You are on page 1of 17

Pendahuluan

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratusratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.

Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran maha hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar pendekar.

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke14, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.

Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan Sultan, panglima dan pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat tersebar sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat. Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada
1

kekuasaan penjajah. Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat. Pada September 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.

Sejarah Silat Lincah

Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak langkah dan semangat tempur Hang Jebat, ahli-ahli juga disisipkan amalan-amalan diri sebagai menguatkan pendirian ahlinya. Pertubuhan yang dipimpin oleh Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Bin Mauju ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara. Dengan keunggulan kepimpinan Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1000 000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul.

Silat Lincah terus mencipta sejarah. Sejak tahun 1963, dengan lima orang anak muridnya yang asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Kampung Puah, Selangor dan sekitar Wilayah Persekutuan dan dari masa ke semasa, Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehinggalah pada tahun 1969, perguruan Silat Lincah yang sebelumnya di kenali dengan nama Silat Tarah didaftarkan di Negeri Selangor dengan menjadi sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang sah atas nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, India dan Mekah. Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah lagi melihat ratusan perguruan silat yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu, terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak disilau tanpa pembelaan.

Atas kesedaran ini, pada 1 Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei. Dalam pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan susah payahnya juga, akhirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat
3

Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia. Disebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di Peringkat Rantau ASEAN. Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat diperingkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap badan-badan silat di Negara ASEAN malah badan-badan silat di seluruh dunia.

Usaha Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bukan setakat itu sahaja malah dengan menggunakan perbelanjaan sendiri yang begitu banyak, kemuncak kejayaan beliau adalah menghimpunkan Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri dari seluruh dunia melalui Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri Peringkat Dunia Pertama yang diadakan pada 4 Disember 1976 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, telah disertai oleh 42 pesilat dari negara-negara ASEAN, Timur Jauh dan Timur Tengah. Silat Lincah terus menggegarkan dunia pesilatan melayu ketika itu dengan sekali lagi mencipta nama apabila Mahaguru Haji Omardin dan ratusan anak muridnya terbabit menjayakan, Filem Dokumentari One Step To The Beyond atau Selangkah Ke Alam Batin yang bukan sahaja ditayangkan mengenai Dunia Silat Melayu, malah kegemilangan Silat Lincah akhirnya mengangkat Omardin sebagai Pejuang Silat Melayu.

Amalan yang diijazahkan kepada ahli-ahli Lincah di sempurnakan sendiri oleh Mahaguru Haji Omardin berdasarkan keistimewaan dan kesanggupan dari segi persilatan dan perjuangan setiap ahli. Amalan ini diperakui tidak akan membawa sebarang penyelewengan dari apa-apa aspek. Pertubuhan ini juga mewajibkan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang tinggi di semua peringkat sama ada ahli biasa, jurulatih atau pegawai-pegawainya. Saling menghormati satu sama lain, Mahaguru dan guru-gurunya dan tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa. Soal keagamaan juga di titik beratkan dalam PSSLM. Ahli-ahli sentiasa dinasihatkan mengingati Allah dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Justeru itu, ahliahli dilatih bersopan santun kerana itu adalah amalan Silat Lincah yang paling utama. Berdasarkan semua kepercayaan ini, Silat Lincah akan terus menjadi pertubuhan silat yang dihormati di semua peringkat dan dalam masa yang sama ia dapat memainkan pelbagai peranan menjayakan aktiviti persilatan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa. PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan terbesar pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ia telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan yang amat mendebarkan. Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli seni beladiri di dalam mempastikan kedaulatan dan kemakmuran negara dipertahankan maka satu pertemuan yang
4

amat bersejarah telah diadakan pada 10 Mac 2001 bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu di Seri Perdana, Putrajaya, sewaktu negara didesas-desuskan mengalami krisis diantara kaum. Pertemuan yang diusahakan dan diketuai oleh Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bersama-sama dengan 53 orang guru-guru Seni Beladiri Malaysia telah menyatakan ikrar taat setia bersama kepimpinan negara seperti yang terkandung didalam Memorandum yang telah dipersetujui bersama dan seterusnya diserahkan kepada YAB. Perdana Menteri. Ia bertujuan menunjukkan kesetiaan dan mahu mengekalkan perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama serta mahu menghapuskan anasir-anasir yang tidak baik dari terus menghantui masyarakat ketika itu. Ternyata usaha Omardin itu sesuatu yang dinantikan oleh pemimpin kerajaan dan memang begitu diharapkan untuk mencapai matlamat negara yang aman dan makmur.

Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)

Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor. Anak jati Selangor yang juga dibesarkan di kampung berkenaan sudah berdepan engan keperitan hidup sejak kecil lagi akibat menderita penyakit lumpuh atau polio, iaitu sejenis penyakit yang amat sukar diubati ketika itu. Namum, kesakitan itu tidak menghalang beliau dari berusaha mencari sesiapa sahaja yang boleh mengubatinya sehinggalah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari 'Silat Tarah', sebagai usaha mengubati penyakitnya. Maka, bermulalah sejarah silat dalam diri beliau.

Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tandatanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang. Semua ujian itu dihadapi dengan tabah olehnya walaupun usianya ketika itu 18 tahun. Omardin terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau. Berkat kesabaran, kecekalan dan kesungguhan beliau, Omardin seakan-akan tidak percaya apabila beliau dilantik menjadi Guru Muda setelah 4
5

tahun bertungkus lumus mempelajari silat berkenaan apatah lagi usianya ketika itu baru 22 tahun. Kejayaannya tidak berakhir disitu kerana selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, Omardin dilantik sebagai 'Mahaguru' dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar Silat Lincah.

Pengiktirafan 'Mahaguru' kepadanya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Namun, Omardin membuktikan kecacatannya tidak menjadi halangan bagi menghadapi ujian kebatinan yang amat getir, antaranya ialah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan yang paling mencemaskan apabila beliau ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam.

Upacara pertabalan Omardin sebagai 'Mahaguru' dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar Melaka. Dengan melalui pelbagai adat istiadat. Dalam upacara itu juga, beliau menerima anugerah peralatan gurunya sebagai waris semua ilmu yang dimiliki oleh gurunya. Selesai upacara adat istiadat, Omardin dimandikan di 'Perigi Nenek Kebayan' dan di limau di 'Makam Tujuh Beradik' sebagai penamat upacara pertabalan.

Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain. Bagi memenuhi wasiat berkenaan beliau mendalami ilmu silat dan kerohanian dengan Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, selepas itu beliau berguru dengan Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah. Manakala guru ketiganya ialah Syed Mohammed Al-Qadri dan guru keempatnya ialah Tuan Haji Salleh Patani.

Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk 'nas'kan (mengesahkan) ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pakaian

1. Taraf pakaian

1. Selendang Hitam bengkung hitam (mahta penuh - bengkung bersongket)

2. Selendang Hitam bengkung merah (mahta penuh) 3. Selendang Hitam bengkung kuning (mahta penuh) 4. Selendang Hitam bengkung hijau (mahta penuh)
5. Selendang Merah berlis hitam bengkung merah (mahta penuh) 6. Selendang Merah berlis hitam bengkung kuning (mahta penuh)

7. Selendang Merah berlis hitam bengkung hijau (mahta penuh)


8. Selendang Merah bengkung merah (mahta penuh/separuh/tiada mahta) 9. Selendang Merah bengkung kuning (mahta penuh/separuh/tiada mahta)

10. Selendang Merah bengkung hijau (mahta penuh/separuh/tiada mahta) 11. Selendang Kuning (jurulatih muda) 12. Selendang Hijau (jurulatih kanak-kanak) 13. Hitam-Hitam (pembantu jurulatih gelanggang) 14. Merah-Hitam 15. Merah-Kuning 16. Kuning-Kuning (Pelatih baru)

Untuk taraf selendang hijau dan ke atas, kenaikan akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi PSSLM yang dipengerusikan oleh Mahaguru sendiri. Pesilat akan dinilai terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan menerima/memakai selendang. PSSLM juga memberi Selendang Kehormat (biru) kepada individu-individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan PSSLM. Untuk acara rasmi, jurulatih dan pesilat diwajibkan untuk memakai songkok. Pangkat/taraf dibezakan dengan lis yang dililit dibahagian bawah songkok.
7

2. Lis songkok

1. Hitam Hijau Hitam


2. Merah Hitam Merah

: : : : : : :

