You are on page 1of 1

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi taufik dan hidayahNya yang melimpah ruah sehingga

usaha menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek bagi kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini terlaksana jua akhirnya. Melalui tugasan ini, kami telah belajar pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa akan datang. Hal ini kerana, kami telah mendapat pelbagai ilmu yang berguna ketika mencari maklumat berkenaan aktiviti yang dilalukan di sekolah. Secara tidak langsung, kerja kursus ini dapat digunakan sebagai bekalan ilmu pengetahuan untuk berkhidmat sebagai seorang guru pada suatu hari nanti. Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu En. Che Mansor Che Tom selaku pensyarah pembimbing unit

Pengajian Bahasa Melayu, di atas kesudian beliau memberi panduan dan tunjuk ajar selama tugasan KKP ini dijalankan. Tidak lupa juga, ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan peransang kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini sehingga berjaya. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama serta berkongsi pengalaman dan komitmen yang tinggi kepada ahli kumpulan kami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kepada semua pembaca, kami memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan yang tidak disengajakan. Semua kesempurnaan itu datangnya daripada Allah SWT, dan segala kekurangan atau kesilapan itu datangnya Sekian, terima kasih. daripada diri kami sendiri.

You might also like