You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah (S.W.T) kerana saya dapat menyiapkan buku
log ini dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, hasil daripada kerja krusus yang telah kami
siapkan ini secara teori dan praktikel dapat memberi panduan kepada diri saya untuk lebih
berkeyakinan dalam menguruskan kokurikulum di sekolah.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pengurusan kokurikulum, En.Sadzali Bin Hassan dari kumpulan A yang banyak membantu dan
banyak menyediakan keperluan-keperluan bagi menyiapkan tugasan buku log ini.

Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada instruktor kumpulan saya iaitu
Md.Shah bin Md.Noh yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan setiap
program yang kami jalankan iaitu Kawat Kaki Kor SUKSIS, senamrobik dan futsal. Oleh itu,
tanpa kehadiran dan sokongan daripada beliau aktiviti yang dijalankan oleh kami tidak dapat
berjalan dengan lancar.

Selain itu, tidak lupa juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuang yang banyak
membantu dan memberi kerjasama yang amat membangakan kepada setiap aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh setiap kumpulan.

Akhir kata, buku log yang berjaya saya sediakan dapat memenuhi keperluana diri dan
dapat memberi banyak ilmu yang dapat saya jalankan di sekolah. Saya berharap dengan siapnya
buku log ini dapat menjadikan panduan kepada saya untuk lebih berpengetahuan sekiranya ingin
mengadakan sesuatu aktiviti di sekolah nanti. Malah dengan adanya pengalaman ini dapat
membantu saya lebih berkeyakinan di sekolah untuk berhadapan dengan guru-guru lain.

Sekian terima kasih.

You might also like