Pemangku Guru Muda Jurulatih Selendang Hitam (Jurulatih Peringkat Tinggi) Jurulatih Selendang Merah Berlis Hitam (Jurulatih Jurulatih Berpakaian Makhta Jurulatih Selendang Merah Jurulatih Muda & Jurulatih Kanak-Kanak Peringkat Ahli

3. Merah Kuning Merah Kanan Malaysia) 4. Merah Kuning 5. Merah 6. Hijau


7. Kuning

Upacara adat

1. Upacara Perasmian Gelanggang

Perasmian Gelanggang adalah upacara yang menjadi identiti kepada silat lincah di mana upacara ini membawa erti sebagai pengiktirafan secara rasmi menjadi ahli silat lincah dan menjadi anak murid kepada Y.m Mahaguru. Menjelang upacara ini akan diperturunkan amalan yang pertama
8

kepada anak-anak lincah untuk diamalkan. Ahli hanya perlu membayar RM 15.00 untuk upacara kenduri dan RM 3.00 untuk Wang Adat dan Wang Adat tersebut akan di berikan kepada Y.m Mahaguru. Manakala barang-barang yang perlu ada semasa perasmian gelanggang ialah: sehelai sejadah 4 bekas bara Arang kemenyan 1 pinggan tanah gelanggang 1 pinggan tikar mengkuang segulung

2. Upacara Tamat Langkah (Berlimau)

Upacara tamat langkah (berlimau) diwajibkan keatas ahli yang mendapat amalan pertama. Upacara tamat pada kebiasaannya dijalankan selepas Isyak. Upacara tersebut akan dijalankan oleh mahaguru atau wakil yang dilantik dan diizinkan olehnya. Sewaktu menjalani upacara ini ahli-ahli akan diuji dengan pelbagai ujian untuk mengetahui sejauh mana ketahanan serta keupayaan ahli di dalam menerima pelajaran serta amalan lincah di samping menguji kesabaran dan disiplin ahli sewaktu menjalani tempoh pantang larang selama seminggu. Antara pantang larang yang dikenakan ke atas ahli ialah: Tidak boleh membunuh binatang Tidak boleh bercukur,memotong rambut,memotong kuku Tidak boleh membuat perkara yang tidak baik Tidak boleh memusnahkan benda-benda hidup dan menceraikannya.

3. Upacara Penyampaian Ijazah

Upacara Penyampaian Ijazah adalah satu upacara dimana seseorang ahli akan menerima tauliahan dan pengurniaan mengikut taraf dan keistimewaan beliau. Istiadat tersebut dianggap suatu upacara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli silat lincah kerana ia adalah
9

perhimpunan bagi ahli-ahli silat lincah. Pada perhimpunan ini segala kebolehan mereka dapat diketahui dari hasil nilaian mahaguru setakat mana kesungguhan dan keistimewaan seseorang itu. Mahaguru yang bakal menentukan kedudukan mereka setelah menjalani berbagai-bagai ujian untuk menerima tauliahan mengikut peringkat. Bagi seseorang ahli biasa yang dianggap berkelayakan untuk bergelar jurulatih, beliau akan dikurniakan sebarang selendang yang dianggap layak disandang olehnya. Bagi jurulatih pula mereka akan menaiki peringkat yang lebih tinggi mengikut selendang atau bengkung yang disandang. Pada upacara penyampaian ijazah tersebut anugerah-anugerah yang dikurniakan oleh mahaguru ialah selendang hijau, selendang kuning, selendang merah dan bengkung mengikut taraf (hijau,kuning.merah), pakaian makhta, pengurnian keris pusaka kepada yang layak dan selendang kehormat akan diberi kepada seseorang yang telah banyak berjasa dan berkorban khususnya kepada ahli perseorangan, penaung, penasihat, ahli jawatan kuasa dan ahli pertubuhan ini sendiri.

