You are on page 1of 20

KANDUNGAN

PENGENALAN1 - 2 AGAMA :i. Isu mengenai Lina Joy dan Moorthy.3 - 4 ii. Gereja dibakar..5 7 POLITIK :i. Isu Hindraf 8 9 KEBUMIPUTERAAN DI MALYSIA :i. Hak dan keistimewaan bumiputra termasukSabah dan Sarawak..10-12 PENDIDIKAN :i. Kuota pelajar bumiputra dan bukanbumiputra.13 17 ii. Isu mengenai pengetua (Siti Inshah)di Kulai, Johor..18 20 KESIMPULAN :21 24 RUJUKAN : .25 LAMPIRAN :i. Peristiwa 13 Mei 196926 27 ii. Hindraf .28

PENGENALAN Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang menyentuh sensitiviti kaum timbul dan sering diperdebatkan.Dalam dunia politik di Malaysia, konflik perkauman telah menjadi bahasa rasmi bagi perdebatan mereka.Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bahasa, budaya dan etnik.Perbezaan dari segi agama,bahasa dan kebudayaan sangat ketara dalam masyarakat majmuk. Perbezaan ini menjadi amat sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Polarisasi antara etnik wujud sekiranya setiap etnik itu lebih mengutamakan anggotanya dalam memilih sahabat dan mendapatkan pekerjaan. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar seandainya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

Hubungan etnik di Malaysia mengalami turun naik.Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara yang menunjukkan bahawa perlaksanaan dasar pada masa lalu kurang berkesan dalam menghadapi masalah perkauman yang wujud. Peristiwa hitam ini berlaku kerana perjalanan kempen pilihanraya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Isu Perkauman dalam Pilihanraya 1969 tercetus lantaran slogan Malayan Malaya yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Provokasi daripada pihak pembangkang bermula pada malam 10 Mei 1969 yang menghina kaum Melayu sehingga ada sebilangan Melayu yang membuat tindak balas. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

AGAMA

Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negerinegeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan. Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat golongan yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara yang telah dipersetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuangkemerdekaan terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi. Sesiapa yang berbuat demikian maka mereka tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri mereka adalah rakyat negara ini.

Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan (menurut agama masing-masing) ditetapkan sebagai tonggak pertama Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah berasaskan pada pegangan agama. Dalam tahuntahun kebelakangan ini, hubungan antara agama khususnya Islam dan bukan Islam menjadi semakin penting, lebih-lebih selepas Peristiwa 11 September 2001. Di Malaysia juga, walaupun secara umumnya hubungan antara agama adalah baik, namun hubungan ini akhir-akhir ini telah menjadi isu yang sensitif. Di negara ini, wujud dua sistem undang-undang dan institusi yang mengendalikannya, iaitu undangundang sivil yang berkuatkuasa ke atas semua warganegara dan dikendalikan oleh mahkamah sivil, serta undang- undang syariah yang berkuatkuasa ke atas semua penganut agama Islam dan dikendalikan oleh mahkamah syariah. Beberapa kes telah dibawa kemahkamah sivil dan juga mahkamah syariah berhubung dengan status agama seseorang. Dua contoh yang ketara dan mencetuskan keadaan yang agak tegang dikalangan masyarakat Islam dan bukan-Islam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama Islam tetapi menukar agamanya kepada Kristian. Beliau telah mengemukakan tuntutan di mahkamah sivil supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan status Islam dalam kad pengenalannya tetapi ditolak berasaskan hujah bahawa status Islam seseorang adalah di luar bidang kuasa mahkamah sivil kerana ia terletak pada mahkamah syariah.Isu murtad merupakan subjek yang sensitif bagi orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di Malaysia. Keboleh- percayaan terhadap kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan. Dalam perbahasan yang timbul, pelbagai pihak telah mengeluarkan berbagai kenyataan yang menggambarkan salah faham terhadap isu sebenar yang mendasari kes tersebut. Meskipun keputusan Mahkamah Persekutuan ini menggambarkan seolah-olah kegusaran bukan Islam terhadap kebebasan

beragama terbukti benar, keputusan ini sebenarnya tidak bermakna orang bukan Islam tidak dapat terus mengamalkan agama pilihan mereka. Keputusan tersebut juga sama sekali tidak bermakna mana-mana pihak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Kebebasan beragama secara keseluruhannya masih dipelihara.Kes kedua melibatkan Moorthy, seorang India bekas pendaki Gunung Everest, yang asalnya beragama Hindu, tetapi memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya. Apabila beliau meninggal dunia, keluarganya menuntut untuk mengurus jenazahnya menurut agama asal manakala Jabatan Agama Islam menegaskan adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurusnya secara Islam kerana Moorthy telah memeluk agama itu dan berdaftar sebagai seorang Islam. Kes itu dibawa ke mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy seorang Islam dan jenazahnya harus diurus menurut Islam.

