan luar bangunan Perkaitan antara bandar atau kawasan bandar dengan persekitaran semula jadi atau buatan manusia

x.

Fungsi bandar atau kawasan bandar memainkan peranan dari semasa ke semasa. Sebarang ancaman ke atas kualiti ini akan menghindar keaslian nilai sejarah sesebuah bandar atau kawasan bandar itu

Sumber: Syed Zainol Abidin Idid, 1996

Dapatlah dirumuskan, terdapat lima faktor yang menjadi fokus utama pemeliharaan iaitu ciri fizikal, fungsi dan rupa bandar, budaya serta faktor penduduk memainkan peranan dalam mencapai matlamat pemeliharaan warisan.

29

2.1.7

Skala Tindakan Pemeliharaan

Tindakan pemeliharaan pada masa kini bukan hanya berkaitan dengan pemeliharaan sesebuah bangunan ia juga turut melibatkan pemeliharaan keseluruhan kawasan yang mempunyai hubungan dengan bangunan warisan yang perlu dipelihara. Skala tindakan pemeliharaan menurut Wayne (1979) telah dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya: Bangunan Kawasan semula jadi Bandar dan kampung Garisan latar langit Daerah Kawasan kejiranan : Menurut Cantacuzino (1996), di dalam Perhimpunan ICOMOS, beliau juga turut mengatakan bahawa skala bagi tindakan pemeliharaan warisan turut mengalami perubahan di mana menjadi bertambah luas dengan melibatkan keseluruhan kawasan bandar yang terlibat tidak lagi hanya merangkumi bangunan individu sahaja seperti yang dinyatakan pada ucapannya: "Coincidental with the social change of the last decade, and perhaps stimulated by it, there has been a change in the concept of cultural heritage. While at the beginning, in the case of the built heritage, it was an exclusive concept which concentrated on individual buildings, it has become an inclusive concept comprising groups of buildings, quarters and even whole towns....It is only recently that the importance of a setting of a bulding in its full sense has come to be understood." (Cantacuzino, 1996) Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa skala pemeliharaan meliputi keseluruhan kawasan yang dikaji. Terdapat banyak elemen penting yang perlu dipelihara sementara elemen yang lain boleh dipelihara sekiranya mempunyai nilai-nilai estetika, kepelbagaian dan peranan sejarah.

30

2.1.8

Kriteria Bagi Pemeliharaan Menurut Wayne (1979) sebelum keputusan untuk menentukan polisi

pemeliharaan dibuat, penentuan beberapa kriteria bersejarah dibuat dengan mengambil kira beberapa pertimbangan. Berdasarkan kajian oleh Syed Zainol Abidin Idid (1996), beliau menggariskan bahawa kriteria-kriteria pemeliharaan yang meliputi pemeliharaan bangunan dan kawasan adalah seperti berikut: i. Pertimbangan sejarah Ia adalah berkenaan dengan bangunan dan kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah di peringkat negara, negeri serta tempatan. Bangunan dan kawasan mempunyai kaitan dengan sejarah individu atau kumpulan di peringkat negara, negeri dan komuniti. Kawasan arkeologi dan perkuburan yang mempunyai personaliti sejarah. ii. Pertimbangan gaya seni bina Ia meliputi stail dan era seni bina serta hasil seni reka bentuk yang berkaitan dengannya. Gaya seni bina bangunan lama mempunyai sumbangan yang kuat terhadap pembentukan imej sesebuah bandar. Kepelbagaian jenis seni bina tersebut menunjukkan pola pembangunan bandar dari satu era ke era yang lain dan juga penekanan yang berbeza yang telah diberikan terhadap corak reka bentuk bangunan-bangunan mengikut era tertentu (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). iii. Pertimbangan keadaan dan struktur bangunan Keadaan bangunan dinilai dari segi tahap penjagaan dan penyelenggaraan sesuatu bangunan. Ia dikategorikan kepada keadaan baik, sederhana baik dan keadaan buruk. Bagi struktur bangunan pula ia dinilai daripada segi tahap kekukuhan dan stabiliti bangunan yang dikategorikan kepada kukuh, sederhana kukuh dan usang.

31

iv. Pertimbangan peletakan Pertimbangan peletakan diambil kira kerana ia menyumbang kepada

kesinambungan seni bina dalam sesebuah jalan yang memberi kesan terhadap sejarah atau ciri-ciri tempatan sesebuah bandar. Bangunan sebenarnya mempunyai peranan yang tinggi terhadap pembentukan karakter dan identiti tempat terutamanya bangunan lama (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Secara rumusannya, terdapat empat kriteria pemeliharaan bangunan dan kawasan telah diambil kira daripada segi pertimbangan sejarah, gaya seni bina, keadaan dan struktur serta pertimbangan peletakan. Setiap pertimbangan mempunyai rasionaliti dan kepentingan dalam menjalankan pemeliharaan terhadap kawasan tersebut.

2.1.9

Kaedah Pengawalan Pemeliharaan

Terdapat dua kaedah pengawalan pemeliharaan iaitu pendekatan undangundang dan pendekatan ekonomi. Pada asasnya, pendekatan undang-undang yang biasa diambil untuk mengawal pemeliharaan ialah penyenaraian dokumen bangunan untuk usaha pemeliharaan di peringkat nasional, akta berkaitan dengan pemeliharaan, pengezonan kawasan bersejarah, kawalan pembangunan dan garis panduan. Pendekatan ekonomi merupakan kaedah pengawalan untuk memastikan pelaksanaan pemeliharaan dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan menubuhkan tabung pemeliharaan, pengurangan cukai pendaftaran individu, penalti dan geran bersyarat. Kaedah pengawalan pemeliharaan yang diamalkan di Malaysia adalah: i. Pendekatan Undang-undang

Terdapat peruntukan dalam akta-akta tertentu yang memberi kuasa perundangan yang menyentuh berkenaan usaha-usaha pemeliharaan di Malaysia. Antara akta berkenaan adalah Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), Akta

32

Kerajaan Tempatan, 1974 (Akta 171), Akta Benda Purba, 1976 (Akta 168) dan Akta Warisan Kebangsaan, 2005. Walau bagaimanapun, akta-akta berikut hanya mempunyai kaitan secara tidak langsung dalam usaha pemeliharaan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Realitinya, tiada sebarang akta yang berkait terus dengan konsep pemeliharaan di Malaysia di mana akta-akta yang dinyatakan hanya menyentuh berkenaan pemeliharaan dalam seksyen-seksyen tertentu sahaja. Selain itu, pendekatan undang-undang yang biasa digunakan dalam mengawal pemeliharaan ialah kaedah pengezonan. Pengezonan kawasan bersejarah sebagai salah satu kawasan yang istimewa di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan PBT untuk mengawal tindakan guna tanah dan aktiviti pembinaan di kawasan yang telah dizonkan. Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, Seksyen 58, Akta 172 memperuntukkan bahawa pihak berkuasa negeri boleh membuat peraturan untuk penjagaan monumen lama dan tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina. Walaupun kurang jelas sama ada peruntukan ini memberi kesan ke atas pemeliharaan kawasan warisan dan pemeliharaan bangunan lama namun peranan yang lebih positif boleh diambil melalui penyediaan rancangan pemajuan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Daerah). Begitu juga dengan Seksyen 22 (3), Akta 172 yang turut memberi kuasa kepada PBT memberikan kebenaran merancang terhadap pembangunan tanah secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkan patut dikenakan. Syaratsyarat yang bersesuaian boleh dikenakan ke atas pemilik bangunan lama untuk pembangunan tanah supaya memberi perhatian kepada aspek pemeliharaan bangunan tersebut. ii. Pendekatan ekonomi

Pendekatan ekonomi diambil pada amnya untuk menggalakkan usaha-usaha pemeliharaan di mana tanpa sumber kewangan yang mantap menyukarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan agenda pemeliharaan di kawasan masing-masing. Jadi dengan adanya kuasa, PBT boleh menentukan tindakan yang patut diambil untuk menggalakkan pelaburan pihak swasta dalam membantu

33

usaha-usaha pemeliharaan. Pendekatan ekonomi yang dinyatakan adalah bagi memastikan kejayaan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam pelan pemeliharaan di mana keutamaan inisiatif kewangan diberikan kepada tuan punya tanah dan bangunan. Antara pendekatan ekonomi yang selalu digunakan untuk menggalakkan usaha pemeliharaan ialah pengurangan cukai pendaftaran individu, tabung pemeliharaan, geran bersyarat dan pengecualian cukai kerajaan tempatan.

2.1.10 Kaedah Perlaksanaan Pendekatan Pemeliharaan

Berdasarkan Kajian Inventori Bangunan Warisan (1996) yang dilaksanakan oleh Muzium Negara, telah menggariskan kaedah-kaedah umum bagi tujuan pemahaman corak pelaksanaan yang boleh dijadikan asas kepada pendekatan

pemeliharaan bangunan warisan, antaranya ialah: i. Membuat daftar rekod ke atas bangunan-bangunan warisan melalui inventori ke atas bangunan-bangunan warisan. ii. Mengenal pasti kawasan tindakan pemeliharaan berasaskan kualiti bangunan dan sumbangannya kepada rupa bandar. iii. Menggazet kawasan tindakan pemeliharaan yang melibatkan kawasan lingkungan bangunan warisan dan tidak terhad ke atas bangunan secara individu. iv. Mengadakan rancangan pemeliharaan yang menyeluruh terhadap kawasan pemeliharaan yang dikenal pasti dan digazet. v. Menyediakan garis panduan pemeliharaan bangunan bernilai warisan melibatkan design brief secara terperinci untuk semua bangunan di dalam lingkungan kawasan warisan untuk tujuan penjagaan, pemulihan, pembangunan semula, dan juga penyesuaian. vi. Menyediakan garis panduan kawalan ke atas apa-apa pembangunan di dalam kawasan tindakan khasnya yang melibatkan bangunan baru.

34

2.2

PENGURUSAN SUMBER JAYA WARISAN

Pengurusan sumber jaya warisan merangkumi pengiktirafan, penghuraian, pemeliharaan, keselamatan dan keseluruhan pengurusan ke atas sumber jaya warisan. Objektif pengurusan sumber jaya warisan ini adalah untuk memastikan adanya perlindungan ke atas kepentingan warisan, ketulusan dan keaslian sumber jaya untuk diwarisi oleh generasi sekarang dan akan datang melalui pemeliharaan dan pengekalan sumber-sumber sedia ada (Paul Box, 1999). Mengikut tafsiran yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar dan Warisan Kerajaan Australia, pengurusan sumber jaya warisan adalah satu proses yang mengurus sumber fizikal untuk mengekalkan nilai-nilai warisan budaya sedia ada. Sumber jaya warisan boleh terdiri daripada benda, monumen, landskap, taman atau tempat, tetapi biasanya adalah lebih kepada pengurusan bangunan warisan. Pengurusan sumber jaya warisan yang dibuat adalah mengambil kira kitaran yang dibuat ke atas sesuatu sumber warisan itu dari segi pembaikan, pengurusan penggunaan, perbelanjaan ke atas usaha-usaha pemeliharaan dan pelupusan. Bagi memastikan bahawa pengurusan sumber jaya warisan efektif, satu pendekatan yang sistematik adalah diperlukan. Langkah-langkah yang digunakan dalam menyediakan satu kaedah rangka kerja proses pengurusan sumber jaya warisan adalah seperti di bawah ini dan ditunjukkan oleh Rajah 2.1: Kajian dan membuat inventori untuk mendokumenkan sumber jaya warisan, sejarah setiap satunya dan juga keadaan persekitaran fizikal Menilai dan mentafsir kepentingan sumber jaya warisan tersebut berdasarkan kekukuhan nilai budaya Analisis dan penyelidikan terhadap material, struktur sistem dan sejarah dan juga kontemporari konteks untuk menghasilkan polisi pemeliharaan yang bersesuaian Membangunkan strategi untuk program jangka pendek dan jangka panjang bagi pengurusan pemeliharaan dengan mengambil kira faktor perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan

35

Melaksana, memantau dan melihat semula dan apabila keadaan memerlukan, langkah pembaikan terhadap program diambil dengan segera.

Rajah 2.1: Rangka Kerja Pengurusan Sumber Jaya Warisan


Sumber: Australian Heritage Commission, 2000

2.2.1

Aplikasi Inventori Sumber Jaya Warisan

Dalam pembangunan inventori sumber jaya warisan, keperluan terhadap pengurusan yang sistematik mengenai tapak warisan tersebut adalah penting. Ini penting kerana tujuan inventori ruang melalui sistem pengkomputeran adalah bagi membolehkan pihak pengurusan memasukkan, menyimpan, mengekstrak,

menganalisis, mengemas kini data-data berkaitan sumber jaya warisan dengan lebih efektif. Keduanya, inventori sumber jaya warisan ini akan digunakan untuk membolehkan perhubungan dengan lebih banyak pihak dilakukan. Ini boleh direalisasikan apabila data-data yang dikumpulkan boleh dicapai dengan mudah serta tidak terhad kepada pihak tertentu sahaja. Perkongsian data ini akan menggunakan keupayaan GIS yang berupaya mengumpulkan kesemua data-data dari tapak warisan yang berkaitan. Dengan penggunaan inventori tersebut, jurang maklumat berkaitan sumber jaya warisan dapat dikenal pasti dan program penyelidikan serta dokumentasi boleh diambil. Kebolehan untuk akses terus kepada maklumat yang terkini, tepat membolehkan pengurus sumber jaya warisan memahami dengan lebih baik mengenai tapak dan menguruskan sumber jaya-sumber jaya tersebut dengan lebih efektif (Australian Heritage Commission, 2000).

36

2.2.2

Perancangan Perlindungan

Pelan pengurusan dan perlindungan

memerlukan pemeliharaan kepada

sumber jaya warisan. Pelan pengurusan konvensional adalah dokumen berasaskan peta yang menggariskan zon atau kawasan yang mempunyai peraturan dan garis panduan untuk setiap guna tanah di dalam zon tersebut. Contohnya, peraturan ini termasuklah kawalan ketinggian, penjelasan mengenai material yang dibenarkan untuk pembaikan bangunan, kawalan aktiviti guna tanah ke atas zon tersebut, dan keperluan yang mesti diikuti oleh agensi yang terlibat dalam pemeliharaan warisan sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian. i. Proses Perancangan

Langkah pertama dalam membangunkan pelan perlindungan adalah mengenal pasti nilai atau kualiti sesuatu tapak yang memerlukan pemeliharaan. Selepas proses pengenalpastian ini, maka satu inventori harus dibuat. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut: Inventori semua sumber jaya warisan yang dikenal pasti Memastikan dan mengenal pasti keperluan pemeliharaan ke atas sumber jaya warisan Mengenal pasti faktor-faktor lain yang perlu diambil kira Mengeluarkan alternatif strategi zoning Memilih strategi zoning yang optimum Untuk memastikan pengurusan sumber jaya warisan efektif, adalah perlu untuk menghubungkan pelan ini dengan pelan pembangunan wilayah atau tempatan sedia ada. Ini membolehkan perubahan terhadap formulasi polisi dan persepsi terhadap pemeliharaan warisan semasa dikenal pasti. GIS membantu dalam menghubungkan keperluan pemeliharaan warisan dalam proses perancangan dengan: Memperkasakan pengurusan warisan dengan menjadi alat untuk penjelasan dan penyampaian yang lebih berkesan mengenai keperluan-keperluan pemeliharaan sumber jaya warisan

37

Memastikan penyertaan oleh stakeholder dalam proses perancangan untuk mengukuhkan penilaian strategi alternatif Memperkayakan agensi-agensi yang berkaitan dalam komunikasi, kerjasama dan koordinasi dengan membenarkan akses kepada maklumat yang terkini

2.2.3

Kawalan Pembangunan

Pelan pembangunan memerlukan kebenaran untuk membuat sebarang pembangunan baru dari segi perubahan kegunaan bangunan atau tanah. Jabatan kerajaan menggunakan peraturan tertentu untuk memproses permohonan tersebut. Permohonan berskala kecil adalah memerlukan pertimbangan pihak perancangan di peringkat bawahan manakala yang berskala besar adalah merujuk kepada pihak yang lebih tinggi. Aplikasi GIS boleh digunakan untuk menguruskan proses dalam kawalan pembangunan dan menilai permohonan untuk kebenaran merancang. Menggunakan GIS, permohonan yang diterima akan dikenal pasti lokasi dan keadaan persekitarannya seterusnya melihat kesesuaian peletakan lokasi yang ingin dibangunkan serta peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dari aspek pemeliharaan untuk pembangunan di kawasan tersebut. Melalui aplikasi GIS, ia membolehkan komunikasi mengenai isu-isu

pemeliharaan sumber jaya warisan ini dilakukan dengan lebih berkesan di antara pemohon dan juru rancang tempatan. Pencapaian kawalan pembangunan berpusat melalui GIS sebagai alat untuk menilai permohonan dan mengemas kini rekod setelah diberi kebenaran merancang membantu dalam memastikan bahawa pangkalan data sentiasa dikemas kini berterusan berdasarkan keadaan terkini
(Burrough P.A, 1986).

38

2.3

PEMAKAIAN

APLIKASI

GIS

DALAM

PENGURUSAN

SUMBERJAYA WARISAN

Dalam melihat pengalaman penggunaan aplikasi GIS dalam kajian pengurusan sumber jaya warisan, beberapa kajian kes telah dipilih untuk diterangkan dengan lebih lanjut. Kajian kes yang dibincangkan adalah merujuk kepada pemeliharaan di peringkat tempatan iaitu seperti pemeliharaan warisan di Bandar Maharani, Muar dan Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing, Pahang dan kajian pemeliharaan warisan di peringkat luar negara iaitu seperti di Angkor World Heritage Site, Kemboja dan Taman Bersejarah Sukhothai, Thailand.

2.3.1

Pemeliharaan Sumber Jaya Warisan Di Peringkat Luar Negara

2.3.1.1 Angkor World Heritage Site, Kemboja

Penggunaan sistem maklumat geografi dalam bidang pengurusan kawasan warisan dan sejarah bukanlah satu penerapan yang baru. Penggunaan GIS dalam bidang ini telah berkembang dengan mulanya pihak United Nations Educational, Sciencetific and Cultural Organisation (UNESCO) melaksanakan projek pengurusan tapak arkeologi di Angkor Watt (World Heritage List), Kemboja dengan berasaskan teknologi berkomputer bagi membentuk satu bank data untuk memandu pemulihan monumen serta perancangan pembangunan ekonomi dan sumber jaya manusia bagi keseluruhan kawasan. Angkor Wat, Kemboja telah disenaraikan sebagai satu sumber warisan sejarah yang terancam. Dengan permintaan daripada pihak berkuasa Kemboja, satu cadangan telah dikemukakan kepada UNESCO bagi melaksanakan satu Zoning and Environmental Management Plan (ZEMP) bagi Angkor World Heritage Site dalam konteks pembangunan sosioekonomi ke atas kawasan sekitar.

39

Tujuan ZEMP adalah untuk menyenaraikan dan menilai sumber warisan kebudayaan dan semula jadi bagi kawasan Angkor serta menggariskan zon cadangan yang dapat meningkatkan keadaan ekonomi dan sosial bagi keseluruhan wilayah dan juga memelihara sumber jaya warisan atas dan bawah tanah Angkor. Dalam perbincangan berikut, tumpuan adalah kepada reka bentuk pangkalan data dan pendekatan analisis yang diguna pakai bagi menghasilkan zon-zon pemeliharaan yang bersesuaian (John J. Buckler, 1998). Pangkalan data sistem maklumat Zoning and Environmental

Management Plan (ZEMP) bagi Angkor World Heritage Site Pangkalan data bagi ZEMP adalah terdiri daripada dua iaitu data spatial dan data attribut. Kemasukan data spatial adalah melalui 3 sumber iaitu Landsat 5 TM Satellite images, foto udara, dan pelan tersedia. Pangkalan data spatial terdiri daripada 7 komponen (themathic layers) yang utama iaitu tapak monumen dan arkeologi, infrastruktur, guna tanah dan tumbuhan litupan, hidrologi, data penduduk serta tanah dan geomorfologi. Bagi pangkalan data attribut pula, 5 pangkalan data DBASE III Plus yang berlainan merekodkan attribut dalam 5 lapisan pelan digital iaitu arkeologi, monumen, hidrologi, habitat dan populasi. Kelima-lima pangkalan data dihubungkan dengan fail pelan yang relevan dengan satu kod identifikasi yang unik. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Tapak arkeologi dan monumen Hidrologi Data demografi Guna tanah dan tumbuhan litupan Pelan permukaan nilai monumen dan arkeologi Pelan permukaan nilai habitat Pelan permukaan pertumbuhan penduduk

40

Operasi Analisis bagi Zoning and Environmental Management Plan (ZEMP) Angkor World Heritage Site Dengan mempunyai pelan-pelan permukaan dan pangkalan data yang lengkap, penelitian ke atas pelan GIS dalam pelbagai kombinasi dapat dijalankan bagi menguji alternatif strategi pengezonan berpotensi. Pertama, pelan permukaan nilai semula jadi dan kebudayaan ditindih bagi mengenal pasti kawasan yang mempunyai nilai kebudayaan dan semula jadi yang tinggi. Kombinasi pelan tersebut kemudian ditindih dengan pelan pertumbuhan penduduk bagi mengenal pasti kawasan yang mempunyai nilai sumber jaya dan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi (John J. Buckler, 1998). Kawasan ini dianggap sebagai kawasan yang berpotensi bagi berlakunya konflik guna tanah. Perkampungan yang mempunyai pertumbuhan tinggi berkemungkinan melebihi tahap keupayaan tampungan bagi tanah akan diusahakan. Sebagai kesan, akan berlakunya penggunaan tanah yang tidak mampan dan secara langsung mendatangkan kesan negatif ke atas sumber jaya sejarah dan semula jadi di kawasan yang dilindungi. Hasil Zoning and Environmental Management Plan (ZEMP) bagi Angkor World Heritage Site Pelan tematik yang dihasilkan pada peringkat awal digunakan untuk membantu dalam menentukan zon perlindungan dari segi geografikal dan perundangan. Berdasarkan kepada penilaian pengkaji, sempadan yang dapat memastikan peringkat perlindungan yang sempurna bagi sumber jaya sejarah dan semula jadi dicadangkan. Pelan zon akhir yang diterima pakai oleh pihak Royal Cambodia Goverment menggariskan zon perlindungan seperti berikut: Zon pembangunan sosioekonomi dan kebudayaan bagi wilayah Siem Reap Angkor (satu zon penampan atau sokongan kepada keseluruhan wilayah) Tapak monumen Rizab arkeologi Landskap kebudayaan Tapak berkepentingan arkeologi, antropologi dan warisan Kawasan sensitif bagi ekologi

41

2.3.1.2 Taman Bersejarah Sukhothai, Thailand

Bandar kuno, Sukhothai merupakan kawasan bersejarah di negara Thailand yang telah direkodkan dalam senarai warisan dunia UNESCO dipilih sebagai tapak untuk melihat potensi aplikasi teknologi GIS dalam pengurusan sumber budaya dengan membangunkan pangkalan data yang akan menggabungkan data sumber budaya dan data berkaitan dengan perbandaran Sukhothai. Objektif utama pemakaian GIS adalah untuk menyediakan isu pengurusan sumber budaya di kawasan kajian dan membantu dalam pembaharuan Pelan Induk Taman Bersejarah Sukhothai bagi menghasilkan strategi pengurusan yang boleh diaplikasikan kepada sumber budaya yang lain. Sebelum pangkalan data dibentuk, isu pengurusan sumber budaya dikenal pasti supaya kerja-kerja pemeliharaan warisan budaya mudah dijalankan. Bandar Sukhothai mengalami dua ancaman yang memberi kesan kepada pemeliharaan warisan budaya iaitu ancaman pencerobohan dan ancaman semula jadi. Pencerobohan berlaku di kawasan kajian di mana terdapat penempatan secara haram berdekatan kawasan purba yang telah menyebabkan kerosakan pada barang-barang purba. Ancaman semula jadi pula adalah berkaitan dengan cuaca, kebakaran dan lumpur (Hasting, P. ,1995). Lapisan pelan untuk pangkalan data GIS merupakan data pelan asas yang digunakan untuk memberi gambaran sumber budaya dalam bentuk geografi. Lapisan pelan asas disunting daripada pelbagai sumber pelan dan gambar udara. Lokasi ciri geografi telah diperincikan dan secara spatial didaftarkan dengan kedudukan sebenar di dunia. Data pelan untuk projek ini dibahagi kepada tiga kategori iaitu titik, garisan dan poligon seperti Jadual 2.1.

