..

,'

Surat Terbuka Kepada Para Ikhwan Yayasan Sofa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

A "uzubil.lahi min al-Shaytan al-Rajim, Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil 'Alam in, Wassolatu wassalaamu 'ala Rasulihil Amin Wa 'ala Aalihi wa Sohbihi Ajma 'in. Kehadapan para ikhwan Yayasan Sofa yang dikasihi dan dimuliakan, sentiasa berada dalam riayah dan inayah Allah Subhanahu wa ta'aalaa. Muqaddimah Pertama-tamanya ana memohon maaf kerana warkah ini mungkin mengganggu ketenteraman situasi masing-masing. Ana terpaksa menulis surat ini kepada para ikhwan apabila pihak Syeikh Fuad (Iepas ini dirujuk dengan ringkasan SF) telah dengan terbuka melibatkan para ikhwan dengan membuat pelbagai tuduhan liar terhadap ana dan rakan-rakan dalam pelbagai majlis dan tempat. Sebelum ini pihak SF juga telah mengambil tindakan terbuka terhadap ana, Dr Alman, Kolonel Nordin dan Sdr Arnran Che Noh dengan melueutkan keahlian kami daripada Yayasan Sofa. Surat rasmi pelueutan tersebut telah kami terima pada Selasa 8hb Mei 2012. Oleh kerana pihak SF telah mengambil pelbagai tindakan seeara terbuka maim kami bertanggungjawab untuk berkongsi perspektif kami terhadap apa sebenar isunya dan apa yang sebenarnya telah berlaku. Selain daripada tindakan-tindakan terbuka ini,· SF juga telah membuat pelbagai tuduhan terhadap kami dan telahpun juga cuba mengambil tindakan disiplin terhadap ana sebelum ini. Ana juga telah berternu secara empat mata dengan SF pada malam Jumaat 10hb Mei yang lepas sebagai percubaan terakhir menyelesaikan isu ini seeara baik. Sikap SF -selepas pertemuan itu menunjukkan tawaran penyelesaian secara baik itu telah ditolak dan ini meninggalkan ana tanpa pilihan melainkan membuat penjelasan secara terbuka kepada para ikhwan demi' menegakkan kebenaran dan meneegah kemudharatan. Di awal-awal pembentangan ini, ingin ana tegasan bahawa kami wajib menyampaikan apa yang kami tahu supaya para ikhwan tidaklah banya mendengar sebelah pihak lalu mengambil sikap tanpa asas dan maklumat yang cukup lalu terus-menerus menjadi mangsa manipulasi. Allah, SWT telah menegaskan bahawa kita dilarang mengambil sikap mengikut sahaja tanpa ilmu dan kefahaman yang betul dan bahawa pendengaran, penglihatan dan mata hati kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT nanti (AI-Isra' :36). Ana juga memohon untuk para ikhwan agar cuba membaca surat ini dan menimbang dengan hati dan minda yang terbuka kerana kalau kita sudah menutup diri dengan prejudis yang tebal maka sukar bagi kita untuk menilai sesuatu dengan adil-saksama, walau sebenar mana pun fakta yang dipersembahkan. Ingatlah bahawa mesej ini datang daripada ana dan sebahagian ikhwan yang juga telah semoga semuanya

bertahun-tahun bersama dengan Yayasan Sofa. Kami sendiri sangat sayang kepada Yayasan Sofa dan juga sudah banyak berkorban. Malah karni juga adalah di antara yang akan paling terjejas, dari satu sudut, dengan tindakan kami ini. Kalau difikirkan kepentingan jawatan, keselesaan dan malas bersusah payah, patutnya kami pejamkan sahaja sebelah mata dan terus mengikut rentak dan gaya SF. Tetapi apakan daya, sebagai hamba Allah, kita wajib untuk mendokong dan menyatakan kebenaran walaupun sepahit mana dan walaupun rnengenai
1

batang hidung sendiri. Nas-nas tentang Amar Ma'ruf dan Nahy Mungkar terlalu banyak dan jelas untuk kami abaikan tanpa dibimbangi menempah kemurkaan llahi.