Peristiwa pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di TamanMelawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya pada tahun ini adalahs esuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di negara ini.Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiris hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahang. Rakyat negara ini mengutuk atas kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak? Kini giliran gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa atas apa yang berlaku. Tidak seharusnya rumah ibadat di bakar! Kita sangat kesal dengan perbuatan tersebut.

Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik keatas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun. Adakah pembakaran itu disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Adakah itu puncanya? Kita tahu suhu dan darah orang Islam panas gara-gara isu berkenaan.Pun begitu kita tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam.Orang Islam yang bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan rumah ibadat agama apa sekalipun. Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan harapan untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini. Zaman semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-

apa perbuatan memusnahkan harta awam ianya akan dikaitkandengan perbuatan jahat komunis. Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagipun komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.

Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian keatas kejadian itu.Walaupun suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam memburukkan lagi keadaan.

Polis haruslah menyiasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari suasana yang timbul tempoh hari, maka berusahalah untuk mengatasi mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember tahun lalu sebelum Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.

Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara malang ini tidak terjadi sebelum ini? Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atas apa tujuan sekali pun kerana ia sangat berbahaya. Dan atas semangat 1 Malaysia dan sebagai hak sejagat rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil.

POLITIK Dari aspek politik pula, masyarakat India membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka dibawa masuk oleh british kira-kira 200 tahun dahulu untuk bekerja di ladang sebagai penoreh getah. Sehingga hari ini sosio-ekonomi masyarakat India berada di belakang masyarakat utama lain seperti cina dan melayu. Masyarakat India yang kebanyakannya beragama hindu telah mendirikan banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak berdaftar. Dengan arus perubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang dibangunkan dan ini mencetuskan konflik antara pihakberkuasa tempatan yang mahu struktur haram dimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan masyarakat Hindu. Beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India. Dengan menggunakan sentiment agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindasoleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid(penghapusan etnik) dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa peristiwa medan kampung. Propaganda mereka disebarkan melalui majlisforum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa tamil , penggunaan laman webdan SMS bagi

mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan.

Pada hari 25 november 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000 penduduk India dan menghantar memorandum ke Kedutaan britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memorandum dengan 100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu Elizabeth II. Setiausaha Agung, Datuk S.Veerasingam kesal dengan tindakan memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui system pesanan ringkas (SMS). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas mengadakan perhimpunan, tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan ketegangan kaum.

Ibu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepadaperhimpunan ini. Surat permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim di Balai Polis Cheras pada 7November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh ibu pejabat polis kontijen KualaLumpur pada 15 Naovember 2007.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini bolehmenyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum.Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akanterjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini danmencetuskan huru-hara terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunanyang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa dibawah Akta Kanak-Kanak. Pada 22 November 2007, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikanoleh pihak tertentu.Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalanraya bermula pada 20 November 2007.Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke arahKuala Lumpur. Sesiapa yang membawa senjata dan alatan berbahaya akan didakwa.Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan kerana mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha MoorthyPonnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

KEBUMIPUTERAAN DI MALAYSIA Sejak beberapa lama, kerajaan Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur telah mengajukan dan meluaskan polisi-polisi perkauman yang mendapat ruangyang cukup luas dalam media massa tempatan. Misalnya, syair Cecil Rajendra,bertajuk The Kingdom of Purplaya, yang diterbitkan baru-baru ini, menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan Melayu mendakwa bahawa penyair tersebut mencela kaum Melayu dan mencabar hak-hak istimewa kaum tersebut sebagai kaum asal di Malaysia.

Sambil Rajendra menafikan dakwaan-dakwaan ini, karya tersebut telah diterbitkan dan disebarkan luas oleh beberapa akhbar tempatan,termasuklah Utusan Malaysia.

