You are on page 1of 1

Refleksi Pengajaran Mikro Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya telah berjaya melaksanakan pengajaran mikro

dengan jayanya. Tanpa bimbingan dan sokongan daripada rakan-rakan dan pensyarah pembimbing, saya tidak mampu menyiapkannya. Pada semester ini, saya telah ditekankan tentang pengajaran mikro. Ini merupakan pengalaman yang amat penting kepada saya sebagai bakal guru. Pengajaran mikro yang telah dijalankan tidak berjalan dengan begitu lancar dan saya dapat mengesan beberapa kekurangan yang timbul semasa proses P&P berjalan. Walaupun telah menyediakan persediaan yang rapi sebelum sesi P&P , namun masih timbul permasalahan teknikal. Saya dapati kekurangan dari segi persediaan memainkan video adalah amat penting. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku dan perlu sentiasa bersedia pada setiap kemungkinan. Semasa sesi tersebut, video yang saya mainkan tidak dapat ditayangkan disebabkan masalh teknikal pada format video tersebut. Saya terpaksa mengubah serta-merta urutan pengajaran saya pada hari itu. Saya patut bersedia dengan cuba memainkan video tersebut sebelum proses p&p. Selain itu, saya dapati kekurangan saya dari aspek keyakinan diri masih kurang. Saya cuba mengatasi perasaan gugup berada di hadapan pelajar supaya P&P berjalan dengan lancar. Namun, saya tidak berjaya mengatasi keyakinan saya lalu tidak mampu menyampaikan pengajaran dengan baik. Diharapkan di masa akan datang saya akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi murid-murid disekolah kelak. Akhir kata, saya telah belajar banyak perkara terutamanya bagaimana mengatasi permasalahan yang timbul semasa P&P. Diharapkan perkara seperti ini akan menjadi ikhtibar kepada saya supaya tidak mengulangi masalah yang sama kembali.

You might also like