42

Jadual 2.1: Struktur Pangkalan Data Sumber Budaya Ciri titik Tapak kajian purba Tapak kepentingan kebudayaan Ciri garisan Paras kontur Jalan diklasifikasikan: Lebuhraya Jalan pengumpul Jalan tempatan Jalan perkhidmatan Jalan tidak berturap Paras memerhati ketinggian Sungai diklasifikasikan: Sedia ada Sela Tembok panjang yang menghalang banjir Garisan pemindahan kuasa
Sumber: Hasting, P. ,1995

Ciri poligon Gunatanah dan liputan tanah Hak milik tanah dikategorikan: Tanah dengan surat ikatan tetap Tanah milik kerajaan Badan air diklasifikasikan: Sedia ada Sela

Data sekunder digunakan dalam pengumpulan data inventori sumber budaya di mana data senarai tapak kepentingan kebudayaan daripada Unit Pemeliharaan Daerah, data senarai tapak purba daripada Jabatan Seni Halus dan data kedudukan tapak luar daripada tembok bandar melalui pengeditan pelan kertas daripada kakitangan Taman Bersejarah Sukhothai (Hasting, P. ,1995). Tapak kajian purba dan kepentingan tapak kebudayaan mengandungi maklumat seperti status pendaftaran, status pemeliharaan dan jenis pembinaan. Data attribut tambahan akan digunakan iaitu bahan dan teknik pembinaan, keadaan struktur, umur, sejarah kajian purba dan kerja pemeliharaan. Pemilihan tapak dalam pelan dengan penggunaan data terikat yang direkodkan bersama sumber lain boleh dipilih dan pelan tematik boleh dihasilkan untuk memberi gambaran bahan pembinaan dengan penggunaan warna yang berbeza atau simbol untuk setiap jenis pembinaan. Setelah pangkalan data disiapkan dan persoalan data sudah

43

dikemukakan, analisis penilaian risiko akan dibuat dengan tujuan untuk mengenal pasti ancaman sumber budaya secara spesifik supaya pengurusan tapak boleh dilaksanakan mengikut pelan pemeliharaan dengan sempurna. Kriteria yang sesuai digunakan untuk mencapai objektif analisis adalah: Model paras digital, pelan kecerunan dan pelan aspek Pelan lingkungan (buffer) : a) jalan dalam lingkungan berjarak (buffer 50m) b) garisan perpindahan dalam lingkungan (buffer 100m) c) sungai dalam lingkungan (buffer 50m) d) tapak kajian purba dalam lingkungan (buffer 40m) Model analitikal telah dibangunkan untuk meramalkan kesan potensi pembangunan sumber warisan budaya tapak pada masa hadapan. Dengan membandingkan guna tanah sedia ada dengan aktiviti potensi pembangunan berkaitan dengan sumber budaya, sebahagian sumber sensitif telah dikenal pasti. Model analisis telah diperincikan dalam Rajah 2.2.
Lapisan asas Lapisan yang diperolehi Topografi Sungai & Badan air Rumah Utiliti Gunatanah Hak milik tanah Tapak purba Tapak budaya Kepentingan larangan Klasifikasi pembinaan Risiko pembangunan Kecerunan Sungai buffer Rumah buffer Utiliti buffer Risiko alam sekitar Lapisan analisis

Rajah 2.2: Model Analisis Kajian Penilaian Risiko, Bandar Bersejarah Sukhothai
Sumber: Hastings, 1999

44

Percubaan telah dilakukan untuk mengenal pasti kawasan yang mungkin diancam oleh bahaya alam semula jadi (Hasting, P. ,1995). Pelan (buffer) arah aliran air dihasilkan untuk mengenal pasti kawasan yang berlumpur termasuk tanah yang bersebelahan dengan arah aliran air dan kawasan tanah rendah bersamaan dengan arah aliran air. Model Rupa Bumi Berdigit (DEM) telah digunakan untuk mengenal pasti kawasan tanah rendah. Kedua pelan ini ditindih dengan inventori sumber budaya untuk mengenal pasti ciri-ciri potensi kemungkinan menghadapi bahaya daripada lumpur. Untuk mengenal pasti ciri kemungkinan menghadapi bahaya kebakaran, analisis yang diambil adalah pertamanya inventori sumber budaya digunakan untuk menghasilkan pelan yang menunjukkan kedudukan ciri kepentingan kebudayaan dengan komponen kayu. Kedua, lapisan guna tanah digunakan untuk mengenal pasti keseluruhan kawasan kajian dengan litupan tumbuhan yang banyak dan kawasan bandar. Guna tanah jenis ini selalunya menghadapi risiko kebakaran yang paling besar. Akhirnya, pelan dihasilkan dengan penggunaan buffer 50m sekeliling jalan berturap. Kedudukan lebih jauh daripada jalan berturap merupakan risiko yang paling besar menghadapi kebakaran disebabkan masa yang kritikal (Hasting, P. ,1995). Pelan kegunaan guna tanah kemudian dilapiskan dengan lapisan tapak kajian purba untuk mengenal pasti kedudukan tapak berdekatan dengan litupan tumbuhan yang terbesar. Lapisan guna tanah juga dilapiskan dengan lapisan yang menunjukkan kepentingan budaya struktur kayu untuk mengenal pasti ciri yang rapat dengan kawasan bandar dan kawasan dengan litupan tumbuhan. Kemudian pelan jalan berturap (buffer) dilapiskan dengan lapisan struktur kayu untuk mengenal pasti ciri yang jauh daripada jalan berturap. Hasil akhir analisis berupa pelan tematik menunjukkan ciri warisan budaya yang menghadapi risiko kebakaran paling rendah dan tinggi (Hasting, P. ,1995). GIS juga digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan polisi pemeliharaan kepada awam dan untuk tambahan penyelarasan kerja perusahaan agensi kerajaan yang lain di dalam atau berdekatan tapak. Pelan memaparkan pelbagai elemen pengurusan sumber budaya dihasilkan untuk menunjukkan

45

keputusan analisis, zon pemeliharaan dan maklumat yang diperbaharui ke atas projek pemeliharaan untuk awam dan pembuat polisi.

2.3.2

Pemeliharaan di Peringkat Tempatan

2.3.2.1 Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing, Pahang

Di kebelakangan ini, timbul kebimbangan mengenai kesan perbandaran yang pesat ke atas ciri-ciri bandar di Malaysia (Ahris Yaakup, 1994). Banyak bangunanbangunan yang dibina sebelum perang di Malaysia memberikan sifat-sifat unggul kepada bandar-bandar tersebut. Kerana kedudukannya di lokasi yang strategik, kebanyakan bangunan ini terpaksa dimusnahkan untuk menempatkan bangunan yang bertingkat. Adalah penting bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah ini dikekalkan untuk generasi akan datang. Pangkalan data GIS untuk bangunanbangunan ini perlu dibina sebagai alat membantu penggubal keputusan bagi pihak berkuasa tempatan yang terpaksa berhadapan dengan kriteria yang kompleks bagi tujuan pemuliharaan bandar. Contohnya, dalam melaksana kajian Pelan Induk Taman Sejarah Sungai Lembing, Pahang tatacaranya bermula dengan pemilihan kriteria bagi bangunan terpilih yang menjadi asas kepada pembangunan pangkalan data. Keupayaan GIS digunakan bagi memilih dan mendapatkan kembali data yang banyak dalam menganalisis pembangunan khususnya untuk pengekalan dan pemulihan petempatan bekas lombong tertua di Sungai Lembing. Melalui pendekatan perancangan bersepadu, maklumat lain seperti topografi (melalui analisis jaringan Segitiga Tak Sekata (TIN), guna tanah, program pembaharuan bandar dan lain-lain digabungkan ke dalam pangkalan data bagi menjangkakan senario pembangunan. Ini membantu dalam menilai kesan pembangunan semula berdasarkan pola perkembangan bandar yang dijangka dan diramal bagi kawasan perancangan.

46

GIS telah digunakan dalam model pemilihan kriteria bagi membentuk dasar dan rasional untuk pengekalan bandar sebagai warisan sejarah (Ahris Yaakup, 1994). Kajian pelaksanaan GIS yang telah dibuat di Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing melibatkan kajian inventori bangunan warisan di Sungai Lembing berjumlah 1500 bangunan. Sebelum pelaksanaan dan reka bentuk pangkalan data dibuat, beberapa persoalan telah digariskan supaya maklumat yang dimasukkan dalam pangkalan data berupaya menjawab persoalan tersebut antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. Adakah bangunan tersebut mempunyai nilai signifikan? Bila dibina dan apakah keadaan bangunan tersebut? Apakah mempunyai latar belakang sejarah? Apakah aspek bangunan terperinci? Apakah jenis garis panduan dan kawalan yang diperlukan? Tujuan utama dalam membangunkan pangkalan data warisan seni bina adalah untuk membangunkan alat pembuat keputusan bagi perancang dan pembuat keputusan supaya dapat membuat keputusan yang lebih efektif dan efisien apabila berhadapan dengan masalah berkaitan kriteria untuk pemeliharaan dalam perancangan Taman Bersejarah Sungai Lembing. Pangkalan data warisan seni bina yang direka bentuk berupaya diintegrasikan dengan data perancangan lain supaya perancang berupaya membuat keputusan perancangan yang lebih baik. Objektif reka bentuk pangkalan data adalah untuk menyediakan cara efisien bagi menggabungkan data inventori bangunan dengan pertimbangan perancangan yang lain seperti pelebaran, lokasi guna tanah dan program pembaharuan bandar supaya data ini boleh dianalisis bagi menghasilkan pemeliharaan bandar yang lebih efektif dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan yang lain. Reka bentuk pangkalan data GIS untuk Taman Bersejarah Sungai Lembing mengandungi tujuh kumpulan data yang utama iaitu pelan asas, pentadbiran, alam sekitar, maklumat tanah, infrastruktur, zon perancangan dan pangkalan data bangunan (Ahris Yaakup, 1994). Maklumat yang dikumpulkan untuk pangkalan data warisan seni bina penting dalam memahami karakter fizikal dan sosioekonomi sesebuah tempat supaya

47

penyediaan garis panduan pemeliharaan, perancangan dan pengawalan taman bersejarah dapat dirancang dengan betul. Beberapa peringkat perlu dilalui dalam pelaksanaan mereka bentuk pangkalan data supaya pangkalan data yang dihasilkan dapat menjawab persoalan yang digariskan dan paling penting mampu melakukan analisis yang hendak dibuat. Peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam pelaksanaan reka bentuk pangkalan data adalah seperti Rajah 2.3 berikut:

Mengemaskini lapisan pelan sedia ada

Pendigitan pelan yang telah dikemaskini dan sumber lain

Pembangunan pangkalan data yang melibatkan data attribut (data bukan reruang)

Laporan daripada analisis, persoalan dan pangkalan data model dalam pemeliharaan bandar yang spesifik dan perancangan taman bersejarah

Rajah 2.3: Peringkat Pelaksanaan Reka bentuk Pangkalan Data


Sumber: Healey dan Ahris Yaakup, 1994

Data yang dipilih untuk pangkalan data warisan seni bina hendaklah diatur sebaik mungkin supaya data-data tersebut berupaya menjawab persoalan secara adhoc, analisis dan mempersembahkan model spatial. Akhir sekali, kriteria yang sebenar dapat dikenal pasti dan GIS dapat digunakan untuk menilai keberkesanan strategi pembangunan untuk warisan seni bina. Perancangan pemeliharaan Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing lebih kepada bentuk pengezonan di mana zon pemeliharaan akan dibentuk dengan tindakan pengawasan kawasan pemeliharaan dibuat menggunakan model analisis GIS dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan yang lain. Pendekatan

48

pemeliharaan yang komprehensif perlu diambil selaras dengan cadangan daripada piagam pemeliharaan antarabangsa. Hasil akhir, setiap kawasan dan bangunan dalam inventori warisan seni bina Sungai Lembing memerlukan proses menguji untuk mengenal pasti karakter kawasan tersebut. Dengan itu, polisi yang sesuai dapat dibuat dengan tindakan yang sesuai dapat dikenal pasti. Maklumat yang terkumpul pada peringkat ini dapat digunakan untuk menjawab persoalan yang telah digariskan dan jawapan yang diperoleh berupaya digunakan untuk menilai alternatif yang paling sesuai untuk pemeliharaan di sesebuah tempat. Terdapat lima program alternatif yang boleh diambil iaitu pengekalan, pemuliharaan, pembangunan semula meliputi pengekalan, pemuliharaan dan pembangunan semula dan penjagaan (Ahris Yaakup, 1994). Karakter bangunan di Sungai Lembing menunjukkan kepentingan dalam mencorakkan kawasan tersebut. Ciri bangunan dikategorikan mengikut nombor zon dan tindakan yang spesifik serta pembaikan yang terperinci boleh diambil mengikut zon. Untuk memudahkan proses pengawasan bagi menilai program warisan seni bina model spatial boleh digunakan untuk mengeluarkan zon berdasarkan keupayaan pangkalan data GIS. Untuk setiap kawasan, metodologi untuk menilai ciri seni bina bangunan warisan diteruskan dengan data yang berkaitan iaitu guna tanah, pemilikan, stail seni bina, latar belakang sejarah, keadaan bangunan, ciri spesifik, cadangan guna tanah, garisan jalan, rangkaian kereta api, sempadan pentadbiran, plot ratio dan densiti. Maklumat ini mengambil kira keperluan asas untuk mengenal pasti karakter dan panduan pembangunan yang sesuai di mana akan dimulakan pada peringkat berikutnya. Pelan konsep fizikal untuk taman tema bersejarah sungai lembing dibahagikan kepada empat sempadan zon iaitu kawasan tumpuan aktiviti, kawasan perumahan, pusat bandar dan kawasan lain termasuk kampung melayu dan pinggir sungai (Ahris Yaakup, 1994). Kawasan tumpuan aktiviti dibahagikan kepada subzon untuk memudahkan proses perancangan tapak dan reka bentuk taman bersejarah. Sub zon adalah seperti berikut: i. Kawasan tumpuan: di mana aktiviti tidak aktif diterapkan di sini di mana taman tumpuan utama akan menyediakan fungsi lebih kepada pendidikan

49

ii.

Institusi: terdiri daripada pelbagai jenis banglo yang perlu dibaiki atau sebaliknya

iii. iv.

Industri berskala keci: industri kraf tangan Rekreasi dan riadah: penggunaan semula bangunan yang tidak digunakan di mana penggunaan semula bangunan ini lebih berkait dengan aktiviti rekreasi dan riadah

Usaha pemeliharaan yang dilakukan pada Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing ini ternyata dapat mengembalikan karakter asalnya. Ini merupakan satu usaha yang boleh dijadikan contoh dalam membangunkan semula bandar-bandar lama yang mempunyai nilai kepentingannya yang tersendiri.

2.3.2.2 Bandar Maharani, Muar Johor

Pemeliharaan di sesebuah bandar dilihat bukan pada bangunan warisan itu sahaja, persekitaran yang mempengaruhi bangunan tersebut juga perlu dipelihara supaya perubahan pada mana-mana bahagian bandar itu tidak mengubah fabrik bandar yang menjadi identiti sesebuah bandar tersebut. Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Zalina Abu Bakar (2001), perkaitan antara maklumat perancangan dan bangunan warisan adalah penting untuk menghasilkan satu pelan pemeliharaan yang lebih bersepadu. Kajian ini melihat potensi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mengemas kini maklumat sedia ada bagi bangunan warisan di Pusat Bandar Maharani serta mengintegrasikan dengan maklumat perancangan untuk menghasilkan pelan pemeliharaan yang bersepadu.

Data bangunan warisan dan maklumat perancangan dijadikan asas mereka bentuk pangkalan data setelah mengambil kira semua keperluan dalam pemeliharaan bangunan warisan. Pelan pemeliharaan yang dibentuk adalah berdasarkan dua model analisis yang dijalankan iaitu model tindakan kawalan mengikut gred yang direka

50

bentuk dengan mengambil kira pertimbangan kepentingan sejarah, gaya seni bina, keadaan, struktur bangunan dan pertimbangan peletakan untuk memastikan tindakan pemeliharaan yang sesuai untuk bangunan warisan. Model analisis berikutnya adalah penentuan kawasan ancaman untuk menentukan kawasan ancaman bagi bangunan warisan yang dikategorikan kepada dua tahap iaitu tinggi dan rendah. Kedudukan bangunan warisan di dalam kawasan tahap ancaman tinggi dan rendah dikenal pasti supaya tindakan penjagaan yang lebih lanjut dapat dibuat.

Kajian ini juga merumuskan tentang perkaitan antara bangunan warisan dengan maklumat perancangan (Rujuk Jadual 2.2). Maklumat perancangan iaitu guna tanah, rangkaian jalan raya, saliran dan hak milik mempunyai perkaitan

penting dengan bangunan warisan di mana jenis guna tanah memainkan peranan dalam memberi ancaman atau sebaliknya.

Jadual 2.2: Tahap Perkaitan Bangunan Warisan Dengan Maklumat Perancangan Maklumat perancangan Sektor Jenis Guna tanah Perdagangan Institusi Rangkaian Jalan utama jalan raya Jalan daerah Jalan pengumpul Saliran Semula jadi (Sg.Muar) Hak milik Kerajaan Persendirian
Sumber: Siti Zalina Abu Bakar, 2001

Perkaitan dengan bangunan warisan Kepentingan Ancaman Penting Tinggi Sederhana penting Rendah Penting Sederhana Penting Sederhana Penting Sederhana Sangat penting Rendah Penting Rendah Penting Tinggi

Pangkalan data pemeliharaan warisan seni bina yang digunakan untuk menjalankan analisis model yang telah dibentuk mengandungi lapan lapisan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

51

Gunatanah perdagangan institusi

Pentadbiran Sempadan PBT Kaw.kajian

Rekod Milik Tanah Hakmilik

Bangunan warisan Cadangan RT Densiti Garis panduan Zoning


PELAN ASAS Pelan topografi Sistem rujukan koordinat Pelan tematik Siri peta

Keadaan Struktur Gaya senibina Kepentingan

Sistem Pengangkutan Jalanraya Jambatan Sistem saliran Sungai Rekod bangunan Data asas

Rajah 2.4: Pangkalan data pemeliharaan warisan seni bina Bandar Maharani, Muar
Sumber: Siti Zalina Abu Bakar, 2001

Hasil analisis daripada kajian ini telah berjaya mengenal pasti kawasan yang dizonkan sebagai kawasan tindakan segera melalui penggabungan tahap ancaman dengan bangunan warisan (Siti Zalina Abu Bakar, 2001). Kawasan zon tindakan segera merupakan kawasan di mana majoriti bangunan berada dalam tahap ancaman tinggi manakala bagi bangunan yang berada dalam kawasan tahap ancaman rendah dizonkan sebagai kawasan tindakan sederhana. Oleh itu, ia membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan pemulihan, penjagaan dan pembangunan semula yang bersesuaian supaya bangunan warisan dapat dipelihara. Dengan penentuan kawasan zon tindakan ini membantu PBT menyediakan garis panduan dan kawalan pembangunan yang berbeza di setiap zon yang telah dikenal pasti.

52

Sebagai kesimpulannya, pemeliharaan dilihat sebagai satu usaha yang dapat menyelamatkan warisan budaya yang menjadi karakter sesebuah tempat. Pemahaman dan penelitian konsep pemeliharaan perlu sebelum pelaksanaan reka bentuk GIS dimulakan. Penggunaan GIS perlu dilanjutkan lagi sehingga ke peringkat analisis dengan pengintegrasian data perancangan yang lain kerana GIS mampu memberi analisis dengan tepat dan cepat. Ini boleh dilihat melalui pengalaman keskes kajian di dalam dan luar negara.

2.4

RUMUSAN

Secara rumusannya, untuk memahami konsep pemeliharaan ia perlulah melibatkan pemahaman kepada definisi, pendekatan dan kaedah yang diamalkan. Konteks pemeliharaan melibatkan keseluruhan kawasan iaitu bandar, kampung, garisan latar langit dan kawasan kejiranan. Ini menunjukkan skala pemeliharaan bukan hanya melibatkan sesebuah bangunan sahaja. Penentuan kriteria untuk pemeliharaan sesuatu kawasan mengambil kira beberapa pertimbangan penting iaitu kepentingan sejarah, gaya seni bina, keadaan dan struktur serta pertimbangan peletakan. Penentuan kriteria pemeliharaan ini akan dapat membantu dalam menentukan tindakan pemeliharaan yang bersesuaian iaitu sama ada pengekalan, penjagaan, pemuliharaan, pembangunan semula, dan penyesuaian gunaan. Terdapat dua kaedah pengawalan kawasan bangunan warisan yang mempunyai kepentingan sejarah ini iaitu pendekatan undang-undang dan pendekatan ekonomi. Dua pendekatan ini diamalkan untuk memastikan usaha pemeliharaan kawasan ini berjaya dan dapat dilaksanakan. Di dalam perancangan dan pentadbiran kawasan bandar, wilayah dan sumber asli data-data ruang bersama-sama data sosioekonomi dan data-data persekitaran memberikan makna kepada para perancang, pihak pentadbiran dan mereka yang membuat keputusan. Secara ringkasnya, sistem maklumat geografi merupakan satu

53

sistem yang boleh digunakan dalam proses umum iaitu input, manipulasi, analisis di mana prinsip-prinsip asas diterapkan di setiap proses iaitu data dan perisian. Berdasarkan kebolehan GIS menangani data kartografi dan data sifat yang tidak terhad maka perancangan yang terperinci sebelum peringkat pelaksanaan bermula adalah perlu seperti kajian Kehendak Pengguna (User Requirement Study). Berdasarkan perubahan dalam pelaksanaan GIS dan bagi memenuhi keperluan sesuatu agensi, maka perlu kepada pemilihan sistem yang terbaik perlu dilakukan bagi menepati keperluan agensi. GIS yang berjaya adalah berdasarkan kepada keperluan menyeluruh dan menepati keperluan pengguna (Guptill S.C., 1998). GIS dapat membantu perancangan pemeliharaan kawasan warisan sejarah dalam skop utama iaitu menyediakan inventori, analisis dan mengemukakan cadangan. Keupayaan GIS untuk data input, membuat carian, pengeluaran semula, analisis, dan paparan data akan memudahkan operasi perancangan dari peringkat pengumpulan data sehingga ke peringkat cadangan. Dalam peringkat mengkaji penggunaan GIS dalam pengurusan sumber jaya warisan sejarah dengan melihat kepada kajian kes Angkor World Heritage Site, Kemboja, Taman Bersejarah Sukhothai Thailand, Taman Tema Bersejarah Sungai Lembing dan Bandar Maharani, Muar membuktikan aplikasi GIS merupakan satu sistem yang berupaya menyimpan, mengurus, memanipulasi, menganalisis dan mempersembahkan data. Secara amnya, terdapat beberapa peringkat dalam pengurusan sumber jaya bersejarah untuk menghasilkan pelan pemeliharaan yang bersepadu dan

komprehensif. Peringkat pertama adalah peringkat pengenalpastian isu dan masalah pengurusan, seterusnya pengenalpastian matlamat dan penetapan objektif

penggunaan GIS dalam kajian, memahami keperluan data bagi mereka bentuk pangkalan data dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan dan peringkat terakhir adalah peringkat penentuan kriteria pemilihan bagi analisis yang akan dijalankan. Pengenalpastian peringkat-peringkat ini penting dalam proses perancangan pengurusan sumber jaya bersejarah kerana ia dapat memandu menghasilkan satu pelan pemeliharaan yang lebih berkesan. Melihat mengendalikan secara keseluruhannya, sumber jaya ternyata GIS berpotensi dalam

pengurusan

bersejarah

dengan

kebolehannya

menentukan kawasan bersejarah yang menghadapi risiko ancaman pembangunan dan

54

juga pengenalpastian tindakan pemeliharaan yang bersesuaian bagi bangunan warisan. Ini memandu kepada penghasilan pelan pemeliharaan pengurusan bangunan warisan yang lebih berkesan. Secara tidak langsung, dengan perlaksanaan sistem maklumat pemeliharaan kawasan warisan ini, akan mendekatkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memelihara sumber jaya-sumber jaya warisan dengan cara yang paling komprehensif. Tindakan segera dapat diambil oleh pemilik bangunan warisan bagaimana untuk memelihara premis mereka di samping dapat menggalakkan komuniti atau masyarakat setempat untuk turut sama bekerjasama memelihara kawasan warisan sejarah ini berdasarkan data dan maklumat GIS dari PBT. Ia juga membantu PBT menetapkan polisi dan program pemeliharaan yang lebih efisien dan efektif dalam meningkatkan nilai kepentingan sumber warisan sejarah.