Dalam hadis yang sahih lagi masyhur, NaN SAW menegaskan bahawa "Sesungguhnya sesuatu am alan itu bergatung pada niatnya ... ". Niat, maksud dan tujuan adalah penentu utama dalam menilai sesuatu amalan dalam Islam. Semoga Allah perbetulkan dan pelihara niat kami sepanjang usaha kami mencegah kemungkaran dan kezaliman yang ditaqdirkan sampai ke pengetahuan kami ini. Jujur ana katakan yang ana tetap bimbang takut niat ana bercampur dengan kemarahan dan sebagainya, tetapi ana melangkah juga kerana mengingatkan keadaan para ikhwan dan anggota rnasyarakat yang akan terus terkeliru dan terzalimi. Setiap detik yang kami tangguh mungkin mengakibatkan ada dikalangan ikhwan yang menyerahkan wang simpanannya atau mewaqafkan hartanya kepada SF ... Semoga Allah mengampunkan kami jika kami terJambat ataupun cuai dalam menunaikan tanggungjawab ini. .. Hadis tentang niat ini juga sangat sesuai sebagai titik tolak kerana kalau ditanya, dimanakah silap utamanya SF sehingga kami mengambil sikap begini? Maka jawabannya, berdasarkan maklumat yang terkumpul pada kami, kesilapan utama SF juga melibatkan niat dan tujuan. Usaha dakwah, pendidikan, tarbiyyah dan kebajikan yang giat dijalankan selama ini memang zahirnya bagus tetapi rupa-rupanya telah didorongi atau sekurang-kurangnya bercampur-aduk dengan nafsu dan kepentingan duniawi peribadi. Kita semua tabu bahawa Allah SWT tidak meredhai perbuatan menduakanNya dalam niat dan qasad kita walau sehebat mana zahirnya amalan dan usaha dakwah kita.

Apa yang sedang berlaku?
Mungkin sekarang kebanyakan ikhwan sudah tahu bahawa ada isu dalaman yang besar dalam Yayasan Sofa. Cuma mungkin ramai lagi yang belum jelas apa yang sebenamya sedang berlaku. Secara ringkas, apa yang sedang berlaku ialah: I. Ana, Kolonel Nordin, Dr Alman, Amran Che Noh dan ikhwan yang dilihat bersama dengan kami sedang cuba disingkirkan daripada Yayasan dan Universiti, 2. Sebelum itu, pihak kami'telah menyimpulkan bahawa ada masalah yang besar dalam Yayasan dan Universiti yang berpunca daripada SF sendiri. Maka kami bertanggungjawab untuk cuba membetulkan keadaan. Sebahagian maklumat yang rnenjadi asas pendirian kami diperolehi daripada Data' Yahya dan beberapa ikhwan lain. Sebahagian yang lain adalah hasil pengalaman dan pemerhatian kami sendiri. Pendek kata kesimpulan yang dibuat adalah hasil perkongsian maklumat dan pandangan secara kolektif, 3. Oleh kerana pihak penaja utama Universiti telah meragui pihak SF, mereka enggan menuruti tuntutan membayar baki yang terhutang. Ini juga disebabkan mereka sudahpun menyalurkan sejumlah dana yang melebihi persefahaman asal. Selain daripada faktor kos perbelanjaan akhir pelancaran Universiti yang melampaui rancangan serta melibatkan perbelanjaan yang diragui, 4. Oleh kerana adalah tidak mudah untuk memecat kami daripada jawatan-jawatan universiti, kami masih secara sah bertugas menerajui universiti. Tetapi kerana banyak
2

!'
"

I
1:'

isu-isu pokok in; belum menemui penyelesaian maka kami sekarang berusaha menyelesaikannya dahulu, Pada masa yang sama, tugas kami juga disukarkan dengan tindakan SF memaksa kami keluar dad pejabat sementara dalam keadaan pejabat di Seremban belum siap sepenuhnya, Kami juga tidak diberikan peranan menguruskan akaun Universiti sehinggakan banyak urusan termasuk gaji bulanan pun tidak selesai. 5. Pihak SF menyalahkan kami sepenuhnya atas situasi di atas, terutamanya diri anadan cuba memberi pelbagai gambaran negatif termasuklah bahawa ini adalah pertembungan peribadi antara dia dan ana, bukannya soal prinsip seperti yang ana sedang dan akan jelaskan. Oleh kerana aliran kewangan semasa pula bennasalah akibat keraguan yang timbul, SF beralih kepada meminta bantuan dan sokongan kewangan daripada para ikhwan yang lain melalui pelbagai pendekatan. Tanpa memahami situasi sebenar mungkin sahaja ramai ikhwan yang terdorong untuk menghulurkan sumbangan wang dan harta kepada SF.

.

