You are on page 1of 18

1.

Pengenalan

Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut : Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu

mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahanperubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri. Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang profesional.

Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru. Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelasmembantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar. 2.0 Definasi Etika Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Apakah maksud sebenar etika?. Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula berasal daripada bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah daripada bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bemaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari hal-hal tindakan yang tidak sewajarnya. Etika dan moral hampir sama tetapi dalam kegiatan seharian terdapat perbezaan, iaitu moral adalah untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Ia terbahagi kepada dua: i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan 1996)

Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. (Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999). Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Berikut pandangan tentang teori etika : 1. Etika Deontologi * Berasal dari kata Yunani deon yang berarti kewajiban atau sesuai dengan prosedur. * Menurut teori ini beberapa prinsip moral itu bersifat mengikat betapapun akibatnya menekankan pada kewajiban manusia untuk bertindak baik. * Tantangan dalam penerapan Deontologi adalah membedakan mana yang tugas, kewajiban, hak, prinsip yang didahulukan. 2. Etika Teleologi * Berasal dari kata Yunani telos yang berarti tujuan, sasaran atau hasil. * Etika ini mengukur baik buruknya suatu tindakan berdasarkan tujuan yang mau dicapai dengan tindakan itu atau berdasarkan konsekuensi yang ditimbulkan oleh tindakan itu. * Tantangan yang dihadapi adalah kesulitan dalam mendapatkan seluruh informasi yang dibutuhkan dalam mengevaluasi semua kemungkinan konsekuensi dari keputusan yang diambil

3. Etika Keutamaan * Etika ini mengutamakan pembangunan karakter moral pada diri setiap orang. * Pendekatan ini berguna dalam menentukan etika individu yang bekerja dalam sebuah komunitas profesional yang telah mengembangkan norma dan standar yang cukup baik. Dengan lain perkataan, etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.Etika menurut French dan Granrose (1995) etika adalah : "A set of normative guidelinesdirected towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal wellbeing". Untuk membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu. Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: " is a

systematicalattempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moralexperience in such a way as to determined the rules that ought to governed humanconduct and the values worth pursuing in life".Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistemyang boleh menggunakan alasanalasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itulebih bermakna.White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh diterima daripada segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidakseimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah, sumbang mahram dan penculikan yang semakin berleluasa dewasa ini.

2.0

Profesion Profesion adalah pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang

berpendidikan tinggi atau berkelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu. perguruan, akuantan, peguaman, kaunseling, perubatan dan perniagaan. 2.1 Ciri-ciri Profesion 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.6 3.0 Perkhidmatan yang unik dan penting. Banyak menggunakan keupayaan. Mendapat latihan Khusus. Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

Contohnya

Falsafah Etika Berdasarkan kamus Dewan, falsafah merupakan pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain. Falsafah Etika berasal daripada perkataan bahasa Yunani yakni Philo ( cinta atau suka), Sophia (hikmah), oleh yang demikian philosophia bermaksud cintakan kebijaksaan. Falsafah merangkumi gugusan kepercayaan, sikap nilai, prinsip, etika dan praktis yang dipegang oleh profesion tersebut. Bidang falsafah boleh dikategorikan kepada 5 cabang yang berlainan berdasarkan persoalan tertentu iaitu: 3.1 Metafizik 3..1.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang sesuatuu kewjudan di dunia ini meliputi aspek semulajadi, manusia dan ketuhanan. 3.2 Epistemologi 3.2.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang ilmu pengetahuan.

3.3 Etika 3.3.1 Bidang falsafah yang memikirkan tentang persoalan moral pada manusia seperti tindakan yang dilakukan, perbezaan tindakan moral dan tidak bermoral serta tindakan yang betul dan salah. 3.4 Logik 3.4.1 3.5 Estetika 3.5.1 4.0 Kod Etika Perguruan Etika adalah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau di dalam organisasi. Setiap badan profesional di Malaysia seperti doktor, peguam dan jurutera mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Perkara ini disebut sebagai kod etika. Etika profesional adalah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesional masing-masing. Kod etika memperjelaskan Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan Bidang falsafah yang mengkkaji penaakulan manusia.

