You are on page 1of 7

DIKEMASKINI : 080311

SUKAN MALAYSIA XIV,K. LUMPUR 2011 PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI ( LELAKI )

1.

PERATURAN AM 1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan Peraturan-Peraturan SUKAN MALAYSIA XIV, K. LUMPUR 2011 yang sedia ada. Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Ragbi Antarabangsa (IRB) Seven-a-side Variations yang dikuatkuasa oleh KRM. Sekiranya timbul sebarang keraguan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan digunakan.

1.2

1.3

2.

TARIKH PERTANDINGAN 2.1 08 09 Jun 2011

3.

TEMPAT PERTANDINGAN 3.1 Padang Varsiti Universiti Malaya, Kuala Lumpur

4.

PENYERTAAN 4.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Negeri. Penyertaan hendaklah dibuat melalui majlis sukan negeri masing-masing 4.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja yang terdiri daripada:Pengurus Pasukan Jurulatih Peserta Jumlah 1 orang 1 orang 12 orang 14 orang

4.3

Pemain yang berumur 18 tahun dan kebawah WAJIB mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga yang sah serta perlu mendapat

pengesahan kesihatan dari doktor yang bertauliah. ( Borang boleh didapati dari pejabat KRM ) 5. KELAYAKAN PESERTA 5.1 Hanya peserta yang lahir pada 1990 dan selepasnya sahaja layak didaftarkan untuk menyertai pertandingan. 5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan dan tiga (3) keping gambar gambar berukuran Passport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta. Bagi peserta PDRM, Kesahihan tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi/Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Peserta yang dipilih daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan BAT C 10 sebagai pengenalan rasmi masing-masing. Pendaftaran yang mengunakan salinan dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan. 5.3 Hanya peserta yang didaftarkan dengan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 5.4 Peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua yuran pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan. 5.5 Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.7 peserta yang berkhidmat dengan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan berkenaan. 5.6 Atlet yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) yang mendapat tajaan dermasiswa/biasiswa daripada Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka. 5.7 Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6 Sukan Malaysia XIV, K. Lumpur 2011. 5.8 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9.

4. FORMAT PERTANDINGAN 4.1. Pusingan Awal 4.1.1. Pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan berdasarkan jumlah pasukan yang menyertai pertandingan ini dan pembahagian kumpulan akan dibuat oleh pihak urusetia SUKMA Kesatuan Ragbi Malaysia. 4.1.2. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing. 4.2. Pusingan Akhir ( Berdasarkan Format Sukma Melaka 2010 ) 4.2.1. Selepas pertandingan pusingan awal, semua pasukan akan mara ke peringkat kalah mati dan dikategorikan dalam 3 bahagian iaitu Pingat (Emas/Perak/Gangsa), Plate dan Bowl. 4.2.2. Dua (2) pasukan ranking teratas layak bertanding dalam suku akhir kategori Pingat/Plate. Pasukan yang menang di kategori ini akan layak ke separuh akhir Pingat manakala pasukan yang kalah akan bertanding dalam separuh akhir kategori Plate. Dalam kategori separuh akhir Pingat, pasukan yang kalah akan bermain untuk perebutan pingat Gangsa, pasukan yang menang akan bermain dalam perebutan Pingat Emas dan Perak. 4.2.3. Pasukan ranking ke 3 da 4 dalam kumpulan akan bermain dalam kategori Bowl yang juga dijalankan secara kalah mati mengikut format yang telah disediakan. 5. PENENTUAN KEMENANGAN DALAM KUMPULAN 5.1 Mata kemenangan diberi seperti berikut: Menang Seri Kalah 5.2. 3 mata 1 mata 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan masih terikat dengan mata yang sama maka proses berikut akan menentukan kedudukan ranking pasukan dalam kumpulan dan keseluruhan. 5.2.1. Pasukan yang mempunyai perbezaan skor tertinggi.

5.2.2. Pasukan yang mendapat skor tertinggi. 5.3.3. Pasukan yang paling kurang kena skor. 5.2.4. Pasukan yang mendapat try terbanyak 5.3. Pasukan yang enggan meneruskan pertandingan tanpa kebenaran pengadil perlawanan, tertakluk kepada pengesahan Pengarah Pertandingan, akan disingkir daripada kejohanan. Sekiranya pasukan tersingkir daripada kejohanan, kerana apaapa sebab, maka, 5.4.1. Pasukan tersebut dikira tidak diberi apa-apa mata kemenangan dalam kumpulan dan tidak menjaring try atau mata perlawanan, dan, 5.4.2. Untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan, semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut tidak akan di ambil kira. 5.4.3. Pasukan yang pernah bermain dengan pasukan tersebut akan diberi kemenangan dengan keputusan ( 28 0 ) Empat ( 4 ) try. 6. PENENTUAN DALAM SISTEM KALAH MATI 6.1. Jika berlaku keputusan seri selepas tamat masa penuh perlawanan, tambahan masa selama 5 minit akan dijalankan untuk menentukan pemenangnya. Pasukan yang mendapat mata pertama dalam masa tambahan akan diisytiharkan sebagai pemenang dan perlawanan akan ditamatkan (suddendeath). Sekiranya kedua-dua pasukan masih seri selepas 5 minit masa tambahan, maka kedua-dua pasukan akan membuat tendangan gol pada jarak 22 meter secara sudden-death untuk menentukan pemenang. Jika masih lagi tiada pemenang setelah 3 pemain membuat tendangan maka lambungan syiling sebanyak tiga (3) kali akan dijalankan. Dalam perlawanan penentuan pingat Emas/Perak/Gangsa sahaja, sekiranya kedua-dua pasukan seri setelah tamat 5 minit masa tambahan, tendangan gol pada jarak 22 meter secara sudden death akan dijalankan sehingga mendapat pasukan mana yang menang.

5.4.

6.2.

7. MASA PERLAWANAN 7.1. Semua perlawanan dalam peringkat awal akan dijalankan selama tujuh (7) minit setiap separuh masa dengan satu (1) minit waktu rehat. Tiada masa tambahan diberikan. Bagi peringkat kalah-mati, masa bermain bagi semua perlawanan kecuali penentuan Pingat Emas/Perak/Gangsa adalah tujuh (7) minit setiap separuh masa dengan satu (1) minit rehat. Hanya perlawanan penentuan Pingat Emas/Perak/Gangsa sahaja, masa bermain adalah sepuluh (10) minit setiap separuh masa dengan dua (2) minit rehat.

7.2.

8. PEMAIN GANTIAN 8.1 Tiga (3) orang pemain boleh diganti pada bila-bila masa didalam perlawanan termasuk masa tambahan. Penggantian tidak akan dibenarkan jika seseorang pemain itu diarah keluar padang oleh pengadil.

8.2

9. PENGGANTUNGAN 9.1 Pemain yang diarah keluar padang oleh pengadil, secara automatik digantung daripada bermain perlawanan berikutnya sehingga jawatankuasa tatatertib membuat keputusan. Pemain yang dikenakan dua kad kuning didalam satu perlawanan secara otomatik akan dikenakan kad merah dan pemain tersebut akan digantung secara otomatik satu perlawanan berikutnya.

9.2

10. PENGADIL DAN HAKIM GARISAN 10.1 Semua pengadil dan hakim garisan akan dilantik oleh Lembaga Pengadil KesatuanRagbi Malaysia. 10.2 Setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad. 11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN 11.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk dijalankan perlawanan disebabkan cuaca atau hal-hal yang tidak diduga, perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola. 11.2 Sekiranya perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil setelah dimulakan, atas apa-apa sebab, maka penentuan keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

11.2.1. Jika perlawanan diberhentikan pada selepas separuh masa atau dalam separuh masa kedua, maka keputusan ketika itu akan diam kira. 11.2.2. Jika perlawanan diberhentikan pada separuh masa pertama, maka keputusan perlawanan dikira seri dengan skor semasa diambil kira.

12. BANTAHAN / RAYUAN 12.1 Hanya pengurus pasukan berkenaan sahaja dibenarkan membuat bantahan / rayuan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan wang iringan sebanyak RM 200.00 tunai. Bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah Pertandingan dalam masa lima belas (15) minit selepas perlawanan berkenaan tamat. Wang iringan akan luput jika bantahan / rayuan gagal.

12.2

12.3

13. JAWATANKUASA BANTAHAN / RAYUAN 13.1 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan terdiri daripada: Pengerusi : Pengarah Pertandingan : Ahli-ahli : Pengerusi Pertandingan Delegate Teknikal KRM Dua orang yang dilantik oleh KRM

13.2

Jawatankuasa berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang boleh membantu kes itu. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad. Laporan berkenaan akan dimajukan kepada Kesatuan Ragbi Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

13.3 13.4

14. HADIAH-HADIAH 14.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut;-

Emas 1 (12)

Perak 1 (12)

Gangsa 1 (12)

14.2 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

15. INTERPRETASI 15.1 Apa jua perkara yang tidak disebut dalam peraturan ini akan dirujuk kepada Pengerusi Pertandingan atau Pengarah Pertandingan KRM atau wakilnya. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

16. INSURAN 16.1. Setiap pasukan adalah bertanggungjawab untuk menginsuranskan setiap ahli pasukan masing-masing.

Disediakan oleh :Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKAN MALAYSIA XIV, K. LUMPUR 2011

You might also like