You are on page 1of 2

BILANGAN JURNAL MINGGU PRAKTIKUM TARIKH PERISTIWA TAJUK JURNAL

: : : :

2 KEDUA 10 JULAI 2011 - 14 JULAI 2011 MASALAH KAWALAN KELAS

1.

MASALAH KAWALAN KELAS Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah masalah pengawalan kelas.

Masalah ini berlaku pada hari Isnin dan Selasa iaitu 11 Julai 2011 dan 12 Julai 2011. Apabila kawalan kelas kurang memuaskan, proses pengajaran dan pembelajaran saya terganggu. Hal ini seterusnya akan membuatkan objektif yang dirancang tidak akan dapat dicapai.

2.

ANALISIS Masalah ini mungkin timbul kerana saya kurang ilmu dalam pengawalan kelas

dan sebagai guru baru rasa hormat murid kepada saya adalah kurang. Di dapati murid kurang memberi perhatian, bermain-main dan berbual-bual ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Di samping itu masalah ini juga mungkin wujud kerana kerana murid berasa bosan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan.

3. A) B) C)

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Saya perlu berfikir dan mencari kaedah terbaik dalam pengawalan kelas. . Saya perlu membanyakkan bacaan dalam kaedah mengawal kelas yang baik. Saya perlu mengadakan perbincangan dan mendapatkan bimbingan dari guru dan pensyarah pembimbing di samping bertanyakan pendapat rakan rakan guru pelatih.

4.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, pasti segala objektif pengajaran saya di dalam kelas tidak akan dapat dicapai. Ini kerana apabila suasana kelas adalah terkawal, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar yang seterusnya membuatkan murid memahami apa yang ingin disampaikan.

Disemak oleh guru pembimbing, Tandatangan Nama Tarikh : : :

Disemak oleh pensyarah pembimbing, Tandatangan Nama Tarikh : : :

You might also like