1.

0 PENDAHULUAN Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Pada tahun 1983, Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Pada tahun 2003, KBSR disemak semula kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada tahun 2010, KBSR telah disemakan dan digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat menfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

1

Jadi. terdapat dua aspek yang harus memberi perhatian supaya dapat melaksanakan strategi P&P dengan lancar iaitu aspek kemudahan fizikal dalam kelas dan aspek sosio-emosi. Bidang kedua ialah bidang manusia dan alam keliling yang bertujuan untuk mengutamakan komponen kerohanian. 2. prinsip ketiga ialah pendidikan seumur hidup yang bermaksud proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak terkawal dari segi jangka masa dan tempat. Prinsip pertama ialah pendekatan bersepadu yang bermaksud penggabungjalinan unsurunsur kemahiran. kesenian dan kesihatan.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) Di samping itu. nilai dan sikap.2.0 KBSR 2. emosi. KBSR memperkenalkan tiga bidang pembelajaran iaitu bidang komunikasi untuk mementingkan komponen kemahiran asas. Bidang ketiga ialah perkembangan diri individu yang mengutamakan komponen kemahiran hidup. 2. strategi pengajaran dan pembelajaran KBSR bertujuan untuk mengambil kira kebolehan murid yang berbeza. Prinsip keempat ialah pendidikan sama untuk semua murid yang bermaksud kokurikulum yang sama diikuti oleh tahap persekolahan yang sama. pengetahuan dan nilai dari segi jasmani. Seterusnya. Seterusnya. 2 . dan intelek yang disebut dengan mesra ialah JERI. Manakala aspek sosio-emosi ditekankan pemupukan kemesraaan antara murid dengan guru serta menggalakkan dan mendorongkan murid belajar.2 Struktur dan Bidang Pelajaran Dari segi struktur KBSR. rohani. ianya boleh dilihat dari dua aspek iaitu bidang dan komponen. Aspek kemudahan fizikal dalam kelas bererti penyusunan ruang pembelajaran secara kreatif dan sebagainya.1 Prinsip Terdapat empat prinsip dalam pembentukan dan penggubalan KBSR yang selari dengan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ). Prinsip kedua ialah perkembagan individu secara menyeluruh yang bermaksud keperluan JERI dipenuhi oleh murid melalui semua mata pelajaran untuk memperkembangkan potensi individu. strategi pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam KBSR adalah guru-guru harus memahami prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi sebagai garis panduan guru.

Tunjang yang seterusnya ialah perkembangan fizikal dan estetika.3 Bidang Pelajaran Di samping itu. kemahiran dan sikap saintifik dengan menggunakan bahan teknologi seperti LCT. 3.1 Prinsip ( Sama dengan KBSR ) Prinsip KSSR ini adalah selaras dengan FPK dan berasaskan prinsip KBSR iaitu. Tunjang yang keempat ialah kerohanian. bakat dan apresiasi. pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid. Ia merangkumi dua unsur iaitu perkembangan jasmani dan kesihatan dan pemupukan daya imaginasi. kemahiran dan nilai. negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perparduan. kreativiti.2 Struktur Struktur KSSR adalah berasaskan enam tunjang. Manakala standard pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Walaupun prinsip KSSR ini berasaskan prinsip KBSR tetapi ianya dapat penambaikan. Tunjang terakhir ialah keterampilan diri. Tunjang pertama ialah komunikasi yang bertujuan untuk penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bertulis semasa berinteraksi. Standard kandungan bererti penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. bidang pelajaran KSSR dalam masa kini mementingkan dua perkara iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran.3. tujuan kandungan KSSR adalah sesama dengan tujuan kandungan KBSR tetapi ianya berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran dan peruntukan masa . Tunjang kedua ialah literasi sains dan teknologi yang berkaitan dengan penguasaan sains.kepercayaan. sikap dan nilai harus dihayatikan. sikap dan nilai untuk menyatakan amalan agama. pendekatan bersepadu. perkembangan individu secara menyeluruh.0 KSSR 3. Jadi. Ia bertujuan untuk pemupukan kepimpinan dan sahsiah melalui akitiviti kurikulum dan kokurikulum. 3 . Tunjang kelima ialah kemanusiaan iaitu penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat. 3.

