You are on page 1of 10

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

JANUARI 2012

HBEC2103

LANGUAGE AND LITERACY FOR EARLY CHILDHOOD EDUCATION

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

770531115589002 770531115589 0139151755 peja_tanpanama@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

TERENGGANU LEARNING CENTRE

1.0 PENDAHULUAN Pendidikan awal kanak-kanak menjadi begitu penting dalam dunia hari ini kerana ianya akan menjadi penanda aras seseorang kanak-kanak itu dalam kehidupan di masa hadapan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. Tersilap bimbingan maka gelaplah masa depan kanak-kanak ini. Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Oleh yang demikian Bahasa dan Literasi begitu penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Literasi merujuk kepada keupayaan semulajadi kanak-kanak untuk membaca dan menulis berdasarkan perkembangannya yang bermula dengan kemahiran mendengar dan bertutur. (Beaty & Pratt, 2007). Kemahiran kanak-kanak membaca dan menggunakan bahan bercetak pada tahap yang paling asas. Ia juga merujuk kepada keupayaan menggunakan maklumat bercetak dan bertulis untuk berfungsi dalam masyarakat serta untuk menambah pengetahuan dan potensi.

2.0

PERMAINAN

Saya telah mengadakan satu permainan di bawah Tunjang Sains yang bertemakan Organ Deria. Dalam permainan ini murid-murid dikehendaki padankan organ deria dengan betul. Murid-murid seramai 25 orang (berumur 6 & 5 tahun) dibahagikan kepada 5 kumpulan. Oleh yang demikian setiap kumpulan akan mempunyai 5 orang anggota. Kumpulan:1- Biru (6 Tahun) 2- Merah (6 & 5 Tahun) 3- Hijau (6 & 5 Tahun) 4- Kuning (6 Tahun) 5- Putih (6 Tahun) Gambar organ deria akan ditampalkan pada papan kenyataan mengikut kumpulan.

Gambar 1 Murid diberikan penerangan sebelum permainan dimulakan

Selepas dibahagikan mengikut kumpulan murid-murid diberi penerangan terlebih dahulu berkenaan cara permainan ini dimainkan agar semua murid dapat mengikuti aktiviti ini dengan sempurna.

Seorang murid akan memadankan satu organ deria, setelah selesai dia mestilah kembali ke kumpulannya untuk menyerahkan pen kepada kawan mereka yang lain pula dan dia akan berada di barisan belakang setelah selesai memadankan organ deria berkenaan. Apabila murid kedua mendapat pen daripada kawannya yang pertama dia mestilah berlari menuju ke papan kenyataan tadi untuk memadankan organ yang kedua pula. Permainan ini diteruskan sehinggalah selesai murid yang ke lima setiap kumpulan.

Gambar 2 Murid sedang bersaing antara kumpulan-kumpulan lain

Gambar 3 Mengawasi dan memberi tunjuk ajar ketika permainan dimainkan agar muridmurid dapat memainkan permainan ini dengan jayanya.

Kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan ini dengan cepat dan betul akan dikira sebagai pemenang. Setiap ahli kumpulan boleh membantu antara satu sama lain dengan cara sorakan dan memberitahu kepada kawan yang tidak boleh memadankan Organ deria berkenaan. Ini akan memeriahkan lagi permainan ini kerana murid-murid perlu bersaing antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

3.0 PERMAINAN MEMBANTU DALAM PENGURUSAN LITERASI KANAK-KANAK

Dalam permainan ini kita dapat lihat kanak-kanak ini begitu seronok memainkan permainan ini kerana seperti yang kita sedia maklum, bermain adalah sesuatu perkara yang sudah menjadi kesukaan setiap kanak-kanak. Oleh yang demikian setiap permainan yang diadakan akan menarik minat setiap kanak-kanak ini.

Dalam permainan ini, kanak-kanak akan mendapat begitu banyak sekali faedah antaranya ialah :a) Menulis/melukis Dalam permainan ini kanak-kanak akan dapat belajar menulis / melukis iaitu apabila dia melihat gambar orang sedang mendengar radio dia akan gariskan/padankan gambar berkenaan dengan gambar telinga sepertimana gambar berkenaan.

