You are on page 1of 6

PROSEDUR Pengukuran Ketinggian 1) Subjek telah berdiri tegak di atas papan stadiometer dengan bahagian belakang tubuhnya membelakangi

bahagian pengukur stadiometer. 2) Subjek telah berdiri di atas tapak kaki, tangan lurus di tepi peha, kedua belah kaki diluruskan, bahu dalam keadaan rehat dan kepala mestilah berada dalam kedudukan Frankfort horizontal plane iaitu memandang lurus ke hadapan. 3) Penunjuk stadiometer telah dilaraskan ke atas kepala subjek dengan tekanan yang secukupnya ke atas rambut. 4) Bacaan ketinggian telah direkodkan sehingga 0.1cm. 5) Subjek telah menanggalkan perhiasan rambut seperti cekak rambut, sepit, ikatan rambut seperti tocang dan sanggul untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Pengukuran Berat 1) Penimbang telah diletakkan di atas permukaan lantai yang keras dan rata supa penimbang tidak bergoyang atau condong semasa digunakan. 2) Subjek telah berdiri di tengah-tengah platform penimbang dalam keadaan tegak, kaki dirapatkan dan lurus, tangan di tepi badan, bahu rehat dan kepala mestilah berada di kedudukan Frankfort horizontal plane. 3) Berat badan subjek telah direkodkan kepada 0.1kg terhampir.

Pengukuran Rangka Tubuh 1) Pergelangan tangan di ukur bagi menganggarkan saiz rangka tubuh sama ada kecil, sederhana atau besar. 2) Pengukur telah berdiri di hadapan subjek yang berdiri sambil membengkokkan sendi di bahagian sikunya. 3) Tapak tangan subjek hendaklah berada dalam keadaan terbuka dan otot tangan dalam keadaan rehat. 4) Pita pengukur telah diletakkan di bahagian bawah pergelangan tangan melewati steloid process pada tulang radius dan ulna. 5) Pengukur telah mengukur pergelangantangan subjek sebanyak 3 kali dan telah merekodkan kepada 0.1cm yang terhampir.

Nisbah Lilitan Pinggang Kepada Pinggul (Waist Hip Ratio) 1. Pengukuran lilitan pinggang Subjek telah berdiri tegak dalam keadaan abdomen direhatkan, tanagn dirapatkan dibahagian tepi badan dan kaki lurus dan dirapatkan. Pita pengukur diletakkan di bahagian pinggang dan di atas pusat. Bacaan telah direkodkan ketika subjek bernafas secara normal dan pastikan pita pengukur tidak menekan permukaan kulit.

2. Pengukuran lilitan punggung Subjek telah berdiri tegak dalam keadaan abdomen direhatkan, tanagn dirapatkan dibahagian tepi badan dan kaki lurus dan dirapatkan. Pita pengukur telah diletakkan di bahagian punggung, betul-betul di bahagian paling maksimum punggung. Bacaan telah direkodkan ketika subjek bernafas secara normal dan pastikan pita pengukur tidak menekan permukaan kulit. Pengiraan telah di buat berdasarkan Lampiran C1 di dalam buku panduan makmal.

Teknik Pengukuran Lipatan Kulit Kaedah mengukur 1) Bahagian lipatan kulit telah dipegang dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (tangan kiri) dan cubit sebesar kira-kira 1cm atau separu dai bahagian lipatan kulit yang ingin diukur. 2) Jumlah tisu yang tarik keluar telah untuk membentuk lipatan kulit. 3) Caliper telah dipegang dengan tangan kanan, bersudut tegak dan garis lintang yang terhasil oleh lipatan kulit. Jarum pengukur telah dipastikan menghadap ke atas dan mudah dibaca. 4) Hujung caliper telah diletakkan di bahagian atas sesikit (1cm) dari tempat yang diukur supaya ia tidak memberi kesan langsung terhadap pengukuran yang dibuat,

5) Bacaan pengukuran telah dibaca dalam masa kira-kira 4 saat sebaik caliper diletakkan di bahagian lipatan kulit. 6) Bacaan telah direkodkan kepada 1mm yang terhampir. 7) Kaedah pengukuran lipatan kulit terbahagi kepada lima pengukuran: i. Triceps Titik tengah (midpoint) di antara acromion dan olecranon process telah ditandakan secara lateral di lengan dengan siku dilipat bersudut tegak. Bahagian posterior midline telah ditandakan, pengukuran dilakukan pada bahagian yang telah ditandakan

ii.

Biceps Subjek telah berdiri dengan pengukur. Biceps terletak berhadapan dengan triceps. Pengukuran lipatan kulit telah dibuat secara menegak di bahagian hadapan lengan.

iii.

Subskapular Subskapular terletak 1cm di bahagian paling bawah tulang skapula. Kawasan ini telah dikesan dengan merasa bahagian tersebut pada kedudukan 45 dan telah meminta subjek berdiri dengan tangan kanannya dilipat ke belakang. Pengukuran telah dibuat semasa subjek berdiri dan tangan di sisi tubuh.

iv.

Suprailiac Pengukuran telah dibuat sewaktu subjek berdiri tegak. Pengukuran telah dibuat dengan menarik lipatan kulit dibahagian 1cm posterior di garis midaxillary.

v.

Mid Upper Arm Circumference (MUAC) Lengan sebelah kanan subjek telah dilipat dibahagian siku bersudut 90 , dengan bahagian atas lengan berkedudukan selari dengan tubuh Pita pengukur telah digunakan untuk mengukur serta tandakan titik tengah di antara tonjolan tulang di atas bahagian bahu dan siku. Penandaan telah dibuat dan pita pengukur telah digunakan untuk menentukan lilitan MUAC tersebuat. Pengukuran telah direkodkan kepada 0.1cm yang terhampir.

Teknik Menganggar Tinggi dan Berat 1) Kaedah ini digunakan untuk subjek yang tidak mampu berdiri tegak atau pembengkokan tulang belakang yang keterlaluan atau bongkok. 2) Kaedah ini melibatkan pengukuran ketinggian tulang lutut dan lilitan betis. 3) Melalui pengukuran ini, ketinggian dan berat subjek dianggarkan dan membolehkan pengiraan IJT telah dilakukan.

KESIMPULAN Berdasarkan kaedah pengukuran antropometri ini setiap subjek dapat mengetahui secara keseluruhan pengukuran saiz badan, tinggi, berat dan perkadaran komposisi tubuh. Pengukuran antropometri sering digunakan dalam memantau kensan nutrisi bagi penyakit atau kepada mereka yang mempunyai masalah malnutrisi. Hasil pengukuran antropometri boleh digunakan sebagai panduan untuk mengawal berat badan yang berlebihan atau obesiti disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan manakala ia juga penting kepada mereka yang kurang berat badan ataupun kurus disebabkan kekurangan protein. Selain itu, melalui kajian yang telah dijalankan kami telah mengetahui ukuran lipatan kulit ataupun subcutaneous adipose tissue. Ukuran lipatan kulit adalah penting kerana individu yang mempunyai ukuran subcutaneous adipose tissue yang besar berada dalam risiko untuk mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit kardiovaskular, arthritis dan kanser. Oleh itu, penjagaaan makanan adalah penting untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan berat badan yang unggul dan bebas daripada sebarang penyakit yang membahayakan diri.

You might also like