You are on page 1of 6

EKOSISTEM MARIN ATAU LAUTAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem marin ?. [ 3 Markah ]

Merujuk kepada ekosistem makro air masin yang mempunyai saling kaitan antara hidupan akuatik marin seperti ikan, udang, sotong, dugong dll dengan komponen abiotik seperti air masin (laut), udara, mineral (garam) dsb. Menjadi habitat pelbagai spesis hidupan marin ikan, udang, sotong, kerang, ketam, penyu, dugong dll Terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ekosistem pinggir pantai (seagrass), ekosistem terumbu karang (coral reef) dan ekosistem laut dalam (deep sea).

b) Berdasarkan kepada ekosistem marin, nyatakan komponen biotik dan abiotik yang terdapat di dalam ekosistem marin tersebut [ 4 Markah ] Komponen Biotik (Hidupan)
Rumpai laut, alga dan batu karang (coral). Pelbagai jenis ikan. Pelbagai jenis udang seperti udang kara. Pelbagai jenis sotong seperti sotong kurita. Ketam dan kerang. Dugong. Pengurai seperti bakteria dan cacing

Komponen Abiotik (Bukan Hidupan)


Air Masin (laut) Udara (gas oksigen). Mineral seperti garam - natrium klorida). Pasir laut. Batuan di dasar laut.

c) Dengan bantuan gambarajah lakar, tunjukkan bagaimana tenaga dialir dan disimpan di dalam ekosistem marin. [10 Markah]
R N AA A T I N 1 PN EUR E GL A (R m a la t, u pi u A a lg L m t,p y p n to u u h to la k n d n P lip K ra g a o a n) M K N N A A A E O I T ML U A / A I K SS E A T N M RN 2 P N G N P IM R E G U A R E (Z o la k n a k cil, o p n to ,ik n e Ik n b a ilis,U a g so n d n , to g K ta d n k ra g e m a e n 3 PN G N SK N E E G U A E U DR (Ik n b sa a e r ik n a M ra , te g iri, tu a e h ng n, S to g k rita e y d o n u ,p n u ll)

4 P R P T& E EU P N U A E G R I (B k ria a te P to o , ro z a ca in c g PN G N T RI R E G U A E TE ( e n ,I a P u ) J ru g k n a s la t). u 5

Aliran Tenaga dalam Rantaian Makanan Ekosistem Laut/Marin

1. Tenaga dari matahari terus ke pengeluar seperti lumut, alga, rumpai laut (Seagrass), phytoplankton dan polip karang . Tumbuhan ini memperoses makanannya sendiri menerusi proses fotosistesis setelah memperolehi tenaga secara langsung dari matahari.Tumbuhan ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam klorofilnya. Justeru matahari berfungsi membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam laut tersebut. 2. Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan seperti lumut, rumpai laut dan alga akan dipindahkan pula kepada hidupan zooplankton, ikan kecil seperti ikan bilis, sotong, udang dan kerang apabila hidupan tersebut memakan pengeluar (alga, phytoplankton, rumpai laut dll). Pada aras trofik ini hidupan berkenaan bertindak sebagai pengguna primer. Tenaga kimia akan disimpan di dalam tisu badan pengguna primer. 3. Tenaga kimia dalam tisu badan pengguna primer pula akan berpindah kepada pengguna sekunder seperti ikan merah, tenggiri, tuna, sotong kurita dan penyu apabila haiwan tersebut memakan pengguna primer berkenaan. Tenaga kimia yang dipindahkan itu akan disimpan di dalam tisu badan pengguna sekunder dan ia digunakan untuk membesar, bergerak dan membiak. 4. Seterusnya tenaga kimia di dalam tisu badan pengguna sekunder akan dialirkan/berpindah pula ke pengguna tertier seperti ikan jerung, paus dan pelbagai spesis Yu apabila ia memakan pengguna sekunder . Sekali lagi tenaga yang berpindah itu di simpan di dalam tisu badan pengguna tertier dan digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak. 5. Akhirnya tenaga kimia akan berpindah kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria,protozoa dan cacing laut apabila ia menguraikan segala pengguna (primer, sekunder dan tertier) yang mati dan reput. Bahan organik yang reput ini akan menambahkan nutrien dalam laut yang seterusnya digunakan kembali oleh pengeluar (rumpai laut, lumut, alga dan polip karang) untuk membesar. Sirkit aliran tenaga ini akan berterusan dan ia menjadi lebih kompleks dalam konteks siratan makanan.

