Professional Documents
Culture Documents
( :
.)
1
Maksudnya : Telah datang seorang pendeta Yahudi kepada Rasulullah s.a.w dan
berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab kami) bahawa
Allah meletakkan tujuh petala langit atas satu jari, tujuh petala bumi atas satu jari,
segala pokok atas satu jari, air dan tanah atas satu jari dan seluruh makhluk atas
satu jari lalu berkata, Akulah Raja
Mendengar itu, Nabi tergelak sehingga ternampak gusinya, membenarkan kata-kata
pendeta itu. Kemudian Baginda membaca (ayat 67 surah Az-Zumar 39 yang
bermaksud):
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya
padahal bumi seluruhnya dalam genggamannya pada hari kiamat dan langit
digulung dengan tangan kanannya. Maha suci tuhan dan maha tinggi Dia dari apa
yang mereka persekutukan.
2) Berita yang ditolak oleh Islam dan disahkan bohong. Hukumnya adalah batil.
Contohnya ialah riwayat daripada Jabir katanya : Dahulu golongan Yahudi
mengatakan sekiranya lelaki mendatangi isterinya daripada arah belakang,
1
Hadith riwayat al-Bukhari : Kitab Tafsir, Bab FirmanNya (Dan mereka tidak mengagungkan
Allah sebenar-benar keagungan), No 4811, dan Muslim : Kitab sifat-sifat orang munafiq dan
hukum-hukum mereka, Bab sifat hari kiamat, syurga dan neraka, No 2786.
17
anak yang akan dilahirkan nanti menjadi juling.
1
Kemudian turun ayat (al-
Baqarah 2 : 223)
774.=O)e /[OEO 7- W-O>
7OEO _O^+ u7+ug- W W-ON`g-~4
7O^ _ W-OE>-4 -.-
W-EOU;N-4 :^^ +OUG`
@Og]=E4 --gLg`u^- ^gg@
Maksudnya : Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam,
Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu
kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah
kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah
kabar gembira orang-orang yang beriman.
3) Berita yang tidak diiktiraf dan tidak pula ditolak oleh Islam. Hukumnya adalah
ditangguhkan berdasarkan kepada hadith daripada Abu Hurairah :
: (( : 4 W-EO7gO_q`
u- U4-:^- ) /-) "Og-
}=O;O ) 4g~-.- W-OU _u4g` W
W-EO7O~4 EL4`-47 -Og~-.) 4@O^q
4L^1) 4@O^q4 :O) E4_)4
7_)4 /g4 }^44 +O
4pO)UON` ^jg ))
2
Maksudnya : Dahulu Ahli Kiab membaca at-Taurat dalam bahasa Ibraniyyah dan
mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam. Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda: 46. Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan
cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka[1154],
dan Katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada
Kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan Kami dan Tuhanmu adalah satu; dan
Kami hanya kepada-Nya berserah diri". (al-Ankabut 29 : 46)
1
Hadith riwayat al-Bukhari : Kitab Tafsir, Bab (Isteri-Isteri kamu adalah ladang kamu, maka
datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu sukai), No 4528, dan Muslim : Kitab
Perkahwinan, Bab kebenaran untuk beretubuh dengan Isteri di farajnya dari arah hadapan
ataupun belakang dengan menghindari lubang dubur, No. 1435.
Catatan : Yang dimaksudkan sebagai bohong da batil adalah dakwaan orang Yahudi bahawa jika
seseorang itu menyetubuhi isterinya dengan cara-cara tertentu ia akan mengakibatkan kecacatan
sekian-sekian. Adapun bersetubuh melalui dubur isteri, maka ia memang dilarang dalam Islam
berdasarkan dalil As-Sunnah dan Ijma.
2
Hadith riwayat Al-Bukhari : Kitab Tafsir, Bab (Katakanlah Kami beriman dengan Allah dan
dengan apa yang diturunkan kepada kami..), No. 4485.
18
[1154] Yang dimaksud dengan orang-orang yang zalim Ialah: orang-orang yang
setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan
dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap
menyatakan permusuhan.
Akan tetapi, membincangkan berita jenis ini tidak mengapa jika tidak ditakuti
membawa keburukan berdasarkan sabda Baginda s.a.w :
.
1
Maksudnya : Sampaikanlah daripadaku satu ayat, ceritalah daripada Ahli Kitab
tanpa keberatan. Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja, hendaklah dia
sediakan tempat duduknya di dalam neraka.
Kebanyakan berita-berita yang diriwayatkan daripada mereka tidak mempunyai
faedah dalam agama. Contohnya ialah warna anjing Ashab al-Kahfi dan sebagainya.
Berkenaan dengan pertanyaan kepada Ahli Kitab tentang urusan agama, hukumnya
adalah haram berdasarkan hadith daripada Jabir Bin Abdullah, bahawa diriwayatkan
Rasulullah s.a.w bersabda :
.
2
Maksudnya : Jangan tanya Ahli Kitab berkenaan sesuatupun. Sesungguhnya mereka
tidak dapat memberi hidayah kepada kamu dan mereka telah sesat. Justeru,
kemungkinannya ialah kamu membenarkan yang batil atau mendustakan yang benar
(akibat daripada bertanya kepada Ahli Kitab). Sesungguhnya jika Musa hidup
diantara kamu, tidak halal baginya kecuali mengikut aku.
Abdullah Bin Abbas berkata :
:
.
3
1
Hadith riwayat Al-Bukhari : Kitab Hadith-hadith tentang para nabi, Bab Tentang Bani Israel,
No. 3461.
