You are on page 1of 19

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KOHORT NOVEMBER 2011)

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK Tugasan 1: 1A Perintah Am Tugasan 2: 2B Perintah Am

Disediakan oleh CHANG YEE TING (2011031050022)

Kumpulan KPLI-SR Ambilan Januari 2011

Tarikh Serahan: 21 November 2011

BORANG PEMARKAHAN TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA TARIKH: 21 NOVEMBER 2011 HINGGA 23 NOVEMBER 2011 KUMPULAN: KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2011 NAMA PESERTA: CHANG YEE TING ANGKA GILIRAN: 2011031050022

BIL. KRITERIA 1 2 3 4 Kandungan Keaslian Rumusan Penghasilan Produk

PEMBERATAN MARKAH TUGASAN 1 2 4% 2% 2% 2%

Jumlah

10%

MARKAH PENUH [ TUGASAN 1 + TUGASAN 2]:

TANDA TANGAN PEMERIKSA NAMA PEMERIKSA TARIKH

:__________________________________________ :__________________________________________ :__________________________________________

SOALAN 1A

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan satu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang pendidikan. Berdasarkan situasi Cikgu Nadia, beliau dinaikkan pangkat ke Gred DG 44 dan diberi tanggungjawab baru selain daripada mengajar dalam urusan pentadbiran sekolah untuk membantu Pengetua. Antara tujuan utama diadakan anugerah kenaikan pangkat Guru Cemerlang ialah untuk i. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang. ii. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. iii. iv. v. vi. vii. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. Menyediakan peluang guru naik pangkat keg red yang lebih tinggi. Meningkatkan motivasi guru itu sendiri dan juga rakan sejawat Sebagai role model kepada guru lain. Menurut Perintah Am Bab A, perkara VII yang mengenai syarat kenaikan pangkat, Kenaikan pangkat merujuk kepada peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. Seseorang guru atau pegawai akan dipilih kenaikan pangkat adalah berasaskan kebolehannya dan merit. Merujuk kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Ketua Jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat, Cikgu Nadia adalah berdasarkan kebolehan mengikut kecekapan dalam menjalankan tugas, kelulusan, pengalaman dan juga sifat-sifat peribadi beliau. Dengan kata lain, Cikgu Nadia telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang terutamanya memupuk minat dan penglibatan pelajar

melalui hasil pembelajaran pelajar. Dalam situasti ini, beliau mampu membimbing pelajar dengan baik dalam pengajaran hariannya baik dalam mahupun diluar bilik darjah. Beliau juga berupaya menguasai pelbagai kaedah dan kemahiran mengajar dalam usaha membantu pelajar menguasai ilmu pengajaran yang ingin diketengahkan. Justeru itu, hasil pembelajaran pelajar dinilai dengan kadar peningkatan kemajuan diri yang semakin meningkat. Selain itu, faktor kekananan juga diambil kira sekira seseorang guru mempunyai kebolehan dan pengalaman yang sama dengan pegawai lain. Ketua jabatan hendaklah membuat perakuan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat dengan melampirkan satu senarai pegawai yang layak dipertimbangkan bersama butiran yang diperlukan bagi menyokong perkara diatas. Di samping itu, pengalaman mengajar seseorang guru yang pada minimumnya 10 tahun keatas dan telah mengambil serta lulus Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang ditetapkan juga diambil kira. Namun demikian, keadaan ini bergantung kepada kekosongan yang ada.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/perintah/BabA/babA.htm

(i)

Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Nadia. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, elaun merupakan bayaran yang diberikan kepada

seseorang secara tetap kerana menjalankan tugas. Antara elaun-elaun yang boleh dituntut oleh Cikgu Nadia ialah Elaun Bertukar / Berpindah Rumah. Elaun bertukar memperuntukkan seseorang pegawai bertukar kerana mendapat jawatan yang baru yang lain dalam kerajaan. Elaun keraian merupakan elaun yang dibayar kepada pegawai kerajaan bagitujuan meraikan tetamu dan orang kenamaan kerajaan atau sebagai imbuhantambahan kerajaan. Elaun untuk gred DG44 ialah sebanyak RM500. Kelayaka nuntuk mendapat elaun ini ialah ia akan dibayar terus kepada kategori iii iaitu pegawai yang bergaji RM3,228.00 ke atas. Pegawai di bawah kategori iii jugalayak sekiranya mendapat kelulusan JPA berdasarkan sifat tugasnya. Suratpekeliling perkhidmatan: SPP 8/80, PP 9/91.

Selain itu, Cikgu Nadia juga layak menuntut tambangnya dan keluarga mengikut kadar tambang kapal terbang yang diperuntukkan. Kemudahan ini diberikan untuk pengangkutan beliau dan keluarga dari tempat bertugas dahulu ke tempat baru di Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu Besut. Beliau boleh menggunakan khidmat penerbangan MAS dengan kelas ekonomi seperti yang ditetapkan oleh perbendaharaan dalam kumpulan pengurusan dan ikhtisas beliau. Keluarga beliau juga layak menikmati kemudahan yang sama seperti beliau berdasarkan peruntukan di atas kecuali orang gaji yang hanya boleh menikmati kadar kelas penerbangan yang paling rendah sekali. Berdasarkan peruntukan ini juga beliau layak menuntut atau menikmati perbelanjaan pengangkutan barang-barang . Tuntutan balik perbelanjaan pengangkutan barang-barang hendaklah disertai dengan resit. Sementara itu, Cikgu Nadia juga layak menuntut bayaran sewa hotel semasa bertukar bermula hari perjalanan beliau. Sekiranya perjalanan berliau memerlukan beliau dan keluarga bermalam di hotel, beliau boleh membuat tuntutan tersebut yang disokong dengan resit bayaran seperti yang terkandung dalam Perintah Am 15. Berdasarkan Perintah Am 4, Cikgu Nadia dan keluarganya layak mendapat elaun makan pada hari pertama dalam masa perjalanan pertukaran itu.Mengikut kadar

yang ditetapkan iaitu sekiranya beliau tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Perintah Am 15 (C) pada hari yang sama. Dalam hal ini resit tidak perlu disediakan. Namun begitu sekiranya perjalanan beliau dan keluarga memakan masa melebihi 1 hari berdasarkan sebab-sebab munasabah, elaun makan boleh dibayar bagi hari-hari yang lebih itu pada kadar yang sama. Dalam masa yang sama, Cikgu Nadia juga layak dapat elaun perumahan dan elaun wilayah mengikut Surat Pekeliling perkhidmatan SPP SPP6/87, SPP2/90, SPP9/91,SPP11/2001 Pindaan JPA(S)63/151/KLT.9(21). Elaun perumahan dan wilayah diberi berdasarkan syarat dan kadar yang diperuntukkan di mana ia mengikut gred, negeri bertugas ataupun taraf tempat bertugas sama ada dalam atau luar bandar. Elaun pedalaman boleh diberikan sebanyak 10% daripada gaji pokok beserta elaun kenderaan atau bot. Kriteria yan diambil kira bagi pemberian elaun pendalaman ialah sejauhmana kesusahan yang dihadapi oleh Cikgu Nadia dari segi kemudahan pengangkutan jalan, air, elektrik dan juga kemudahan infrastrukur.

Kesimpulannya, pemberian elaun dan insentif kepada guru merupakan satu usaha berterusan untuk memberi motivasi kepada guru supaya mereka dapat merealisasikan hasrat kerajaan dan Kementeraian Pelajaran.