tindakan-tindakan yang betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu di dalam profesion tersebut. Kod etika bertujuan unutk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. Setiap guru di dalam sektor perguruan harus mematuhi kod etika dan tanggungjawab yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu: 4.1 Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan muridmuridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa muridmurid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan). Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

4.20 4.21

4.22

Tanggungjawab Seorang Guru Tanggungjawab terhadap pelajar Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dan profesion perguruan Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru. Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Berdisiplin dan Beradab

Memperkotakan apa yang dikatakan

Penggerak ke arah kebaikan

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

Niat yang betul

Perlakuan yang baik

5.0 5.1

Perbandingan Kod Etika Perguruan dengan kod etika profesion yang lain. Kod Etika Kedoktoran Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun

1947sebagai etika dalam bidang perubatan iaitu : 5.1.1 Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendidikasikan hidupnya untuk perkhidmatan kemanusiaan 5.1.2 Doktor akan memberikan penghormatan kepada guru dan rasa terhutang budi kepada mereka. 5.1.3 5.1.4 5.1.5 5.1.6 Doktor akan melaksanakan professionnya dengan ikhlas dan berintegrasi. Kesihatan pesakit adalah keutamaan. Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dantradisi professional perubatan 5.1.7 5.1.8 Sahabat adalah saudara Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan,keturunan, parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawabterhadap pesakit. 5.1.9 Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupundi bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan

peribatanbertentangan dengan undang-undang kemanusian. 5.1.10 Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti. Hasil Deklarasi Geneva pada tahun1947 tersebut akhirnya dijadikan sebagaiasas kepada penggubalan kod etika perubatan dunia. Sebanyak enam kod etikaperubatan yang diteripakai secara menyeluruh dalam bidang perubatan iaitu : 5.2.1 Seorang doktor mestilah mengekalkan standard (tahap pencapaian) yangtinggi dalam tingkah laku professional

5.2.2

Seseorang

doktor

mestilah

melaksanakan

profesionalnya

tanpa

dipengaruhioleh motif untuk mencari untung 5.2.3 Berikut ini dikira sebagai tindakan beretika: 5.2.3.1 Sebarang iklan peribadi kecuali yang diluluskan oleh kod etika 5.2.3.2 Perubatan kebangsaan bersubahat di dengan mana doktor sebarang tidak

bentukperkhidmatan

perubatan

mempunyaikebebasan profesionalnya. 5.2.3.3 Menerima sebarang wang yang dikenakan kepada pesakit selaindari bayaran profesional perubatan yang sebenarnya walaupundengan pengetahuan pesakit 5.2.4 Sebarang tindakan atau nasihat yang boleh melemahkan rangsangan fizikaldan mental manusia hanya boleh dilakukan untuk kepentingan pesakit. 5.2.5 Seorang doktor dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam

menggunakanpenemuan baru atau teknik-teknik rawatan baru. 5.2.6 Seorang doktor diberikan kebenaran atau kuasa terhadap bidang

kepakaransahaja. Seorang doktor mengutamakan kesihatan pesakit manakala seorang guru akan mengutamakan pembelajaran terhadap pelajar mereka. Seorang dotor mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu pengetahuan kepada pesakit manakala seorang guru mempunyai sikap untuk mendidik pelajar untuk menjadi insan yang berguna di masa akan datang. Seorang doktor juga mempunyai persamaan dengan seorang guru daripada aspek melayani rakan sejawatnya. Seorang dockor berkewajipan melayani rakan

sejawatnya sepertimana ia mengharapkan layanan yang sama dengan orang lain. Walau bagaimanapun, seorang doktor tidak boleh mengambil pesakit daripada rakanrakan doktor yang lain. Ini amat berbeza daripada bidang perguruan, di mana tiada perebutan pelajar antara guru dan tiada isu guru mengambil pelajar guru yang lain, malah guru-guru bekerjasama dalam mendidik pelajar.