pengajaran berasaskan kajian masa depan. pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. 4 . Aspek pedagogi ini telah menekankan 9 pendekatan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir dalam P&P. pembelajaran akses kendiri. Kesembilan-sembilan pendekatan ini bertujuan selari dengan KBSR iaitu mengambilkira aspek kepelbagaian murid semasa mereka belajar. penggunaan TMK. pembelajaran secara kontekstual. pembelajaran secara konstruktivisme. Guru harus menggunakan kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajarannya.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam KSSR ialah aspek pedagogi dan kaedah pentaksiran. Aspek kedua ialah kaedah pentaksiran. aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P.3.

Manusia dan alam sekeliling 3. menulis 1. perkembangan individu secara menyeluruh. emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang.membaca. Modul teras asas 2.1 Persamaan Persamaan antara KBSR dan KSSR ialah matlamat. Modul elektif 4M Mengira. Kedua-dua matlamat ini adalaah memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Mata pelajaran tambahan Fokus pembelajaran 3M mengira. Perkembangan diri individu KSSR Dokumen Standard Kurikulum 1.0 PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR 3. menulis. Keterampilan diri Organisasi kurikulum 1. Prinsipprinsip tersebut juga merangkumi pendekatan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek. Komunikasi 2. Kemanusiaan 6. harmonis dan berakhlak mulia. membaca. Kerohanian. pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.4. Selain itu. Modul teras tema 3. kreatif dan inovatif 5 . Literasi sains 3. Mata pelajran wajib 3.2 Perbezaaan Kurikulum Ciri-ciri Bahan kurikulum Struktur KBSR Sukatan Pelajaran 1. rohani. Persamaan ketiga ialah prinsip antara KBSR dan KSSR. 3. Komunikasi 2. Perkembangan fizikal dan estetika 4. seimbang dan bersepadu. objektif antara KBSR dan KSSR juga tidak melari tujuannya iaitu membolehkan murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berusaha memperolehi ilmu pengetahuan. sikap dan nilai 5. menaakul Penekanan Pemikiran kreatif dan kritis Pemikiran kritis. Mata pelajaran teras 2.

modul teras tema seperti muzik dan sains. mata pelajaran teras dan mata pelajaran tambahan. modul elektif iaitu bahasa pilihan. perkembangan fizikal dan estetika. KBSR menekankan kemahiran berfikir kreatif dan kritis manakala KSSR berfokus pada pemikiran kritis. kerohanian. Perbezaan kelima ialah penekanan. Misalnya. sikap dan nilai. KBSR hanya memberi fokus pada 3 M sahaja iaitu mengira. Disebabkan perubahan organisasi kurikulum dan strukturnya. Perbezaan pertama ialah bahan kurikulum. KBSR memperkenalkan tiga jenis mata pelajaran iaitu. manusia dan alm sekeliling serta perkembangan diri individu manakala struktur KSSR meliputi 6 tunjang iaitu komunikasi. Manakala KSSR membahagikan mata pelajaran ini kepada 3 modul iaitu modul teras asas seperti Bahasa Ibunda dan sebagainya. KSSR dapat menambahkan menaakul masuk dalam 3 M menjadi 4 M. membaa dan menulis. kreatif dan inovatif untuk menghasilkan insan yang seimbang. Perbezaan keempat ialah fokus pembelajaran. Struktur KBSR meliputi 3 bidang sahaja iaitu komunikasi. Sebagai contoh. kemanusiaan dan ketermpilan diri. Perbezaan kedua ialah struktur. KBSR menggunakan sukatan pelajaran untuk menjalankan proses P & P manakala KSSR menggunakan dokumen standard kurikulum iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. mata pelajaran wajib. literasi sains. 6 . Perbezaan ketiga ialah organisasi kurikulum.Walaupun mempunyai banyak perbezaan antara KBSR dengan KSSR tetapi saya hanya berfokus pada lima elemen yang terpentingnya.