Soalan 2B Bagi memastikan imeh negatif terhadap penjawat awam dapat ditangani, etika perkhidmatan awam telah diperkenalkan oleh kerajaan. Justeru etika ini perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua penjawat awam terutamanya guru baharu yang menyertai perkhidmatan awam. (i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

Menurut INTAN:Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam, etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerjan dalam Kerajaan. Etika Perkhidmatan Awam lahir daripada kesedaran bahawa profesionalisme

perkhidamatan awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Ini amat penting kerana perkhidmatan awam sedang memikul beban untuk untuk melaksanakan pembangunan yang pesat di dalam konteks sebuah negara yang membangun dan maju. Keputusan Kerajaan untuk mewujudkan satu etika perkhidmatan awam pada asasnya bertujuan untuk menyerapkan kepada semua kakitangn Kerajaan semangat bekerja dengan penuh dedikasi bagi menentukan supaya prestasi perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan lagi. Di samping itu terdapat faktor-faktor penting Kerajaan melancarkan Etika Perkhidmatan Awam ini. Pertama, permintaan rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meingkat. Mereka mahukan satu pentadbiran yang menyalurkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Terdapat beberapa teguran dan aduan mengenai kecekapan jentera perkhidmatan awam. Kelambatan menunaikan permintaan rakyat adalah sebahagian daripada pengaduan-pengaduan yang telah diutarakan menerusi akhbar-akhbar tempaan dan media massa.

Selain itu, tuduhan bahawa terdapat penyelewengan dalam pelaksanaan dasardasar Kerajaan dan ini telah melahirkan rasa syak wasangka dan sifat curiga mengenai kemampuan perkhidmatan awam di dalam menunaikan permohonan rakyat. Terdapat pelabagai aduan tentang kecekapan perkhidmatan awam sama ada dari segi mutu perkhidmatan, layanan yang diberikan kepada orang ramai mahupun sikap serta tingkahlaku penjawat awam itu sendiri. Oleh tiu, etika perkhidmatan awam diwujudkan supaya dapat mengurangkan segala teguran dan pandangan negatif masyaratkat terhadap perkhidmatan awam. Kewujudan etika perkhidmatan awam adalah menjadi matlamat kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan awam. Dengan adanya etika ini, tahap kualiti dalam pemberian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pegawai perkhidmatan awam perlu berusaha untuk meningkatkan taraf dirinya terutamanya meningkatkan kemahiran untuk memberi perkhidmatan. Faktor-faktor luar seperti kemelesetan ekonomi dunia, ancaman keselamatan di kawasan serantau dan kemuncalan gejela-gejala sosial yang tidak sihat telah mempengaruhi penggubalan Etika Perkhidmatan Awam. Jika faktor-faktor ini tidak dikawal dengan rapi, kemungkinan ia akan mempengaruhi segolongan kecil kakitangan awam untuk menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka.

(ii)

Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut. Salah satu amalan yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah memberi Anugerah

penghargaan dalam bentuk pengesyoran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata, pertimbangan untuk kursus-kursus dan lain-lain bagi mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Selain itu, Anugerah penghargaan ini perlu dibuat setiap bulan dan tahun bagi merangsang untuk meningkatkan lagi prestasi kakitangan awam. Selain itu, kursus akan diberikan kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat atau yang dilantik supaya menambahkan kecekapan kerja. Proses pembelajaran tidak terhad kepada zaman persekolahan, tetapi ia berterusan sehingga akhir hayat. Dalam era ICT, maklumat, data, fakta dan pengetahuan menjadi lapok setiap masa. Manakala kemahiran pula perlu diperbaharui setiap masa untuk membolehkan pengendalian peralatan yang sentiasa berubah dan semakin canggih. Supaya tidak ketinggalan, setiap individu dalam organisasi perlu sedar mengenai keperluan berterusan untuk menambah ilmu dan membaiki kompetensi. Dengan itu, kita perlu sentiasa mengambil peluang yang sedia ada untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, terutamanya untuk menentukan kerja kita dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Di samping menjamin Perkhidmatan Awam terus relevan dan berada di hadapan. Justeru itu, penubuhan Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial juga penting. Dengan adanya penubuhan Kelab tersebut, pihak kerajaan dapat menganjurkan aktiviti yang mengasah bakat dan mendapat penyertaan ahli. Sementara itu, penubuhan jawatankuasa ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan serta menjaga kebajikan. Di samping itu, pihak kerajaan dapat mengadakan majlis jamuan the atau makanan pada hari yang ditetapkan untuk memberi kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan bergaul mesra antara satu sama lain dan menanamkan semangat kekitaan.