BAB 3

PROFIL BANDAR TAIPING DALAM KONTEKS PEMELIHARAAN BANDAR WARISAN

3.0

PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan mengenai kawasan kajian dengan lebih mendalam bagi memperlihatkan permasalahan sebenar kawasan kajian. Selain itu, dalam bab ini juga akan memperjelaskan tentang perkaitan antara bangunan warisan dengan maklumat-maklumat perancangan seperti yang dikumpulkan di mana ia membantu dalam menentukan model analisis yang akan dicadangkan dalam bab seterusnya.

3.1

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Bandar Taiping merupakan bandar utama di dalam Daerah Larut Matang yang berfungsi sebagai pusat utama dari segi pentadbiran, sosial dan ekonomi bagi kawasan pengaruh seluruh wilayah utara Negeri Perak. Bandar Taiping juga

56 merupakan bandar bersejarah bagi Negeri Perak. Taiping merupakan pusat separa wilayah dengan penduduk seramai kira-kira 30 ribu orang. Bandar Taiping terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Taiping yang merangkumi keluasan sempadan sebanyak 402.327 hektar.

3.1.1 Latar Belakang Sejarah Taiping

Taiping terletak lebih kurang 96 kilometer ke selatan Pulau Pinang. Bandar ini merupakan bekas ibu negeri Perak dan merupakan bandar tertua di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Taiping dibangunkan untuk memberi perkhidmatan kepada pembangunan aktiviti perlombongan bijih timah dan juga dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Inggeris sebelum Ipoh dan Kuala Lumpur dibangunkan. Pada mulanya Taiping dikenali dengan nama Kelian Pauh. Sekitar tahun 1840an terdapat ramai orang Cina menjalankan aktiviti melombong di sekitar bandar tersebut. Kawasan Kamunting yang berdekatan dengan Kelian Pauh dikenali sebagai Kelian Bahru setelah kawasan itu dibanjiri pelombong dari Kelian Pauh setelah mengetahui bahawa tempat itu mempunyai sumber bijih timah yang banyak. Peristiwa ini berlaku berikutan tertangkapnya seekor gajah yang berlumuran lumpur mengandungi bijih timah. Selepas berlakunya Perang Perak, Kelian Pauh mendapat gelaran Thai-Ping yang bermaksud kesejahteraan yang berpanjangan oleh orangorang Cina Tempatan. Nama ini kekal sehingga sekarang (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Taiping pada peringkat awalnya adalah sebuah kawasan perlombongan bijih timah dan estet getah yang mula-mula sekali dibangunkan di Malaysia. Landasan kereta api yang pertama adalah yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld. Perkembangan bandar dititikberatkan oleh kerajaan British memandangkan peranannya yang strategik menjadi ibu negeri pusat pentadbiran British di Perak. Perkembangan ini disokong oleh sistem perhubungan dan komunikasi paling moden ketika itu. Taiping merupakan satu-satunya bandar yang mempunyai landasan kereta

57 api, lapangan terbang dan pusat telegraf pertama di Tanah Melayu. Bandar Taiping dilengkapi dengan komponen bandar sejak mula dibangunkan di antaranya ialah pusat pentadbiran, pendidikan, rekreasi, keagamaan, perniagaan, keselamatan dan pusat sivik yang dibangunkan sejak tahun 1800-an. Oleh itu tidak menghairankan sekiranya bandar Taiping mempunyai sistem sirkulasi dan rangkaian jalan yang baik dengan sistem kekisinya yang unik.

3.1.2

Ciri Keistimewaan Rupa Bandar Taiping

Taiping adalah antara bandar yang pertama dirancang secara menyeluruh. Kesan ini terbukti dengan corak susun atur bandar tersebut menggunakan konsep kekisi dengan satu jalan utama yang mempunyai axis lurus mengarahkan lihatan ke arah mercu utama iaitu bangunan kediaman Residen British yang terletak di atas tanah yang tinggi berlatarbelakangkan Bukit Larut. Corak seni bina yang terdiri dari rumah-rumah kedai dan bangunan institusi sesebuah juga membentuk corak rupa bandar yang menarik dan pelbagai. Pokokpokok yang terdapat di bahagian-bahagian jalan tertentu melintangi jalan utama dan jalan-jalan yang selari dengannya telah matang dan menghasilkan suasana yang redup dan selesa. Puncak keunikan rupa bandar Taiping adalah pada kawasan taman rekreasi yang mempunyai nilai sejarah selaras dengan pembentukan bandar itu sendiri. Taman Tasik Taiping terkenal serata negara kerana ia mempunyai reputasi sebagai taman rekreasi yang tertua dan tercantik pada suatu ketika dahulu. Segala keunikan yang terdapat di sini adalah berkait secara langsung antara satu sama lain dan membentuk suasana bandar secara menyeluruh. Jika bandar-bandar lain mempunyai kawasan-kawasan tertentu di dalam bandar yang mempunyai nilai warisan yang unggul, Taiping boleh dikatakan mempunyai kualiti ini secara menyeluruh. Komponen yang membentuk keunikan rupa bandar Taiping boleh dilihat menerusi

58 Foto 3.1 hingga Foto 3.3. Bandar ini keseluruhannya perlu dipelihara dan dijaga supaya kesan-kesan negatif pembangunan moden tidak mencemarkan keunikan yang terdapat di dalamnya.

Foto 3.1: Bukit Larut

Foto 3.2: Taman Tasek Taiping

Foto 3.3: Bandar Taiping

3.2

PROFIL MAKLUMAT PERANCANGAN DAN HASIL PENEMUAN UTAMA KAWASAN KAJIAN

Dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan pembangunan oleh seseorang juru rancang, secara tidak langsung ia sebenarnya memberi kesan kepada reka bentuk bandar khasnya pada bangunan warisan. Penentuan peletakan lokasi infrastruktur, jalan raya, guna tanah dan aktiviti bandar merupakan sebahagian daripada karakter bandar yang mempunyai perkaitan langsung dengan bangunan warisan. Pemahaman dalam mengenal pasti corak perkembangan, karakter, identiti dan budaya setempat memberi kesan terhadap rupa dan bentuk bandar sebenarnya dan ia penting bagi juru rancang yang mengharapkan impak yang positif bagi bangunan warisan untuk membentuk identiti sesebuah bandar.

59 3.2.1 Rumusan Isu Dan Strategi Pembangunan Menyeluruh

3.2.1.1 Isu Pembangunan Bandar Taiping

Terdapat banyak bangunan sebelum perang sama ada bangunan rumah kedai ataupun bangunan sesebuah di sekitar bandar Taiping. Bangunan-bangunan ini memiliki seni bina yang menarik dan masih mengekalkan fungsinya sebagai unit perdagangan atau pentadbiran. Walau bagaimanapun, kadar perbandaran yang pesat telah mengancam kedudukan bangunan-bangunan warisan ini. Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan reka bentuk bandar dan pemeliharaan di kawasan kajian yang mendapat perhatian ramai pada masa kini (RT Daerah Larut Matang, 2004). Isu-isu ini meliputi aspek-aspek fizikal dan bukan fizikal dan antaranya adalah seperti berikut :

(i)

Kemerosotan karakter kawasan-kawasan pemuliharaan

Bandar Taiping terkenal dengan imejnya sebagai bandar warisan di Malaysia, namun usaha gigih untuk memelihara imej ini kurang dilaksanakan oleh pihak PBT. Ini menyebabkan beberapa elemen penting yang menjadi aset kepada imej bandar tersebut mulai terancam dengan beberapa bentuk perubahan fizikal semasa. Ia harus di atasi segera sebelum terjadi sebarang kesan buruk berlaku. Terdapat kawasan-kawasan yang mundur dan tidak terurus di bahagian-bahagian tertentu bandar yang harus dibangunkan semula dengan pembangunan sepadan dan bersesuaian dengan konteks Bandar Warisan. Usaha-usaha pemeliharaan haruslah dilihat dari konteks yang lebih luas meliputi kawasan sekitar atau dalam satu konteks kejiranan bukan hanya setakat melibatkan sesuatu bangunan sahaja. Pengintegrasian antara bangunan warisan sejarah yang dipelihara dan keadaan sekitar yang menyokong kepada mewujudkan kawasan pemeliharaan memberi kesan yang mendalam terhadap rupa bentuk sesebuah bandar.

Walaupun sejarah mencatatkan banyak peristiwa pertembungan budaya antara Melayu dan Inggeris pada zaman silam, namun kawasan-kawasan yang

60 mempunyai kepentingan tersebut tidak begitu diketengahkan. Contoh yang ketara adalah kurang perhatian diberi terhadap nilai bandar sejarah Melayu Matang yang sememangnya wujud sebelumnya bandar Taiping itu sendiri. Kawasankawasan seperti ini adalah penting dipelihara sebagai sumber pembelajaran generasi muda tentang hakikat perjuangan bangsa.

Selain daripada itu, pembentukan pusat tumpuan ramai untuk menjanakan aktiviti memastikan kaitan kesinambungan aktiviti-aktiviti bandar. Terdapat

banyak tempat pertemuan (meeting places) yang penting kepada masyarakat setempat yang mula pupus akibat dari penempatan semula dan pembangunan yang tidak terkawal. Tempat-tempat ini adalah nadi kepada kehidupan bandar dan perlu di kembalikan.

(ii)

Ketiadaan satu rangka kerja keseluruhan dan garis panduan bagi reka bentuk bandar dan ketiadaan badan yang bertanggungjawab secara keseluruhan untuk merangka, menyelaras dan melaksana dasar-dasar reka bentuk bandar.

Tiada garis panduan khusus bagi memelihara bangunan-bangunan bersejarah dan yang mempunyai nilai kepentingan budaya serta tiada cara panduan penyelenggaraan bangunan-bangunan warisan dari konteks kaedah pemeliharaan menyebabkan makin banyak bangunan-bangunan mengalami keluputan. Di samping itu, aset-aset warisan yang kuat di sekitar kawasan kajian perlu mendapat lindungan dari kesan-kesan pembangunan yang tidak peka terhadap nilai kepentingannya. Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, kawasan Angkatan Tentera Malaysia di lereng Bukit Larut, Kota-kota Orang Besar Jajahan seperti di Kota Long Jaffar dan anak-anaknya Ngah Ibrahim, kawasan-kawasan Kelian Pauh, Matang, Kuala Sepetang dan sebagainya perlu mempunyai kawalankawalan khusus terhadap pembangunan yang bakal meluputkan dan merosakkan persekitarannya.

Keadaan semasa mendapati guna bangunan sedia ada adalah tidak terancang dan tidak ada kawalan khusus bagi penyesuaian guna bangunan yang bersepadan di kawasan pusat bandar. Ada beberapa guna bangunan yang tidak lagi sesuai

61 beroperasi di kawasan pusat bandar seperti bengkel, stor, gudang dan industri. Kegiatan di pusat bandar seharusnya mengutamakan ciri perniagaan dan perkhidmatan yang secocok dengan kehendak masyarakat tempatan.

(iii)

Pencerobohan tanpa pertimbangan oleh pembangunan baru ke dalam kawasan-kawasan berkarakter tradisional dan kejanggalan peletakan antara pembangunan baru dan sedia ada

Tekanan pembangunan semasa terutamanya di Bandar Taiping pada masa kini memberi ancaman secara tepat kepada bangunan-bangunan warisan terutama rumah-rumah dan kedai tradisional. Ini jelas dilihat apabila banyak daripada bangunan-bangunan ini dibangunkan semula tanpa mengambil kira nilai warisan yang ada. Impak yang paling ketara sekali adalah kepada bangunan-bangunan warisan di sudut (atau penjuru) sesebuah deretan. Selain itu, pembangunan kawasan lompang (in-fill) juga didapati tidak selaras dengan corak binaan sekitar dan sepadan terutamanya bagi bangunan-bangunan yang mempunyai nilai warisan yang tinggi.

(iv)

Kurangnya inisiatif dalam memperbaiki sistem atau kualiti kemudahan dalam bandar

Sistem bandar yang baik adalah yang mempamerkan tahap kemudahan yang tinggi. Harus terdapat beberapa cadangan reka bentuk peningkatan kualiti persekitaran bandar dengan menekankan aspek kemudahan. Sistem sirkulasi dan pergerakan juga adalah satu aspek yang paling penting bagi sesebuah bandar. Peningkatan sistem sirkulasi dan lalu lintas dengan keutamaan pejalan kaki perlu mendapat keutamaan bagi bandar di kawasan kajian.

62 3.2.2 Strategi Pembangunan Bandar Taiping: Bandar Warisan

Pembangunan Bandar Taiping secara amnya akan berteraskan kepada ciri-ciri sejarah dan warisan setempat. Negeri Perak telah menggariskan beberapa strategi pembangunan antaranya ialah meningkat dan memajukan sektor perindustrian, pelancongan dan pendidikan (Rancangan Struktur Negeri Perak, 2004).. Koridorkoridor pembangunan dibentuk bagi memastikan sumber jaya digunakan pada kadar optimum. Empat koridor tersebut ialah Koridor Selatan, Koridor Timur Laut, Koridor Tengah dan Koridor Utara. Setiap koridor pembangunan mempunyai fungsi dan sektor utama yang akan dibangunkan.

Taiping diletakkan dalam Koridor Galakan Pelancongan termasuklah Kuala Gula, Kuala Sepetang dan Persekitaran Tasik Bukit Merah. Gugusan pulau-pulau di Kuala Gula kaya dengan ekopelancongan seperti bird sanctuary dan hutan paya bakau. Kawasan Taiping dan Kuala Sepetang pula bertindak sebagai pelancongan warisan dengan 30 tapak-tapak sejarah pertama di Malaysia. Sebahagian besar warisan ini masih kukuh dan boleh dikekalkan untuk kebanggaan generasi masa kini dan akan datang.

Kawasan yang termasuk dalam koridor galakan pelancongan adalah merupakan kawasan bandar tertua di Perak dan mempunyai banyak komponen bandar yang mempunyai ciri-ciri sumber warisan tetapi memerlukan pendekatanpendekatan khusus untuk meningkatkan kualiti persekitarannya dan memelihara konteks warisan yang ada (Rancangan Struktur Negeri Perak, 2004). Oleh itu melalui pembentukan strategi ini langkah-langkah berikut dicadangkan untuk memastikan kejayaan strategi yang dirangka: i. Mengemukakan kaedah penjanaan semula bahagian-bahagian bandar yang merosot; ii. Mengemukakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi kawalan pembangunan untuk menjamin pemeliharaan konteks imej bandar dan pemeliharaan sumber-sumber warisan tempatan; dan

63 iii. Mengemukakan pengurusan sumber warisan di kawasan Daerah Larut Matang.

Dalam menjana pendekatan pelaksanaan strategi di atas, penumpuan haruslah menyentuh beberapa perkara berkaitan konteks reka bentuk bandar yang akan menilai ciri-ciri suasana bandar dari sudut pembentukannya (aspek morfologi bandar); rupa bandar (kualiti visual; karakter; fungsi ruang; kegiatan di bandar (dari aspek aktiviti formal dan informal); sistem sirkulasi; dan pergerakan kemudahan bandar. bandar. Dapat dirumuskan bahawa, strategi pembangunan Bandar Taiping adalah merangkumi dua elemen penting di mana ia adalah pembangunan secara langsung yang berkaitan dengan pelancongan warisan dan juga pembangunan bagi memantapkan bandar dari aspek guna tanah. Walau bagaimanapun, pembangunan pelancongan sebagai pemangkin kepada kemantapan Bandar Taiping sebagai Bandar Warisan adalah menjadi tunggak kepada pengekalan bandar ini dan oleh kerana itu strategi pembangunan memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti berkaitan dari semua aspek guna tanah dan pengekalan. sistem

Tumpuan khusus harus diberikan ke atas ciri-ciri warisan

3.2.2.1 Strategi Pembangunan Guna Tanah

Strategi pembangunan guna tanah akan melihat kepada isu, masalah dan potensi sesebuah kawasan itu terlebih dahulu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada. Keutamaan diberi kepada pemeliharaan aktiviti dan guna tanah sedia ada terutamanya yang berkaitan dengan warisan. Ini termasuklah pemeliharaan kawasan pusat bandar dan kawasan perdagangan yang mempunyai banyak bangunan warisan, kawasan institusi yang mempunyai elemen warisan, kawasan tasik yang merupakan bekas lombong selain kawasan kediaman yang mempunyai nilai sejarah (Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004)

64 . Unsur-unsur pembangunan baru bagi meningkatkan ekonomi bandar pula mestilah disesuaikan dengan guna tanah dan bentuk binaan sedia ada. Selain itu disebabkan kawasan Pusat Bandar Taiping mengalami masalah dari segi kedapatan tanah atau ruang untuk pembangunan baru, kebanyakan pembangunan baru seperti taman-taman perumahan dan kawasan perdagangan terpaksa dirancang di luar daripada kawasan pusat bandar dan pembangunan sedia ada di Pusat Bandar Taiping adalah berbentuk pembangunan infill. Oleh itu, sebarang pembangunan di kawasan Pusat Bandar Taiping kelak seperti pembangunan infill ini perlu mematuhi garis panduan kawalan bangunan. Selain itu, pembangunan dari segi kemudahsampaian rangkaian jalan raya juga akan dipertingkatkan dengan perlaksanaan projek infrastruktur utama khususnya peningkatan Jalan Simpang-Taiping-Kamunting dijangka akan memesatkan

pembangunan perdagangan di koridor tersebut khususnya di pusat bandar Simpang, Taiping dan Kamunting(Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004)

3.2.3

Guna Tanah Dalam Pembangunan

Bandar Taiping adalah merupakan pusat bandar utama di kawasan Rancangan Tempatan yang berperanan sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan perkhidmatan serta pusat pengangkutan utama yang menghubungkan pusat-pusat petempatan sedia ada di Kawasan RT dengan daerah-daerah yang bersempadan dengannya (Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004) . Kawasan Pusat Perdagangan Taiping terletak 6 kilometer dari Laluan Persekutuan 1 (di Pekan Simpang) dan 10 kilometer dari Lebuh raya Utara-Selatan melalui persimpangan bertingkat di Changkat Jering. Kedua-dua laluan utama tersebut menghubungkan kawasan Taiping dengan kawasan Lembah Kinta di

65 bahagian selatan dan Daerah Kerian serta Pusat Pertumbuhan Utama Pulau PinangSeberang Perai di bahagian utara. Kawasan Pusat Perdagangan Taiping meliputi keseluruhan Mukim Bandar Taiping dengan kawasan seluas 402.327 hektar. Guna tanah utama atau terbesar ialah institusi dan kemudahan masyarakat dengan kawasan seluas 96.235 hektar. Ia diikuti oleh kediaman seluas 85.686 hektar dan diikuti oleh kawasan lapang dan rekreasi khususnya Taman Tasik Taiping seluas 60.647 hektar (Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004). Perincian guna tanah Taiping ditunjukkan seperti dalam Rajah 3.1 dan Jadual 3.1.

RAJAH 3.1 GUNATANAH BANDAR TAIPING

Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina, UTM

Jadual 3.1 : Guna Tanah Taiping, 2004 JENIS GUNA TANAH Kediaman / perumahan Perdagangan Industri Pertanian Institusi & Kemudahan Masyarakat Kawasan lapang & rekreasi Kemudahan Pengangkutan Infrastruktur & utiliti Tanah kosong/terbiar Badan Air/Bekas Lombong Saliran/Jalan Raya Jumlah
Sumber : RT Daerah Larut Matang,2004

LUAS (HEK.) 85.686 34.669 0.416 0.081 96.235 60.647 5.238 2.085 21.396 20.092 75.782 402.327

PERATUS 21.298 8.617 0.103 0.020 23.920 15.074 1.302 0.518 5.318 4.994 18.836 100.000

i.

Kawasan Perdagangan Pusat Bandar (KPPB)

KPPB Taiping meliputi kawasan seluas 34.669 hektar dan terletak di bahagian selatan Mukim Bandar Taiping serta bersempadan dengan Mukim Tupai (Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004). Komponen dan ciri-ciri utama yang terdapat di KPPB Taiping adalah seperti berikut :

Bangunan perdagangan dan institusi kerajaan khususnya Pejabat Tanah & Daerah Larut Matang, Mahkamah Seksyen Taiping dan pejabat Majlis Perbandaran Taiping merupakan komponen utama di KPPB Taiping.

Jalan Kota, Jalan Pasar, Jalan Taming Sari, Jalan Barrack dan Jalan Panggung Wayang merupakan jalan utama yang menjadi tumpuan aktiviti perdagangan.

Sebahagian besar daripada bangunan perdagangan sedia ada di KPPB Taiping adalah rumah kedai lama 2 tingkat yang mempunyai ciri-ciri seni bina unik yang perlu dikekalkan. Kebanyakan rumah kedai tersebut mempunyai nilai warisan sejarah yang tinggi yang dibina pada zaman

68 pemerintahan British iaitu daripada tahun 1880an hingga 1960an. Selaras dengan perubahan masa dan tekanan pembangunan, sebahagian daripada rumah kedai lama tersebut telah dibangunkan semula dengan bangunan perniagaan baru dengan ketinggian mencapai empat tingkat. Isu utama yang dikenal pasti ialah ketinggian dan fasad bangunan perniagaan moden tersebut tidak seragam dan serasi dengan seni bina/fasad rumah kedai lama. Selain daripada itu, terdapat sebahagian kecil rumah kedai lama yang berkeadaan usang dan tidak diduduki di sekitar Jalan Pasar, Jalan Kota dan Jalan Taming Sari. Ia menjejaskan imej KPP Taiping sebagai Bandar Warisan, Bandar Pelancong dan Bandar Taman.

KPPB Taiping menawarkan perniagaan dan perkhidmatan bertaraf sederhana dan tinggi khususnya dalam sektor kewangan, insurans, hartanah serta perkhidmatan profesional selain daripada perkhidmatan sosial dan

persendirian termasuk pengkhususan dalam sektor hiasan dalaman, produk antik dan tekstil. Isu utama yang dikenal pasti ialah KPPB Taiping mempunyai potensi untuk dijadikan pusat membeli-belah bagi barangan khusus seperti produk antik, hiasan dalaman dan tekstil/pakaian selaras dengan imej bandar Taiping sebagai Bandar Warisan, Bandar Pelancong dan Bandar Taman.

Sarang burung yang banyak terdapat di laluan kaki lima rumah kedai lama khususnya di Jalan Barrack, Jalan Taming Sari, Jalan Pasar dan Jalan Kota mempunyai prospek yang baik untuk dijadikan produk pelancongan.

Antara kemudahan awam yang tersedia dalam KPPB Taiping termasuk Pejabat Pos dan Sekolah Rendah St. George di Jalan Barrack, Hospital Daerah Taiping di Jalan Taming Sari, Perpustakaan Awam Taiping di Jalan Kota, Sekolah Tinggi Hua Lian di Jalan Tokong, pasar awam di Jalan Pasar/Jalan Chung Thye Phin, balai bomba di Jalan Sultan Abdullah dan stesen teksi di Jalan Iskandar. Isu utama yang dikenal pasti ialah kesesakan lalu lintas di waktu puncak di jalan-jalan utama dalam KPPB akibat tumpuan

69 orang ramai ke atas kemudahan-kemudahan tersebut terutama hospital, sekolah dan pasar awam (termasuk aktiviti pemunggahan barang).

Kebanyakan aktiviti penjajaan di KPPB Taiping tertumpu dalam kawasan penjaja terancang dan tidak menjejaskan lalu lintas seperti di Medan Penjaja Jalan Sultan Abdullah, Plaza Perbandaran berhampiran Jalan Panggung Wayang, Bazar Tsen Loong di Jalan Pasar, Arked Bandar Taiping di Jalan Iskandar, Medan Selera Wakaf di Jalan Masjid serta gerai majlis dan medan selera di Jalan Panggung Wayang. Walaupun demikian masih terdapat segelintir penjaja bergerak yang beroperasi dalam KPPB Taiping. Isu utama yang dihadapi oleh sektor penjajaan ialah keadaan bangunan gerai yang kurang menarik memberi imej yang kurang baik kepada bandar.

