You are on page 1of 4

-GALILEO GALILEI-

Galileo Galilei ialah saintis Itali yang paling bertanggungjawab dalam pembangunan kaedah saintifik yang dilahirkan pada tahun 1564,dalam Bandar Pisa.Ketika muda,beliau berlajar di Universiti Pisa tetapi tercicir kerana masalah kewangan.Walaupun begitu,beliau mendapat jawatan sebagai pengajar di Universiti itu pada tahun 1589.Beberapa tahun kemudian,beliau menyertai sebuah fakulti di Universiti Padua,dan berada di sana sehingga tahun 1610.Di sinilah penemuan saintifiknya banyak dihasilkan. Sumbangan pertama yang penting oleh Galileo Galilei adalah dalam bidang mekanik.Aristotle telah mengajarkan bahawa objek berat jatuh dalam kadar yang lebih cepat berbanding objek ringan dan sejak beberapa generasi ini telah diterima sebagai kuasa mutlak ahli falsafah Greek.Galileo bagaimanapun hendak mengujinya dan melalui beberapa siri uji kaji,beliau mendapati bahawa pendapat Aristotle adalah salah.Faktanya adalah,objek berat dan ringan jatuh pada kelajuan yang serupa kecuali ianya bergantung kepada halangan geseran udara.(pendapat yang mengatakan bahawa Galileo menjalankan uji kaji dengan menjatuhkan objek dari Menara Condong Pisa adalah tidak berasas) Belajar dari perkara ini , Galileo meneruskan langkahnya.Beliau mengukur jarak jatuhan objek dalam tempoh masa tertentu dan mendapati bahawa jarak yang dilalui oleh objek yang jatuh adalah berkadaran dengan kuasa dua bilangan saat dari jatuhan.Penemuan ini (menunjukkan kadar pecutan yang sekata)adalah signifikan.Yang lebih penting,Galileo telah berjaya membuat kesimpulan dari beberapa siri uji kaji dengan formula matematik.Penggunaan formula matematik yang berterusan adalah ciri penting dalam sains moden. Satu lagi sumbangan besar Galileo adalah penemuan hukum inersia.Sebelum ini orang percaya bahawa objek yang bergerak akan secara semula jadi menjadi perlahan dan berhenti kecuali ia ditolak untuk terus bertolak.Bagaimanapun,uji kaji Galileo menunjukkan bahawa pendapat tersebut adalah salah.Jika tolakan yang terbantut,seperti geseran,boleh dihapuskan ,objek yang bergerak akan terus bergerak tanpa henti.Prinsip penting ini telah dinyatakan sekali lagi oleh

Newton dan memasukkan dalam hukum gerakannya yang pertama adalah prinsip fizik yang sangat penting. Penemuan Galileo yang paling diraikan adalah dalam bidang astronomi.Bidang astronomi dikawal tahun 1600 adalah menggalakkan di mana terdapat pertentangan antara pengikut teori seawal heliosentrik Copernicus dengan pengikut teori geosentrik awal.Seawal tahun 1604,Galileo telah mengisytiharkan bahawa beliau mempercayai teori Copernicus tetapi tidak dapat membuktikannya pada masa itu.Pada tahun 1609,Galileo terdengar mengenai ciptaan teleskop di Belanda.Walaupun sangat sedikit yang beliau tahu mengenai teleskop,tetapi kepintarannya telah membolehkan beliau mencipta sebuah teleskop yang sangat baik.Ciptaan baharu ini telah melonjakkan nama serta bakat dan pada tahun berikutnya beliau telah menghasilkan banyak penemuan yang besar dan penting. Beliau melihat ke bulan dan mendapati bahawa ia bukanlah sfera yang rat,dengan lopak dan gunung tinggi di permukaannya.Beliau menyimpulkan bahawa objek selestial juga tidaklah rata dan sempurna,terdapat banyak ketaksamaan seperti di bumi.Beliau melihat kepada system suria dan mendapati bahawa ia merupakan kombinasi banyak bintang-bintang secara individu yang sangat jauh dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar.Beliau melihat planet dan mendapat gegelang mengelilingi Zuhal,beliau juga melihat empat bulan muncul sekeliling Jupiter.Ini adalah bukti jelas bahawa badan astronmikal boleh muncul di keliling planet kecuali Bumi.Beliau melihat ke matahari dan Nampak bintik hitam.(sebenarnya bintik hitam itu telah ditemui sebelumnya,tetapi beliau telah menerangkan dengan lebih terperinci mengenai bintik hitam tersebut).Beliau mendapati fasa Venus hamper menyamai fasa bulan.Ini merupakan elemen yang signifikan mengenai bukti pendapat Copernicus bahawa bumi dan planet-planet lain muncul mengelilingi matahari. Penciptaan teleskop dan beberapa siri penemuan telah menaikkan nama Galileo.Bagaimanapun,dengan menyokong teori Copernicus,beliau telah ditentang di kalangan ahli gereja dan pada tahun 1616,beliau telah diarahkan supaya berhenti dari mengajar hipotesis Copernicus.Galileo agak bosan dengan halangan ini untuk beberapa tahun.Apabila Ketua Paderi meninggal dunia pada tahun 1623,beliau telah digantikan oleh seseorang yang mengagumi Galileo.Pada tahun berikutnya,Ketua Paderi yang baru,urban viii,telah mengisyaratkan bahawa halangan tersebut dihentikan.