Anjuran majlis syarahan atau ceramah agama turut memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan eitka perkhidmatan awam. Anjuran majlis syarahan boleh ditetapkan dalam mingguan atau bulanan kepada kakitangan yang beragama Islam. Bagi umat Islam, menimba ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Di samping itu, penyediaan manual kerja turut penting bagi merealisasikan etika perkidmatan awam. Manual kerja merujukan dokumen rujukan dan panduan rasmi di kakitangan mengenai misi, visi, objektif, fungsi dan proses kerja organisasi. Dengan adanya manual kerja, ia dapat membantu mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan, prestasi, produktiviti dan kualiti organisasi kerajaan.

Normal Abdul Aziz (2005). Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Rashida Awang Zainal Abidin, Normah Abdul Aziz, Haliza Hamzah, Hadiyaton Mohd. Amin (2005), Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd: Kuala Lumpur Sidang Pengarah ILBS (2005). Soal Jawab untuk Peperiksaan Am Kerajaan. International Law Book Services: Kuala Lumpur. Undang-undang Malaysia Pekeliling Kemajuan. Pentadbiran Awam (1991-2003) MDC Publishers Sdn Bhd.

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KOHORT NOVEMBER 2011)

TUGASAN KUMPULAN

Tajuk Tugasan 1: Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Tugasan 2: Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

Disediakan oleh CHANG YEE TING (2011031050022) KOH YEE JIA (2011031050026) LEONG IMM CHON (2011031050030) TAH HUI XIAN (2011031050034) WONG LING CHIEN (2011031050038)

Kumpulan KPLI-SR Ambilan Januari 2011

Tarikh Serahan: 21 November 2011

BORANG PEMARKAHAN TUGASAN KUMPULAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA TARIKH: 21 NOVEMBER 2011 HINGGA 23 NOVEMBER 2011 KUMPULAN: KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2011 NAMA PESERTA: BIL. 1. 2. 3. 4. 5. NAMA CHANG YEE TING KOH YEE JIA LEONG IMM CHON TAH HUI XIAN WONG LING CHIEN ANGKA GILIRAN 2011031050022 2011031050026 2011031050030 2011031050034 2011031050038

BIL. 1 2 3 4

KRITERIA Kandungan Penglibatan Ahli Kumpulan Rumusan Penghasilan Produk

PEMBERATAN 4% 3% 2% 1%

MARKAH TUGASAN 1 2

Jumlah

10%

MARKAH PENUH [ TUGASAN 1 + TUGASAN 2]:

TANDA TANGAN PEMERIKSA NAMA PEMERIKSA TARIKH

:__________________________________________ :__________________________________________ :__________________________________________

