You are on page 1of 37

KURSUS:

KPD 3026
GROUP: EL-B38

PENSYARAH: PROFESOR DR. KAMARULZAMAN BIN KAMARUDDIN


TAJUK TUGASAN:

TUGASAN A : BAHAGIAN 2
MAKROPENGAJARAN - RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( 10 MARKAH ) - REFLEKSI MAKROPENGAJARAN ( 10 MARKAH )
NAMA & No. Matrik: NOR AZURA BINTI MOHAMAD 20102046541
1

ISI KANDUNGAN
TAJUK Isi kandungan Rancangan Pengajaran Harian Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi Makropengajaran Lampiran - Bahan Bantu Mengajar - Lembaran Kerja - CD Rakaman Makropengajaran 22 35 36 37 MUKA SURAT 2 3-4 5-9 10 - 20

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Tahun Kelas Tarikh Masa Bilangan pelajar Bidang Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran Pendidikan Muzik Dua Jujur 16 November 2011 9.00 9.30 pagi 24 orang Persepsi Estetik Mengenal tempo cepat dan lambat dengan betul. Pada akhir pengajaran, murid dapat: Domain Kognitif : Murid dapat membezakan tempo cepat dan lambat dengan betul berdasarkan kad ikon yang ditunjukkan. Domain Psikomotor : Murid dapat menyanyi lagu Mari Menari mengikut tempo cepat dan lambat dengan betul. Domain Afektif : Murid bekerjasama di antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti nyanyian. Konsep Utama Kaedah Pengajaran Pengetahuan sedia ada Tempo tempo cepat dan tempo lambat Teori Taksonomi Bloom Murid mengenali pergerakan haiwan berdasarkan pada kad ikon yang ditunjukkan. Bahan Bantu Mengajar 1. CD Lagu Mari Menari 2. Radio 3

3. Komputer riba (Laptop) 4. LCD 5. Kad Ikon gambar arnab ( tempo cepat ) gambar kura-kura ( tempo lambat )

6. Topeng arnab dan kura-kura 7. Lirik Lagu Mari Menari 8. Lembaran kerja Penggabungjalinan Nilai-Nilai Murni Langkah Berjaga-jaga Bahasa Melayu & Sivik Kewarganegaraan Berdisiplin, bekerjasama, bersunguh-sungguh, tekun dan prihatin. Mengelakkan murid berebut-rebut semasa menyanyi mengikut kad ikon yang ditetapkan.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Fasa Set Induksi

Isi kandungan

Aktiviti guru

Aktiviti murid

Penilaian

Penjanaan idea berdasarkan slaid yang ditayangkan.

1.Guru menayangkan slaid yang menunjukkan gambar arnab dan kura-kura kepada murid.

1.Murid memberikan perhatian dengan melihat serta mengamati gambar tersebut dengan teliti dan menjawab soalan

Memberi tumpuan/fokus

( 5 minit )

Laptop

Fasa 1 : Mengcungkil Idea

yang diajukan oleh guru berdasarkan situasi gambar. LCD

Tayangan Mencungkil idea murid di mana murid diberi peluang menyatakan idea dan pengetahuan baru murid berdasarkan petikan cerita yang dibaca oleh guru iaitu Kisah Arnab dan Kura-Kura untuk memperlihatkan 3.Guru bersoal jawab dengan murid haiwan 3.Murid menjawab soalan guru Soal jawab/pandan gan 2. Guru meminta dua orang murid untuk melakonkan watak arnab dan kura-kura dengan memakai topeng yang diberikan oleh guru berdasarkan petikan cerita yang dibaca oleh guru. 2. Murid mendengar arahan guru dengan melakonkan watak seperti yang dikehendaki. Topeng kurakura Topeng arnab slaid

perbezaan antara pergerakan cepat dan lambat pada kedua-dua haiwan tersebut.

apakah yang paling pantas bergerak berdasarkan petikan cerita yang telah dibaca oleh guru.

berdasarkan petikan cerita tersebut.

Langkah 1

Membuat penaksiran secara berterusan melalui

1.Guru meminta murid memberikan perhatian dan mendengar arahan.

1.Murid memberikan tumpuan dan mendengar arahan yang diberi.

Mematuhi arahan guru

( 3 minit )

latihan meniup lilin untuk latihan pernafasan dan 2. Guru menayangkan slaid yang menunjukkan seorang budak sedang meniup lilin untuk latihan pernafasan.