-

Kenapa Menentang SF?
Asas kenapa kami mengambil sikap cuba membetulkan dan kalau perlu menentang SF adalah segala maklumat yang terkumpul pada kami sama ada yang datang dengan sendiri atau hasil kajian kami yang menunjukkan dengan jelas bahawa SF sudah tergclincir daripada perjalanan sebenar para ulama pewaris Nabi yang murni. Kegelinciran asasi beliau ialah tindakannya menggunakan jalan dakwah untuk mendapatkan habuan material duniawi dan peribadi, Oleh kerana kegelinciran ini berlaku banyak kali, di tahap yang serius dan bukannya bani, rnaka ana berpandangan bahawa agak sukar untuk SF.mengaku dan membetulkan segala silap beliau. Malah jika SF terlalu cepat menghidu bahawa kami telah tahu atau sedang menyiasat hal ini sudah beliau akan bertindak cepat menghentikan usaha kami, menghilangkan bukti atau mempersiapkan daIih dan alasan. Oleh sebab itu kami rnengambil sikap untuk tidak terus berhadapan dan menyampaikan pandangan kami kepada SF sebelum kami betul-betul mempersiapkan diri daripada segenap segi. Harus diingat bahawa sebelum surat ini, kami belum mengambil tindakan yang terbuka terhadap SF kerana ingin memberikan peluang beliau bertaubat dan menyelesaikannya secara tertutup. Perlu juga diketahui bahawa kami hanya mendapat maklumat dan dapat membuat kesimpulan tentang SF sekitar seminggu sebelum pelancaran Universiti iaitu sekitar minggu pertama bulan April. Sebelum saat itu, kami masih tetap menganggap beliau sebagai seorang tokoh Ulama istimewa bahkan seorang Wali besar, sama seperti rasanya tanggapan kebanyakan murid beliau yang lain.

Siapa sebenar SF?
Tanggapan bahawa SF adalah Ulama istimewa bahkan wali Allah tidak dapat lagi dipertahankan apabila kami mendapat tahu tentang amalan atau perbuatan beliau (hal) yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah atau tidak selari dengan Syariat. Satu prinsip utama dalam perjalanan Tasawwuf yang benar adalah induknya AI-Quran dan Sunnah sebagai penentu dan panduan dalam perjalanan seorang salik, Adapun apa-apa ilham, kashaf, mimpi, waridat atau seumpamanya yang datang kepada seseorang tidak boleh mengatasi dan tidak boleh diutamakan berbanding Al-Quran dan Sunnah.

3

Jadi, walaupun SF telah membuat pelbagai dakwaan yang tinggi-tinggi berkaitan dengan ehwal keruhanian dan keiImuan beliau, apabila hal beliau terbukti bercanggah dengan Syariat, kita wajib menolak atau mentohmah dakwaan-dakwaan beliau sebagai suatu yang tidak benar. Tidak benar, sama ada dalam erti kata ia sebenarnya tidak pernah berlaku atau berlaku tetapi bukan ilham, kashaf mimpi atau waridat yang benar. Memang biasa berlaku dalam dunia keruhanian tli mana seseorang itu terkeliru dan tertipu dengan pengalaman keruhanian yang dialaminya terutama apabila orang tersebut berjalan berseorangan dan tanpa rujukan. Sebagai huraian kepada kesimpulan di atas kita senaraikan semula dakwaan ketinggian ehwal ruhani dan ilmu SF di satu sudut dan hakikat hal dan amalannya di sudut yang lain. Akhirnya, seperti yang sedia diterima dalam Islam, amalan dan hal keadaan seseorang itulah yang akan menjadi penentu dirinya yang sebenar kerana dakwaan dan percakapan boleh sahaja dibuatbuat atau berasaskan kekeliruan. Action speaks louder than words. You are what you do not what you say. You are your walk not your talk. Di sini kita tidak dapat bersetuju dengan saranan SF dalam kuliahnya dan ketika pertemuan empat mata bahawa kita harus mengikut cakapnya bukan perbuatannya!. .. Mereka yang sudah lama mengaji dengan SF dan menumpukan perhatian akan tentu ingat pelbagai dakwaan tentang ketinggian maqam ilmu dan keruhanian beliau yang pernah dibuat oleh SF sama ada dalam kuliah terbuka mahupun percakapan seharian. Pada masa yang sama kita dapat melihat dan akhirnya mendapat tahu dengan pasti bahawa pelbagai dasar dan amalannya adalah bercanggah dengan Syariat dan prinsip-prinsip agama, Adalah mustahil bahawa seorang ulama hebat atau seorang Wali akan turut pada masa yang sarna terlibat dengan pelanggaran terhadap prinsip agama secara kerap dan sengaja. Kegelinciran yang akan kami sebutkan dibawah tidak dapat kita terima jika dilakukan oleh Ustaz biasa apatah lagi oleh seseorang yang mendakwa mencapai satu tahap ilmu dan ruhani yang tinggi. Jadi kita tiada pilihan melainkan mengutamakan hal keadaan atau amalan sebenar SF berbanding dakwaan-dakwaannya yang masih mungkin benar ataupun salah. Lalu, walaupun berat, kita tiada pilihan selain mengaku bahawa kita sudah tersilap nilai siapa sebenarnya SF selama ini dan terpaksa menyimpuJkan bahawa dakwaan-dakwaan beliau adalah samaada tidak benar, separuh benar atau khayalan yang menipu. Perlu diingat bahawa dalam dunia keruhanian dan tariqat, sering terjadi seseorang yang mengaku Syeikh tetapi tergeJincir oleh kerana tersalah tanggapan terhadap pengalaman ruhani yang dialaminya. Terutama apabila orang tersebut tidak lagi mempunyai rujukan untuk mengesahkan hakikat pengalaman ruhani beJiau itu. ltulah antara kemungkinan punca kegelinciran SF. Apapun punca sebenarnya, hakikatnya, apabila menilai dirinya secara menyeluruh dan objektif, kita teringat kepada kategori uJama yang diistilahkan dalam ilmu Islam sebagai ulama yang jahat (Ulama Suu ') atau ulama dunia. Walaupun kesimpulan ini pahit, kita tidak ada kesimpulan ketiga, Tindakan dan reaksi beliau apabila cuba ditegur dan sedar bahawa kesalahannya sudah diketahui memperkukuhkan lagi kesimpulan ini. Seorang ulama hakiki tidak akan hilang punca bila berbuat salah, diketahui kesalahannya dan cuba ditegur. Sebaliknya, SF terus mengambil langkah segeradan aggresif cuba mencantas dan memburuk-burukkan dengan peJbagai tuduhan palsu mana-mana individu yang dirasakan sudah mengetahui atau cuba membetulkan kesalahannya.