Logo PSSLM

Warna kuning Warna hijau

: Tanda kebesaran, kedaulatan dan kesetiaan kepada raja. : Asas lambing pertubuhan yang menunjukkan unsur Islam sebagai AgamaRasmi dan diamalkan oleh anggota Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

10

Warna merah Warna hitam Tangkai padi Keris Semangat jebat Bara

: Unsur kepahlawanan dengan sifat gagah berani selain tanda tegas menegakkan kebenaran dan keadilan. : Terdapat pada keris bersilang yang menbawa maksud sifat perjuangan dan kepahlawanan serta simbol rahsia dalam gerak laku seseorang ahli. : Tangkai padi adalah symbol kekuatan dan perpaduan ahli, manakala padi adalah makanan asasi orang melayu dan penduduh Malaysia. : Senjata utama dalam silat lincah. : Sebagai lambing bagi ahli-ahli lincah dengan darah dan semangat kepahlawanan datuk hang jebat.

: Tempat bara adalah lambing kebudayaan masyarakat melayu pusaka turun-temurun dan adat istimewa pahlawan melayu.

Kejayaan dan Pencapaian PSSLM

1. Silat Lincah Hari Ini

Hari ini, setelah berpuluh tahun Silat Lincah di pimpin oleh Mahaguru Haji Omar Din, PSSLM semakin utuh sebagai pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak lain. Kewujudan beberapa organisasi memantapkan lagi pertubuhan ini yang terus dipimpin oleh mereka yang berkaliber serta berwawasan memajukan seni silat tanah air. PSSLM terus membuka keahlian kepada orang ramai dan selaras pindaan perlembagaan yang baru. Kini mereka berusia 7 tahun ke atas boleh menjadi ahli pertubuhan ini. Keahlian kini terdiri dari pelbagai peringkat sama ada dikalangan orang awam, polis, tentera, pegawai dan kakitangan kerajaan, pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pengiktirafan ahli bergantung kepada kelayakan mereka menguasai amalan Silat Lincah sama ada sebagai ahli biasa mahupun jurulatih.

2. Silat Lincah ke peta dunia

Cita-cita besar Mahaguru Haji Omardin yang ingin melihat silat berkembang di setiap pelusuk dunia akhirnya tercapai dimana pada tahun 1987, 2 anak muda Eropah iaitu Glenn Peter Lobo
11

dan Chirstoper Bogerts telah diperkenalkan dengan Silat Lincah di Kuala Lumpur. Bertitik tolak dari itu, bermulalah sejarah Silat Lincah di England dan Belgium seterusnya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan. Bagi Omardin, Silat Lincah ke Eropah bukan semata-mata kerana silat tetapi ia merupakan jambatan budaya dan watikah penebusan maruah orang Melayu yang pernah dihina orang barat tidak lama dulu. Ini terbukti ketika Majlis Penyampaian Ijazah Peringkat Dunia Kali Pertama di Kuala Selangor pada Mei 1998 yang dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Seri Haji Abu Hassan Bin Haji Omar di mana cucu cicit penjajah Inggeris yang menjadi jurulatih Silat Lincah menyembah dan mencium tangan para pemimpin Melayu. Bukan itu saja, proses penerapan budaya bangsa Melayu yang unggul ini juga telah diterap ketika mereka mengajar anak-anak Lincah di luar sana dengan menggunakan Bahasa Melayu terutama sekali tentang asas, buah, pukulan dan lain-lain.

3. Festival Seni Beladiri Dunia, Bandaraya Chungju, Korea Selatan

Festival Seni Beladiri Dunia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Korea Selatan. Pada tahun 2000, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia telah dijemput menyertai festival ini. Kejayaan PSSLM mengembangkan Silat Melayu di luar Negara amat membanggakan, satu-satunya silat yang diundang untuk mengambil bahagian di dalam Festival Seni Beladiri Dunia tiap-tiap tahun yang turut disertai oleh 62 jenis Seni Beladiri daripada 32 buah negara dari seluruh dunia, berjaya menjadikan silat sebagai jambatan budaya yang mengenalkan bahasa dan budaya orang melayu kepada dunia luar.

Penyertaan kali pertama membuahkan hasil yang cukup membanggakan rakyat Malaysia seluruhnya apabila PSSLM dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan selepas memenangi kategori persembahan dan pakaian terbaik disamping pemilihan rakyat Chungju City yang mengundi PSSLM sebagai satu pasukan yang mempunyai disiplin terbaik yang mana hadiah tersebut telah disampaikan oleh Datuk Bandar Chungju sendiri.