Kawasan berpotensi bagi pembangunan masa hadapan di KPPB Taiping ialah tanah kosong sedia ada di Jalan Tupai, Jalan Sultan Abdullah, Jalan Abdul Jalil/Jalan Barrack dan Jalan Masjid serta bangunan rumah kedai yang berkeadaan usang dan tidak diduduki khususnya di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Kota.

ii.

Kawasan Institusi dan Kediaman

Guna tanah institusi di Kawasan Pusat Perdagangan Taiping meliputi kawasan seluas 96.235 hektar dan kebanyakannya tertumpu di bahagian tengah dan utara kawasan. Institusi tersebut meliputi bangunan kerajaan seperti Bangunan Persekutuan yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Perhutanan Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, rizab tentera (ATM)/ pejabat Kor Tentera Di Raja Taiping, pejabat Telekom, Hospital dan Pusat Latihan Kejururawatan Taiping, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kebanyakan institusi tersebut terletak di sekitar Jalan Taiping-Kamunting, Jalan Istana Larut, Jalan Stesen, Jalan Taming Sari dan Jalan Tasik. Isu utama yang dikenal pasti ialah kebanyakan bangunan institusi kerajaan tersebut merupakan bangunan warisan sejarah yang perlu dikekalkan, dipulihara dan dipelihara sepanjang zaman untuk tatapan generasi akan datang.

70 Guna tanah kediaman di Kawasan Pusat Perdagangan Taiping meliputi kawasan seluas 85.686 hektar dengan tumpuan utama di bahagian utara KPP. Ia melibatkan skim-skim perumahan seperti Taman Assam Kumbang Utama dan Taman Seri Idaman serta kediaman persendirian/rumah kampung khususnya di sekitar Jalan Assam Kumbang dan Jalan Istana. Selain dari itu, terdapat juga kawasan setinggan dalam Kawasan Pusat Perdagangan Taiping khususnya rizab kerajaan dan rizab KTM. Isu utama yang dikenal pasti ialah percanggahan guna tanah terutama

kediaman sesebuah yang ditukar guna kepada perniagaan seperti di Jalan Assam Kumbang dan kewujudan setinggan di kawasan rizab kerajaan dan KTM (Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004). Keadaan ini menjelaskan terdapat tekanan pembangunan dalam KPPB Taiping bagi kegunaan perniagaan dan kediaman.

iii.

Kawasan Lapang dan Rekreasi

Guna tanah bagi kawasan lapang dan rekreasi di Kawasan Pusat Perdagangan Taiping meliputi kawasan seluas 60.647 hektar khususnya Taman Tasik Taiping yang terkenal sebagai salah satu taman tasik yang terindah dan taman botani tertua di Malaysia. Ia merupakan kawasan rekreasi harian bertaraf taman bandaran yang menjadi tumpuan orang ramai dan pengunjung bukan sahaja sekitar Daerah Larut Matang malahan dari lain-lain negeri serta luar negara. Selain daripada itu terdapat Zoo Taiping yang merupakan sebahagian dari kawasan Taman Tasik Taiping dan menjadi tarikan utama pengunjung dan pelancong. Manakala kemudahan rekreasi lain tidak banyak terdapat dalam Kawasan Pusat Perdagangan Taiping seperti padang awam iaitu Dataran Taiping dan taman permainan kanak-kanak. Isu utama yang dikenal pasti ialah pengekalan Taman Tasik Taiping sebagai pusat rekreasi harian yang unggul dan keperluan bagi meningkatkan penyediaan kemudahan rekreasi lain bertaraf taman awam dan taman bandar(Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004) . iv. Persekitaran Tepu bina dan Alam Sekitar Semula jadi

Kawasan Pusat Perdagangan Taiping mempunyai kawasan tepu bina yang padat dan membangun secara mendatar sesuai dengan tahap tekanan pembangunan yang rendah dan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan Bukit Larut dan kaki

71 Banjaran Titiwangsa. Malahan sebahagian daripada Kawasan Pusat Perdagangan Taiping terdiri daripada tanah bekas lombong. Bukit Larut dan Banjaran Titiwangsa yang menjadi latar belakang Kawasan Pusat Perdagangan Taiping merupakan aset utama bagi pembangunan pelancongan yang boleh dipakej bersama-sama dengan produk pelancongan lain. Kebanyakan bangunan perdagangan, institusi kerajaan dan kediaman mempunyai ketinggian tidak melebihi 5 tingkat kecuali bagi Bangunan Persekutuan dan pejabat Majlis Perbandaran Taiping.

Pada masa kini persekitaran Taiping dikelilingi oleh kawasan kediaman khususnya skim-skim perumahan di bahagian barat, rizab Angkatan Tentera Malaysia di bahagian utara dan timur dan kawasan perumahan dan perindustrian di bahagian selatan. Isu utama yang dikenal pasti ialah dari aspek kesediaan tanah(Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004). Taiping tidak mempunyai tanah yang khusus bagi menampung keperluan dan pembesaran kawasan di masa hadapan memandangkan persekitaran tepu bina telah dipenuhi dengan kawasan perumahan, rizab tentera dan kawasan perindustrian.

Secara kesimpulannya, dapat dicadangkan supaya fabrik bandar secara keseluruhannya mestilah dikekalkan. Untuk menyesuaikan pembangunan Taiping ini sebagai Bandar Warisan, Bandar Pelancong dan Bandar Taman adalah perlu kepada peningkatan dan penambahan aktiviti-aktiviti di mana pembangunan boleh

dilakukan melalui penyelenggaraan dan peningkatan susun atur ruang bandar, rupa bentuk ruang bandar, pendekatan gaya seni bina serta melupuskan segala aktiviti yang tidak bersesuaian. Semua pembangunan baru mestilah dapat membantu mempertingkatkan kawasan pusat bandar tanpa memberi kesan negatif kepada pembangunan sedia ada.

3.2.4

Infrastruktur Dalam Pembangunan

Dalam melihat pembangunan infrastruktur Bandar Taiping bagi aspek rangkaian jalan raya, dapat dilihat adanya pengaruh reka bentuk grid iron yang mana

72 ini menyebabkan pusat Bandar Taiping mempunyai banyak persimpangan. Terdapat 6 persimpangan terkawal utama dalam pusat bandar. Manakala simpang-simpang yang lain disediakan kemudahan papan tanda berhenti, petak kuning dan lintasan lampu isyarat.

Dari segi corak sirkulasi sedia ada, ia terdiri dari jalan dua hala yang menuju ke pusat bandar dan campuran jalan sehala dan jalan dua hala di pusat perniagaan. Jalan Kota dan Jalan Taming Sari terdiri dari jalan empat lorong dua hala. Keadaan semasa menunjukkan tiada kesesakan berlaku pada waktu puncak di semua jalan dalam pusat bandar Taiping. Walau bagaimanapun wujudnya konflik lalu lintas yang tinggi antara kenderaan bermotor dengan pejalan kaki, serta kewujudan tempat letak kereta di bahu jalan menyebabkan muatan jalan berkurangan. Jalan-jalan ini melibatkan Jalan Panggung Wayang, Jalan Iskandar, Jalan Idris, Jalan Kelab Cina serta sekitar pasar merupakan laluan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bermotor serta pejalan kaki.

Selain itu, terdapat juga beberapa isu-isu yang berkaitan dengan sistem jalan raya, laluan pejalan kaki dan tempat meletak kenderaan di mana ia sedikit sebanyak mempengaruhi corak pergerakan lalu lintas dalam bandar (Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004). Ini adalah seperti berikut:

Kekurangan jalan lingkaran luar bagi pusat Bandar Taiping dengan kawasankawasan sekitarnya menyebabkan kenderaan lebih tertumpu ke pusat bandar dan seterusnya menyebabkan beberapa simpang utama dalam pusat bandar tidak dapat menampung isi padu pada waktu puncak.

Jumlah tempat letak kenderaan yang disediakan dalam pusat bandar Taiping tidak seimbang di mana ada sesetengah zon mempunyai permintaan untuk meletak kenderaan yang tinggi berbanding dengan jumlah petak yang disediakan adalah terhad dan sebaliknya.

Kemudahan laluan pejalan kaki yang disediakan masih kurang memuaskan di beberapa jalan utama di pusat bandar serta jaringannya adalah tidak menyeluruh. Keadaan ini menyukarkan pejalan kaki bergerak dalam keadaan

73 selesa dan selamat kerana terpaksa menggunakan bahu jalan, kaki lima serta berkongsi jalan untuk bergerak di mana akan mendedahkan pejalan kaki kepada risiko kemalangan jalan raya.

Bagi kemudahan infrastruktur yang lain seperti bekalan air, komunikasi dan elektrik, keadaan semasa menunjukkan ia masih mampu menyokong pembangunan Taiping dan tidak menghadapi isu-isu yang perlu ditangani secara khusus. Boleh dirumuskan di sini bahawa untuk strategi pembangunan infrastruktur di Bandar Taiping ia mestilah dapat menjadikan kawasan ini lebih mudah dikunjungi di samping memudahkan penduduk tempatan melakukan urusan harian. Ia juga seharusnya memantapkan infrastruktur dalaman kawasan untuk menerima beban pembangunan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, peningkatan pembangunan infrastruktur ini tidak seharusnya menyebabkan pemindahan bangunan sedia ada dan kesan gangguan visual supaya keindahan kawasan dapat dikekalkan.

3.2.5

Konsep Pemeliharaan Bandar Taiping

Kawasan kajian mempunyai potensi warisan yang signifikan iaitu ia terdiri daripada lot-lot jalan yang menghasilkan satu rupa bandar yang berbentuk grid iron. Kawasan kajian juga mempunyai sumber warisan semula jadi seperti Taman Tasik dan pokok-pokok tua yang mampu memberikan imej terhadap Bandar Taiping dan Bukit Larut memiliki potensi eco-tourism yang harus terus dikembangkan. Selain itu, bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar kawasan kajian yang banyak berunsurkan gaya seni bina kolonial peninggalan Inggeris seperti Muzium Perak, Penjara, Kem Askar dan lain yang memiliki nilai sejarah yang tinggi dan seni bina yang unggul. Potensi warisan ini juga turut dilihat dari beberapa aspek yang lain.

74 3.2.5.1 Komposisi Reka Bentuk Bandar

Hierarki Pusat Bandar Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Perak, Taiping merupakan pusat daerah yang berfungsi sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri Perak. Ia menjadi salah satu Bandar tertua di Perak dan ianya adalah Bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Ipoh.

Identiti Bandar dan Ciri-ciri Bangunan Taiping satu ketika dulu amat terkenal dengan kekayaan hasil bijih timah dan merupakan pengeksport bijih pertama ke luar negara. Bandar ini yang dulunya merupakan tanah lembah dan dataran yang luas, kini telah berkembang sebagi sebuah bandar perlombongan. Berikutan menjadi kawasan pentadbiran setelah campur tangan Bristish, Taiping dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan pentadbiran sejak dari zaman kolonial dan kebanyakan dari kemudahan tersebut merupakan antara yang terawal di Malaysia.

Morfologi Bandar Taiping (Perkembangan Bentuk Bandar)

i.

Mukim Matang Sebagai Permulaan Bandar

Kota Ngah Ibrahim di Mukim Matang merupakan tinggalan penting pembesar Melayu di kawasan RT Daerah Larut Matang. Mukim Matang ini adalah pusat bermulanya sistem pemerintahan di Kawasan RT. Antara ciriciri penting kota ini, di belakangnya terdapat jeti dan sungai yang menjadi mod pengangkutan Ngah Ibrahim.

75 ii. Peringkat Awal penemuan Bandar Taiping (1840)

Taiping bermula dengan penemuan bijih timah di Klian Pauh berhampiran dengan Sungai Kelian Pauh oleh Long Jaafar. Selepas Klian Pauh kembali aman daripada pergolakan, J.W.W. Birch telah memilih bandar baru di Hilir Perak iaitu Klian Pauh sebagai pusat pentadbiran dan memberi nama baru iaitu Taiping yang bererti kedamaian luhur bersempena dengan tamatnya kekacauan di Larut (Syed Zainol Abidin Idid, 1996).

iii.

Peringkat Awal Pembukaan Bandar Taiping (1840-1875)

Perusahaan melombong bijih timah bertambah pesat sehingga buat pertama kalinya bijih timah dieksport ke Britain pada tahun 1844. Menjelang pertengahan tahun 1870-an, Taiping muncul sebagai sebuah bandar yang semakin sibuk. Sebatang jalan berturap lebih kurang setengah batu panjangnya telah dibina. Beberapa kedai dan pasar juga turut dibina di sepanjang jalan tersebut.

iv.

Bandar Taiping Semasa Era Kepesatan (1875-1937)

Taiping telah berkembang dengan pesat sehingga dijadikan sebagai pusat pentadbiran utama. Beberapa pejabat kerajaan telah dibina seperti pejabat bendahari, balai polis, rumah sakit, gudang senjata, stor dan lain-lain. Sistem pengangkutan telah dimajukan sebagai laluan pengangkutan bijih timah. Beberapa jalan raya telah dibina seperti Jalan Chung Thye Peng, Jalan Stesyen, Jalan Asam Kumbang, Jalan Kota dan Jalan Pasar. Jalan raya juga telah dibina menghubungkan Taiping ke Parit Buntar. Bagi membawa bijih timah untuk dieksport, landasan kereta api menghubungkan Bandar Taiping ke Port Weld dibina pada tahun 1885 dan dilanjutkan ke Parit Buntar hingga ke Kemunting.

76

Taiping 1945

Taiping 1960

Taiping 1995

Foto 3.4: Perkembangan bentuk bandar Taiping sebagai bandar perlombongan bijih timah. Corak Grid-Iron dalam penyusunan bandar menghasilkan blok-blok kecil pelbagai saiz dan meningkatkan sirkulasi dalaman.

Keadaan Bandar Taiping dianggarkan pada tahun 1850.

Keadaan Bandar Taiping dianggarkan pada tahun 1881Rel keretapi yang menyambungkan Taiping ke Port Weld telah siap di bina.

Keadaan pusat bandar Taiping hingga kini.

Rajah 3.2: Solid dan Void perkembangan fizikal Bandar Taiping


Sumber: RT Daerah Larut Matang, 2004

77 Aktiviti Formal dan Informal Taiping

i.

Aktiviti Formal

Terdapat beberapa aktiviti formal yang lebih cenderung kepada persembahan kebudayaan dan keagamaan yang kebanyakannya melibatkan kaum Cina dan India di Bandar Taiping (Rujuk Foto 3.5). Ianya dipertontonkan melalui perarakan di jalan raya dengan tema atau konsep tertentu. Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan dan dilakukan mengikut ketentuan yang dibuat oleh kaum masing-masing. Ini menunjukkan bahawa budaya atau warisan yang wujud di Taiping bukan sahaja terletak pada keunikan bangunan-bangunannya, malah aktiviti-aktiviti formal seperti ini juga menyumbang kepada nilai budaya dan warisan yang perlu dipelihara sebagai keunikan Taiping sebagai Bandar Warisan.

Foto 3.5: Perarakan keagamaan dan kebudayaan kaum Cina dan India antara aktiviti formal yang wujud di Taiping ii. Aktiviti Informal

Aktiviti-aktiviti informal adalah penting bagi menjamin bandar supaya menjadi hidup dan tidak kelihatan kaku. Di Taiping banyak dijalankan aktiviti-aktiviti informal yang unik dan juga boleh dilihat sebagai satu aspek warisan yang perlu dipelihara. Aktiviti riadah yang berlaku di Taman Tasik Taiping pada setiap hari membuatkan ia dilihat sebagai satu identiti dan budaya yang harmoni kepada penduduk Taiping (Rujuk Foto 3.6). Di Taiping juga, pasar bukan hanya untuk mendapatkan keperluan harian, malah ianya sebagai satu nodes atau tempat untuk bertemu atau berkumpul dengan

agenda masing-masing. Agenda yang paling popular di kalangan penduduk Taiping ialah pertaruhan meneka masa turun dan henti hujan di Taiping pada setiap hari.

78

Foto 3.6: Aktiviti-aktiviti informal yang wujud di Taman Tasek seperti ini, perlu dipelihara kerana ianya merupakan satu keharmonian dan semangat tempat yang jarang tejadi di tempat-tempat lain.

Landskap Bandar Taiping Selain bangunan, ruang dan aktiviti, landskap juga merupakan komponen utama yang menjadi pelengkap kepada rupa bandar. Penjagaan landskap bandar penting bagi memelihara imej, memberi teduhan serta dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan keselesaan. Taiping sememangnya mewarisi aset dari segi landskap semula jadi yang telah wujud seusia dengan Taiping. Perkaitan landskap dengan kualiti visual amat jelas di Jalan Keamanan yang dihiasi dengan pokok hujan-hujan yang rendang mencecah tasik (Rujuk Foto 3.7).

Foto 3.7: Pokok hujan-hujan yang menghiasi sepanjang Jalan Keamanan dan penambahan elemen landskap menambahkan sudut visual menarik di Taman Tasek.

Dari aspek perkaitan landskap dengan ruang haruslah diolah secara intensif dan produktif supaya menghasilkan kesinambungan pejalan kaki yang membuatkan pergerakan manusia menjadi selesa dan selamat serta menyumbang kualiti visual dan streetscape yang baik.

79 Tempat Letak Kereta Di Bandar Taiping Tempat letak kereta di dalam Bandar Taiping mempunyai 3 kategori iaitu tempat letak kereta (TLK) yang dimiliki oleh MPT, ruang letak kereta milik swasta dan kawasan atau tanah tanah terbiar atau kosong (Rujuk Foto 3.8 dan 3.9).

Foto 3.8: Tempat letak kereta yang di sediakan oleh MPT.

Foto 3.9: Tempat letak kereta di kawasan tanah terbiar atau kosong.

Kemudahan Pejalan kaki Sistem kemudahan pejalan kaki sedia ada di Bandar Taiping didapati tidak begitu berkesinambungan antara elemen-elemen penyokong seperti landskap, keselesaan dan keselamatan (Foto 3.10). Ia tidak mempunyai lingkages antara satu kawasan ke satu kawasan lain di pusat Bandar Taiping.

Foto 3.10: Keadaan laluan pejalan kaki yang tidak memberi keselesaan kepada pengguna.

Sistem Sirkulasi Sirkulasi adalah penting sebagai penghubung antara aktiviti-aktiviti guna tanah dalam pusat Bandar Taiping. Peningkatan penggunaan trafik bukan sahaja akan menimbulkan kesesakan di dalam kawasan bandar malah menjejaskan imej Bandar Taiping. Melihat kepada sistem sirkulasi dalam kawasan kajian, sebahagian besar

80 daripada jalan dalam Bandar Taiping adalah laluan sehala. Laluan ini dapat melancarkan pergerakan kenderaan di dalam pusat bandar. Pergerakan keluar masuk kenderaan tertumpu di jalan utama iaitu Jalan Kota dan Taming Sari yang menanggung beban yang tinggi menyebabkan pergerakan lalu lintas menjadi lambat dan sesak pada waktu puncak. Walau bagaimanapun, ia masih dalam keadaan terkawal. Secara keseluruhan sistem sirkulasi Bandar Taiping adalah dalam keadaan baik. Ini banyak dipengaruhi oleh corak susun atur bangunan dalam bentuk grid-iron yang telah memperbanyakkan laluan alternatif untuk ke satu-satu tempat di Bandar Taiping.

Daripada analisis keadaan semasa ini, dapat disimpulkan bahawa kawasan kajian mempunyai potensi warisan yang signifikan iaitu antaranya ialah dari segi rupa bandar yang berbentuk grid iron. Selain itu, dapat dilihat sumber jaya semula jadi warisan seperti taman tasik dan pokok-pokok tua mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap imej Bandar Taiping dan Bukit Larut memiliki potensi ecotourism yang harus terus dikembangkan. Di samping itu, potensi warisan Taiping banyak dipengaruhi oleh gaya senibina kolonial peninggalan Inggeris yang memiliki nilai sejarah yang tinggi dan seni bina yang unggul. Keunikan budaya dan cara hidup tempatan yang harmoni berlatar belakang sejarahnya yang tersendiri juga turut menyumbang kepada pembentukan potensi kawasan kajian sebagai salah satu kawasan warisan yang patut dilihat dalam konteks pemeliharaan kawasan bersejarah. Setiap potensi yang dinyatakan ini haruslah diambil kira dalam memahami konteks pemeliharaan yang sebenar.

3.3

PROFIL DAN CIRI-CIRI BANGUNAN DI BANDAR TAIPING

Ciri-ciri bangunan akan dikaji dari aspek jenis bangunan, umur bangunan dan ketinggian bangunan. Pengenalpastian ciri-ciri bangunan di kawasan kajian penting untuk mendapatkan gambaran awal karakter dan rupa bentuk Bandar Taiping.

81 Maklumat bangunan ini seterusnya akan dikaji untuk melihat potensi ia sebagai satu maklumat penting dalam kajian ini.

3.3.1

Taburan Dan Gaya Seni Bina Bangunan Di Bandar Taiping Terdapat sejumlah 1076 buah rumah kedai yang merupakan bangunan rumah

kedai sebelum perang di Bandar Taiping. Jumlah bangunan rumah kedai ini menyumbang hampir 16 peratus dari jumlah keseluruhan bangunan sebelum perang di negeri Perak. Terdapat pelbagai variasi bangunan-bangunan sesebuah di Bandar Taiping yang mempunyai nilai seni bina yang istimewa. Kebanyakan bangunan rumah kedai ini dibina pada akhir tahun 1900 hingga 1940an yang mempunyai gaya seni bina Era Peralihan Rumah Kedai atau gaya Eclectic (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Taburan dan gaya seni bina bangunan rumah kedai ini banyak tertumpu di beberapa jalan utama di dalam bandar. Antara gaya seni bina rumah kedai yang terdapat di sekitar kawasan Bandar Taiping adalah seperti Rajah 3.3.

Rumah Kedai Awal

Straits Eclectic jenis Peralihan Akhir

Straits Eclectic jenis Peralihan Akhir

Art Deco

Rajah 3.3: Gaya Rupa Dan Jenis (Tipologi) Bangunan Rumah Kedai Yang Terdapat Di Kawasan Bandar Taiping
Sumber: Syed Zainol Abidin Idid,1996

82 3.3.2 Jenis Guna Bangunan Kawasan kajian terdiri daripada bangunan-bangunan rumah kedai lama dan bangunan sesebuah yang memainkan pelbagai fungsi dalam masyarakat. Hasil analisis kajian lapangan menunjukkan guna bangunan perkhidmatan mendominasi kategori guna bangunan di Bandar Taiping dengan 39 peratus diikuti oleh guna bangunan jenis perniagaan iaitu sebanyak 18 peratus. Guna bangunan lain ditunjukkan seperti dalam Rajah 3.4.
Gudang dan Stor 3% Bengkel 2% Hotel 1% Institusi 6% Perkhidmatan 39% Kosong 11%

Pejabat 9%

Restoran 7% Perniagaan 18% Kediaman 4%

Rajah 3.4: Peratusan Guna Bangunan Mengikut Jenis Di Bandar Taiping


Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang, 2004

Guna bangunan boleh memberi implikasi buruk sekiranya peletakannya adalah tidak bersesuaian dengan keadaan persekitaran. Percanggahan ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dan juga boleh mencetus konflik keselamatan antara pengguna jalan raya, premis bersebelahan dan juga aliran kenderaan secara keseluruhan (Rujuk Jadual 3.2).

83

Jadual 3.2: Guna bangunan dan penjanaan trafik (termasuk bangunan sesebuah) Bil. 1 Guna Bangunan Penjana Utama Pasaraya Pasar Penjana Sederhana Hotel Restoran Institusi Kewangan Pejabat Pejabat Pos Balai Polis Institusi Persatuan/Pendidikan Pusat Hiburan Klinik Pemborong/Stor/Gudang Penjana Rendah Kediaman Perkhidmatan Perniagaan Bengkel Tempat Letak Kereta Bangunan kosong Roboh JUMLAH KESELURUHAN Bilangan 38 3 7 74 21 100 1 1 40 5 25 30 39 402 194 20 7 123 71 1207 Peratus (%) 3.2 0.2 0.6 6.2 1.7 8.3 0.1 0.1 3.3 0.4 2.1 2.5 3.2 33.5 16.2 1.7 0.6 10.2 5.9 100.0

Sumber : Kajian RT Daerah Larut Matang, Oktober 2004

Kajian menunjukkan bahawa terdapat dua jenis guna bangunan yang menjadi penjana utama kepada trafik di kawasan kajian. Guna bangunan jenis pasar raya dan pasar dikenal pasti mempunyai pengaruh besar terhadap penjanaan trafik di kawasan kajian.