Menilai Siapa Sebenarnya SF. Di antara dakwaan-dakwaan SF:
4

l . Penyandang pangkat Al-Musnid, Musnid Mashriq atau seorang Ahli Hadith 2. Sebagai Khalifah atau wakil utama Tariqah Al-Maliki i 3. Sebagai Syeikh Tariqah Ahrnadiyyah Muhammadiyyah dan Mujaz Bi jamii' Turuq Sufiyyah (Mempunyai ijazah dan boleh memimpin semua Tariqah yang ada) 4. Mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Nabi (SAW)

i I
!

r

I I

!
1.
.I

l 5. Mendapat ijazah kitab Fadhilat Salawat oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad Siddiq Al-Ghumari (1910-] 993M) secara langsung daripada beliau dalam mimpi, AI-

i j

I

Menerima kompilasi salawat (Raudh al-Anwar) terus daripada Nabi SA W. (mimpi atau yaqazah) b. Ada mengarang qasidah khusus untuk Nabi SAW dan telah membacanya di hadapan Nabi SAW.(mimpi atauyaqazah) c. Nabi SAW pernah mencadangkan tajuk salah satu buku beliau. (mimpi atau yaqazah) d. Pelbagai mimpi Nabi SAW yang memberi pelbagai isyarat.
G.

"

Dakwaan-dakwaan ini seeara prinsipnya boleh jadi benar, rekaan atau tidak benar tetapi dikhayalkan kepada beliau sehingga beliau menyangka ianya benar. Neraea paling kuat untuk menilai kebenaran segal a dakwaan ini adalab dengan menilai hal keadaan dan amalan beliau. Seorang yang benar-benar mendapat kelebihan seperti yang didakwa tidak mungkin mempunyai keperibadian dan sikap yang bercanggah dengan Syariat dan Sunnah seperti yang tersenarai dibawah. .

Hal (Gaya hidup, Amalan dan Dasar)
1. Melampau-lampau dalam bermewah dan berbelanja

a) Mengumpul koleksi jam, cine in, pen, pakaian, wangian yang termahal sambil cuba . terus menambah koleksi. (contob: beli seutas jam SOK baru2 ini yang ditunjuktunjukkan dalam kuliah, kain jubah di Dubai bernilai lebih RMI ribu semester, minyak wangi dibeli ketika rombongan umrah sekitar RM50 ribu, sebentuk cincin dibeli di Kelantan melebihi 20 ribu, cuba meminta dibelikan jam Rolex bernilai sekitar RM370 ribu ketika di Dubai) b) Memiliki beberapa kenderaan mewah. Cuba mendapatkan melalui ikhwan kereta yang lebih mewah lagi termasuk dalam satu kes meminta untuk dibelikan sebuah kereta Bentley. c) Memiliki rumah-rumah dan pejabat yang mewah dan berhiasan dalaman yang mewah. d) Sentiasa membeli tiket first atau business class dan memilih hotel-hotel mewah ketika bermusafir. e) Sering makan atau minum di hotel-hotel atau restoran mewah.

5

. '----.,

'-T __ ~~~ __ ·:.:::::::_.:..:::..:::~~"" ............ ~_~

..