Selain itu. Jadi. Di samping itu. kehamilan. Jadi. kerajaan telah memberikan peruntukan masa yang lebih dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris semasa KSSR dijalankan. ianya akan dapat menyenangkan guru semasa melaksanankan P&P dalam KSSR dan lebih menarik. Sebagai contoh. HIV. Implikasi kedua ialah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif. PPSMI telah menjalankan kaedah penggunaan dua bahasa dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Seterusnya. beliau menyatakan pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan. fantasi. ianya dapat mencapaikan prinsip pertama iaitu pendekatan bersepadu yang berkaitan dengan unsur merentasi kurikulum. murid-murid akan mengetahui mengelakkan hubungan seksual. perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Sebabnya ialah KSSR digubalkan dalam bentuk dokumen kurikulum iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran.0 IMPLIKASI TERHADAP PERUBAHAN KURIKULUM Pada pandangan saya. Selain itu. Jadi. penyakit seksual berjangkit. Dokumen kurikulum ini dapat mengambilkira segala aspek proses P&P di dalam dan di luar bilik darjah.5. 7 . implikasi ketiga ialah penyampaian ilmu dan penerapan nilai merentasi kurikulum dapat dicapaikan dengan lebih lancar kerana penambahan pendidikan seks akan menumpang dalam mata pelajaran yang lain semasa pelaksanaan P&P KSSR. seronok dan bermakna. Implikasi yang pertama adalah dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa. manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Menurut Datu Dr Julaihi Bujang. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam modul telah menggantikan buku teks serta kandungan modul boleh ditambahkan dan dikurangkan dengan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. AIDS. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum. pelaksanaan transformasi KSSR ini dapat memberikan implikasi yang banyak. perkembangan manusia dapat mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia.

8 . Sebabnya dari aspek struktur. Selain itu. fizikal dan estetika dan literasi sains dan teknologi. Jadi. KSSR juga memperkenalkan 4M iaitu membaca. KSSR dapat mengembangkan kebolehan dan ilmu pengetahuan murid lebih luas daripada KBSR. Jadi. Selain itu. menulis dan menaakul dalam subjek matematik dan sains manakala KBSR hanya memperkenalkan 3 M sahaja. bahan kurikulum yang fleksible akan dapat memupuk murid-murid mengembangkan daya imaginasinya kerana daya imaginasinya tidak dikawal oleh sukatan pelajaran yang terhad. saya berkeyakinan sistem pendidikan ini iaitu KSSR akan lebih baik daripada sistem pendidikan Negara yang lain dan ianya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga menggunakan bahan kurikulum yang fleksible iaitu dokumen standard kurikulum manakala KBSR menggunakan bahan kurikulum yang terkawal iaitu sukatan pelajaran.Implikasi yang terakhirnya ialah minat pembelajaran murid-murid akan dapat meningkat semasa pelaksanaan KSSR. KBSR hanya memperkenalkan tiga bidang sahaja. kemanusiaan. Kesimpulannya. mengira. Tegasnya. kerohanian. sikap dan nilai. Manakala KSSR dapat mengembangkan bidangbidangnya menjadi tujuh bidang iaitu komunikasi. KSSR ini akan dapat meningkatkan minat pembelajaran murid. keterampilan diri.

