You are on page 1of 8

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN Nama: Nor Diyana Bt Abd Rahman

No. TAJU K 4 TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN AMALANNYA

No Matrik: L007078

1. Rumusan Tajuk

Secara umumnya, topik ini dimulakan dengan penerangan tentang kepentingan pendidikan berasaskan sesebuah falsafah bagi memastikan suatu sistem pendidikan itu mempunyai matlamat dan visi yang jelas untuk dicapai. Selaras dengan itu, perbincangan diteruskan dengan menerangkan proses-proses yang telah berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sehingga terbentuknya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seterusnya, topik ini telah membincangkan inti utama bagi tajuk di atas iaitu huraian yang lebih terpereinci mengenai intipati FPK. Perbincangan dimulakan dengan huraian tentang frasa pendidikan ialah satu usaha berterusan yang merangkumkan pendidikan pada tiga peringkat yang dilalui oleh setiap individu iaitu peringkat awal, peringkat sekolah dan lepas sekolah. Perbincangan turut difokuskan dalam memperkasakan potensi individu jasmani, intelek, rohani dan emosi - yang membolehkan pelajar mengembangkan bakat dan keupayaan mereka ke tahap yang optimum. Walau bagaimanapun, perkembangan potensi ini perlu dilakukan secara menyeluruh kerana potensi-potensi ini saling bergantungan dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Pembentukan insan yang seimbang dan harmonis bermula dengan proses memperkembangkan keempat-empat potensi yang dinyatakan sebelum ini secara sama rata tanpa mengabaikan mana-mana potensi lain. Besar juga harapan FPK agar proses pendidikan bukan sahajauntuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada

masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu. Semua pihak perlu berusaha untuk memastikan apa yang terkandung di dalam FPK difahami, dihayati dan seterusnya diamalkan dalam konteks pendidikan sama ada secara formal tidak formal.

2. Peta Minda

1. Perkembangan Falsafah Pendidikan di

2. Huraian Kandungan FPK

FPK: HURAIAN DAN AMALANNYA

3. Komponen dan Penghayatan FPK

5. Peranan Guru dalam FPK

Bentuk pendidikan Proses pendidikan Kesan proses pendidikan

4. Bidang-bidang kajian dalam FPK

Komponen: 1. Ketuhanan 2. Profesional 3. Pengajaran 4. Perundingan

- Metafizik - Epistemologi - Logik - Aksiologi

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Pendidikan Proses pendidikan bukan sekadar pendidikan sebagai satu formal yang berlaku di dalam bilik darjah tetapi ia usaha berterusan mencakupi segala aspek kehidupan dan pengalaman hidup yang dilalui oleh seseorang individu itu. Oleh itu, pendidikan berlaku secara berterusan sejak peringkat awal kanak-kanak, disambung dengan peringkat sekolah, seterusnya peringkat lepas sekolah.
2.

Potensi intelek

Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Ia merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu. Dalam bidang pendidikan, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan dengan agama. Bidang aksiologi menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai estetika. Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam diri individu yang membolehkan pembangunan individu kearah yang lebih maju dan baik. Justeru itu, apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu, nescayaia dapat melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi. Nilai estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikkan, iaitu individu yang memiliki sahsiah yang seimbang dari segala aspek. Guru perlu menyedari bahawa tanggungjawab sebagai pendidik merupakan satu amanah yang datangnya dari sesama manusia seperti ibu bapa dan masyarakat dan yang paling utama adalah amanah kepada Tuhan. Tugas sebagai pendidik merupakan satu bentuk ibadah yang mempunyai ganjaran yang besar di sisi Tuhan jika dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan berusaha untuk melunaskan amanah ini dengan baik. Dalam mendidik, guru berperanan membantu pelajar untuk menjdai insan yang cemerlang di dunia dan

3.

Konsep bidang aksiologi dalam FPK

4.

Peranan guru dalam FPK : Komponen ketuhanan

akhirat,
5.

Insan yang seimbang dan harmonis

Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.

3. Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda

Sebagai seorang guru, tajuk ini memberikan kesan yang besar kepada saya. Hal ini kerana ia memberi pendedahan kepada saya bukan sahaja tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara umum, tetapi juga segala inti pati dan huraian mengenai kandungan FPK dengan jelas dan terperinci. Kesannya, saya mempunyai hala tuju yang lebih jelas tentang matlamat pendidikan negara kita dan apa yang kita ingin capai hasil daripada proses pendidikan. Ini membolehkan saya menyusun strategi dan memperkemaskan lagi cara saya berkerja dan menyampaikan ilmu kepada pelajar dalam usaha mencapai matlamat yang digariskan oleh FPK. Saya menjadi semakin jelas bahawa tujuan pendidikan bukan sematamata untuk memperkembangkan intelek pelajar. Malah, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang jauh lebih besar iaitu turut berusaha memperkembangkan bakat pelajar, emosi, rohani dan jasmani pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Tanggungjawab saya bukan sekadar menghasilkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang, tetapi saya juga bertanggungjawab menghasilkan manusia yang mampu menggunakan ilmu pengetahuannya ke arah kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

4. Pendapat Anda Tentang Tajuk

Pada pandangan saya, tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang amat penting di dalam subjek ini memandangkan ia meningkatkan kefahaman individu mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa tajuk i ni bukan sahaja sesuai untuk insan yang bergelar pendidik, tetapi juga kepada masyarakat secara umum kerana pendedahan tentang FPK perlu ditekankan juga kepada ibu bapa, pelajar sendiri dan masyarakat. Hal ini penting bagi memberi pendedahan mengenai FPK secara lebih meluas dan menyeluruh supaya segenap lapisan masyarakat faham dan jelas tentang matlamat pendidikan di

negara kita, seterusnya dapat memberi sebarang bentuk sumbangan secara fizikal, idea dan sebagainya, ke arah merealisasikan matlamat pendidikan yang terkandung dalam FPK.

You might also like