Pada tahun 2002 , persetujuan dicapai oleh negara-negara yang menyertai festival ini untuk menubuhan Kesatuan Seni Beladiri Dunia atau singkatannya WoMOU. Malah anak melayu juga
12

diberi kepercayaan oleh rakan anggota WoMOU sebagai Naib Presiden di dalam badan seni beladiri dunia itu. Tidak cukup di situ, lebih membanggakan pada tahun 2005 apabila wakil PSSLM, Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin sekali lagi mendapat mandat dari semua negara anggota WoMOU untuk dikekalkan jawatan Naib Presiden WoMAU. Ini sudah menaikkan nama Malaysia di dunia seni beladiri antarabangsa.

Aktiviti yang di sertai tiap-tiap tahun ini bertujuan mengembangkan Seni Silat Lincah keserata dunia. Setelah diundang 5 tahun berturut-turut, ternyata perkhabaran yang diterima adalah sangat baik kerana World Martial Arts Festival Committee telah mengisytiharkan Malaysia merupakan antara 6 Rakan Tetap yang akan dijemput menyertai festival ini selagi ianya diadakan.

4. Silat Lincah kepunyaan rakyat

Sejak penubuhannya lagi Silat Lincah telah memikir akan kepentingan masyarakat terutamanya golongan melayu ketika itu. Bagaimanapun, perubahan keadaan yang menuntut perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum telah menjadikan Silat Lincah sebagai medium untuk menyatukan perpaduan itu. Malah Silat Lincah telah membuka keahliannya kepada semua lapisan tidak kira bangsa, agama, keturunan dan warna kulit. Inilah kejayaan yang paling besar dicapai oleh pertubuhan ini di dalam membantu kerajaan menyatupadukan golongan berbilang kaum ini. Malah jolokan Silat Lincah Pencetus Kekuatan Nasional oleh pimpinan negara disifatkan sebagai satu pengiktirafan yang amat besar sekali sekaligus memacu semangat untuk bersatu.

Sesungguhnya PSSLM amat sedar dan memikir akan kepentingan serta tanggungjawab sosial, kebajikan dan kemasyarakatan kepada rakyat selaras menyokong kempen yang dijalankan oleh kerajaan serta menjadikan Silat Lincah bukan sahaja untuk ahli-ahlinya malah ianya menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat Malaysia. Hari ini Silat Lincah tampil dengan idea-idea demi menjaga warisan melayu yang unggul ini dan juga pembangunan modal insan seperti yang ditegaskan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia.

13

5. Silat Lincah Benci Dadah

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, Silat Lincah menawarkan diri dan tampil untuk membantu secara lebih efektif lagi walaupun sebelum ini ianya merupakan aktiviti berterusan pertubuhan ini. Malah lawatan pertama ke Pusat Serenti Bukit Mertajam pada 6 April 2006 telah menguatkan lagi azam Silat Lincah membantu golongan ini pulih sepenuhnya. Lawatan peringkat permulaan yang julung kali diadakan itu antaranya bertujuan untuk berinteraksi dan berbincang dengan pentadbiran dan penghuninya. Lebih membanggakan dalam lawatan tersebut secara rasminya Pusat Serenti Bukit Mertajam, Pulau Pinang mencatat sejarah apabila menjadi pusat pertama membuka gelanggang Silat Lincah. PSSLM sedar bahawa perlu ada sebuah organisasi berteraskan jatidiri yang kuat khusus aspek kekuatan dalaman untuk membantu golongan seperti ini, maka dengan demikian sudah pasti Silat Lincah merupakan medium terbaik untuk mereka.

PSSLM sedia memberi khidmat kepakaran untuk membimbing penagih dadah di pusat serenti bagi mengelakkan mereka kembali ke tabiat itu melalui modul latihan khas untuk menguatkan lagi aspek jasmani, fizikal dan kerohanian sekaligus meningkatkan keyakinan diri. PSSLM juga berupaya melatih penagih bagi mengembalikan keyakinan dengan meletakkan sasaran mereka tidak menagih semula selepas keluar dari pusat serenti. Oleh yang demikian PSSLM akan menyalurkan modul ini kepada kementerian yang berkaitan dan dalam masa yang sama bersedia pada bila-bila masa untuk membentangkan modul tersebut kepada Yang Amat Dikasihi ketigatiga Ulul Amri Silat Lincah.