Gambar 4 murid sedang padankan gambar Organ deria

b) Mengenal fungsi Kanak-kanak dapat mengenal pasti fungsi deria yang ada pada diri masing-masing apabila dia berjaya memadankan Organ Deria berkenaan.

c) Memahami Sebelum permainan ini dimulakan guru telah member penerangan disamping itu member tahu agar faham apa yang akan disampaikan oleh guru. Apabila permainan ini dapat dijalankan dengan jayanya, ia bermakna kanak-kanak ini memahami penerangan yang diberikan oleh guru.

d) Mendengar Dalam permainan ini kanak-kanak juga dididik supaya mendengar dengan betul-betul. Sebelum permainan ini dimulakan, guru telah memberi penerangan kepada muridmurid. Oleh yang demikian murid-murid haruslah mendengar dengan teliti disamping itu juga ketika permainan ini dijalankan murid juga perlu mendengar pendapat kawankawannya yang lain. Apabila timbul kemusykilan ketika hendak memadankan gambar berkenaan kawan-kawan yang lain dalam kumpulannya akan memberi tahu padanya jawapan yang betul. Bila dia mendengar dengan teliti maka dia akan dapat menjawabnya. e) Kesihatan Dari sudut kesihatan pula, permainan ini dapat membantu seseorang murid itu menggerakkan anggota badannya seperti kaki digunakan untuk berlari menuju ke papan kenyataan untuk menanda jawapannya. Tangan pula digunakan untuk menulis atau melukis jawapan. Disamping itu selain dari menjawab soalan ianya juga dapat membantu murid-murid ini kekal cergas.

f) Berdisiplin Disiplin adalah salah satu cirri dalam pembentukan kendiri kanak-kanak. Dalam permainan ini murid-murid diajar bagaimana untuk mendisiplinkan diri. Berdiri dalam kumpulan, menjawab ikut giliran dan menjawab mengikut arahan yang diberi. Oleh yang demikian, murid-murid sentiasa diberi penekanan dalam konteks disiplin ini pada setiap masa agar ianya berkekalan dalam diri setiap kanak-kanak.

g) Bekerjasama Setiap manusia haruslah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Dalam permainan ini, murid-murid akan sentiasa bekerjasama antara kawan-kawan di dalam kumpulan masing-masing untuk mendapat kemenangan. Kadang-kadang apabila diperhatikan dikalangan kanak-kanak ini, antara mereka masih wujud sifat mementingkan diri sendiri. Kita haruslah mendidik mereka kearah yang lebih baik lagi. Melalui permainan ini ia dapat membantu muri-murid agar sentiasa member kerjasama. Ianya akan menjadi lebih mudah untuk mendidik kanak-kanak ini kerana permainan adalah sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak. Kanak-kanak akan menurut apa sahaja arahan dan undang-undang agar mereka dapat bermain sesama mereka. Oleh yang demikian agak mudah juga untuk mendidik kanak-kanak ini agar bekerjasama.

Gambar 5 Sokongan dan bantuan diberi kepada pemain dari setiap kumpulan

3.0 KEPUTUSAN Setelah selesai, penilaian telah dibuat berdasarkan kepantasan masa dan jawapan yang betul. Kepantasan diambil kira agar permainan ini menjadi lebih menarik dan menghiburkan kanakkanak ini. Ianya menjadi satu persaingan di kalangan mereka. Dibawah ini disertakan gambar-gambar hasil kerja mereka :

Gambar 6 Hasil kerja kumpulan 1 ( kumpulan Biru )

Gambar 7 Hasil kerja kumpulan 2 ( Kumpulan Hijau )

Gambar 8 Hasil Kerja kumpulan 3 ( Kumpulan Merah )

Gambar 9 Hasil kerja kumpulan 4 ( Kumpulan Kuning )

Gambar 10 Hasil Kerja Kumpulan 5 ( Kumpulan Putih )

3.0 PENUTUP

Permainan ini diadakan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani seperti di bawah :-

a) Membina kecergasan badan b) Mempunyai tubuh badan yang sihat c) Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik d) Menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar e) Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerjasama secara berkumpulan Dalam permainan ini juga dijalankan mengikut Tunjang Sains Awal Sains. Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Dalam permainan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, membanding juga akan dikembangkan.

Dalam permainan ini juga kita dapat lihat perbezaan perkembangan kanak-kanak yang berumur 5 dengan 6 tahun. Contohnya seperti permainan ini kita dapat lihat kumpulan yang diwakili murid 5 tahun ( kumpulan 2 & 3 ) tidak dapat menjawab dengan tepat. Kita dapat juga melihat bahawa Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada penerokaan murid.

RUJUKAN

Puan Rashidah binti Elias (2012). Language and Literacy For Early Childhood Education : IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu

Dokumen Standard Kurikulum (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan : Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like