Oleh itu. semua pihak yang berkenaan seperti ibu bapa. Selain itu. rohani dan intelek. KSSR akan dapat melatihkan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan murid-murid supaya mereka dapat menghadapi cabaran dalam masa yang akan datang. emosi.0 KESIMPULAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan melahirkan dan memupuk sahsiah murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi JERI iaitu jasmani. (1770 patah perkataan ) 9 . guru dan sebagainya haruslah memberikan komitmen dengan sepenuhnya kepada kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi. KSSR akan memberi kesan yang positif sekiranya pihak-pihak yang berkenaan memberi kerjasama.5.

penerangannya memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sebagai contoh. Tugasan ini telah mencetuskan perasaan ingin tahu saya. pada tahun ini saya dapat menerima tugasan ini tentang perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR. banyak halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa dan sumber serta pemilihan isi tentang persamaan dan perbezaan antara KBSR dengan KSSR semasa saya menerima tugasan ini. Perkara ini adalah paling menarik saya. KUTTY. saya dapati bahawa setiap apa yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. ENCIK KAMARULZAMAN BIN MOHD. Sepanjang proses membuat tugasan ini. Selain itu. Saya sentiasa tertanya-tanya diri sendiri apakah aspek-aspek perubahan KBSR ke KSSR pada tahun 2011? Nasib baiklah. Namun. Jadi. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah saya teruja untuk membuat tugasan ini kerana saya memang berminat tentang perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR. saya dapat mengetahui matlamat KSSR dalah satu usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI. Selepas analisis. sebelum ini saya kurang memahami perkara KSSR.REFLEKSI Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hatinya kepada kawan-kawan saya dan juga berasa bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. saya telah berjaya memahami sedikit sebanyak aspek-aspek yang mengakibatkan perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR. Apa yang saya dapat pelajari daripada tugasan ini ialah KSSR amat mementingkan enam tunjang semasa perubahan kurikulum. Ketika saya menerima tugasan ini saya tidak mengetahui cara memulakanya seperti yang dikehendaki oleh pensyarah penyelia. Selepas penerangan yang begitu jelas daripada pensyarah mata pelajaran EDU 3101 iaitu Falsafah Pendidikan di Malaysia. 10 . berkat usaha yang tidak pernah padam saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. saya menyangka bahawa soalan ini sangat mudah menjawab. Selain daripada itu. Ketika memulakan kelas bersama pensyarah penyelia. saya baru menyedari bahawa soalan ini harus membuat bacaan yang banyak supaya dapat menjawab dan mendapat ilmu pengetahuan yang mendalam.

saya dapat mengetahui bahawa saya mempunyai banyak kelemahan. Kesimpulannya. sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa.Masalah yang saya dihadapi ialah kekurangan sumber. Jadi sumber rujukan yang saya peroleh juga terhad kerana hanya bergantung kepada internet. Selain itu. tatabahasa saya dan struktur ayat saya agak lemah. Kelebihan membuat kerja kursus ini ialah saya dapat mengetahui KSSR dengan lebih jelas dan ianya dapat membantu saya menjawab segala soalan tentang perubahan kurikulum dalam peperiksaan yang akan datang. Saya biasanya menggunakan tatabahasa cina terus menterjemahkan kepada bahasa Melayu. saya dapat mengetahui kurikulum kita harus sentiasa berubah supaya dapat mengatasi masalah pendidikan dan masalah murid yang semakin meruncing ini. Tegasnya. Ianya banyak membantu saya menerangkan dengan lebih mendalam tentang persamaan dan perbezaan antara KBSR dengan KSSR. sumber adalah terhad. Sebagai contoh. KSSR merupakan masalah baru kurikulum bagi tahun 2011 ini. berakhlak mulia dan berilmu supaya dapat menyumbang tenaga mereka kepada Negara kita. perkara-perkara dan persoalan-persoalan yang disoal dalam tugasan saya tidak dapat dijelaskan dengan tepat. saya berharap kesilapan-kesilapan dalam tugasan ini dapat dimaafkan oleh tuan terutamanya refleksi ini. saya berpendapat bahawa KSSR dapat memberikan implikasi yang baik selepas membuat bacaan yang banyak. sesetengah ayat agak susah difahami. tenaga. transformasi kurikulum ini akan dapat menghasilkan insan yang berseimbang iaitu berketerampilan. kewangan dan sebagainya tetapi saya tidak serik disebabkan oleh tugasan ini kerana saya dapat mempelajari ilmu yang lagi banyak tentang KSSR. Saya berjanji saya akan meningkatkan kemahiran tatabahasa saya dan struktur ayat supaya bahasa saya tidak mempunyai unsur tatabahasa cina. Walaubagaimanapun. Jadi. Saya juga dapat memperoleh isi-isi dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu. Selepas menyiapkan tugasan ini. akhbar serta beberapa responden yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan KSSR. Seperti yang kita tahu. Jadi. Jadi. Saya berasa bangga dan berpuas hati kerana tugasan saya adalah paling sempurna dan terbaik kerana saya telah menggunakan seluruh tenaga 11 . Jadi persoalan-persoalan yang disoalkan agak sukar untuk dijawab.

