You are on page 1of 2

MORTAR

PENYEDIAAN MORTAR OBJEKTIF PENCAPAIAN: Sedia mortar untuk kerja-kerja batu-bata, sebagai seorang pekerja binaan khasnya penerap batu bata dan pekerja batu amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, jenis-jenis dan kadar bancuhannya bersesuaian dengan sesuatu kerja yang hendak dibuat TUJUAN PENERANGAN Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok. Ianya bertujuan bagi mengikat ataupun bahan pelekat yang mesti diketahui oleh seorang pekerja binaan. Oleh itu sebagai seorang pekerja binaan ianya amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, sifat, jenis dan kadar bancuhan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat PENERANGAN : Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerjakerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan. Sifat-sifat mortar yang baik: Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang hendak dibuat. Senang mengerjakannya (workability) Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia Jenis-jenis mortar yang biasa digunakan : Mortar simen Mortar Kapur Mortar compo Mortar warna Mortar kalis air Mortar Simen: Hasil campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4. Kadar ca,puran ini boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki. Mortar simen hendaklah dibancuh berpadan dengan kerja yang hendak dibuat supaya tidak berlebih dan membazir kerana mortar yang keras tidak sesuai digunakan lagi. Simen dan pasir hendaklah digaul dalam keadaan kering, kemudian air ditiangkan perlahanlahan dan digaul sehingga sebati. Banyak air diagak dengan melihat mortar iaitu tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Mortar Kapur: Apabila batu kapur , gaumpalan kapur atau kapur tohor (quick lime) hendaklah digunakan untuk membuat mortar ia mestilah direndam didalam air sebelum digunakan supaya menjadi seperti susu pekat. Kapur yang cair ini dacampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar. Adalah menjadi masalah untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan, biasanya ia dilihat pada warna mortar tersebut. Mortar ini dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan

Mortar Compo: Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah bancuhan 1 bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian pasir (1:1:6), atau 1 bahagian simen, 2 bahagian kapur dan 9 bahagian pasir (1:2:9), nisbah campuran ini boleh diubahkan mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar ini dudah digunakan semasa melepa datau diratakan berbanding dengan hanya mortar simen sahaja. Ia juga cepat keras Mortar Warna: Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment) kepada mortar simen. Bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Pemilihan warna ini adalah bergantung pada tempat yang hendak digunakan. Contohnya warna yang terang untuk mendapatkan suasana yang cerah Mortar Kalis Air: Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan bahanbahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung, keping dan cair. Tujuannya ialah untuk memenuhi lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan air meresap masuk kedalam dinding bangunan. Bahan kalis air sesuai juga digunakan dengan disapukan terus pada dinding. Kadar campuran bahan kalis air : Keadaan tepung Kadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen dan 2 @ 4 bahagian pasir bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis air. Keadaan keping: Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian air dikacau sehingga sebati yang mana simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering sebelum larutan tadi dicampur dan digaulkan Keadaan cecair: Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap 15 litre air. Simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering. Dicampur dengan larutan tadi dan digaulkan sehingga sebati dan sesuai digunakan.

You might also like