Soalan 1B Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 4 Tahun 1991, proses Q adalah rangkaian tindakan yang lengkap bagi menjalankan sesuatu kerja. Proses Q disediakan dalam bentuk carta dan gambarajah bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan. Ia perlu dipamerkan di tempat kerja dan mudah dilihat oleh pekerja- pekerja organisasi khusus bagi staf-staf kaunter. Proses Q yang disediakan untuk staf organisasi perlu mengandungi jangka masa bagi menyelesaikan tiap-tiap tindakan. Ini adalah penting kerana jangka masa ini adalah standard yang ditetapkan bagi tindakan berkenaan. Gambarajah atau carta Proses Q perlu juga disediakan dan dipamerkan bagi kegunaan dan kemudahan pelanggan- pelanggan organisasi. Dari carta ini pelanggan akan memahami apakah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berurusan dengan agensi ini. Selain daripada langkah- langkah dan peraturan yang perlu diikuti, Proses Q perlu juga mempamerkan borang-borang disertakan. Proses Q diwujudkan selepas sistem cadangan Q di agensi Kerajaan pada asanya mempunyai tiga fungsi. Pertama, mengumpul dan mengendalikan cadangancadangan daripada kakitangan dapat diberi perhatian yang sewajarnay daripada pihak pengurusan. Setiap cadangan akan dianalisi dengan teliti dan dipertimbangkan dari pelbagai sudut bagi menentukan kesesuiannya. Melalui proses ini, idea yang baik akan dapat dikenalpasti untuk dikembangkan dan seterusnya diterjemahkan kepada pelanpelan tindakan yang konkrit bagi memperbaiki sesuatu proses kerja. Kedua, memberi peluang yang lebih luas kepada kakitangan agensi Kerajaan untuk terlibat secara langsung dalam usaha-usaha kualiti. Melalui penglibatan seperti ini komitmen mereka terhadap usaha-usaha kualiti akan dapat diperkukuhkan, cadangan yang mereka kemukakan itu dilaksanakan dengan sepenuhnya. Selain itu, penglibatan meluas kakitangan dalam usaha-usaha kualiti akan memudahkan agensi mengamalkan prinsip pengurusan kualiti yang menyeluruh (Total Quality Management) yang mana akan meninggalkan kesan yang mendalam dan berterusan ke atas prestasi agensi berkenaan. yang perlu diisi dan dokumen- dokumen yang perlu

Selain itu, proses Q bertujuan menggalakkan peningkatan daya kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan supaya mereka dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha-usaha kualiti. Pewujudan sistem cadangan yang teratur akan membolehkan potensi atau kemampuan kreativiti dan inovasi yang ada dalam diri setiap kakitangan diketengahkan untuk kepentingan organisasi. Proses Q hendaklah disediakan dalam bentuk carta dan gambarajah yang mudah difahami serta dalam bentuk yang menarik perhatian. Ia boleh disediakan dalam bentuk foto atau dilukis. Ciri-ciri proses Q adalah seperti berikut: a. Menggunakan simbol-simbol seperti empat segi dan bulatan bagi melambangkan langkah-langkah yang perlu dijalankan. Bagi sesuatu tindakan yang tertentu lainlain simbol, seperti gambar posmen bermotosikal sebagai lambing penghantaran surat atau gambar borang yang menunjukkan perlunya pengisian borang, boleh digunakan. b. Menulis langkah-langkah yang perlu dijalankan dengan ringkas dan jelas. c. Menggunakan saiz huruf yang besar bagi memudahkan pembacaan. d. Menggunakan warna yang sesuai pada simbol-simbol. e. Mempamerkan carta Proses Q di pintu masuk ke kaunter-kaunter perkhidmatan atau di tempat-tempat menunggu yang disediakan. f. Mempamerkan carta Proses Q melalui skrin komputer di mana sesuai. Dengan adanya tindakan mempamerkan carta dan gambarajah Proses Q memberi beberapa faedah kepada pekerja dan pelanggan organisasi. Salah satu faedah ialah memberi gambaran lengkap mengenai aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan. Carta dan gambarajah Proses Q sebagai panduan kepada pekerja supaya dapat menjalankan tugas dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Selain itu, proses Q telah memudahkan kerja-kerja penyeliaan terhadap tugastugas yang dijalankan. Dengan adanya prosidur yang telah ditetapkan, semua pegawai dapat menyelia tugas yang telah dijalankan dengan tepat. Sementara itu, proses Q dapat memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru di samping mengurangkan arahan-arahan berbentuk lisan mengenai cara menjalankan tugas.