Apakah asal-usul hak-hak keistimewaan kaum bumiputera ini? Dari segisejarah, semasa kemerdekaan pada tahun 1957, kaum Melayu telah membuatperjanjian yang meneraskan keistimewaan bagi kaum mereka lalu menghadiahkanstatus kewarganegaraan kepada kaum-kaum bukan Melayu (perjanjian ini jugamelibatkan keutamaan ekonomi bagi kaum Cina). Pada masa itu, ia dipersetujui bahawa sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Malaya pada atau selepas Hari Merdeka (31hb Ogos, 1957) akan menjadi rakyat dari segi undang-undang. Namun demikian, Artikel 159 dalam perlembagaan Malaysia telah digunakan untuk mengutamakan hak-hak istimewa bagi kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi. Artikel tersebut adalah berkenaan dengan tanggungjawab kerajaan untukmempertahankan kedudukan khas kaum Melayu dan warga-warga kaum peribumi dinegeri Sabah dan Sarawak. Kedudukan khas ini diterajui oleh kerajaan-kerajaanMalaysia, termasuklah kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa pada hari ini. Tujuannya adalah untuk memastikan keistimewaan bagi golongan bumiputera, termasuk kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, dalam pertubuhan-pertubuhan pendidikan seperti universiti, perkhidmatan awam, pekerjaan dalam firma-firma kerajaan dan dalam permohonan lesen atau pinjaman wang bagi perniagaan.

Selepas kemerdekaan, kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur mencuba menekan kemajuan pada tahap yang sama-rata bagi setiap negeri melalui perbadanan-perbadanannya. Namun, salah satu akibat daripada usaha ini adalah keengganan kumpulan-kumpulan tertentu di Sabah dan Sarawak untuk menerimapendatang asing. Keadaan ini dilanjutkan oleh polisi-polisi kerajaan di mana salah satu golongan diberikan keutamaan sebelum golongan yang lain. Seringkali, kaum-kaum Kadazan-Dusun di Sabah menganggap penghijrah dari Semenanjung Malaysia sebagai penghijrah dari negara asing. Ini tidaklah menghairankan apabila kita meneliti sistem kerajaan di Malaysia, di mana kerajaan tempatan (misalnya, diSabah) dibenarkan mengutarakan polisi-polisi pentadbiran yang agak berbeza daripada polisi-polisi kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963 dengan syarat-syarat khas yang digubahkan untuk mempertahankan negeri tersebut berkenaan dengan hal-hal seperti keagamaan, kedudukan kaum peribumi dan bumiputera, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Salah satu daripada pertahanan ini adalah kawalan imigrasi, di mana pertahanan disediakan agar kaum-kaum peribumi tidak diketepikan sambil penghijrah dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai pendidikan dan latihan yang lebih baik membanjiri negeri itu. Namun, salah satu kajian yang terdapat dalam buku Jeffrey Kitingan bertajuk The Sabah Problem menunjukkan bahawa hanya 19 daripada 89 jabatan persekutuan di Sabah padatahun 1989 diketuai oleh penduduk Sabah. Manakala, jabatan-jabatan lain diketuaioleh penghijrahpenghijrah dari Semenanjung Malaysia.Jelasnya, kawalan-kawalan imigrasi yang diwujudkan untuk

mempertahankan Sabah daripada dibanjiri penghijrah dari Semenanjung Malaysia tidak berfungsi dengan baik.

Lebih-lebih lagi, kedudukan perlembagaan bagi imigrasi di Sabah danSarawak yang begitu rumit tidak menyenangkan isu ini. Menurut Artikel 9Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigrasi kedalam negeri-negeri tersebut. Maka, di bawah perintah Parlimen, seseorang mungkindihalang daripada memasuki Sabah atau Sarawak, atau sebaliknya, dibuang negeridari keduadua negeri itu.Misalnya, seorang aktivis dari Switzerland, Bruno Manser,pernah dibuang negeri dari Sarawak apabila menyuarakan masalah-masalah kaumPenan.Kadang-kala, undang-undang ini digunakan untuk menghalang penduduktempatan dari Sabah dan Sarawak meninggalkan negeri-negeri tersebut. Contohnya,pada bulan Ogos 1993, pasport seorang aktivis dari Sarawak, Jok Jau Evong,dirampas oleh Jabatan Imigrasi, kerana dia didakwa terlibat dalam kempen anti-pembalakan dan pernah membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia sedangmemusnahkan alam sekitar dengan pembalakan tanpa kawalan. Kuasa-kuasakerajaan persekutuan untuk melarang seseorang daripada memasuki ataumeninggalkan Sabah dan Sarawak di bawah Akta Imigrasi, serta keperluan rakyatSemenanjung Malaysia untuk memohon kebernaran bertulis untuk memasuki negeri-negeri tersebut, bermaksud bahawa rakyat Semenanjung Malaysia seringkalidianggap sebagai pendatang asing.

