You are on page 1of 15

1.

0 PENDAHULUAN

SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah pendidikan Negara adalah asas serta panduan bagi seseorang pendidik mendidik pelajarnya untuk berjaya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Oleh yang demikian, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan yang betul. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) dalam laman sesawang Gabungan Persatuan Guru-guru Cina Malaysia, Falsafah

Pendidikan Negara, penggubalannya dilakukan dengan penuh pertimbangan yang teliti dengan merujuk kepada Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, Prinsip-prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah dan

memperkembangankan

lagi potensi

individu

secara

menyeluruh

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, dapat dihuraikan bahawa pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza di dalam diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Hal ini kerana, setiap makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan secara

menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani kerana, kepandaian intelektual seseorang itu tidak memadai jika akhlaknya rosak, emosinya terganggu serta kesihatannya terjejas.

Pendidikan merupakan satu perjalanan bagi mencari kebenaran di mana guru itulah penyuluh kepada ilmu yang kabur di dalam nyata. Semasa proses ini, ianya akan membawa pelajar mengenal mana satu yang betul, mana yang salah. Ianya akan membuat pelajar serta guru itu faham akan ilmu logikal. Proses ini akan melahirkan rasa keindahan dalam kalangan pelajar dan guru dalam mencorak dunia selari dengan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi. Oleh yang demikian, bagi mencapai keseimbangan tersebut, manusia haruslah kembali mendampingi kepada Penciptanya iaitu Tuhan, kerana kebenaran yang dicari datang daripadaNya.

Apabila wujud insan yang seimbang intelek, rohani, emosi serta jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Apabila masyarakat sesebuah Negara berilmu, maka ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan pada diri sendiri dan masyarakat sekitar sekaligus dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.

TUGASAN 1: HURAIKAN DENGAN JELAS BAGAIMANAKAH GURU DAPAT

MENJAYAKAN MATLAMAT FPK DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan matlamat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KSSR dan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antaranya ialah dari segi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, bimbingan, penasihat aktiviti kokurikulum serta pelbagai tugas rasmi di sekolah. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran. Persediaan

mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid, seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Menurut kajian dan analisis, pakar-pakar pendidikan merumuskan bahawa hasil P&P yang berorientasikan syarahan semata-mata hanya memberi kesan sebanyak 5% sahaja kepada kumpulan sasaran mereka. Demikian juga jika menggunakan teknik bacaan atau membaca semata-mata dalam P&P. Manakala, P&P yang menggunakan kaedah audio visual atau alat pandang dengar seperti carta bergambar, gambar rajah atau lakaran beradunkan penataan bunyi, muzik dan suara latar menghasilkan impak yang lebih memberansangkan. Malah, indeks keberkesanannya boleh menjangkau tahap 20%. Oleh yang demikian, guru boleh mempelbagaikan aktiviti P&P dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai serta teknik variasi rangsangan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap perkara yang diajar
3

seperti pembentangan secara komunikasi dua hala, sumbangsaran, simulasi dan lakonan. Tambahan pula, seorang guru itu boleh menasihati pelajar mereka dengan kisah-kisah yang mengandungi unsur iktibar serta pengajaran yang boleh memurnikan akhlak serta moral pelajar sejajar dengan hasrat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru juga perlu menguasai kemahiran pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah serta galakan komunikasi dan interaksi antara pelajar. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta penjaminan cukupnya cahaya dan udara untuk memastikan aktiviti P&P yang berkesan. Hal ini adalah kerana, saiz bilik darjah yang sesuai mampu menjamin keselesaan pelajar, manakala keadaan yang baik menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi P&P. Bilik darjah harus mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi kerana kurang udara boleh menyebabkan bilik darjah panas dan mengakibatkan pelajar

mengantuk. Selain itu, pencahayaan juga penting kerana bilik darjah yang gelap atau tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan pelajar. Menurut para pendidik di sebuah sekolah di Reggio Emilia, bilik darjah boleh dianggap sebagai guru kedua di dalam kelas. Bilik darjah seharusnya boleh memotivasikan, meningkatkan pembelajaran dan mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Susun atur bilik fizikal di bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail pengajaran guru, dan membolehkan berlakunya interaksi di dalam kelas. Di samping itu, faktor kemanusiaan harus diterapkan dalam

pengurusan bilik darjah. Persoanaliti serta cara guru melayan pelajar dan suasana sosioemosi yang wujud dalam bilik darjah merupakan antara faktor kemanusiaan dalam pengurusan bilik darjah. Guru haruslah menyayangi pelajar. Jika tidak, dia tidak berupaya untuk menjadi guru yang baik kerana kasih sayang berpunca daripada pengetahuan dan kefahaman pelajar. Selain itu, guru perlu bersikap adil serta tidak memilih kasih. Guru harus melayan
4