membuat tugasan ini. Saya juga berharap agar perubahan kurikulum ini yang digubal oleh kerajaan dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutama kepada murid dan tidak akan membebankan sesetengah pihak. terutamanya sekali. 12 . Akhirnya. Setiap sesuatu yang kami miliki seharusnya kita pelihara dan dijaga dengan baik. apa yang paling membuat saya teruja adalah saya boleh mengkaji tugasan ini dan juga dapati ilmu-ilmu yang selama ini saya langsung tidak mengetahui serta dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam. saya berjanji bahawa saya akan menyebarkan segala maklumat tentang perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR kepada murid-murid saya dalam masa yang akan datang. Selain itu. saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam sepanjang masa menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih. Selepas saya menyiapkan tugasan ini. ENCIK KAMARULZAMAN. Selain itu. pensyarah penyelia saya. saya akan memperbaiki diri dan sentiasa menghasilkan tugasan yang cemerlang dalam setiap subjek.

Hulu Kelang : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. ( 2011 ). Mok Soon Sang. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. ( 2003 ). Pendidikan Di Malaysia. Pendidikan Di Malaysia III. ( 2011 ). Asas KBSR II Jilid 2.. 13 . Ilmu Pendidikan Sekloah Rendah ( KPLI ).. Bhd. Ee Ah Meng ( 1988 ). Tiada nama. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3.. ( 1992 ).. ( 2008 ).. Pendidikan Di Malaysia ( PISMP ). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ( PISMP ). Penghantar Pendidikan. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. ( 1992 ). Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. Bhd. Bhd. Bhd... Ee Ah Meng. Petaling Jaya : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1992 ). Tiada nama. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Asas KBSR I Jilid 1. Bhd. Tiada nama. Hulu Kelang : Percetakan Dewan dan Pustaka. Pengantar Teras Pendidikan. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.BIBLIOGRAFI SUMBER BUKU Choong Lean Keow. ( 2011 ). Mok Soon Sang. Mok Soon Sang. Bhd. ( 2004 ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.

stsaraswathy.akademikpahang. Psbtpnsarawak. Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) akan diperkenalkan pada 2011.SUMBER INTERNET Khairina Yasin. KSSR kurangkan tekanan peperiksaan.wordpress. Fadzly Mohd. http://pismppjkjan2007.000 murid Tahun Satu sesi 2011 diajar pendidikan .net/index. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ( PKSR ) : Pemulihan.com/sukatan-pelajaran.forumotion. Peperiksaan Vs Pentaksiran. Berita Harian: 500.html diakses pada 9 Mac 2012.com/doc/14586713/Penilaian-KendalianSekolah-Rendah-PKSR-Pemulihan-Pengayaan-Dan-Pendidikan-Inklusif diakses pada 9 Mac 2012. ( 25 May 2010 ). Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). Panduan Melaksanakan Modul Elektif di SK. http://psbtpnsarawak. http://www.edu. ( 31 January 2011 ). http://pengajianam900. ( 11 Januari 2011 ).my/bharian/articles/500_000muridTahunSatusesi2011 diajarpendidikanseks/Article/ diakses pada 9 Mac 2012. Puan Lela. http://www. Pengayaan dan Pendidikan Inklusif.tripod.com.html diakses pada 9 Mac 2012. bina modal insan berkesan.my/v3/berita-semasa-2009/panduan- melaksanakan-modul-elektif-di-sk. Mohd.php/blog-layout/39- frontpage/127-info-sekolah diakses pada 9 Mac 2012. ( 2008 ).bharian.com/t31-peperiksaan-vs-pentaksiran diakses pada 9 Mac 2012.scribd. 14 . Khairul Hazman Taha. ( 30 November 2010 ). Izab.com/2011/01/31/kssrkurangkan-tekanan-peperiksaan-bina-modal-insan-berkesan/ diakses pada 9 Mac 2012. http://www. http://www.