Kepentingan Ekosistem Lautan/Marin Kepentingan Ke atas Alam Sekitar Fizikal :


1. Habitat kepelbagaian spesis hidupan marin. Kawasan terumbu karang (Coral) menjadi tempat tinggal utama bagi ikan, udang, sotong, kerang, dugong dan sebagainya. Kerana kawasan terumbu karang kaya dengan pelbagai sumber makanan khususnya phytoplankton dan zoo plankton. Selain itu kawasan terumbu karang juga menjadi tempat pembiakan spesis hidupan marin tersebut. Pelbagai spesis kuda laut, tapak sulaiman dan ketam menjadikan kawasan terumbu karang sebagai tempat pembiakan utama.

2. Perubahan Iklim dan Cuaca. daripada dunia terdiri daripada laut. Oleh sebab itu laut amat penting untuk mengawal suhu bumi. Air laut berfungsi menyederhanakan suhu di bahagian daratan kerana pertembungan arus lautan panas dengan arus lautan sejuk akan menyederhanakan suhu di kawasan pesisir pantai. Selain itu laut menjadi penentu kepada perubahan cuaca dunia. Apabila berlaku peningkatan suhu arus lautan, proses pembuakan akan terjadi menyebabkan daratan akan mengalami cuaca panas dan kemarau (Fenomena El Nino). Apabila berlaku pula penurunan suhu arus lautan, maka daratan akan mengalami hujan lebat, taufan dan banjir (Fenomena La- Nina). 3. Menjamin Keberterusan Kitaran Hidrologi. Kitaran hidrologi bermula di permukaan laut. Proses sejatan air laut akan menghasilkan wap-wap air yang naik ke atmosfera bersama dengan garam-garam galian. Garam galian dari laut ini pula akan bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menukarkan kembali wap air kepada titisan-titisan hujan yang akan kembali semula ke laut. Oleh sebab itu tanpa laut, atmosfera tidak mempunyai wap-wap air dan nukleus pemelowapan yang cukup untuk menurunkan hujan. 4. Menjadi Tempat Discas (luahan) air sungai. Laut menjadi tempat berakhirnya aliran air sungai. Semua titisan hujan, larian air permukaan dan aliran air bawah tanah yang mengalir masuk ke sungai akan diluahkan ke laut sebagai storan permukaan air yang utama untuk disejatkan kembali ke atmosfera. Tanpa lautan daratan akan mengalami banjir sepanjang masa.

Kepentingan Ke atas Alam Sekitar Manusia:


5. Menjadi Sumber Perikanan (Hasil Marin). Laut menjadi sumber perikanan utama dunia untuk membekalkan protien kepada manusia. Aktiviti perikanan dijalankan samada di pesisir pantai atau perikanan laut dalam. Sumber marin seperti ikan, udang, sotong, kerang, ketam menjadi rezeki/pendapatan utama bagi nelayan.

