You are on page 1of 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

________________________________________________________________________
HBLS2103
LUKISAN TEKNIK DAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)
MEI 2013
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi DUA (2) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul
bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda


dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

5. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 12 Julai 2013 hingga 14 Julai 2013 atau
Tutorial 4. Serahan selepas 14 Julai 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
PENILAIAN

Tugasan ini akan menyumbangkan 25% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai
berdasarkan kepada Skema Jawapan.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH

Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika
plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

 Tugasan dengan pertindihan kandunganantara 10 - 30 % : potongan 20% daripada


jumlah markah yang diperoleh.
 Tugasan dengan pertindihan kandunganantara 31 - 50 % : potongan 40% daripada
jumlah markah yang diperoleh.
 Tugasan dengan pertindihan kandunganlebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.
SOALAN TUGASAN

SOALAN 1 – 60 MARKAH

(a) Bina satu Heptagon sekata jika diberi panjang sisi ialah 50mm
( 5 markah )

(b) Lukiskan mengikut skala saiz penuh pencontoh yang ditunjukkan pada Rajah 1.
Titik A,B, C, D, E, dan F ialah titik tangen.
( 15 markah )

Rajah 1

(c) Rajah 2 menunjukkan sebuah objek.Lukiskan saiz penuh dengan dimensi yang
lengkap dalam unjuran ortografik sudut ketiga pandangan-pandangan berikut:

i. Pandangan atas
ii. Pandangan hadapan mengikut arah anak panah A
iii. Pandangan sisi mengikut arah anak panah B

( 15 markah )
Rajah 2

(d) Rajah 3 menunjukkan dua pandangan bagi satu objek dalam unjuran sudut ketiga.
Lukiskan pandangan isometri bagi objek tersebut mengikut arah P. Saiz petak grid
ialah 10mm X 10mm. Butiran terlindung tidak perlu dilukis.

( 15 markah)

Rajah 3
(e) Lukis semula Rajah 4 mengikut saiz penuh, kemudian lukiskan pengorakan bagi
objek tersebut mengikut kedudukan klim KK yang diberi.

( 10 markah)

Rajah 4
SOALAN 2 (LUKISAN TERBANTU KOMPUTER) – 40 MARKAH

Arahan: Soalah 2 mestilah dilukis menggunakan perisian CAD dan title block
seperti di lampiran A.

**** MARKAH SIFAR (0) AKAN DIBERIKAN JIKA DIDAPATI MENCETAK


LUKISAN YANG SAMA ANTARA PELAJAR

Rajah 5 menunjukkan Pandangan Hadapan dan Pandangan Atas bagi satu objek
dalam Unjuran Ortografik Sudut Ketiga.

Rajah 5

(a) Lukiskan semula Pandangan Atas dan Pandangan Hadapan pada Rajah 5 dan
lengkapkan Pandangan Sisi dalam Unjuran Ortografik Sudut Ketiga. Lukis
sekurang-kurangnya dua dimensi utama untuk setiap pandangan.

Lukisan anda mestilah menggunakan layer seperti berikut:

Bil Lapisan (layer) Warna Ketebalan


1 Garisan objek Putih 0.30
2 Garisan tengah Magenta 0.25
3 Garisan tersembunyi Biru 0.25
4 Garisan binaan Kuning 0.15
5 Dimensi Merah 0.20

(15 markah)
(b) Lukiskan Pandangan Isometri daripada pandangan di Rajah 5 mengikut arah anak
panah X. Dimensikan enam tempat utama.
(25 markah)

LAMPIRAN A

PANDUAN PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi DUA soalan. Anda perlu menjawab SEMUA soalan.
 Soalan 1 – Lukisan Teknik (60%)
 Soalan 2 – Lukisan Terbantu Komputer (40%)
2. Bagi Soalan 1 hendaklah dilukis pada kertas bersaiz A4
3. Bagi Soalan 2(b) hendaklah dicetak warna pada kertas bersaiz A4.
Cetakan lukisan yang dihantar hendaklah asli dan tidak diulang cetak antara
sesama rakan pelajar.
4. Kaedah penjilidan dan kandungan muka depan adalah sama seperti tugasan-
tugasan lain.
____________________________________________________________________________

MUKA SURAT TAMAT

You might also like