LAMPIRAN 15 .

Sikap dan Nilai  Modul Fizikal dan Estetika  Modul Sains dan Teknologi  Modul Kemanusiaan Bentuk Organisasi Berasaskan mata pelajaran Kandungan  Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran  Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut:  Kemahiran Berfikir dalam P&P  Kemahiran Berfikir dalam P&P  Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam  Penggunaan TMK P&P  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Penggunaan TMK  Pedagogi  Pembelajaran Secara Konstruktivisme  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa  Pembelajaran Secara Kontekstual Depan  Pembelajaran Akses Kendiri  Pembelajaran Secara Konstruktivisme  Pembelajaran Masteri  Pembelajaran Secara Kontekstual  Belajar Cara Belajar  Pembelajaran Akses Kendiri  Pembelajaran Masteri  Belajar Cara Belajar Peruntukan  Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran Masa khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris  Dijalankan secar a berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam Kaedah  Penekanan yang ketara kepada pembelajaran Pentaksiran pentaksiran sumatif  Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai  Bersifat autentik dan holistik 16 .PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR Aspek KBSR  Komunikasi  Manusia Dengan Alam Sekelilingnya  Perkembangan Diri Individu KSSR  Komunikasi  Kerohanian. Sikap dan Nilai  Kemanusiaan  Keterampilan Diri  Perkembangan Fizikal dan Estetika  Sains dan Teknologi  Tahap I  Modul Teras Asas  Modul Teras Tema  Modul Elektif  Tahap II  Modul Komunikasi  Modul Komunikasi Elektif  Modul Kerohanian.

Kelebihan KSSR 1) Subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. fizikal.membaca. sikap dan nilai. perkembangan sosioemosi. kognitif. 2) Beberapa subjek digabungkan menjadi 1 subjek 3) Satu subjek baru diperkenalkan yang bertema Semangat Kenegaraan dan Patriotik 4) Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks 5) Membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras. kemahiran asas ICT. mengira & menaakul. kerohanian. 17 . Sementara Tahap 2Tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M. Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. sikap dan nilai. dan kemahiran ICT. Tambahan info daripada guru besar sekolah Aina * Pelajaran Bahasa Melayu ditukar kepada Pelajaran Bahasa Malaysia * Penerangan banyak menggunakan paparan skrin komputer berbanding buku teks * Pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Inggeris Rangka Perlaksanaannyer Tahap 1Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan 4M. fizikal. menulis.Aspek KBSR KSSR  Sukatan Pelajaran  Dokumen Kurikulum  Huraian Sukatan Pelajaran  Standard Kandungan  Kandungan Bahan  Standard Pembelajaran  Hasil Pembelajaran  Cadangan Aktiviti P&P  Buku Teks  Buku Teks Pengurusan  Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan Kurikulum kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat. perkembangan sosioemosi. kerohanian.

mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Buat peringkat permulaan. menulis. kognitif. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. kerohanian. sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. sikap dan nilai. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.KSSR Terap 1Malaysia KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca. Melalui KSSR katanya. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. fizikal. 18 . Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras. perkembangan sosioemosi. KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata.

tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi. Pada peringkat ini pula. persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. Selain itu. 19 . kerohanian. kognitif. fizikal. sahsiah.Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M. kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. fizikal. kemahiran asas ICT. perkembangan sosioemosi. kerohanian. sikap dan nilai. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful