You are on page 1of 4

Bentuk salah laku

Langkah-langkah Mengatasi

Pengedaran Dadah

Pekerjaan Luar

Pembangunan Sifat-sifat dan Sahsiah Positif

Mencabul dan Salah Laku Seks

Ponteng Kerja

Menggunakan Kecenderungan dan Bakat Semulajadi Tingkatkan Taraf Dalam Profesion Perguruan Mengurangkan Beban Tugasan Guru Penghargaan Kendiri

Mengenakan Hukuman yang Melampau Terhadap Murid

Isu-isu Salah Laku di Kalangan Guru

Kesan-kesan

Meruntuhkan kepercayaan masyarakat terhadap profesion keguruan

Mencemarkan nama baik profesion keguruan

Menjejaskan Integriti dalam profesion keguruan

Meningkatkan masalah disiplin murid di sekolah

Mengurangkan lagi kuasa guru dalam mendidik muridmurid di sekolah.

Isu-isu Salah Laku di Kalangan Guru

1. Bentuk Salah Laku Antara bentuk-bentuk salah laku yang sering kita dengar ialah : 1.1 Pengedaran dadah Guru sepatutnya menjauhkan murd-muridnya daripada najis dadah .Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya .Sekarang ini ,guru malah menjual najis dadah kepada pelajar-pelajarnya demi mendapatkan kesenangan materi yang hanya sementara .Seperti mana yang kita lihat di kaca televisyen ,seorang guru di Sekolah Menengah Agama di Terengganu yang ditangkap kerana menjual dadah dan telah dijatuhkan hukuman . 1.2 Mencabul dan Salah Laku Seks Memang tidak dinafikan guru adalah manusia biasa .Tetapi sebagai seorang guru lebih-lebih lagi guru muslim mestilah dapat mengawal naluri dan keinginan semulajadi mereka .Terdapat kejadian murid diperkosa ketika menghadiri tuisyen atau semasa lawatan sekolah .murid menjadi trauma dan ini menjejaskan psikologi murid .

1.3 Mengenakan Hukuman yang Melampau Terhadap Murid Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian di sebuah sekolah agama .Murid tahun satu dihukum dengan melampau hingga menyebabkan kematian .Bayangkan murid sekecil itu disepak ,ditumbuk, diterajang dan diikat pada pokok .Tindakan ini bukan untuk mendidik tetapi lebih kepada untuk melepaskan geram .

1.4 Ponteng Kerja Ramai di kalangan guru sekarang memandang remeh kepada gelaran guru .Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat .Apabila ada di kalangan guru yang sanggup ponteng kerja dengan alasan yang tidak munasabah dan tidak menjalankan amanah yang digalas , maka tercemarlah title guru sebagai pendidik ,guru sebagai role model kepada anak didiknya .

1.5 Pekerjaan Luar Desakan hidup dan taraf hidup yang tinggi memaksa guru melakukan pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan . Tetapi apabila telah taksub dengan pekerjaan kedua maka terabailah kerja yang wajib .Anakanak didik dibiarkan, tidak menghadiri kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum dan sebagainya .Guru-guru ini lebih mementingkan tugas-tugas peribadi mereka atau pekerjaan kedua mereka daripada mendidik muridmurid yang sepatutnya menjadi keutamaan .

2. Cara Penyelesaian Cara-cara penyelesaian yang mungkin dapat dijalankan terhadap permasalahan ini :

2.1 Pembangunan Sifat-sifat dan Sahsiah Positif Tidak dinafikan bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka .Alat teknologi moden walau secanggih manapun tidak dapat menggantikan peranan guru .Guru sebagai role model kepada anak-anak didiknya .Jadi guru-guru hendaklah mengikuti terapi rohaniah dan selalu memotivasikan diri mereka .Dekatkan diri kepada agama. Ingat tuhan yang mencipta. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan murid-murid mereka .

2.2 Mengurangkan Beban Tugasan Guru Kebanyakan guru hari ini sangat terbeban dengan tugas-tugas yang dijalankan sehari-hari .Kerja-kerja penkeranian yang tidak sepatutnya dijalankan oleh guru semakin hari semakin menimbun .Perkara ini boleh mendatangkan tekanan di kalangan guru .,Jadi adalah perlu perkara seperti ini dititikberatkan oleh pentadbir untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku .

2.3 Menggunakan Kecenderungan dan Bakat Semulajadi Pihak pentadbir haruslah memainkan peranan dalam hal ini .Kenal pasti apakah bakat atau kecenderungan guru-guru yang bermasalah .Kemudian biarkan mereka membuat pilihan yang memberi faedah kepada semua pihak .

2.4 Tingkatkan Taraf Dalam Profesion Perguruan Sebagai memenuhi keperluan psikologi manusia yang sentiasa inginkan kesenangan dan kemewahan ,adalah wajar jika jawatan perguruan ini diberikan peningkatan dari segi imbuhan .Ini adalah untuk mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral .

2.5 Penghargaan Kendiri Sifat semulajadi manusia memang ingin dihargai .Pihak pentadbir perlu prihatin tentang perkara ini .Untuk mengelakkan guru-guru daripada tidak menjalankan tugas atau tidak hadir bertugas pengikitirafan hendaklah diberikan kepada mereka .Adakan sedikit sumbangan setiap bulan .Contohnya , guru yang datang awal pada bulan itu .Atau guru yang selalu menyiapkan tugas dengan baik dan sebagainya .

Kesimpulan Zaman yang serba canggih atau dikatakan zaman globalisasi ini bukan sahaja memberi impak kepada anakanak atau murid-murid tetapi juga kepada guru-guru .Guru-guru berhadapan dengan kenakalan murid yang semakin serius .Berikan ruang kepada guru untuk menjalankan tugas mereka untuk mendidik pelajar-pelajar menjadi pelajar yang berjaya .Berdasarkan pengalaman ,masih ada guru yang bermasalah ,selalu ponteng kerja dan sebagainya .Pihak pentadbir juga telah melakukan pelbagai cara untuk membuat mereka ini sedar tentang tanggungjawab mereka .Antaranya memberi nasihat secara bertulis dan bersemuka empat mata .Sekiranya tidak diendahkan juga barulah diberi amaran .Pihak pentadbir juga telah cuba memenuhi keperluan-keperluan guru dibawah pimpinan mereka .Ini adalah untuk menjadikan guru-guru lebih produktif .

Rujukan 1. Pembangunan Sahsiah ,Modul Pendidikan Jarak Jauh .Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan 2. Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh : Ayuni binti Abd.Rahman Azritawani binti Ahmad@Othman (KS/PJ/BM ambilan Januari 2008)

You might also like