.:--=-,:._ ..
~ ~.> ••• , -_

~

-_-

(

t) Menyewa kereta Bentley (lebih RM5 ribu sehari tak cam pur overtime. Jumlah kos
sekitar RM60 ribu) dan bilik hotel mewah ketika program pelancaran Universiti dan tanda tangan MOU dengan Al-Azhar sebelum ini. 2. Pembaziran a. Ubahsuai yang mahal terhadap premis sewaan. b. Ubahsuai yang kerap dan ad-hoc terhadap premis-premis. c. Program sambutan Rektor Al-Azhar, rombongan kerja ke Mesir dan Dubai serta Program Pelancaran universiti yang berlebih-lebihan dan terlampau mewah. 3. Salah guna Dana dan Aset, . a. Mengumpul dana untuk projek Tahfiz bersama dengan Masjid Taman TAR yang akhirnya digunakan untuk premis sendiri (Darul Maliki). b. Pembelian secara tunai 3 unit rumah teres dua tingkat berharga sekitar RM350 ribu setiap satu. Didaftarkan atas nama 2 isteri dan ibu SF. Projek Tabung Haj i Properties berdekatan dengan Lebuhraya Lekas. " -, C. .Sumbangan RMIOOk sebulan daripada Dato' Yahya sejak hujung 2010 atas dasar menampung overhead dimasukkan ke akaun peribadi dan digunakan tanpa dasar yang telus. d. Kebanyakan aset yang diwaqafkan atau dibeli atas nama Yayasan dan dakwah didaftarkan atas nama Syeikh atau orang kepercayaan. e. Menggunakan dana yang sepatutnya khusus untuk Pelancaran Universiti untuk mengubahsuai secara mewah dan melarnpau rumah Dam I Maliki. Antara sebab utama defisit dalam perbelanjaan Pelancaran Universiti. 4. Putarbelit dan penipuan a. Projek tahfiz bersama Masjid Taman TAR (sarna di atas) b. Memprornosi dan kemudiannya membatalkan rombongan Haji pada tahun 2010. Ikhwan kemudiannya dipujuk untuk infaq atau meminjamkan wang pendahuluan RM 1000 seorang, C. Janji untuk bantuan RM5000 sebulan kepada Habib Muhammad Al-Attas, mudd Abuya Sayyid Muhammad AI-Maliki untuk menampung belanja madrasahnya di Kuching, Sarawak. Janji dibuat ketika ke Kuching untuk program Kuching Berselawat, akhir 20 IO. Bayaran hanya selama tiga bulan kemudian tidak disambung lagi tanpa khabar, " d. Membuat keuntungan dalaman dengan cara mark-up dan out-source melalui syarikat milik peribadi Sofa Productions Sdn Bhd e. Menyewa Bentley untuk mengelabui mata Rektor Al-Azhar, f. Rumah Darul Maliki dan rurnah-rumah lain yang dibeli di Taman TAR asalnya atas alasan untuk pengajian dan tahfiz DAQWAH akhirnya digunakan sebagai rumah dan disebut sebagai 'rumah ana'. g. Memburuk-burukkan pengurusan Universiti As-Sofa tanpa as as berkemungkinan demi untuk mendominasi pelbagai aspek projek universiti terutamanya kewangan. Taktik yang sama pernah digunakan dalam institusi Yayasan yang lain seperti DAQWAH. Kelemahan pengurusan sedia ada direka-reka atau diperbesar-besarkan sebagai alasan untuk melakukan pertukaran pengurusan. 5. Mengagungkan Diri (Self Aggrandizing)
6