Fasa 2 : Menstruktur / Menstruktur Semula Idea

membuat latihan teknik vokal dengan menggunakan solfa Do, Mi, So berdasarkan panduan dan bimbingan guru.

2. Murid menonton slaid tersebut dengan penuh perhatian.

Tayangan slaid

3. Guru meminta murid berdiri dan memberi tumpuan.

3. Murid berdiri dan memberikan perhatian terhadap guru.

Bekerjasama

4. Guru memberikan arahan kepada murid untuk sesi latihan pernafasan menggunakan kaedah tunjukcara meniup lilin.

4. Murid memulakan sesi meniup lilin dengan bimbingan guru.

Lilin

4. Murid menyebut 4. Guru membuat demontrasi teknik vokal dengan menyebut solfa solfa Do, Mi, So dengan bimbingan guru.

Patuh pada arahan guru

mengikut kaedah Kodaly Do, Mi, So yang dinyanyikan oleh guru secara menaik dan menurun mengikut kibod yang dimainkan oleh guru. Kibod Aktif

Langkah 2

Membuat penaksiran secara berterusan

1.Guru meminta murid mendengar lagu Mari Menari melalui CD lagu yang disediakan.

1. Murid mendengar lagu tersebut dengan teliti.

CD lagu

( 5 minit )

berdasarkan langkah-langkah di mana guru

Radio

Fasa 2 : Menstruktur / Menstruktur Semula Idea

memperdengarkan lagu Mari Menari kepada murid. Membimbing murid untuk membaca lirik lagu secara berirama baris demi baris Membimbing murid untuk menyanyikan lagu secara baris demi baris dengan iringan muzik.

2. Guru memaparkan skor lirik lagu Mari Menari di dalam slaid yang telah disediakan.

2. Murid memberi tumpuan dan membaca lirik lagu secara senyap.

Slaid Skor Lirik Lagu Mari Menari LCD Laptop

3. Guru membimbing murid membaca lirik lagu secara baris demi baris dengan sebutan yang betul dan tepat.

3.Murid membaca lirik lagu dengan bimbingan guru.

Fokus

4. Guru membimbing murid menyanyi lagu Mari Menari dengan iringan muzik.

Aktif 4.Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.

Langkah 3

Mencabar dan mengembangkan kefahaman murid

1.Guru memperkenalkan kad ikon iaitu Arnab dan Kura-kura.

1. Murid mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti.

Aktif

(5 minit)

terhadap konsep melalui proses mengaplikasikan 2.Guru membuat demontrasi pergerakan dan nyanyian lagu Mari Menari dengan menggunakan kad ikon bagi menunjukkan nyanyian tempo cepat dan lambat. 2.Murid melakukan pergerakan mengikut tempo cepat dan lambat berdasarkan kad ikon. Murid juga mendengar nyanyian guru dengan penuh tumpuan.

Bekerjasama

Fasa 3 : Aplikasi Idea

kefahaman tempo cepat dan lambat berdasarkan kad ikon yang telah disediakan.

Kad ikon

Fokus

3.Guru meminta murid

3.Murid melakukan

menyanyi lagu Mari Menari aktiviti nyanyian dengan mengikut tempo cepat dan lambat berdasarkan kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. mengikut tempo cepat dan lambat berdasarkan ikon yang ditunjukkan oleh guru. Gembira

Langkah 4 : Aplikasi idea ( 8 Minit )

Mencabar dan mengembangkan kefahaman konsep murid melalui proses mengaplikasikan kefahaman tempo

1.Guru meminta murid mendengar arahan guru selanjutnya.

1.Murid mendengar arahan guru dengan teliti.

Laptop

LCD

2. Guru menayangkan slaid kepada murid yang 8

2. Murid melihat slaid tersebut dengan Tayangan

cepat dan lambat melalui gerakan perkusi badan dan juga membuat pergerakan mengikut lirik lagu.

mengandungi beberapa gerakan perkusi badan.

penuh tumpuan.

slaid

CD lagu 3.Guru membuat tunjukcara gerakan perkusi badan secara cepat dan lambat kepada murid. 3. Murid mengikut guru membuat gerakan secara cepat dan lambat. Memberi 4. Membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk melakukan aktiviti gerakan mengikut lirik lagu dengan iringan muzik. 4. Murid dikehendaki mencari pasangan secara berdua dan membuat pergerakan mengikut lirik lagu dengan iringan muzik. Gembira Bekerjasama tumpuan Radio

Langkah Penutup

Membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman pembelajaran

1. Guru meminta murid duduk dan mendengar arahan guru seterusnya.

1. Murid duduk dan mendengar arahan guru dengan teliti.

Fokus / Memberi tumpuan

(4 minit )

mereka melalui aktiviti yang telah dijalankan.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pembelajaran mereka pada hari ini.