Oleh yang demikian, konsep kewarganegaraan pada tahap negeri yang agakberbeza daripada kewarganegaraan pada tahap kebangsaan menekan lagi keadaandi mana kaum bumiputera tidak dilayani dengan sama berdasarkan tempat asalmereka. Dari segi ini, maksud menjadi seorang warganegara Malaysia kini lebihrapat dengan maksud berasal dari Semenanjung Malaysia atau berbangsa Melayu.Secara ringkas, rakyat Semenanjung Malaysia dilayan sebagai pendatang asing di Sabah dan Sarawak, sambil rakyat Sabah dan Sarawak pula dilayan sebagaipendatang asing di Semenanjung Malaysia. PENDIDIKAN Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayuterutama golongan pendidik, pemimpin masyarakat dan politik. Ia berpunca daripadasatu laporan kononnya pelajar bumiputera tidak mampu memenuhi kuota yangdisediakan oleh IPTA berkenaan. Masyarakat Melayu semakin resah apabila BekasPerdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kesediaan kerajaanmenghapuskan system kuota bagi kemasukan pelajar ke IPTA sekiranya langkah itudipersetujui rakyat.

Kenyataan itu, menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihakyang menyokong, ada pihak yang ragu-ragu dan tidak kurang ada yang membantahkerana mereka lihat tindakan itu sebagai merampas hak bumiputera. Kekusutan ituberakhir apabila Kementerian Pendidikan menjelaskan

perkara yang sebenarnyabahawa tidak wujud kekosongan seperti yang dilaporkan.Kuota itu sudah dipenuhimalahan ramai yang tidak dapat memasuki IPTA.Ramai di kalangan bumiputerayang menarik nafas lega dan berpuas hati dengan penjelasan KementerianPendidikan itu.

Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnyamasyarakat bumiputera harus mula menyedari dan menginsafi bahawa peluang yangada sekiranya tidak mampu diisi , ia akan diisi oleh orang lain. Justeru itu dalamkeratan akhbar yang dipilih, rencana ini telah dapat mengupas kepentingan systemmeritokrasi kepada kemajuan orang melayu.Perbincangan ini telah dilakukan olehPengerusi Jawatankuasa Promosi dan Seranta Kongres Pendidikan MelayuPertamayang juga bekas pensyarah, Dr Alias Mohamed. Beliau menerangkan 14

maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini,meritokrasi yang diamalkan oleh masyarakat bukan melayu, kebaikan meritokrasidan system kuota pada masa akan datang. Sesungguhnya dengan penerangan yangdiberikan oleh beliau sekurang-kurangnya dapat saya membincangkannya dalamtugasan sosiologi saya.

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang kuotabumiputera bagisebarang tawarankemasukankeIPTAterutamanyabagisesi2010/2011 akan datang ini,pastinya ramai pemohonan inginkan tempat dan bila dapat tempat di IPTA merekamahukan kursus yang dipohon mereka dalam erti kata lain bidang yang merekaminat. Tetapi senario hari ini, cuba kita lihat taburan mahasiswa dibandingkanmahasiswi di seluruh IPTA. Sangat ketara perbezaannya.Ini boleh dilihatterutamanya dalam bidang-bidang kritikal. Pada tahun lepas, hanya 33 peratusmahasiswa daripada keseluruhan pelajar Melayu di IPTA berbanding 67peratus mahasiswi, dan bilangan mahasiswa itumerosot kepada 30 peratusberbanding 70 peratus mahasiswi tahunini. Sehinggakan ada cakap-cakap yangmengatakan :

Kalau kita baling batu dalam bilik kuliah itu, pastinya yang akan terkena penuntutperempuan

Sebut berkenaan kemasukan ke IPTA, Tun Dr. Mahathir berharap peluangkemasukan ke universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputeraberbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihakdan tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman danmeminggirkan kaum-kaum lain. Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbandingkaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar merekatidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikanpelbagai kesan negatif.

Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) amat kecil iaitu hanya sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain. Perkara itu berlakukerana tidakramaikaumBumiputeramampumelanjutkanpelajarankeIPTS disebabkanmasalah kewangan yang terhad.Kalau kita buat banci jumlah keseluruhan pelajar diuniversiti kerajaan dan swasta, pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dariBumiputera.Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempatkepada kuotaBumiputera.

Bagaimanapun, bilangan kemasukan pelajar ke IPTS akan diambil kiraseperti, kerajaan mewujudkan keadaan yang seimbang di antara bumiputeradanbukan bumiputera dalam bidang ekonomi.Imbangan penyertaanbumiputera dan bukan bumiputera perlu diberi perhatian dalam semuaperkara.

Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha menambah penyertaanbukan bumiputera dalambidang kerajaan, pihak swasta juga perlu memberipeluang yang samakepada kontraktor atau pembekal bumiputera dalamprojek mereka.Kitatidak menentukan kuota atau apa-apa tetapi untuktambah bilangan bukanbumiputera dalam kerajaan, kita juga perlu melihattambahan bumiputeradalam sektor swasta.Sekarang ini kita dapatiswastakadang-kala tidak memberi peluang sama sekali kepadakontraktorbumiputera untuk projek mereka.Kalau ada projek swastayangbukan dimiliki bumiputera, kita dapati tidak ada pegawai atau juruterabumiputera, jadi mereka juga perlu meningkatkan penyertaan bumidiperingkat swasta.

Pemimpin-pemimpin kita kerap mengutarakan masalah perkauman. Biarlah diuniversiti ataupun di pejabat, sesiapa pun boleh lihat bahawa rakyat jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama. Kerajaan telah mengambillangkah mengadakan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN), supaya para remajatidak perlu takut dan malu untuk berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan darikaum lain. Memang benar, usaha ini harus dilakukan, tetapi ia bukan satu jalanpenyelesaian untuk mengatasi masalah perkauman yang sudah mencapai ke tahapyang kritikal. Sejak kecil lagi, masyarakat kita telah dibahagikan mengikut kaum danapabila meningkat remaja, barulah kita diterapkan dengan perpaduan kaum,ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat.Oleh sebab itu, sistem pendidikanrendah dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian danperpisahan mengikut barisan kaum.

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai puncayang membawa kepada masalah perkauman.Pada awalnya, sistem pendidikan yangwujud di Malaysia terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolahMelayu, Cina, India dan Inggeris.Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yangtersendiri.Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan

mengirasekadar keperluan peringkat rendah sahaja.Manakala kurikulum sekolah Cina danIndia pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teksdan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sediawujud.Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan Indiayang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Sebelum proses permodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki alamsekolah, tiada masalah berkawan dengan kaum dan bangsa yang lain. Dalammasyarakat kita yang cukup majmuk, bila-bila masa sahaja kanak-kanak bermaindan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa,kau dan agama.Namun, timbulnya masalah apabila kanak-kanak masuk ke alam persekolahan kecuali jika mereka memasuki sekolah yang sama. Walaubagaimanapun, kita sudahbiasa dengan menghantar anakanak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-masing.

Kalau kanak-kanak dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakanmereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita mungkin boleh mengelakmasalah perkauman. Tetapi dalam zaman milenium ini, kita hidup dalam masyarakatdi mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran, tetapi mereka lebih gemar bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah sahaja.

Hakikatnya yang berlaku sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolahkebangsaan, anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, manakala anak Indiapergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, di mana terletaknya perpaduan nasional?Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkansegregasi.

Kita kadangkala membangkitkan isu ini dengan rakan keturunan Cina, tetapirespon mereka selalunya hampir sama. Tambahan pula, kata mereka, denganpembangunan pesat di negara Cina, sesiapa yang fasih dalam bahasa Mandarin,tentulah masa hadapannya cerah. Namun demikian, kompromi antara kaum-kaum diMalaysia sangat mustahak, demi masa depan negara kita.