2
Hadith riwayat Ahmad, No 14631. (Bagi edisi 6 jilid, rujuk jilid 3, hlm. 338. Sanadnya dinilai
dhaif oleh Syeikh Syuaib Al-Arnauth.
3
Hadith riwayat Al-Bukhari : Kitab Kesaksian, Bab Tidak perlu diminta orang musyrik sebarang
kesaksian atau lain-lain, No. 2685 dan 6929.
19
Maksudnya : Wahai golongan yang beriman, bagaimanakah boleh kamu bertanya
Ahli Kitab tentang sesuatu sedangkan kitab kamu Allah turunkan ke atas nabinya
adalah berita-berita terkini tentang Allah yang segar dan belum tua.
Allah telah memberitahu kamu semua bahawa Ahli Kitab telah menukar kitab Allah
dan menulisnya dengan tangan-tangan mereka dan mengatakan ianya adalah
daripada Allah untuk mendapat ganjaran wang yang sedikit.
Tidakkah pengetahuan kamu tentang mereka cukup untuk menegah kamu ? Dan demi
Allah, tidak pernah pula ada diantara mereka yang bertanya kamu tentang apa yang
diturunkan kepada mereka.
5.1 PENDIRIAN ULAMA DALAM AL-ISRAILIYYAT
Berkenaan dengan berita al-Israiliyyat, para ulamak khususnya para mufassirin
terbahagi kepada empat pandangan :
1) Ada diantara mereka yang membawa berita al-Israiliyyat bersama sanad-sanadnya.
Mereka berpendapat dengan membawa sanad-sanadnya mereka terlepas daripada
tanggungjawab. Contohnya Ibnu Jarir at-Tabari.
2) Ada di antara mereka yang banyak membawa berita al-Israiliyyat, kebanyakannya
tanpa sand-sanadnya. Mereka ini ibarat pemungut kayu api di waktu malam.
Contohnya ialah Imam al-Baghawi dimana Imam Ibnu Taimiyyah telah berkata
berkenaan tafsirnya :
Sesungguhnya tafsir al-Baghawi adalah ringkasan daripada tafsir al-thalabi, Cuma
beliau (al-Baghawi) telah memeliharanya daripada hadith-hadith maudhu dan
pendapat-pendapat yang direka.
Ibnu Taimiyyah berkata tentang al-Thalabi pula :
Sesungguhnya dia adalah pemungut api di waktu malam. Dia akan menukilkan apa
sahaja yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir samada sahih, dhaif, atau maudhu.
3) Ada diantara mereka yang membawa berita-berita al-Israiliyyat dan menilai
sesetengahnya dengan menyifatkannya dhaif atau ditolak. Contohnya ialah Imam
Ibnu Kathir.
4) Ada diantara mereka yang bersungguh-sungguh menolak berita-berita al-Israiliyyat
dan tidak membawanya sebagai tafsir al-Quran langsung. Contohnya Syeikh
Muhammad Rasyid Redha.
6.0 PENUTUP
20
Kesimpulannya, jelaslah bahawa dalil-dalil daripada Syariat Umat Terdahulu dan
Israiliyyat ini merupakan dalil-dalil yang tidak boleh dijadikan hujah dalam
perundangan Islam. Bahkan, ianya ditolak oleh Al-Quran dan As-Sunnah kerana umat
Islam sama sekali tidak diperintahkan atau disyariatkan beramal dengan dalil-dalil ini
kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kisah-kisah nabi serta umat
terdahulu selagi mana ianya tidak bercanggah dan masih belum dinasakhkan oleh Al-
Quran mahupun As-Sunnah. Oleh sebab itu, Syariat Umat Terdahulu (merangkumi
Israiliyyat ini) tidak termasuk dalam sumber perundangan Islam (Kaedah mengistibat
atau mengeluarkan hukum).
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
21
Abdul Karim Zaidan. 1994. Al Wajiz Fi Usul Al Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Cet. 14.
Dr. Wahbah Az Zuhaily. 1986. Usul al Fiqh Islami. Juz 2. Damsyiq: Dar al-Fikr.
Cet.1.
Badran Abu Al-Aynayn Badran.t.t. Usul al-Fiqh Islami. Iskandariah: Muassasah Syabab
al-Jamiah.
Hamad Ubaid al-Kabisy. 1975. Usul al-Ahkam Wa Turuq al-Istinbat Fi Al-Tasyriq Al-
Islami. Baghdad: Dar al-Hurriyyah. Cet 1.
Dr. Wahbah Az Zuhaily. 2007. Al-Wajiz Fi Usul al Fiqh. Damsyiq: Dar al-Fikr.
Cet.12.
Dr. Muhammad Sulaiman Abdullah Al-Asyqar. 2008. Al-Waadhih Fi Usul Al-Fiqh Lil
Mubtadiin. Kaherah: Dar As-Salam. Cet 5.
Haitham Hilal. 2003. Mu3jam Mustholah Al-Usul. Beirut: Dar al-Jiil. Cet 1.
Syeikh Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin. 2007. Syarhu Usul Fi at-Tafsir. Mansurah-
Mesir: Dar al-Ghad al-Jadid. Cet 1.
Imam Az-Zabidi (Kitab Asal) - Zaki Al-Din Abdul Azim Al-Mundziri (Penterjemah).
2008. Ringkasan Sahih Al-Bukhari (Terjemahan). Mizan Pustaka Bandung Indonesia.
Rosmawati Ali. 2001. Perbahasan Usul Al-Ahkam. Pustaka Salam Sdn.Bhd. Edisi
Pertama.
Fadhlan Bin Mohd. Othman. 2005. Pengenalan Ringkas kepada Ilmu Usul At-Tafsir.
Perniagaan Jahabersa, Johor. Cet 1.