Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN Penilaian Kerja Amali Sains ( PEKA sains) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. PEKA Sains dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PEKA Sains dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru Sains secara berterusan dalam proses pengajaran dan Pembelajaran.
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Pelaksanaan PEKA sains merupakan satu proses yang dilaksanakan oleh guru untuk mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan murid terhadap konstruk atau perkara yang telah dikenalpasti berdasarkan kerangka yang tertera dalam format pentaksiran dan standard. PETUGAS PENTAKSIRAN
Petugas Pentaksiran adalah personel yang dilantik oleh LPM /JPN untuk mengurus dan mengendalikan Pentaksiran. Petugas Pentaksiran terdiri daripada: 1. Pentaksir Kebangsaan (PK) 2. Pentaksir Negeri (PN) 3. Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) 4. Pentaksir Kawasan (PKw) 5. Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) 6. Pentaksir Sekolah (PS)
PENTAKSIR KEBANGSAAN
Dilantik oleh LPM dari kalangan Guru Cemerlang Sains Tugas Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai pelajaran di LPM Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN) Meracang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan Membuat pemantauan dan penyelarasan perigkat kebangsaan
PENTAKSIR NEGERI
Dilantik oleh JPN dari kalangan Guru Cemerlang Sains Tugas Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan Menyelaras tugas KPKw dan Pentaksir Kawasan (Pkw) Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat Negeri Memantau perlaksanaan PEKA Sains Melaksanakan penyelarasan skor peringkat Negeri Mengumpul dan menyatukan laporan daripada KPKw dan menghantar kepada PK
Sebelum Pentaksiran
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di Peringkat Negeri 2. Memberi taklimat kepada PKw dan Ketua Pentaksir Sekolah
Semasa Pentaksiran
1. Berjumpa Guru Besar / Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah. 2. Menyelaras pentaksiran oleh KPw. 3. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid melalui proses pentaksiran yang lengkap. 4. Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah.
Selepas Pentaksiran
1. Mengumpulkan dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada Pentaksir Negeri.
Sebelum Pentaksiran
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di Peringkat Negeri 2. Memberi taklimat kepada Pentaksir Sekolah
Semasa Pentaksiran
1. Berjumpa Guru Besar / Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah. 2. Menyelaras pentaksiran oleh Ketua Pentaksir Sekolah (KPS). 3. Bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid melalui proses pentaksiran yang lengkap. 4. Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah KPS
Selepas Pentaksiran
1. Mengumpulkan dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw).
Sebelum Pentaksiran
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di Peringkat Kawasan dan Sekolah 2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada Pentaksir Sekolah (PS) dan murid.
Semasa Pentaksiran
1. Membimbing dan membantu meningkatkan prestasi murid. 2. Menyelaras pentaksiran oleh Pentaksir sekolah (PS). 3. Menyelaras Individual Score Form (ISF), Final individual Score Form dan Master Score Form (MSF) oleh PS 4. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan.
Selepas Pentaksiran
1. Mengumpulkan dan menyatukan laporan daripada Pentaksir sekolah dan menyerahkannya kepada Pentaksir Kawasan (KPKw). 2. Menyelesaikan masalah kes-kes khas.
Sebelum Pentaksiran
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan di Peringkat Kawasan dan Sekolah 2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada murid.
Semasa Pentaksiran
1. Membimbing dan membantu meningkatkan prestasi murid. 2. Mentaksir murid. 3. Mengisi Individual Score Form (ISF), Final Individual Score Form(FISF)dan Master Score Form (MSF) 4. Memberi kerjasama kepada KPS /PKw /KPKw /PN dalam urusan penyelarasan.
Selepas Pentaksiran
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh KPS / PKw / KPKw / PN. 2. Menyerahkan skor kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP). 3. Menyerahkan rekod dan evidens kepada SUP untuk disimpan selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan. 4. Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru. 5. Menyediakan penyataan keputusan PEKA Sains bagi setiap murid di akhir tahun 6. 6. Menyelesaikan masalah kes-kes khas.