84 3.3.3 Ketinggian Bangunan

Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan kajian majoritinya mempunyai ketinggian yang berbeza-beza. Ketinggian bangunan yang berbeza-beza

mempengaruhi visual bandar dari segi garis latar langit dan bentuk rupa bandar. Untuk mengawal ketinggian bangunan, satu mekanisme kawalan ketinggian perlu dibuat supaya visual bandar menjadi lebih teratur dan dapat menonjolkan imej yang lebih menarik. Rajah 3.5 menunjukkan bahawa bangunan di kawasan kajian kebanyakannya adalah mempunyai ketinggian 2 tingkat (70.9%) dan 4 tingkat ( 16.4%). Ini diikuti oleh bangunan dengan ketinggian 3 tingkat iaitu sebanyak 8.3%, 1 tingkat sebanyak 3.4%. Bangunan yang mempunyai ketinggian 5 tingkat dan melebihi 5 tingkat adalah mewakili peratusan yang kecil dengan masing-masing sebanyak 0.7% dan 0.3%. Majoriti bangunan 2 tingkat adalah bangunan lama yang bercirikan seni bina menarik manakala bangunan yang melebihi ketinggian 3 tingkat, kebanyakannya telah diubahsuai dan lebih bercirikan seni bina moden.

85

RAJAH 3.5 KETINGGIAN BANGUNAN

>5

Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina, UTM

86 3.3.4 Umur Bangunan

Rajah 3.6 menunjukkan majoriti bangunan yang terdapat di Bandar Taiping adalah dibina pada tahun 1960an dan ke atas iaitu dengan peratusan sebanyak 54%. Walau bagaimanapun, sejumlah 41% (438 buah bangunan) adalah bangunan yang dibina pada 1900-1920. Selain itu, 48 buah bangunan (4%) daripada keseluruhan bangunan adalah dibina pada tahun 1870-1900, 11 buah bangunan (1%) adalah dari tahun 19301960 manakala selebihnya iaitu 2 buah daripada 1076 buah bangunan dibina pada tahun 1925-1930. Taburan peletakan bangunan sebelum perang yang menjadi sumber tarikan sejarah Taiping banyak terdapat di Jalan Pasar, Jalan Kota dan Jalan Taming Sari dan Jalan Barrack. Usaha-usaha pemeliharaan sepatutnya lebih menumpukan kepada bangunan-bangunan ini dengan memastikan seni bina, keadaan dan strukturnya masih dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Dapat disimpulkan, sepertimana yang telah dinyatakan, definisi pemeliharaan warisan pada awalnya melibatkan elemen bangunan secara individu sahaja. Walaupun konteks pemeliharaan warisan pada masa kini telah menjadi lebih luas tetapi maklumat perihal bangunan-bangunan serta monumen yang mempunyai ciri-ciri warisan masih merupakan antara maklumat penting dalam kajian pemeliharaan bandar atau kawasan. Maklumat-maklumat bangunan ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi rasional dalam pemilihan sesebuah kawasan itu untuk aktiviti pemeliharaan. Ini kerana ia adalah satu objek yang boleh dilihat dan dirasai kewujudannya dan menjadi simbol identiti kepada sesebuah kawasan tersebut.

87

RAJAH 3.6 UMUR BANGUNAN

Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina, UTM

88 3.4 RUMUSAN

Dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan pembangunan oleh seseorang perancang, secara tidak langsung ia sebenarnya memberi kesan kepada reka bentuk bandar khasnya pada bangunan warisan. Penentuan peletakan lokasi infrastruktur, jalan raya, guna tanah dan aktiviti bandar merupakan sebahagian daripada karakter bandar yang mempunyai perkaitan langsung dengan bangunan warisan. Pemahaman dalam mengenal pasti corak perkembangan, karakter, identiti dan budaya setempat memberi kesan terhadap rupa dan bentuk bandar sebenarnya dan ia penting bagi perancang yang mengharapkan impak yang positif bagi bangunan warisan untuk membentuk identiti sesebuah bandar. Maklumat perancangan seperti guna tanah, rangkaian jalan raya, infrastruktur serta strategi pembangunan memberi input kepada juru rancang dalam menjangka pembangunan yang akan berlaku di kawasan perancangannya. Apabila sesuatu perancangan dibuat, ia secara langsung melibatkan perubahan ke atas guna tanah atau guna bangunan yang mana ini semua berkait dengan faktor hak milik tanah tersebut. Faktor hak milik ini adalah satu faktor yang amat berkait penting dengan bangunan warisan. Ini seperti terdapatnya sesetengah jenis guna tanah yang menyumbang kepada faktor memberi ancaman kepada bangunan warisan atau sebaliknya. Maklumat-maklumat perancangan yang telah dijelaskan dalam bab ini akan digunakan sebagai parameter dalam merangka analisis yang bersesuaian dalam bab seterusnya.

BAB 4

REKABENTUK PANGKALAN DATA WARISAN DAN METODOLOGI PELAKSANAAN ANALISIS

4.0

PENGENALAN

Keseluruhannya, bab ini akan mengandungi penerangan mengenai cadangan konsep reka bentuk pangkalan data bagi bangunan warisan. Pelaksanaannya akan melalui beberapa peringkat supaya pembangunan pangkalan data akan dapat dijalankan dengan lancar dan efektif. Perincian data dan maklumat bagi setiap lapisan bangunan warisan akan diterangkan dan bagaimana pengurusan data atribut akan diintegrasikan dengan data bersifat geografi akan dinyatakan. Setelah itu, model data analisis kawalan pembangunan akan ditunjukkan dengan lebih terperinci.

Tujuan pembangunan pangkalan data bangunan warisan adalah untuk membantu para juru rancang dan pembuat keputusan supaya mereka dapat membuat keputusan yang lebih efektif dan lebih efisien dalam menjalankan tindakan pemeliharaan warisan seni bina. Objektif utama pembangunan pangkalan data bangunan warisan adalah untuk: i. Menyediakan cara yang lebih efektif di mana data dapat dianalisis dengan lebih bermakna bagi tujuan pengurusan pemeliharaan bandar yang lebih terperinci

90 ii. Membantu melicinkan pengurusan perancangan pemeliharaan di mana ia dapat meningkatkan pengurusan bandar dengan lebih cekap iii. Menyediakan satu sistem sokongan dalam perancangan pemeliharaan yang lebih strategik di mana data perancangan lain dapat digabungkan dengan data senarai inventori bangunan warisan

4.1

KONSEP PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA

Sistem maklumat secara ringkasnya merupakan gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian, pengumpulan, penyimpanan, pengurusan dan penganalisaan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan dalam proses pembuatan keputusan. Rajah 4.1 menerangkan proses pembuatan keputusan yang digunakan.

Keperluan penggunaan

Tindakan pengguna

Hasilan output

Perancangan

Pengumpulan data

Storan data

Manipulasi & analisis

Rajah 4.1: Sistem Maklumat Secara Ringkas


Sumber: Siti Zalina Abu Bakar, 2001

Pengendalian

sistem

maklumat

ini

mempunyai

persamaan

dengan

penggunaan GIS dalam proses input, manipulasi, pengurusan, analisis dan visual. Beberapa komponen subsistem maklumat geografi akan digunakan dalam asas mereka bentuk pangkalan data. Komponen subsistem ini akan disesuaikan dengan

91 kegunaan GIS. Rajah 4.2 menunjukkan komponen subsistem pangkalan data untuk sistem maklumat GIS.

Input Data peta tematik Data RT dan RS Pengumpulan & penyemakan data

Output

Sistem Maklumat Geografi Penyimpanan & pengeluaran data Pengolahan data & analisis Keluaran dan laporan

Laporan

Peta

Data iventori bangunan warisan Malaysia

Statistik Keperluan pengguna Kriteria (kaedah matriks dan scoreboard) Pangkalan data

Data kajian lapangan

Rajah 4.2: Komponen Subsistem Maklumat Geografi


Sumber: Siti Zalina Abu Bakar, 2001

4.1.1

Sumber Data

Kebanyakan data didapati daripada sumber sekunder. Data-data ini banyak diambil daripada sumber-sumber: Rancangan Tempatan (RT) Daerah Larut Matang, 2004-2015 di peringkat Laporan Teknikal. Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perak (2002-2020 Rancangan Struktur (RS) Larut Matang, Selama dan Kerian (19902010). Data inventori bangunan warisan Malaysia

92 Koleksi data primer yang diperoleh adalah dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Perak iaitu dalam bentuk salinan keras dan salinan lembut. Data salinan lembut yang diperoleh adalah dari bentuk MapInfo yang merupakan data dalam format vektor. Untuk menjalankan analisis model, terdapat data yang menjalani proses pertukaran ke format raster untuk memudahkan analisis dilakukan. Pengumpulan data ini juga disokong oleh maklumat yang didapati daripada laman web berkaitan.

4.1.2

Justifikasi Reka bentuk

Reka bentuk pangkalan data dibentuk bergantung kepada data dan hubungan antara data. Pembangunan data ini memerlukan data-data yang dapat menyokong proses analisis yang akan dijalankan. Pangkalan data yang direka bentuk perlu melihat kepada justifikasi keperluan data pengguna iaitu bagi analisis penentuan kawasan pemeliharaan warisan. Oleh yang demikian, pangkalan data yang dibangunkan perlu berdasarkan dan disesuaikan dengan kriteria maklumat yang berkaitan dengan analisis tersebut.

4.1.3

Keperluan Data dan Maklumat Berdasarkan Analisis

Melalui pendekatan Spatial Multi Criteria Analyis terdapat tiga faktor maklumat utama yang perlu diambil kira iaitu faktor guna tanah, visual dan peletakan. Faktor guna tanah terdiri daripada maklumat fizikal geografi dan penggunaan tanah. Manakala faktor visual pula melibatkan maklumat seperti visual kawasan rekreasi, visual bangunan bersejarah dan visual badan air. Faktor peletakan

93 terdiri daripada maklumat jalan dan lokasi taburan peletakan sumber jaya warisan. Pecahan maklumat faktor keperluan data adalah seperti di bawah:

Merujuk kepada keperluan dan pendekatan analisis tersebut, terdapat 6 data utama yang diperlukan bagi pembangunan pangkalan data ini iaitu:

i. Maklumat Pentadbiran dan Sempadan Maklumat pentadbiran dan sempadan merupakan maklumat asas dalam membantu mengawal analisis data mengikut kepada sempadan

pentadbiran kawasan. Maklumat yang diperlukan ini terdiri daripada data feature class yang mengandungi data daerah, mukim dan kawasan kajian. Data-data ini membantu maklumat guna tanah menganalisis maklumat kawasan sekitar, dan maklumat bangunan untuk tujuan

pemeliharaan. Datadata ini digunakan untuk analisis penentuan kawasan pemeliharaan

ii. Maklumat Guna Tanah Maklumat guna tanah menunjukkan data guna tanah semasa dalam mengetahui corak guna tanah dan kawalan pembangunan yang boleh dilaksanakan melalui sokongan data dan hasil analisis. Maklumat guna tanah yang diperlukan terdiri daripada feature class guna tanah semasa dan kawasan sekitar

iii. Maklumat Bangunan Warisan Maklumat bangunan warisan sebagai penunjuk kepada keadaan semasa kawasan kajian. Maklumat bangunan warisan yang diperlukan adalah gaya seni bina, keadaan, struktur dan kepentingan setiap satu bangunan. Hasil analisis daripada maklumat ini dapat membantu penentuan tindakan pemeliharaan ke atas bangunan warisan yang ada.

iv. Maklumat Rekod Bangunan Maklumat rekod bangunan terdiri daripada maklumat asas bangunan bagi kawasan kajian. Ia disimpan dalam bentuk poligon. Maklumat ini diperlukan untuk memudahkan pengurusan ke atas setiap satu bangunan.

94 Maklumat yang tersimpan terdiri daripada maklumat lot, nama, aktiviti, umur, ketinggian, dan keluasan bangunan.

v. Maklumat Pengangkutan Maklumat pengangkutan merupakan maklumat sokongan bagi analisis ini. Maklumat ini terdiri daripada data jalan, laluan rel kereta api dan terminal pengangkutan yang ada.

vi. Maklumat Landskap Maklumat landskap merupakan maklumat sokongan bagi analisis. Bagaimanapun maklumat ini perlu diberikan pertimbangan dalam menentukan kesan pembangunannya ke atas kawasan kajian. Maklumat landskap terdiri daripada maklumat monumen, badan air, kawasan rekreasi dan bangunan warisan

4.2

PEMBANGUNAN WARISAN

PANGKALAN

DATA

PEMELIHARAAN

Berdasarkan keperluan dalam rancangan pemajuan kawasan ini, maklumatmaklumat yang diperlukan dipilih untuk tujuan kajian dan daripada maklumat ini lapisan data yang diperlukan akan diketahui. Lapisan data tersebut terdiri daripada data asas dan beberapa lapisan data analisis. Pangkalan data asas yang akan direka bentuk akan mengandungi lapan lapisan utama yang terdiri daripada pelan asas, guna tanah, pentadbiran, hak milik tanah, sistem saliran, sistem rangkaian jalan raya dan pengangkutan, rekod bangunan dan bangunan warisan seni bina. Pangkalan data yang dibentuk adalah dipastikan mempunyai keupayaan dalam membuat analisis dan mempunyai lebih daripada satu kegunaan supaya memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai.

95 4.2.1 Kandungan Pangkalan Data Kajian

Sebuah pangkalan data yang lengkap diperlukan bagi membolehkan setiap analisis dijalankan mengikut model yang dicadangkan. Pada peringkat reka bentuk pangkalan data, permodelan data digunakan untuk mencipta abstrak struktur pangkalan data. Model ini mempersembahkan objek dunia sebenar. Permodelan konsep merupakan cara pandangan data secara global. Rajah 4.3 menunjukkan permodelan konsep pangkalan data warisan Taiping.

Pentadbiran Gunatanah
Perdagangan Institusi Kediaman Badan air Hutan Kawasan hijau Sempadan negeri Sempadan daerah Sempadan mukim Sempadan PBT Kawasan kajian

Pengangkutan
Jalanraya Landasan Stesen Laluan pejalan kaki

Rekod Bgn
Data asas Hak milik

PANGKALAN DATA WARISAN TAIPING

Landskap Bgn warisan


Keadaan Struktur Gaya senibina Kepentingan Peletakan Monumen Badan air Kawasan rekreasi Bangunan

Rajah 4.3: Pangkalan data warisan Taiping

Reka bentuk pangkalan data kajian adalah berasaskan konsep pemeliharaan warisan Bandar Taiping. Ia mengguna pakai data-data serta maklumat-maklumat yang diperoleh daripada Rancangan Struktur Negeri Perak (20022020), Rancangan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian (19902010) dan Rancangan Tempatan

96 Kawasan Majlis Perbandaran Taiping (1995-2010). Daripada keperluan-keperluan data tersebut, beberapa lapisan data spatial dan bukan spatial diperlukan untuk peringkat analisis yang seterusnya.

4.2.2

Struktur pangkalan data pemeliharaan warisan

Cadangan struktur pangkalan data yang ingin dibangunkan adalah menggunakan pendekatan model data geodatabase. Perisian ARCGIS-ArcInfo digunakan sebagai alat bagi pembangunan pangkalan data dengan menggunakan pendekatan geodatabase. Geodatabase merupakan singkatan bagi geographic database iaitu pangkalan data hubungan yang mengandungi maklumat-maklumat geografi. Ia merupakan model data yang dibina berasaskan sifat-sifat ringkas. Datadata spatial disimpan dalam satu sistem pengurusan pangkalan data yang mengandungi kelas-kelas sifat feature class dan jadual-jadual berkaitan. Rajah 4.4 menunjukkan model geodatabase yang digunakan.

97

PENTADBIRAN Feature Dataset


Lot Polygon Feature Class Kaw Kajian Polygon Feature Class Daerah Polygon Feature Class Mukim Polygon Feature Class PBT Polygon Feature Class Negeri Polygon Feature Class

BGN WARISAN Feature Dataset


Kepentingan sejarah Polygon Feature Class Gaya seni bina Polygon Feature Class Struktur Polygon Feature Class Keadaan Polygon Feature Class

HAKMILIK Feature Dataset


No.Lot Polygon Feature Class Jenis hak milik Polygon Feature Class

PENGANGKUTAN Feature Dataset

PERSONAL GEODATABASE

Jalan Line Feature Class Rezab Jalan Polygon Feature Class Terminal Polygon Feature Class Landasan rel Line Feature Class

REKOD BANGUNAN Feature Dataset


Lot Polygon Feature Class Aktiviti bangunan Polygon Feature Class Tingkat Polygon Feature Class Umur Polygon Feature Class Keluasan Polygon Feature Class

LANDSKAP Feature Dataset


Monumen Polygon Feature Class Kawasan rekreasi Polygon Feature Class Bangunan sejarah Polygon Feature Class Badan air Polygon Feature Class

PERANCANGAN Feature Dataset


Guna Tanah Polygon Feature Class Cadangan RS/ RT Polygon Feature Class

Rajah 4.4: Struktur pangkalan data Geodatabase yang digunakan

98 4.3 METODOLOGI PELAKSANAAN ANALISIS

Ciri-ciri utama sesuatu sistem sokongan perancangan ialah memiliki sekurang-kurangnya satu reka bentuk model untuk berinteraksi secara langsung dengan pangkalan data dan maklumat yang ada di persekitaran sistem (Turban dan Aronson, 2001). Oleh itu, perlu kepada sistem permodelan yang telah disesuai dan dipermudah supaya juru rancang dapat menterjemahkannya kepada bentuk dan tujuan yang lebih jelas.

4.3.1

Reka bentuk Model

Model analisis serta pengintegrasian dengan aplikasi GIS untuk perancangan pemeliharaan kawasan warisan dirangka berasaskan kepada model asas yang dikemukakan oleh Simon (1977) dan Malczewski (1999). Secara konseptual, ia diasaskan kepada tiga fasa utama proses membuat keputusan iaitu peringkat intelligence, peringkat reka bentuk dan peringkat pemilihan (Rujuk Rajah 4.5).

Peringkat Intelligence Mengenalpasti masalah Analisis masalah Peringkat Reka bentuk Merangka model Menjana penyelesaian Peringkat Membuat Pilihan Menilai cadangan Membuat pilihan awal Membuat dan menjelaskan keputusan
PERANCANGAN PEMELIHARAAN KAWASAN WARISAN

GIS

Rajah 4.5: Model konseptual keseluruhan proses penyediaan sistem sokongan spatial bagi tujuan membuat keputusan

99 4.3.2 Metodologi Pelaksanaan Analisis

Rajah 4.6 menerangkan tentang metodologi bagi pelaksanaan analisis bagi kajian ini.

Dasar dan Strategi pembangunan negeri dan daerah Taiping

Matlamat dan objektif

Semakan maklumat dan data sekunder

Rancangan Struktur Negeri Perak

Rancangan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian

Rancangan Tempatan Kawasan MP Taiping

Isu ancaman kemusnahan bangunan warisan sejarah

Isu pengurusan pemeliharaan kawasan warisan

Analisis isu

Cadangan model analisis

Penetapan kriteria dan skor

Analisis Multi Criteria

Tindakan pemeliharaan kawasan dan bangunan warisan


Pengekalan Pemulihan Pembangunan semula

Penilaian Multi Criteria

Pemilihan dan penyediaan peta cadangan pemeliharaan warisan

Rajah 4.6: Metodologi Pelaksanaan Analisis

a) Pernyataan masalah dan objektif Analisis mengenai isu adalah berkenaan ancaman yang dihadapi oleh bangunan warisan dan isu pengurusan pemeliharaan kawasan warisan itu sendiri. Penjelasan dan huraian struktur isu dan masalah ini mengguna pakai kaedah

100 Problem and Objective Tree Analysis dalam menetapkan dan memilih faktor yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan daripada kaedah ini akan digunakan untuk penetapan objektif bagi setiap analisis berkenaan kawasan kajian.

b) Penetapan kriteria, pemberat dan skor Dengan berpandukan kepada struktur analisis masalah, kriteria yang diberikan akan dinilai bagi membolehkan tindakan pemeliharaan bagi kawasan warisan dirangka. Penetapan kriteria, pemberian pemberat dan skor adalah dibuat oleh pengkaji berdasarkan kepada kajian literatur.

c) Struktur dan sumber data Struktur data dikenal pasti berdasarkan kepada keperluan analisis yang akan dijalankan. Sumber data bagi tujuan analisis adalah diambil daripada laporanlaporan sektoral Rancangan Tempatan (RT) Daerah Larut Matang (2004-2005).

d) Formulasi model analisis Model analisis tindakan pemeliharaan bangunan warisan dan kawasan ancaman akan di struktur berpandukan analisis masalah dan isu yang dinyatakan. Analisis ini akan disokong perisian ArcGIS 9 dengan mengguna pakai analisis Multi Criteria.

4.4

KESIMPULAN

Pangkalan data asas yang telah direka bentuk mengandungi enam lapisan utama. Pemilihan maklumat dan data di atas diyakini mencukupi untuk menyokong analisis yang akan dijalankan di peringkat seterusnya. Seterusnya pangkalan data pemeliharaan kawasan warisan dan model analisis akan dilaksanakan terhadap kawasan kajian. Untuk tujuan pengurusan pemeliharaan kawasan warisan, ia hanya akan mengambil kira semua fakta yang dikhususkan dan kriteria yang benar-benar diperlukan sahaja bagi menghasilkan keputusan yang terbaik dan optimum.

BAB 5

MODEL ANALISIS PENENTUAN KAWASAN PEMELIHARAAN WARISAN

5.0

PENGENALAN

Perancangan

dan

pembangunan

di

pelbagai

peringkat

rancangan

pembangunan memerlukan alat yang mampu membuat penilaian dan analisis berkaitan persekitaran semasa dan tampungan pembangunan pada masa akan datang. Penjanaan senario pembangunan menggunakan GIS dapat membantu meningkatkan kualiti perancangan reruang dan penggubalan keputusan yang lebih rasional dan berkesan. Di dalam kajian ini, pendekatan GIS digunakan sebagai alat untuk

memodelkan analisis reruang bagi penentuan kawasan pemeliharaan warisan bagi kawasan kajian. Pendekatan model yang dianalisis dijanakan di dalam persekitaran grid. Ia melibatkan penggunaan model raster sebagai format analisis.

Bab ini akan menganalisis senario pembangunan semasa di kawasan kajian dan seterusnya membincangkan tentang kaedah penentuan kawasan yang memerlukan tindakan pemeliharaan secara pengkawasan berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang pelbagai. Hasil analisis akan dapat mengenal pasti senario pembangunan semasa kawasan kajian dan menyumbang kepada penentuan kawasan

102 pemeliharaan warisan bagi kawasan kajian. Ini membolehkan pengkaji menentu atau mencadangkan garis panduan atau piawaian pembangunan bagi pengekalan sumber warisan dan kemapanan pembangunan di kawasan kajian.

5.1

ANALISIS PEMBANGUNAN SEMASA

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk pemeliharaan di kawasan kajian. Kawasan kajian merupakan kawasan bandar dan pinggir bandar yang terdiri daripada pelbagai jenis guna tanah. Kawasan kajian juga adalah sebuah bandar yang mengandungi banyak komponen-komponen fizikal yang berunsurkan seni bina warisan. Ini termasuklah bangunan-bangunan lama dengan seni bina warisan, monumen sejarah yang masih kekal. Di samping itu, kawasan kajian juga kaya dengan persekitaran semula jadi seperti Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Kuala Sepetang dan banyak lagi yang menyokong kepada pembangunan bandar ini sebagai sebuah bandar yang kaya dengan warisan sejarahnya.

Memandangkan kawasan kajian adalah kawasan bandar lama yang masih mempunyai sumber jaya warisan yang unik, maka pembangunan yang bersesuaian dan berhati-hati patut diamalkan agar sumber jaya warisan ini dapat dipelihara dan dikekalkan. Oleh itu, perlu kepada satu pelan pemeliharaan kawasan sumber jaya warisan ini dibentuk agar tidak berlaku kemusnahan sumber sedia ada.