semua pelajar secara saksama. Tambahan, guru yang baik sepatutnya menyelitkan unsur kelucuan dalam pengajarannya. Hal ini disebabkan, melalui gurau senda dapat mengurangkan kebosanan dan dapat membentuk hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, secara tidak langsung meningkatkan keberkesanan P&P dalam bilik darjah. Kedudukan guru seharusnya berhampiran dengan sebilangan besar pelajar di dalam kelas agar dapat memberi peluang guru berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya. Pemandangan pelajar juga mesti jelas dan tidak terhalang serta dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa mengalih kerusi atau berdiri. Selain itu, kebersihan kelas adalah tanggungjawab guru dan pelajar yang menggunakan kelas tersebut. Guru hendaklah memastikan kelas mempunyai tong sampah, penyapu, pemadam papan putih dan bulu ayam. Manakala, jadual bertugas hendaklah disediakan oleh guru. Secara amnya, guru perlu menyediakan peraturan dan rutin bagi melicinkan proses pembelajaran bilik darjah supaya pelajar lebih faham dan mengetahui tanggungjawab mereka. Guru juga memainkan peranan sebagai pembimbing semasa aktiviti dijalankan. Contohnya, ketika murid-murid cuba menyelesaikan masalah matematik, guru akan membimbing murid yang lemah dan yang kurang memahami cara penyelesaian. Bagi murid yang nakal pula, guru boleh membimbingnya ke arah pembentukan tingkah laku yang positif serta diterima oleh masyarakat. Bimbingan yang diberikan dalam aspek-aspek yang dinyatakan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tenang, sihat dan selesa. Bagi saya, sebagai seorang pembimbing dan pendorong kepada pelajar, seseorang guru harus mempunyai keyakinan diri sendiri, cekap dan mempunyai personaliti yang menarik. Hal demikian dapat meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar apabila guru itu sendiri mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Justeru, guru tersebut juga mampu untuk

memperkembangkan lagi bakat yang sedia ada pada pelajar-pelajar berkenaan.

Guru seharusnya membimbing pelajarnya dalam semua aspek seperti mencungkil dan memperkembangkan bakat dengan mengambil kira

perbezaan dari segi kebolehan, latar belakang dan minat pelajar. Dengan cara ini, guru dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajarnya yang baik. Guru juga bertindak sebagai contoh teladan atau model. Guru menjadi contoh teladan khasnya kepada pelajarnya dan amnya kepada masyarakat. Seorang guru perlulah cekap dan tegas serta mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya. Guru juga hendaklah menunjukkan akhlak yang baik di dalam dan di luar bilik darjah dan di mana-mana jua beliau berada. Apabila guru berjaya menjadi pembimbing, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Di setiap sekolah terdapat berbagai-bagai kelab, aktiviti sukan dan unit pakaian seragam. Gurulah yang memainkan peranan sebagai penasihat aktiviti kokurikulum dalam menjalankan berbagai-bagai aktiviti tersebut, sama ada aktiviti unit pakaian seragam, kelab ataupun sukan. Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasakan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui penubuhan unit beruniform, persatuan atau kelab dan permainan dan sukan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum menyediakan peluang bagi murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilainilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Sebagai penasihat aktiviti kokurikulum, guru seharusnya menyediakan jadual aktiviti serta mengadakan peraturan yang berkaitan dengan

pelaksanaannya. Selain itu, mereka perlu menjadi penyelaras antara ahli-ahli persatuan dengan guru disiplin atau guru besar sekiranya terdapat masalah disiplin yang timbul di dalam persatuan tersebut. Tambahan, guru penasihat kokurikulum boleh mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta mencungkil bakat dan potensi dalam kalangan pelajar sejajar dengan matlamat FPK iaitu mengembangkan lagi potensi individu
6

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Guru juga mempunyai tugas-tugas rasmi di sekolah. Antaranya ialah sebagai guru panitia mata pelajaran. Peranan guru panitia mata pelajaran di sekolah ialah menyediakan rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. Selain itu, guru panitia perlu menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas serta bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan pusat sumber sekolah di samping mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan. Tugas rasmi guru di sekolah seterusnya ialah sebagai ahli

jawatankuasa dalam PIBG. Hal ini ialah untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan serta memberi peluang kepada mereka berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka. Secara tidak langsung, menjalinkan hubungan yang erat antara ibu bapa pelajar dan guru serta dapat merealisasikan salah satu matlamat FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

TUGASAN 2: HURAIKAN PELBAGAI HALANGAN YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH GURU DALAM MENJAYAKAN MATLAMAT FPK TERSEBUT.