Sebagai langkah yang berterusan juga, setelah mereka mengikuti modul semasa di dalam pusat serenti, PSSLM juga rela membantu dengan mengambil mereka menyertai Akademi PSSLM apabila keluar dari pusat ini dan berusaha menyerap mereka kembali kepangkuan masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, berusaha mendapatkan pekerjaan dan yang lebih penting untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat terhadap golongan ini.

PSSLM akan membantu mereka tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang kerana inilah teras perjuangan Silat Lincah yang mahukan segenap lapisan masyarakat mendapat manfaat yang sebaiknya dari kehebatan ilmu Silat Lincah ini kerana Ahli-Ahli Silat Lincah juga membenci dadah, sekali gus membuktikan bahawa PSSLM berupaya membantu mereka yang terjebak dalam najis berbahaya itu.

14

Silat Lincah akan terus memberi khidmat dan membantu supaya segala rancangan kerajaan akan berjaya. Usaha ini sebagai merealisasikan hasrat murni PSSLM dan ini amat jelas apabila PSSLM dapat bekerjasama membantu kerajaan memerangi habis-habisan najis dadah dan menawarkan kepakaran memulihkan golongan penagih dengan harapan ianya dapat menjadikan organisasi besar ini berpeluang dan akan mendapat manfaat dalam penyertaan kegiataannya di dalam masyarakat. Silat Lincah amat berharap segala sokongan dan dorongan dapat diberikan kepada PSSLM dalam membentuk semula insan-insan ini agar dapat menemui semula kehidupan terbaik di dunia ini. Atas dasar demikianlah hari ini Silat Lincah telah melancarkan Kempen Silat Lincah Benci Dadah peringkat kebangsaan pada 27 Jun 2006 yang lalu.

Namun apa yang lebih membanggakan, walaupun Silat Lincah menghadapi pahit jerih, kepayahan dan pelbagai rintangan dalam mengembangkan budaya melayu ini namun Omardin telah berjaya menjadi seorang pemimpin yang dapat mempertahankan sebuah organisasi begitu besar selama 43 tahun tanpa berpecah belah dan hasil daripada itu maka hari ini Silat Lincah merupakan satu seni yang menjadi jambatan budaya kepada Negara luar dan bangsa asing di dalam memperkenalkan budaya utama orang melayu apatah lagi s ejarah turut dicipta dengan menganugerahkan persalinan tertinggi kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Ulul Amri I PSSLM. Penganugerahan ini sekali gus menyingkap sejarah lalu bahawa Silat Lincah pernah mendapat perkenan dan sokongan dari Raja-Raja Melayu seperti KDYMM Sultan Pahang, KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Sultan Selangor dan KDYMM Sultan Perak.

Sejarah demi sejarah terus dicipta dan tercatit di dalam diari ulung Silat Lincah apabila kejayaan beliau membawa pemimpin-pemimpin Negara iaitu YAB. Dato Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II dan YAB. Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Ulul Amri III.

15

Kesimpulan

Usaha dan pengorbanan besar yang telah dilakukan selama lebih 44 tahun oleh Dato Haji Omardin bin Mauju adalah dengan harapan untuk melihat supaya salah satu Seni Warisan Budaya Bangsa Orang Melayu ini agar tidak akan Lapuk Dek Hujan, Lekang Dek Panas haruslah diberi perhatian kerana pada hari ini, kejayaan Seni Silat Melayu di Persada Antarabangsa adalah mengalakkan dan usaha ini tidak akan berhasil dan berjaya tanpa keikhlasan, komited dan pengorbanan yang lebih besar yang telah dibuat oleh Dato Haji Omardin bin Mauju yang juga merupakan salah seorang Tokoh Seni Silat Melayu yang disegani pada zaman ini.

Inilah perjuangan Dato Haji Omardin yang bukan sahaja hanya bersilat tetapi menjadikan Silat Melayu penebus maruah bangsanya bagi membina tamadun Melayu yang unggul ini ke peringkat antarabangsa.

16

Rujukan

http://www.silatlincah.com

http://writerdruid.wordpress.com/2009/10/27/sejarah-silat-melayu/

http://lincahtaiping.wordpress.com/2007/09/14/mahagurupengasas-pertubuhan-seni-silat-lincah-malaysia/

17

You might also like