You are on page 1of 1

Proses Translokasi 1.

Translokasi ialah proses pengangkutan hasil-hasil bahan organik (seperti glukosa) terlarut yang disintesis semasa proses fotosintesis daripada daun ke bahagian lain tumbubuh-tumbuhan. 2. Translokasi berlaku dalam tiub tapis floem. 3. Translokasi berlaku dengan kecekapan yang sama ke semua arah. 4. Kepentingan translokasi adalah untuk memastikan makanan yang disintesis semasa fotosintesis diangkut dari daun ke bahagian lain tumbuh-tumbuhan yang memerlukannya untuk aktiviti metabolisme. 5. Bahagian-bahagian ini termasuklah akar, pucuk, buah, dan bunga yang sedang berkembang. 6. Makanan yang berlebihan juga ditranslokasikan untuk disimpan sebagai kanji, misalnya di bahagian rizom, tuber, umbisi, atau bebawang. 7. Tanpa translokasi, tumbuh-tumbuhan tidak mendapat makanan dan akhirnya akan mati. Eksperimen untuk buktikan peranan floem dalam translokasi makanan.

Kaedah 1. Gelangan kulit satu pokok berkayu dibuang. Floem pada bahagian kulit yang paling dalam juga dibuang bersama. 2. Xilem tertinggal pada pokok dan air masih dapat diangkut naik untuk mengekalkan proses transpirasi dan fotosintesis. 3. Akan tetapi makanan yang disintesiskan dalam daun tidak dapat turun ke akar. Keputusan 1. Glukosa tidak dapat sampai ke bahagian bawah gelang lalu terkumpul dalam floem di bahagian atas gelang dan menyebabkannya membengkak 2. Akar tidak mendapat makanan dan akhirnya mati.

You might also like