Biasanya penyokong sistem yang diamalkan sekarang akan mengelakkan isuperpaduan dan pergaulan antara pelajar-pelajar daripada keturunan yang berlainan.Tetapi, ini bukanlah isu yang kecil, kalau kita hanya mempunyai kawan baik daripadasatu kaum, adakah kemungkinan kita boleh bergaul, berinteraksi dengan merekayang mengamal budaya dan agama lain?

Oleh itu, mustahil menafikan kenyataan ini, sistem pendidikan kita pada masakini menjejaskan perpaduan nasional. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah

18

mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri satukaum sahaja, lebih mungkin bertembung dengan masalah berkawan dan memahamiorang daripada keturunan dan kaum yang lain.

Ini bukan maksud kita mesti memansuhkan sekolah jenis kebangsaan.Bagisebahagian rakyat, sistem sekolah ini mungkin lebih sesuai daripada sekolahkebagsaan.Tetapi sekolah kebangsaan seharusnya memadai bagi kebanyakanpelajar dan ibu-bapa.Jadi bangkitlah soalan seterusnya, mengapa kebanyakankeluarga Cina dan India membuat keputusan untuk menghantar anak-anak merekake sekolah jenis kebangsaan?Mungkin terdapat dua sebab utama iaitu isu akademikdan iklim sosial.

Sebagai seorang yang telah menghadiri sekolah kebangsaan, kita dapatmengetahui bahawa kualiti akademik di sekolah kebangsaan begitu rendah, tiadabandingan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina. Di sana, guru-guru amatberdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pelajaranmereka. Di sekolah kebangsaan, kebanyakan guru kurang motivasi untukmengajar.Tambahan pula, sekolah jenis kebangsaan mengajar bahasa ibundapelajar Cina dan Tamil, tentulah ibu-bapa Cina dan Tamil lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

Masalah yang lebih rumit, iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanyakurang bertolak ansur.Sebagai contoh, lihatlah kejadian yang baru berlaku, seorangguru di satu sekolah menengah kebangsaan memberitahu pelajar-pelajarnyabahawa budak India merupakan anak pelacur, di antara banyak lagi kenyataan yangmenghina.Kejadian seperti ini bukan begitu jarang.Antara contoh lain, aktivitiaktivitikadangkala diadakan pada hari Ahad atau hari perayaan agama yang lain, dankakitangan sekolah bukan selalunya bertolak ansur.Semua kejadian kecil ini, apabiladijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu bapa pelajar-pelajar Cina dan India

Sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula kalau kita betul-betulmahu memupuk perpaduan.Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebihbertolak ansur dan lebih bermotivasi.Mereka yang enggan menerima hakikat bahawakita tinggal di negara dan masyarakat yang majmuk patut berdepan dengan akibatyang serius.Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus naik.Kalau kerajaankita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru mestilah jadisuatu contoh untuk para pelajar.Dengan ini, barulah sistem sekolah kebangsaan kitamenjadi sistem

sekolah kebangsaan, bukan sistem sekolah Melayu Baru-baruini, Tuan Pengetua dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra,Kulai, Johor, Pn Hajjah Siti Inshah Mansor(DG48) telah dikritik hebat oleh Hindraf,DAP, PKR dan PAS kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalamsatu situasi di sekolahnya

Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untukmenyiasat perkara tersebut, menurut Timbalan Perdana Menteri. Kemungkinan jugasindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh, mungkin beliau geram dengan sikappelajar yang kurang ajar, biadab, tidak berdisplin dan lain-lain kemungkinan yangada.Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang propembangkang.Guru Melayu menyokong PAS dan PKR, Guru Cina menyokong Dapdan Guru India menyokong Hindraf

Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru danpelajar. Dilihat dari segi pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang,beliau juga telah bergelar Pengetua Kanan. Mungkin juga faktor usia dan jantinayang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan amarahnya kepadasemua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan. Apapun jika jawatankuasa yang dilantik juga pro-pembangkang maka tamatlah riwayatPengetua Cemerlang tersebut.

Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani.Sekolah kebangsaan tidak bolehmenggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakankelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Ini lebih baik daripada tidakmengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasaditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangankepada satu sistem sekolah kebangsaan.

Biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu,mesti bersedia untuk berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk,hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Apa yang kita mestitumpukan ialah masalah perpaduan, masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatusistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunanakan menyumbang kepada kepelbagaian kaum. Apa sahaja sistem sekalipun,biarlah sistem kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar pemecahan rakyat dari segi kaum, akan tetap gagal menyatupadukan rakyat diMalaysia ini.

KESIMPULAN

Sangat menyedihkan selepas 52 tahun kemerdekaan negara, kita masih lagiperlu diingatkan untuk meruntuhkan tembok perkauman. Dalam usia separuh abad terbinanya negara Malaysia hasil kesepakatan dan toleransi pemimpin pelbagai kaum terdahulu, semangat itu seharusnya sudah menjadi intipati dan sebati di dalam jiwa segenap lapisan masyarakat. Malangnya, kita hari ini lebih mengenali diri dan jati diri berdasarkan siapa kita mengikut latar belakang kaum, ras, etnik atau asal-usul. Melayu, Cina dan India akan selamanya dipisahkan sebagai kaum yangberbeza dan bukannya satu bangsa Malaysia. Barangkali disebabkan jurang itu juga, banyak tuntutan dan polemik yang melangkaui sempadan agama dan kaum berlaku dalam masyarakat hari ini. Jika inilah yang menjadi amalan, maka percayalah soalperpaduan akan terus menghambat negara walaupun selepas berabad Negara mengecapi kemerdekaan sekalipun.

Cabaran kepada perpaduan itu bermula pada era penjajahan British yang memisahkan masyarakat Tanah Melayu menerusi dasar pecah dan perintah. Dasar ini telah menyebabkan kita berpecah-belah mengikut pola kependudukan dan penempatan, jenis pekerjaan dan sistem pendidikan mengikut kaum. Namun itu bukanlah alasan untuk kita terus-menerus meletakkan kesalahan tersebut kepada penjajah. Ini kerana kesilapan itu boleh diperbaiki apatah lagi negara sudah lamamengecapi nikmat kemerdekaan.

Yang penting ialah sejauh mana dalam persekitaran hari ini, wujud sifat toleransi, hormat dan fahammemahami beralaskan kejujuran.Bagaimana elemen ini diterima berdasarkan kepada kekuatan Perlembagaan?Adakah setiap individu bersedia untuk membelakangkan amalan budaya dan kepercayaan dan memberikeutamaan kepada nilai kemanusiaan? Ini memandangkan nilai-nilai itu merupakan asas penting untuk meruntuhkan dinding yang memecah-belahkan masyarakat.

Namun, timbul dilema siapa yang harus berkorban dan siapa pula harus berkompromi. Kemuafakatan dan keharmonian memberi penghormatan kepada nilai kemanusiaan yang tidak melihat siapakah yang memberi lebih, dan siapa pula yang kurang memberi dan lebih merasa. Jika wujud perasaan seperti itu, maka ia boleh berakhir dengan perasaan prasangka antara satu sama lain. Stereotaip akan menebal dan sifat etnosentrik akan mendominasi pemikiran seseorang individu.

Sejajar dengan proses pemodenan dan pembangunan juga, masyarakat hari ini seolah-olah semakin luntur nilai kemasyarakatan, yang muncul adalah sifat materialistik dan individualistik yang menyaksikan semakin luntur dan pupusnya sifat kejujuran kerana persaingan ini. Ada yang berebut kekayaan untuk diri sendiri danlupa ada masyarakat sekeliling. Ada yang menyoal hak dan tanggungjawab serta Perlembagaan yang hanya dirujuk mengikut keselesaan masing-masing. Ini menyebabkan lahir ikatan longgar bukan sahaja dalam sesuatu kumpulan etnik tetapi juga hubungan antara etnik. Kerana itu juga

tambah Sivamurugan, seiringdengan proses modenisasi, kita semua harus mempunyai rasa bertanggungjawab.

Keluarga harus menanam nilai ini di rumah supaya anak mereka menjadi 'idola' di mana sahaja kerana perpaduan sebenar bermula dari rumah. Ia mencerminkan kesungguhan kita bersama dalam apa sahaja keadaan. Kesemuaetnik ada sifat etnosentrik untuk menanam semangat kekitaan tetapi lebih daripada itu, jika mereka memiliki perwatakan hormat-menghormati, saling memahami dan bertolak ansur dengan kumpulan etnik lain, maka perpaduan akan subur dengan sendirinya. Dalam masa yang sama, pemimpin juga perlu tampil sebagai individu contoh yang boleh diteladani oleh setiap lapisan masyarakat. Dalam suasana politikyang tidak menentu ketika ini, pemimpin sewajarnya memiliki nilai kepimpinan yang tinggi. Paling utama, ia perlu berasaskan kepada toleransi dan semangat kerjasama yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan lampau.