2.Murid menjawab dan memberi pandangan mereka berdasarkan apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.

Soaljawab

Fasa 4 : Penjanaan idea Refleksi / Penutup dapat diperolehi oleh murid dengan membuat latihan melalui lembaran

Memberi pandangan

3.Guru bertanya sama ada

3. Murid menjawab

kerja.

murid seronok melakukan aktiviti ini dan berpuas hati dengan persembahan yang telah mereka lakukan.

soalan dari guru.

Gembira

4.Guru meminta murid mendengar arahan guru untuk aktiviti yang terakhir.

4.Murid mendengar dengan teliti.

5.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dan meminta mereka duduk dalam keadaan senyap. 5.Murid menerima lembaran kerja dan duduk dalam keadaan senyap. Lembaran kerja

6.Guru mengingatkan murid untuk menjawab latihan tersebut dirumah dan latihan ini sebagai satu kerja rumah.

6.Murid faham dengan arahan guru.

Fokus

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN

1.0 PENDAHULUAN Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan dari saya. 10

Saya memanjatkan rasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya melakukan rakaman video mackropengajaran ini mengikut tempoh yang ditetapkan. Walaupun banyak halangan yang melanda, saya berjaya mengatasinya dengan baik. Syukur Alhamdulillah. Sejurus mendapat tugasan ini, timbul debaran di hati saya dan banyak persoalan telah mula bermain di fikiran saya iaitu adakah saya mampu melaksanakannya kerana risau dengan tugasan yang banyak menanti. Pada bulan tersebut sudah pastilah dipenuhi dengan beban kerja yang banyak di mana saya sebagai guru kelas agak sibuk dengan pemulangan dan pemberian buku teks kepada murid-murid saya. Saya juga perlu menyiapkan penandaan soalan Peperiksaan Akhir Tahun kerana markah yang diperolehi akan diberikan kepada guru kelas untuk dimasukkan ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah kerana pihak Kementerian Pelajaran telah menetapkan tempoh masa supaya guru kelas dapat memasukkan data pemarkahan murid. Jika saya lewat memberi markah ini akan menimbulkan kesulitan kepada guru kelas dan ini juga akan menyebabkan timbulnya pandangan negatif dari rakan setugas serta pihak pentadbir sekolah yang akan menganggap saya ini tidak bertanggungjawab. Tambahan pula pada hujung tahun ini saya kebiasaannya terlibat dengan latihan untuk persembahan murid sempena Hari Kecemerlangan Sekolah. Sebab itulah makropengajaran ini terpaksa dijalankan pada minggu akhir sesi persekolahan. Sepatutnya saya menjalankan makropengajaran ini pada hari Isnin iaitu 14 November 2011, tetapi terpaksa ditunda ke hari lain kerana pada hari tersebut saya mengalami demam yang agak teruk. Doktor telah memberikan cuti sakit kepada saya selama dua hari. Saya berasa amat kecewa kerana apa yang dirancang tidak dapat dibuat. Allah itu Maha Berkuasa, mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Jika dilihat pada rakaman video ini menunjukkan saya tidak begitu cergas dan semangat semasa mengajar kerana saya baru saja pulih dari demam. Hanya tarikh itu saja yang sesuai iaitu 16 November 2011 dijalankan rakaman video kerana keesokkan harinya sekolah saya akan menjalankan Hari Anugerah Kecemerlangan dan juga keputusan UPSR akan diumumkan. Telah timbul masalah pada hari rakaman di mana pada pagi tersebut semua pelajar terlibat dengan raptai untuk Hari Anugarah Kecemerlangan. Saya terpaksa menebalkan muka saya untuk meminta keizinan supaya saya dan juga murid-murid tahun 2 Jujur dikecualikan sebentar dari raptai tersebut daripada pihak pentadbir sekolah dan juga guru-guru yang terlibat. Allah itu Maha Adil Lagi Maha Mengetahui, mujurlah rakan-rakan saya memahami masalah saya ini dan mereka juga turut memberi sokongan moral kepada saya. Saya juga mendapatkan bantuan dari

11

rakan saya sebagai jurukamera untuk merakamkan video pengajaran saya ini. Walaupun rakan saya tersebut sibuk tetapi dia sanggup meluangkan masanya demi saya. Saya berasa amat berbesar hati di atas bantuan yang dia berikan. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya. Akhirnya, rakaman video makropengajaran ini telah berjaya dirakam walaupun menghadapi beberapa masalah serta kesulitan sebelum ini.

2.0 KEKUATAN 2.1 Set Induksi

2.1.1 Aktiviti menggunakan ICT Sejajar dengan era ledakan globalisasi IT, sebagai seorang guru saya perlu merebut peluang ini di mana saya menerapkan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya dalam set induksi ini saya telah memuat turunkan gambar arnab dan kura-kura dari internet. Gambar tersebut amat menarik dan cantik. Gambar tersebut turut menggambarkan suatu pertandingan lumba lari antara arnab dan kura-kura. Semasa saya

menayangkan slaid tersebut ada di antara murid saya telah memuji dengan berkata Wah, cantiknya gambar ini?. Murid saya memberi tumpuan sepenuhnya apabila melihat slaid tersebut. Saya merasa amat berbangga kerana hasil kerja saya ini mendapat pujian daripada murid-murid. 2.1.2 Kreatif Sebagai seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 11 tahun, saya perlu menjadi seorang yang kreatif supaya objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Saya telah melukis topeng arnab dan kura-kura yang akan dipakai oleh dua orang murid saya semasa sesi lakonan. Tujuan saya menyediakan topeng ini adalah supaya murid dapat menjiwai watak yang mereka lakonkan dan juga memudahkan murid-murid yang lain memahami jalan cerita tersebut. Saya lihat murid-murid saya begitu teruja dan mereka turut memuji akan topeng yang saya hasilkan. Semasa saya menyampaikan cerita, saya dapati murid-murid telah memberi tumpuan yang sepenuhnya. Murid-murid 12

yang memegang watak telah memberikan kerjasama yang baik. Penceritaan dalam set induksi ini telah berjalan dengan lancar dengan jayanya. 2.1.3 Sesi soaljawab yang begitu memberangsangkan Saya dapati murid-murid saya berebut-rebut untuk menjawab soalan yang saya ajukan semasa sesi soal jawab. Teknik penyoalan yang saya gunakan adalah lebih kepada fun learning serta saya juga selitkan unsur humour atau lawak jenaka untuk mengelakkan murid-murid saya menjadi cepat bosan semasa belajar. Sebab itu saya lihat murid-murid saya begitu seronok untuk belajar.

2.1.2 Penerapan disiplin serta bersifat mesra dan mengambil berat terhadap pelajar Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula, saya akan pastikan ketua kelas atau penolong ketua kelas memastikan kelas tersebut terkawal dan diam terlebih dahulu kemudian barulah memberikan salam kepada guru yang mengajar. Tujuannya adalah supaya murid-murid menghormati guru. Saya juga akan pastikan untuk bertanya khabar kepada murid saya selain mengambil kira tentang kehadiran murid saya pada hari tersebut. Proses ini juga dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru. Murid tidak akan mudah merasa janggal dan takut dengan guru apabila setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2.2 Langkah 1

2.2.1 Aktiviti pernafasan yang menarik dan kreatif Pada langkah 1 ini, saya melakukan sesi meniup lilin bagi menimbulkan minat dikalangan murid saya untuk mengikuti latihan pernafasan. Saya juga menggunakan tayangan slaid supaya murid mudah memahami aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Saya telah memuat turun gambar seorang budak perempuan dari internet yang sedang menghembus lilin untuk menunjukkan kepada murid teknik meniup lilin dengan tepat. Cara ini akan lebih menarik minat 13

murid saya untuk belajar. Maklum balas yang saya terima murid saya begitu teruja dan memberi tumpuan yang sepenuhnya. Murid saya juga begitu seronok dan gembira dengan melakukan aktiviti ini. 2.2.2 Latihan solfa Do Mi So jelas Latihan solfa dijalankan dengan baik. Murid dapat menyebut solfa Do Mi So secara menaik dan menurun dengan baik sekali. Murid saya fokus semasa menyebut solfa ini dan ini menunjukkan bahawa mereka masih ingat lagi tentang latihan solfa yang lepas sebagai latihan asas sebelum sesi nyanyian dijalankan. 2.2.3 Arahan guru yang jelas Arahan yang diberikan oleh saya kepada murid saya adalah jelas. Saya telah menggunakan aras bahasa yang mudah difahami. Saya juga menggunakan ton suara yang agak tegas jika didapati ada di antara murid saya tidak berdisiplin.

2.3 Langkah 2

2.3.1 Menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk skor lagu Saya menggunakan pengalaman saya dalam penggunaan perisian MS PowerPoint dimana saya telah membuat salinan skor lagu melalui mesin pengimbas (scanner) untuk dimasukkan ke dalam slaid powerpoint. Daya kreativiti saya teruji. Tujuan saya menjalankan aktiviti menggunakan ICT adalah bertujuan untuk menarik minat murid dan juga meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan ICT.

2.3.2 Mengikut langkah yang betul semasa melaksanakan aktiviti nyanyian Saya menggunakan teknik pengajaran yang jelas dan baik. Dalam nyanyian, saya terlebih dahulu mengajar murid membaca lirik lagu secara baris demi baris. Diikuti nyanyian baris demi baris. Barulah keseluruhan nyanyian lagu tersebut.

14

Proses ini memudahkan murid untuk mengingat melodi dan dapat menerima melodi lagu dengan cepat. 2.3.3 Penyerapan Elemen Merentas Kurikulum Saya juga menyerapkan Elemen Merentas Kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran saya.. Selain murid belajar menyanyi, secara tidak langsung murid saya juga telah belajar mengenal perkataan dalam Bahasa Inggeris contohnya perkataan one more yang bermaksud sekali lagi yang saya telah gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini.

2.4 Langkah 3 2.4.1 Objektif terlaksana Objektif pada hari tersebut telah terlaksana. Murid dapat mengenal nyanyian tempo secara cepat dan lambat. Ini dapat dilihat apabila saya memberi arahan supaya murid menyanyi dengan tempo tersebut, mereka dapat menyanyikannya dengan baik. Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikenalpasti bahawa objektif pada kali ini telah tercapai apabila melebihi 90% murid dapat mengenali nyanyian mengikut tempo lambat dan cepat.

2.5 Langkah 4

2.5.1 Menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk gerakan perkusi badan Saya menggunakan perisian MS PowerPoint dimana saya telah membuat salinan gambar gerakan perkusi badan melalui mesin pengimbas (scanner) untuk dimasukkan ke dalam slaid powerpoint. Tujuan saya menjalankan aktiviti menggunakan ICT adalah bertujuan untuk menarik minat murid dan juga meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Murid saya juga akan lebih teruja dan berminat untuk belajar dalam pembelajaran ini. 2.5.2 Prihatin terhadap murid yang tiada pasangan 15

Dalam aktiviti nyanyian dan gerakan, saya mengkehendaki murid-murid saya mencari pasangan yang mereka inginkan. Saya mengagihkan murid-murid saya ini kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Saya akan memastikan murid-murid saya dapat menjalankan aktiviti tersebut. Jika ada di antara mereka yang tidak mempunyai pasangan, saya akan meletakkan mereka dalam kumpulan bertiga atau saya sendiri yang akan menjadi pasangan mereka. Ini kerana saya tidak mahu, ada di antara mereka yang terlepas peluang melakukannya. Saya tidak mahu mereka merasa kecewa.

2.6 Penutup

2.6.1 Mendapat maklumbalas positif daripada murid Saya memerlukan maklumbalas daripada murid-murid saya terhadap pengajaran yang telah saya jalankan melalui sesi soal jawab antara saya dan murid-murid. Adakah objektif pengajaran saya dan pembelajaran murid pada hari tersebut tercapai? Daripada maklumbalas yang diberikan, murid-murid seronok dan gembira dengan setiap aktiviti yang telah dijalankan dan saya dapati mereka juga dapat membezakan konsep tempo iaitu antara tempo cepat dan lambat.