Jadual Kerja Pengurusan Dan Pengumpulan Skor PEKA Sains Bil 1 Perkara Pelaksanaan PEKA Sains : Tahun 3, 4, 5, dan Tahun 6 Melengkapkan ISF and MSF: Tahun 3, 4, 5, dan Tahun 6 Kemasukan markah ke dalam aplikasi. Serahan disket dan cetakan markah kepada PPD/PPG Serahan disket dan cetakan markah ke JPN Serahan disket dan salinan Tarikh Feb Nov Feb 31 Julai Okt Nov Ogos 1 5 Ogos 7 8 Ogos 9 10 Ogos 22 24 Tindakan Sekolah
Sekolah
PELAPORAN PEKA
Pelaporan PEKA sains dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu Peringkat sekolah
Pelaporan skor BSI dan BSK Pernyataan Keputusan tahun 6 sahaja Slip keputusan tahun 6 sahaja
Peringkat Kebangsaan
MANUAL PENGURUSAN PENTAKSIRAN PEKA PENGURUSAN DAN PROSEDUR KHAS Calon Pindah
- Sekolah asal murid bertanggungjawab memastikan REPORT BOOK dihantar ke sekolah baru. - Sekolah baru bertanggungjawab memastikan REPORT BOOK diterima dari sekolah asal. - Sekolah baru bertanggungjawab memasukkan skor murid ke dalam aplikasi yang ditetapkan bersamasama skor murid yang lain.
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEKA SAINS Peringkat Gabungan / Daerah Jawatankuasa Pengurusan PEKA Sains Peringkat Gabungan / Daerah Pengerusi : Pengawai Pelajaran Gabungan / Daerah Setiausaha : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Peperiksaan AJK : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Sains / Matematik) Penyelia Peperiksaan Daerah / Gabungan Ketua Pentaksir Kawasan Pentaksir Kawasan
Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PEKA Sains Peringkat Daerah / Gabungan Sebelum Pentaksiran
Menerima pekeliling dan taklimat penataran daripada JPN Menubuhkan jawatankuasa PEKA Sains peringkat Daerah / Gabungan Menyediakan surat-surat yang berkaitan Menyerahkan dokumen dan memberi taklimat penataran kepada Semasa Pentaksiran sekolah Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat daerah Memastikan pentaksiran di sekolah dilaksanakan Memastikan penyelarasan peringkat sekolah dilaksanakan Memastikan pemantauan peringkat daerah dilaksanakan
Selepas Pentaksiran
Mengumpul Laporan Pemantauan Memastikan setiap sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM Memastikan smua sekolah menghantar skor mengikut prosedur penskoran dan penghantaran mengikut jadual yang ditetapkan Memastikan sekolah mengeluarkan penyataan keputusan pentaksiran kepada murid
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEKA SAINS Peringkat Sekolah Jawatankuasa Pengurusan PEKA Sains Peringkat Sekolah Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha AJK : Guru Besar / Pengetua : Guru Penolong kanan : Ketua Panitia Sains : Ketua Pentaksir Sekolah Pentaksir Sekolah Setiausaha Peperiksaan Sekolah
Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan PEKA Sains Peringkat Sekolah Sebelum Pentaksiran
Menerima pekeliling PEKA Sains daripada JPN Menerima dokumen PEKA Sains daripada JPN Menubuhkan Jawatankuasa PEKA Sains daripada JPN Melantik pentaksir PEKA Sains Menghantar senarai Jawatankuasa PEKA Sains dan pentaksir kepada PPD / PPG dan JPN Memperbanyakkan dokumen PEKA Sains untuk kegunaan pentaksir Menyediakan jadual pelaksaan PEKA Sains dan menghantar salinan kepada Pentaksir Kawasan, PPD / PPG dan JPN Menyediakan kemudahan seperti makmal, peralatan dan bahan adalah mencukupi bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan dan membolehkan PEKA Sains dilaksanakan Melantik guru mata pelajaran sebagai Ketua Pentaksir dan Pentaksir untuk melaksanakan PEKA Sains. KPS memberikan taklimat pelaksanaan PEKA Sains kepada PS PS memberikan taklimat pelaksanaa PEKA Sains kepada murid. Memastikan setiap murid ada Report Book PEKA Sains.
Semasa Pentaksiran
Memastikan pentaksiran dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran daripada JPN Menyelaraskan skor di peringkat sekolah oleh KPS Membuat pemantauan Memastikan pentaksir merekod skor dalam ISF Memastikan pentaksir menyimpan evidens pentaksiran dalam fail individu Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid Memastikan pentaksir memindakan skor dari ISF ke MSF
Selepas Pentaksiran
Menyemak dan mengesahkan ISF dan MSF Memastikan SUP memasukkan skor murid ke dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM Mengesahkan salinan cetakan MSF Mengeluarkan penyataan keputusan PEKA Sains kepada murid di akhir Tahun 6