I
J

a. Merendahkan dan memperlekehkan tokoh-tokoh dan organisasi Ahlus Sunnah yang lain. b. Sering mendakwa dan mengisytiharkan secara terbuka dan tertutup pelbagai kehebatan diri dari segi -ruhani, ilmu, keturunan, kebolehan, pengaruh, kekayaan dan seumpamanya. 6. Mengutamakan kebajikan diri, mengabaikan kebajikan penyokong dan ahli. Para penyokong dan pendokong kuat termasuklah Hj Rahim, Kak Shidah, Ustaz Salahuddin, Abang JaW Kitab dibiarkan hidup ala-kadar sedang SF dan keluarga hidup mewah, Sebahagian daripada mereka ini diketahui secara pasti menghadapi masalah kewangan kronik seperti sewa rumah dan hutang kereta yang lama tertunggak tetapi tidak dibantu dengan serius oleh SF yang 'mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM lOOk sebulan. 7. Mewujudkan suasana ta'asub melampau (Cultish) a. Menaikkan diri dengan merendahkan organisasi lain termasuk sesama Ahlus Sunnah, " b. Memperlekehkan Tokoh ulama lain. c. Tidak menggalakkan bahkan melarang ikhwan menghadiri atau bertemu para ulama lain. d. Menggalakkan suasana mengagungkan dan memuja SF melalui majlis-majlis hari jadi, hantaran dan sambutan ketika musafir, gambar foto, gelaran panggilan dan sebagainya. e. Selalu menegaskan dan menuntut ketaatan dan khidmat yang mengatasi ketaatan dan khidmat kepada ibu bapa dan keluarga sendiri. 8. Matlamat menghalalkan cara (Ends justify means) a. Bersedia memberi rasuah dan menggalakkannya. (SF pernah berpesan melebihi sekali supaya sedia membayar untuk melicinkan urusan pendaftaran Universiti) b. Penggunaan kad kredit dan pinjaman kewangan konvensional. c. Memberi Ang Pow kepada wartawan yang menghadiri sidang media. (RMI ribu yang kemudiannya di kurangkan kepada RM500) 9. Pengurusan dan Pentadbiran Diktator dan Sesuka Hati. a. AGM Yayasan Sofa 2012. Pemilihan dan pertukaran pimpinan mengikut telunjuk SF walaupun sudah ada proses undian. b. AGM dan pemilihan AJK Masjid Taman TAR 2012. Menggunakan kaedah usul untuk mengelakkan undian. SF menuntut digugurkan nama-nama yang tidak disukai walaupun telah diluluskan dalam AGM. e. Konsep, pengurusan dan belanjawan Pelancaran Universiti As-Sofa. d. Keputusan mengadakan dan kemudian membatalkan cawangan Tahfiz DAQWAH Seremban. e. Mencadangkan idea 2 universiti supaya mendorong dibeli sebidang tanah lain selain daripada tanah kurniaan kerajaan negeri di Ulu Bendul. Sebidang tanah telah dikenal pasti untuk dibeli di Port Dickson berharga sekitar RM 16 juta. f. Ustaz-ustaz lulusan DaruI Mustafa diberi kata dua dan sebahagiannya diberhentikan dengan notis pendek apabila meminta penjelasan tentang kenyataan berunsur penghinaan terhadap Habib VIllar dalam kuliah SF.

~ 1

I!

7

~".c
..

.,
[

I .}

}
;

.I

Inilah sebahagian daripada contoh penyelewengan dari sudut amalan dan sikap SF yang menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda peribadi atau sekurang-kurangnya tidak jujur dalam berdakwah. Ini adalah hasil maklumat yang dialarni sendiri, yang diberikan secara sukarela oleh mereka yang terlibat secara langsung dan kajian yang mengambil 'masa sekitar sebulan lebih. Mungkin sahaja di sana terdapat maklurnat lain yang belum terbongkar kerana masih banyak sudut yang belum disiasat sepenuhnya. Tidak mustahil bahawa SF akan menafikan sebahagian atau semua kesalahan yang tersenarai di atas. Ana tegaskan bahawa apa yang tersenarai di atas ada sandarannya yang kuat walaupun tidak semuanya diperincikan di sini,

Isu Jin dan Khadam?
Ana tegaskan bahawa sandaran dan rujukan utama bagi mengambil sikap terhadap SF adalah pelbagai penyimpangan dan kesalahan yarlg zahir seperti yang tersenarai di atas. Adapun isu penyimpangan yang tidak zahir ini, ana terpaksa mengkaji dan mempertimbangkan juga isu ini apabila mengambil kira bahawa aspek-aspek mistik juga menjadi rencah dan ramuan biasa dalam perjalanan SF termasuklah dalarn sebahagian dakwaan-dakwaan beliau, Begitu juga para ikhwan sedia maklum bahawa mimpi adalah antara faktor penting yang mengikat dan mernbentuk ketaatan dan ketasuban pengikut kepada SF. Kalau sebelum ini ana bersangka balk dengan aspek-aspek rnimpi dan mistik lain dalam Yayasan Sofa, apabilajelas perjalanan zahirnya bercanggah dengan Syariat dan Sunnah maim kita terpaksa mengkaji semula hakikat sebenar aspek ini dalam perjalanan SF. Adakah ianya berpunca dari punca yang benar ataupun mungkin dari punca yang bati!. Sebenarnya, apabila sahaja perjalanan zahir seseorang atau kumpulan keruhanian bercanggah dengan Sunnah maka kita sudah boleh rnenyirnpulkan bahawa apa-apa pengalaman ruhani, ilham, mimpi atau kasyaf yang ada bukannya yang benar, Kesimpulan ini disokong oleh beberapa dapatan kajian ana tennasuk testimoni beberapa bekas murid SF yang menghadapi masalah gangguan. Para ikhwan harus faharn bahawa adalah suatu fakta ilmiah bahawa memang ada caranya bagi seseorang mempengaruhi seorang yang lain melalui mempengaruhi rnimpinya. Dan ini sering terjadi dalam kumpulan-kumpulan bermasalah seperti Al-Arqam dan seumpamanya. Walau apapun, ana tegaskan sekali lagi bahawa aspek ini hanya aspek pelengkap dan bukan aspek pokok dalam menilai kegelinciran SF. SF sebaIiknya menggunakan isu ini sebagai antara serangan utamanya terhadap ana kerana dia tahu bahawa aspek ini susah dibuktikan secara zahir. Ana sudah mengagak bahawa inilah antara strategi yang akan diambil oleh SF yang memang diakui bijak dan berpengalaman dalarn cuba menyelamatkan diri dan menarik simpati. Apapun, ana nasihatkan para ikhwan untuk tidak meremehkan aspek ini dan mengambillangkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pendinding dan mendapatkan rawatan jikalau merasakan ada gangguan. Tidaklah salah malah adalah bijak jika kita beringat-ingat dalarn hal ini ...

