You are on page 1of 1

Peraturan Keselamatan Perkhemahan

1. Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa. 2. Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. 3. Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. 4. Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar. 5. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. 6. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. 7. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti. 8. Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. 9. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. 10. Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik. 11. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alatalat yang menyalahi undang-undang.

You might also like