You are on page 1of 1

Carta Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan

SBC

TOPIK
Sesuai Baik Cemerlang

PENULISAN

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

Karangan Jenis Cerita

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan. Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

! ISI-ISI KARANGAN ! menuju pondok perhentian bas hendak ke bandar membeli peralatan sekolah ! semasa menunggu bas lelaki tua terjatuh barangan yang dibawa bertaburan ! memberi bantuan mengutip barang-barang tersebut mengalami kecederaan ringan ! hendak pulang ke rumah anaknya berjanji menghantarnya menahan sebuah teksi ! sampai di rumah anaknya, mempelawa masuk minum bersama-sama terima kasih ! hajat tidak kesampaian, tidak jadi ke bandar bangga dapat memberi pertolongan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sew ajarnya.

IK PK SA PI TB SE

- 10 - 3 - 3 - 3 - 3 - 3

KARANGAN CONTOH : JENIS CERITA


Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah anaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk ke dalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersamasama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya tadi. Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

SKEMA
ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

ISI / IDEA KETERANGAN

! MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS) 1. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu. (salah) Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul)
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

25/25

2. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah) Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul)
{Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}
CARTA : KARANGAN JENIS CERITA

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG


Public Educational Supplies Sdn. Bhd.
(638673-X) (638673-X 638673-X)

You might also like