Apa Antara AIasan dan Strategi SF?
Apabila bercakap tentang kesalahan-kesalahan beliau, SF akan mengulang-ulang kata-kata, 'Ana tak ma'sum' atau 'Kalau anta cari Syeikh ma'sum, anta tak akan jumpa'. Soalnya, kekerapan, tahap dan corak kesalahan-kesalahan yang beliau lakukan sudah begitu serius sehingga isunya bukan lagi di tahap rnasum ataupun tidak. Kita semua tak pernah mengharapkan yang beliau ma'sum dan tidak pun mencari seorang Syeikh yang ma'sum, tetapi kita juga tidak sekali-kali berdiam diri melihat seorang yang menggunakan nama agama, Allah, Mahabbah Nabi, Ahlus Sunnah tetapi terus-menerus memanipulasi kejujuran murid dan masyarakat untuk kepentingan sendiri. 'Tidak ma'sum' bukan lagi alasan yang layak digunakan oleh seseorang yang seperti SF.
8

Dalam perjumpaan empat mata dengan beliau, SF ada menyebut yang dia dah tak tahan dan akan berpindah dari KL. .. Ini juga satu taktik yang sudah dapat dijangka. Apabila terasa tersudut dan bimbang, ini .adalah taktik berundur (tactical retreat) dan bukannya benar-benar berasaskan keinsafan. Kernungkinan harapan beliau dengan Iangkah ini adalah untbk menagih simpati dan mengalih perhatian daripada isu rumah-rtnnah beliau di Kuala Lumpur. Wahai para ikhwan yang dikasihi, renungilah dengan hati dan minda yang terbuka, jikalau beliau berada di pihak yang benar, kenapa perlu mengambil langkah-langkah sebegini. Pepatah mengatakan, "berani kerana benar, takut kerana salah ... " Dalam pada itu, timbul pula projek terbaru, projek Zawiyah di Seremban, dengan jualan lebih 40 lot rumah townhouse dan teres .. " deposit awal terus dikutip yang jika terjual sepenuhnya berjumlah lebih sejuta ringgit ... La Hawla walaa Quwwata illa biLlah ...

(Perkembangan terkini: nampaknya SF membatalkan perancangannya untuk hijrah meninggalkan KL dan kembali bergiat di KL. Mungkin apabila menyedari taktik asalnya sudah tidak berkesan atau sudan terdedah. Tambahan pada 211512012) Kenapa sekarang?
Mungkin ada yang bertanya. Kenapa sekarang baru bersuara? Sebenarnya, walaupun sudah ada perkara-perkara yang menggusarkan dan tidak diketemui jawabannya yang ana dan rakan-rakan lain alami sebelum ini tetapi kami tetap memilih untuk bersangka baik dan mentohmah diri berbanding mentohmah SF," atas semangat husnu dzan dengan guru dan rnahu terus menjadi rnurid yang sodiq. Tetapi apabila menerima rnaklumat-maklurnat yang tidak dapat dita'wil atau dijustifikasi lagi dalam pertemuan bersama Data' Yahya sekitar seminggu sebelum pelancaran, sikap husnu dzan terpaksa digantikan dengan sikap kritikal, lebih objektif dan berhati-hati. Bila sahaja kami bersikap begitu, terbukalah jawaban kepada pelbagai persoalan yang selama ini tergantung dan kabur. Apabila jalan cerita yang sebenar telah ditemukan maka amat jelas dan mudah difahamilah perjalanan SF selama ini dan dapatlah kita membaca gerak-gerinya ibarat membaca sebuah buku ... Oleh itu tak benarlah tuduhan yang pihak SF cuba canarigkan kononnya Ana lah yal/g mempengaruhi Data' Yahya dan para ikhwan lain lagi. Tanpa maklumat yang dikongsikan oleh Dato' Yahya dan ikhwan lain, kemungkinan besar ana dan rakan-rakan akan masih di tahap cuba bersangka baik dan mencari dalih bagi segala keganjilan yang dilihat pada perjalan SF. Adakah salah kita bermusyawarah dan bertukar-tukar maklumat dan pandangan secara jujur demi mencari jawaban yang paling tepat terhadap satu persoalan? Pada masa yang sarna siasatan dan kajian lanjut mendedahkan pelbagai maklumat lain untuk menyokong kesimpulan yang sama. Adakah menyiasat dan mengkaji apabila memang wujud keraguan dan isu itu dilarang dalam Islam? Adakah ini termasuk Tajassus yang dilarang?