Galileo meneruskan enam tahun berikutnya,menulis hasil kerjanya yang paling terkenal iaitu,Dialogue Concerning the Two Chief World Systems.Buku ini merupakan pendedahan terhadap semua bukti yang menjurus kepada teori Copernicus dan buku inni diterbitkan pada tahun 1632. Bagaimanapun,penerbitan buku ini menimbulkan kemarahan gereja dan Galileo telah dibicarakan di Rom dan didenda kerana melanggar larangan pada tahun 1616. Agak jelas bahawa ramai ahli gereja tidak begitu gembira dengan pendakwaan ke atas saintis ini. Hukuman ke atas Galileo dipersoalkan dan beliau diberikan hukuman yang ringan di mana beliau tidak dipenjarakan tetapi diarah berkurung dalam rumahnya sendiri di Arcetri. Beliau hanya dihalang dari menerima pelawat,tetapi larangan tersebut tidak dilaksanakan. Hukuman ke atasnya hanyalah ketika diminta supaya menarik balik kenyataannya bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Beliau telah melakukannya di mahkamah.(terdapat cerita yang mengatakan bahawa,selepas menarik balik kenyataannya,Galileo tunduk ke bumi dan berkata ia masih bergerak). Di Arcetri,beliau terus menulis mengenai mekanik dan meninggal dunia di sana pada 1642. Sumbangan beliau yang sangat banyak dalam bidang sains telah lama diakui. Penemuan penting dalam bidang saintifik seperti huukum inersia,ciptaan teleskop,pemerhatian astronomi dan kebijaksanaannya dalam membuktikan teori Copernicus. Yang lebih penting,peranannya dalam pembangunan kaedah sains. Ahli falsafah biasanya mengambil tanda dari Aristotle dan membuat pemerhatian kualitatif dan mengkategorikan fenomena tetapi Galileo telah mengukur fenomena dan membuat pemerhatian yang kuantitantif. Penekanan terhadap pengukuran kuantitatif merupakan ciri penting dalam penyelidikan sains. Galileo barangkali lebih bertanggungjawab daripada orang lain dari segi sikap dalam penyelidikan sains. Beliau merupakan orang yang pertama menekankan kepentingan uji kaji. Beliau menolak anggapan bahawa persoalan sains boleh ditentukan dan bergantung kepada pihak berkuasa. Beliau juga menolak sebarang skim yang tidak diasaskan kepada uji kaji. Kebanyakan golongan pertengahan hanya membincangkan soal apa yang sepatutnya berlaku dan kenapa ia berlaku,tetapi Galileo menekankan perlunya melakukan uji kaji untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku. Pandangan saintifiknya amat tajam dan dalam hal ini,beliau lebih moden berbanding orang yang terdahulu,termasuklah Newton.

Galileo ialah seorang yang patuh kepada agama. Walaupun beliau dibicarakan dan didapati bersalah,beliau tidak menolak agama atau gereja,tetapi hanyalah cubaan pihak berkuasa gereja yang hendak menyulitkan penyiasatan mengenai sains. Generasi seterusnya agak mengagumi Galileo sebagai symbol pemberontakan melawan dogmatisme,melawan pihak berkuasa yang hendak menyulitkan kebebasan berfikir dan yang lebih penting adalah peranan yang dimainkannya dalam penemuan kaedah saintifik moden.

You might also like