SOALAN 2B (a)

Bentuk penswastaan penjualan aset atau ekuiti boleh melibatkan penjualan sebahagian atau keseluruhan ekuiti sesuatu syarikat. Penjualan ekuiti keseluruhan bermakna pemindahan 100% penjualan ekuiti kerajaan dalam syarikat berkenaan, manakala penjualan sebahagian bermakna pemindahan berkurang daripada 100%. Penjualan aset boleh melibatkan pemindahan samada ketiga-tiga komponen organisasi tersebut atau sebahagian daripada komponennya. Penjualan aset boleh melibatkan aset yang dimiliki oleh apa jua organisasi kerajaan samada syarikat atau lain-lain entiti. Antara contoh syarikat yang terlibat dengan dasar penswastaan bagi bentuk penjualan termasuklah Pos Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Pajakan yang melibatkan pemindahan hak menggunakan asset kerajaan untuk tempoh tertentu. Oleh kerana atas alasan-alasan tertentu seperti kesukaran mendapatkan sumber wang atau lain-lain pajakan ini bolehlah dipertimbangkan pihak berkenaan tetapi agensi yang bertanggungjawab hendak menilai kos dan faedah cara pajakan tersebut dan menunjukkan sama ada cadangan pajakan berkenaan merupakan langkah yang akan terus kekal atau sebahagian satu peringkat sahaja dalam rancangan penswastaannya. Pada asasnya, pajakan melibatkan penyewaan kemudahankemudahan dan harta yang tertentu bagi mendapatkan bayaran kerana menggunakan kemudahan atau harta tersebut. Taraf hakmilik harta-harta tersebut tidak berubah

sungguhpun pada akhir pajakan, pihak yang memajak boleh mengemukakan cadangan untuk membeli terus kemudahan atau harta tersebut. Sebagai contoh, kerajaan boleh menimbang untuk memajakkan beberapa harta seperti tanah dan makmal-makmal penyelidikan sebagai satu langkah dalam rancangan menswastakan harta-harta kerajaan. Sebagai contoh syarikat yang menjalankan bentuk pajakan termasuklah Pusat penyembelihan khinzir, Shah Alam-Depoh Baikpulih TUDM.

Kaedah ketiga yang digunakan untuk Dasar Penswataan ialah kontrak pengurusan. Kaedah ini melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta

untuk mengurus sesuatu entiti Kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan (Ahmad Sarji, 1994). Kaedah ini meliputi pemindahan tanggugjawab pengurusan kepada sektor swasta dan mungkin juga melibatkan pemindahan kakitangan tetapi tidak melibatkan pemindahan hak milik aset. Menurut Ahmad Sarji (1994), di antara entiti milik Kerajaan yang telah diswastakan melalui kaedah ini ialah pengurusan Loji Penapisan Air di Empangan Semenyih, pemasaran masa siaran Radio Malaysia dan Aktiviti Pemasaran RISDA.

Seterusnya, kaedah Bina-Kendali-Pindah (BKP) dan kaedah Bina-Kendali (BK) juga digunakan dalam Dasar Penswastaan. Mengikut Ahmad Sarji (1994), kedua-dua kaedah ini digunakan untuk menswastakan projek-projek baru yang secara tradisinya dimajukan oleh sektor awam termasuklah projek infrastuktur dan kemudahan awam seperti jalan dan bekalan air. Kaedah BKP melibatkan pembinaan sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaannya sendiri dan akan mengendalikannya bagi tempoh yang dinamakan temph konsesi (Perkhidmatan Awam Malaysia: Memperkukuhkan Agenda Pembaharuan, 2000). Kemudahan-kemudahan ini akan diserah balik kepada Kerajaan di akhir tempoh konsesi tersebut. Dalam tempoh konsesi tersebut, sektor swasta dibenarkan mengutip caj terus daripada pengguna kemudahan berkenaan atau secara tidak langsung daripada pihak perantaraan. Salah satu projek yang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah BKP ialah Laluan Kedua Ke Singapura. Kaedah BK hampir sama dengan kaedah BKP, tetapi kaedah BK tidak melibatkan penyerahan balik kemudahan tersebut kepada Kerajaan (Perkhidmatan Awam Malaysia: Memperkukuhkan Agenda Pembaharuan, 2000). Projek yang diswastakan melalui kaedah BK ialah Sistem Pengangkutan Laju Ringan (LRT). Keduadua kaedah ini biasanya akan melibatkan pemberian lesen atau konsesi.

