You are on page 1of 6

PENGENALAN Teaching Games for Understanding (TGfU ) dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk

pelajar sekolah. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan: Pemahaman yang mengeluruh pada setiap permainan. Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal.

MATLAMAT Matlamat utama TGfU adalah memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan dan membuat keputusan. Model TGfU juga mengalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Menurut falsafah TGfU, pelajar bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permaianan berjalan.

PERKEMBANGAN Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU diubahsuai dan diperkembangkan dari masa ke semasa. Secara dasarnya, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Pada tahun 2004, Wwebb and pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama: Sasaran ( target ) Pukulan ( striking ) Jaring ( net ) Serangan ( invasion )

KATEGORI SERANGAN ( INVASION ) Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan.

Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperolehi mata. Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan, iairu berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bagi mendapatkan mata.

Nama Permainan Tangkap/Jaring Ikan

ORGANISASI Murid-murid dibahagi kepada dua kumpulan. Kemahiran : Membaling dan menyambut. Peralatan : Bola kertas, bakul/jarring

FOKUS Kemahiran membaling. Kemahiran menyambut Kemahiran melompat. Pertahanan dan menyerang. Murid dapat membaling bola tepat kepada sasaran (gol ) Murid dapat menyambut atau menangkap bola yang dibaling ( rakan sepasukan ).

CARA BERMAIN 1. Murid-murid berlari pelbagai ke kawasan lawan untuk mendapatkan bola dibaling. 2. Setiap murid dari kedua-dua kumpulan membaling bola ke kawasan lawan supaya mendapatkan mata. 3. Bola perlu disambut oleh penjaga gol dengan menggunkan bakul/jaring. 4. Seorang dari setiap kumpulan sebagai penjaga gol. yang

PERATURAN PERMAINAN 1. Bola perlu dibaling dari atas kepala. 2. Bola perlu disambut dengan kedua-dua belah tangan. 3. Bola perlu dibaling ke arah penjaga gol untuk mendapatkan mata. 4. Murid yang memegang bola tidak boleh bergerak. 5. Pihak lawan tidak boleh merampas bola di tangan. 6. Halangan perlu dibuat tanpa menyentuh lawan. 7. Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan gol lawan. 8. Bola yang berjaya disambut oleh penjaga gol diberi satu mata. 9. Pasukan yang berjaya mengumpul mata sebanyak 10 mata akan dikira sebagai pemenang. 10. Permaianan akan ditamatkan apabila satu pasukan berjaya mengumpul 10 mata.

BORANG SKOR/MATA

PASUKAN A PASUKAN B 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PELAKSANAAN

ZON PERMAINAN ZON GOL B A A A A B A B A B B B B A ZON GOL

PENUTUP Menerusi aktiviti ini muird dapat mengalami perlakuan membaling ke arah sasaran pada jarak tertentu dengan tepat dan adanya penghalang. Murid juga dapat merasai situasi sebenar dalam permainan menyerang dan bertahan serta menyusun strategi untuk mendapatkan mata. Permainan ini juga membantu murid-murid berkomunikasi dengan rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan. 4

RUMUSAN Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Meraka kelihatan lebih cergas dan menunjukkan siakp inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalakan sekira dibandingkan dengan aktiviti

pembelajaran. Jadi, program Teaching Games for Understanding memang sesuai untuk pelajar pada peringkat sekolah rendah. TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pemgetahuan dengan aktiviti permainan. Pelajar boleh belajar sambil bermain, pelajar juga didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola baling dan sebagainya. Pelajar juga harus mempelaajari nilai kerjasama dengan rakan perjuangan mengunakan strategi yang sesuai berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Kesimpulannya, para pendidi pendidikan Jasmani memeinkan peranan yang amat penting untuk member pendedahan pelajar kepada aktiviti permainan yang

berbagai-bagai. Guru juga harus member penekanan dalam aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani, ini kerana pengetahuan di peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangan seseorang pelajar.

You might also like