Guru mungkin akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha merealisasikan matlamat FPK. Antara halangan tersebut ialah, disebabkan diri guru itu sendiri yang tidak meminati bidang kerjaya sebagai guru tetapi tetap memilih guru sebagai kerjaya. Hal ini demikian kerana, sesetengah individu hanya memilih guru sebagai kerjaya bukanlah kerana cintanya dalam bidang pendidikan tetapi disebabkan faktor jaminan pekerjaan selepas graduasi serta syarat kemasukan yang longgar berbanding bidang Sains dan Kejuruteraan. Apabila asas pemilihan kerjaya itu bukan kerana minat akan profesion tersebut, maka proses mempelajari serta memahami intipati kandungan kursus pendidikan kurang difahami, sebaliknya hanya belajar sekadar untuk peperiksaan. Kesannya, generasi yang bakal lahir merupakan generasi yang tidak menepati kehendak FPK. Selain itu, tugas guru yang semakin bertambah juga merupakan suatu halangan yang mungkin dihadapi oleh guru. . Apabila tanggungjawab yang digalas oleh seseorang guru bertambah, maka fokus terhadap proses pengajaran turut terjejas. Oleh yang demikian, sesetengah guru kurang membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan sesi

pembelajaran dan pengajaran. Kurangnya persediaan yang rapi akan menyebabkan guru tersebut hanya sekadar menyampaikan ilmu sahaja tanpa cuba memasukkan elemen yang berkaitan dengan kehendak FPK. Perkara yang menjadi halangan kepada guru seterusnya ialah sikap ibu bapa pelajar. Ibu bapa sentiasa saja sibuk dengan aktiviti sendiri dan menyerahkan tugas mendidik anak-anak mereka sepenuhnya kepada guru. Interaksi antara anak dan ibu bapa begitu longgar dan lemah sekali, menyebabkan anak-anak hilang sikap menghormati dan mempercayai orang tua dan keluarga. Rumah dengan sendirinya tidak lagi menjadi tempat yang indah, tenang dan damai bagi anak-anak mendapat asas moral yang baik.

Akibatnya, anak-anak dengan mudah ditarik dan terlibat dengan aktiviti kurang sihat di tengah-tengah kepincangan masyarakat. Bilangan pelajar di dalam kelas yang terlalu banyak juga merupakan salah satu faktor yang menjadi halangan kepada guru untuk menjayakan matlamat FPK. Hal ini adalah kerana, guru tersebut tidak akan dapat menumpukan perhatiannya atau memberi fokus kepada semua pelajar dan ini akan mengakibatkan pelajar merasa tersisih dan di anak tirikan. Di samping itu, keadaan fizikal kelas juga menjadi halangan kepada guru, iaitu saiz kelas yang terlalu kecil bagi memuatkan jumlah pelajar yang banyak dan keadaan bilik darjah yang tidak mempunyai tingkap yang mencukupi serta kebersihan kelas yang tidak terjaga.

TUGASAN 3: KEMUKAKAN PELBAGAI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN YANG

DAPAT MEMBANTU GURU UNTUK MENGATASI PELBAGAI HALANGAN TERSEBUT. Sememangnya lumrah kehidupan seorang guru adalah mencabar dan mempunyai halangan yang tertentu yang harus ditempuhi dengan hati yang cekal dan tabah dalam melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pelbagai cadangan

penambahbaikan telah difikirkan bagi mengatasi masalah dan halangan tersebut. Antara cadangan bagi mengatasi masalah guru yang tidak meminati bidang kerjaya sebagai guru tetapi tetap memilih guru sebagai kerjaya ialah guru tersebut perlulah berusaha untuk mengubah pendiriannya agar meminati bidang kerjaya sebgai guru. Selain itu, mereka perlu menghadiri kursus atau seminar bagi meningkatkan semangat untuk mengajar dan menjadi guru yang cemerlang. Seterusnya, guru harus pandai menguruskan masa bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakin bertambah berikutan perubahan dalam kurikulum sekolah dari semasa ke semasa. Mereka perlu mengubah pemikiran mereka terhadap tugas guru yang sebenarnya iaitu untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama, masyarakat serta negara dan bukan sebaliknya menganggap tugas guru ini sebagai beban. Menurut Tajul Ariffin Noordin dalam bukunya Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula (1990), kedudukan dan peranan ibu bapa adalah soal yang paling utama dalam pendidikan. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud, Semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi

10

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa ibu bapa berkewajipan dan berperanan mengasuh, membentuk, mendidik dan memimpin anaknya agar menjadi orang yang mulia di sisi Allah S.W.T., bangsa dan tanah air. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa dengan anak-anak dan membantu mereka mengikut kemampuan masing-masing, supaya guru dapat merealisasikan matlamat FPK melalui bantuan ibu bapa juga. Ibu bapa mestilah mengikuti semua kegiatan anak-anak yang berlaku di sekolah. Hal ini akan membantu anak-anak agar mempunyai motivasi yang tinggi untuk meneruskan pembelajaran. Adalah baik sekiranya jumlah pelajar di dalam kelas dikurangkan. Setiap kelas harus mempunyai bilangan pelajar yang unggul atau ideal iaitu sebanyak 35 orang. Namun, ia bergantung kepada saiz kelas juga. Guru dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kumpulan yang lebih kecil. Cadangan yang terakhir ialah guru hendaklah mewujudkan keaadaan fizikal bilik darjah yang sesuai dan kondusif. Kelas yang cukup besar dapat menampung semua pelajar dalam keadaan yang selesa , manakala tingkap harus mencukupi untuk membenarkan udara dan cahaya masuk untuk mengelakkan pelajar kurang oxygen yang akan menyebabkan mereka mengantuk. Dengan itu, pelajar dapat belajar dengan suasana yang tenang dan selesa. Secara tidak langsung, guru akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akedamik mahupun kokurikulum.

11

5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, guru merupakan insan paling penting untuk menjayakan atau merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal demikian kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai,

berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri.

Seseorang guru yang dapat menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di mana mereka ini bakal menerajui dunia dimasa akan datang dengan hikmah dan jayanya.

12

6.0 REFLEKSI Saya telah menerima tugasan ini daripada pensyarah bagi subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, En. Hairi bin Yahya dan Alhamdulillah tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ditugaskan untuk menghurai dan menjelaskan tindakan atau tugas guru untuk menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, saya dikehendaki menghurai dan menyenaraikan pelbagai halangan yang mungkin dihadapi oleh guru dalam menjayakan matlamat FPK di samping menyatakan cadangan penambahbaikan yang dapat membantu guru untuk mengatasi halangan tersebut untuk dimuatkan di dalam tugasan ini. Tugasan ini dilakukan secara individu dan Alhamdulillah tugasan ini dapat

dilaksanakan dengan baik. Melalui tugasan yang diamanahkan kepada saya ini, saya

memperolehi banyak ilmu pengetahuan atau maklumat baru. Antara ilmu yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebelum ini saya tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan terfikir-fikir sebab guru perlu memahami dan menghayati konsep serta matlamat FPK. Namun begitu, setelah menyiapkan tugasan ini, persoalan yang bermain di minda saya ini telah terjawab. Tambahan pula, saya akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) tidak lama lagi dan maklumat seperti cara pengurusan bilik darjah akan amat membantu saya di masa akan datang untuk menjadi guru yang cemerlang. Justeru, ilmu pengetahuan saya semakin bertambah dan secara tidak langsung mematangkan fikiran saya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi beberapa rintangan dan halangan. Antaranya ialah disebabkan kekangan masa. Hal ini demikian kerana, setelah tamat waktu kuliah, saya perlu menghadiri latihan rumah sukan kerana Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) akan menjelang tidak lama lagi. Hal ini menyebabkan saya cepat berasa lesu dan keletihan. Sekiranya saya deberikan masa yang lebih, insyaAllah saya akan melakukannya dengan lebih tersusun dan kemas. Namun, Alhamdulillah,
13

saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya tanpa sebarang gangguan kesihatan. Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran dalam mencetak tugasan ini kerana masalah mesin cetak yang kehabisan ink. Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan dengan meminta pertolongan rakan-rakan saya untuk mencetak tugasan tersebut. Saya bersyukur kerana ditakdirkan mendapat rakan-rakan yang sangat priharin dan ambil berat terhadap saya. InsyaAllah, suatu hari nanti Allah akan membalas jasa baik mereka. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya pada masa yang ditetapkan dengan jayanya. Saya berharap pensyarah saya berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja saya. Selain itu, saya berharap agar saya dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh ini untuk kebaikan saya pada masa hadapan.

14

7.0 RUJUKAN BUKU Ee Ah Meng (1997). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah(Semester II), Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haji Hamdan b. Sheikh Tahir (1979). Pendidika: Hari Ini Untuk Hari Esok, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Haji Zainal bin Haji Bujang (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari, Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publication. Tajul Ariffin Noordin (1990). Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. INTERNET Cik Petir (2010). Pengurusan Bilik Darjah.
http://www.scribd.com/doc/4429912/Pengurusan-Bilik-Darjah .

Akses pada 18 Febuari 2012. Sekolah Menengah Teknik Gerik (2009). Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran. http://www.semetrik.com/tugasguru.shtml . Akses pada 18 Febuari 2012. Sektor Pengurusan Akedamik JPN Pahang (2012) . Tanggungjawab dan Tugas Panitia Matematik. http://www.scribd.com/doc/7932400/Tanggungjawab-Tugas-PanitiaMata-Pelajaran . Akses pada 18 Febuari 2012.

15

You might also like