3.0 KELEMAHAN

3.1 Set Induksi 3.1.1 Tempat dan ruang pengajaran dan pembelajaran tidak kondusif dan terhad Saya menjalankan sesi rakaman video makropengajaran tersebut di dalam makmal komputer. Pada mulanya saya bercadang ingin merakamkannya di dalam bilik pemulihan tetapi bilik tersebut telah digunakan oleh para guru untuk sebagai tempat penyimpanan hadiah sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah yang akan diadakan pada keesokkan harinya. Saya tidak mempunyai 16

pilihan yang lain, saya terpaksa menggunakan makmal komputer untuk sesi rakaman ini. Saya tidak dapat bergerak dengan pantas dan baik kerana ruang dalam makmal komputer yang agak terhad. Ini kerana bilik tersebut sarat dengan komputer-komputer sekolah. Murid-murid saya turut menghadapi masalah yang sama dimana pergerakan mereka agak terbatas disebabkan ruang yang sempit. Ini dapat dilihat semasa sesi lakonan dijalankan. Murid-murid yang lain terpaksa bergerak sedikit demi sedikit untuk memberi ruang kepada pelakon semasa mereka melakonkan watak tersebut. 3.1.2 Penyampaian cerita oleh guru kurang jelas Apabila saya menonton semula rakaman video ini, saya dapati kaedah penyampaian cerita saya adalah kurang memberangsangkan di mana suara yang saya gunakan agak kurang jelas. Saya akui pada masa itu saya baru sahaja pulih dari demam dan pada masa yang sama saya mengalami batukbatuk dan suara saya agak parau. Sebab itu semasa saya menyampaikan cerita saya terhenti seketika disebabkan batuk saya ini.

3.2 Langkah 1

3.2.1 Aktiviti latihan solfa Sepatutnya saya menggunakan kibod untuk membimbing murid dalam latihan solfa tetapi pada hari tersebut saya tidak menggunakannya kerana masalah pertukaran tempat rakaman. Pada mulanya saya ingin menggunakan bilik pemulihan kerana dalam bilik tersebut mempunyai kibod elektrik.Tetapi apakan daya, bilik tersebut telah digunakan oleh guru-guru untuk aktiviti Hari Anugerah Kecemerlangan. Sebab itulah saya terpaksa meneruskan sesi rakaman ini di dalam makmal komputer. Saya tidak dapat membawa kibod elektrik ini ke dalam makmal komputer kerana kibod tersebut amatlah berat. Saya akui kesilapan saya dalam teknik nyanyian solfa kerana saya menggunakan suara saya sendiri untuk membimbing murid-murid saya dalam nyanyian solfa tersebut. Teknik yang

17

saya gunakan ini adalah salah. Penggunaan kibod dalam nyanyian solfa adalah teknik yang paling tepat untuk membimbing murid dalam nyanyian.

3.3 Langkah 3 3.3.1 Murid kurang peka semasa menyanyikan lagu mengikut kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. Semasa aktiviti nyanyian berdasarkan kad ikon yang ditunjukkan oleh guru, saya dapati sebahagian besar murid-murid saya tidak dapat menyanyikan lagu Mari Menari mengikut kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. Apabila saya menonton semula rakaman ini, saya dapati murid-murid saya yang berada di bahagian belakang tidak dapat melihat dengan jelas semasa saya

mengangkat/menunjukkan kad ikon tersebut. Ini menyebabkan ada di antara murid masih lagi menyanyi mengikut kad ikon kura-kura sedangkan pada waktu itu saya telah mengangkat kad ikon arnab yang berkehendakkan murid-murid saya menyanyi dalam tempo yang cepat.

4.0 CARA - CARA UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

4.1 Set Induksi 4.1.1 Tempat dan ruang pengajaran dan pembelajaran tidak kondusif dan terhad Saya perlu membuat rakaman video ini lebih awal misalnya dalam bulan Oktober untuk mengelakkan masalah seperti ini tidak berulang kembali. Oleh itu saya perlu merancang tarikh yang bersesuaian supaya tidak bertembung dengan sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah. Saya akui pada waktu itu saya terdesak untuk menyiapkan rakaman ini. Saya telah membuat rakaman pada minggu akhir persekolahan yang mana sudah pastinya guru-guru, pihak pentadbir dan murid-murid sibuk dengan tugas masing-masing. Saya juga sepatutnya mencari bilik lain untuk menggantikan makmal komputer yang agak 18

sempit samada menggunakan kelas murid untuk membuat rakaman. Pada waktu itu saya tidak dapat berfikir dengan waras. Saya berjanji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan yang mana berkemungkinan akan menjejaskan masa depan saya dan juga kerjaya serta kreadibiliti saya sebagai seorang guru.