Politik etnik telah mendominasi sejarah politik tanah air sejak sekianlamanya.Walaupun ramai menyatakan bahawa selepas 8 Mac 2008, polapengundian menunjukkan bahawa kita sudah melangkaui garis keetnikan, namunsedar atau tidak, hakikatnya kita mempunyai kesedaran yang lebih tinggi ke ataspersoalan keetnikan selepas 8 Mac 2008. Demokrasi negara akan matang dengansendirinya jika watak yang terlibat juga matang.

Persoalannya, adakah watak utama dalam politik mengetahui bahawa kitamasih terikat dengan sentimen emosi dan bukan rasional dalam hal-hal tertentuwalaupun ada ketikanya kita mahukan kebebasan Barat dipraktis di negara ini.Adakekangan tertentu yang memberi limitasi ke atas kebebasan dalam sebuah negarayang terdiri dari masyarakat pelbagai etnik.Pemimpin harus berwaspada dalammemainkan sentimen perkauman kerana masyarakat hari ini lebih celik dari sudutilmu, informasi dan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Pemimpin ada pengikut dan pengikut yang memberi kesetiaan tidak berbelahbahagi kepada pemimpin dan parti akan taksub dengan pemimpinnya sehinggabersedia untuk melakukan apa sahaja untuk pemimpin tersebut. Kerana itu juga,pemimpin perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan bahawa walaupun berbezaideologi politik, itu tidak bermakna kemuafakatan harus dikorbankan untuk mencapaimatlamat akhir mereka iaitu mendapatkan kedudukan dan pangkat. Paling utamaperpaduan tidak boleh dikompromi untuk apa sahaja walau untuk sesiapa sekalipun.Dalam menyoal hak dan tanggungjawab, kita mesti bertekad mempertahankan apayang sedang terbina sekian lamanya.

Permainan politik di Malaysia tidak dapat lari daripada perjuanganberunsurkan kaum yang turut melebarkan jurang kemajmukan rakyat di negaraini.Justeru, bagaimanakah perpaduan dalam erti kata sebenar boleh dicapai dan masalah integrasi kaum dapat diselesaikan jika parti berbaur perkauman itu masih dikekalkan?

Oleh sebab itu, langkah terbaik ialah memansuhkan parti berasaskanperkauman dan mewujudkan satu parti tunggal dengan perjuangan 1Malaysia.Persoalannya mampukah ia dicapai secara aman? yang pasti ia bukanlah sesuatuyang mudah untuk dicapai. Jika tidak, parti Barisan Nasional yang tidak pernah gagalmemerintah negara sudah melakukannya sejak negara merdeka 52 tahun lalu.Inikerana masyarakat Malaysia sudah terpisah dengan jurang perbezaan kaum yangsangat nyata.Apa yang boleh dilakukan adalah melalui perjuangan ideologi bagimengaburi perjuangan yang berorientasikan kaum seperti bangsa Malaysia,Wawasan 2020 dan 1Malaysia.

Namun, itu bukanlah halangan untuk kita merealisasikan ideologi perjuangankaum menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.Atas semangat perpaduan danpersaudaraan yang tinggi untuk membina satu wajah bangsa Malaysia sebenar,perbezaan itu boleh menjadi persamaan yang mengikat kita menjadi lebih bersaudara.

RUJUKAN 1. Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. 2. Buku modul pengajaran Hubungan Etnik di Malaysia, diatur huruf oleh :Paimah Antom, Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman;FakultiPengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UniversitiTeknologi Malaysia. 3. Internet : i.www.facebook.com ii.www.utusanmalaysia.com iii.www.beritaharian.com iv.www.google.com v.http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=463173&extra=&ordertype=2 vi.http://www.projectmalaysia.org/articles/sistem-pendidikan-di-malaysia-puncamasalah-perkauman.html

LAMPIRAN Peristiwa 13 mei 1969

You might also like