You are on page 1of 3

Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan dibengkokkan dan terletakpada paras bahu.

Tangan kiri (bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahusambil memegang bola manakala tangan kanan tidak memegang bola. Untukmenghasilkan pergerakan membengkok, dua jenis otot akan bergerak secaraberlawanan yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi menguncup samaseperti tuas kelas ketiga . Otot-otot tersebut ialah otot triseps braki dan otot bisepsbraki . Serentak dengan pergerakan otot ini, otot deltoid akan mengecut. Pengecutanotot ini akan menyebabkan tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi lesung di bahu dan menghasilkan pergerakan abduction Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps braki akanmengendur manakala otot biseps braki akan mengecut. Pergerakan otot ini akanmenyebabkan tulang radius dan ulna menghampiri tulang humerus . Oleh yangdemikian, sendi engsel pada bahagian siku akan digerakkan. Pergerakan inidinamakan fleksor di mana tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yangdibengkokkan adalah sama seperti sistem tuas kelas ketiga di mana daya terletak diantara beban dan fulkrum. Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum, tangansebagai beban dan menghasilkan pengecutan pada otot biseps braki .Oleh yangdemikian, pemain boleh membengkokkan tangan untuk persediaan melakukan servis.Untuk memegang bola pada tangan kiri pula, otot fleksor karpi radialis dan fleksor karpi ulnaris akan bertindak secara berlawanan. Tulang yang terlibat dalampergerakan ini adalah tulang metacarpal 2, 3 dan 5 , pisiform dan hamate . Pergerakanini berlaku kerana adanya

sendi engsel pada bahagian pergelangan tangan yangmembolehkan pemain membuat pergerakan fleksi dan abduksi .Selain itu, pergerakan

tulang carpal dan metacarpal pula disebabkan adanya sendi gelungsur dan sendi pelana di bahagian ibu jari membolehkan jari pemain dibengkokkan sedikit danmelakukan pergerakan abduction untuk menggenggam bola semasa fasapersediaan.Kedudukan pergelangan tangan yang memegang bola adalah berasaskankepada sistem tuas kelas pertama .Hal ini kerana sendi (fulkrum) berada di antara otot(daya) dan bola (beban).Oleh itu, pergerakan ini tidak memerlukan daya yang banyaknamun pergerakannya adalah perlahan.Semasa fasa ini juga, bahagian kaki diluruskan.Keadaan ini adalah untukmenampung berat badan dan memberi kestabilan kepada pemain untuk fasaseterusnya. Ketika ini, otot biseps femoris mengendur, otot kuadriseps iaitu otot vastus lateralis , otot vastus medialis dan otot vastus intermedius akan mengecutdan otot di pinggul iaitu gluteus maksimus turut mengecut untuk menarik tulang femur bagi meluruskan kaki. Selain daripada tulang femur , tulang tibia dan fibula turut terlibat membantu pemain berada dalam posisi ini manakala tulang tarsel yangterletak di bahagian tapak kaki digunakan untuk menampung berat badan. Oleh yangdemikian, sendi engsel di bahagian lutut dan di bahagian pergelangan kaki akanterlibat bagi memastikan lutut dalam keadaan lurus. Pergerakan ini dikenali sebagai ektensi

. Sewaktu fasa pelaksanaan, pemain akan membengkokkan sedikit bahagian kakimanakala bahagian badan didongakkan ke atas. Pada kedudukan ini, hampir keseluruhan otot pada bahagian tubuh badan pemain akan terlibat. Pada waktu yangsama, kedua-dua tangan dibengkokkan dan kepala pemain akan sentiasa mendongakke atas untuk melihat ke arah bola yang melambung tinggi.Pergerakan seterusnya,adalah pada bahagian leher.Semasa fasa ini, kepalaakan di dongakkan ke atas untuk melihat bola diudara. Oleh yang demikian,beberapaotot pada bahagian yang terlibat akan terlibat ketika fasa ini berlaku. Otot-otot tersebutantaranya trapezius dan Stemocleidomastoid . Untuk mendongakkan kepala ke atas,otot trapezius akan mengecut manakala otot Stemocleidomastoid mengendur.Apabila otot trapezius mengecut, otot Stemocleidomastoid menagalamipengenduran seterusnya secara automatik kepala pemain akan mendongak ke atas. Pergerakan ini melibatkan sendi paksi pada bahagian tulang servikal iaitu atlas dan aksis dan menghasilkan pergerakan hiperekstension. Oleh yang demikian , pemaindapat mendongakkan kepala ke atas dan dapat memandang bola bagi melakukankontak pada bola tampar tersebut.Seterusnya, tangan dominan (kanan atau kiri) pemain akan diangkat ke atas kedalam posisi dibengkokkan. Tangan pemain akan dibengkokkan ketika melakukan fasaini. Hal ini kerana tangan yang dibengkokkan membantu memberikan kuasa kepadabahagian otot-otot badan untuk mengahasilkan daya tolakan kuasa yang maksimumpada bola. Otot yang terlibat semasa tangan diangkat dan dibengkokkan ke atasantaranya otot pectoralis ,majordeltoid,biseps brakil dan juga trisep brakil.

You might also like