6.0

Etika kerja di Jepun. Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya

menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun, bersistem dan lebih produktif. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shisuke. 6.1 Seiri- heya no naka no gomi to wa mukankei no shokuba de zairy t Kerapian - Membuang semua sampah dan bahan-bahan yang tidak berkaitan di tempat kerja Tidiness - Throw away all rubbish and unrelated materials in the workplace Kenalpasti dan mengasingkan barang yang tidak perlu untuk pelupusan dan merekod (jika perlu). Melakukan aktiviti sisih secara berterusan mengikut keperluan. 6.2 Seiton- jinsoku na kensaku to sutorji no tame no tekisetsu na basho ni settei suru subete no Ketertiban - Letak segala sesuatu di tempat yang mudah diambil dan disimpan Orderliness - Set everything in proper place for quick retrieval and storage Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan disimpan semula. Tempat simpanan boleh diambil oleh semua kakitangan di tempat yang mudah dilihat dan dikesan.

Barang atau dokumen yang kerap digunakan diletak dekat/berhampiran dengan tempat yang mudah dicapai. Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas. Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan. 6.3. Seiso - kurn na shokuba de wa dare demo ymuin suru hitsuy ga ari masu Kebersihan - Bersihkan tempat kerja; setiap orang harus menjadi seorang petugas kebersihan Cleanliness - Clean the workplace; everyone should be a janitor Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan. Amalkan Seiso 5-10 minit setiap hari. Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi menwujudkan tempat kerja yang selesa dan selamat. Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan. Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan. Buat dengan kerjasama semua kakitangan. Galakkan kawan sekerja memberi idea kreatif untuk penambahbaikan tempat kerja yang produktif Anjurkan gotong royong 2 kali setahun. 6.4 Seiketsu - seiketsu sa wo iji suru no wo hyjun ka suru hh Pemiawaian - Standardkan cara menjaga kebersihan Standardization- Standardize the way of maintaining cleanliness

Bila mengulangi tiga konsep di atas iaitu Sisih-Susun-Sapu,tempat kerja akan menjadi bersih dan tersusun. Melihat kepada perkara-perkara yang tidak normal atau ''abnormality". Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan. 6.5 Shitsuke - '5 S' - '' rensh '5 S'wo mainichi - jinsei no sono hh wo , kore mata 'yakusoku 'wo imi shi masu Disiplin - Amalan 'Lima S' setiap hari - menjadikannya sebuah cara hidup; ia juga bererti 'komitmen' Discipline- Practice 'Five S' daily - make it a way of life; this also means 'commitment' Mematuhi setiap peraturan, standard, peringatan yang diwujudkan. Latihan dan perkongsian berterusan. Wujudkan semangat berpasukan. Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal, logik untuk menghasilkan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun.

Objektif utama Program 5S.

Memberi kesedaran tentang kepentingan dan faedah pelaksanaan Program Amalan 5S.

Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia.

Membina budaya kaizen di tempat kerja.

Membina kerjasama melalui penyertaan semua.

7.0 7.1

Isu-isu dalam pendidikan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Universiti Tempatan yang tidak mendapat tempat di Sekolah. Ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta. Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) Abdul Rahman Usman (bawah) berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan. Graduan ISMP mempunyai latihan khusus dalam pendidikan yang menjadikan mereka sukar diterima di pasaran kerja dan tiada pilihan selain menjadi guru. Graduan ISMP ini telah ditolak mentah-mentah permohonan pekerjaan di sector swasta atas alasan tidak kekal lama dan mengambil hak graduan bidang lain.

Pada penghujung tahun lepas, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Kira-kira 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan akan dilantik sebagai guru di sekolah menengah mulai Januari 2012, daripada jumlah itu seramai 3,894 graduan ISMP telah pun ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan berkenaan. Beliau juga menafikan graduan ISMP dianaktirikan dalam pemilihan guru kerana ia dibuat berdasarkan kelayakan dan opsyen bersesuaian. Bakal guru seharusnya bersabar dalam menghadapi cabaran dan tidak cepat melatah dengan isu-isu perguruan masa ini. Bidang perguruan adalah bidang yang mencabar, bakal guru seharusnya menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran seorang guru. Kelewatan penempatan graduan ISMP adalah kerana bilangan graduan ISMP terlalu ramai dan mereka terpaksa menunggu giliran untuk dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 7.2 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Kurikulum baru ini diharapkan dapat membangunkan modal insan yang seimbang serta membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. 8.0 Kesimpulan Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun. Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya

membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam. Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya. Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah, di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang digunakan

dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral. Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan datang. Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difahami dan dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu.Bertepatanlah dengan Firman Allah Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu, sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri. Ini bermakna setiap individu perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan beramal.

You might also like