2B(b) Perlaksanaan dasar penswastaan telah banyak membantu negara mengurangkan perbelanjaan pembangunan yang ditanggung oleh kerajaan, menjimatkan belanja

mengurus,disamping memberi hasil tambahan. Dasar penswastaan telah melibatkan sektor swasta secara aktif di dalam projek pembangunan negara di mana mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional dengan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan pembentukan peluang yang lebih luas bagi sektor berkenaan. Program penswastaan juga terbukti berjaya merangsang pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan kecekapan projek-projek yang diswastakan, disamping memberi kesan gandaan kepada ekonomi. Pembinaan lebuh raya misalnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan yang berkaitan dengan industri pembinaan disamping menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kos kendalian kenderaan. Melalui program penswastaan juga, lebih banyak sumber dibelanjakan oleh kerajaan untuk sektor lain dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sektor tersebut. Program penswastaan yang terkandung dalam Pelan Induk Penswastaan (PIP) mempunyai lima matlamat utama iaitu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan Kerajaan, meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam aktiviti ekonomi serta membantu pencapaian matlamat penyusuran semula yang terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional. PIP mengenalpasti beberapa kaedah penswastaan seperti penjualan asset, penjualan ekuiti, pajakan aset, pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO), bina milik-kendali (MBK)dan bina kendali-pindah (BKP). Secara keseluruhannya, sejak pelaksanaan dasar ini, beberapa projek penswastaan telah menunjukkan prestasi yang baik dan memberangsangkan. Beberapa projek telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan, mendorong perkembangan sektor korporat dan membuka peluang yang lebih bagi meningkatkan pertumbuhan melalui daya usaha sektor swasta, meningkatkan penyertaan di sektor swasta dan tidak kurang pentingnya dasar ini berjaya mengurangkan beban pentadbiran kerajaan, khasnya dari segi kakitangan dan juga tanggungan kewangan, pencapaian ini menambahkan lagi keyakinan kerajaan untuk memperluaskan dasar penswastaan di negara ini.

Penswastaan telah digunakan sebagai satu kaedah bagi mempercepatkan dan memperluasakan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta pencapaian matlamat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa pelaburan asing telah diberi tanggujawab untuk meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penyertaan Bumiputera dalam bidang industry kecil dan sederhana (IKS) menerusi program subkontrak dan francais. Usaha sama aktif antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera telah diberi galakan bagi membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Syarikatsyarikat Bumiputera telah didedahkan kepada teknologi baru di samping penyaluran modal, maklumat pasaran dan hubungan dengan pasaran antarabangsa. Ini meningkatkan lagi daya saing usahawan Bumiputera dalam perniagaan moden secara globalisasi. Pada keseluruhannya, Dasar Pembangunan Nasional bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta untuk mengambil daya usaha yang gigih bagi mencapai objektif sosioekonomi negara. Sokongan dan bantuan akan diberi oleh sektor awam menerusi usaha-usaha memperbaiki pertumbuhan dan penyediaan infrastruktur fizikal yang mencukupi.

Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1994). Perkhidmatan Awam Malaysia: Satu Peralihan Paradigma (Pembaharuan dan Kemajuan Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia 1993). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Perkhidmatan Awam Malaysia: Memperkukuhkan Agenda Pembaharuan. (2000). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

You might also like