6. Lokasi Bagi Ternakan Marinkultur. Di kawasan laut yang cetek, terlindung dari tiupan angin kencang seperti kawasan berteluk dan muara seringkali dijadikan sebagai lokasi ternakan marinkultur. Misalnya ternakan tiram, kerang, ikan kerapu, siakap, udang harimau dll yang diusahakan oleh individu atau syarikat swasta.
7. Pelancongan dan Reakreasi. Kawasan laut khususnya di pesisir pantai, pulau, kawasan terumbu karang dan teluk seringkali menjadi lokasi menarik untuk aktiviti pelancongan. Aktiviti snorkling dan skuba dijalankan di kawasan terumbu karang dan pulau yang cetek. Manakala aktiviti luncur ombak, jet ski, berkayak dan reakreasi/berkelah dijalankan di kawasan pesisir pantai yang mempunyai laut yang jernih, bersih, indah dan cetek. 8. Sumber R&D Khususnya Perubatan. Kepelbagaian biologi marin menjadi sumber utama aktiviti R&D masa kini. Misalnya rumpai laut boleh diproses untuk industri biofarmasi, kosmetik dan pembuatan shampoo. . Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.

Aktiviti Manusia Yang Menggangu Keseimbangan Lautan/Marin

Ekosistem

1. Tumpahan minyak samada melalui perlanggaran kapal tangki dan pembuangan enap cemar yang menjadikan laut sebagai sasarannya. Akibat tumpahan minyak mentah maka proses pembauran akan berlaku. Ketulan-ketulan minyak akan menutupi permukaan air laut yang menghalang penembusan cahaya matahari. Kesannya phytoplankton, zooplankton dan terumbu karang akan mati yang akan menggangu rantaian makanan hidupan marin. 2. Penyaliran Sisa Enfluen/ sisa toksid dari sumber-sumber perindustrian ke laut secara sengaja atau tidak sengaja. Bahan-bahan toksid ini akan menyebabkan kualiti air laut merosot, meningkatnya nilai BOD, tahap kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N) yang tinggi serta kemerosotan pH air laut. Contohnya kilang petrokimia yang didirikan di tepi pantai. Kesannya akan memusnahkan habitat dan hidupan marin. Di sesetengah negara sisa radioaktif dari industri sumber tenaga juga dibuang ke laut. Ini amat merbahaya kepada seluruh ekosistem laut dan kehidupan manusia. 3. Aktiviti pelancongan. Meliputi pembuangan/penyaliran sisa kumbahan dari hotel,resort,chalet yang ada di pesisir pantai ke kawasan laut yang berdekatan seperti di sekitar Port Dickson. Ini akan meningkatkan kandungan bakteria E.Coli dalam laut tersebut. Peningkatan kandungan bakteria ini mencerminkan kualiti air laut kian merosot yang seterusnya boleh mematikan pelbagai sumber alga dan zooplankton yang menjadi pembekal makanan utama kepada seluruh hidupan marin dalam laut berkenaan. Kemerosotan kualiti air laut ini dikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200 MPN/100 ml maka air laut tersebut sudah tercemar. 4. Pembuangan sisa domestik seperti sisa makanan dari restoran di pinggir pantai, sampah sarap terutamanya plastik dan botol yang menjadikan laut sebagai tempat buangan. Pembuangan sisa domestik ini menyebabkan laut tercemar dengan kandungan Pepejal Terampai (Solid Waste). Selain itu sisa pepejal terampai juga dibuang oleh penumpang feri, bot dan kapal ke dalam laut. 5. Aktiviti yang merosakkan kawasan terumbu karang. Seperti pembuangan sisa bot, pukat, bubu oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab. Penggunaan pukat tunda/pukat harimau di kawasan perikanan pesisir pantai yang akan merosakkan kawasan terumbu karang secara besar-besaran. Pencerobohan nelayan asing atau nelayan laut dalam ke kawasan zon perikanan pinggir pantai menyebabkan kemusnahan secara besar-besaran kepada habitat marin khususnya kawasan terumbu karang. Selain itu kerosakan ekosistem marin secara kecil-kecilan juga disebabkan oleh kegiatan mencuri terumbu karang. 6. Aktiviti carigali petroleum dan gas asli. Pembinaan pelantar minyak di tengah laut dan kejadian tumpahan minyak semasa aktiviti cari gali petroleum akan menyebabkan pencemaran air laut. Proses pembauran akan berlaku, sekaligus merosakkan ekosistem marin di kawasan berkenaan.