Penentuan kawasan pemeliharaan yang bertujuan untuk memastikan bahawa aset-aset berharga negara dipelihara sebaik mungkin perlu dirancang dengan sebaiknya. Perancangan dan pengenalpastian kawasan pemeliharaan yang berkesan perlu dilaksanakan supaya sumber jaya warisan ini tidak musnah dan diganggu ancaman pembangunan. Dengan ini, pendekatan GIS digunakan sebagai alat membantu perancangan kerana ia mampu membantu pengolahan, penganalisisan dan paparan data dengan berkesan serta membuat keputusan dengan baik.

103 5.1.1 Permodelan Analisis

Dalam kajian penentuan kawasan pemeliharaan warisan, model data raster yang bersaiz grid 0.5m x 0.5m digunakan. Penggunaan saiz ini adalah berdasarkan kepada keluasan kawasan kajian dan keupayaan perisian ArcGis 9 memproses data. Permodelan analisis ini akan dijanakan sepenuhnya dalam persekitaran GRID.

Permodelan senario pembangunan semasa bagi kajian ini melibatkan penggunaan maklumat guna tanah dalam pembentukan model analisis. Ini bertujuan untuk melihat pengaruh guna tanah kepada penentuan kawasan pemeliharaan warisan.

5.1.2

Penemuan Analisis

Hasil analisis keadaan semasa kawasan kajian mendapati sebahagian besar daripada guna tanah sedia ada adalah terdiri dari guna tanah institusi, perniagaan dan kediaman. Guna tanah ini meliputi kawasan bersejarah dan mempunyai sumber tarikan pelancongan. Guna tanah perniagaan di kawasan kajian terdiri daripada majoriti rumah kedai lama 2 tingkat yang mempunyai ciri-ciri seni bina unik yang perlu dikekalkan. Kebanyakan rumah kedai tersebut mempunyai nilai warisan sejarah yang tinggi yang dibina pada zaman pemerintahan British iaitu daripada tahun 1880an hingga 1960an. Begitu juga dengan guna tanah institusi dan kediaman yang mana masing-masing mempunyai taburan bangunan dengan keunikan sejarah. Hasil analisis keadaan semasa juga menunjukkan bahawa Taiping juga mempunyai pelbagai warisan sejarah yang lain sama ada dalam bentuk tangible ataupun intangible. Rupa bentuk kawasan kajian adalah hasil daripada gabungan unsur-unsur warisan, persekitaran semula jadi dan landskap yang menarik, kawasan rekreasi dan kawasan lapang yang mempunyai fungsi tersendiri serta lot-lot jalan yang

104 membentuk karakter Taiping. Ini dilihat menyumbang kepada idea menjadikan Taiping sebagai Bandar Warisan, Bandar Pelancongan dan Bandar Taman.

Di samping itu penemuan daripada analisis keadaan semasa juga menunjukkan dasar Rancangan Struktur sedia ada juga telah menetapkan untuk mengekalkan serta memelihara kesemua kawasan bersejarah dan sumber tarikan pelancongan dalam kawasan bandar dan luar bandar. Ia juga menekankan pembangunan secara integrasi dengan persekitarannya untuk meningkatkan daya tarikan. Dasar Rancangan Struktur Negeri Perak (2002-2020) juga ada mengatakan bahawa kesemua guna tanah rekreasi sedia ada akan dikekalkan.

Daripada pernyataan dasar-dasar ini, secara tidak langsung membantu dalam usaha-usaha pemeliharaan kawasan warisan secara umumnya. Walaupun begitu perlu kepada satu tindakan pemeliharaan yang khusus terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai banyak sumber jaya warisan ini agar ia tidak menjadi sasaran pembangunan pada masa akan datang. Kawasan warisan ini perlu diurus dengan rapi dan tidak menggalakkan sebarang pembangunan yang boleh menjejaskan kualiti kawasan tersebut.

5.2

ANALISIS PENENTUAN KAWASAN PEMELIHARAAN WARISAN

Seterusnya, setelah senario semasa kawasan kajian dikenal pasti, permodelan analisis penentuan kawasan pemeliharaan menggunakan pendekatan analisis model Grid melalui kaedah pertindihan dilaksanakan.

Berdasarkan daripada kajian literatur, pengkaji telah mengkategorikan kawasan-kawasan yang memerlukan tindakan pemeliharaan ini kepada tiga zon pemeliharaan. Justifikasi setiap zon-zon pemeliharaan ini adalah seperti yang diterangkan dalam Jadual 5.1 di bawah. Seterusnya, pelaksanaan model analisis ini dapat menunjukkan ketiga-tiga zon ini diterapkan pada kawasan kajian.

105 Jadual 5.1: Justifikasi Zon-zon Pemeliharaan Kawasan Warisan Klasifikasi zon Justifikasi Rujukan Kawasan yang mempunyai kepentingan sejarah merangkumi elemen-elemen seperti bangunan-bangunan, monumenmonumen, mercu tanda, gereja, kota lama dan pokok-pokok. Kawasan ini lebih teratur dan Chahlakbur terancang. Sigh, 1986 Terdiri daripada kelompok bangunanbangunan yang mempunyai Suddard, 1982 keistimewaan seni bina atau kepentingan budaya atau berkepentingan sejarah. Kawasan ini dikekalkan dan dipertingkatkan keseluruhannya. Kawasan yang mempunyai elemenelemen fizikal yang mempunyai kepentingan sejarah. Elemen-elemen fizikal ini tidak semestinya bersejarah Chahlakbur tetapi mestilah mempunyai usia 100 Sigh, 1986 tahun atau lebih Kelompok bangunan-bangunan yang mempunyai keistimewaan seni bina, Rodwell, 1975 budaya atau sejarah yang tidak tersenarai dari zon pemeliharaan bandar Whysall, 1982 Pemeliharaan ditekankan kepada fabrik bangunan seperti bumbung dan fasad yang menghadap jalan Kawasan lingkungan terluar yang terdiri daripada pelbagai aktiviti guna S. Cantacuzino, tanah. 1996 Zon galakkan bagi pembangunan baru

Zon pemeliharaan bandar

Zon pemeliharaan luar

Zon penampan

Terdapat tiga aspek pemeliharaan yang diambil kira dalam analisis kajian ini. Tiga komponen ini adalah pemeliharaan dari aspek guna tanah, peletakan, dan visual rupa bandar. Ketiga-tiga aspek pemeliharaan ini digunakan dalam analisis untuk mewujudkan zon-zon pemeliharaan seperti yang telah dinyatakan. Walaupun hasil daripada kajian literatur menunjukkan terdapat banyak faktor lain yang diambil kira dalam menentukan sama ada sesuatu kawasan itu memerlukan pemeliharaan atau tidak seperti faktor penduduk, sosioekonomi, bencana, tetapi ia tidak dimasukkan

106 dalam melaksanakan analisis ini. Batasan kajian ini hanya melibatkan faktor-faktor pemeliharaan guna tanah, visual rupa bandar dan peletakan seperti yang dinyatakan di atas sahaja. Justifikasi pemakaian ketiga-tiga aspek ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2: Justifikasi Pemilihan Aspek Pemeliharaan Kawasan Warisan Klasifikasi Justifikasi Guna tanah perdagangan dan perniagaan mengalami tekanan pembangunan terutama di kawasan pusat bandar. Kawasan kediaman dengan mempunyai seni bina warisan haruslah dikekalkan Kawasan badan air yang digazet sebagai KSAS sokongan hidup tidak boleh dibangunkan Kawasan majoriti deretan bangunan lama haruslah dipelihara Kawasan ini dikekalkan dan dipertingkatkan keseluruhannya. Pandangan antara bangunan dan kawasan hijau/ lapang Pandangan yang formal pada dalam dan luar bangunan Visual bandar atau kawasan bandar dengan persekitaran semula jadi atau buatan manusia Menekankan kepada rupa bandar seperti yang terbentuk daripada lot-lot jalan Kepekaan dan penghormatan terhadap komponen fizikal yang membentuk suasana tempat Rujukan Rancangan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian (19902010) Syed Zainol Abidin Idid, 1996 Suddard, 1982

Pemeliharaan Dari Segi Guna tanah

Pemeliharaan Dari Segi Kualiti Visual

Syed Zainol Abidin Idid, 1996

Pemeliharaan Dari Segi Peletakan Sumber

Syed Zainol Abidin Idid, 1996 Charter, 1992

Faktor guna tanah mengandungi lapisan perniagaan, institut, badan air, kawasan lapang dan kediaman. Faktor guna tanah dibentuk melalui penjanaan taburan guna tanah perniagaan, kediaman, institusi, badan air dan kawasan hijau/ rekreasi. Faktor guna tanah adalah faktor yang paling penting dan mempunyai keutamaan yang paling tinggi bagi kajian ini. Penjanaan jaringan jalan seperti jarak dari jalan utama dan jarak dari terminal pengangkutan pula diklasifikasikan sebagai faktor peletakan. Manakala faktor visual dibahagikan kepada jarak dari kawasan

107 hijau atau rekreasi, jarak dari badan air dan jarak dari bangunan warisan. Faktor visual rupa bandar menghasilkan elemen imej visual dan karakter bandar yang patut dipelihara. Penjanaan faktor visual rupa bandar ini adalah dalam jarak pandangan dari kawasan hijau/ rekreasi, jarak dari badan air dan jarak dari bangunan warisan dan elemen landskap. Faktor-faktor ini diubah suai daripada kriteria pemeliharaan yang diperoleh daripada kajian literatur. Penetapan kriteria-kriteria yang digunakan dalam permodelan analisis ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 5.3.

Jadual 5.3: Penetapan Kriteria yang Digunakan


ASPEK
GUNA TANAH

KRITERIA
Jarak dari kawasan perniagaan

PENERANGAN
Buffer 100m = ancaman tinggi > 200m = ancaman rendah Buffer 100m = ancaman tinggi > 300m = ancaman rendah

RATING
100m = 5 200m = 3 >200m = 1 100m = 5 200m = 3 300m = 2 >300m = 1

PEMBERAT
3 2 1 3 2 2 1 3 2 2 1 3 2 2 1 3 2 1 3 2 1

SKOR
15 6 1 15 6 4 1 15 6 4 1 15 6 4 1 15 4 1 15 6 1

Jarak dari kawasan institusi

Jarak dari kawasan badan air

Buffer 100m = ancaman tinggi Buffer 200m = ancaman sederhana > 500m = ancaman rendah

100m = 5 200m = 3 500m = 2 >500m = 1 100m = 5 200m = 3 500m = 2 >500m = 1

Jarak dari kawasan hijau/ rekreasi

Buffer 100m = ancaman tinggi > 500m = ancaman rendah

Jarak dari kawasan kediaman

Buffer 50m = ancaman tinggi > 100m = ancaman rendah

50m = 5 100m = 2 >100m = 1

VISUAL RUPA BANDAR

Jarak dari kawasan bangunan warisan

Buffer 250m = sangat mempengaruhi imej Buffer 500m = mempengaruhi imej > 500m = kurang mempengaruhi imej

250m = 5 500m = 3 >500m = 1

Jarak dari badan air

Buffer 100m = visual sangat menarik > 500m = kurang mempengaruhi imej

100m = 5 200m = 3 500m = 2 >500m = 1

3 2 2 1

15 6 4 1

108
Jarak dari kawasan hijau/ rekreasi Buffer 100m = sangat mempengaruhi imej > 500m = kurang mempengaruhi imej 100m = 5 200m = 3 500m = 2 >500m = 1 PERLETAKAN Jarak dari jalan utama Buffer 100m = ancaman tinggi Buffer 200m = sederhana >200m = ancaman rendah Jarak dari terminal pengangkutan Buffer 100m = ancaman tinggi Buffer 200m = sederhana >200m = ancaman rendah 100m = 5 200m = 3 >200m = 1 3 2 1 15 6 1 100m = 5 200m = 3 >200m = 1 3 2 2 1 3 2 1 15 6 4 1 15 6 1

Pendekatan kaedah Spatial Multi Criteria Analysis digunakan dalam penjanaan analisis ini, di mana setiap kriteria akan diberi skor dan pemberat mengikut keutamaan. Proses penganalisaan akan berdasarkan kepada nilai pemberat dan rating bagi setiap faktor. Seterusnya, hasil-hasil penjanaan ini digabungkan bagi menjana dan mengenal pasti kawasan yang sangat memerlukan tindakan pemeliharaan. Penggabungan hasil-hasil penjanaan ini menggunakan operasi

pertindihan pemberat.

Teknik tindihan pemberat (weighted overlay) mengaplikasikan nilai skor bagi data yang pelbagai untuk mewujudkan pengintegrasian analisis. Bagi mengenal pasti kawasan yang paling memerlukan pemeliharaan, komponen yang berbeza bagi setiap faktor diklasifikasikan berdasarkan kepentingannya terhadap penentuan zon pemeliharaan.

Parameter setiap faktor diklasifikasikan dengan skala yang sesuai iaitu 1 hingga 3. Teknik ini mengklasifikasikan nilai lapisan data input bergantung kepada indeks kesesuaian spatial bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pemeliharaan warisan di Bandar Taiping. Nilai input merupakan pemberat mengikut kepentingan dan jumlahnya akan menghasilkan nilai output. Bagi kawasan yang difikirkan memerlukan pemeliharaan, nilai relatif ditetapkan pada skala 1 hingga 3, dengan nilai 1 bagi kawasan yang kurang memerlukan pemeliharaan dan nilai 3 adalah sangat memerlukan pemeliharaan.

109 Formula bagi operasi ini adalah: % Kepentingan x Nilai Skor = Nilai Output Kesesuaian kawasan perumahan = ( [kriteria1* 0.1] + [kriteria2*0.4] + [kriteria3*0.3] + [kriteria4*0.2] )

Sumber: Mohd Anuar Maidin, 2004

5.2.1

Permodelan Penentuan Kawasan Pemeliharaan Warisan

Permodelan penentuan kawasan pemeliharaan warisan ini menggunakan aplikasi model builder dan dibangunkan dalam persekitaran raster dan format grid. Sistem raster digunakan kerana ia berkeupayaan untuk menyimpan, mengurus dan menganalisis data yang diperlukan. Ia juga mampu menjalankan analisis mengikut kesesuaian serta dapat memaparkan hasil analisis melalui pelan yang efektif (Store and Jokimaki, 2003).

i. Faktor pemeliharaan dari segi guna tanah

a) Kawasan dalam guna tanah perniagaan Bagi peringkat awal analisis, lapisan perniagaan dan lapisan

sempdn_bdrtaiping akan melalui operasi Union bagi mendapatkan kawasan perniagaan yang terletak dalam Mukim Taiping sahaja di mana lapisan niaga akan dihasilkan. Seterusnya, bagi analisis jarak dalam kawasan guna tanah perniagaan, operasi Multiple Ring Buffer digunakan pada lapisan niaga bagi mewujudkan buffer yang berjarak 100 meter, 200 meter dan lebih daripada 200 meter. Lapisan niagabuf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping untuk mendapatkan buffer kawasan perniagaan yang termasuk dalam Mukim Taiping. Lapisan niagabuf_clip terhasil dan pada peringkat ini, setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan

110 niagabuf_clip ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula atau reclassify mewujudkan lapisan niaga_class (Rujuk Rajah 5.1).

Melalui operasi reclassify, kawasan di dalam buffer kurang daripada 100 meter diberi nilai 3, 200 meter diberi nilai 2 manakala kawasan lebih daripada 200 meter bernilai 1. Ini menunjukkan nilai 3 adalah kawasan yang paling diancam pembangunan dan sangat memerlukan kepada pemeliharaan (Rujuk Rajah 5.2).

Rajah 5.1: Model analisis kawasan guna tanah perniagaan

Rajah 5.2: Kawasan guna tanah perniagaan yang memerlukan pemeliharaan

b) Guna tanah institusi Lapisan Institusi dan lapisan sempdn_bdrtaiping akan melalui operasi Union bagi mendapatkan kawasan perniagaan yang terletak dalam Mukim Taiping sahaja di mana lapisan institut dihasilkan. Seterusnya, bagi analisis jarak dalam kawasan guna tanah institusi, operasi Multiple Ring Buffer digunakan pada lapisan institut bagi mewujudkan buffer yang berjarak 100 meter, 200 meter, 300 meter dan lebih daripada 300 meter. Lapisan institutbuf dihasilkan dan

111 kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping untuk mendapatkan buffer kawasan institut yang termasuk dalam Mukim Taiping. Lapisan institutbuf_clip terhasil dan pada peringkat ini, setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula atau reclassify mewujudkan lapisan institutclass (Rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Model bagi analisis kawasan guna tanah institusi Melalui operasi reclassify, kawasan yang terletak di dalam lingkungan guna tanah institusi yang memerlukan pemeliharaan dikelaskan semula kepada tiga kategori di mana kawasan yang sangat memerlukan pemeliharaan diberi nilai 3, nilai 2 bagi kawasan yang perlu pemeliharaan dan nilai 1 bagi kawasan yang tidak memerlukan pemeliharaan (Rujuk Rajah 5.4).

Rajah 5.4: Kawasan guna tanah institusi yang memerlukan pemeliharaan

112 c) Guna tanah kawasan lapang Seperti sebelumnya, operasi Union bagi lapisan KawLapang dan lapisan sempdn_bdrtaiping dijalankan untuk mendapatkan kawasan hijau dan kawasan rekreasi yang terletak dalam Mukim Taiping sahaja di mana lapisan kaw dihasilkan. Seterusnya, bagi analisis jarak dalam kawasan guna tanah institusi, operasi Multiple Ring Buffer digunakan pada lapisan kaw bagi mewujudkan buffer yang berjarak 100 meter, 200 meter, 500 meter dan lebih daripada 500 meter. Lapisan kawbuf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping untuk mendapatkan buffer kawasan rekreasi/ hijau yang termasuk dalam Mukim Taiping. Lapisan kaw_Clip terhasil dan pada peringkat ini, setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula atau reclassify mewujudkan lapisan kaw_class (Rujuk Rajah 5.5).

Rajah 5.5: Model bagi analisis guna tanah kawasan rekreasi/ hijau Melalui operasi reclassify, kawasan yang terletak di dalam lingkungan guna tanah kawasan rekreasi dan kawasan hijau yang memerlukan pemeliharaan dikelaskan semula kepada tiga kategori di mana kawasan yang sangat memerlukan pemeliharaan diberi nilai 3, nilai 2 bagi kawasan yang perlu pemeliharaan dan nilai 1 bagi kawasan yang tidak memerlukan pemeliharaan. Ini menunjukkan bahawa kawasan yang bernilai 3 adalah kawasan rekreasi/ hijau yang paling terancam dan kawasan ini perlulah diberi perhatian sewajarnya (Rujuk Rajah 5.6).

113

Rajah 5.6: Kawasan guna tanah rekreasi/ hijau yang memerlukan pemeliharaan

d) Guna tanah kediaman Operasi Union bagi lapisan Kediaman dan lapisan sempdn_bdrtaiping dijalankan untuk mendapatkan kawasan kediaman yang terletak dalam Mukim Taiping sahaja. Seterusnya, bagi analisis jarak dalam kawasan guna tanah institusi, operasi Multiple Ring Buffer digunakan pada lapisan kediaman_union bagi mewujudkan buffer yang berjarak 50 meter, 100 meter dan lebih daripada 100 meter. Lapisan kediamanbuf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping untuk mendapatkan buffer kawasan kediaman yang termasuk dalam Mukim Taiping. Lapisan kediaman_Clip terhasil dan pada peringkat ini, setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula atau reclassify mewujudkan lapisan kediaman_class (Rujuk Rajah 5.7).

Rajah 5.7: Model bagi analisis kawasan guna tanah kediaman

114 Melalui operasi reclassify, kawasan di dalam buffer kurang daripada 50 meter diberi nilai 3, 100 meter diberi nilai 2 manakala kawasan lebih daripada 100 meter bernilai 1. Ini menunjukkan nilai 3 adalah kawasan yang paling diancam pembangunan dan sangat memerlukan kepada pemeliharaan (Rujuk Rajah 5.8).

Rajah 5.8: Kawasan guna tanah kediaman yang memerlukan pemeliharaan

e) Guna tanah badan air Operasi yang dijalankan adalah mengikut langkah yang sama tetapi pada peringkat operasi Multiple Ring Buffer pada lapisan badanair operasi menetapkan jarak buffer iaitu 100 meter, 200 meter, 500 meter dan lebih daripada 500 meter. Lapisan airbuf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping untuk mendapatkan buffer kawasan badan air yang termasuk dalam Mukim Taiping. Lapisan air_Clip terhasil dan setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula atau reclassify mewujudkan lapisan air_class (Rujuk Rajah 5.9). Melalui operasi reclassify, kawasan ini dikelaskan semula kepada tiga kategori di mana kawasan yang sangat memerlukan pemeliharaan diberi nilai 3, nilai 2 bagi kawasan yang perlu pemeliharaan dan nilai 1 bagi kawasan yang tidak memerlukan pemeliharaan (Rujuk Rajah 5.10).

115

Rajah 5.9: Model bagi analisis kawasan guna tanah badan air

Rajah 5.10: Kawasan guna tanah badan air yang memerlukan pemeliharaan

f) Operasi Weighted Overlay bagi Komponen Guna Tanah

Untuk mendapatkan hasil akhir daripada kesemua komponen guna tanah yang digunakan, setiap output dari guna tanah perniagaan, institusi, kediaman, kawasan rekreasi/ hijau dan badan air akan disatukan menerusi operasi pertindihan pemberat (Weighted Overlay). Setelah itu, pengiraan raster (Raster Calculation) dibuat untuk mendapatkan nilai akhir dengan memberi pemberat kepada setiap komponen guna tanah yang digunapakai. Satu output diperoleh dan ia akan menjalani proses pengelasan semula (reclassify) bagi mendapatkan satu hasil yang lebih nyata (Rujuk Rajah 5.11).

116

Raster Calculator

Output raster

Reclassify

Kaw_gtnh

Rajah 5.11: Model analisis kawasan guna tanah yang memerlukan pemeliharaan

Bagi operasi Weighted Overlay untuk komponen guna tanah, faktor pemeliharaan guna tanah perniagaan diberi nilai 40% kerana ia dikenal pasti sebagai faktor paling penting bagi komponen guna tanah. Ini diikuti oleh faktor guna tanah badan air dan institusi dengan masing-masing diberi nilai kepentingan sebanyak 20% dan 10% bagi faktor guna tanah kawasan lapang dan kediaman. Untuk mendapatkan nilai akhir (output value) bagi komponen guna tanah,

peratus kepentingan (% influence) didarabkan dengan nilai skor (Skor value).

Di mana: Pemeliharaan dari = segi guna tanah [(fPniagaan * 0.4) + (fBadanair * 0.2) + (fKawrekreasi * 0.1) + (fInstitut * 0.2) + (fKediaman * 0.1)]

Setelah itu, proses pengelasan semula dibuat dan hasilnya menunjukkan kawasan yang sangat memerlukan pemeliharaan, kawasan yang perlu dipelihara dan kawasan yang kurang memerlukan pemeliharaan (Rujuk Rajah 5.12).

117

Rajah 5.12: Kawasan pemeliharaan dari segi guna tanah

118 ii. Faktor pemeliharaan dari segi visual rupa bandar

a) Bangunan bersejarah Seperti juga di atas, operasi yang dijalankan adalah mengikut langkah yang sama tetapi menggunakan Multiple Ring Buffer berjarak 250 meter, 500 meter dan lebih daripada 500 meter. Lapisan bgn2buf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping mewujudkan lapisan bgn2Clip. Setelah itu, lapisan tadi digabungkan dalam operasi Union dan setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula mewujudkan lapisan bgn2_class sebagai hasil output (Rajah 5.13). Melalui operasi reclassify, kawasan ini dikelaskan semula kepada tiga kategori. Kawasan bernilai 3 merupakan kawasan sangat memerlukan pemeliharaan dari segi visual keunikan aset (Rajah 5.14).

Rajah 5.13: Model analisis pemeliharaan dari segi visual bangunan

Rajah 5.14: Kawasan pemeliharaan dari segi visual bangunan

119 b) Kawasan hijau atau rekreasi Analisis kualiti visual kawasan rekreasi menggunakan operasi Multiple Ring Buffer pada lapisan tnh2 berjarak 100 meter, 200 meter, 500 meter dan lebih daripada 500 meter. Lapisan tnh2buf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping mewujudkan lapisan tnh2Clip. Setelah itu, lapisan tadi digabungkan dalam operasi Union dan setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula mewujudkan lapisan tnh2_class sebagai hasil output (Rajah 5.15). Melalui operasi relasinya, kawasan ini dikelaskan semula kepada tiga kategori dengan kawasan bernilai 3 adalah kawasan yang sangat memerlukan pemeliharaan visual supaya keunikan sumber jaya semula jadi ini tidak diganggu (Rajah 5.16).