Langkah Seterusnya?
Kunci masalahnya pada satu individu iaitu Syeikh Fuad. Beliaulah punca salah dan silap yang menimbulkan krisis ini. Mereka yang lama dalam Yayasan akan sedia maklum bahawa orang lain tidak akan berani melakukan sesuatu tanpa arahan atau restu beliau. Masa depan Yayasan dan Universiti tergantung kepada jalan yang beliau pilih. Ana sudah pun cuba menyampaikan pilihan yang lebih aman dan menutup aib dalam pertemuan dan komunikasi langsung dengan beliau iaitu pilihan berupa pakej tau bat dan pemulihan bagi diri beliau. Memang itulah satusatunya pilihan yang ada menurut panduan agama bagi seseorang yang terlanjur ke tahap sebegini. Beliau sudah hilang kelayakan untuk memimpin dan membimbing selagi diri beliau tidak dipulihkan, Ini tidak bererti ana berhasrat menggantikan tempat beliau seperti yang cuba digambarkan. Malangnya beliau telah menolak pilihan yang walaupun pahit dan perit
9

tetapi amat perlu bagi diri beliau tersebut.Maka kami tiada pilihan melainkan meneruskan kewajiban dan amanah Nahy Mungkar atau Taghyir (mengubah) Mungkar ini. Beliau perlu cuba dihentikan daripada terus menzalimi dan memanipulasi orang lain jika beliau enggan berhenti atas kesedaran sendiri. Kezaliman berterusan terutama aspek manipulasi kewangan para ikhwan perlu dihentikan segera sebelum lebih ramai ikhwan terzalimi. Nabi SAW bersabda 'Bantulah saudara kamu sama ada yang dizalimi atau yang me nzalimi. Para sahabat bertanya, 'Kami faham perlunya menolong saudara yang dizalimi tetapi bagaimana dengan yang menzalimi? Nabi SAW menjawab, 'Dengan menghentikan kezalimannya' ... Wahai para ikhwan Yayasan Sofa yang dikasihi, berat bagi ana untuk mengganggu hati dan minda tuan-tuan dan puan-puan dengan persoalan dan isu yang berat ini. Alangkah baiknya kalau perjalanan kita menuju Allah dan keredhaanNya dan RasulNya tidak tertimpa dengan " ujian seberat ini. Ana dan rakan-rakan.juga perit dan pedih untuk menerima hakikat nasib yang menimpa terutama di peringkat awal timbulnya kesedaran tentang isu ini, Tetapi Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa hidup kitaakan sentiasa tenteram dan bebas daripada masalah. Sebaliknya Allah sangatjelas menegaskan bahawa hidup kita ini adalah suatu ujian. Sebagai hamba Allah yang sodiq kita harus redha dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja ujian yang ditaqdirkan ke atas kita. Satu-satunya husnu dzan yang tidak bersyarat dan terbatas adalah sangka baik kita dengan Allah. Dia Maha Kaya untuk menggantikan kita dengan apa yang lebih baik. Bumi, Rahmat dan Kurnia Allah Maha Luas untuk kita terus terokai. Y ang pasti kewajiban kita hanyalah untuk melakukan yang benar menurut panduanNya dan RasulNya. Adapun hasil dan natijahnya bukanlah hak kita menentukannya, Semoga Allah Subhanahu wata 'alaa mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita santa ada yang kita sedari mahupun tidak. Dan semoga Allah sentiasa membimbing kita untuk lulus cernerlang dalam ujian ini dan segala ujian lain yang akankita hadapi sepanjang hidup kita. Dan semoga hari kita yang paling gemilang bagi kita adalah hari kita mengadapNya kelak. Amin, amin, Ya Rabbal "Alamin. Wasolillahumma wa sallim 'ala Rasulihi Al-Karim wa 'ala Aalihi wa Sohbihi ajma'iin. Wallahu a'lam, wal 'afwu minkum.

Akhukum fil.lah, Yusri Bin Mohamad . Jumaat, 18hb Mei 2012.

10

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful