You are on page 1of 7

KEBUDAYAAN MELAYU Pengenalan Kebudayaan berasal daripada perkataan sanskrit buddayah yang bermaksud budi pekerti atau akal.

Kebudayaan ini adalah berkait rapat dengan aktiviti yang dimiliki olehseseorang individu mahupun sesebuah masyarakat. Menurut Andreas Eppink pula, kebudayaanialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta strukturstruktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-cirikhas sesebuah masyarakat. Pelbagai undang-undang bertulis tradisional melayu iaitu bersifat kenegerian telah muncul sejak zaman pemerintahan dahulu lagi. Kewujudan undang-undang melayu ini adalah hasil daripada

perkembangan hukum adat yang dapat dilihat melalui karya-karya tradisional atau klasik.Undang-undang bertulis mempunyai beberapa kepentingan pada ketika itu bagi pemerintah dalam melaksanakan pentadbiran. Ia dapat memberi gambaran kepada masyarakatkini tentang keadaan seperti sistem pemerintahan, pentadbiran, susunan masyarakat dan juga corak pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu. Walau bagaimanapun, konsep undang-undang dalam masyarakat Melayu lama tidak dapat disamakan dengan undang-undang modenkini. Berdasarkan penilitian terhadap undang-undang Melayu klasik ini, ianya menggambarkan bahawa masyarakat dahulu walaupun mereka dalam keadaan yang buta huruf tetapi mereka berjaya menyusun suatu peraturan atau undang-undang untuk keamanan dan kesejahteraan masyarakat pada masa itu. Undang-undang bertulis dibahagikan kepada dua iaitu undangundang bersifat negeri atau darat dan undang-undang bersifat pelabuhan atau kelautan. Undangundang bersifat negeri adalah seperti Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanunkedah, Hukum Kanun 99 Perak.

Manakala undang-undang bersifat pelabuhan ialah undang-undang laut Melaka, undang-undang belayar, undang-undang Kedah dan juga undang-undang perahu. Undang-undang inidikenali sebagai undang-undang pelabuhan kerana catatannya banyak membicarakan tentangtatacara ataupun hukum-hukum berdagang dan juga berpelabuhan. Pada keseluruhannya,undang-undang melayu klasik ini adalah

mengandungi hukum yang berdasarkan 4 perkara utamaiaitu

:i.aspek berkerajaan iaitu kuasa raja dan pembesar dalam pentadbiran. ii.hukum bagi kesalahan jenayah iaitu mencuri dan menceroboh. iii.hukum bagi kesalahan bukan jenayah iaitu bergaduh, hukum zina dan riba. iv.adat istiadat atau larangan istana. Isi-isI:

Politik : Politik merupakan satu sistem yang diperlukan oleh sesebuah kuasa mahupun organisasidalam memastikan pergerakan sesuatu organisasi tersebut. Dalam konteks kebudayaan Melayuini, sistem politik berhubung rapat dengan sistem dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem politik ini ianya bertujuan untuk menentukan peraturan siapa yang berkuasa dan siapa pula yangdikuasai, wilayah yang dikuasai, hak bertindak dan dasar-dasar legitiminasi sesuatu kuasa.Sistem politik itu juga memberi pengesahan terhadap kuasa undang-undang, corak pemerintahankuasa, birokrasi, organisasi menjalankan kuasa dan juga persaingan mendapatkan

kuasa.Contohnya, menerusi Hukum Kanun Melaka yang juga dikenali sebagai UndangundangDarat Melaka atau Risalat Hukum Kanun. Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan ianya berkuatkuasa di Melaka pusat serta kawasan-kawasan yang menjadi jajahan takhluknya. Antara

kandungan Hukum Kanun Melaka ini adalah mengenai tanggungjawab raja serta pembesar- pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat,

perhukuman kesalahan jenayahdan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadah dan muamalat dan juga hokum perhumaan. 1 Seterusnya, ketertinggian kebudayaan melayu dalam bidang politik dapat

dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang menerusi fasal 31. Fasal 31 ini menerangkan tentangtanggungjawab ataupun bidang kuasa yang dimiliki oleh seseorang penghulu bendahari dalammelaksanakan tugasnya. Contoh petikan teksnya ialah: Dan dijadikan pula penghulu bendahari, maka diserahkan padanya dan menyurat daftar segala hambanya dan mengiring segala hasil yang baik kepadanya dan memulih

segala pekerjaanya yang dalam pagar istana. Maka ia menetukan dia segala pekerjaanya itu. Dan dijadikan pulaTemenggung. Maka menyerahkannya segala pekerjaan negeri kepadanya seperti kota parit dan orang x si mati dan ehwal x x negeri atasnyalahtertanggung x x. Selain itu, pada fasal 31 hingga 35 pula menyatakan tanggungjawab dalam sistem politik masyarakat melayu mengikut susunan dari atas ke bawah seperti Raja, Penghulu Bendahari,Temenggung, Hulubalang, Syahbandar dan tanggungjawab hamba.

Berdasarkan Hukum KanunPahang ini, Raja mempunyai hak mutlak ke atas tanah. Hal ini kerana, ianya disifatkan bahawatanah adalah milik Tuhan dan Raja pula adalah bayangan Tuhan di muka bumi. Sehubungan ini,maka dalam fasal 18 ianya menjelaskan tentang konsep perkongsian tanah antara Tuhan dengan

aja. Penjelasan ini mengambarkan bahawa raja yang bertindak sebagai bayangan Tuhan dimuka bumi, maka raja mempunyai hak mutlak terhadap tanah yang ada di muka bumi ini. Situasiini termasuklah hasil yang terdapat di muka bumi ini adalah milik raja. Situasi yang sama jugaturut dicatatkan dalam Hukum Kanun Kedah berdasarkan teksnya iaitu: Adapun segala bumi dalam alam dunia ini bumi Allah S ubhanawataala tiada siapa boleh memiliki melainkan tanah atas tiap-tiaptempat itu jadi milik raja yang memerintah tempat-tempat itu ... Penguasaan mutlak ini turut merangkumi pelbagai khazanah yang ditemui dalam tanah.Jelaslah bahawa di dalam masyarakat melayu, menumpahkan taat setia kepada sultan adalahketertinggian kebudayaan yang dapat dibuktikan di dalam Undang-undang Kedah.Selain itu, terdapat jug contoh dalam Undang-undang Laut Melaka berdasarkan R.Winstedt & P. E. de J.de Jong yang menunjukkan ketertinggian kebudayaan Melayu itu.Berdasarkan Undang-undang Laut Melaka ini ianya memberi kuasa yang besar kepada seorangnakhoda yang diibaratkan seperti Raja dalam perahunya. Walau bagaimanapun, nahkodamempunyai tanggugjawab yang besar terhadap anak perahu dan orang yang menompang perahunya serta kargo yang dibawanya. Sebagai Raja dalam perahunya, beliau mempunyai kuasauntuk menjatuhkan hukuman bunuh. Tetapi ianya tidak sama seperti Raja di negeri, nakhoda juga boleh dipersalahkan jika dia

benar-benar melakukan kesalahan. Namun demikian, jika beliau melakukan doa meminta maaf maka beliau mesti dimaafkan kerana beliau diibaratkanseperti Raja dalam perahunya.

Ek onomi : Selain itu, dalam ketertinggian kebudayaan Melayu juga dapat dilihat dalam aspek ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang yang membicarakantentang terdapatnya hukum tanah tanaman terbakar, hukum orang bertanam, hukum orang berjual beli, hukum hasil dan cukai serta sebagainya. Contoh teksnya iaitu: tanah tanaman yang tiada diperhuma oleh tuannya. Maka barang siapa hendak berbuat dia dipinjamnya pada tuannya atau disewanya. Kemudinya jika berkehendak tuannya dikembalikan pada tuannya. Makahendaklah kamu segala sekalian menolong saudara kamu yang seislam. Menerusi Hukum Kanun Pahang ini jelas menyatakan bahawa sekiranya terdapat tanahtanaman yang tidak diusahakan oleh pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan menerusi tuannya. Kemudianya jikatuannya berhasrat untuk mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah individumenjadi penyewa tersebut mengembaliknya. Seterusnya, lebihan hasil yang diperolehi tersebuthendaklah disalurkan kepada kaum seislam yang memerlukan pertolongan. Hukum bertanam pula ialah, maka hendaklah segala kamu yang bertanam tanaman itu kamu perbuat pagarnya, jangan kamu taksir padamenuggui dia. Bermula pada tanamtanam itu atas dua perkara.

S uatu tanam berpagar. Jika masuk kerbau atau lembu, maka tertikam pada malamnya,menyilih, sebelah harga tanaman pada kaul sah menyilih suatu

harganyatanaman itu di sebelah umpanya kerbau itu.(fasal keenam).

Berdasarkan teks ini ianya menunjukkan bahawa sekiranya seseorang individu tersebutmengusahakan tidak kira apa sahaja tanaman, maka ianya hendaklah menjaga tanamannya

sebaik mungkin jika menginginkan hasil yang baik. Penjagaan tanaman tersebut sepertimembuat pagar bagi mengelakkan daripada binatang yang boleh memusnahkan tanamantersebut.Selain itu, dapat juga dilihat menerusi undang-undang Kedah dalam teksnya yang tertua bertarikh 1650. Berdasarkan teks ini, ianya mencatatkan bahawa pada ketika itu Kedahmerupakan sebuah bandar pelabuhan. Contohnya berdasarkan teks undang-undang Kedah yangkeempat ini: Barang siapa berjual beli mahulah dinyatakan kepada kweng. Apabiladinyatakan mereka itu, hendaklah kweng memeriksa serta beri surat cap tanda sudah diperiksa. Demikianlah jika orang berbantai kerbau, lembu, makahendaklah nyatakan kepada kweng, hendaklah hantarkan kepalanya dan tanduk dan belulangnya kepada kweng, akan hasilnya surat cap itu; yang berjual tigaemas tera, dan yang membeli dua emas tera.... 2 Berdasarkan teks ini menunjukkan bahawa, kweng ataupun dikenali juga sebagai ketuakampung berkuasa dalam menentukan soal jual beli ataupun perdagangan. Hal ini dijalankan bagi memastikan perdagangan yang dilaksanakan itu berjalan dengan lancar kerana terdapatseorang yang menjadi medium perantara iaitu kweng. Keadaan ini menunjukan ketertinggiankebudayaan Melayu itu dapat ditonjolkan berdasarkan undang-undang ini kerana keseragamandalam beroganisasi yang berasakan ekonomi sudah dititikberatkan walaupun pada zamandahulu

Selain itu, menerusi fasal ke tiga puluh empat dalam Undang-undang Kedah juga adamencatatkan mengenai hukum berniaga. Berdasarkan undang-undang ini, didapati pengaruhIslam sudah diketengahkan bagi menghakimi permasalahan yang berkaitan dengan soal jual beliini seperti riba dan haram menjual barangan yang tidak halal berdasarkan agama Islam. 3

Contoh teksnya iaitu: Fasal pada menyatakan segala hukum berniaga itu; haram segala yang mengambil riba pada hokum berniaga itu, ertinya tiadalah sah berniagamelainkan dengan akad beli jual itu, lagi benda yang suci. Tiada sal jual benda yang cemar-cemar seperti arak dan tuak, anjing dan babi, dan segala yang haram. Adapun seperti gajah akan kenderaan dan barang sebagainya sepertiitu, sah berniaga dia. Berdasarkan beberapa teks undang-undang yang diketengahkan ini iaitu

banyak menyentuh tentang penanaman, pelabuhan dan juga perdagangan ataupun perniagaan. Maka jelaslah bahawa masyarakat melayu pada masa dahulu sudah mengalami perubahanketamadunan jika dilihat dari aspek ekonomi walaupun melalui aktiviti sara diri yang merekalakukan. Penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan pencarianhasil hutan dalam meneruskan hidup seharian mereka. Oleh yang demikian jelaslahmenunjukkan bahawa ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan kehadiranUndang-undang Melayu Tradisi atau bertulis sejak abad ke-15 lagi

Sosial : spek sosial merupakan satu item penting dalam membuktikan ketertinggian kebudayaanMelayu dengan kehadiran Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis iaitu sejak abad ke-15lagi. Hal ini kerana, aspek sosial secara umumnya merupakan satu aspek yang menjadi pelengkap kepada sesebuah kebudayaan mahupun undangundang. Berdasarkan undang-undangMelayu tradisi ini maka ianya dapat membuktikan bahawa pemerintah pada ketika itu sudahmengambil berat tentang keadaan sosial masyarakatnya. Situasi ini dapat dilihat melalui penelitian yang dilakukan terhadap fasal nikah kahwin yang mana ianya menunjukkankeprihatinan penggubal undang-undang tentang mewujudkan institusi kekeluargaan dengansempurna.

Contoh undang-undang yang berkaitan dengan fasal nikah kawin ini dapat dibuktikanmenerusi Hukum Kanun Kedah. Berdasarkan Hukum Kanun Kedah ini ianya menjelaskantentang peringatan agar tidak terlalu cerewet dengan soal belanja mas

kawin. Hal ini bertujuanuntuk memastikan tidak berlakunya kesulitan dan juga tidak membebankan rakyat sekiranya maskawin ditetapkan dengan harga yang tinggi. Fasal ini terkandung didalam fasal 16 yangmenetapkan bahawa mas kahwin tidak boleh melebihi setahil sepaha.

Penetapan ini dilakukankerana kesemua penggubal undang-undang ingin membentuk dan melahirkan istitusi keluargayang aman dan harmoni di dalam kehidupan masyarakat melayu khususnya di Kedah.

Selain itu, berdasarkan Hukum Kanun Melaka pula ianya telah mencatatkan tentang pewalian seseorang perempuan iaitu melalui (Fasal 25.1), syarat sah ijab Kabul dalam perkahwinan (Fasal 25.2), hukum dan syarat saksi dalam pernikahan (Fasal 26) serta hukum-hukum tentang peceraian dan perpisahan antara suami isteri (Fasal 2728). Hal ini menunjukkan bahawa pada zaman ini telah wujud satu undang-undang yang menjadi garis panduan kepadamasyarakatnya terutamnya yang beragama Islam iaitu dari segi nikah kahwin ini.

K e si mpulan: Ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan wujudnya UndangundangMelayu Tradisi iaitu bertulis sejak abad ke-15 lagi. Hal ini kerana undangundang itu dibentuk adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran yang hendak dijalankan dalam setiaporganisasi tertentu. Sekiranya undang-undang tidak

dilaksanakan oleh setiap bangsa mahupunnegara tersebut maka ianya tidak akan mencapai kesepakatan yang menyeluruh. Oleh itu,Undang-undang Melayu bertulis merupakan aspek utama wujudnya ketertinggian ketamadunankebudayaan Melayu sehingga ke hari ini.

You might also like