Rajah 5.15: Model analisis pemeliharaan dari segi visual kawasan rekreasi

Rajah 5.16: Kawasan pemeliharaan dari segi visual kawasan rekreasi

120 c) Badan air Bagi analisis ini, operasi yang dijalankan adalah mengikut langkah yang sama. Ia menggunakan operasi Multiple Ring Buffer pada lapisan air2 bagi mewujudkan buffer yang berjarak 100, 200, 500 dan lebih daripada 500 meter. Lapisan air2buf dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping mewujudkan lapisan air2Clip. Setelah itu, lapisan tadi digabungkan dalam operasi Union dan setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula mewujudkan lapisan air2_class sebagai hasil output akhir (Rajah 5.17). Melalui operasi reclassify, kawasan ini dikelaskan semula kepada tiga kategori. Kawasan bernilai 3 adalah kawasan badan air yang sangat memerlukan pemeliharaan visual bagi mengekalkan karakter Taiping yang menarik (Rajah 5.18).

Rajah 5.17: Model analisis pemeliharaan dari segi visual kawasan badan air

Rajah 5.18: Kawasan pemeliharaan dari segi visual kawasan badan air

121 d) Operasi Weighted Overlay bagi Komponen Pemeliharaan Visual Setiap output dari kriteria utama pemeliharaan visual yang dipilih akan digabungkan menerusi operasi pertindihan pemberat seperti kaedah yang sama digunakan dalam analisis sebelum ini. Setelah itu, pengiraan raster (Raster Calculation) dibuat untuk mendapatkan nilai akhir dengan memberi pemberat kepada setiap komponen visual yang diambil kira (Rujuk Rajah 5.19).

Raster Calculator

Rajah 5.19: Model analisis kawasan pemeliharaan visual

Proses

penentuan

nilai

pemberat

bagi

kriteria

yang

digunakan

memperlihatkan faktor visual hasil dari keunikan bangunan-bangunan sejarah di Taiping diberi nilai 50% kerana dikenal pasti sebagai faktor paling penting. Ini diikuti oleh faktor badan air dengan nilai kepentingan 30% dan 20% bagi faktor kawasan rekreasi. Untuk mendapatkan nilai akhir (output value) bagi komponen visual, peratus kepentingan (% influence) didarabkan dengan nilai skor (Skor value).

Di mana: Pemeliharaan dari = segi visual rupa bandar [(fkawrekreasi * 0.2) + (fBadanair * 0.3) + (fBgn * 0.1)]

Satu output diperoleh dan ia akan menjalani proses pengelasan semula (reclassify) bagi mendapatkan satu hasil yang lebih nyata. Hasil analisis menunjukkan kawasan dalam bandar adalah merupakan kawasan utama

122 pemeliharaan visual dengan nilai 3. Oleh itu pemeliharaan kualiti visual haruslah lebih ditekankan di kawasan bandar berbanding kawasan lain (Rujuk Rajah 5.20).

Rajah 5.20: Kawasan pemeliharaan dari segi visual rupa bandar

iii. Faktor pemeliharaan dari segi peletakan

a) Berhampiran jalan utama Seperti analisis terdahulu, lapisan jln digabungkan lapisan

sempdn_bdrtaiping dalam operasi Union dan operasi yang dijalankan bagi analisis ini adalah mengikut langkah yang sama. Ia menggunakan operasi

Multiple Ring Buffer pada lapisan jln bagi mewujudkan buffer yang berjarak 100, 200 dan lebih daripada 200 meter. Lapisan jlnbuff dihasilkan dan kemudiannya melalui operasi Clip dengan lapisan sempdn_bdrtaiping mewujudkan lapisan jln2_Clip. Pada peringkat ini setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya

123 lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula mewujudkan lapisan Reclass_feat2 sebagai hasil output akhir (Rajah 5.21).

Rajah 5.21: Model analisis kawasan pemeliharaan peletakan di jalan utama

Melalui operasi reclassify, kawasan ini dikelaskan semula kepada dua kategori dengan kawasan bernilai 2 adalah kawasan sumber jaya yang sangat memerlukan pemeliharaan dari segi peletakan di jalan utama (Rajah 5.22).

Rajah 5.22: Kawasan pemeliharaan dari segi peletakan berhampiran jalan utama

b) Berdekatan stesen atau terminal pengangkutan Dalam menjalankan analisis ini, langkah yang diaplikasi adalah

menggunakan langkah yang sama dengan analisis terdahulu tetapi menggunakan operasi Multiple Ring Buffer pada lapisan stsn bagi mewujudkan buffer yang berjarak 100, 200 dan lebih daripada 200 meter. Setiap jarak buffer diberi skor. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula mewujudkan lapisan stsn_class sebagai hasil output akhir (Rajah 5.23).

124

Stsn 2

Stsn _clip

Stsn _ras

Stsn class

Rajah 5.23: Model analisis kawasan pemeliharaan peletakan terminal pengangkutan

Hasil output menunjukkan kawasan bernilai 3 adalah kawasan yang patut dipelihara disebabkan peletakannya yang berhampiran kawasan terminal pengangkutan. Ini disebabkan oleh kawasan ini menjadi pintu masuk bagi penduduk dan pelancong (Rajah 5.24).

Rajah 5.24: Pemeliharaan dari segi peletakan berdekatan terminal pengangkutan

c) Operasi Weighted Overlay bagi Komponen Pemeliharaan Peletakan Setiap output dari kriteria utama pemeliharaan dari segi peletakan yang dipilih akan digabungkan menerusi operasi pertindihan pemberat seperti kaedah yang sama digunakan dalam analisis sebelum ini. Setelah itu, pengiraan raster (Raster Calculation) dibuat untuk mendapatkan nilai akhir dengan memberi pemberat kepada setiap komponen peletakan yang diambil kira (Rujuk Rajah 5.25).

125

Raster Calculator

Output raster

PLETAKAN

Rajah 5.25: Model analisis kawasan pemeliharaan peletakan sumber jaya warisan

Proses

penentuan

nilai

pemberat

bagi

kriteria

yang

digunakan

memperlihatkan faktor peletakan sumber jaya di jalan utama diberi nilai 70% kerana dikenal pasti sebagai faktor paling penting. Ini diikuti oleh faktor peletakan di kawasan terminal pengangkutan dengan nilai kepentingan 30%. Untuk mendapatkan nilai akhir (output value) bagi komponen peletakan, peratus kepentingan (% influence) didarabkan dengan nilai skor.

Di mana: Pemeliharaan dari segi peletakan = [(fJlnUtama * 0.7) + (fStesen * 0.3)]

Hasil analisis menunjukkan kawasan dengan nilai 3 adalah kawasan yang sangat memerlukan pemeliharaan jika diambil kira dari segi peletakan sumber jaya warisan. Ini adalah disebabkan ia banyak berkait rapat dengan faktor

kepentingan sumber jaya itu sendiri kepada pembentukan imej Taiping (Rujuk Rajah 5.26).

126

Rajah 5.26: Kawasan pemeliharaan dari segi peletakan

iv) Operasi Overlay Keseluruhan Komponen

Lapisan komponen guna tanah diberi nilai 50% kerana ia dikenal pasti sebagai komponen paling penting bagi penentuan kawasan yang sesuai untuk pemeliharaan warisan. Lapisan komponen visual rupa bandar diberi nilai 40% disebabkan ia juga dikenal pasti sebagai komponen penting bagi model penentuan kawasan pemeliharaan. Manakala nilai 10% ditetapkan bagi komponen peletakan. Operasi overlay dijanakan melalui model builder dalam perisian Arcgis 9 dan raster calculation dibuat bagi mendapatkan output akhir analisis penentuan kawasan pemeliharaan warisan ini (Rajah 5.27). Hasil daripada operasi ini digunakan untuk

127 mengenal pasti kawasan yang paling memerlukan pemeliharaan warisan bagi Bandar Taiping Kawasan bernilai 3 merupakan kawasan yang dikenal pasti sangat memerlukan pemeliharaan (Rujuk Rajah 5.28).

Persamaan pengiraan raster yang dijalankan adalah: Pemeliharaan Kawasan Warisan = ([fGtnh * 0.5] + [fVisual * 0.4] + [fLetakan * 0.1])

Output dari komponen guna tanah

Output dari komponen visual

Output dari komponen peletakan

Rajah 5.27: Penggabungan keseluruhan komponen

128

TANPA SKALA

RAJAH 5.28 KAWASANPEMELIHARAAN WARISAN BANDAR TAIPING

PETUNJUK: Kurang memerlukan pemeliharaan Memerlukan pemeliharaan Sangat memerlukan pemeliharaan

Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina,UTM

129 5.2.2 Penemuan Analisis

Model penentuan kawasan pemeliharaan warisan ini telah mengenal pasti tiga kawasan utama pemeliharaan. Kawasan pemeliharaan warisan yang dicadangkan adalah meliputi kawasan dengan nilai 3 dan 2 di mana ia adalah kawasan yang sangat terancam dan memerlukan pemeliharaan. Manakala kawasan dengan nilai 1 adalah kawasan yang kurang terancam tetapi sesuai dijadikan kawasan penampan bagi kawasan pemeliharaan. Bagi menghasilkan zon pemeliharaan yang jelas, maka kawasan ini telah disusun semula kepada tiga zon utama merujuk kepada kawasan yang lebih besar. Ini bermakna kawasan

pemeliharaan tahap 2 yang termasuk dalam kawasan majoriti tahap 3 akan dikategorikan sebagai kawasan pemeliharaan tahap 2 dan seterusnya. Ini adalah bagi memudahkan kerjakerja perancangan dan pengurusan dilakukan ke atas kawasan ini.

5.3

ANALISIS TINDAKAN PEMELIHARAAN BANGUNAN WARISAN

Hasil penentuan kawasan pemeliharaan telah mengenal pasti kawasan pusat bandar Taiping sebagai kawasan utama pemeliharaan. Oleh itu, untuk memantapkan lagi usaha pemeliharaan ini maka analisis tindakan pemeliharaan dibuat ke atas bangunan-bangunan yang terdapat dalam kawasan pusat bandar ini disebabkan ia merupakan sumber jaya yang sangat penting kepada kawasan bandar Taiping. Ini dilakukan dengan membangunkan satu model analisis tindakan pemeliharaan bangunan warisan (Rajah 5.29).

130

Cadangan kawasan tindakan pemeliharaan bangunan

Rajah 5.29: Pembangunan model analisis tindakan pemeliharaan bangunan

Model analisis ini akan melalui beberapa peringkat sebelum kawalan tindakan pemeliharaan diberikan. Bangunan-bangunan yang dianalisis merupakan bangunan yang dibina sebelum perang. Ringkasan kaedah analisis yang digunakan dalam menghasilkan model ini adalah seperti Rajah 5.30. Model Analisis Tindakan Pemeliharaan Bangunan Penentuan kriteria berdasarkan keperluan pemeliharaan bangunan Analisis preliminary Union, Reselect, Skor Analisis raster menggunakan skor dan raster calculation Hasil akhir pelan bangunan yang memerlukan tindakan sesuai
Kategori bangunan yang berisiko Bangunan yang mempunyai potensi sumberjaya warisan

Rajah 5.30: Kaedah Analisis Model Tindakan Pemeliharaan Bangunan

131 Bangunan-bangunan warisan ini dinilai mengikut pertimbangan gaya seni bina, keadaan dan struktur bangunan, kepentingan sejarah dan kepentingan peletakan untuk mengkategorikan bangunan tersebut mengikut tindakan pemeliharaan (Syed Zainol Abidin Idid, 1996). Pertimbangan-pertimbangan ini menjadi komponen utama analisis di mana justifikasi pemilihan aspek ini adalah diterangkan pada Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Justifikasi Komponen Analisis Aspek Kepentingan bangunan Justifikasi Bangunan dengan nilai sejarah bagi negara, negeri dan tempatan dilihat sebagai satu aset yang berharga dan sangat berpotensi untuk dipelihara. Bangunan di mana berlaku peristiwa sejarah negara yang penting akan diberi skor tinggi dan seterusnya. Ia adalah penting untuk terus mengekalkannya bagi generasi akan datang. Seni bina bangunan penting untuk memberi identiti bangunan tersebut seterusnya kepada kawasan. Ia berkait rapat dengan umur bangunan di mana semakin lama bangunan tersebut semakin tinggi nilai sejarahnya. Bangunan dengan senibina rumah kedai awal atau dibina pada tahun 1870 hingga 1900 diberi skor tertinggi. Setiap aspek yang menyumbang kepada penghasilan senibina bangunan tersebut haruslah dipelihara. Bangunan-bangunan dikategorikan untuk menentukan tindakan spesifik awalan berdasarkan tahap pemulihan yang patut dilaksanakan. Bangunan yang terletak dalam kategori A adalah dalam kondisi sangat baik dan diberi skor tinggi. Ia adalah sangat berpotensi untuk dikekalkan sebagai potensi warisan yang utama. Aksesibiliti memainkan peranan dalam sesebuah kawasan tarikan. Untuk melihat potensi bangunan, ia akan dinilai dari segi peletakannya sama ada membawa kesan positif terhadap karakter kawasan setempat atau menyumbang impak negatif terhadap identiti kawasan itu. Bangunan yang dekat dengan jalan utama akan diberi skor tinggi disebabkan bangunan di kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi pembentukan dan pembangunan karakter serta imej kawasan tersebut.

Seni bina bangunan

Kategori bangunan

Peletakan

Setelah itu, penetapan kriteria dibuat dengan mengambil kira kepentingankepentingan setiap aspek yang dinyatakan. Penetapan kriteria yang digunakan ini ditunjukkan dalam Jadual 5.5.

132 Jadual 5.5: Penetapan Kriteria Yang Digunakan Aspek


Kepentingan Negara Negeri Tempatan Seni bina Rumah kedai awal Straits Eclectic Rumah kedai era peralihan Art Deco Moden Kategori Bangunan Kategori A Kategori B Kategori C Kategori D Kategori E Peletakan Jalan Daerah Jalan Tempatan

Kriteria

Rating
5 3 2 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 3

Pemberat
3 2 1 3 3 2 2 1 3 3 2 2 1 3 2

Skor
15 6 2 15 12 6 4 1 15 12 6 4 1 15 6

i. Faktor Kategori Bangunan Pada peringkat awal, analisis ringkas seperti reselect dan union digunakan untuk mengeluarkan lapisan keadaan dan lapisan struktur bagi kegunaan analisis tindakan bangunan mengikut kategori. Arahan reselect digunakan dalam lapisan data asas untuk menentukan kawasan pemilihan yang terdapat banyak bangunan bersejarah sebelum perang. Data attribut akan melalui kerja-kerja pengeditan dan pengubahsuaian di mana data-data yang berbeza diperlukan mengikut setiap analisis yang dilakukan.

Bagi menilai pertimbangan keadaan, skor akan diberikan terhadap sifat hakiki luaran iaitu tingkap, ukiran, tangga dan hiasan plaster. Skor penuh iaitu 3 jika berada dalam keadaan baik manakala 1 jika dalam keadaan buruk (Jadual 5.6).

133

Jadual 5.6: Kategori dan skor keadaan bangunan warisan


Aspek Tingkap Ukiran Hiasan plaster Tangga Jumlah Skor 3 2 1 9-12 5-8 1-4

Keadaan Baik Sederhana Buruk

3 2 1

3 2 1

3 2 1

Daripada analisis faktor keadaan yang dijalankan, didapati sebanyak 759 bangunan (70.5%) berada dalam keadaan baik diikuti 232 buah (21.6%) berkeadaan sederhana baik. Bangunan yang berkeadaan buruk dan memerlukan tindakan mewakili sebanyak 85 buah bangunan ataupun 7.9%. Walaupun peratusan ini mewakili jumlah yang kecil tetapi ia tetap menyumbang kepada imej buruk Bandar Taiping (Rajah 5.31).

Rajah 5.31: Keadaan Bangunan Bandar Taiping

134 Bagi analisis pertimbangan struktur bangunan pula, ia akan mempertimbangkan sifat luaran bangunan iaitu fasad muka depan, bumbung, dinding dan juga pintu. Skor akan diberikan kepada setiap sifat luaran ini (Jadual 5.7).

Jadual 5.7: Kategori dan skor struktur bangunan warisan


Aspek Struktur Kukuh Sederhana kukuh Usang Fasad hadapan Bumbung Dinding Pintu Jumlah skor

3 2 1

3 2 1

3 2 1

3 2 1

9-12 5-8 1-4

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa sebanyak 79.7% daripada bangunan di Bandar Taiping adalah bangunan dengan struktur kukuh. Bangunan dengan struktur sederhana pula mewakili 14.4% dan diikuti 5.9% bangunan yang berstruktur usang. Bangunan yang berstruktur usang ini perlu dilihat semula untuk menentukan tindakan pemeliharaan(Rajah 5.32).

Rajah 5.32: Struktur Bangunan Bandar Taiping

135 Setelah itu, lapisan struktur dan lapisan keadaan ini akan digabungkan melalui operasi union. Kemudian, pengeditan dalam jadual attribut dilakukan untuk memperbaiki hasil analisis. Hasil analisis union ditunjukkan dalam Jadual 5.8.

Jadual 5.8: Hasil gabungan analisis pertimbangan keadaan dan struktur bangunan
Struktur Keadaan Kukuh Sederhana Kukuh Sederhana kukuh Usang Hasil gabungan Kategori Bangunan berkeadaan baik dan berstruktur kukuh Bangunan berkeadaan sederhana dan berstruktur kukuh Bangunan berkeadaan sederhana dan berstruktur sederhana kukuh Bangunan berkeadaan buruk tetapi berstruktur kukuh Bangunan berkeadaan buruk dan berstruktur usang A B

X X

Buruk

Analisis ini menunjukkan bahawa setiap kategori mempunyai skor akhir hasil penambahan daripada skor keadaan dan skor struktur bangunan (Jadual 5.9). Seterusnya ia akan menghasilkan lima kategori yang mempunyai tindakan spesifik terhadap bangunan dalam kawasan kajian.

Jadual 5.9: Jumlah Skor Akhir Bagi Setiap Kategori Tindakan Bangunan
Kategori Kategori A Kategori B Kategori C Kategori D Kategori E Jumlah Skor Akhir 21-24 17-20 13-16 9-12 4-8

Secara ringkasnya, bagi operasi menentukan kategori bangunan dan tindakan pendekatan yang bersesuaian terhadap bangunan-bangunan dalam kawasan kajian, pertimbangan

136 keadaan dan struktur akan dianalisis secara gabungan menggunakan arahan union. Lapisan kategori merupakan hasil analisis gabungan lapisan keadaan dan lapisan struktur bangunan. Melalui operasi union ini menghasilkan lapisan kategori untuk tindakan yang telah ditentukan dalam kaedah mengklasifikasikan bangunan. Setelah itu, kategori bangunan ini dapat dilihat dengan menggunakan operasi Reselect dalan ArcInfo dengan memilih kriteria pemilihan bagi setiap kategori menggunakan arahan seperti berikut (Rajah 5.33).

RESELECT kategori A POLY keadaan = 3 AND struktur = 3 Kategori A Keadaan 3 Struktur 3 = Lapisan gabungan pertimbangan keadaan dan struktur bangunan = Lapisan Kategori A = Item keadaan bangunan = Kriteria keadaan bangunan baik = Item bagi struktur bangunan = Kriteria struktur bangunan kukuh

Kategori A Kategori B keadaan struktur Kategori D Kategori E


UNION

kategori

RESELECT

Kategori C

Rajah 5.33: Model analisis faktor kategori bangunan

Daripada analisis yang menggabungkan keadaan dan struktur bangunan di atas, didapati majoriti bangunan warisan di kawasan kajian tergolong dalam kategori A. Pecahan kategori bangunan ditunjukkan dalam Jadual 5.10.

137 Jadual 5.10: Hasil analisis kategori bangunan


KATEGORI BANGUNAN Kategori A Kategori B Kategori C Kategori D Kategori E BILANGAN 619 144 268 36 9 PERATUSAN (%) 57.5 13.4 24.9 3.3 0.9

Hasil akhir bagi analisis ini adalah merupakan taburan kawasan bangunan warisan yang memerlukan tindakan pemeliharaan mengikut kategori bangunan (Rajah 5.34). Setiap kategori bangunan ini mempunyai tindakan pemeliharaannya yang tersendiri (Jadual 5.11).

Jadual 5.11: Tindakan Spesifik Terhadap Bangunan Mengikut Kategori


Kategori Kategori A Bangunan berkeadaan baik dan berstruktur kukuh Kategori B Bangunan berkeadaan sederhana dan berstruktur kukuh Kategori C Bangunan berkeadaan sederhana dan berstruktur sederhana kukuh Tindakan Bangunan yang termasuk dalam Kategori A adalah dalam keadaan baik dan berstruktur kukuh, tiada tindakan yang diperlukan baginya kerana bangunan-bangunan ini telah dijaga dengan sempurna oleh pemiliknya Bangunan dalam kategori ini memerlukan sedikit perhatian bagi meningkatkan kualiti permukaannya seperti mengecat semula dan membersihkan tumbuhan di dinding bagi memulihkannya. Perlu kepada tindakan pembaikan dan ganti semula serta penjagaan ke atas unsur yang rosak untuk memastikan strukturnya kembali kepada keadaan yang kukuh. Melibatkan kerja-kerja pemulihan yang agak ketara kerana merangkumi tindakan-tindakan menstabilkan bangunan melalui penggantian struktur sekunder yang telah rosak. Contohnya kerja-kerja pemulihan seperti menggantikan alang-alang kayu yang menyokong bumbung, menggantikan beam yang telah melentur dan sebagainya Memerlukan tindakan pembaikan dan penjagaan seperti kerja-kerja ganti semula kepada unsur-unsur butiran bangunan yang rosak. Usaha-usaha perlu dibuat bagi meningkatkan semula kualiti penjagaan bangunan ini kepada tahap yang baik tetapi dengan mengikut klasifikasi bentuk dan corak yang asal. Contoh seperti kerja-kerja pemulihan terhadap sebarang hiasan plaster yang telah rosak atau tertanggal dan sebagainya. Tindakan ke atas bangunan di dalam kategori ini sama ada untuk dibina semula atau dilupuskan sama sekali. Tindakan yang perlu dibuat akan berasaskan kepada sejauh mana bangunan-bangunan ini diabaikan.

Kategori D Bangunan berkeadaan buruk tetapi mempunyai struktur kukuh

Kategori E Bangunan berkeadaan buruk dan berstruktur usang

Sumber: Syed Zainol Abidin Idid, 1996

138

RAJAH 5.34

Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina, UTM

139

ii. Operasi Overlay Keseluruhan Komponen

Faktor-faktor yang diambil kira dalam analisis tindakan pemeliharaan bangunan ini diberi skor mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Setelah itu, kesemua empat-empat faktor iaitu kepentingan sejarah, gaya seni bina, kategori dan peletakan digabungkan melalui operasi Union. Pengeditan nilai skor dilakukan semula dengan mewujudkan kolum tambahan pada lapisan yang dihasilkan. Kemudiannya lapisan ini ditukar kepada bentuk raster untuk tujuan pengelasan semula.

Lapisan kategori diberi nilai 40% kerana ia dikenal pasti sebagai komponen paling penting bagi penentuan tindakan pemeliharaan bangunan. Lapisan gaya atau seni bina bangunan diberi nilai 30% disebabkan ia juga dikenal pasti sebagai komponen penting bagi model penentuan tindakan pemeliharaan. Manakala nilai 20% ditetapkan bagi faktor kepentingan budaya dan 10% kepada faktor peletakan. Kemudiannya,

operasi pertindihan pemberat melalui raster calculation dibuat bagi mendapatkan output akhir analisis penentuan tindakan pemeliharaan bangunan warisan ini dengan menggunakan persamaan yang telah dibentuk.