4.1.2 Penyampaian cerita oleh guru kurang jelas Sepatutnya saya mencari jalan lain untuk mengatasi masalah suara saya yang kurang jelas ketika saya tidak sihat ini dimana saya boleh mendapatkan video cerita arnab dan kura-kura dari sumber yuotube dengan mendownloads dari internet. Dengan cara ini murid hanya menonton tayangan video yang dipasang oleh guru.

4.2 Langkah 1 4.2.1 Aktiviti latihan solfa Saya perlu menyediakan sebuah lagi kibod yang ringan yang memudahkan saya membawa ke mana-mana saja bagi menggantikan kibod elektrik yang agak berat.

4.3 Langkah 3 4.3.1 Murid kurang peka semasa menyanyikan lagu mengikut kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. Saya sepatutnya meletakkan murid di dalam kumpulan yang kecil sebagai satu cara untuk menjimatkan ruang. Salah satu lagi langkah ialah dengan meletakkan atau mengumpulkan murid-murid yang paling rendah untuk duduk di barisan hadapan kelas dan murid-murid yang paling tinggi di barisan bahagian belakang. Ini adalah sebagai satu cara untuk mengelakkan pelajar dari menghadapi masalah untuk melihat kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. 19

5.0 PENUTUP Saya berpendapat melalui refleksi pengajaran ini saya dapat menilai dan merenung kembali aktiviti pengajaran yang telah dijalankan daripada pelbagai aspek seperti objektif pengajaran telah tercapai atau tidak, langkah pengajaran saya bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, adakah penerangan saya jelas atau sebaliknya dan juga suasana atau kawalan kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selepas sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya perlu menilai semula keberkesanan pengajaran saya supaya dapat melakukan penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang seterusnya. Semasa melakukan refleksi, kita sebagai seorang guru boleh menyenaraikan segala kekuatan dan kelemahan seterusnya mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, selepas mengajar, kita dapati masih banyak murid yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran walaupun sebagai guru kita telah memberi penerangan yang jelas. Apabila melakukan refleksi mungkin kita akan terfikir kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti penerangan terlalu pantas, suara kurang jelas atau cara penyampaian guru yang stereoatip dan membosankan murid-murid. Jesturu itu kita harus memikirkan kaedah atau cara yang lebih menarik minat murid untuk memastikan murid-murid menguasai sesuatu kemahiran. Sepertimana yang diketahui refleksi dilakukan supaya guru dapat memperbaiki kelemahan diri dan berusaha lebih gigih untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai. Segala kekuatan perlu dikekalkan dan segala kelemahan perlu di atasi setelah refleksi dilakukan untuk menjadi pendidik yang cemerlang dan terbilang.

20

LAMPIRAN
BAHAN BANTU MENGAJAR, LEMBARAN KERJA MURID, DAN CD RAKAMAN VIDEO MAKROPENGAJARAN

21

BAHAN BANTU MENGAJAR


CD Lagu Mari Menari

22

BAHAN BANTU MENGAJAR


Radio

23

BAHAN BANTU MENGAJAR

Lirik Lagu

24

BAHAN BANTU MENGAJAR

Kibod

25

BAHAN BANTU MENGAJAR

Kad Ikon Gambar Arnab

26

BAHAN BANTU MENGAJAR

Kad Imbasan Tempo Cepat

27

BAHAN BANTU MENGAJAR

Kad Ikon Gambar Kura-kura

28

BAHAN BANTU MENGAJAR

Kad Imbasan Tempo Lambat

29

BAHAN BANTU MENGAJAR


Topeng Arnab

30

BAHAN BANTU MENGAJAR Topeng Kura-kura

31

BAHAN BANTU MENGAJAR


Slaid Powerpoint

32

33

34

PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2 SK KAMPUNG BAHARU LANJUT, 43900 SEPANG, SELANGOR. NAMA : ________________________________________ TAHUN : 2 _____________

ARAHAN : Tuliskan jawapan LAMBAT / CEPAT pada gambar haiwan di bawah mengikut cara ia bergerak. BIL GAMBAR HAIWAN CEPAT / LAMBAT

35

36

CD RAKAMAN MAKROPENGAJARAN

37

You might also like