You are on page 1of 1

REFLEKSI PERMAINAN BADMINTON DAN HOKI MOHD ZAKRI BIN RAMLI PISMP PJ/PKE/BM SEMESTER 5

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mempelajari permainan badminton dan hoki di semester ini. Saya berjaya mengikuti kelas yang diadakan dengan jayanya. Permainan badminton dan hoki ini merupakan permainan kegemaran saya ketika di bangku sekolah lagi. Oleh sebab itu, saya cukup teruja untuk meneruskan kembali permainan yang telah saya tinggalkan lama dahulu. Sepanjang proses P&P berlangsung, banyak input baru yang diperoleh. Pensyarah juga banyak menegur dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan sepanjang pengajaran mikro. Kemahiran yang diajar juga agak mencabar kerana tidak semua kemahiran telah saya pelajari dahulu. Yang pasti, kesukaran itulah yang membuatkan saya lebih komited untuk mempelajari teknik- teknik yang betul dan sempurna. Setakat ini, saya merasakan bahawa saya masih perlu banyak berlatih bagi mempertajamkan skil dan kemahiran yang diberikan. Saya cukup gembira dan berpuas hati dengan subjek permainan kali ini. Oleh kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan- rakan yang banyak membantu sepanjang proses pembelajaran ini. Setiap ilmu yang diperoleh akan saya gunakan untuk kebaikan di masa akan datang.

You might also like