Persamaan pengiraan raster yang dijalankan adalah: [Tindakan pemeliharaan] = ( [fKepentingan * 0.2] + [fGaya * 0.3] + [fKategori * 0.4] + [fPeletakan * 0.1] )

Prosedur penjanaan analisis ini diringkaskan seperti dalam Rajah 5.35. Hasil daripada analisis ini dapat mengenal pasti bangunan yang paling memerlukan pemeliharaan warisan di Bandar Taiping melalui kelas nilai yang diperoleh iaitu kawasan dengan nilai 1 adalah untuk tindakan bina semula bangunan, 2 bagi tindakan baik pulih bangunan dan 3 untuk pengekalan bangunan.

140

Kepentingan sejarah Gaya seni bina


UNION DAN

Kekal Baik Pulih


UNION

Keadaan Struktur Peletakan

Kategori

RECLASSIFY

Bina Semula

Rajah 5.35: Model Analisis Tindakan Pemeliharaan Bangunan Warisan

Hasil analisis telah mengenal pasti bahawa terdapat 102 buah bangunan di kawasan Bandar Taiping yang memerlukan tindakan pembinaan semula. Ia mewakili peratusan sebanyak 9.5% daripada keseluruhan 1076 buah bangunan yang ada. Tindakan segera perlu diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengembalikan semula fabrik bandar yang telah rosak ini. Manakala bagi bangunan yang perlu dibaik pulih pula melibatkan sejumlah 167 buah bangunan atau 15.5%. Selebihnya adalah bangunan yang hanya memerlukan tindakan pengekalan sahaja. Penjanaan model ini berjaya menghasilkan pelan tindakan pemeliharaan bangunan yang spesifik untuk memandu arah usaha pemeliharaan oleh PBT (Rajah 5.36).

141

PELAN 5.36

Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina, UTM

142 5.5 KESIMPULAN

Model analisis yang dilaksanakan ternyata mampu mengenal pasti kawasan yang memerlukan pengurusan pemeliharaan dan bangunan yang memerlukan tindakan pemeliharaan yang spesifik. Ini dapat dijadikan panduan dalam menghasilkan kawalan pemeliharaan bagi tujuan merancang pembangunan di kawasan kajian.

Secara rasionalnya, penentuan kawasan pemeliharaan dan tindakan pemeliharaan bangunan ini adalah supaya pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan yang segera ke atas kawasan berkenaan dengan penetapan garis panduan perancangan pemeliharaan kerana kelewatan usaha dan tindakan pemeliharaan ini hanya akan meletakkan sumber jaya warisan ini dalam keadaan yang makin diancam pembangunan.

BAB 6

CADANGAN DAN RUMUSAN

6.0

PENGENALAN

Bab ini secara ringkasnya akan menerangkan penemuan kajian iaitu cadangan tindakan pemeliharaan di kawasan kajian setelah mengambil kira keputusan analisis dan kepentingan maklumat perancangan dan bangunan warisan. Seterusnya bab ini juga akan membincangkan pencapaian matlamat serta objektif yang telah digariskan serta membincangkan isu serta masalah yang timbul dalam proses mereka bentuk pangkalan data, pembangunan dan pelaksanaan model.

Kajian ini meliputi aspek penentuan kawasan tindakan pemeliharaan dan guna pakai Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam membantu mereka bentuk model analisis kajian. Daripada analisis yang dijalankan, kawasan yang memerlukan

tindakan pemeliharaan dapat dikenal pasti dan cadangan pembangunannya dikemukakan. Kajian ini juga menyentuh keupayaan GIS dalam membantu juru rancang menghasilkan keputusan-keputusan yang lebih baik bagi meningkatkan rasional proses penggubalan keputusan.

Pelaksanaan analisis tersebut bagaimanapun mempunyai batasan-batasan kajian yang mengehadkan hasil analisis yang diperoleh. Cadangan-cadangan masa

144 hadapan perlu dikaji dengan lebih teliti dalam membantu mendapatkan satu analisis dan perancangan yang baik bagi kawasan warisan.

6.1

CADANGAN KONSEP PEMELIHARAAN DI KAWASAN KAJIAN

Berdasarkan pelan hasil rumusan analisis, keperluan untuk mencadangkan konsep dan tindakan pemeliharaan di kawasan kajian adalah penting untuk pengurusan pemeliharaan yang lebih efektif. Melalui hasil analisis kajian, tindakan pemeliharaan di kawasan kajian boleh dijalankan berdasarkan tiga konsep pembangunan di kawasan warisan. Konsep pembangunan ini adalah dicadangkan mengikut 3 zon pemeliharaan berdasarkan hasil analisis iaitu: i. ii. iii. Zon Pemeliharaan Bandar Zon Pemeliharaan Luar Zon Penampan atau buffer zone

Zon Penampan

Kawasan Zon Pemeliharaan Luar

Kawasan Zon Pemeliharaan Bandar

Rajah 6.1: Kawasan zon pemeliharaan Bandar Taiping

145 6.1.1 Zon pemeliharaan bandar

Ciri-ciri utama kawasan zon pemeliharaan bandar ini adalah seperti mengandungi deretan bangunan dan monumen warisan, elemen-elemen yang menyumbang kepada pembentukan imej bandar dan kawasan-kawasan yang sangat berkepentingan kepada rupa bentuk bandar. Kebanyakan bangunan-bangunan lama yang bercirikan warisan terletak dalam zon ini. Kawasan zon pemeliharaan bandar merupakan kawasan teras sejarah yang perlu diperkukuhkan selaras dengan fungsinya sebagai kawasan warisan utama. Adalah dicadangkan bahawa aktiviti perniagaan yang menjadi nadi bandar dikekalkan sebagai imbasan peristiwa yang telah berlaku. Di samping itu, rupa bentuk serta seni bina bangunan yang ada juga perlu dikekalkan dan sebarang aktiviti yang dijalankan di zon ini tidak boleh merosakkan rupa bentuk bangunan asal. Rupa bentuk asal bangunan adalah aspek penting untuk dikekalkan dan pembaikan mestilah mengutamakan aspek ini. Sebarang bentuk pembangunan baru perlu mengikuti kawalan dan garis panduan PBT dan ia termasuklah kawalan ketinggian, plot ratio dan pengekalan fasad hadapan bangunan.

6.1.2

Zon pemeliharaan luar

Ciri-ciri utama zon ini merangkumi beberapa aset-aset atau monumen-

monumen warisan sejarah yang terletak di luar daripada zon pemeliharaan bandar semasa seperti bangunan Penjara Taiping, Muzium Negeri, yang bukan sahaja

merangkumi bangunan-bangunan sejarah di dalam bandar Taiping sahaja. Ini adalah bagi memastikan bahawa semua aset-aset terpenting yang ada di Taiping dapat dipelihara dan mendapat perlindungan kawalan khusus supaya ianya tidak diabaikan. Kewujudan zon ini adalah sebagai mekanisme untuk mengawal sebarang pembangunan yang dapat memberi tekanan kepada aset-aset warisan tersebut. Pembangunan di kawasan zon ini juga mestilah dikawal supaya ia dapat menyokong kepada pembentukan imej Bandar Warisan Taiping.

146 6.1.3 Zon Penampan (Buffer Zone)

Kawasan utama yang tergolong dalam zon ini adalah Taman Tasek Taiping. Ia digariskan sebagai Zon Penampan atau buffer zone berikutan daripada peranan dan pengaruh besarnya terhadap imej Bandar Taiping. Oleh itu ianya memerlukan kawalan khusus bagi pemeliharaannya sebagai nature heritage. Dasar Rancangan Struktur Negeri Perak (2002-2020) juga telah menetapkan kawasan ini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sokongan Hidup. Oleh itu, kawasan ini perlulah dikekalkan seperti sedia ada dan memantapkan dari segi kepelbagaian aktiviti yang boleh menghidupkan kawasan sekitarnya selain tidak mengganggu ekosistem kawasan ini.

Penghasilan pelan pemeliharaan yang membahagikan kawasan Mukim Taiping kepada tiga zon pemeliharaan ini merupakan alat yang berguna kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Taiping dalam merangka garis panduan kawalan pembangunan dan design brief pemeliharaan bandar yang lebih terperinci dan berbeza-beza mengikut zon-zon yang telah dikenal pasti. Ini secara tidak langsung memudahkan PBT mengambil tindakan pemeliharaan yang bersesuaian mengikut pendekatan zon pemeliharaan yang ditentukan.

6.2

CADANGAN TINDAKAN PEMELIHARAAN WARISAN

Beberapa tindakan pemeliharaan yang bersesuaian untuk diadaptasi dalam kawasan pemeliharaan warisan dicadangkan seperti dalam Jadual 6.1 berikut:

147 Jadual 6.1: Cadangan tindakan pemeliharaan mengikut zon


ASPEK Penggunaan Cat dan Warna TINDAKAN PEMELIHARAAN Pemakaian cat dan warna pada elemen di kawasan Zon Pemeliharaan Bandar perlu selari dengan konteks warna pada dinding fasad yang dibenarkan. Penggunaan warna pada elemen boleh berbeza dengan warna dinding fasad tetapi penggunaan warna yang terang tidak digalakkan. Hanya warna-warna pastel digalakkan. Bagi bangunan-bangunan di dalam Zon Pemeliharaan Bandar, segala pembangunan terkawal mengikut syarat dan kaedah pemeliharaan bandar yang ditetapkan di dalam garis panduan ini. Ketinggian dan luas ruang lantai adalah tertakluk kepada keadaan bangunan tradisional sedia ada. Bangunan dalam Zon Pemeliharaan Bandar hendaklah mengekalkan ciri ketinggian asal. Modifikasi pada corak dalaman bagi mencapai ketinggian yang lebih adalah ditegah. Kawasan Liputan (plinth area) bagi sejumlah besar bangunan di Zon Pemeliharaan adalah 100% dan dikekalkan bagi bangunan-bangunan tersebut. Bagi pembangunan dalam Zon Pemeliharaan Bandar ianya adalah berdasarkan nisbah plot 1:2.0. Bagi pembangunan di luar Zon Pemeliharaan Bandar ianya adalah berdasarkan nisbah plot 1:3.5. Fasad Hadapan Fasad asal bangunan warisan perlu dikekalkan. Segala ukiran-ukiran yang terdapat pada fasad dan dinding parapet bangunan warisan hendaklah dikemas kini dan diperbaiki. Dalam aspek reka bentuk fasad, satu deretan bangunan adalah dikira sebagai satu blok yang berkenaan. Laluan kaki lima merupakan elemen penting di dalam reka bentuk bangunan dan ianya memainkan peranan penting untuk memberi teduhan daripada panas dan hujan. Elemen ini perlu dikekalkan dan diintegrasikan dengan bangunan-bangunan moden. Ketinggian, kelebaran, paras kaki lima perlu diseragamkan agar dapat memberi keselesaan kepada para pejalan kaki. Hendaklah bersesuaian dengan karakter bangunan dan kawasan sekitar. Perlu dipadankan dengan skala bangunan bersebelahan malahan skala keseluruhan bangunan di kawasan tersebut. Pertimbangan skala melibatkan aspek-aspek seperti kelebaran lot, ketinggian tingkat, paras laluan kaki lima, tingkap, pintu, dinding dan sebagainya.

Nisbah Plot dan Densiti Pembangunan

Laluan Pejalan Kaki

Tempat meletak kereta, seni taman dan perabot jalan Pembangunan Infill

Tindakan-tindakan spesifik ini boleh digunakan sebagai panduan awal dalam menghasilkan garis panduan khusus mengenai pemeliharaan di kawasan kajian.

148 6.3 RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN

Penggunaan GIS bagi tujuan permodelan pemeliharaan warisan berjaya menghasilkan kawasan-kawasan yang memerlukan pengurusan pemeliharaan. Kajian ini secara khususnya adalah berkenaan tentang pemilihan lokasi yang sesuai untuk tindakan pemeliharaan kawasan. Penentuan kawasan pemeliharaan ini dilakukan dengan mereka bentuk model analisis berpandukan kepada maklumat perancangan dan maklumat bangunan warisan. Didapati faktor guna tanah banyak mempengaruhi penghasilan model penentuan pemeliharaan kawasan warisan ini.

Analisis keadaan semasa membolehkan pengkaji memahami dan mengetahui status pembangunan di kawasan kajian. Ia juga membolehkan penetapan kriteria pemeliharaan ditentukan. Dalam usaha menilai model pemeliharaan kawasan warisan, faktor-faktor perancangan tapak digunakan sebagai pengukur ketepatan dan keberkesanan model. Penemuan analisis menunjukkan kawasan bandar lama yang kaya dengan sumber jaya warisan dan semula jadi amatlah perlu kepada usaha pemeliharaan untuk menjaga kualiti serta karakter bandar tersebut. Daripada penemuan analisis juga didapati kawasan pemeliharaan adalah melibatkan kawasan yang mengalami ancaman yang tinggi dari segi guna tanah, visual dan peletakannya.

Model ini telah mengenal pasti kawasan yang memerlukan pengurusan pemeliharaan di mana ia memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Kawasankawasan pemeliharaan di kawasan kajian dikenal pasti terbahagi kepada tiga bahagian berdasarkan kepada tahap pemeliharaan yang akan dijalankan.

Melalui penggunaan GIS dengan pengaplikasian kaedah Spatial MultiCriteria Analysis (SMCA), pihak pembuat keputusan boleh memanipulasi dan membentuk set andaian kesesuaian kawasan pemeliharaan di kawasan kajian. Set andaian ini boleh dinilai dengan pelbagai teknik. Antaranya adalah teknik

pertindihan pemberat yang mana membolehkan model analisis ini lebih fleksibel kepada pembuat keputusan.

149 6.4 ISU DAN MASALAH KAJIAN

GIS dapat meningkatkan proses penggubalan keputusan dan mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik melalui peningkatan ketepatan dan pencapaian data. Penentuan terhadap tahap dan perincian maklumat adalah penting untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih baik dan rasional. Selain itu, terdapat isu-isu yang terbit hasil daripada perlaksanaan model analisis spatial yang dijalankan. Isu-isu ini perlu diambil kira bagi penghasilan hasil akhir analisis yang lebih mantap.

Secara amnya, terdapat tiga isu dan masalah utama dalam kajian yang dijalankan terutamanya semasa peringkat mereka bentuk pangkalan data, peringkat model analisis data dan peringkat pelaksanaan.

6.4.1

Peringkat mereka bentuk pangkalan data

Kedapatan data adalah faktor penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan sesuatu pembangunan GIS. Data-data perincian maklumat perlu ditentukan tahapnya agar data tersebut dapat digunakan untuk pelaksanaan permodelan analisis. Hal ini kerana ketepatan analisis banyak bergantung kepada kualiti data yang mana ketepatan maklumat akan mempengaruhi keputusan analisis GIS. Sumber utama kedapatan data bagi kajian ini diperoleh daripada data bangunan yang direkodkan dalam bentuk fail yang mana ia tidak mempunyai sistem susunan fail yang sempurna. Susunan data yang kurang jelas serta rujukan kedudukan bangunan dalam pelan yang mengelirukan mengurangkan keupayaan menjalankan analisis. Hasil analisis yang tidak tepat boleh mempengaruhi keputusan perancangan menjadi kurang berkualiti dan tidak menyeluruh. Kelebihan konsep pangkalan data GIS dilihat dapat membantu meminimumkan masalah ini kerana keupayaannya dalam menguruskan data dan maklumat yang banyak.

150 6.4.2 Penentuan Model Analisis

Penentuan model analisis memerlukan satu tindakan yang kritis dan relatif untuk mengetahui keadaan tertentu dan pengertian tentang data yang telah dipungut. Dalam penentuan model analisis, pemilihan penggunaan teknik analisis, faktor dan kriteria pemeliharaan kawasan warisan akan mempengaruhi pengujian model analisis yang dilaksanakan. Dalam keadaan ini, penggunaan teknik analisis yang pelbagai dan pengintegrasian kepelbagaian teknik analisis adalah perlu bagi mencapai sesuatu keputusan analisis yang lebih mantap. Melalui kajian yang dijalankan, didapati bahawa tiada kriteria khusus bagi penentuan pemeliharaan kawasan warisan. Ia banyak bergantung kepada perkaitan kawasan kajian dengan kawasan sekitarnya. Kajian terdahulu mengenai pemeliharaan hanya meliputi bangunan warisan sedangkan pemeliharaan kawasan warisan kini semakin lebar lingkungan pengkawasannya.

6.4.3

Peringkat pelaksanaan model

Bagi permodelan analisis pemeliharaan kawasan warisan, analisis ini hanya memfokuskan kepada tiga senario sahaja. Kriteria-kriteria yang digunakan dalam analisis yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang dibuat dan mengikut penentuan kriteria-kriteria yang dirasakan bersesuaian dengan konteks kawasan kajian. Oleh kerana itu, hasil daripada pelaksanaan menunjukkan reka bentuk pangkalan data kurang berkemampuan. Untuk perancangan

pemeliharaan masa hadapan, adalah dicadangkan bahawa perlunya ketelitian dan kejelasan dalam peringkat menetapkan kriteria pelaksanaan model.

151 6.5 RUMUSAN KESELURUHAN

Pembangunan aplikasi GIS tidak terhad kepada pembentukan pangkalan data sahaja, tetapi ia turut melibatkan paparan data dan penyimpanan maklumat. Penggunaannya meluas kepada peringkat analisis di mana ia mampu menjana modelmodel senario pembangunan yang berbeza berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang pelbagai. Dalam keadaan ini, penentuan data GIS merupakan peringkat yang penting memandangkan data-data tersebut akan digunakan untuk tujuan analisis. Jika datadata yang disimpan di dalam pangkalan data tidak dapat digunakan untuk analisis, ini bermakna pembangunan pangkalan data kurang bermakna dan fungsi GIS hanya terbatas setakat pembangunan pangkalan data serta pemaparan data-data GIS sahaja. Oleh itu, pembangunan pangkalan data harus mengarah kepada penjanaan analisis yang hendak dihasilkan. Analisis pula bertujuan untuk memenuhi objektif atau konsep keperluan sesuatu perancangan. Analisis yang berkesan dan sistematik akan memandu perancangan dan pembangunan ke arah yang lebih mampan dan holistik.

Selain itu, kualiti perancangan reruang dan penggubalan keputusan boleh dipertingkatkan apabila data yang ada dapat digunakan dengan cara yang pantas dan terkini berbantu komputer. Pemeliharaan kawasan bersejarah yang merupakan sebahagian daripada perancangan dan pengurusan sumber jaya warisan adalah penting bagi menjamin kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang mempunyai ciri-ciri nilai yang istimewa dipelihara.

Dalam keadaan ini, GIS sebagai suatu sistem berasaskan komputer dapat membantu perancangan dan membuat keputusan bagi pembangunan sumber jaya warisan. GIS menawarkan tindakan dengan cepat terhadap persoalan analitikal dan isu-isu pembangunan. Penggunaan GIS dalam perancangan dan pengurusan

pemeliharaan kawasan warisan ini dapat meningkatkan rasional dalam proses perancangan dan pengurusan. Di samping itu, GIS juga dapat menghasilkan satu perancangan yang lebih berkesan dalam menjaga sumber jaya warisan sejarah negara dengan kebolehannya memanipulasi data. Selain itu, dengan menggunakan GIS dalam penentuan pemeliharaan kawasan warisan, pelbagai alternatif tindakan mengikut senario-senario tertentu dapat dijana dan dicadangkan untuk menghasilkan satu perancangan dan pengurusan sumber jaya warisan yang lebih baik.

152

RUJUKAN

Ahris Yaakup (1999). Sistem Maklumat Geografi: Prinsip Asas dan Penggunaannya. Universiti Teknologi Malaysia.

Australian Heritage Commission (2000). Protection Local Heritage Places; A Guide for Communities. Pirie Printers, Canberra

Alexander R. Cuthber (2003). Designing Cities. Backwell Publishing Ltd, UK.

Aronoff, S (1989).Geographic Information Systems: A Management Perspective. WDL Publications, Ottawa, Canada.

Aylin Orbashi (2000). Tourist in Historic Towns: Urban Conservation and Heritage Management. E. & FN Spon, New York.

Box. P. (1995)a. The Use Of Gis For Documentation And Management At The Complex Of Hue Monuments World Heritage Site Vietnam. Dlm. Box. P. GIS And Cultural Resources Management: A Manual For Heritage Managers. Keen Publishing Co. Ltd, Thailand.

Burrough, P.A (1986). Principles of Geographical Information Systems for Land Resources Assessment. Clarendon Press, Oxford, U.K

153 Burrough, P.A, and McDonnell, R (1998). Principles of Geographical Information Systems. Oxford University Press, U.K.

Clarke, D.G and Clark, M. Lineage (1995). In Elements of Spatial Data Quality. Oxford, U.K.

Clifford C. David (1999). The Heritage Conservancy, Conservation Technology Support Program: GIS Experiences from Prior Recipients. Paperwork presentation. Dublin.

Date, C.J (2000). An Introduction to Database Systems. Seventh ed. Addison-Wesley, Reading, London.

Ghafar Ahmad (1994). Pengenalan Kepada Bangunan Dan Monumen Lama Di Malaysia. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Bengkel Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan Lama di Kota Ngah Ibrahim, Taiping, Perak. Malaysia.

Guariso G. And Werthner H. (1989). Enviromental Decision Support System, Ellis Horwood Limited, New York.

Hasting, P. (1995). The Use Of Gis Applications For Cultural Resources Management At The Historic Town Of Sukhothai World Heritage Site, Thailand. Dlm. Box. P. GIS And Cultural Resources Management: A Manual For Heritage Managers. Keen Publishing Co. Ltd, Thailand.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (1990). Rancangan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian (1990-2010)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (1995). Rancangan Tempatan Kawasan Majlis Perbandaran Taiping (1995-2010)

154 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (2002). Rancangan Struktur Negeri Perak (2002-2020).

Jack Estes dan Jeffrey Star (1990).Geographic Information Systems, An Introduction. Prentice Hall, Englewood Cliffs, NJ.

John J. Buckler (1998). GIS and Historic District Management: Annapolis. Department of Anthropology, University of Maryland.

Mohd Anuar bin Maidin (2004). Pelaksanaan Spatial Multi-Criteria Analysis Sebagai Sistem Sokongan Perancangan dan Menbuat Keputusan, Kajian Kes: Penyediaan Pelan Pembangunan Guna Tanah Daerah Pontian, Johor. Thesis FAB, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Mohd Nuruddin Abdul Kadir (1996/ 1997). Sistem Maklumat Geografi Dalam Pemeliharaan Bangunan Warisan. Thesis FAB, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Paul Box (1999). GIS And Cultural Resource Management: A Manual For Heritage Managers. UNESCO Bangkok, Thailand

Quartermaine, J (1995). Comparison Of Manual And Digital Techniques For Recording Monumental Structures At Patan Durban Square, Kathmandu Valley World Heritage Site, Nepal. Dlm. Box. P. GIS And Cultural Resources Management: A Manual For Heritage Managers. Keen Publishing Co. Ltd, Thailand.

Raja Bahrin Shah bin Raja Ahmad Shah (1990). Malaysian Architectural Heritage Survey: A Handbook. Melaka State Government and Badan Warisan Malaysia.

155 Rima ELHASSAN, Hisham ELKADI (2001). Journal Information System Applications for Conservation Strategies. School of Architecture, Planning and Landscape, University of Newcastle. UK.

Robert Pickard (2001). Management of Historic Centres. Spon Press, London.

Roberta Hardy (1997). Geographic Information Systems for World Heritage Preservation: Master's Practicum Report. Department of Landscape Architecture, The University of Michigan.

Rolf A. De By (2004). Principles of Geographic Information Systems. ITC Educational Textbook Series 1, The Netherlands.

Siti Zalina Abu Bakar (2001/ 2002). Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dalam Merekabentuk Pangkalan Data Untuk Pemeliharaan Warisan Senibina: Kajian Kes Pusat Bandar Maharani, Muar, Johor. Tesis FAB, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Stovel, H (2000). The World Heritage Cities Management Guide. Organization Of World Heritage Cities, UK.

Syed Zainol Abidin Idid (1996). Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar. Badan Warisan Malaysia. Malaysia.

UNESCO. (1962). Recommendation Concerning The Safeguarding Of The Beauty And Character Of Landscapes And Sites.

UNESCO. (1972).Convention Concerning The Protection Of The World Cultural And Natural Heritage.

156 UNESCO. (1994). Resolution On Information As An Instrument For Protection Against War Damages To The Cultural Heritage

Wayne Attoe (1988). Historic Preservation Urban Planning. Mcgraw-Hill Book Company, Inc U.S.A.

You might also like