Langkah Mengawak Keseimbangan Ekosistem Laut/Marin


1. Langkah perundangan a) Akta : Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Taman Laut Malaysia 2003, Akta Perikanan 1985 serta Akta Pelantar Benua 1966 b) Agensi Pelaksana : Langkah ini boleh dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Taman Laut Malaysia, Polis Marin sebagai badan kerajaan yang bertanggungjawab dan diberi kuasa di bawah Akta-akta di atas. c). Penguatkuasaan : Kawalan perairan negara - mengetatkan aktiviti rondaan, mengambil tindakan yang cepat dan tegas terhadap aktiviti yang mencemarkan perairan negara termasuk juga kawalan aktiviti perikanan, pencerobohan nelayan asing dan sebagainya dengan kerjasama polis marin, jabatan laut, jabatan perikanan dll. c) Hukuman : Seperti denda/kompaun yang tinggi, merampas dan menyitar peralatan seperti pukat tunda, kapal yang membuang enap cemar, penjara dan sebagainya oleh mahkamah. 2. Langkah pengurusan a) Mewartakan taman-taman maritim sebagai kawasan perlindungan seperti Taman Laut Pulau Payar, Taman Laut Pulau Tioman, Taman Laut Pulau Redang dan sebagainya. Peraturanperaturan tertentu dikenakan untuk melindungi segala sumber hidupan laut terutamanya terumbu karang di kawasan berkenaan. Pengambilan spesis-spesis tertentu tanpa kebenaran pihak berkuasa akan dikenakan tindakan yang berat seperti kompaun dan penjara. b) Mengawal dan membersihkan tumpahan minyak di laut daripada merebak dengan cepat. Tumpahan minyak boleh berlaku melalui perlanggaran kapal-kapal tangki atau pembuangan enap cemar kapal-kapal tangki berkenaan. Justeru itu ia mestilah dibersihkan serta merta sebelum ia disebarkan ke tempat yang lebih jauh oleh arus dan ombak. c) Membina tukun-tukun tiruan di laut sebagai kawasan pembiakan dan habitat pelbagai jenis hidupan laut. Tukun tiruan diberbuat daripada tayar-tayar yang diletakkan di laut sebagai kawasan pembiakan ikan. d) Menyediakan tapak pelupusan sisa atau loji rawatan sisa yang khusus sebelum sisa industri (efluen), sisa kumbahan, sisa domestik di buang atau disalirkan ke laut atau tidak menjadikan laut sebagai tempat pembuangan dan penyaliran sisa radioaktif. Hanya sisa yang telah dirawat sahaja yang dibenarkan di buang atau disalirkan ke e) Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sumber-sumber marin. Meliputi kajian tahap pencemaran dan langkah-langkah kawalannya, usaha pemuliharaan terumbu karang, penetasan dan perlindungan penyu belimbing dan lain-lain lagi. Usaha ini dilakukan secara bersepadu oleh IPT seperti UMT, Jabatan Perikanan dan juga Kerajaan Negeri.

3. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.


a) Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang khusus berkaitan dengan menyelamatkan sumber-sumber marin daripada ancaman kepupusan. Misalnya usaha menyelamatkan terumbu karang daripada serangan tapak sulaiman, kempen Save Our Sea yang dianjurkan oleh PBB bermula 1998. b) Pendidikan alam Sekitar (PAS) . Untuk menyedarkan masyarakat umum tentang pentingnya menjaga dan memulihara sumber-sumber marin. Pendidikan boleh dijalankan melalui matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan universiti untuk menanam kesedaran lebih awal. c) Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa untuk mengawal selia perairan seperti kerjasama dengan negara jiran, kerjasama dengan agensi luar negara seperti SEFDEC, JICA, Green Peace dll.

You might also like